Thursday, May 26, 2011

BILA CIKGU MERAJUK..PELAJAR..


Semalam..ana masuk ke kelas Peralihan A..ana akan menyambung pelajaran hari ini memandangkan kertas soalan juga sudah selesai dibincangkan..

“Baiklah pelajar-pelajar..hari ni kita akan akan sambung topik baru unit 33,Kesetiaan Kepada Negara..Siapa tahu apa yang dimaksudkan dengan setia atau kesetiaan???Bla...bla..Bla..

Pengajaran disampaikan dengan semangat sehingga selesai waktu pertama..hari ni dua masa..faham-faham ajelah bagaimana reaksi pelajar jika sudah terlalu lama..tapi,ana tak mahu keadaan ini berlaku..

“Baiklah pelajar-pelajar..hari ni..kita menyanyi nak?Buka muka surat 167sekarang..Tajuk lagu ni’SETIA’..kamu tahu tak?

..........................................................................

Majoriti tak tahu lagu ni..aku pun menyanyikan sedikit lagu ini..

Ada yang mendengar dan mengikut..tapi,ramai yang berbual-bual..hmm..memang tak berkesan..

“Baiklah.cikgu nak ambik laptop cikgu..

“Vinothren,jaga kelas!!Aku mengrahkan ketua kelas untuk mengawal kelas..

Tidak lama kemudian..ana kembali semula ke kelas..dengan laptop dan broadband..terus membuka laman web youtube dan mencari lagu ‘SETIA..’

Pelajar excited sekalipun ini bukan kali pertama ana membawa laptop ke kelas untuk menunjukkan video kepada pelajar..

“Baiklah..kamu dengar betul2 lagu ni..cuba ikut sikit-sikit..”

Beberapa orang pelajar ke depan..Ada yang mengikut..tapi yang ramainya..yang berbual sesama mereka..

“Baiklah pelajar..semua berdiri..ikut cikgu nyanyi..

Para pelajar berdiri..tapi,mereka masih tak berhenti bercakap..Ya Allah..macam mane nak suruh pelajar diam ni..

Ana mengulang-ulang arahan..dan menyanyi satu rangkap..ada yang mengikut..tapi tak semua..

Ana menutup kipas sambil memandang dari jauh..tunggu mereka senyap..tapi, kaedah itu pun tak berkesan..kedengaran beberapa pelajar menjerit “diam !“kerana perasan aku sudah mula marah..sekalipun tanpa suara ..tapi,ramai yang tak faham..kelas masih bising..masih kedengaran suara..

.................................................................................

Ana masih menunggu semua pelajar diam..ana melihat jam di tangan..tinggal 5minit lagi nak habis..

Akhirnya...

“Baiklah..takpelah..kamu tak nak belajar kan..cikgu nak keluarlah..”Aku mengemas laptop dan semua barang-barangku...

“Takpe..kamu buatlah bising ye..”

Aku terus keluar..

“Cikgu..jangan pergi!jangan pergi cikgu!Kedengaran suara pelajar menjerit..

ana terus pergi tanpa menoleh..sambil berjalan sambil tersenyum sehingga ditegur pembantu makmal yang lalu..”Kenapa senyum-senyum ni cikgu..”Allah..ada pulak yang perasan ana senyum..

Ana tersenyum sebab sebenarnya ana bukan nak merajuk..dan emosi ana pun bukanlah terlalu marah waktu tu..ana juga tak sedih dengan kelakuan pelajar waktu tu..cume sengaja buat-buat macam merajuk..nak tengok reaksi mereka..nak ajar mereka supaya jangan nakal-nakal dalam kelas ana..

.................................................................................................

Selepas meletak barang-barang di bilik guru..ana mengintai mereka dari tingkap..risau juga takut apa-apa berlaku..sekarang masih kelas ana..walaupun 5minit..mereka masih dalam jagaan ana..duit gaji juga masih berjalan..ana ke ruang legar dihadapan bilik guru..pelajar-pelajar boleh melihat ana dari situ..ana nampak 2orang pelajar perempuan sedang berjalan ke arah ana..ana tahu mereka nak pujuk ana..

“Cikgu..tak nak nangis..mari masuk kelas..”

“Cikgu tak nangislah..kelas kamu tu..bising sangat..tak nak dengar cikgu cakap..

mereka diam..

“Takpelah..kamu berdua masuk kelas ye..

Tak lama kemudian..kelihtan beberapa orang pelajar perempuan lagi datang..salah seorang dari mereka menerkam aku..namanya Chong Chee Chin..ana murid yang baik..dia selalu salam cium tangan dengan aku..walaupun dia seorang pelajar Cina..

“Cikgu..tak nak marah..mari balik kelas cikgu..”

“Kawan-kawan kamu bising..tak nak dengar cikgu cakap..”

“Baliklah cikgu..”dia memujuk aku..

“Takpe..masa cikgu dah habis..cikgu kamu pun dah nak sampai..(kelihtan Pn.Seroja,guru Bahasa Inggeris mereka menuju ke kelas..)

“Kamu masuk kelas ye..”

“Cikgu..”

Aku melihat mata pelajar ini merah..

Pelajar ni nak nangis ke?hatiku terdetik..

Akhirnya..dia betul-betul nangis..

“Laa..kenapa sedih pulak ni..”

“Cikgu marah..”

“Taklah..cikgu tak marah..cikgu tak marah kamu..cikgu marah kawan-kawan kamu..tak nak sedih2 ye..aku mengusap bahunya..”

Dia masih nangis..ana sendiri sebenarnya tak tahu kenapa dia nangis..mungkin dia rasa bersalah buat ana sedih sedangkan dia bukanlah termasuk dalam golongan yang buat bising dalam kelas tadi..

“Dahlah..masuk kelas ye..cikgu tak ape-ape..”

Pelajar itu pun berlalu sambil mengesat air mata..

Hmm...rasa bersalah pulak buat budak nangis..tapi,ana tak berniat untuk merajuk sebenarnya..sekadar menguji mereka..

................................................................................................................

Bercakap soal merajuk..sebenarnya..tak sesuai untuk kita sebagai guru merajuk..seorang guru itu harus sabar..cukup sabar dengan kerenah pelajar..mungkin ana sendiri kurang pengalaman bagaimna untuk mengawal pelajar dengan baik..semoga pengalaman akan lebih mengajar ana bagaimana untuk menjadi seorang pendidik yang sebenar-benar mampu mendidik..insyaallah..

Sunday, May 22, 2011

RINDU DI HATI UMI..



Tadi..ana telefon ibu ana..bertanyakan tentang along..dah sampai atau belum..alhamdulillah..along dah sampai rumah..sudah mula bercuti di kampung..menunggu masa untuk bersalin anak ke-2..Kalau ikutkan..due date nyer 2jun..semoga Tuhan permudahkan..tak sabar rasenyer nak ada anak kecil lagi di rumah kami..

Tadi..ana sempat berbual dengan buah hati ana..muhammad hazim izzafran...aduhai..semakin petah si kecil itu berkate2..geram betul..tak sabar nak jumpe buah hati umi tu...

Berita terbaru..adikku irim yang belajar di UKM..berada di Sudan sekarang..praktikal di sane..buat research tentang negara Sudan..insyaallah..2Jun nanti dia balik..semoga Allah melindungi adik angah di sane..

Alhamdulillah juge..adikku hakim yang belajar di matrik pahang dapat 4.00 purata keseluruhan..tak tahulah apa perancagn dia lepas ni..insyaallah..angah balik nanti..kite same2 bincang..

Untuk adik angah sabirin yang belajar di maahad johor..insyaallah.kite balik same2 jumaat nanti..buat elok2 untuk exam..angah juga doakan agar adik angah..abang..lulus temuduga..

Ya Allah..rindunye rasa hati ni..insyaallah..kita akan berkumpul semuanya cuti ni..semoga Allah menemukan kita..Ya Allah..aku mohon padamu..lindungi semua ahli keluargaku..kurniakan kejayaan kepada semua adk beradikku..dan yang paling utama ya ALLAH..jadikanlah seluruh ahli keluargaku..hambamu yang beriman dan bertaqwa..mereka ahli keluargaku ya Allah..aku menyayangi mereka dan aku lebih mengenali mereka..aku yang akan tetap mendoakan mereka..

Video buah hatiku solat..


Monday, May 16, 2011

PERIHAL BERTEMU DENGAN 'ALLAH'


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Kerana DIA aku hidup..dan kerana DIA juga aku mati..

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..Tuhan sekalian alam..terima kasih ya Allah..atas nikmat iman dan Islam yang engkau anugerahkan kepadaku juga sekalian ummat Islam..Tetapkanlah hati kami atas jalan-Mu..

FITRAH MANUSIA ITU MUSLIM

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Betapa bersyukurnya kita kerana dilahirkan sebagai seorang Islam..semoga Islam kita bukan hanya pada keturunan..bukan hanya pada nama..tapi..Islam yang sebenar-benar islam..muslim yang sebenar benar muslim..

Berbicara soal Islam..soal Iman..setiap manusia itu fitrahnya suci(yakni muslim)..sama ada dia sekarang adalah muslim ataupun tidak..sama ada dia kini kristian ataupun buddha..tapi,fitrah asal kejadian setiap manusia itu adalah Islam..


Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah suci yakni Muslim. Kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”(Hadith Bukhari)


Teringat kata-kata brother lim joi soon..salah seorang pendakwah yang terkenal..seorang yang menganut agama buddha pada asalnya..kemudian menganut agama Kristian dan hampir menjadi paderi sehinggalah beliau mendapat hidayah dari Allah dan memeluk Islam..kini sudah lebih 10tahun beliau memeluk Islam..kata-kata beliau yang masih ana ingat hingga ke hari ini sewaktu mengikuti’Kursus Perbandingan Agama..


“saya bukan convert(tukar) kepada Islam..tetapi revert(kembali) kepada Islam..kerana apa??kerana beliau tahu fitrah setiap manusia itu adalah Islam..”


ROH YANG BERJANJI


Sidang pembaca yang dirahmati Allah..

Sewaktu kita masih di alam roh..kita sudah berjanji dengan Allah untuk mengakui-Nya sebagai Tuhan..Namun, apa yang menyedihkan kini bilamana ramai yang lupa dengan perjanjian ini..betapa banyak kes murtad yang melanda ummat Islam kini..nauzubillahiminzalik..apakah kita tidak bersyukur kerana lahir sebagai seorang Islam??apakah kita mahu bertemu dengan Allah nanti dalam keadaan diri yang memungkiri janji?


Firman Allah di dalam surah Al-A’raf ayat 172 yang bermaksud:

Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman):”Bukankah Aku ini Tuhanmu?”Mereka menjawab :”Betul(Engkau Tuhan kami).Kami menjadi saksi..”

BEZA ANTARA ‘IMAN’ DENGAN’PERCAYA’

Teringat satu cerita yang pernah diceritakan oleh adik lelaki ana..ia mengisahkan seorang kanak-kanak Jepun yang beragama Islam..setiap hari ibu kepada kanak-kanak itu akan berpesan kepada anaknya..

“Ingat wahai anakku..Tuhan itu Maha Besar..Tuhan itu Maha Esa..Dialah Allah..Tuhan yang menjadikan kita dan seluruh alam ini..”

Keesokan harinya..ibu ini berpesan perkara yang sama kepada anaknya..

“Ingat wahai anakku..Tuhan itu Maha Besar..Tuhan itu Maha Esa..Dialah Allah..Tuhan yang menjadikan kita dan seluruh alam ini..”

Setiap hari..sebelum pergi ke sekolah, ibu ini akan mengingatkan anaknya perkara yang sama..sehinggalah satu hari..guru di sekolah berpesan kepada murid-muridnya..

“Baiklah murid-murid..hari esok saya nak murid-murid bawa Tuhan masing-masing ke sekolah..”

Kanak-kanak itu pun pulang ke rumahnya dan memberitahu ibunya..

“Ibu..ibu..cikgu suruh bawa Tuhan masing-masing ke sekolah pada hari esok..”

Si ibu hanya tersenyum..

“Wahai anakku..jika cikgumu bertanya tentang Tuhanmu..maka beritahulah seperti mana yang ibu selalu ajarkan padamu..

Keesokan hari..semua pelajar membawa Tuhan masing-masing..ada yang membawa lambang salib..patung berhala dan pelbagai lagi..melainkan kanak-kanak yang beragama Islam ini..

Semua pelajar menunjukkan tuhan-tuhan mereka dengan rasa bangga..sehinggalah sampai giliran kanak-kanak yang beragama Islam ini..

“Siapa Tuhan kamu??”

“Tuhan saya Allah cikgu..”

“Dimanakah dia?kenapa kamu tak membawanya??

“Tuhan saya besar cikgu..saya tidak boleh membawanya..”

“Sebesar manakah Tuhan kamu??tunjukkanlah kepada kami..”

“Tidak boleh cikgu!Tuhan saya besar..Tuhan saya Maha Besar cikgu..lagi besar dari kelas ini..”

“Besar sungguhkah Tuhan kamu??”

“Ya cikgu!Tuhan saya memang besar..Tuhan saya Maha Besar cikgu..dia yang menjadikan cikgu..dia yang menjadikan saya..dia yang menjadikan semuanya..

“Adakah Tuhan sebesar itu..”

“Ada cikgu..dia Tuhan kita..Allah..Tuhan Yang Maha Besar..”

“Kalau begitu..kami juga mahu beriman dengan Tuhan kamu..

Akhirnya..cikgu dan pelajar-pelajar di situ semuanya memeluk Islam..

.....................................................................................

Sidang pembaca yang dirahmati Allah..

Sewaktu ana mendengar cerita ini pada awalnya..ana sendiri tidak terfikir apa agaknya jawapan yang akan diberitahu oleh si ibu kepada si anak..untuk memahamkan orang dewasa mungkin mudah..tapi,bagaimana pula untuk memahamkan si anak kecil ini akan sesuatu yang tidak nampak?tetapi seorang ibu yang beriman mampu menerapkan konsep aqidah dalam diri anaknya..

Bercakap soal iman dan percaya..sebenarnya, di awal kejadian manusia..Tuhan telah merendamkan hati kita dengan lautan iman..islam dan akal..kerana itu..kita bisa mengakui Allah sebagai Tuhan kita sekalipun kita tidak bisa melihat Dia..tapi insyaallah saudara-saudaraku..kita akan bertemu dengan Allah di akhirat nanti..

Berbicara soal perbezaan antara iman dengan percaya pula..ya!!kita biasa percaya dengan sesuatu yang kita nampak..yang kita lihat dengan mata..tapi,berbeza bilamana kita mengatakan kita beriman..kerana adanya iman di dalam hati..kita bisa mengakui segalanya termasuk sesuatu yang orang lain merasakan ia tidak logik..tetapi,kerana adanya iman di dalam hati..dengan hidayah Allah..dan panduan akal,Al-Quran dan al-hadith tiada yang mustahil..kerana Allah yang menganugerahkan nikmat iman itu dalam diri kita..kerana itu..nikmat iman dan islam adalah nikmat yang tidak ternilai yang dianugerahkan Allah kepada kita..

PERIHAL BERTEMU DENGAN ‘ALLAH'

Bertemu dengan Allah adalah suatu kemestian..ia semestinya menjadi impian pertama kita..kerana itulah kemuncak hidup kita di dunia ini..untuk bertemu dengan Allah..

Saudara-saudaraku..

kita menyembah DIA hari-hari..kita mengakui DIA sebagai Tuhan..Kita beriman pada-Nya..kita menuruti perintah-Nya..kita mengakui keagungannya sebagai pencipta..kita melihat kebesaran-Nya pada setiap yang dicipta-Nya..apa kita tidak mahu bertemu dengan-Nya??Tidakkah kita mahu bertemu dengan pencipta kita??Tidakkah kita merasa rindu untuk bertemu dengan-Nya??

Dari Ubadah bin Shamit dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasalam, beliau berkata:

"Barangsiapa yang mencintai pertemuan dengan Allah, Allah pun mencintai pertemuan dengannya, dan barangsiapa yang membenci pertemuan dengan Allah, Allah pun membenci pertemuan dengannya." Maka berkatalah Aisyah atau salah seorang istrinya: "Kita semua membenci kematian." Beliau menjawab: "Bukan begitu, akan tetapi seorang mukmin apabila akan didatangi oleh kematian, dia akan digembirakan dengan keredhoan Allah dan kemulian-Nya, maka tidak ada sesuatupun yang lebih dia cintai daripada masa depannya, lalu dia pun mencintai pertemuan dengan Allah dan Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Adapun orang kafir apabila dia akan didatangi kematian, dia diberi kabar tentang adzab Allah dan siksanya, maka tidak ada yang lebih dia benci dibandingkan masa depannya, maka dia pun membenci pertemuan dengan Allah dan Allah pun membenci pertemuan dengannya." (HR. Bukhari 6026)

Pengajaran hadith ini ialah bilamana kita berharap untuk bertemu dengan Allah..bilamana kita yakin kita akan bertemu dengan Allah ..maka seharusnya kita membuat persiapan untuk bertemu dengan-Nya..bilamana kita sudah bersedia..sudah semestinya kita akan rasa tidak sabar dan ternanti-nanti untuk bertemu dengan-Nya..kerana itu kita disuruh untuk mengerjakan amal soleh dan memperbanykkan amal kebajikan sebagai bekalan di akhirat sebagaimana yang diterangkan di dalam firman Allah Surah yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal shaleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."(Surah Al-Kahfi:110)

..............................................................................

Teringat sewaktu berbicara soal agama dengan ayah..ayah kata..kita tak bisa melihat Allah sekarang..tahukah kalian kenapa??kerana Allah itu terlalu indah..andai Tuhan menampakkan dirinya..nescaya manusia tidak akan melakukan apa-apa melainkan hanya melihat wajah Allah...tapi,insyaallah saudara-saudaraku..diakhirat nanti..kita akan dapat melihat Allah..

Bukankah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang ini

Pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-seri, karena mereka melihat kepada Rabb mereka." (Al-Qiyamah: 22-23)

Di dalam hadits sahih muslim juga ada menyebut iaitu dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahwa manusia berkata:

"Wahai Rasulullah, apakah kita akan melihat Rabb kita pada hari kiamat?" Beliau menjawab: "Apakah kalian berdesak-desakan ketika melihat bulan pada malam purnama di saat tidak ada awan di bawahnya?" Mereka menjawab: "Tidak, ya Rasulullah?" Beliau berkata: "Apakah kalian pun berdesak-desakan ketika melihat matahari di saat tidak ada awan?" Mereka menjawab: "Tidak." Beliau berkata: "Maka sesungguhnya kalian akan melihat-Nya seperti itu." (HR. Bukhari 764).

SOLAT JALAN TERDEKAT BERTEMU ALLAH..

Ya saudara-saudaraku..demikianlah perihal bertemu dengan Allah..insyaallah..di akhirat nanti..kita pasti akan dapat melihat dan bertemu dengan Allah..apa yang paling penting sekarang..kita harus sentiasa mempersiapkan diri untuk bertemu dengan-Nya..dan jalan yang terdekat untuk kita merasai bertemu dan melihat Allah kini tidak lain tidak bukan ialah sewaktu kita solat..kerana itu kita disuruh untuk solat dengan khusyuk..kerana itu kita diperintah untuk solat dengan merasai seolah-olah kita akan mati esok hari..dan solat dalam keadaan kita merasai seolah-olah kita melihat Allah atau paling kurang Allah melihat kita..kerana tika itulah kita berbicara dengan Allah..dan tika itu jugaklah..andai kita benar-benar khusuk kita merasai kehadiran-Nya dalam setiap denyut nadi kita..

Benar!Tuhan itu Maha Dekat..Maha Dekat kepada hamba-hamba yang tidak putus mengingatinya..

Akhirul kalam

-Bersamalah kita berdoa agar kita semua dapat bertemu dengan Allah di akhirat nanti..dan semoga saat itu..kita bertemu dengan-Nya dalam keadaan diri yang benar-benar bersedia..dalam keadaan diri yang mengakui keagunngan-Nya..dan bukan dalam keadaan diri yang hina..