TAJUK 2: NIKAH DAN TUJUANNYA
Assalamualaikum semua..seperti yang ana janjikan..disini sambungan untuk tajuk’Munakahat’ yang ana postkan sblm ini..
Sesebuah rumahtangga itu bermula secara rasmi apabila berlaku akad nikah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum syarak.
Pengertian nikah dapat kita lihat dari segi bahasa dan istilah:
Bahasa - berkumpul dan berhimpun (disebut juga sebagai perkahwinan)
Syarak - Akad ”ikatan” yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut hukum syarak.
Akad nikah ini pula telah didahului oleh beberapa amalan iaitu memilih, merisik, dan meminang yang melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan yang dikatakan sebagai mukadimah nikah. Amalan ini dilakukan supaya akad nikah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan pasangan yang dinikahkan itu dapat membina rumahtangga yang aman dan bahagia.
Terdapat banyak dalil yang menggalakkan nikah antaranya ialah:-
Nikah merupakan satu cara untuk memenuhi tuntutan sifat semulajadi manusia baik kecenderungan hidup bersama antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya berkahwin berdasarkan dalil Al-Quran,Al-Sunnah dan Ijma’ Ulama’.
Firman Allah dalam surah-An-nisa’: 3
Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain: dua,tiga atau empat.Kemudian,jika kamu bimbang kamu tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu)maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.
Riwayah Al-Juma’ah
Wahai golongan muda,sesiapa antara kamu ada perbelanjaan(kesanggupan) hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berkahwin dapat mengawal pandangan dan mengawal kemaluan(nafsu).
Seterusnya,kita beralih kepada hukum-hukum nikah. Terdapat lima hukum nikah dan hukum nikah yang asal ialah harus.
1) Harus- hukum yang asal
2) Sunat- Bagi orang yang mahu berkahwin serta mempunyai perbelanjaan yang cukup termasuk menanggung nafkah
3) Wajib- bagi orang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan takut terjebak dengan maksoat iaitu zina.
4) Makruh-bagi orang yang tidak berkemampuan,tidak berhajat untuk berkahwin serta tidak ada nafsu yang disebabkan oleh berbaga-bagai sebab,disamping tidak mempunyai perbelanjaan.
5) Haram- bagi orang yang berniat untuk menyakiti atau menganiayai perempuan yang dikahwininya seperti tidak memberi nafkah zahir atau batin atau menderanya.
Tujuan nikah berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah
1) Mengekalkan dan meneruskan kehidupan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi Allah yang bertanggungjawab dalam menegakkan Islam dan melaksanakan ajarannya.
2) Memastikan nilai2 akhlak mulia yang menjadi asas hidup manusia dalam mendapatkan kekuatan jasmani dan rohani.
3) Mendapat ketenangan(sakinah),menyalurkan rasa cinta(mawaddah), dan kasih sayang(rahmah) antara lelaki dan perempuan secara yang halal.
4) Menyelamatkan manusia daripada jebak maksiat dan azab neraka terutamnya zina dan gejala sosial.
5) Memberi jaminan sosial dan ekonomi untuk kesejahteraan hidup
6) Mengembangkan zuriat dan kaum kerabat bagi membina masyarakat maju dan bertemadun.
7) Menanamkan semangat persaudaraan dan semangat berkorban bagi mencapai matlamat utama dalam hidup iaitu mendapatkan kebahagiaan yang diredhoi Allah Taala.
Renungkan
Firman Allah dalam surah- An-Nisa’: 1
Wahai sekalian manusia!bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula dari diri yang satu(Adam), dan yang menjadikan daripada Adam itu pasangan(isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat dan keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.
Firman Allah dalam Surah-Ar-Rom: 21
Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasannya dan rahmatNya,bahawa ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki),isteri2 dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 yang menimbulkan kesedaran bagi orang2 yang berfikir.
Firman Allah dalam Surah-Al-Furqan:74
Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami,perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang2 yang mahu bertaqwa.
Sahabat2 ana yang dikasihi..perkahwinan itu indah dan satu ibadah..namun..dikala kita belum berkemampuan..atau mungkin masih dalam menuntut ilmu..insyaallah,jihad menahan nafsu dan keinginan adalah yang terbaik utk kita..bersabar dan yakinlah dengan takdir Allah.. kerana perkahwinan bukan hanya didasari atas nama cinta,atau mungkin sekdar keinginan untuk berkahwin..tetapi,dengan amanah,tangungjawab..dan untuk mendapat redho Allah dunia dan akhirat..andai kita tidak bisa menahan nafsu dan keinginan tika ini..bagaimana pula kita bisa menempuh ombak badai dalam perkahwinan??Insyaallah..jihad..pengorbanan dan kesabaran buat seketika ini pasti mengundang bahagia pada masa akan datang..biiznillah..
Segala kandungan dari apa yang ana sampaikan di atas ialah dari kitab ’Munakahat’sewaktu ana bersekolah agama dulu dan buku’Memasuki Gerbang Perkahwinan’ dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang ana dapat sewaktu mengikuti kursus kawin pada 24Julai yang lalu..semoga kalian mendapat sesuatu dari apa yang ana sampaikan..
No comments:
Post a Comment