Saturday, November 7, 2009

MENGASUH ANAK

hazim..pandang depan sayang!!nanti ke lain pulak pergi keretanya..
Anak-anak adalah amanah Allah..Setiap pasangan suami isteri semestinya mendambakan kehadiran anak-anak yang melengkapkan kehidupan rumahtangga ..kehadiran anak-anak semestinya memberi semangat baru buat si ayah untuk bekerja dengan lebih gigih... begitu juga buat si ibu untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak..
Mengasuh anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah.. Walau bagaimanapun, pengalaman selama dua hari menjaga anak buahku..adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat diriku..bukan aku tidak biase dengan budak-budak..mendodoikan anak-anak sepupu di atas pangkuan mahupun menyuap mereka makan adalah perkara biasa bagiku sehingga aku sering diusik oleh bapa-bapa saudaraku sudah gaya isteri orang..

Tapi, pengalaman menjaga anak buahku selama dua hari sewaktu ibu bapanya bekerja sememangnya sesuatu yang aku impikan..Insyaallah,hari ini aku berminat untuk berkongsi dengan kalian pengalamanku manjaga anak buahku selama dua hari..semoga pengalaman tak seberapa ini dapat dijadikan panduan untuk pembaca dalam menjaga mahupun mengurus anak-anak..

adegan hazim yang merajuk dan minta dipujuk..
……………………………………………………………………………………………….

“ Hari esok angah jaga hazim ye..”Boleh??Tanye alongku..
“ Ok..angah tak kisah..”



Sebelum aku sampai di rumah along..ibuku sememangnya menyarankan untuk aku menjaga anak saudaraku..Kebiasaannya alongku akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh tetapi aku rasa alongku lebih selesa aku menjaga anaknya di rumah dari dihantar ke rumah pengasuh kerana katanya anak pengasuh agak kasar dan khuatir hazim mengikut..aku menerimannya dgn rela hati..walaupun pada asalnya timbul juga rasa takut krn aku tahu anak buahku itu bukan calang2 orang boleh menjaganya..tambahan dia sudah lama tidak melihat aku..tapi..malam sebelumnya..aku sudah cuba menawan hatinya..aku bertanyakan along perihal hazim..supaya mudah aku menjaganya esok..along memberikan sedkit panduan tentang aktiviti harian hazim dan apa yang harus aku lakukan..

“Ada tiga sebab hazim menangis..sama ada dia nak tidur..nak susu..atau dia tak selesa sebab berak..kata alongku..


Hari pertama(Khamis)


Pada pukul 6.00pagi lagi buah hatiku itu sudah bangun..mama dan abahnya pula sudah sibuk bersiap untuk pergi kerja..kebiasaannya hazim akan tidur semula tetapi pada hari itu..agak lambat pula dia melelapkan mata..melihat mamanya bersiap-siap ke tempat kerja..dia seakan sudah faham bahawa dia akan ditinggalkan..


“ Hazim..hazim tinggal dengan mak ngah ye hari ni..hazim tak g rumah pengasuh tau!
alongku cuba bercakap-cakap dengan anaknya..

Komunikasi antara ibu dan anak adalah sesuatu yang sangat baik..sekalipun mungkin anak-anak kita belum faham atau belum pandai bercakap tetapi sebagai ibu atau ayah tak salah untuk kita bercakap-cakap dengan anak-anak..insyaallah..dengan izin Allah..anak-anak kita akan faham..


Mendengar kata-kata mamanya..hazim mengamuk di dalam buai..dia menangis-nangis dan menunjukkan rasa protesnya..alongku pula sudah lewat..dia terpaksa pergi..


“ Pegilah lah along..takpe..angah jaga..”

Along terus membuka pintu dan menaiki motosikal ke tempat kerja..Tangis hazim semakin kuat..Aku pula sorang yang tak boleh dengar budak menangis..aku yang terasa sayu..


“Hazim..kenapa ni sayang??”

Ya Allah..apa yang harus aku lakukan ni..mudahkan aku menjaga anak buahku..hati kecilku berbisik..
akhirnya aku mendapat idea untuk memujuk..

“ Miow..miow..hah??hazim..kucing hazim..


Anak saudaraku terdiam..


Aku pun terus membuat bunyi-bunyi lain..bunyi lembu..bunyi ayam..bunyi burung..bunyi itik..bunyi harimau..dengan gaya-gaya sekali..anak saudaraku terdiam..dia tersenyum melihat aku.. mungkin tersenyum melihat gelagat mak saudaranya ini..

Alhamdulillah..teknik memujuk aku menjadi..melihat hazim sudah tersenyum..aku meneruskan untuk menidurkan dia..


Dalam menjaga anak-anak ni..kite kene pandai ambil hati mereka..kadang2 ..tak salah ibu dan ayah untuk berpernagai keanak-anakkan sewaktu melayan anak-anak..luangkanlah waktu untuk kita bermain dengan mereka..semoga dengan itu hubungan kita dan anak akan menjadi berrtambah erat..


“ Hazim tidur ye sayang..”

Agak lama aku berzikir menidurkannya tapi dia tetap tidak mahu tidur..

“Kenapa hazim??Hazim nak bangun??”


Aku terus mengangkat anak saudaraku..aku melihat dia tersenyum..mungkin dia nak main agaknya..aku pun melayan anak saudaraku bermain..


Sesuatu yang menggembirakan aku ialah sewaktu kami bermain bola..hazim cuba mendapatkan bola dan dia mula melangkah..hanya Allah yang maha Tahu betapa aku gembira melihat dia sudah mula berjalan..hazim sudah berumur setahun sebulan..kebiasaannnya..budak2 sebesar ini sudah pandai berjalan..walau bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan anak-anak sendiri..ada orang kata..antara dua..sama ada anak-anak akan tumbuh gigi dulu ataupun berjalan dulu.. dan hazim antara yang cepat tumbuh gigi..oleh sebab itu dia agak lambat pandai berjalan..

Setelah penat bermain..aku melihat hazim menggaru-garu telinganya..

Bila melihat anak menggaru mata atau telinga..ini adalah petanda yang dia hendak tidur..

aku terus memasukkan hazim di dalam buai..aku berzikir menidurkannya dan tidak lama kemudian dia tertidur..kira-kira pukul 8.45pagi die tidur..mungkin terlalu penat bermain agaknya..

Sewaktu hazim sedang tidur inilah..aku meneruskan tugasku untuk mengemas rumah..menyapu..membasuh pinggan dan memasak..sambil2 membuat kerja aku berlari ke tengah melihat hazim..sambil mengenjut-enjut buainya..khuatir die terjaga..along juga sudah berpesan..makin lama kita enjut buainya..makin lamalah dia tidur..lagipun risau juga tinggalkan anak sorang-sorang di depan..kita di dapur..


Pesanan untuk para ibu dan bapa..sebaik2nya jangan tinggalkan anak sorang-sorang terutamanya anak-anak yang baru lahir..kebiasannya..anak-anak kecil ni..ada benda lain yang suka mengganggu..sebab tu..kadang2 kita tengok..anak-anak kecil memejamkan mata bila dia menangis..kalau keadaan begitu ketahuilah mungkin ada benda yang mengganggu anak-anak..anak-anak yang baru lahir juga tak elok dibawak berjalan sangat..kepala mereka harus sentiasa ditutup dengan kain..dipakaikan sarung tangan dan sarung kaki..

Apapun, sebagai ibu atau ayah..banyakan doa dan mohon perlindungan Allah agar Allah melindungi anak-anak kita dari gangguan lain..tidak salah untuk si ayah dan siibu membaca ayat kursi dan tiupkn di sekiling anak-anak sambil memohon perlindungan Allah..insyaallah..Allah itu sebaik2 pelindung dan Dia Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita..

Sejam kemudian..sedang aku berfikir-fikir untuk memasak ape..aku mendengar suara hazim..terus aku bergegas ke ruang depan..khuatir dia mengamuk..atau terjatuh dari buai..


“Alahai sayang..tak sempat mak ngah nak memasak..”
“Hazim..

“Emm..bangun dah anak saudara mak ngah..”

Aku melihat buah hatiku tersenyum..senyuman itu menandakan tidurnya yang lena dan cukup..kebiasaannya..jika anak-anak menangis atau menggosok-gosok mata maknanya dia masih mahu tidur..jadi enjutkan saja buainya dan insyaallah..mereka akan tertidur semula..

Melihat hazim yang tersenyum..aku terus mengangkatnya..bermain-main buat seketika.. teringat pula aku yang hazim belum menyusu..aku pun terus ke dapur membuat susu..hazim kuletakkan di dalam basikal..


“Jap ye hazim..mak ngah buah susu ye..”

Hazim tersenyum seakan faham..


Jam sudah hampir pukul 11pagi..aku perlu mandikan hazim..hazim sudah setahun sebulan..sudah tidak lagi mandi menggunakan air yang dicampur dengan air panas..kebiasaannya..bagi bayi baru lahir..kita akan mandikan dengan campuran air panas sedikit kerana mrk masih belum tahan untuk merasa sejuk air..hazim juga aku lihat kesejukan.. cuma aku cucurkan sedikir2 airnya sambil membersihkan badan ..hinggalah ke cucuran yang terakhir baru aku cucurkan semua sambil membaca selwat..tiup sekali di telinga kiri dan kanan..khuatir masuk air dan membalutnya dengan tuala..

Hazim kuletak diatas tilam..kusapukan minyak ..urut secara perlahan-lahan..dipakaikan bedak..pampers..baju dan seluar.. diletakkan minyak rambut serta disikat rambutnya..


Sebenarnya pemakaian pampers tidak digalakkan pada anak-anak kerana ia boleh membantutkan tumbesaran terutamanya anak-anak lelaki ..jika nak dipakai sekalipun..sebaiknya..biarkan ia longgar sedikit agar ada ruang untuk udara masuk..

Urutan perlahan pada badan anak-anak juga adalah sangat baik..sentuhan kasih sayang dari seorang ibu terutamanya akan melahirkan rasa disayangi dlm diri anak-anak.. adalah amat penting untuk ibu dan ayah mempamerkan rasa kasih dan sayang pada anak-anak agar anak-anak tahu bahawa kita menyayangi mereka..Dari segi psikologi, anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang yang cukup amat cerah untuk menjadi seorang anak yang bermasalah kemudian hari..

Kebiasaannya..anak-anak yang sudah menjangkau umur setahun agak sukar untuk dipakaikan baju dan seluar kerana mereka sudah agak agresif dan akan melarikan diri..bergantung kpd kita sendiri bagaimna untuk menguruskannya..tapi,bagi tektik ana sendiri..ana akan buat2 menangis dan buah hati ana itu akhirnya menurut..

Mengasuh anak-anak??Hmm..memang kena pandai menawan hati anak-anak..

Selesai menyiapkan hazim..aku menyuapnya makan..nasi dengan berlaukkan singgang ikan yang dimasak ibunya pagi tadi..

Hanya 4 suapan sahaja dan kemudian nasinya diluah..

Sekiranya anak-anak meluah makanan bermakna mereka sudah tidak mahu makan lagi..sememangnya anak sebesar ini agak susah untuk makan..bergantung kepada kepandaian siibu untuk memujuk anak makan..aku cuba juga memujuk hazim dengan membuat ala-ala menaiki helicopter dan menyuapnya..tapi dia tetap tidak mahu..

“Takpelah sayang..nanti mak ngah suap lagi ye..”


Apabila hazim jaga..aku memang tak boleh nak buat keje..niat di hati untuk memasak terus tergendala sehingga akhirnya mamanya balik untuk berhenti rehat..hazim terus meluru ibunya..


“Angah tak sempat nak memasak along..”
“Takpelah along..angah panaskan singgang tadi je yek?


Tak terasa pulak makan singgang sahaja ..aku pun terus menggoreng telur dadar..dan membuat sambal..sebnarnya..aku kesian pada alongku..kebiasaannya waktu tengah hari..along memang tak sempat nak memasak dan makan.. bila aku ada..dapat juga aku memasak untuknya..

Selesai menghidang kami makan bersama..Melihat makanan terhidang..hazim terus meluru ke meja makan yang rendah dan sangat senang dicapai olehnya..Hazim memang pantang melihat ada makana di atas meja..semuanya nak dicapai..terpaksalah kami berjaga-jaga sambil along menyuap hazim makan..
Jam sudah menunjukkan pukul 2ptg..along perlu segra ke tempat kerja..sekali lagi hazim mengamuk..tapi aku berjaya memujuknya..kami bermain seketika dan kemudian aku menidurkan hazim..agak lama dia tidur kali ini..sewaktu hazim tidur..aku mengambil peluang untuk study..sehinggalah akhirnya hazim bangun pada pukul 4.45petang..aku terus bermain dengannya sehingga mamanya pulang..
Pada pukul 6.20petang..abang long pula balik..hazim meluru pada bapanya..minta didokong..abang long terus mendokong anaknya..suka aku melihat telatah hazim..itulah anak-anak..merekalah penyeri hati ibu dan ayah..walaupun mungkin si ayah atau siibu kepenatan..tapi,penat itu bagai tak terasa tika melihat senyuman diwajah anak..

Hari (Jumaat)
Pada hari ini,along perlu pergi awal ke tempat kerja.. seperti semalam..hazim tetap mengamuk sewaktu ditinggalkan..dan seperti semalam juga..aku membuat teknik yang sama..Cuma kali ini aku membangunkan hazim dari buaian dan membawanya keliling rumah mencari kucing kononnya sedangkan kucingnya memang tiada dan ia hanyalah teknik aku memujuk hazim..apapun,Alhamdulillah..tektik itu benar2 berkesan..
( Maafkan mak ngah hazim..menipu hazim di dalam diam..)

Melihat hazim yang sudah berhenti menangis..aku meletakkannya di dalam buai..dan alhamdulillah..selesai aku menidurkannya sambil berzikir..hazim pun tertidur..


Diwaktu hazim tidur..aku menyidai baju seperti yang diminta oleh along..kemudiannya, aku sibuk pula mengemas rumah..hari ni hari Jumaat..alongku balik awal..aku perlu segera mengemas dan memasak..


Sejam kemudian..hazim merengek..aku terus bergegas ke depan..dan mengenjut buaian..mata hazim menunjukkan dia masih ingin tidur..tekaanku tepat..selepas aku menghayun buaian ..hazim tidur kembali..


Tidak sampai 10minit..sekali lagi hazim merengek..aku bergegas semula ke depan..mengenjutnya buat seketika dan ke dapur semula..


Dalam hatiku berbisik..ya Allah biarlah sempat aku kemas semuanya ya Allah..

Tidak lama kemudian..sekali lagi hazim merengek..alhamdulillah waktu tu..aku sudah selesai menyapu sampah..Aku melihat anak buahku itu..
"Hazim nak bangun??"
Aku terus menurunkan hazim dari buaian..aku bermain2 dengan hazim buat seketika sambil menyuapnya makan kuih..hazim sangat suka makan kuih donat..bila aku menyuapnya..dia menganga mulut luas-luas dan tersenyum sambil menepuk-nepuk tangannya..mungkin dia rasa gembira kerana aku menyuap kuih padanya...aku turut tersenyum melihat gelagat anak saudaraku itu..

Teringat pula aku untuk memasak..sewaktu hazim tidur tadi..aku sudah terfikir untuk membuat nasi goreng sahaja..tapi,semuanya tergendala kerana buah hatiku sudah bangun..
Sambil bermain-main dengan anak buahku itu..aku mengajarnya..banyak perkara yang sudah boleh dilakukan oleh anak saudaraku itu..hazim sudah pandai mengangkat tangan bila kita kata..Siapa nama Muhammad Hazim Izzafran angakt tangan??dia juga sudah pandai menepuk tangan..pandai menggoyang-goyangkan badan bila mendengar org berzikir..diam apabila mendengar azan..dan yang terbaru hazim sudah pandai mengangkat tangan membaca doa..dan mengaminkan..aku juga mengajarnya mengangkat takbir dan dia sudah pandai mengikut..

Hazim juga sudah pandai menyebut perkataan yang pendek-pendek..skrg dia sudah pandai menyebut "satu" sambil menunjukkan jarinya..hazim juga sudah pandai menyebut.."mak ngah..".."tak teh.."..sudah banyak juga perkataan2 yang didengar dapat diikut oleh buah hatiku ini..

Anak-anak di dalam lingkungnan umur ini sememangnya sudah pandai meniru perbuatan orang..mereka juga mudah mengikut bila kita ajarkan sesuatu..sebab itu..adalah sangat penting bagi si ibu dan si ayah menonjolkan tingkah laku yang baik pada anak-anak dan mengajar anak menyebut sesuatu yang baik..
Selain itu, kita juga perlu sentiasa peka dengan kelakuan anak-anak..terutamanya anak-anak sebesar hazim.kerana .mereka sudah pandai mengutip benda di lantai dan kemudian terus dimasukkan ke dalam mulut..sebab itu bila anak jaga sebaiknya jangan biarkan mereka bermain sorang diri..pastikan juga rumah sentiasa berada di dalam keadaan bersih..adalah lebih baik jika si ibu dan si ayah mengajar anak-anak atau menerangkan kepada mereka tantang bahaya sesuatu benda atau kegunaanya..seperti hazim contohnya..dia sudah faham bahawa penyepit kuku digunakan untuk menyepit kuku..dan kasut dipakaikan di kaki..kebiasaanya anak-anak sebesar ini sememangnya sudah bisa faham dengan apa yang kita katakan.. bergantung kepada kepandaian si ibu dan si ayah sendiri dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang bijak dan pandai berfikir..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10tengah hari..hazim sudah menunjukkan tanda-tanda hendak tidur..aku terus memasukkan hazim di dalam buaian..Pukul 12.20tengah hari alongku balik..along menyambung menidurkan hazim..Aku pula menyambung kerjaku untuk membuat nasi goreng..selesai semuanya..aku menghidang makanan dan makan bersama-sama along..aku berbual-bual dengan along perihal anaknya..sebentar lagi along perlu ke tempat kerja semula..

Sewaktu along baru hendak pergi kerja ..hazim yang sedang tidur bangun..

Melihat mamanya bersiap..dia terus menangis dan mengamuk..

“Takpe..angah bawa hazim keluar biar dia tengok along g keje..”

Aku pun mendukung buah hatiku keluar..melihat mamanya hendak menaiki moto..hazim makin kuat menangis..

“Miow..miow..eeee..hazim..kucing hazim..”

Aku menarik perhatian hazim..

Hazim diam..

“Mioww..miow..”
Aku membuat bunyi kucing…hazimku terleka..waktu leka itulah alongku terus meninggalkan kami..
Alhamdulillah..setel satu keje..


Aku pun terus membawa hazim ke dalam rumah..kami bermain bersama..tapi,entah kenapa hazim seakan tidak mahu berlepas denganku..dia mahu aku mendokongnya…aku mendokongnya keliling rumah sambil memujuknya..

“Hazim nak apa ni sayang??”

Teringat pula aku yang hazim belum minum susu lagi..

“Hazim nak susu ye??Mak ngah buat ye..”

Aku terus mendokong hazim hingga ke dapur..

“Hazim dok kat bawah jap ye..”

Aku membasuh botol susu hazim..
Hazim menangis..

nak tak nak..aku terpaksa menuang air sebelah tangan..sambil mendukung hazim..oleh kerana air panas..aku campurkan sedikit dengan air sejuk..supaya susunya jadi suam-suam..


Kalau nak buat susu anak sebaik-baiknya biarlah airnya suam dan bukan menggunakan air yang sejuk..sepertimana kita suka minum air yang suam..begitulah juga anak-anak..kalau terlalu sejuk susunya..bukankah tidak sedap??


Sewaktu hendak mengisi susu..aku menurunkan hazim..

“Jap ye hazim..mak ngah nak isi susu ni..”

Hazim tersengih melihat aku membuat susunya..
“Ok..dah siap..Jom dok kat mak ngah..”

Aku meriba hazim diatas pangkuan sambil berzikir..

Lailaaahailallah…
Muhammadarrasulluallah..

Hazim leka meminum susunya..

“Kesian anak saudara mak ngah..lapar ye sayang??”

Satu kebahagian melihat anak berbaring di ats pangkuan sambil menyusu..Peringatan untuk para ibu atau bakal para ibu..sebenarnya..tak elok bagi anak-anak minum susu lembu..dalam islam sendiri..kita digalakkan untuk menyusu badan anak-anak selama dua tahun..sebaik-baiknya..jangan berhenti menyusukan anak..sebab kalau kita dah berhenti..kemudiannnya air susu mungkin dah tak keluar..seperti kes hazim..air susu ibunya sudah tidak keluar kerana sewaktu mak kami iaitu opah dia menjaga hazim selama satu bulan..dia tidak menyusu badan.. teringat sepupuku yang satu umur denganku dan kini sudah mempunyai dua orang anak..sepupuku itu sememangnya menyusukan anak-anaknya cukup dua tahun..bagiku..itu adalah sesuatu yang sangat baik..
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah : 233
Ibu-ibu itu menyusukan anaknya dua tahun genap bagi siapa yang hendak menyukupkan waktu menyusu itu.

Bagi,para ibu yang berkebolehan untuk menyusu anak selama dua tahun..sebaik2nya..teruskanlah..insyaallah..anak-anak juga akan jadi lebih cerdik berkat susu ibu..disamping dapat mengeratkan hubungan antra si ibu dan si anak..

Sebab itu..kalau kita g kursus kawin pun..kita sememangnya disarankan untuk merancang keluarga iaitu merancang untuk mendapat anak setiap dua tahun..andai sudah rezeki dari Allah..tidak mengapa..tapi, sebenarnya banyak kebaikan kenapa digalakkan untuk merancang antaranya ialah dari segi penyusuan sendiri dan supaya anak-anak juga dapat kasih sayang yang secukupnya.. selain dapat memulihkann kembali tisu-tisu dan urat-urat si ibu diwaktu kelahiran yang pertama..

Selesai minum susu..hazim terus bangun..dia tersenyum memandang aku..

“Hazim..sayang mak ngah..”

Hazim mencium aku..

Aduhai sayang..geramnya mak ngah dengan hazim ni…

Aku terus melayan hazim bermain-main..

Tidak lama kemudian..aku melihat hazim seakan resah..kenapa pulak si hazim ni..nak tidur lagi ke?

Akhirnya..aku berbau yang tidak menyenangkan..Aku melihat pampers anak buahku itu..

“Oooo..hazim berak ye sayang..”

Patutlah anak saudaraku resah gelisah..mungkin dia tidak selesa..

Dalam keadaan ini adalah tidak elok kita membiarkan lama..jika kita tahu anak kencing atau membuang..jangan tunggu lama-lama untuk membasuhnya..tak baik untuk kulit anak-anak..penjagaan yang kurang dibahagian punggung anak-anak terutamanya akan menyebabkan mereka mudah mendapat ruam dan kemerah-merahan kerana kulit mereka masih sinsetif..keadaan ini menyebabkan anak berasa sakit dan tidak selesa..
Aku terus ke bilik air untuk membasuh hazim..Oleh kerana agak banyak..aku terus memandikan hazim dan kemudian menyiapkannya..

Selesai semuanya..aku memasukkan hazim di dalam buai untuk menidurkannya sehinggalah mamanya pulang ke rumah..

Demikianlah serba sedikit perkongsian pengalmanku menjaga anak saudaraku selama dua hari..Sengaja ana tidak menceritakan apa yang berlaku disebelah malam..kerana pada waktu malam..kami sama-sama menjaga hazim.. Pengalaman menjaga anak buah selama dua hari mengajarku tentang sesuatu..iaitu kepentingan bagi siibu mahupun si ayah untuk sentiasa peka dengan makna reaksi dan tingkah laku anak-anak..nak menyusu..lapar..nak tidur..semuanya harus difahami..

Menjaga anak-anak memerlukan kesabaran..si ayah mahupun si ibu sendiri harus punya rasa tolak ansur antara satu sama lain dalam mengurus rumahtangga mahupun dalam menjaga anak-anak..tambahan andai si ibu dan si ayah kedua-duanya sama-sama bekerja..tanpa kesefahaman agak sukar untuk membina keluaraga yang bisa membawa sakinah, mawaddah dan barakah..sentiasalah berdoa kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan agar segalanya dipermudahkan..didiklah anak sebaiknya..agar kita bisa melahirkan zuriat yang soleh dan solehah..Insyaallah..semoga kita bisa menjadi ibu dan ayah yang terbaik satu hari nanti..aaminnn…

5 comments:

nur afina humaira said...

salam sahabat.... hehehehhe ummi kite ni dah le jadi ummi la.... hehhhehe...bkn senang nk jage budak ni... x terbuat keje umah kan? kne tunggu budak2 lelap dlu baru le setel keje... klu x...lg2 baby sebaya hazim tu...mula nk kenal dunia.... nasib mak ngah dia hebat.... hehehhe

humaira' said...

haah nur..kalau anak jaga memang kita takleh buat keje lain..dia nak melekat je dengan kita..kalau tinggalkan main sorang2 pun..kita jugak yang risau..nak tak nak..main same2..hihi..

Pemuda@gamA said...

Semoga jadi ibu kepada generasi pejuang Islam. Insya Allah.

syahir Mohamad said...

Salam..
saya suka bacalah.. walau pun disampaikan dgn cara bercerita dan bersahaja tapi menariklah. Ia mengajar kita cara mendidik anak2.. cam dah kahwin dan mempunyai anak ke yang menulis ni. Jujo saya kata, dari cara penulisan menunjukan tuan blog ni dah bersedia je. teruskan menulis dengan cara bergini..

guruohguru said...

salam umi, penceritaan yang terperinci sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan. alhamdullilah, beruntung hazim ada makngahnya!