Saturday, January 31, 2009

MAHAL TAPI BERKUALITI?ATAU MURAH TAPI TAK TAHAN??


Dua hari yang lepas, ana dan dua orang sahabat ana pergi ke Pekan..ada barang yang perlu kami beli..kasut kuliah ana sudah haus..sandal ana juga begitu..buku rujukan biologi untuk assignment microteaching juga belum dibeli lagi..setelah membeli buku, kami ke kedai kasut ’bata’ untuk membeli kasut..

Sebenarnya, ana jarang beli barang-barang berjenama..biasenye..ana beli yang murah-murah aje..sbb ana tahu..kalau berjenama..pasti mahal harganya..tambahan pulak ana ni jenis lasak dgn kasut..bukan lasak ape?tapi,ana mmg menggunakan kasut itu semaksimum mungkin..kalian faham kan??huhu..

Tiba-tiba kawan ana menyampuk..biar mahal umi..asal tahan dan selesa..dari murah..tak tahan..dan kaki kita sakit..ana tersenyum..mengiyakan kata sahabat ana..ada benarnya apa yang sahabat ana cakap tu..

sampai sahaja di kedai kasut itu,ana jadi rambang mata..aduhai!!mana satu yang hendak dibeli..sandal??atau kasut untuk kuliah??kasut sukan plak mcm mane??puas juga ana memikir..membeli harus ikut keperluan..perlu budget perbelanjaan..

Akhirnya, ana membeli satu kasut untuk kuliah..dan sandal biasa..RM80.00 harga kedua-dua kasut itu..ana rasa malu sendiri sewaktu memegang plastik dgn dua kotak terisi kasut baru tadi..kenapa malu??ana malu..rasa mcm ana ni boros..tapi,takpe..inikan utk keperluan..ana memujuk hati yang malu..

MAHAL TAPI BERKUALITI??
MURAH TAPI TAK TAHAN??


Dalam kehidupan kita seharian..kita sentiasa berdepan di mana kita perlu membuat suatu pilihan..sama ada mahu pergi ke sini atau ke sana?mahu berjalan kaki atau menaiki kenderaan?mahu tidur atau mengulangkaji pelajaran??mahu beli epal atau limau??dan seperti situasi ana di atas..ana juga perlu membuat pilihan kasut mana yang ana hendak beli?

SUKARKAH MEMBUAT PILIHAN??


Andaikan hari ini kita diberi pilihan untuk membeli sebiji buah tembikai..buah tembikai yang satu ini sudah rosak,buruk,berulat..buah yang satu lagi pula sangat cantik kulitnya..tidak berulat..tiada cacat cela..maka, yang mana satu menjadi pilihan??pasti tak sukar membuat pilihan tika ini krn pasti buah yang elok itu menjadi idaman..

Tapi..

Bagaimana pula tika kita berdepan untuk memilih dua biji buah tembikai yang saling ada kekurangan dan kelebihan..sebiji buah tembikai ini ada sedikit kesan buruk..yang satu lagi juga ada sedikit kesan buruk..cuba lihat!!tembikai yang satu ini buahnya agak besar berbanding yang ini..tapi,penjual buah mengatakan bahawa yang kecil itu lebih manis rasanya berbanding yang besar..

ya!!disini mungkin timbul satu konflik untuk membuat pilihan..bagi orang yang ingin makan banyak..pasti dia merasakan yang buah tembikai yang besar itu terbaik untuknya..manakala bagi orang yang menilai pada citarasa ,dia akan memilih buah tembikai yang kecil tapi sedap rasanya untuk dibeli..
Andaikan pula, anda terpaksa membuat pilihan antara dua biji tembikai yang sama elok..andai dilihat dgn mata..kelihatan dua dua tiada cacat celanya..sama-sama besar..dan kedua-duanya manis kata si penjual..tapi,waktu tu..anda hanya punya duit cukup-cukup untuk membeli satu daripadnya..lalu,bagaimna mahu membuat pilihan??
percayalah,pasti ada satu sahaja yang bisa menarik hati anda untuk memilihnya waktu tu..krn anda memilih bukan sahja dari luaran tapi menurut gerak hati anda sendiri..

Dalam membuat pilihan,ia sebenarnya bergantung kepada yang membuat pilihan iaitu diri kita sendiri..kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan..kerana itu hati-hatilah dalam membuat pilihan.. atau sesuatu keputusan..

Hidup kita ni, kita sentiasa berhadapan dimana kita perlu membuat satu keputusan untuk memilih..sekali kita membuat pilihan ia mungkin akan mempengaruhi yang seterusnya..

Membuat pilihan mungkin sukar bagi mereka yang punya banyak pilihan..tapi tidak sukar untuk membuat pilihan andai yang menjadi pilihan itu hanya satu..

Apapun,dalam kita membuat pilihan..harus ada keadilan..renungkan seketika..untuk memikirkan baik buruknya kedua-dua pilihan..

Boleh dikatakan hampir setiap masa kita perlu membuat keputusan untuk memilih..namun, pilihlah yang terbaik untuk diri kita..satu keputusan yang kita lakukan mungkin akan membawa kita ke satu destinasi atau jalan hidup yang tidak kita ketahui.,ia ibarat satu percaturan.. Namun, dalam membuat pilihan pada satu-satu perkara yang penting atau berkisar kehidupan maka mohonlah pada Allah untuk diberi petunjuk dalam membuat pilihan yang terbaik..

SUKARKAH MEMBUAT PILIHAN??

MAHAL TAPI BERKUALITI??ATAU
MURAH TAPI TAK TAHAN??
Jawapan bagi situasi ana membeli kasut diatas..
ana telah memilih biar MAHAL ASAL BERKUALITI..
Bagimana pula dengan anda??
Fikirlah dahulu sebelum memilih..

Renung-renungkan..dan selamat membuat pilihan..