KESUCIAN SEBUAH PERNIKAHAN
Pernikahan ialah satu ikatan yang suci..tika suami selesai melafazkan akad..maka secara sah jua siwanita bergelar isteri..tika kali pertama suami mengucup dahi isteri...tika itu juga hampir menitis air mata..air mata gembira..air mata kasih..air mata cinta..air mata yang jatuh tika menyedari..ya Tuhanku..aku sudah sah menjadi isterinye..bantu diriku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorng isteri..ya Tuhanku aku sudah menjadi suaminya..bantu diriku menjalankan tanggungjawabku sebgai seorang suami…
KAHWIN??jika kita bercakap soal kawin,saya percaya semua orang menyimpan impian untuk berkahwin..kerana ia adalah naluri yang ada tersimpan dlm hati kita…ingin memiliki keluarga sendiri..suami..isteri..ada anak2 sebgai penyeri dan penghibur hati..hidup seakan lengkap dengan kehadiran orang yang disayangi..namun, hakikat kinI, tak ramai yang menyedari betapa suci ikatan itu..pernahkah terdetik dihatimu wahai bakal-bakal isteri..ya Allah, aku ingiin menjadi isteri utk suamiku di dunia n di syurga nanti..pernahkah terdetik dihatimu duhai bakal2 suami..ya Allah,aku ingin menjadi suami untuk isteriku di dunia n disyurga..Kebanyakan mereka yang berkahwin hari ini adalh kerana nafsu semata2..tidak benar2 menyedari akn tanggungjwab sebagi seorang suami mahupun sebgai seorang isteri..
Sabda Rasulallah SAW: jika dibenarkan manusia sujud kepada manusia,aku akan suruh si isteri sujud pada suaminya..
betapa tingginya taraf dan darjatmu duhai suami..namun,ini bukan menunjukkan kuasamu..atau menunjukkan dirimu boleh memperlakukan isterimu sewenang—wenangnya…tapi ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab dirimu kepda wanita yang telah kau nikahi..iaitu isterimu..tak ramai lelaki yang layak disujud oleh seorang isteri kini duhai suami…anak-anak adalah amanah ibu dan ayah,,dan isteri adalah amanah bagi seorang suami..
Jika kita fikirkan, terlalu banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kesucian akad yang dilafazkan oleh seorang suami..perkahwinan mengajar erti kehidupan..tambhan dgn ombak badai yang mungkin bakal menerjah bila-bila masa..tapi bisa ditenangakn dengan kesabaran,tolak ansur, kematangan dan doa yang tidak putus2 bermohon untuk kebahgian yang berpanjangan..dan kerana itulah ragam dalam rumah tangga..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..dengan perkahwinan juga bisa melindungi diri dari fitnah manusia..mengajar kita menjadi insan yang lebih baik..menjanjikan kebhagiann yang hanya dapat dirasai stelah berkahwin..menjadikan diri lebih bersemngat menjalankan kewajipan kerana rasa tanggungjwab dlm diri dan bermcam2 lagi hikmah disebalik sebuah perkahwinan..
teringt ana akan kata2 sahabtku yang tidak meminati cerita Hindustan..maaf,tapi ana adlh peminat cerita2 hindustan..huhu..diriku bertanya padanya..kenapa tidak suka cerita Hindustan??katanya,kerana mereka terlalu memuja2 suami..ye..mereka terlalu memuja suami hingga menganggap suami sebagai Tuhan..diriku sekadar tersenyum..ye..adalah salah jika mereka menganggap suami seperti Tuhan kerana Tuhan tidak boleh disamakan dengan makhluk..itu syirik namanya..tapi,sikap wanita2 ini tetap menarik hati ana..entah kenapa tiap kali kumelihat cerita2 yang menunjukkan pengorbanan seorang isteri, air mata ana pasti menitis..betapa sucinya kasih seorang isteri terhadap suami..mereka sanggup berpuasa demi suami..sanggup itu dan ini kerana suami..betapa tingginya harapan dan darjat yang diletakkan kepada seorang lelaki bergelar suami..tetapi berapa ramai lelaki yang sedar akan semua itu..
ana melihat disekeliling..banyak peristiwa yang menyebabkan diri ana pastitersenyum sendirian..sewaktu disekolah dulu, ana selalu melihat guru bahasa melayu ana dihantar oleh suaminya ke sekolah dengan menaiki moto kerana rumah mereka tidak jauh dari sekolah...kemudian,guru ana itu mencium tangan suaminya..dan suami guru ana mengucup dahi isterinya..setiap kali dia menghantar isterinya itulah yang dilakukannya..ya Allah,bahagianya..getus hati ana..kemudian,ana mendgr berita..selepas dia melahirkan anak pertamanya..dia telah dibedah dan tidak boleh melahirkan anak..tapi, Allah itu Maha Penyayang..jika Allah kata jadilah..maka jadilah..dengan izin Allah,guru ana bersalin lagi dan kali ini dia mendapat anak kembar..waktu mula2 tahu..aku benar2 terkejut kerana ana tahu guru ana sakit..dan tidak boleh melahirkn anak lagi..tapi tiada apa yang mustahil..dan wajarlah Allah menganugerahkan mereka anak kembar, kerana kumelihat kasih sayang dan tanggungjawab yang jelas terpamer diwajah mereka..
lagi satu peristiwa dalm keluargaku sendiri iaitu kesabaran ibuku..ibu memang seorang yang sabar bagiku..dan kulihat hanya ibu yang benar2 memahami ayah..dan kami anak2 belum cukup mengenali ayah..tidak pernah sekalipun kumelihat ibuku menyapu bedak diwajahnya dan tidak pernah sekalipun kumelihat ibuku mencalit gincu dibibirnya apabila keluar..tapi diriku selalu melihat ayahku membeli baju2 yang cantik untuk ibu dan membeli bedak,minyak wangi dan gincu untuk ibu..dan ibu hanya memakainya dirumah..waktu aku belum mengerti aku tak faham perlakuan ibu..tapi bila ku dah besar..aku tersenyum..ibu ingin cantik dihadapan ayah..n pernah terdetik dihatiku..angah nak jadi macam mak..cantik dihadapan suami..
satu lagi sikap ibu yang kupuji..bila tiba-tiba ayah nak makan..sekalipun,ibu penat atau mungkin waktu tu sudah terlalu lewat untuk ibu memasak..tapi,ibu tetap betah untuk bangun dan memasak untuk ayah..wktu diriku belum mengerti..aku marah..kataku..kesian mak..tapi,bile ku dah besar dan sudah mengerti..itulah wanita bergelar isteri..sekali lafaz nikah itu suami lafazkan dan sah itu suaminya..dia akan menjadi seorang isteri yang terlalu kasih pada suami..segala2nya hanya untuk suami..dan menjaga kebajikan suami memberi kebahagiaan hati seorang isteri..
seorang isteri itu bukanlah terlalu mengahrap kesemprnaan dari seorang suami kerana kita adalh manusia yang tidak sempurna tapi suami dan isteri itulah yang saling melengkapi antara satu sama lain..jika sisuami api..Allah anugerahkan siair untuknya agar api bisa terpadam dengan kelembutan dan kesejukkan siair..dan begitu juga sebaliknya..
waktu balik kampong hari tu aku berpeluang jumpa along dan abang longku..alhamdulillah,gembira kumelihat along dan abang long bahagia..aku tersenyum melihat along menyuap makanan untuk abg long..emm..mereka tinggal berjauhan..dugaan untuk mereka..tapi,apa yang penting ialah kesetiaan..jika masing2 sedar akan tanggungjwab diri..insyaallah..sekalipun berjauhan..sekalipun jarang bertemu..namun,kasih dan sayang tetap mekar dalm hati..doa yang dipohon,kerana hati yang penuh iklas menyayangi dan kerana Allah yang menyatukan hati dua insan...Subahanallah..indahnya sebuah perkahwinan..
namun,skrg diriku sendiri dapat melihat penceraian yang kini kian banyak berlaku tambahan dikalangan artis..dan stelah bercerai..terus kudengar berita si suami nak berkahwin dgn sipolan dan sipolan..kadang diriku berfikir..aduhai cepat betul kasih silelaki beralih arah..setelah berpisah terus kau jumpa calon isteri baru..dimana agaknya makna cinta yang pernah dilafazkan untuk isterimu..benar..bila kamu ingin memilih seorang lihatlah pada agamanya..sememangnya hanya mereka yang beragama,yang beriman benar2 faham dan mengerti apa itu cinta suami isteri..
tahukah kalian, cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan..dan lafaz yang kumaksudkn disini ialah lafaz akad nikah..buat bakal2 suami dan bakal2 isteri azamkan di dalm hati..tanamkan di dalm jiwa..untuk menjadi isteri dan suami di dunia dan disyurga..renungi kata2ku…cinta itu suci bagi mereka yang ingin menjaga kesucian cinta..cintailah dia kerana Allah..dan dirimu akan melihat cinta itu membwa kamu mengenal penciptaMu..waallahulam..ana yang belum bergelar isteri menutur kata..tidak bermaksud apa2..sekdar berkongsi pandangan ana dan kerana ana ingin membwa kalian menyedari akan kesucian sebuah perkahwinan..kesucian sebuah pernikahan..kerana satu hari..kite juga bakal menempuhinya..atau mungkin ada dikalangan pembaca yang sudah menempuhnya..