Dari Abdullah b.Umar r.a katanya Rasulallah SAW bersabda : " Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan di dunia adalah wanita solehah ( Riwayat Muslim)
Tuesday, March 31, 2009
MENDOA HARUS YAKIN!!
Dari Abu Darda’ katanya Rasulallah SAW bersabda: “ Tiada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya ( sesama muslim) yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula.” Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula”.
(Hadith sahih muslim)
Pengertian Doa
Dari segi istilah doa bererti seruan, permohonan atau permintaan yang ditujukan semata-mata kepada ALLAH Taala bagi memohon segala hajat atau keperluan.Ia adalah salah satu cara yang penting untuk mendekatkan diri kepada Allah disamping dengan berzikir.
Doa merupakan senjata bagi orang Islam. Dengan berdoa maka akan timbullah rasa taqarrub dalam diri hamba terhadap pencipta-Nya..
kita ini hamba Allah yang lemah sahabat-sahabatku..namun, kita punya banyak kemahuan dan keperluan yang tidak dapat kita capai sendiri tanpa kurniaan dan pertolongan Allah Taala.Sedang kita pula tidak bisa tahu perkara-perkara ghaib dan apa yang akan datang dan berlaku padanya pada masa akan datang. Oleh itu, satu-satunya jalan untuk melindungi diri,keluarga dan harta-benda untuk mendapat keslematan dan kejayaan mahupun memenuhi keinginan dan keperluan ialah dengan berdoa kepada Allah..hanya padaNya..Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa..
Subhanallah..Walhamdulillah..Walaailahaillallah..Allahuakhbar..
Sahabat-sahabatku,
Allah Taala itu Maha Kaya.. Dia Maha Perkasa...Dia Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Pemurah.. Hanya Dia yang mempunyai perbendaharaan rahmat dan nikmat yang tidak terhingga. Dengan sifat pemurahNya,maka DIA mencucurkan rahmatnya kepada sesiapa yang memohon kepadaNya dengan rasa rendah diri dan mengakui keagungan dan kekuasaan Allah Taala serta mengikut cara-cara yang ditentukan oleh Al-Quran dan Hadith Rasulallah SAW. Bila mana kalian rasa sedih maka mengadulah pada DIA..bilamana kalian merasa lemah dan tidak berdaya maka berdoalah padanya sahabat-sahabtku..yakinlah akan kata-kataku..dia pasti akan memakbulkan doa kalian..
Firman Allah di dalam Surah Al-Mukmin: 60
Dan berkata Tuhan kamu: berdoalah kepadaKu,nescaya aku perkenankan untukmu..
Di dalam firman Allah di atas jelas menunjukkan kepada kita, Allah Taala sendiri dengan sifatnya yang Maha Pemurah dan Penyayang menyeru hambaNya untuk berdoa padaNya..kerana kita yang memerlukan DIA dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah dibumi ini.
Hadith Riwayat Tarmizi:
Tiada sesuatu yang lebih mulia menurut pandangan Allah Taala selain doa..
Sahabat-sahabatku,
Dalam kita berdoa maka adalah tersangat penting untuk kita menjaga adab-adab dalam berdoa dan mengetahui syarat-syarat berdoa..Insyaalah, akan ana kongsikan disini..
Adab-adab dalam berdoa:
1. Suci daripada sebarang hadas dan menutup aurat.
2. Mengadap kiblat
3. Menghadap kumpulan jika dalam kumpulan (bulatan)
4. Mengangkat kedua belah tangan dan menundukkan kepala.
Hadith Sahih Muslim:
Dari Anas b.Malik r.a katanya aku melihat Rasulallah SAW mengangkat tangannya (tinggi-tinggi) ketika mendoa meminta hujan) sehingga kelihatan putih ketiaknya.
Hadith Sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah SAW bersabda: Hendaklah orang-orang itu berhenti melihat kelangit ketika mendoa dalam solat atau mereka akan dibutakan.
5. Dimulakan dengan bismillah
6. Merendahkan suara
7. Ikhlas,khusyuk dan tawadhu’
8. Memahami kandungan doa
9. Penuh harapan kepada Allah sehingga dapat menitis air mata
10. Tidak jemu-jemu untuk berdoa
Syarat-syarat berdoa
1.Beriman kepada Allah dan Rasul
2.Melakukan kewajipan terhadap Allah
3.Menyesal serta bertaubat atas segala dosa yang lampau dan berazam tidak akan melakukan sebarang dosa lagi.
4. Menjauhi perkara2 yang haram semasa berdoa.
5. Memulakan doa dengan tahmid dan selawat dan mengakhirinya dgn selawat dan tahmid.
6.Menyebut setiap kalimah dengan betul
7.Melakukan amal kebajikan sebelum berdoa.
8.Berdoa bukan dengan tujuan maksiat atau perkara yang mustahil.
9. Yakin bahawa Allah menerima setiap doa.
Berdoa juga punya waktu-waktu yang tertentu agar doa kita mustaajab dan dimakbulkan Allah. Diantara masa-masa yang mustajab untuk berdoa ialah:.
1. Selepas azan.
2. diantara iqamat dan solat.
3. Ketika sujud di dalam solat dan setelah membaca tasyhud dan sebelum memberi salam.
4. selapas solat
5. diantara dua khutbah jumaat.
6. satu pertiga malam yang akhir.
7. waktu sahur
8. waktu hujan turun
9. ditengah medan perang
10. semasa melihat kaabah
11. ketika tawaf dan sa’ie
12. ketika berpuasa
13. ketika ditimpa kesusahan atau penderitaan.
14. selepas membaca Al-Quran
15. waktu hamper berbuka puasa.
16. semasa minum air zam-zam
17. ketika berkumpul di majlis ilmu atau zikir.
Doa Yang Mudah Dimakbulkan Oleh Allah Taala
1.Orang yang dizalimi.
2. Orang tua dan kanak-kanak
3.Kedua ibu bapa untuk anknya.
4.Orang yangs oleh dan bertaqwa.
5.Orang yang musafir yang diharuskan.
6.Orang yang berpauasa.
7. Orang yang sakit.
8. Para malaikat dan Rasul
9. Raja atau pemerintah yang adil.
Doa Yang Tidak Dimakbulkan Oleh Allah
1. Banyak melakukan dosa.
2. Berada dalam lingkungan maksiat.
3. Berdoa ditempat maksiat.
4. Tidak melakukan kewajipan terhadap Allah.
5. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulallah.
6. Suka mengikut kehendak hawa nafsu dan pengaruh syaitan
7. Tidak menjauhi larangan Allah
8. Suka mengumpat dan maki hamun.
9. Tidak bersyukur kepada pemerintah yang adil.
10. Derhaka terhadap ibu bapa.
11. Ingkar kepada permerintah yanga dil.
12. Mempunyai sifat tercela seperti takbur dan riya’
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,
Sabarlah sewaktu berdoa dan berdoalah dengan penuh yakin pada-Nya..Insyaallah sahabat-sahabatku..andai kita benar-benar tulus dalam mendoa..Dia pasti memakbulkannya..Amalkan diri kita untuk sentiasa berdoa dalam apa jua yang kita lakukan sama ada hal-hal kecil mahupun hal-hal besar..hal-hal dunia mahupun akhirat..Sesungguhnya tiada tempat untuk kita menggantung harap melainkan hanya pada Dia..yang Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi..segala yang sudah,sedang atau akan berlaku..yang Maha tahu segala yang nyata mahupun ghaib..yang maha mengetahui segla yang terang mahupun sembunyi..
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan.” Lalu beliau ditanya orang,” apakah maksudnya minta cepat-cepat?”jawab baginda umpamanya seorang berkata dalam doanya” Aku telah mendoa, tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan..Lalu dia putusa asa dan berhenti berdoa..
Waallahualam..
Subscribe to:
Posts (Atom)