Wednesday, June 16, 2010

NIKAH KERANA ALLAH..


Cuti sekolah begini..banyak betul kenduri kawin..suka rasanya melihat pasangan pengantin..senyuman tak lekang dibibir..masakan tidak..hati sedang berbunga bahagia..pastinya senyuman lebar terukir..alhamdulillah..bersyukurlah kepada Allah..kerana sempurna agama kamu setelah kamu bernikah selain melaksanakan salah satu sunnah Rasulallah..sudah fitrah kita Allah jadikan berpasang-pasangan..cuma kita yang punya akal harus telus m'hayati hikmah 'CINTA HALAL' ini..

Perbualan bersama ayah tentang perkahwinan sebaik kembali dari kenduri kawin jiran..menyebab aku berfikir sendirian..haah kan!!biasanya kalau kita solat..sewaktu niat..pasti niatnya kerana Allah..begitu juga dalam puasa atau lain-lain pekerjaan ibadah..pasti disebut 'LILLAHITA'ALA'.. yang membawa maksud 'KERANA ALLAH TA'ALA..' tetapi kenapa tidak sewaktu kita hendak bernikah???

Kalau kalian tidak percaya..cuba tanya mereka-mereka yang sudah berkawin..apakah sewaktu hendak bernikah itu terbit di dalam hati..YA ALLAH..AKU BERNIKAH HARI INI KERANAMU YA ALLAH..pasti tidak ada kan??pasti ramai yang menjwab tidak tahu..ustaz tak ajar pun??itulah antara perkara yang kita nampak senang..tapi..ramai yang terlupa..ia tak perlu di ajar..tapi..perlu difahami..perkahwinan merupakan satu ibadah..bagi mereka yang benar2 faham..insyaallah..Allah akan berikan kamu ilham untuk kamu melakukannya..

Teringat sewaktu along hendak menikah..waktu itu..ayah sendiri yang menikahkan along..sebelum nikah..ayah terlebih dahulu mengingatkan abang long..."Ingat ni zahar..kau nikah dengan nira ni kerana Allah ni..niat betul-betul..bukan kerana nafsu.."

.......................................................................................
NIKAH KERANA ALLAH..
Nampak mudah..tapi,ramai yang lupa nak lakukan..Perkahwinan itu ibadah..mereka yang hendak bernikah..harus jelas dengan perkara ini..bukan sekadar keinginan nafsu untuk menikah..kan??

Insyaallah..lepas ni..kita sama-sama perbetulkan niat..
Buat teman-teman yang sudah selamat nikah..umi doakan agar kalian bahagia dunia akhirat dan sabar menempuh ranjau alam perkahwinan..buat mereka yang bakal bernikah..sabar dan banyakkan mendekatkan diri kepada Allah..doa umi..agar segalanya dipermudahkan..aaminnn...

4 comments:

cikgu_eya said...

Bismillah....

Kerana Allah...
setiap sesuatu yang dilakukan kerana Allah, pahala sebagai ganjarannya. Nak tanya... jika seorang ibu bekerja, mencari rezeki untuk anaknya. Tapi, hari2 nya tidak pin berniat ..'kerana Allah'..
Agak2 nya, ibu tersebut dapat pahala tak?

Nurulfazlina Ain Rasol said...

banyak yang perlu di fikirkan. bukan sibuk untuk fikir hantaran apa yang perlu disediakan. tapi 'hantaran' apa yang perlu diberikan kepada ALLAH...

Nurulfazlina Ain Rasol said...

bukan sibuk memikirkan apa yang perlu disediakan untuk hantaran, tapi sibukkanlah untuk berfkir 'hantaran' apa yang perlu diberikan kepada ALLAH s.w.t...

humaira' said...

Benar..Sekiranya kita melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah..maka ia menjadi ibadah..namun..ingat..apa yang dilakukan itu mestilah bukan yang bercanggah dengan syariat..sebagai contoh..ada seorang hamba Allah..yang berniat.."Ya Allah..aku mencuri kerana-Mu ya Allah.."sedangkan..mencuri itu terang-terangan adalah dosa..maka ia tidak dikira perkara ibadah..

Berbalik pada persoalan..jika seorang ibu bekerja mencari rezeki untuk anaknya..tapi,hari-harinya tidak pun berniat kerana Allah..

jawapan:sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati setiap hamba-Nya..sekalipun siibu tidak berniat tiap-tiap hari..namun perlakuannya mencari rezeki untuk sianak..sudah dikira satu kebajikan dan mendapat pahala..bekerja adalah satu ibadah..andai siibu atau bapa ikhlas mencari rezeki demi membesarkan anak-anak..maka ada ganjaran untuknya disitu..

Bercakap soal ibadah..ramai antara kita yang tidak sedar apa yang kita lakukan adalah ibadah..kerana ibadah itu dilihat hanya pada solat atau puasa dan yang seumpama dengannya..sedangkan..hakikatnya skop ibadah itu sangat luas..bekerja adalah satu ibadah.belajar juga satu ibadah..cuma ramai kita yang terlupa untuk menjelaskan niat di hati melakukan sesuatu itu kerana Allah..sekiranya dalam hati seseorang hamba itu ia jelas dalam melakukan sesuatu kerana Allah..insyaallah..perjalanan ibadahnya yang seterusnya akan terjaga kerana dia tahu apa yang dia lakukan adalah kerana Allah..dan dapat melindungi dirinya daripada mencampur adukkan yang halal dan haram dalam perlakuan ibadahnya..

waallahualam..