Wednesday, March 25, 2009

HAKIKAT DIRIMU DUHAI WANITA..


LEMBUT WANITA KERANA SENYUMANNYA
CEKAL WANITA KERANA BERANINYA
PATUH WANITA KERANA KESETIAANYA
KASIH WANITA KERANA BELAIANNYA
LEMAH WANITA KERANA AIR MATANYA
IKHLAS WANITA KERANA SIMPATINYA
PENDAM WANITA KERANA CEMBURUNYA
SAYANG WANITA KERANA SIKAP KEIBUANNYA
TANPA WANITA LELAKI MENJADI LEMAH
KERANA WANITA JUGALAH LELAKI MENJADI KALAH

Wanita cemerlang akan menghiasai fikiran dan hatinya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Fitrah kewanitaannya mengandungi berbagai tanggungjawab sehingga meletakkanya sbegai insan yang memperoleh penghargaan besar disisi Islam.Wanita solehah akan melengkapkan dirinya dengan keimanan yang murni, budi pekerti yang luhur dan amalan terpuji.

Tiada perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi asal kejadian mahupun darjat kerana keduanya dicipta dari benda yang sama.

Firman Allah didalam Surah An-Nisa': 32

Lelaki mendapat ganjaran dari apa yang telah mereka kerjakan dan wanita mendapat ganjaran dari apa yang mereka kerjakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nahl : 97

Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh baik lelaki atau wanita dalam keadaan beriman maka akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa' : 124

Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki atau wanita sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiayai walau sedikitpun.

Firman ALLAH di dalam Surah Al-Mai'dah : 38

Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri potonglah tangan mereka sebgai pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.

Firman Allah di dalam Surah An-Nuur: 2

Wanita yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali dera.

Saudara-saudaraku,

Firman-firman Allah diatas menunjukkan kepada kita tanggungjawab yang dibebankan ke atas lelaki dan wanita adalah sama rata. Lelaki akan ditanya tentang amalan yang dikerjakannya begitu juga wanita.Tanggungjwab ini menyebabkan lelaki dan wanita sama-sama menerima ganjaran sama ada dari segi pahala atau siksa.

Bagitu juga dalam siksa dan hukuman yang lain dimana Islam menyamakan hukuman lelaki dan wanita dengan sama rata.

Syariat ALLAH itu tidak memberati seseorang untuk mengerjakan tugas orang lain akn tetapi setiap individu diwajibkan mempertanggungjawabkan amalannya masing-masing.

Islam menetapkan darjat wanita dan lelaki bukan diukur dengan jenisnya tetapi berdasarkan tanggungjawab dan amalannya.Walaupun fungsi antara lelaki dan wanita memiliki perbezaan namun mereka saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Melalui perbezaan ini akan mendorong kaum wanita untuk lebih memahami hakikat dirinya..

Dari Abdullah B.Umar r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:" Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah..

wANITA yang baik dan solehah itu akan menjadi sayap kiri buat suami..

apakah kita tergolong didalamnya??

Semoga ALLAH menjadikan kita seindah2 perhiasan ini..

No comments: