seorang pelanggan menghampiri kedai kami..
kuih dik..singgit..tiga biji..aku membuat promosi..
ni kuih ape kak?
orang pahang dan johor panggil pulut panggang,ore klate panggil pulut lepar,orang kedah panggil pulut udang..aku tersenyum..
beli singgit kak yek!ok..jap ek..
Emmm..hari-hari..bermula dari 1 ramadhan..inilah rutinku setiap petang bersama anak-anak buahku dari biro keusahawanan kelab surau KUO..pada awal aku diminta menjadi ketua bahgian muslimat bagi biro keusahawanan..aku agak terkejut..kenapa mrk beri aku pegang keusahawanan?knpe tak beri pada apa yang aku selalu arif..spt kesenian..aku boleh ajar nasyid..berzanji..atau bahagian tarbiyyah..aku boleh smpikn ceramah dan tazkirah..fikirku..tapi,bile kufikir-fikir lagi..hmm..nilah cabaran..bila lagi aku nak merasa pegang sesuatu yang aku tak pernah pegang..aku kan anak ’tauke udang’..huhu..dah biasa berniaga..dari kecil lagi ayah dah ajar..aku bermonolog sendirian..insyaallah..aku akan jalankan tanggungjawab aku dgn baik..inilah masa untuk aku memperturunkan ilmu dalam berniaga yang aku ada..
Ta’aruf..
Sesi ta’aruf bersama ajak keusahawanan bermula..kbykkn ahliku adik2 sem 1..aku membahasakan diriku kak umi..aku perlu bekerjasama dgn ketua bahgin muslimin..kami akan dipantau oleh pengerusi kelab surau..
Kelab Surau KUO
Kelab surau baru diperkenalkan di KUO sem ni..di kolej-kolej lain sudah lama diperkenalkan dan lebih familiar dgn gelaran’rakan surau’ .Cuma bezanya kelab surau KUO ni ditubuhkan sendiri dibawah JMK kolej..berbanding rakan surau di kolej-kolej lain yang ditubuh khas dibawah PUSAT ISLAM UPSI..jadi ada peruntukan yang diberi manakala kelab surau KUO..kami perlu mencari dana sendiri..Inilah tanggungjawab aku dan anak buahku..Insyaallah..kami akan cuba..
Ihya’ Ramadhan
Sempena Ramdhan..kelab surau kami mengadakan’Ihya’Ramdhan..banyak aktiviti yang diadakan seperti ceramah,qiamulllail, solat tarawikh berjemaah,tadarus,majlis khatam Al-Quran, dan mcm2 lagi..berniaga di bazar Ramadhan juga adalah salah satu darinya..
Awalnya..
Bermula dari 1ramadhan kami mula berniaga..dan skrg sudah 19ramadhan..ini bermakna sudah 19hari kami berniaga..pada awal berniaga,agak kelam kabut..maklumlah.tak biasa lagi..tapi,alhamdulillah..perniagaan smkn maju dan ramai yang datang kegerai kelab surau KUO..syukur alhamdulillah..
Jual apa??
Apa yang kami jual??kami jual kuih dan air..macam2 kuih ada..lepat ubi..lepat pisang..kuih sagu..buah melaka..jemput-jemput..agar-agar..cempedak goreng..kuih keria..donat..seri muka..dan macam2 lagi..air pula..setiap hari kami yang muslimat akan buat dua jenis air..sama ada air stawberi susu, jagung atau laici..
Pembahagian tugas..
aku sudah membahagi2kan tugas utk anak buahku yang muslimat..bagi penyediaan air gula..bancuh air dan barang2 untuk berniaga..adik2 yang muslimin pula ambil kuih..menyediakan tempat berniaga dan bila dah habis..mrk yang kemaskannya..muslimin menjual air manakala muslimat menjual kuih..oleh kerana bercampur sbb hanya dua meja yang diperuntukan maka adlh menjadi tanggunjwb aku juga utk menerangkan pada adik2 supaya menjaga adab-adab sewktu berniaga..membuat satu gap..agar orang tdk tersalah anggap..nama baik ’Kelab surau’ perlu dijaga..
Kenangan lalu...
Jika dulu..dari kecil aku dan adik2 dah diajar berniaga..dan bagaimana menarik hati pelanggan..kami dikenalkan dgn pelbagai jenis makanan laut..udang..ketam..ikan..seperti ikan kembong,ikan pelaling.ikan lolong,ikan lolong bara..ikan selar kuning,ikan belanak,ikan selayang,ikan duri,ikan baung,ikan sembilang,ikan sebelah,ikan caru,udang kaki merah,udang rimau,udang pipih,ketam nipah,sotong,belut dan macam2 lagi..Cuma bezanya...jual kuih ni takdelah kene guna dacing..huhu..
Dugaan yang manis..
Dalam penyediaan air..kami perlu menyediakan air gula..biasenye kalau jadual sume ajk surau padat..malam..slps habis tadarus dlm kol 11mlm aku akan membuat air gula..esoknya kami hanya perlu membancuh air..hari isnin dan selasa..jadual ahli2 lain padat..terpaksalah aku berlari2 untuk buat air gula dan membancuh air setlh tamat kelas kol 4ptg..bila kadang2 barang habis dan muslimin takde..aku lebih suke utk berjalan kaki membeli barang sendiri..menjinjing barang2 yang dibeli spt susu..gula..plastik..kordial..penat..memanglah penat..tapi..kepenatan itu bagai tidak terasa..smlm,plastik di kedai kami tiba2 habis diwktu pelanggan tgh ramai..kelam kabut dibuatnya..akhirnya aku membuat keputusn..biar akak yang pegi..adik2 jaga gerai..aku pun terus berjalan sorang diri ke kedai yang agak jauh juga mencari plastik..malas nak susahkan adik-adik..biarlah akak mereka ni yang berjalan kaki..umi kan kuat..dan umi jalan laju..hihi
Semangat..
Bagiku sendiri..dalam apa yang kita lakukan..kita perlu bersemngt..dan semngt itu akan lahir bila kita melakukn sesuatu dgn keikhlasan dan kesedran akan tanggungjwb..berniaga adalah satu muamalah..Rasulallah SAW sendiri seorang peniaga..peniaga yang amanah..dalam kita berniaga..atau menjalankan muamalat apa yang penting adalah niat..aku selalu berpesan kpd adik2..bahawa kita berniaga bukanlah untuk mencari keuntungan semata2..pertama,niatkan krn Allah..matlamat dlm muamalat yang sebenar aku perjelaskan iaitu untuk kesejahteraan msyrkt..agar masyarakat dpt manfaat dan memenuhi keperluan mrk..selain tujuan asal kami iaitu untuk menambahkan dana kelab surau bagi membolehkan pelbagai program lagi diadakan..insyaallah..
Petua..
Sebelum memulakan perniagaan..aku berpesan pada adik2ku...bila kita buat sesuatu..terutamnya wktu buat air gula..atau bancuh air..amalkan baca selawat dan mulakan dgn bismillah dalam setiap apa yang kita lakukan..buat juga dgn senyuman dan dgn hati yang ikhlas..itu yang selalu kuamalkan dlm aku buat sesuatu..krn aku percaya bila kita ikhlas melakukn sesuatu..buat dgn hati yang senang..dgn rela..ianya akan jadi sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakn hati..contohnya dalam memasak..walaupun apa yang kita masak hanya masakan yang ringkas atau sekalipun hanya memasak nasi..tapi insyaallah..jika kita memasak dgn hati yang gembira..dgn senyuman..dgn keihlasan..dgn kasih sayang..pemakannya akan merasai betapa sedapnya apa yang kita masak..itulah rahsia jika kita nak masakan kita sedap..Insyaallah,kalian cubalah..
Petang tadi...
Alhamdulillah..jualan hari ni laris..air stawberi kami kol 5.30ptg sudah habis..aku bersyukur sgt..bukan apa..dalam perjualan air terutamanya begitu banyak persaingan..kami hanya jual dua jenis air sehari..sedangkn peniaga lain berjenis2 air mrk jual dan semuanya menarik..mungkin krn kami jual air dgn harga yang murah iaitu RM 0.50 sebungkus maka ia mendpt tpt dihati pelanngan..tapi,aku tak mahu org beli krn murah shja tapi krn rasanya juga sedap..bila ada yang mengeluh krn air stawberi kami habis..aku tersenyum..alhamdulillah..ada org dah jatuh hati dgn air kami..hihi..jualan kuih juga begitu memberangsangkan..cube sedikit shja yang tak habis..alhamdulillah..
Peniaga yang baik??
Sebagai seorang peniaga atau penjual kita seharusnya menjaga akhlak dan budi bicara..Aku selalu berpesan pada anak buahku supaya melayan pelanggan dgn baik dan ramah..sebaik2nya..biar pelanggan melakukan’khiyar’ (memilih)terlebih dahulu..senyum dan maniskan muka..lakukan akad dlm jual beli..iaitu..saya jual..dan pelanggan akan membalas..saya beli..akad dalam jual beli sgt penting dlm muamalat..namun,ramai yang mengabaiknnya..Dalam berniaga adakalanya kita untung..adakalanya kita rugi..apapun,sama ada perniagaan kita untung mahupun tidak untung maka ucapkanlah syukur pada Allah..
Kehidupanku..
Dalam jadual tugasan..aku tak letakkan namaku..bilamasa aku free aku akan bekerja dan menolong anak buahku..dan memantau cara mereka bekerja..aku ingin merasai kegembiraan dan kepenatan berniaga..ia adlah satu kepuasan bagiku..jika tadi kukatakan aku sudah biasa berniaga dari kecil tapi skrg krn aku dah besar..anak perempuan lagi tu..huhu..aku dah tak tolong ayah berniaga lagi..ayah pun..dah ada pekerja sendiri..Cuma bila cuti panjang..adik2 lelaki akan tolong..ayah pernah mengajar aku amalan surah2 tertentu untuk menarik hati pelanggan..bila berpeluang berniaga ni..alhamdulillah,..aku bisa mempraktikkannya..
Impian..
aku punya impian tersendiri..krn sebenrnya aku juga berminat dalm bisness..satu hari nanti,jika diizinkan Allah..sape tahu..aku akan jadi seorang guru dan dlm masa yang sama seorang businesswoman??siapa sangka kan!!hmm..tinggianya impianku..insyaallah..takde yang mustahil..jika kita benar2 berusaha..
Terkilan..
Semalam..ketua kelab surau bahagian muslimat berjumpa denganku..dia kata..ada orang cakap..kelab surau buat air.. guna air tandas..astaghfirullahalazim..terkejut aku mendengrnya..aku benar2 sedih dan terkilan mendengrnya..biro keusahawanan ini dibawah tanggungjwb aku..aku bertanggungjwb utk menjaga nama baik biroku dan nama baik kelab surau..tambhan pula yang membuat air adlh tugas muslimat..masakan aku tak tersentuh..aku pun menrngkn kpd ketuaku itu bahawa kami masak air di rumah salah seorang ajk kami..kami guna air paip dan kami masak air tu..bukan air toilet dan tak dimasak..hatiku benar2 tersentuh..ketuaku suruh aku bersabar..dia hanya inginkan kepastian..setidak2nya mrk ada bukti utk menegakkan kebnaran..takpelah..aku Cuma mohon pada Allah..lindungi kami dari fitnah manusia..
Itulah serba sedikit cerita tentang kehidupanku Ramadhan ini..selain menjalankan tanggungjwb sebagai seorang hamba Allah..memprtingktkan amal dibulan yang penuh barakah ini..dan dalam masa yang sama menjalankan amanah atas apa yang dipertanggungjwbkan..mahupun menjalani kehidupan sbgi seorang mahasiswa membawa aku utk lebih mengharagai masa dan memahami erti kehidupan yang sebnar..
utk sahabat2 dan adik2 kelab surau biro keusahawanan..terima kasih atas segala kerjasama yang kalian beri..akak bersyukur dpt ahli mcm kalian..sama ada yang muslimin mahupun muslimat..kalian istiqamah dlm melakukan kerja..sekalipun kita sibuk dgn kuliah..tapi,alhamdulillah..kita semua bisa menjalankan tanggungjwb dan amanah ini..kepada sahabat2 yang turut sama memberi sokongan terutamanya ahli2 kelab surau yang lain..yang sentiasa menjadi pelanggan tetap gerai kita..syukran jazilan untuk kalian..insyaallah,semoga Allah memudahkan urusan kita dan memurahkan rezeki kita...aaaaaminnnnn...
Sekian dariku untuk perkongsian kali ini..
kuih ada lagi kak??
Maaf dik..kuih dah habis..
Insyaallah..esok ada lagi..
Adik datang ye..
Waallahualam..