Thursday, July 31, 2008

KEGAGAHAN LELAKI DAN WANITA



KEGAGAHAN LELAKI DAN WANITA

Kegagahan Lelaki
Kegagahan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada kecekalan hatinya. Lelaki yang gagah, adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang baik sangka
5) Lelaki yang tak pernah putus asa
Kegagahan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhammad adlah kesempurnaan yang ada pada seorang lelaki..

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah:-
1) wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) wanita yang tidak takut pada kemiskinan
3) wanita yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4)wanita yang tidak meminta-minta agar dipenuhi sgala keinginan

kegagahan wanita berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan wanita..
sumber:majalah mingguan wanita

APA NAK JADI???


Salam semua..semoga sentiasa didlm rahmat dan lindungan Allah..hari ni ana tergerak untuk menyatakan tentang isu ini..gay?lesbian?pondan?tomboy?ana percaya, anda semua pasti tahu dan kenal siapa mereka?

jika kita perhatikan adalh tidak sukar untuk kita mengenali mereka..n kadang2 mereka berada hampir dengan kita..gejala ini semakin banyak menular di universiti2..golongan y terpelajar..tapi, kenapa agaknya ilmu yang ada dlm diri tidak membantu diri mereka utk berfikir dengan waras?

bila kita bercakap tentang homoseksual, apa yang anda tahu mengenainya?ya!homoseksual bermaksud perlakuan hubungan seks sama jenis bagi kaum lelaki dimana seseorang lelaki itu lebih cenderung meminati kaum sejenisnya. Pondan pula merujuk kepada lelaki yang beperwatakan lebih sifat keperempuanannya seperti menghias diri dengan solekan dan pakaian yang kadangkala lebih menarik daripada seorang perempuan.
Ada sesetengah gay adalah terdiri daripada pondan tetapi ada juga dikalangan gay yang merupakan dikalangan lelaki yang kita lihat dari luaran sempurna sebagai lelaki tetapi hakikatnya..dia adalah seorang gay.. Golongan ini adalah lebih bahaya kerana sukar untuk dikenal pasti kerana mereka cukup pandai menyembunyikan diri..kata orang keras di luar lembut di dalam..Manakala lesbian pula ialah hubngan sejenis dikalnagan kaum perempuan..namun jumlah lesbian adalah lebih sedikit berbanding bilangan gay di Malaysia..

kembali kita kepada sirah nabi.. pasti kita teringat peristiwa kaum Luth yang mengamalkan homoseksual dan mereka telah mendapat balasan azab daripada Allah. Di dalam Al-Quran sendiri sudah diterangkan dengan jelas tentang larangan tenrhadap hubungan songsang ini.

Firman Allah dalam Surah Hudd ayat yat 82-83:
” Maka apabila datang masa pemerintahan kepada kami, kami jadikan Negeri Luth itu tunggang terbalik iaitu tertimbus segala yang ada di muka buminya dan kami menghujanniya dengan batu2 dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu2 batu itu ditandakan disisi Tuhanmu untuk membinasakan mereka dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim.

Kalau kita fikir2kan gejala ini bukanlah sesuatu yang baru tapi semakin tidak diambil tindakan keras semakin menjadi2..kadang2 hati ana terasa sedih melihat keadaan manusia kini..ana percaya kalian juga pasti akan terasa sedih..Allah telah menciptakan kita sebagai sebaik2 makhluk dan kita telah dikurniakan akal untuk berfikir. Di dalam Al-Quran juga diterangkan bahawa Allah telah menjadikan kita berpasanag-pasangan. Ini sesuai dengan fitrh kita sebagai manusia..Tapi,sekarang ini..begitu banyak manusia yang tidak tahu erti bersyukur..
Allah menjadikan kita lelaki..kita ingin pula menjadi perempuan..Allah menjadikan kita perempuan, kita ingin menukar diri jadi lelaki..bagaimanakah agaknya keadaan dunia kita akan datang..apakah yang akan terjadi pada anak2 kita nanti?dengan persekitaran yang sebegini rupa?

teringin ana mengaitkan tentang hal ini dengan subjek psikologi pendidikan yang saya ambil. Menurut Sigmund Freud tedapat 5 tahap perkembangan manusia..iaitu oral,anal,falik, lentisal dan genital. Pada peringkat falik iaitu lingkungan umur kanak-kanak dari 3-6 tahun kanak 2 lelaki lebih cenderung untuk menyukai ibunya dan ini dipanggil oiedipus kompleks manakala kanak2 perempuan pula lebih cenderung menyukai ayahnya dan ini dipanggil elektra kompleks.

Apa yang saya ingin kaitkan disini ialah sejak kecil lagi sudah wujudnya perasaan ini..iaitu lelaki cenderung menyukai perempuan dan perempuan cenderung menyukai lelaki. Tapi ,cuba kalian fikir kenapa agaknya bila besar wujudnya masalah2 ini..yang lelaki menyukai lelaki dan perempuan menyukai perempuan?adakah kita ingin melawan segala apa yang Allah tetapkn untuk kita..Allah telah tetapkan kita menjadi seorang lelaki contohnya,maka kita adalah lelaki tidak perlulah ditukar2 pula..Allah telah menjadikan kita berpasang2an ..dan sudah menjadi fitrah yang lelaki itu menyukai perempuan dan perempuan itu menyukai lelaki ..jadi,mengapa harus kita nafikan fitrah ini dengan wujudnya nafsu songsang ini..seharusnya kita bersyukur..bersyukur Allah jadikan kita lelaki jika kita lelaki dan bersyukur kita jadi perempuan kerana kita perempuan..

Di Amerika dihalalkan perkahwinan sejenis. Adakah kita ingin negara Malaysia menjadi seperti negara Amerika? Nauzubillahiminzalik..lindungi negaraku ya Allah..lindungilah kesucian Islam..persoalannya disini kemana perginya sifat2 sejati dan kelakian dalm jiwa lelaki???begitu tinggi Allah mengangkat martabat lelaki..sebagai pelindung,sebgai tempat bergantung,sebagi pemimpin bagi seorang isteri dan bagi anak2..tapi,jika begini jadinya..apa yang akn terjadi nanti???

Maafkan ana jika apa yang saya cakap menyebabkan sesiapa terasa marah..tapi,ana tak berniat apa2..inilah hakikat..ana sekadar meluahkan apa yang rasa..supaya kita semua sama2 memikirkannya..ana rasa takut dgn keadaan bagini..Allah telah menurunkan azab kepada kaum Luth..tidak mustahil Allah menurunkan azab kepada kita..bagaimana dengan anak bangsa kita akan datang..betapa besarnya cabaran yang bakal kita tempuhi satu hari nanti..satu hari nanti,kita juga bakal menjadi ibu atau bapa kepada anak2 kita..inilah cabaran yang bakal kita tempuh..cabaran dalam mendidik anak2..

Ana pernah terbaca luahan hati seorang gay di dalm majalah..dia mengatakan dia rasa bahagia menjadi gay kerana dia akan dimanjakan seperti seorang perempuan..jika dia buat hubungan dengan perempuan, dia yang kena manjakan perempuan...ana menggeleng2kan kepala..ya Allah,sampai begitu sekali bila nafsu merajai hati manusia..betapa demi memuaskan nafsu,demi kerana kekurangan kasih sayang..manusia jadi begitu..memuaskan keinginan hati kepada kaum sejenis..ingatlah,kita takkn pernah kekurangan kasih sayang jika kita memikirkan betapa banyakkn sayang dan cinta Allah kepada kita..

Ya!kita manusia..ingin disayangi..ingin dimanja..tapi biarlah pada yang benar..pada yang sah..yang halal..cinta dan sayang suami pada isteri,cinta dan sayang isteri pada suami contohnya..

Teringat juga saya pada satu cerita..orang itu menyatakan mereka juga tidak tahu kenapa mereka bernalurikan seperi perempuan..persoalannya di sini..bukan pasal naluri..masalahnya ia kita sendiri yang terlalu mudah menurut kata nafsu..jika betul ingin berubah..seseorang itu boleh berubah..yang penting perlu ada dalam kekuatan dalam diri..berdoa pada Allah agar Allah membantunya menjadi lelaki yang sejati..yang normal..seperti org lain..Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba itu sehingga mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya..

ana rasa sampai sini dulu untuk kali ini..apapun,ana sekdar berkongsi apa yang ana rasa..dan kerisauan ana sendiri..samalah2 kita mendoakan mereka-mereka yang berkenaan agar mendapat hidayah..dan kembali ke pangkal jalan..amiinn..sesungguhnya aku sayangkan anak bangsaku..aku sayangku saudara seislamku..aku sayangkan negaraku..aku sayangkan bangsa Melayuku..

Wednesday, July 30, 2008

DISEBALIK SEKUNTUM SENYUMAN


Disebalik senyuman terukir diwajah,
Ibarat memancar ketenangan dihati..
Namun…
Apakah yang mampu ditafsir..
Dari hanya sekuntum senyuman..
Apakah senyum itu tandanya bahagia?
Tandanya hati dilanda gembira?
Atau mungkin ia sekadar menjadi topeng,
Buat menutup gelora..
Tersembunyi luka yang berdarah..
Atau menutupi parut y takkan hilang..
Disebalik sekuntum senyuman
Bisakah mengungkap seribu makna..
Dikala malam bertandang..
Dikala sepi menghimpit jiwa..
Mengapa hati merintih sayu..
Hipokritkah diri yang mengukir senyuman..
Atau dia sebenarya begitu kuat melawan..
Mengatakn tidak pada yang benar…
Menafikan segala yang tersurat n tersirat..
Disebalik sekuntum senyuman..
Ada pasrah, redho atas ketentuan Tuhan..
Ada kekuatan tika doa penguat harapan..
Kerana senyum itu bisa menghilangkan segala resah..
Kerana senyum itu kata orang tandanya bahagia..
Jika benar begitu..
Biarkan diri sentiasa tersenyum..
Agar hati terasa bahagia..
Dan org yang melihat juga bahagia..
Disebalik sekuntum senyuman..
Ada pasrah, redho atas ketentuan Tuhan..
Ada kekuatan menghadapi segala ujian..

MUHASABAH DIRI



MUHASABAH DIRI..
Assalamualaikum..apa khabar semua?smge stase di dlm keadaan sihat wal’afiat..Hari ini ana berminat untuk membawa kalian melihat dan lebih mengenali diri..manusia..manusia ni Allah jadikan berbeza2..berbeza rupa, berbeza perangai, berbeza hati budi..semuanya berbeza..Allah tlh menjadikn kite sebaik2 kejadian..tapi,manusia itu tdk sempurna..tdk sempurna ini bkn bermakna Allah menciptkn kite tdk sempurna..segala yang diciptkn Allah semuanya indah n semuanya sempurna..cume stp manusia itu sdh Allah anugerahkn dgn kelebihan n kekurangan tersendiri..kerana Allah itu Maha Adil..ape yang penting kite perlu bersyukur di ats segala kelebihn yang Allah kurniakn kpd kite..jgn gunakn kelebihn yang ada utk tujuan y tdk baik,utk m’pergunakn org lain dan jgnlah pula kite berasa riak atu ujub dgn kelebihan diri..dan bagi kekurangn pula tdk salah utk kite cube mengatasi kelemahn dlm diri..n cuba b’fikirn positif dan berprasangka baik dgn Allah..

klu kite renung seketika, manusia ni mmg mcm ni..kite mudah berasa tdk cukup..ana ade satu ayat utk kite m’mupuk diri kite m’jadi hamba Allah y bersyukur..caranya ialah ‘jgn terlalu suke m’dongak ke ats tetapi selalulah memandang ke bawah’..jgn t’salah sangka dgn ungkapan ini..maksud disebalik kata2 ini ialah..jgnlah kite terlalu suke melihat kelebihn org lain krn ia mybbkn kite tdk bersyukur dgn ape yang Allah beri kpd kite..tapi,pandanglah kebawah..lihatlah org y mgkn kurang drpd kite..dgn itu kite akn rase b’syukur di ats kurniaan Allah kpd kite..apabila kite meliht klbhn org lain sbgi cth kite melihat kcntikn seseorang..jgn kite rase cemburu tapi katalah’subhannallah’..Maha suci Allah yang tlh menciptakn dia..smge kcntikn dirinye setanding akhlaknya..

Pernah tak anda semua b’fikir..kenapa agaknye manusia terutama umat Islam sdri saling berpecah-belah?ya!krn kite sendiri tdk tahu menghayati sebuah ukhwah dan ape itu maksudnye’semua ummat Islam itu bersaudara’..cuba kite same2 m’hayati hadis ini “Tidak beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya..Diriwayatkn oleh Bukhari dan Muslim..sungguh indah maksud yang tersirat di dalamnya..jika kite benar2 menghayti hadis ini insyaallah..takkan berlaku permusuhan sesame manusia..takkan ada tersimpan benci di hati kita..takkan ada rasa marah bermaharaja dijiwa..takkn ada dendam..takkan ade dengki..takkan ade iri hati mahupun cemburu..yang ada adlh kasih sayang n sedia memberi kemaafan..

renungkanlah..apa agknye yang akn terjadi kepada kite jika tiada rase cinta dlm diri kite terhdp saudara2 kite..nescaya..akn musnahlah kekuatn umat Islam..jgnlah sesekali kite menanamkan dihati kite utk membalas kejahatan dgn kejahatan ttpi balaslah dgn kebaikn..yakinlah..wlu seteruk manapun keburukan itu..kebaikan juga y akn menang..dan kebenaran psti akn terbukti..sentiaselah mendoakn yang baik2 kpd sume org wlupun org itu b’laku jahat kpd kite n selagimana kite boleh memaafkn seseorang..maafkanlah dia..kite tdk rugi ape2 jika kite meminta maaf atu kite memaafkn org sebaliknye hati kite akn m’jadi tenang krn tidak b’musuh sesame manusia..indah..sungguh indah..sememangnya Islam cara hidup y paling indah yang seharusnye kita amalkn dlm hidup kite seharian..

Ana tertarik utk membawa kalian sama2 menghayati sebuah lagi hadis yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya seorang lelaki telah berkata kpd Nabi SAW: ”berilah wasiat kepadaku..sahut nabi: janganlah engkau marah..kemudian ia mengulanginya beberapa kali..sabdanya..janganlah engkau marah”
knpe Rasulallah mengatakn jangan marah..kerana kemarahan bukan menambahkan kebaikan tetapi memburukkan keadaan..n janganlah kite terlalu menurut nafsu kemarahan..bukan meleyapkan terus kerana kemarahan adalah salah satu tabiat manusia yang tdk mungkin dihapuskan..
Sabda Rasulallah SAW lagi..
bila marah hendaklah ia berbaring atu duduk di ats bumi ataupun dgn berwuduk..
Kata2 Nabi Isa a.s kepada Nabi Yahya..Bila ada orang yang menyatakn kesalahan engkau maka katakanlah itu sememangnya dosa yang saya tetap ingat dan kerananya saya mohon keampunan kpd Allah..dan jika ada org y menyatakan sesuatu y tiada pada engkau maka bersyukurlah kpd Allah krn dia telah membuat kebaikn kpd englau dgn m’hina engkau..
Sesetengah hukama’juga ada berkata: lebih baik sebuah kapal dipukul gelombang hingga hilang pedomannya dari seorang pemarah sbb walaupun kapal itu rosak,orng y melihatnya masih sayang dan pilu hati. Tapi,orang yang marah bertambah ditolong..bertambah berang..bertambah dicegah..bertambah garang..hingga orng jemu memandangnya..
Menurut Imam Al-Ghazali pula, kemarahn manusia itu bermacam2..sesetengahnya lekas marah,lekas tenang,lekas hilang..yang ke2..lambat marah,lambat pula hilang..dan y terakhir n yang terpuji ialah org y lmbt marah dan lekas pula hilang..Sesungguhnya kemarahan meleypkn sama sekali kebenaran dan menjadi punca keburukan. Namun begitu, tidak bermakna kite perlu m’buang terus rasa marah..kite boleh marah tetapi hendaklah kene pada tempatnya, tidak menurut hati dan perasaan atu krn membalas dendam dan kite marah krn kebenaran atu perkara yang terang2 dilarang agama..apapun,marah itu hendaklah dgn cara yang sopan..tapi, jangan pula kita diam kalau kehormatan peribadi dan agama dihinakan dan dicerobohi orang..

Ini serba sedikit ilmu yg umi dpt kongsikn bersama..smge peringatan ini menjadi peringtn utk kita semua terutamanya utk diri umi sdri..jika umi sdri y silap..tegurlah umi..Dikesemptn ini juga umi mohon maaf jika umi ada salah n silap dgn semua sama ada y umi sedar atu tdk sedar..semoga Allah menetapkn iman dihati kite dan kite teguh berpegang pada taliNya..
Firman Allah yang bermaksud: Dan berpeganglah kamu sekalian dgn tali Allah dan jgnlah kamu berpisah2..
-ISLAM IS THE WAY OF LIFE-
wassalam..

MANUSIA DAN EGONYA


MENGAPA BEGITU SUKAR
salam sume..ingin kucoretkan sedikit tentang ini..manusia dan egonya..setiap org ade ego masing2..sama ada lelaki..atu perempuan..kata org,ego lelaki lebih tinggi dr perempuan..BENARKAH?? tiada fakta yang benar..tapi,mungkin ada benarnya..namun,apa yang pasti..keegoan kite tidak membawa kite jalan menuju kesyurga..

kerana ego..manusia tdk bertegur sapa..kerana ago..manusia rela tidak berbicara..krn ego..manusia lebih rela mendiamkn diri dan memasamkn muka..kerana ego..penceraian berlaku..kerana ego terputusnya ukhwah..ego?mengapa mesti ego?jatuhkan harga diri..andai maaf dilafazkan?jatuhkan harga diri andai kita memafkan org?tidak..takkn ada yang jatuh..takkn ada yang kurang..krn org yang selalu mengungkapkn maaf itulah sbnrnye org yang mempunyai harga diri yang tinggi..krn die rela mengecilkan diri demi menjaga ukhwah...

kenapa terlalu sukar melafazkan maaf..sedangkan Rasulallah sendiri suke kita menjadi seorang yang pemaaf..namun,kerana ego..kerana tidak mahu mengakui kesilapan sendiri..kite tenggelam dgn ego sendiri..andai dgn ungkapn maaf bisa membaiki keadaan,mengapa harus menyimpan ungkpn maaf itu?walaupun lidah ajak berbicara,,namun kerana ego..bicara tdk dibalas..sekadar mendiamkn diri..walaupun senyuman sudah diukir..namun,krn ego..manusia lebih rela memasamkn muka..

hidup kita di dunia ini sama sahaja..kaya,miskin..cantik,atu tidak..tua atu muda..berpangkat atu tidak..gaji besar atu gaji kecil..kita sume sama sahja..insan yang lemah..dan begitu kerdil disisi Tuhan..apa yang membezakan hanya keimanan n ketaqwaan kita kpd Allah..andai kita menyingkap sejrah lama hidup kita..kita akn dpt lihat setiap apa yang berlaku pada kita hari ini mungkin krn perbuatan kita yang telah lepas..krn Allah itu Maha Penyayang..dia ingin kita sedar akn kesilapan kita..sbb itu kita digalakkn utk bermuhasabah diri..memikirkan kembali segala kesillapn n dosa yang tlh dilakukan...krn kita manusia..yang terlalu lemah..mudah lalai n terleka..n kita memerlukan seseorang utk menegur kite..atau mungkin memberi nasihat pada kita..

kadang2..tanpa kite sedar kite terlalu melihat kesilapan org lain n kite tidak sedar akn kesilapn diri kite..kite manusia..sebaik2 ciptaan yang Allah jadikan..namun,kite tidak sempurna..krn mudah terdorong dgn hawa nafsu sendiri..krn terlalu mudah termakan hasutan syaitan..betapa kerdilnya diri kite ini..seringkali,bile berlaku sesuatu kite suka menuding jari pada org..namun,kite tidak sedar..satu jari menuding pd org lain..4lagi jari..menuding pada diri kita..apapun,yang paling penting..jagalah ukhwah kite sesama manusia..krn kita adalah bersaudara..

P/S: untuk sahabat2 ana..maafkan ana jika ada salah n silap ana tanpa ana sedar..dan tegurlah ana jika saya salah..moga Allah melindungi kalian semua..

RINDU YANG TAK TERUNGKAP


tika itu,
tiba-tiba kurasa..
seakan sesuatu menyelubungi lubuk hatiku,
ya Allah..hambaMu ini merinduiMu,
mana bisa kuunngkap rinduku padaMu,
tiap titis air mataku,
tiap denyut nafas yang kuhela,
tiap kali itu,
kurasakan getaran didada,
Tuhanku, betapa berkuasanya diriMu,
Betapa kerdilnya hambaMu yang lemah dan hina ini,
Syukur ya Allah, syukur kupanjat padaMu Tuhanku.
kerana Engkau menganugerahkkan rindu ini buatku,
HambaMu ini merinduiMu ya Allah,
entah bagaimana bisa kuungkap rindu ini,
Aku rindu padaMu Tuhanku,
dekatkan aku padaMu,
agar setiap denyut nadiku,
setiap hela nafasku,
hanya dengan menyebut namaMu..
Allahhu Rabbi..Allah Tuhanku..

SERAUT WAJAH MILIKMU



Hari itu,
Aku pulang ke kampong,
Seperti biasa ku bertandang kerumahmu,
Ku lihat senyuman terukir diwajahmu..
Bila cucu kesayangan tok balik??
Semalam tok..jawabku ringkas..
Aku mencium tanganmu,
Aku memeluk n mencium pipimu,
Rindunye cucu atok kpd atok..bisikku di dalam hati..
Aku mencium pula nenekku..
Balik sorang je..mana sorang lagi??tokku bertanya..
Diriku hanya tersenyum..memahami maksud tokku itu..
setiap kali kubalik,itulah soaln y sering ditanya..
Takdelah tok..sorang lagi tertinggal..jawabku smbil ketawa..
Belajar2 jugak..kawin2 jugak..
Diriku hanya mendiamkan diri..
Ya Allah,layakkah aku menjadi seorang isteri skrg..
Insyaallah tok..smpi masanya nanti..
fikiranku melayang jauh
Teringt aku sewktu alongku selmat dinikahkan..
Kulihat kau mengesat air matamu..
Air mata kegembiraan n kesyukuran fikirku,
Tok..bagaimana jika satu hari cucu kesayngn tok ini dinikahkan??
Mungkinkah tok akn bersedih?
Apakah makna kesedihanmu?
Kerana gembira atu mungkin kau sayang utk melepaskanku..
tok..
Teringt cucu tok sewktu ayah menyuruh kami kerumah tok belajar agama,
Perkara utama kau ajarkn pada kami soal beristinjak,
Wktu itu kami masih kecil..msih bersekolah rendah..
Sibuk kami m’hafal bacaan2 dan doa y kau ajarkan..
Tapi,alhamdulillah tok..
Segala ilmu y tok ajar..cucu tok ni tetap ingt..
tok..
Kadang2,kau akn bertandang kerumahku,
Tak pernah terlepas dari mulutmu utk menyampikn sesuatu kpd kami..
Aku cube mendengar bait2 katamu..
Setiap ilmu yang kau sampaikn..
Sesekali kau akn menitiskn air mata tika kau mengajarkanku..
kutahu tok..kau dah tua..
kau ingin sampaikn ilmu yang kau ada unttuk cucumu..
Betapa nilanya ilmu yang tok smpikan..
Kau selalu berkata kepadaku..
Awal agama itu ialah mengenal Allah..
Kenallah Allah..kenallah diri sendiri..
Malulah kpd Allah..
Kuselalu mendengar kau bersyair..
Syair 25rasul..
Seringkali kuterlupa utk menyalinnya..
Tok..cucu tok rindukan tok..
Seraut wajah milik tok..
Yang sudah berkedut dimamah usia..
Tapi,wajah itu yang kurindu..
Kau begitu kuat tok..
Begitu kuat kau manjaga isterimu,
Nenekku y sudah tdk kuat berjalan..
Setiap hari ibuku akn menyuruh adikku menghntar lauk kerumahmu,
Tika aku balik,aku berpeluang menghantarnya,
Menghidang untukmu,
Kulihat kau n nenek tersenyum..
Bila nenek minta kumenggobek sireh..
Aku menggobeknya..
Merah bibir nenekku..
Aku tersenyum..
Aku lihat nenek memicit2 kakinya..
Kaki nenek lenguh??biar umi picitkan..
Kulihat kaki nenekku..
Yang kurus,berkedut,sudah tak nmpak isi dan ototnya..
Aku mengurutnya perlahan..
Sambil tu aku berbual dgn nenekku,
Cerita psal akakku yang tgl sorang,
Nenekku menangis..
Kesian cucu aku..kate nenek..
Aku tak berniat buat nenek sedih..
aku rasa bersalah
tapi,kutahu itulah hati org tua..
cukup sinsettif..
Aku cube melarikn topic dan menceriakan suasana..
Akhirnya,nenekku tersenyum kembali
tok..
Pernah sekali tok demam tok..
Aku bergegas kerumahmu..
Kulihat kau terbaring..
Tok demam??tanyaku..
Kau menjawab lemah..
Aku merasa kepala dan badanmu..
panas..getusku dihati..
Kuambil minyak untuk mengurutmu..
Kupicit2 kepalamu..
Tok kate aku kuat..aku pandai mengurut..
Aku sekadar tersenyum..
Kulihat badanmu yang sudah berkedut dimamah usia..
Sayu hati ini dibuatnya..
Dulu,tubuh inilah yang megurut n memicitku bila kudemam ketika kecil..
Ya Allah,sihatkan tokku..
Jika dulu aku masih kecil,kumasih boleh memijak belkangmu bila kau suruh..
Tapi,skrg..diriku tdk sanggup..
Cucu tok dah besar tok..
Biar cucu tok urut saje..
Kalau pijak pun..ku pijak hanya sebelah kaki..
Tok..jika kau sihat..
Kau yang mengubati orang…
Dgn ilmu yang kau dapat dr Allah..
Kau membaca ayat2 Al-Quran..
Alhamdulillah tok..dgn izin Allah..mereka sembuh..
Banyak yang perlu kubelajar darimu tok..
Tok,terima kasih ats kasih yang kaucurah buatku,
Terima kasih ats ilmu yang kau sampikn padaku,
Insyaallah tok..
Cucu tok akan ingatt..n amalkan..
Tok,cucu tok sayangkn tok..
Nenek,cucu nenek sayngkn neneK


Kepada sahabat2ku yang masih punya tok dan nenek atAu mungkin ibu n ayah yang sudah tua, jagalah hati dan perasaan mereka..org tua ni cukup sinsetif hatinya..mereka memerlukan kasih sayang n perhatian dr kite..hargailah mereka sementara masih ada..doakan mereka..jagalah mereka sebaiknya..

CINTA ITU BELUM LAGI CINTA SELAGI BELUM DILAFAZKAN???


KESUCIAN SEBUAH PERNIKAHAN

Pernikahan ialah satu ikatan yang suci..tika suami selesai melafazkan akad..maka secara sah jua siwanita bergelar isteri..tika kali pertama suami mengucup dahi isteri...tika itu juga hampir menitis air mata..air mata gembira..air mata kasih..air mata cinta..air mata yang jatuh tika menyedari..ya Tuhanku..aku sudah sah menjadi isterinye..bantu diriku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorng isteri..ya Tuhanku aku sudah menjadi suaminya..bantu diriku menjalankan tanggungjawabku sebgai seorang suami…

KAHWIN??jika kita bercakap soal kawin,saya percaya semua orang menyimpan impian untuk berkahwin..kerana ia adalah naluri yang ada tersimpan dlm hati kita…ingin memiliki keluarga sendiri..suami..isteri..ada anak2 sebgai penyeri dan penghibur hati..hidup seakan lengkap dengan kehadiran orang yang disayangi..namun, hakikat kinI, tak ramai yang menyedari betapa suci ikatan itu..pernahkah terdetik dihatimu wahai bakal-bakal isteri..ya Allah, aku ingiin menjadi isteri utk suamiku di dunia n di syurga nanti..pernahkah terdetik dihatimu duhai bakal2 suami..ya Allah,aku ingin menjadi suami untuk isteriku di dunia n disyurga..Kebanyakan mereka yang berkahwin hari ini adalh kerana nafsu semata2..tidak benar2 menyedari akn tanggungjwab sebagi seorang suami mahupun sebgai seorang isteri..

Sabda Rasulallah SAW: jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia,aku akan suruh si isteri sujud pada suaminya..

betapa tingginya taraf dan darjatmu duhai suami..namun,ini bukan menunjukkan kuasamu..atau menunjukkan dirimu boleh memperlakukan isterimu sewenang—wenangnya…tapi ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab dirimu kepda wanita yang telah kau nikahi..iaitu isterimu..tak ramai lelaki yang layak disujud oleh seorang isteri kini duhai suami…anak-anak adalah amanah ibu dan ayah,,dan isteri adalah amanah bagi seorang suami..
Jika kita fikirkan, terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kesucian akad yang dilafazkan oleh seorang suami..perkahwinan mengajar erti kehidupan..tambhan dgn ombak badai yang mungkin bakal menerjah bila-bila masa..tapi bisa ditenangakn dengan kesabaran,tolak ansur, kematangan dan doa yang tidak putus2 bermohon untuk kebahgian yang berpanjangan..dan kerana itulah ragam dalam rumah tangga..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..dengan perkahwinan juga bisa melindungi diri dari fitnah manusia..mengajar kita menjadi insan yang lebih baik..menjanjikan kebhagiann yang hanya dapat dirasai stelah berkahwin..menjadikan diri lebih bersemngat menjalankan kewajipan kerana rasa tanggungjwab dlm diri dan bermcam2 lagi hikmah disebalik sebuah perkahwinan..

teringt ana akan kata2 sahabtku yang tidak meminati cerita Hindustan..maaf,tapi ana adlh peminat cerita2 hindustan..huhu..diriku bertanya padanya..kenapa tidak suka cerita Hindustan??katanya,kerana mereka terlalu memuja2 suami..ye..mereka terlalu memuja suami hingga menganggap suami sebagai Tuhan..diriku sekadar tersenyum..ye..adalah salah jika mereka menganggap suami seperti Tuhan kerana Tuhan tidak boleh disamakan dengan makhluk..itu syirik namanya..tapi,sikap wanita2 ini tetap menarik hati ana..entah kenapa tiap kali kumelihat cerita2 yang menunjukkan pengorbanan seorang isteri, air mata ana pasti menitis..betapa sucinya kasih seorang isteri terhadap suami..mereka sanggup berpuasa demi suami..sanggup itu dan ini kerana suami..betapa tingginya harapan dan darjat yang diletakkan kepada seorang lelaki bergelar suami..tetapi berapa ramai lelaki yang sedar akan semua itu..
ana melihat disekeliling..banyak peristiwa yang menyebabkan diri ana pastitersenyum sendirian..sewaktu disekolah dulu, ana selalu melihat guru bahasa melayu ana dihantar oleh suaminya ke sekolah dengan menaiki moto kerana rumah mereka tidak jauh dari sekolah...kemudian,guru ana itu mencium tangan suaminya..dan suami guru ana mengucup dahi isterinya..setiap kali dia menghantar isterinya itulah yang dilakukannya..ya Allah,bahagianya..getus hati ana..kemudian,ana mendgr berita..selepas dia melahirkan anak pertamanya..dia telah dibedah dan tidak boleh melahirkan anak..tapi, Allah itu Maha Penyayang..jika Allah kata jadilah..maka jadilah..dengan izin Allah,guru ana bersalin lagi dan kali ini dia mendapat anak kembar..waktu mula2 tahu..aku benar2 terkejut kerana ana tahu guru ana sakit..dan tidak boleh melahirkn anak lagi..tapi tiada apa yang mustahil..dan wajarlah Allah menganugerahkan mereka anak kembar, kerana kumelihat kasih sayang dan tanggungjawab yang jelas terpamer diwajah mereka..

lagi satu peristiwa dalm keluargaku sendiri iaitu kesabaran ibuku..ibu memang seorang yang sabar bagiku..dan kulihat hanya ibu yang benar2 memahami ayah..dan kami anak2 belum cukup mengenali ayah..tidak pernah sekalipun kumelihat ibuku menyapu bedak diwajahnya dan tidak pernah sekalipun kumelihat ibuku mencalit gincu dibibirnya apabila keluar..tapi diriku selalu melihat ayahku membeli baju2 yang cantik untuk ibu dan membeli bedak,minyak wangi dan gincu untuk ibu..dan ibu hanya memakainya dirumah..waktu aku belum mengerti aku tak faham perlakuan ibu..tapi bila ku dah besar..aku tersenyum..ibu ingin cantik dihadapan ayah..n pernah terdetik dihatiku..angah nak jadi macam mak..cantik dihadapan suami..
satu lagi sikap ibu yang kupuji..bila tiba-tiba ayah nak makan..sekalipun,ibu penat atau mungkin waktu tu sudah terlalu lewat untuk ibu memasak..tapi,ibu tetap betah untuk bangun dan memasak untuk ayah..wktu diriku belum mengerti..aku marah..kataku..kesian mak..tapi,bile ku dah besar dan sudah mengerti..itulah wanita bergelar isteri..sekali lafaz nikah itu suami lafazkan dan sah itu suaminya..dia akan menjadi seorang isteri yang terlalu kasih pada suami..segala2nya hanya untuk suami..dan menjaga kebajikan suami memberi kebahagiaan hati seorang isteri..

seorang isteri itu bukanlah terlalu mengahrap kesemprnaan dari seorang suami kerana kita adalh manusia yang tidak sempurna tapi suami dan isteri itulah yang saling melengkapi antara satu sama lain..jika sisuami api..Allah anugerahkan siair untuknya agar api bisa terpadam dengan kelembutan dan kesejukkan siair..dan begitu juga sebaliknya..

waktu balik kampong hari tu aku berpeluang jumpa along dan abang longku..alhamdulillah,gembira kumelihat along dan abang long bahagia..aku tersenyum melihat along menyuap makanan untuk abg long..emm..mereka tinggal berjauhan..dugaan untuk mereka..tapi,apa yang penting ialah kesetiaan..jika masing2 sedar akan tanggungjwab diri..insyaallah..sekalipun berjauhan..sekalipun jarang bertemu..namun,kasih dan sayang tetap mekar dalm hati..doa yang dipohon,kerana hati yang penuh iklas menyayangi dan kerana Allah yang menyatukan hati dua insan...Subahanallah..indahnya sebuah perkahwinan..

namun,skrg diriku sendiri dapat melihat penceraian yang kini kian banyak berlaku tambahan dikalangan artis..dan stelah bercerai..terus kudengar berita si suami nak berkahwin dgn sipolan dan sipolan..kadang diriku berfikir..aduhai cepat betul kasih silelaki beralih arah..setelah berpisah terus kau jumpa calon isteri baru..dimana agaknya makna cinta yang pernah dilafazkan untuk isterimu..benar..bila kamu ingin memilih seorang lihatlah pada agamanya..sememangnya hanya mereka yang beragama,yang beriman benar2 faham dan mengerti apa itu cinta suami isteri..

tahukah kalian, cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan..dan lafaz yang kumaksudkn disini ialah lafaz akad nikah..buat bakal2 suami dan bakal2 isteri azamkan di dalm hati..tanamkan di dalm jiwa..untuk menjadi isteri dan suami di dunia dan disyurga..renungi kata2ku…cinta itu suci bagi mereka yang ingin menjaga kesucian cinta..cintailah dia kerana Allah..dan dirimu akan melihat cinta itu membwa kamu mengenal penciptaMu..waallahulam..ana yang belum bergelar isteri menutur kata..tidak bermaksud apa2..sekdar berkongsi pandangan ana dan kerana ana ingin membwa kalian menyedari akan kesucian sebuah perkahwinan..kesucian sebuah pernikahan..kerana satu hari..kite juga bakal menempuhinya..atau mungkin ada dikalangan pembaca yang sudah menempuhnya..

KERINDUAN ITU KEMBALI



Kumerenung satu wajah..
Wajah yang kemerahan..
keningmu yang berkerut-kerut..
Bibirmu yang kecil..
yang sesekali tenrnga-nganga seolah2 mencari sesuatu..
tapi..tika itu..matamu masih tertutup..
kutahu kau keletihan..
bangun sayang..
makcikmu datang..
makcik nak dengar suaramu..
kuambil dari buaian kecil tempat dirimu bersemayam..
kuletak diats pangkuanku..
ada kesayuan tika aku memangkumu..
kesayuan yang lahir krn terlalu gembira..
aku bersyukur ibumu selamat melahirkanmu..
sepupuku..syamila..yang sebaya denganku..
apakah makna kegembiraan,kebahagiaan n kesayuan ini..
mungkinkah ia lahir dari hati seorang wanita..
atau mungkin perasaan dari hati seorang ibu..
waktu itu kuterfikir..
apakah rasa ini yang ibuku rasai..
sewaktu melahirkn kami 10beradik..
jika ini perasaanya..
ya Allah..
rasa itu cukup membahagiakan..
tika melihat..
zuriat yang dikandung 9bulan..
kini selamat lahir ke dunia..
diriku tersentak mendengr suaramu..
rengekan kecil..namun ibrat irama indah bagiku..
aduhai..melamun rupanya makcikmu ini..
kenapa sayang..
dina lapar?
lihatlah gelagat makcikmu ini..
berbicara denganmu..
seolah2..
kau sudah pandai berkata2..
diriku tersenyum sendirian..
kumeletakkan tangan dibibirmu..
untuk menguji.. sama ada dirimu lapar atau tidak..
kulihat ada tindakn reflekS yang kau berikan..
kau cuba menjilat tangan makcikmu..
dina lapar ye?
jap ye..
jap lagi mama dina sampai..
sempat juga kumengaplikasikan subjek psikologi yang kubelajar..
kupegang tanganmu yang kecil..
genggaman tanganmu masih erat tika itu..
namun kutahu..hari..berganti hari..
genggamn tanganmu kian terurai jua..
ADuhai permata hati..
Si kain putihku..
Sesekali..kumelihat dirimu menguap..
Cepat2..ku meletakan tanganku ..
Kulihat…matamu terbuka perlahan2..
Dina..makcik ni sayang..
Kau memejamkan matamu kembali..
Kutahu..kau kepenatan..keletihan..
Keletihan seorang bayi..
Setelah berddepan dgn dunia barumu..
Tidurlah sayang..
Biar makcik nyanyikan lagu..
Kuberzikir dekat dgn telingamu..
Kuperdengarkn alunan lagu y kureka sendiri..
Sambil menepuk2 mu perlahan..
Akhirnye kau terlena..
dalam pelukan tanganku..
tahukah apa y makcikmu rasakan ketika itu..
makcik rasa bahagia..dapat menidurkanmu..
Kerinduan itu..perasaan itu..yang kurindu..
kerinduan untuk memelukmu..
menidurmu atas pangkuanku
mendegar rengekan kecilmu..
duhai permata hati..
Moga satu hari..dirimu menjadi anak yang solehah..
Untuk ibu dan ayahmu..

p/s: anak-anak adalah amanah Allah..sucinye ia ibarat kain putih..ibu bapalah yang mencorakannya..
kumengarang sajak ini tika kumerindui anak sepupuku'Nor Dina Balqis' ..sewaktu cuti kuberulang2 melihatnya..namun kini,ia tiada di depan mataku..
(gambar:sekadar hiasan)