Sunday, September 5, 2010

"MENJADI GURU BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MENDAPAT GAJI"-Khuzaimah Sulaiman


“Menjadi guru bukan semata-mata untuk mendapat gaji” . Kata-kata ini sememangnya wajar menjadi pegangan semua guru. Hati yang ikhlas dalam menjalankan kewajipan dan tugas sebagai guru..bukan kerana gaji yang diterima setiap bulan semata-mata..

Pembacaan sebuah buku yang bertajuk ‘Jejak Pengetua Super Dari DG41 ke JUSA C (Jawatan Utama Sektor Awam C) betul2 menambat hati..Buku yang dibeli pada 23Disember2009 yang lalu tak sewajarnya dibiar begitu..Tapi,apakah daya keadaan diri yang begitu sibuk ketika itu tidak mengizinkan untuk ana benar2 menatap dan menghayati setiap isi kandungan yang disampaikan..alhamdulillah..tahun ini..buku itu tidak dipersia..

Dengan mengandungi 7bab,perkongsian penulis’Khuzaimah Sulaiman’ tentang pengalaman sepanjang bergelar guru dari seorang ustazah biasa sehingga memegang jawatan sebagai GPK HEM,Pengetua dan akhirnya mendapat anugerah’Pengetua Super’cukup sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu koleksi bagi guru-guru.

Anugerah Pengetua Super/Pengetua Cemerlang dengan Gred JUSA C merupakan gred jawatan tertinggi yang diwujudkan mulai 1 Disember 2004 untuk guru-guru bagi sekolah-sekolah di Malaysia.

Di dalam bab 2 buku ini yang bertajuk ’Pesan Ibu Yang Penuh Makna’ penulis telah memuatkan 6 pesanan dari ibunya yang ana kira cukup baik untuk para pendidik ambil dan pegang sebagai panduan..Insyaallah,akan ana sertakan di sini satu persatu..

PESAN 1
“Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu telah mendapat pekerjaan sebagai guru,kakitangan kerajaan bergaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya panjang umur”


Bertepatan dengan pesanan ibu penulis,beliau turut menyelitkan firman Allah di dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

”Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu.Demi sesungguhnya!!Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya!Jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azabku amatlah berat..”

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,firman Allah ini ana kira suduh cukup untuk melatih diri kita menjadi hamba Allah yang bersyukur..peringatan ini bukan sahaja untuk mereka yang bergelar guru atau pendidik tetapi juga semua umat manusia..bersyukurlah dengan segala kurniaan Allah kepada kita..

Sedikit perkongsian dari ana untuk mendidik diri kita menjadi orang yang bersyukur..

”Jangan selalu memandang ke atas,melihat kelebihan orang lain..kerana ia hanya akan mengundang rasa tidak puas hati dan tidak bersyukur ats nikmat Allah..lihatlah orang yang kurang daripada kita..semoga ia akan menjadikan kita hamba Allah yang bersyukur..

(Peringatan:Untuk perkara-perkara berkaitan ibadah dan menuju akhirat maka wajar untuk kita melihat orang lain yang lebih dari kita..agar dengan itu semakin bersemnagat kita untuk mempertingkatkan amal)

Berbalik kepada topik perbincangan, di dalam pesan 1 ini terdapat beberapa peringatan dari penulis yang dapat ana kupas iaitu

1-Mempunyai matlamat yang jelas

Sebagai seorang guru kita hendaklah mempunyai matlamat yang jelas..matlamat yang utama sebagai pendidik semestinya untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.Guru yang bermatlamat dan tidak bermatlamat dapat kita kenal dengan jelas..Bagi guru yang bermatlmat mereka akan sentiasa berusaha untuk membuat pelajar faham dengan topik yang diajar,mampu mengaplikasi dalam kehidupan dan dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan berbeza dengan guru-guru yang tidak mempunyai matlamat yang jelas dimana mereka tidak hirau sama ada pelajar masuk ke kelas atau tidak,menyiapkan latihan atau tidak..faham atau tidak faham..

2-Membina hubungan baik dengan pelajar

Sebagai seorang guru kita juga hendaklah membina hubungan rapat dan mesra dengan pelajar,mendengar luahan hati mereka dan tidak bersifat memilih atau berat sebelah.Contohnya,mungkin ada dikalangan guru yang tidak menghiraukan pelajar2 yang dianggap nakal di dalam kelas..Sebagai guru,walau bagaimanapun keadaan anak murid kita..kita harus tetap sabar dlm mendidik mereka dan jangan sesekali menyisihkan mereka..sebaliknya pelajar yang bermasalah seperti inilah yang harus diberi lebih perhatian..Sebagai guru,tidak semestinya kita harus bersifat garang tetapi apa yang lebih penting ialah bersifat tegas..Guru yang tegas tidak ditakuti oleh pelajar sebaliknya dihormati oleh mereka..

3- Memberi penghargaan dan pengiktirafan

Selain itu, sebagai guru juga kita janganlah berkira untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar2 kita..berikan hadiah atau paling kurang pujian kepada pelajar yang mendapat pencapaian yang baik,cemerlang dan yang ada peningkatan..


PESAN 2
“Jauhkan diri dari melawan Guru Besar/Pengetua (hormati ketua),jika lawan ketua,kamu akan susah nanti.Berbincanglah sekiranya menghadapi masalah,bercakaplah dengan elok dan jangan sesekali sakitkan hati orang..”


Ana cukup tertarik dengan pesanan ibu penulis yang ke-2 ini iaitu menghormati ketua..bagi ana..pesanan ini sememangnya wajar untuk kita ambil perhatian..sebagai contoh guru di sekolah harus akur dengan arahan pengetua selaku ketua di sekolah..seorang isteri harus akur dengan arahan suami sebgai ketua keluarga..pelajar seharusnya akur dengan arahan guru selaku ketua di dalam bilik darjah..dan apa yang paling penting ialah arahan yang diberi tidak melanggar syariat Islam..

Penulis juga memberi peringatan kepada pembaca agar menerima setiap tugas yang diberi dengan rasa tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin..Tugas yang dilihat dengan rasa tanggungjawab dan bukan dianggap sebagai beban seterusnya akan melahirkan rasa bersalah jika tidak dapat dilaksanakan dan mendapat kepuasan jika dapat dilaksanakan dengan cemerlang.. Sekiranya terdapat sesuatu permasalahan maka berbincanglah dengan cara yang baik..ana suka untuk berkongsi pengalaman penulis di dalam ruangan ini bagaimana ketegasan beliau untuk menjaga batasan antara pelajar lelaki dan perempuan..dan akhirnya permasalahan tersebut dpt diselesaikan dengan baik melalui perbincangan dengan pengetua dan guru yang terlibat.

PESAN 3
“Jauhi sama sekali ponteng bekerja,supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima..”


Antara peringatan penulis di dalam pesanan 3 ini ialah pentingnya untuk seorang guru itu masuk awal ke dalam kelas.Hal ini kerana dengan guru masuk awal ke dalam kelas dapat mengelakkan ponteng kelas berlaku. Sepertimana yang kita sedia maklum gejala ponteng sekolah atau ponteng kelas antara kes yang paling banyak berlaku di sekolah-sekolah..terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah..namun menurut penulis antara penyebab pelajar ponteng sekolah ialah kerana guru sendiri masuk lambat ke kelas..andai seseorang guru itu lambat masuk ke dalam kelas semestinya ia akan memberi peluang untuk pelajar ponteng kelas..andai guru sendiri masuk lambat ke dalam kelas,bagaimana guru itu mampu untuk menasihat pelajarnya agar jangan ponteng kelas??benarlah pepatah yang menyebut..”Guru kencing berdiri..anak murid kencing berlari..”

Sebab yang ke-2 ialah guru kerap berleter, denda yang berlebihan dan guru tidak berusaha mengenal murid atau pelajar sendiri..Sebagai seorang guru kita hendaklah berusaha untuk mengingat nama pelajar.Pelajar akan rasa bangga jika guru menyebut nama mereka..Ana berminat untuk berkongsi pengalaman penulis di dalam pesanan ini bagaimana kes seorang pelajar baru masuk yang didenda oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah..sedangkan pelajar tersebut baru masuk dan tidak mempunyai buku teks..Tanpa usul periksa,guru tersebut terus mendenda pelajar baru tersebut sehingga pelajar tersebut menjadi trauma dan takut untuk pergi ke sekolah lalu dia ponteng sekolah..sewaktu ponteng sekolah,pelajar baru tersebut telah dirogol oleh 5orang lelaki yang tidak dikenali..astaghfirullahalazim..sewaktu membaca bahagian ini..hati ana benar2 tersentuh..lihatlah sidang pembaca yang dirahmati Allah,betapa perbuatan seorang guru itu begitu memberi kesan kepada pelajar..betapa pentingnya untuk seseorang guru itu peka dalam mengenal wajah pelajar2nya..dan berfikir sebelum be
Tindak..


PESAN 4
“Sekiranya kamu sakit@kurang sihat,jika kamu masih terdaya pergi ke sekolah,kamu kena pergi sebab murid kamu akan terbiar sekiranya tiada guru ganti .Bekerja sebagai guru berbeza dengan bekerja sebagai pegawai di pejabat,mereka di pejabat mengadap fail tetapi kamu mengadap murid”..


Ana cukup kagum dengan sifat penulis bilamana beliau menceritakan yang beliau tetap ke sekolah walaupun beliau sakit..sekiranya beliau sakit tekak hingga suara tidak keluar sekalipun..beliau tetap masuk ke kelas tetapi mengajar dengan memberi latihan bertulis..sikap ini sewajarnya dicontohi oleh semua guru..

Didalam pesanan 4 ini juga penulis berpesan agar kita menjadi seorang yang amanah dan jujur..sebagai contoh,apabila kita diminta untuk menjadi guru ganti bagi menggantikan guru yang tidak hadir..maka kita hendaklah melaksanakannya dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas.. Tanda tidak ikhlas ada dua iaitu:
a. Keluar kata2 sumbang
b. Keluar gerak geri sumbang
Insyaallah..sama-samalah kita menilai diri kita kembali.

PESAN 5
“Berbuat baiklah kamu dengan semua orang walaupun orang itu berbuat jahat kepada kamu,sedikitpun kamu tidak rugi jika kamu berbuat baik kepada orang malahan kamu akan mendapat untung..”

Ana suka untuk mengulang kata2 penulis..
”Kita akan bersedia berbuat baik dengan orang lain jika minda kita terbuka..”

Ya!Benar..jika minda kita terbuka..kita tidak kisah untuk sentiasa berbuat baik..namun, apa yang banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini ialah bilamana diri kita sering dibelenggu dengan rasa ego..angkuh..sombong..tidak mahu bertolak ansur..rasa diri hebat dan orang lain tidak betul..sifat dan sikap yang negatif ini menjadikan kita orang yang terlalu berkira untuk berbuat baik kepada orang lain sedangkan jika kita fikirkan semula..tidak ada baiknya jika kita bersifat sedemikian..

Tak salah untuk seorang guru berbuat baik dengan pelajar2nya..berbuat baik disini bukanlah bermakna pelajar boleh pijak kepala..tapi,apa yang penting seorang guru tu sebenarnya tak perlu garang tetapi tegas,,Jika kita garang kita akan dibenci..tetapi jika kita berbuat baik kepada pelajar..kita akan dihormati..begitulah juga hubungan kita dengan orang lain..sekiranya kita sentiasa berbuat baik dengan orang lain..pastinya orang lain berfikir dua kali untuk berbuat jahat kepada kita..

Jika kita ingin diri kita dihargai..
kitalah terlebih dahulu harus tahu menghargai orang..
jika kita ingin dihormati..
kita dulu perlu menghormati orang lain..
jika kita ingin diri kita dikasihi..
kita dulu perlu mengasihi orang lain..
Jika kita ingin orang baik dengan kita.
kita dulu perlu baik dengan orang..

”Kita akan dapat apa yang kita taja..jika kita taja persahabatan,..kita akan dapat sahabat..dan jika kita taja permusuhan..kita akan dapat musuh.


PESAN 6

“Ibu tidak ada harta kekayaan yang hendak diberikan kepada kamu.Dengan kelulusan dan pekerjaan yang kamu sudah dapat sekarang,itulah harta dari ibu..Ingatlah setiap harta yang kita miliki biarlah berkat..”


Mesej utama yang ingin disampaikan oleh penulis di dalam pesan yang ke-6 ini ialah keberkatan pada harta yang kita miliki.

Sabda Rasulallah SAW:
“Bentengilah harta kamu dengan berzakat..”


Zakat yang dimaksudkan bukanlah zakat fitrah semata-mata tetapi juga zakat selain zakat fitrah..sebagai contoh,andai kita punya emas yang tidak dipakai maka harus dikeluarkan zakat..begitu juga jika kita punya ternakan atau padi yang sampai had untuk dikeluarkan zakat maka perlulah untuk kita mengeluarkan zakat..ramai antara kita pada hari ini yang kurang peka dengan hal ini..maka,bersama-samalah kita muhasabah diri kita kembali..semoga harta yang kita miliki berkat..

Menurut ulama,terdapat 3 tanda berkat yang dapat dikesan pada seseorang di dunia ini:

-Tenang
-Rezeki bertambah
-Bahagia

Sekian perkongsian untuk kali,sedikit ulasan dari buku yang ana baca..semoga apa yang disampaikan bukan sekadar menjadi panduan kepada guru-guru tetapi juga kepada semua yang bergelar pekerja..amanahlah dalam melaksanakan tanggungjawab dan insyaallah..ada ganjarannya di sana..

4 comments:

Anonymous said...

Rasulullah (saw) bersabda;
"alangkah dicemburuinya golongan org Islam yg paling sdikit mempunyai kesukaran; harta kekayaanya ialah solat; seumur hidupnya bersyukur dgn apa yg diperolehinya; menyembah Tuhannya dgn penuh khusuk, hidup tanpa disanjung-sanjung dan mati muda dgn hanmpir2 tdk mpunyai harta pusaka yg hndak diwasiatkan dan amat sedikit org yg hendak berkabung atas matinya."

-smkpj

humaira' said...

Terima kasih cikgu..

Khairun said...

Salam.. cik umaira. =)

bagaimana jika pdapat mgtakan.. "kita xboleh nak mesra n baik sangat dengan student, nnti dia pijak kepala.."??

tq

humaira' said...

wa'alaikumussalam..pada pandangan saya..tak salah kita baik dengan pelajar..tapi,bukanlah sehingga pelajar boleh pijak kepala kita..tapi baik kita dengan pelajar yang menyebabkan mrk hormat pada kita..