Saturday, August 21, 2010

MARI SOLAT ANAKKU..


Assalammualaikum sidang pembaca yang dirahmati Allah..semoga Ramadhan yang hadir kali ini tidak disia-siakan..bersama-samalah kita mempertingkatkan amal di bulan yang mulia ini..

Menjawab pertanyaan salah seorang pemberi komen di dalam entry sebelumnya iaitu’ Mari Perbaiki Solat..ana tergerak hati untuk berkongsi pandangan bagaimana caranya untuk kita mendidik anak-anak kita agar rajin solat..sekalipun mungkin ana bukan orang yang tepat memberikan jawapan memandangkan diri sendiri belum nikah dan belum punya anak..tapi,tak salah rasanya untuk diri ini berkongsi sesuatu..semoga apa yang diberitahu..diri yang memberitahu sendiri dapat laksanakan bila sudah bergelar isteri untuk suami atau ibu untuk anak-anak..

AL-KISAH SI IBU KETAM

Sebelum membuka tirai..mari kita sama-sama mengingat kembali alkisah si ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan si ibu ketam sendiri masih bengkang bengkok jalannya..belum bisa berjalan lurus..asyik ketepi dan ketepi..lalu bagaimana mahu mengajar anak-anaknya berjalan lurus?

Demikianlah juga dalam kehidupan kita sebagai manusia..langkah pertama untuk mendidik anak-anak agar rajin mengerjakan solat ialah dengan kita dahulu sebagai ibu atau bapa perlu melaksanakannya..perlu rajin solat..bukan sekejap solat sekejap tidak..atau sekejap timbul..sekejap tenggelam..

Anak-anak kebiasaanya akan memerhatikan apa yang ibu dan ayah mereka lakukan..apabila anak-anak melihat ibu dan bapa mereka sembahyang sudah tentu mereka akan mengikut..tambahan jika si ibu atau si ayah sememangnya menekankan tentang solat kepada anak-anak..Tetapi bagi ibu atau bapa yang tidak solat..dan tidak endah sama ada anak2 solat atau tidak..maka akan wujudlah kekeliruan dalam diri anak-anak apabila melihat si ibu atau si ayah tidak solat dan tidak kisah jika mereka tidak solat..mungkin anak-anak beranggapan solat itu tidak penting..dan akhirnya lahirlah anak-anak yang tidak pernah solat..atau meremeh-remehkan solat..kerana tidak pernah diajar dan disuruh mengerjakannya sekalipun hakikat sebenar.. pengajaran tentang solat sememangnya di ajar di sekolah..

Satu kisah yang diceritakan oleh rakan sekerja yang merupakan seorang ustazah..sewaktu beliau ingin membuat ujian amali solat..seorang pelajar perempuan mengaku bahawa beliau tidak pernah solat dan tidak tahu solat kerana ibu dan ayah tidak pernah mengajarnya..akhirnya ustazah tersebut bersetuju untuk mengajar pelajar tersebut solat dan alhamdulillah rakan-rakan pelajar perempuan yang lain juga mahu turut serta..

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,
Al-kisah anak-anak yang tidak tahu mengerjakan solat bukanlah sesuatu yang pelik..ana percaya..ramai anak-anak yang menjadi mangsa keadaan bilamana si ibu atau si bapa tidak menekankan hal agama kepada anak-anak,,atau mungkin kerana si ibu atau bapa itu sendiri tidak mengerjakannya..maka disinilah kisah si ketam dapat kita simpulkan..bagaimana mungkin si ibu ketam yang tidak boleh berjalan lurus mahu mengajar anaknya berjalan lurus??ya!ketam tidak punya akal sidang pembaca sekalian..tetapi kita manusia yang punya akal,..oleh itu,kita yang punya akal..harus menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak..

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA..

Anak-anak yang masih kecil terlalu mudah mengikut perlakuan orang..siapa lagi yang paling mudah diikut perlakuannya kalau tidak ibu atau bapa??sewaktu anak-anak sedang hendak membesar terutamnya dalam lingkungan umur anak-anak mencapai 1tahun atau lebih iaini anak-anak yang sudah pandai berjalan..atau yang baru mula hendak belajar bercakap..maka tika ini adalah waktu yang terbaik untuk mendidik anak-anak tentang kewajipan mengerjakan solat..tidak salah rasanya kalau sesekali kita mengajak anak untuk solat..mengajarnya bertakbir,rukuk atau sujud..atau mengajak anak duduk di sisi kita sewaktu membaca Yaassin..biarkan anak-anak merasai roh solat dan agama itu di dalam rumah kita sejak mereka masih kecil..

Teringat sewaktu ana menjaga anak saudara ana..Muhammad Hazim Izzafran..waktu itu si kecil itu berumur dalam lingkungan setahun sebulan..kebiasaanya,ana akan tidurkan hazim dahulu dan apabila dia tidur ana akan solat..tapi,jika si buah hati ana tidak tidur..ana akan mengajaknya solat sekali..Bilik akan dikunci kerana khuatir dia bermain di luar seorang diri..Cuma waktu itu,yang paling penting..kita kena pastikan anak-anak dalam keadaan tidak menanggung najis..iaitu bersih dari najis air kencing atau najis tahi..Oleh kerana waktu itu hazim memang sudah tahu mengangkat takbir dan sujud sekalipun tidak sempurna dan tertonggeng dia dihadapan ana..tapi cukuplah untuk dia tahu akan makna solat itu..setidaknya dia faham..bila kita cakap..”Hazim..Jom Sembahyang..”Si kecil itu terus mengangkat takbir dan menyebut’Allahuakhbar’ walaupun masih pelat..

Masalah yang mungkin berlaku waktu mengajar anak2 sebesar ini ialah mereka mungkin akan menggangu tumpuan kita sewaktu solat..jangan pelik bilamana tiba-tiba anak-anak kita tertonggeng dihadapan kita..mereka masih kecil dan tidak tahu apa yang dilakukan itu salah..maka bercakap dengan elok pada anak-anak..terangkan pada mereka dengan baik..”mak ngah nak solat..hazim jangan dok depan ye..”kebiasaannya..bagi anak-anak yang memang cepat dapat..mereka faham dengan apa yang kita pertuturkan..pertambahan umur.. insyaallah,akan menjadikan mereka lebih faham..apa yang paling penting ialah kita hendaklah melatih anak tentang solat sejak mereka kecil lagi..

SURUH SOLAT SEJAK 7TAHUN..ROTAN KETIKA BERUMUR 10TAHUN JIKA ENGGAN..

Menurut cara Islam yang sebenar sendiri, apabila anak sudah berumur 7tahun iaitu di peringkat mumaiyiz..maka tika ini ibu dan ayah sudah boleh untuk mengajak anak-anak untuk solat..manakala pada usia 10tahun pula..ibu bapa boleh merotan anak-anak yang enggan solat..kaedah rotan ini pula bukanlah bertujuan untuk mendera anak-anak tetapi untuk mendidik dan mengajar anak-anak tentang kepentingan dan kewajipan untuk mengerjakan solat..sekiranya tidak mahu menggunakan rotan mungkin ibu atau bapa boleh gunakan kaedah lain yang bersesuaian..sebagai contoh jangan benarkan anak-anak menonton tv jika mereka tidak solat..hukuman seperti ini mungkin sesuai untuk melatih anak2 yang masih kecil di peringkat awal agar mereka tahu kepentingan solat..tapi,apa yang terbaik ialah bilamana si ibu atau si ayah mampu untuk membuat anak-anak benar-benar memahami akan keperluan mengerjakan solat itu sendiri..adalah menjadi tanggungjawab si ibu atau si ayah memberi didikan agama yang sewajarnya kepada anak-anak terutamanya dalam mengajar anak-anak tentang kewajipan menunaikan solat..Ingatlah duhai para bapa atau bakal bapa..adalah menjadi tanggungjawab kalian untuk mendidik isteri dan anak-anak tentang ilmu aqidah,feqah dan tasawwuf..Kegagalan si bapa dalam menyampaikan ilmu-ilmu agama inilah yang banyak membawa kecundang dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..

PAHALA BUAT IBU DAN AYAH

Ana pernah mendengar tapi tidak pasti dengan kesahihannya..iaitu bagi anak-anak yang belum baligh..mereka belum menanggung dosa dan pahala sendiri..maka perkara baik yang dilakukan oleh mereka..ibu dan ayah mendapatnya begitu juga sebaliknya...saudara-saudaraku sejak dari kecil..ini yang ana pegang..ana solat sewaktu kecil tika itu..kerana mahu ibu dan ayah ana dapat pahala..maka kepada golongan ibu atau bapa beritahulah anak-anak..kalau anak-anak sayang pada mak dan ayah..anak-anak kena solat..semoga hati mereka akan lembut untuk mengerjakannya,,

DOA

Seterusnya,amalan yang seharusnya selari dalam hidup kita ialah dengan berdoa..iaitu berdoa agar ahli keluarga,anak-anak atau cucu termasuk dalam golongan yang tetap mengerjakan solat.Sebagaimana yang disebutkan di dalam Surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“Ya Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat..ya Tuhan Kami..perkenankan doaku..”

Sidang pembaca bolehlah merujuk kepada surah yang tersebut di atas untuk bacaan Arabnya..Selain itu bagi si ibu atau si ayah..setelah anak tidur..luangkan masa sebentar untuk pergi dekat mereka..katakan sesuatu yang baik atau apa yang kita ingin anak lakukan esok hari..bacalah zikir2 tertentu atau ayat2 al-quran untuk lembutkan hati anak-anak..dan tiupkan di ubun-ubun mereka..doa pada Allah agar anak-anak taat sembahyang..dan doa juga agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..insyaallah..kalau betul didikan kita..ikhlas juga hati kita dalam berdoa untuk keluarga,anak2 mahupun cucu..yakinlah anak-anak kita akan faham kepentingan solat dan waktu itu kita tidak perlu lagi menyuruh mereka solat kerana mereka sendiri sudah faham dan tahu untuk mengerjakan sendiri tanpa perlu disuruh..

’SOLAT YANG DIHAYATI’

Sekiranya sejak kecil anak-anak telah dilatih untuk mengerjakan solat..insyaallah,mereka akan terbiasa mengerjakannya..Cuma diwaktu mereka kecil atau masih bersekolah rendah mungkin mereka kurang memahami akan makna solat itu sendiri sekadar menurut perintah ibu atau bapa..

Oleh itu,bagi menjadikan anak-anak kita istiqamah dalam mengerjakan solat sehingga mereka dewasa kelak..siibu atau si ayah haruslah memberi penerangan yang jelas tentang solat agar anak-anak benar2 memahami makna solat yang mereka lakukan sebenarnya.. Melalui penghayatan solat ini anak2 tidak akan memandang ringan terhadap ibadah solat sebaliknya melihat solat itu sebagai satu kewajipan yang harus dikerjakan walau dalam apa jua sekalipun..Insyaallah,berkat solat yang dilakukan dengan ilmu dan penghayatan akan dapat membentuk diri anak-anak menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..berjaya dunia dan akhirat..

Sebagai penutup,apa yang paling penting ialah ibu atau bapa hendaklah menerapkan ilmu agama dan ilmu tentang solat serta mengajar anak2 solat sejak dari kecil lagi.. kerana makin besar..maka akan makin sukarlah untuk si ibu atau si ayah menyuruh anak2 solat..sekiranya anak-anak yang sudah besar liat solat..maka berbincanglah secara baik..terangkan dan beri kefahaman kepada mereka kenapa perlu solat..dan akibat jika meninggalkan solat..Jika mereka enggan,maka tika ini wajar untuk ibu bapa bersikap tegas dalam mendidik mereka..dan peringatkan mereka setiap masa dan keadaan

Jika ibu atau bapa tidak mampu untuk mengajar agama pada anak-anak..maka hantarlah mereka ke sekolah agama..atau carilah ustaz atau ustazah yang boleh mengajar..semoga dengan ilmu agama yang diperoleh membentuk mereka menjadi insan yang mukmin dan mukminah..yang takut kepada Allah..kerana dengan rasa takut pada Allah..dan sentiasa mengingati kematian..insyaallah..bisa menggerakkan diri mereka untuk tetap mengerjakan solat..

Sekian dahulu untuk kali ini..semoga apa yang disampaikan menjadi panduan untuk penulis dan sidang pembaca..

No comments: