Sunday, June 27, 2010

Doa Dari Seorang Guru..


Menjadi seorang guru bukan sesuatu yang mudah sebaliknya ia adalah tugas yang sangat mencabar..seorang guru itu semestinya punya kesucian hati dalam mendidik agar dengan hati yang ikhlas maka ilmu yang disampaikan juga akan menjadi berkat..pelajar-pelajar berjaya dengan cemerlang..malahan bukan sekadar dari segi akademik tetapi juga sahsiah diri..

Lebih kurang seminggu berlalu,ana menjalankan kewajipan sebagai guru ganti di SMK Pontian Jaya,Kuala Rompin,Pahang..biasalah.. sudah menjadi kebiasaan..bilamana ada guru baru..pelajar-pelajar akan teruja..bagaimana pula dengan anda guru baru??

Teringat perbincangan bersama PPD Daerah Rompin sewaktu ingin memohon sebagai GSTT..

"guru -guru baru sekarang bermasalah.."kata salah seorang Pegawai PPD yang cukup kukenal kerana beliau merupakan saudaraku sendiri..

"kenapa cikgu??"oleh kerana beliau juga merupakan guru yang mengajarku di sekolah rendah dahulu..aku lebih selesa memanggilnya dengan panggilan cikgu..

"Yelah..baru nak mengajar..dah tak bersemangat..suruh buat tuisyen..buat itu..buat ini..ada saja alasan..sampaikan pihak PPD pulak terpaksa membuat satu kursus untuk guru-guru yang baru dihantar posting untuk menaikkan semangat mereka.."beliau memberi penerangan dengan memek muka seakan tidak puas hati..

Emm..ada jugak ke yang macam tu..hatiku berfikir sendirian..

"Nanti..pesan pada kawan-kawan apa yang cikgu cakap ni..guru-guru kena semangat..kene bersungguh-sungguh nak mengajar.."

"Baik cikgu..nanti saya sampaikan.."

Ye..ada benarnya..seorang guru itu mestilah seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam mendidik anak-anak..sekiranya seorang guru itu sendiri layu dalam menjalankan amanah yang diberi..bagaimana ia mampu melahirkan insan yang berguna satu hari nanti??tepuk dada..tanya diri sendiri..

Berbalik kepada soal tanggungjawab seorang guru..kadang-kadang kita terlepas pandang..betapa pentingnya untuk seorang guru itu mendoakan anak-muridnya setiap hari..doa agar mereka mudah menerima ilmu yang disampaikan.. mahupun doa agar Allah menerangkan hati mereka..dan doa juga agar Allah memberi kekuatan untuk kita dalam menjalankan tugas sebagai pendidik..

Duhai bakal-bakal guru..
Tugas seorang guru itu terlalu mulia..bersama-samalah kita menjalankan tanggungjawab ini dengan niat yang ikhlas kerana Allah bukan kerana gajinya semata-mata mahupun kerana ia tugas kita..tapi,kerana kita benar-benar faham dan menganggap ia adalah amanah dari Allah untuk kita..jangan lupa untuk mendoakan anak-anak murid kita setiap hari..insyaallah..keberkatan itu akan hadir jua..


'BERGURU KEPALANG DATAR..DAPAT RUSA BERBELANG DI KAKI..
BERGURU KEPALANG AJAR..IBARAT BUNGA KEMBANG TAK JADI..'

Wednesday, June 16, 2010

NIKAH KERANA ALLAH..


Cuti sekolah begini..banyak betul kenduri kawin..suka rasanya melihat pasangan pengantin..senyuman tak lekang dibibir..masakan tidak..hati sedang berbunga bahagia..pastinya senyuman lebar terukir..alhamdulillah..bersyukurlah kepada Allah..kerana sempurna agama kamu setelah kamu bernikah selain melaksanakan salah satu sunnah Rasulallah..sudah fitrah kita Allah jadikan berpasang-pasangan..cuma kita yang punya akal harus telus m'hayati hikmah 'CINTA HALAL' ini..

Perbualan bersama ayah tentang perkahwinan sebaik kembali dari kenduri kawin jiran..menyebab aku berfikir sendirian..haah kan!!biasanya kalau kita solat..sewaktu niat..pasti niatnya kerana Allah..begitu juga dalam puasa atau lain-lain pekerjaan ibadah..pasti disebut 'LILLAHITA'ALA'.. yang membawa maksud 'KERANA ALLAH TA'ALA..' tetapi kenapa tidak sewaktu kita hendak bernikah???

Kalau kalian tidak percaya..cuba tanya mereka-mereka yang sudah berkawin..apakah sewaktu hendak bernikah itu terbit di dalam hati..YA ALLAH..AKU BERNIKAH HARI INI KERANAMU YA ALLAH..pasti tidak ada kan??pasti ramai yang menjwab tidak tahu..ustaz tak ajar pun??itulah antara perkara yang kita nampak senang..tapi..ramai yang terlupa..ia tak perlu di ajar..tapi..perlu difahami..perkahwinan merupakan satu ibadah..bagi mereka yang benar2 faham..insyaallah..Allah akan berikan kamu ilham untuk kamu melakukannya..

Teringat sewaktu along hendak menikah..waktu itu..ayah sendiri yang menikahkan along..sebelum nikah..ayah terlebih dahulu mengingatkan abang long..."Ingat ni zahar..kau nikah dengan nira ni kerana Allah ni..niat betul-betul..bukan kerana nafsu.."

.......................................................................................
NIKAH KERANA ALLAH..
Nampak mudah..tapi,ramai yang lupa nak lakukan..Perkahwinan itu ibadah..mereka yang hendak bernikah..harus jelas dengan perkara ini..bukan sekadar keinginan nafsu untuk menikah..kan??

Insyaallah..lepas ni..kita sama-sama perbetulkan niat..
Buat teman-teman yang sudah selamat nikah..umi doakan agar kalian bahagia dunia akhirat dan sabar menempuh ranjau alam perkahwinan..buat mereka yang bakal bernikah..sabar dan banyakkan mendekatkan diri kepada Allah..doa umi..agar segalanya dipermudahkan..aaminnn...

Jaga diri..

Assalamualaikum buat sekalian pengunjung 'BICARA HATI WANITA'..semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan linduangan Allah..pertama-tamanya..ana ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini...terutama buat anak-anak murid SMKKJ yang sudi bertandang kemari..

Buat anak-anak murid cikgu yang dikasihi..

Walaupun cikgu jauh dari kalian..tapi,besar harapan cikgu agar kalian bisa menjaga diri kalian dengan baik..bagi pelajar-pelajar cikgu yang perempuan..pandai-pandailah kamu menjaga harga diri dan maruah diri kamu..andai ada mana-mana lelaki yang berani menyentuh kamu..berani membawa kamu keluar kemana-mana..tidak melindungi maruah diri kamu..maka ketahuilah..dia bukan lelaki yang baik..

bagi anak murid cikgu yang lelaki juga begitu..kamu lelaki..harus lebih matang dalam berfikir dan dalam tingkah laku kamu...cikgu tak pasti..apakah bebelan cikgu atau nasihat cikgu pada kamu sampai dihati-hati kamu ataupun tidak..tapi,doa cikgu agar sedikit sebanyak apa yang cikgu sampaikan dapat kamu pegang sampai bila-bila..semoga Allah melindungi kamu..kamu semua baru habis exam kan??berapa pun yang kamu dapat..maka terimalah dengan hati yang redho..andai cemerlang..ucapkan syukur kepada Allah..andai tidak..maka jadikanlah ia pembakar untuk kamu teru berjaya..

Insyaallah..kalau tidak ada apa-apa..cikgu akan menjadi guru ganti di SMK PONTIAN JAYA,ROMPIN,PAHANG..bermula 21hb ini..doakan cikgu ye..