Wednesday, August 13, 2008

MEMILIH JODOH??


TAJUK 3: MEMILIH JODOH

Panduan1: Memilih calon suami atau isteri

Sudah menjadi tabiat hidup manusia lelaki lawannya perempuan. Sampai waktunya seorang lelaki akan tertarik hati dengan seorang perempuan. Lelaki yang baik tidak akan melanggar peraturan agama dan adab sopan dalam memenuhi keinginananya.Dia akan mendapatkan nasihat dan panduan daripada orang yang lebih tahu cara2 untuk memenuhi keinginannya terhadap seorang perempuan.Begitu juga perempuan yang baik dia tidak akan mengikut nafsu atau perasaan sahaja. Dia akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada keluarganya untuk mencari pasangan hidup.

Pemilihan suami isteri yang paling utama hendaklah berdasarkan:

Berpendidikan agama dan mengamalkan suruhan agama.
Berakhlak mulia dan sentiasa menjaga maruah.
Berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain.
Pandai berkomunikasi dan mesra dalam perhubungan.
Tabah dan sabar.
Jujur,betanggungjawab dan penyayang
Setaraf atau sekupu dari segi keturunan, kedudukan, usia, penampilan diri, paras rupa dan seimbang dari segi pendidikan.
Sihat atau berpotensi untuk melahirkan anak.
Memahami prinsip kekeluargaaan dan tujuan berkeluarga.
Daripada keluaraga yang baik(soleh)

SETIAP ORANG MAHU MEMILIH TEMAN HIDUP DAN SETIAP ORANG JUGA MAHU DIPILIH MENJADI TEMAN HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI.ORANG AKAN MEMILIH YANG TERBAIK MAKA SETIAP ORANG YANG MAHU DIPILIH HENDAKLAH MENJADI ORANG YANG TERBAIK.KAMU HENDAKLAH MENJADI ORANG YANG TERBAIK(SOLEH)

Daripada suami dan isteri yang soleh akan lahir bapa yang soleh,ibu yang solehah dan anak2 yang solihin dan solihat.Mereka semua akan membentuk keluaraga yang soleh yang akan melakukan amal soleh. Maka daripada amal soleh akan lahirlah rumahtangga yang bahagia.

Dalil Pemilihan Suami Isteri

1) Iman menjadi dasar pilihan

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah(SAPI BETINA):221

Erti: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrikin sehingga mereka beriman

Firman Allah dalam Surah Al-Mumtahanah(PEREMPUAN YAN DIUJI) :10

Erti: Dan janganlah berpegang pertalian dengan perempuan-perempuan yang tidak beriman

2) Teguh pegangan agama

Riwayah Bukhari dan Muslim

Erti: seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat pekara: kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama nescaya berkatlah tanamanmu(hidupmu)

3) Lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah

Riwayat Ibnu Haban

Erti: Empat perkara asas kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yangluas, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.

4) Berakhlak mulia dan bermaruah

Erti: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrikah dan perempuan yang berzina itu pula lazimnya tidak ingin berkahwin dengannya melainkan orang lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang2 yang beriman.

5) Setaraf atau sekupu

Al-Hadis

Erti: Pilihlah untuk keturunan kamu dan kahwinlah orang yang kupu.

6)Keturunan yang soleh

Al-Hadis

Erti: pilihlah untuk keturunan kamu daripada keturunan yang terdidik dikalangan keluarga yang soleh kerana sesungguhnya akhlak ibu bapa itu mengalir kepada anak cucunya.

1) Penyayang,sihat dan berpotensi melahirkan anak

Riwayat Abu Daud dan Nasaie

Erti: Berkahwinlah dengan perempuan yang pengasih dan kerap beranak.

Panduan 2: Cara Membuat pilihan

Pihak yang terlibat membuat pilihan:

1. lelaki
2. perempuan
3. keluaraga lelaki
4.keluaraga perempuan

Semua yang terlibat mestilah:

1.memahami dasar pemilihan(panduan1) dan menjadikannya sebagai asas untuk membuat pemilihan.
2.Berpegang pada dalil Al-Quran dan hadis Rasulallah.
3. Menghormati hak, kebebasan pendirian dan pendapat semua pihak.
4. Bermesyuarat atau berbincang dengan semangat kekeluargaan dan bersikap terbuka.
5. Tidak terburu-buru membuat keputusan.
6.Melakukan solat istikharah
7.Menerima keputusanyang terbaik dan bertaqwa kepada Allah Taala.


Beberapa peringatan daripada maksud hadis Rasulallah

1. Berhati-hati daripada terpengaruh kepada perempuan yang cantik dalam kumpulan yang jahat(berakhlak hina). Kamu tidak akan bahagia.
2. Jangan terpesona dengan kecantikan perempuan kerana kecantikan itu boleh merosakkan akhlaknya. Kamu akan terhina.
3. Jangan terpesona dengan hartanya karana boleh merosakkan kehidupannya. Kamu akn menderita.
4. Sesiapa yang berkahwin dengan perempuan kerana keturunannya, Allah akn merendahkan martabatnya. Kamu akan terhina.
5. Keuntungan yang terbaik sesudah bertaqwa ialah isteri yang solehah, taat kepada suami, menyenangkan hati, memberi layanan yang terbaik, menjaga maruah dan harta suami ketika suami tiada bersama-sama.


Terdapat pihak perempuan

1.Sekiranya yang datang itu orang yang kamu tahu baik agama dan akhlaknya maka terimalah ia dan kahwinilah dia suapaya tidak timbul fitnah dan keburukan.
2. Pilihan anak perempuan terhadap lelaki yang memenuhi ciri2 bakal suami yang soleh hendaklah dihormati dan jika tidak memenuhi ciri2 itu, bapa atau wali berhak menghalangnya.
3. Jangan paksa anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.
4.Memastikan anak perempuan dikahwinkan dengan lelaki yang kupu.
5. Janda2 lebih berhak membuat keputusan untuk diri sendiri dan anak gadis diminta keizinannya dan keizinannya itu cukup cukup dengan ia berdiam diri.

Pemilihan itu tidak semestinya bermula dari pihak lelaki, malahan boleh sahaja daripada pihak perempuan. Cuma yang menjadi asas ialah adab dan tata susila pemilihan itu dipatuhi dan dihormati.

Panduan3: Daripada Sirah Rasulallah

Diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a bahawa beliau menemui Saidina Usman b. Affan r.a dan mempelawa kepada Saidina Usman supaya mengahwini anak perempuannya, Hafsah. Saidina Usman serba salah dan tidak menjawab. Ini menjadi petanda bahawa Saidina Usman tidak bersedia untuk menerima pelawaan itu. Maka Saidina Umar menemui Rasulallah SAW menyatakan perihal yang terjadi antara beliau dengan Saidina Usman, Rasulaallah bersabda:ertinya,biarlah anak perempuanmu dikahwini oleh orang yang lebih layak(sesuai) baginya daripada Usman, dan Usman berkahwin dengan orang yang lebih layak baginya daripada anak perempuanmu. Dengan itu Nabi SAW melamar Hafsah untuk dirinya dan melamar Usman untuk puterinya.

Berdasarkan peristiwa ini Saidina Umar berpendapat bahawa keturunan yang baik dan kupu hendaklah menjadi salah satu panduan utama membuat pilihan. Beliau pernah berkata:akan aku halang orang2 yang mempunyai keturunan yang baik melainkan dijodohkan dengan orang yang setara dengannya dan pada masa yang lain beliau berkata: jangan kamu paksa anak gadis kamu berkahwin dengan orang lelaki yang hodoh, sesungguhnya mereka suka akan apa yang kamu suka.


Panduan 4: Langkah Membuat Pilihan

1. Lahir keinginan yang kuat untuk berumahtangga.
2. Sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab rumahtangga.
3. Meninjau-ninjau bakal calon mengikut cara-cara yang beradab dan mengikut tata susila.
4. Mengenal pasti calon daripada pilhan sendiri atau dipilihkan oleh ibu bapa.
5. Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ibu bapa.
6. Mendapatkan maklumat peribadi calon iaitu tentang agama, akhlak dan keadaan hidup.
7. Positif(puas hati) bahawa calon itu sesuai untuk dijadikan teman hidup.
8. Berunding dengan ibu bapa atau ahli keluarga.
9. Berusaha melengkapkan diri bagi menyesuaikan diri dengan calon yang akn dipilih terutamanya dari segi kekupuan, pendidiikan,pengalaman dan penampilan.
10. Membuat risikan melaui adat merisik.
11. Maklumat risikan dijadikan asas untuk membuat keputusan dan langkah selanjutnya.
12. Memohon petunjuk Allah Taala bagi membuat keputusan yang sebaik-baiknya melalui solat istikharah dan bertawakal kepada Allah Taala.

Melihat dan meninjau calon pilihan dibolehkan hanya pada batas tujuan untuk merisik dan meminang sahaja dan tidak boleh lebih daripada itu kerana perbuatan berlebih-lebihan itu boleh menyebabkan terjadi maksiat.

Sahabat-sahabat ana yang dikasihi..pertamanya,ana harap kalian tidak tersalah faham atau tersalah tafsir kenapa ana menghantar atau sanggup menyalin kembali apa yang ana belajar satu masa dulu dan dipostkan disini..iaini berkenaan tajuk ’munakahat’ atau’nikah kawin’..niat ana pertamanya kerana Allah, kedua..ana ingin berkongsi ilmu dgn kalian..insyaallah,ana percaya daripada penerangan ini kalian pasti mendapat sesuatu sebagai panduan..mungkin ada dikalangan pembaca yang hendak berkawin, bakal berkawin atau sebgainya..maka penerangan disini..insyaallah..sedikit sebanyak ana harap dapat membantu..

Tika ana meniliti keadaan dunia sekarang ini..dengan anak mudi..yang banyak jatuh kerana terperangkap dalam lembah cinta palsu dan berlandaskan nafsu semata-mata hingga kadang kala ana terasa sedih..sedih melihat kerosakan anak bangsa ana sendiri..inilah tujuan ana sahabatku..hayati dan fahamilah akan segala ilmu ini..untuk memiliki ilmu sebenarnya kita harus berguru dgn sbenar-benar guru..dgn ustaz atau ustazah..dgn guru-guru ugama bukan dgn hanya mencari ilmu melalui internet..krn ilmu ini sebenrnya terlalu bernilai sahabat2ku..maka carilah ilmu..ilmu yang bermanfaat..segala apa yang ana sampaikan hanya setitis bicara ilmu..semoga menjadi peringatan untuk diri ana sendiri..yang lemah..lagi hina..dan panduan kita bersama..saling ingat memperingati antara satu sama lain..dan terus berpegang pada syariat Islam..akhirnya, Semoga Allah melindungi kalian..untuk tajuk seterusnya akan ana sampaikan pada masa-masa akan datang..insyaallah..

No comments: