Monday, January 5, 2009

SENYUMANMU


Senyum sesuatu yang mudah untuk diucapkan tapi terkadang sulit pula untuk dilakukan. Secara nalurinya, semua orang mampu tersenyum...Namun, kadangkala disebabkan ketidakseimbangan emosi seakan sulit untuk melakukannya terutamanya saat hati gundah gulana meskipun senyum di kala hati gundah itu merupakan tanda ketabahan dan kepasrahan semata-mata kerana Allah SWT namun entah kenapa ia begitu sukar..


Rasulallah SAW bersabda:

Senyumanmu kapada saudaramu adalah sedekah

(Hadith riwayat muslim)

Kerana senyuman adalah sedekah yang paling mudah, orang yang mampu tersenyum adlah orang yang mampu membEri rasa damai dan rasa persahabatan kepada orang lain.Senyum juga dapat menggambarkan karekter si pemberi senyum bahawa dia mempunyai sifat lembut, ramah dan bersahaja..

Rasulallah SAW bersabda:

Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain.

(Hadith Riwayat Muslim)

saudara-saudaraku,

tahukah kalian senyuman kalian mungkin bisa memberi kebahagiaan hati bagi mereka yang memandang..tapi,berhatilah-hatilah jangan pula 'senyuman menggoda' yang kalian lemparkan..khuatir ada yang tergoda dengan senyuman itu hingga bisa menerbit bisikan jahat di hati..


jadi, mengapa begitu sukar menguntum senyuman di bibir??bukankah senyum itu kata orang tandanya bahagia..

seorang teman..bertanya padaku..umi, bagaimana mahu orang menyukai dan senang berkawan dengan kita?

maka aku pun membalas..selalu tersenyum..jagalah lidah dalam berkata..dan penuhkan hati dengan keikhlasan dalam mencurah kasih sayang kepada teman dan sahabat..

jadi, apa tunggu lagi..

senyumlah..dan janganlah lokek untuk membalas senyuman..kita tak rugi apa-apa walaupun mungkin orang yang kita senyum itu bukanlah orang yang kita kenal..tapi,cadanganku agar senyum itu buat yang muhrim aja ya..khuatir ada tergoda..dan tersilap mentafsir makna senyumanmu.. ^_^


terakhir pesan dariku...

senyum seindah suria yang membawa cahaya..
senyumlah dari hati..senyumanmu berseri..

LINDUNGI SAUDARA-SAUDARAKU YA ALLAH


Assalamualaikum buat sekalian teman..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..selamat kembali memegang amanah..amanah sebagai seorang mahasiswa..amanah sebagai seorang anak..dan yang paling utama amanah sebagai khalifah Allah..

Mungkin belum terlambat untuk ana mengucapkan 'Salam Maal Hijrah'..moga tahun baru ini bakal membuka lembaran baru untuk kita semua terus bangkit membaiki diri dan memperjuangkan Islam..insyaalllah..

Meneliti blog teman-teman,isu Israel dan Palestin sedang hangat diperkatakan..sama ada dengan memberi pandangan,pengulasan,mahupun luahan rasa hati yang simpati..hati mana yang tak terusik sahabat-sahabatku?air mata mane yang tak menitis..diri mana yang tak terasa hendak marah?tika melihat saudara-saudara kita terkorban disana..berapa banyakkah lagi nyawa yang akan melayang???

Sejak 27disember yang lalu, tentera Israel mula bertindak ganas..bertindak dgn nafsu..tanpa ada peri kemanusian..orang-orang awam menjadi sasaran..kanak-kanak, wanita, mahupun orang tua dibunuh tanpa ada setitis rasa simpati..masjid-masjid?rumah-rumah?hospital?segalaanya musnah..Diwaktu kita menyambut maal hijrah pada 29disember yang lalu..saudara2 kita pula bermandikan darah..KEJAM!!!itulah yang tepat untuk tentera-tentera Israel ini..

Apakah yang sewajarnya kita lakukan sahabat2ku??apakah cukup utk kita sekdar memandang??sekadar mengikuti perkembangan di internet?cukupkah sekadar memboikot barang?mahupun membuat pakatan dan perhimpuanan bersama-sama? ya..mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini sekalipun hanya Allah yang tahu betapa aku terlalu ingin terbang ke bumi Palestin berjuang bersama pejuang-pejuangMU..hingga aku selalu berangan andai aku ada kuasa mahu saja aku arahkan sekalian orang Islam seluruh dunia untuk memusnahkan Israel habis-habisan..

KENANGAN LALU

Teringat aku waktu belajar di Kolej Matrikulasi Johor..waktu itu diadakan 'HAFLATUL WIDA' KARISMA..Kemudian kami melihat tayanagn tentang palestin..hanya air mata yang mampu dikeluarkan tika itu..aku benar-benar tak sanggup untuk melihatnya..benci..rasa benci yang teramat sangat melihat kekejaman Israel..

DOA


Mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini..selain dengan memboikot mahupun menderma..setiap apa yang berlaku semuanya datang dari Allah..andai kita kalah maka kekalahan itu datangnya dari Allah..andai kita menang maka kememnagan itu Allah jua yang memberinya..tapi, apa yang penting di sini bukan soal menang atau kalah sahabat-sahabatku..tapi ia soal perjuangan..perjuangan untuk menegakkan Islam..perjuangan untuk menegakkan kebenaran atas nama Islam..semoga Allah membantu sauadara2 kita di sana..menghantar malaikat-malaikatNYA untuk membantu pejuang-pejuang Islam sepertimana Allah menghantar malaikat-malaikatnya diwaktu peperangan badar..

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah,

kita punya tanggungjawab yang cukup besar..cukup besar dalam perjuangan menegakkan Islam..hari ni..sudah hari yang ke11 Israel melancarkan serangan di Gaza sama ada dengan tentera darat mahupun udara..sampai hari ni juga sudah hampir mencapai angka 500 orang yang terkorban..tapi, sedarkah kita?ada ramai yang tidak ambil tahu tentang isu ini?ya!mungkin kita tergolong dalam golongan yang mengambil tahu dan prihatin dgn apa yang berlaku..namun, masih ada yang tidak mengambil tahu..Inilah tanggungjawab kita sahabat-shabatku..perjuangan mahupun semangat untuk memperjuangkan Islam harus ada dalam diri setiap muslim..rasa kasih dan sayang terhadap Islam dan kesuciannya harus wujud dalam diri setiap orang Islam sama ada kanak-kanak,remaja,belia,dewasa mahupun orang tua..

Kanak-kanak di Palestin,sejak dari kecil sudah diajar erti perjuangan..sudah diajar untuk berjihad..laungan'ALLAHU AKHBAR' sentiasa meniti di bibir si kecil ini..sekalipun,kadang-kadang mereka hanya mampu membaling batu mahupun bersembunyi..tapi,apa yang berlaku di negara mereka menyebabkan mereka bangkit dan berazam untuk memperjuang Islam dan mempertahankan tanah air mereka..semangat inilah yang akan memberi kemenangan kepada Islam satu hari nanti..

Perjalanan hidup kita masih panjang ..sekarang kita masih seorang pelajar..tapi,satu hari nanti..kita akan berkerja..kita akan berkeluarga..punya anak..punya isteri atau suami...kita sendiri yang perlu membaiki diri sahabat-shabatku..kita sendiri yang perlu meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita pada ALLAH..agar satu hari nanti..kita bisa melahirkan pejuang-pejuang Islam yang lahir dari benih kita sendiri..agar kita nanti yang bisa menyuntik semangat perjuangan Islam dlm diri anak bangsa kita atau mungkin anak-anak kita..
Dunia kita sudah hampir terbalik..maksiat semakin menjadi-jadi..betapa ramainya anak bangsa kita yang rosak kerana nafsu menguasai diri..akhirnya,kelakuan sebahagian mereka-mereka inilah yang mengotorkan kesucian Islam..

pernah kita terfikir..kenapa ini semua terjadi??ya!kerana diri mereka tidak ada rasa sayang pada agama..kerana banyak orang Islam hari ini yang hanya Islam pada nama dan kerana keturunan..

Alangkah baiknya, andai rasa sayang dan cinta pada agama ini bisa disemai dalam diri setiap orang Islam..alangkah indahnya andai semnagat perjuangan ini dapat kita lahirkan dalam diri rakyat di negara kita sejak dari kecil..

Ana percaya,dengan rasa kasih dan cinta yang begitu mendalam terhadap Islam..dengan pemahaman yang jelas tentang Islam..kita bisa mencegah dari berleluasanya maksiat di negara kita..kerana rasa cinta itu akan melindungi manusia dari melakukan kemungkaran mahupun kemaksiatan..

Persoalannya?tanggungjawab siapa?pemimpin?ulama'?parti-parti politik??

Tidak sahabat-sahabatku..

Ia tanggunggjawab yang terpikul di bahu kita sendiri..

Sahabat-sahabatku,

Mungkin,kita hari ni tak mampu untuk sama-sama berjuang bersama pejuang-pejuang Hamas melancar roket ke atas tentera-tentera Israel..mungkin hari ni kita tak punya kuasa menyekat kekejaman Israel..atau sebenarnya kita yang belum benar-benar merasai apa yang sauadara-saudara kita alami di sana..

tapi, tak mustahil andai satu hari nanti kita turut sama berjuang bersama mereka..

apa yang harus kita sedari..

Kita masih ada tanggungjawab yang terpikul di pundak..perjuangan untuk menegakkan syiar Islam adalah tanggungjawab kita bersama.. apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita maka ia juga adalah tanggungajawab kita..

bersama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi saudara-saudara kita disana..dan memberi kekuatan untuk mereka..

MAKBULKAN DOA KAMI YA ALLAH..MABULKAN DOA HAMBAMU YANG LEMAH DAN HINA INI..

Thursday, November 20, 2008

RAHMAT UJIAN

KUHARAP PANAS SAMPAI KE PETANG..RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI..

Begitulah lumrah kehidupan kita sebagai hamba..yang hanya mampu merancang..sedang Allah yang menentukan segalanya..yang telah berlaku..sedang berlaku mahupun yang akan berlaku..segalanya atas perancangan-Nya yang Maha Mengetahui..

Namun, sebagai hamba kita harus berusaha..kita harus berdoa..dan selebihnya bertawakal kepada Allah..

DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI ORANG ISLAM..apa yang penting ialah keyakinan kita sebagai hamba bahawa Allah Maha Mendegar..akan segala yang kita doakan.. Keyakinan yang mantap bahawa Allah memakbulkan doa kita harus benar-benar ada dlm diri kita sebagai hamba kerana itulah hakikat diri kita sebagai hamba yang sentiasa mengharap pertolongan dari Allah..

Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Setiap orang menginginkan kebahagiaan yang berkekalan..setiap orang pasti menginginkan kejayaan dan kecemerlangan yang berpanjangn..Kita punya impian yang tersendiri..impian hidup di dunia mahupun akhirat..

Namun, tak semua apa yang kita impikan akan tercapai..tak semua yang kita rancang terlaksana seperti yang kita kehendaki..krn Allah lah sebaik-baik perancang..DIA pasti telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita atau mungkin kerana Allah ingin menguji kita..menguji keimanan dan kesabaran kita menempuh ujian dan dugaannya..tapi, apa yang pasti..Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita..

lihat saudara-saudaraku..

betapa Allah itu Maha Pengasih..Betapa Allah itu Maha Penyayang..

cuma kita yang kadang-kadang tak sabar..cuma kita yang kadang-kadang berprasangka pada Allah..kerana dalam hati kita masih ada keraguan..masih ada rasa sangsi..

Allah sayangkan kita kerana itu DIA menguji kita..DIA mahu hati kita tertaut kembali padanya..siapa lagi yang dicari andai hati tak keruan..siapa lagi yang bisa dicari tika hati sedih entah kenapa..siapa lagi yang dicari untuk memberi kekuatan pada jiwa insani..DIA..hanya DIA..Yang Maha Mendengar riintihan hamba-Nya..

Maka redholah wahai manusia..
sabarlah menempuh ujian dan dugaan yang Allah anugerahkan untukmu..
yakinlah..betapa sebenarnya DIA menyayangimu..
Kerana itu dirimu diuji..
Segala yang terjadi biarkan terjadi..
usah kamu berpaling kebelakang..
Senyumlah tanda kamu redho dengan apa yang terjadi..
kerana itulah rahmat ujian..

hayati lagu ini..
RAHMAT UJIAN..

Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi maka bersyukurlah selalu

ISBIR!!ISBIR!!ISBIR!!

Monday, November 17, 2008

MENGENAL ALLAH TAALA DENGAN AL-QURAN


MENGENAL ALLAH TAALA DENGAN AL-QURAN

Assalamualaikum..kehadapan sahabat-sahabat dan pembaca blog yang dirahmati Allah..alhamdulillah, Allah memberi luangan masa untuk ana menulis pada hari ini..seperti yang ana janji pada post yang lalu, iaitu ‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA’..yang membicarakan perkara asas dalam’ makrifatullah’ atau mengenal Allah dan sekarang ana akan menyambung di bawah tajuk ‘Mengenal Allah dengan Al-Quran..

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

apabila kita belajar mengenal Allah maka haruslah dari sumber yang diakui oleh syarak iaitu Al-Quran, Hadith dan akal.Insyaallah, ana akan terangkan bagaimana yang dikatakan’ MENGENAL ALLAH DENGAN AL-QURAN..

Al-Quran merupakan kitab panduan ummat Islam..ia merupakan mukjizat terbesar yang Allah berikan kepada baginda Rasulallah SAW .Sebagai ummat Muhammad dan seorang Islam maka seharusnya kita berpegang teguh pada ajaran Al-Quran sebagai panduan kehidupan kita di dunia mahupun akhirat.. Sebagai seorang Islam kita bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk membaca Al-Quran tetapi juga memahami isi kandungannya dan mengamalkan segala apa yang diajarkan.


Di dalam Al-Quran telah diberi keterangan yang lengkap tentang Allah ‘azawajalla dan memberi panduan cara-cara bagi mengenal, mengabdikan diri dan bertaqwa kepada-Nya. Sebab itu jugalah Al-Quran menjadi sumber ilmu Tauhid yang dapat membentuk manusia yang beriman dan bertaqwa dengan aqidah yang benar.

Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Quran yang memberi penjelasan tentang Allah dimana ayat-ayat ini menunjukkan bagaimana Allah memperkenalkan dirinya kepada manusia, memperkenalkan dirinya kepada orang-orang yang beriman dan bagaimana Allah memperkenalkan dirinya kepada nabi dan Rasul..

Insyaallah, akan ana berikan nama surah dan ayatnya untuk kita hayati bersama..

Pertama, ialah Allah memperkenalkan dirinya kepada manusia..Hal ini dapat kita lihat melalui firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 21-22 yang bermaksud:

Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada Tuhan kamu y mencipta kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orang y bertaqwa.Dialah y menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai bangunan (y dibina dgn kukuhnya) dan diturunkan hujan dari langit , lalu dikeluarkannnya dgn air itu berbagai-bagai jenis buahan y menjadi rezeki bagi kamu . Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sekutu padahal kamu mengetahui bhwa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa..

Melalui firman Allah ini secara khusus manusia dapat mengenal Allah iaini:

Allah sebgai Tuhan( Rabb) bagi ummat manusia
Allah yang menjadikan manusia dan semua makhluk
Allah yang menjadikan langit dan bumi untuk manusia
Allah yang menurunkan hujan dan memberi rezeki kepada manusia

Sebagai manusia maka kita seharusnya menyahut seruan Allah iaini dengan mengenal diri kita sebagai hamba Allah yang seharusnya patuh pada perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya,mengesakan Allah dan tidak sesekali mempersekutukan-Nya dan kita juga haruslah beribadat kepadanya kerana itulah tujuan sebenar kita diciptakan

Kedua, Allah Taala memperkenalkan dirinya kepada orang yang beriman. Hal ini diterangkan di dalam Surah Al-Imran: 102-103 yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam Islam. Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-beri dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan(semasa jahiliyah) lalu Allah menyatukan antara hati-hati kamu sehingga dengan itu kamu bersaudara dan dahulu kamu telah berdaa dijurang eraka disebabkan kekufuran kamu, lalu Allah selmatkan kamu daripada api neraka itu. Demikian Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan supaya kamu mendapat hidayat.

Melalui ayat ini secara khusus orang yang beriman dapat mengenal Allah dan dirinya iaini:

Allah Taala mempunyai kuasa untuk memerintah orang yang breiman supaya bertaqwa kepda-Nya..
Orang yang beriman dan taat akan perintah Allah:
- bertaqwa kpd Allah
- istiqamah dalam mengamalkan dan mempertahankan ajaran Islam
- Bersatu padu dan berpegang teguh pada ajaran Islam
- Mencapai matlamat kejayaan di dunia dan di akhirat.


Ketiga, Allah memperkenalkan dirinya kepada Nabi dan Rasul

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab: 45-46

Wahai Nabi sesungguhnya kami mengutuskanmu sebagai saksi terhadap ummatmu dan pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman serta pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar.Dan juga sebagai penyeru ummat manusia kepada agama Allah dgn taufiqnya dan sebagai lampu yang menerangi.

Melalui ayat ini secara khususnya nabi dapat mengenal ALLAH dan mengenal dirinya sendiri iaitu:
Allah sebagai pengutus nabi
Nabi sebagai utusan (Rasul)Allah
Allah menentukan tugas Rasul.
Rasul wajib menjalankan tugasnya:
- menjadi saksi terhadap ummatnya
- membawa khabar gembira kepada orang yang beriman
- memberi amaran kepada orang yang ingkar
- berdakwah

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Dari penerangan di atas, jelas menunjukkan kepada kita ayat-ayat yang menjadi bukti yang kukuh untuk kita mengenal Allah..Di dalam Al-Quran sudah diterangkan dengan jelas bagaimana Allah memperkenalkan dirinya sendiri kepda manusia, orang yang beriman dan kepada nabi dan Rasul. Oleh itu kita sebagai manusia, sebagai seorang Islam..seharusnya mempelajari dan mendalami Al-Quran krn dengannya kita bisa mengenal siapa PENCIPTA kita..Insyallah,sambungan seterusnya MENGENAL ALLAH TAALA DENGAN AKAL

Sekian, wassalam

Saturday, November 15, 2008

SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH..


CIPTAANMU TUHAN..

Fajar yang menyinsing..aku memandang jauh diufuk timur..kesejukan menyeliputi diri ku..kesejukan yang memberi keasyikan kpd sihamba.. Tuhanku, akan kumulai hidupku dengan ’rasa’ baru..bantu aku Ya Allah..bantu aku ya Tuhanku..

Kulihat mentari..semakin lama..semakin kelihatan..semakin lama semakin terang cahayanya..

Masa kian berlalu..Jam berputar tanpa henti walau sesaat..

Aku memandang langit luas terbentang...Matahari kian memancar megah..Langitt cerah.. dengan kelompok awan yang tampak terapung...antara langit dgn bumi..nipis saja awannya..tidak menunjukkan ada wap-wap air terkumpul didalamnya..warna biru langit itu benar-benar mendamai hati hamba..warna biru..seumpama biru air dilautan..Subhaallah..indahnya alam ciptaanMu Tuhan..

Kulihat pula pohon-pohon yang kehijauan..dedaunan pohon-pohon itu melenggok-lenggok..seakan melambai-lambai padaku..atau mungkin ia sedang berzikir pada pencipta-Nya...zikir makhluk pada Pencipta..

Seketika, deruan angin menghembus lembut..Aku merasai hadirnya..aku merasai nikmatnya..aku merasai angin itu memeluk tubuhku..Subhanallah..Inilah nikmatMu Tuhanku..

Masa terus berlalu..Masa yang takkan menunggu..Masa yang sentiasa mencemburui manusia..

Aku memandang langit..awan mendung kelihatan..tanda-tanda akan turunnya hujan..

Seperti hati yang terdetik..betapa taat sihujan kpd Pencipta..mutiara dari langit itu gugur membasahi bumi yang tampak kering krn panahan mentari .. aku bagai terdengar bunga-bungaan bersorak kegirangan krn menerima air dari Tuhan..
tidak lama kemudian..hujan berhenti..

Matahari menyinar pancarannya yang semakin pudar..ia kian tenggelam..warna merah senja semakin menghilang di ufuk barat..duhai matahari..akan kutemuimu lagi keesokan hari..tunggu aku ya..

Malam menghijrah sementara..
Siang pergi buat seketika..

Malam itu..

Bulan menerang tampak penuh..Bintang-bintang berkelip indah..buruj-buruj kelihtan ..sekalipun hanya disinari si bulan dan bintang..namun,aku bisa melihatnya..
Sekali lagi..deruan angin menghembus lembut tubuhku..aku merasai hadirnya..Subhanaallah..indahnya alam ciptaanMu Tuhanku..

Malam kian sepi..Penduduk bumi tidur dibuai mempi..melainkan perindu-perindu yang mendamba cinta Ilahi..duduk berteluku di atas sejadah..melepas kerinduan yang tak berpenghujung..
Tuhanku..golongkan aku bersama mereka..Duhai malam yang menyepi..jangan sepikan hatiku tanpa cinta dari Penciptamu dan penciptaku..Tuhan..sedarkan hambaMu yang lemah ini..agar aku bisa menemuiMu..jagar jasad hamba bisa sujud padaMu..sedarkan aku ya Allah..izinkan aku mengubat hati rindu..

Fajar kian menyinsing..
Seperti yang diperintahkan..

Matahari akur menjalankan kewajipan..
Menerangi bumi dengan cahayanya..

Penantian semalam sudah terubat..

Matahari itu sudah kembali..Ia tidak menghilang..ia ada..perginya seketika cuma..hilangnya juga hanya seketika..

Inilah sunnatullah..alam ciptaan Allah yang membuktikan kebesarannya..segalanya sudah diterangkan di dalam Al-Quran..kitab panduan setiap insan.. kejadian siang dan malam..bumi yang berputar pada paksinya..bulan yang memantul cahya mentari..hujan..bintang dan semuanya adalah atas aturan dan ketetapan Allah

Seabagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 64 yang bermaksud:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang dan pada kapal yang belayar dilaut dengan membawa benda yang bermanfaat kepada manusia demikian juga hujan yang Allah turunkan dari langit lalu dengannya Allah hidupkan tumbuh-tumbuhan di bumi yang sudah mati..serta ia biakkan padanya berbagai-bagai jenis binatang, demian juga pada perairan angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah yang terapung-apung diantara langit dan bumi. Sesungguhnya pada semua itu ada tanda yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmatnya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran

Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah: 21-22

Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada Tuhan kamu y mencipta kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orang y bertaqwa.Dialah y menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit sebagai bangunan (y dibina dgn kukuhnya) dan diturunkan hujan dari langit , lalu dikeluarkannnya dgn air itu berbagai-bagai jenis buahan y menjadi rezeki bagi kamu . Maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sekutu padahal kamu mengetahui bhwa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa..

Maha suci Allah yang mencipta segala y dilangit dan dibumi atau antra keduanya..Maha suci ALLAH yang mengetahui segala y terang mahupun gelap..Maha Suci Allah yang mengetahui segala yang sembunyi mahupun nyata..Maha suci Allah dari sebarang sekutu..

Tuhan mencipta bumi, langit, syurga, bintang-bintang, bulan dan hujan.Tuhan mencipta manusia. Tuhan mengatur semua.Jalur hidup insan,warna cerah atau kelam, hujan atau teduh..segalanya atas ketentuan-Nya