Tuesday, April 26, 2011

Alahai' KASUT KELOPAK JANTUNG'



Kali pertama bertemu dengan buku ini..sewaktu menjadi guru ganti di SMK Pontian Jaya,Rompin,Pahang..waktu tu..hati tertanya2..kenapa pelik sangat tajuk buku ni??apa makna yang tersirat di sebalik tajuknya??Antalogi itu tidak pelik..sudah biasa didengar..maksud antalogi itu himpunan..tapi..yang memelikkan..tajuknya...'KASUT KELOPAK JANTUNG'??

Helaian isi kandungan di buka..terpandang tajuk pada bahagian cerpen..KASUT KELOPAK JANTUNG..muka surat 77..tak sabar rasanya nak tahu apa makna disebalik tajuk buku dan cerpen ini..

........................................................................................

Alhamdulillah...selesai..

Ada titis air mata di hujung mataku..cerpen ini sungguh indah..bisa menyusuk hati mereka yang membaca dan memahami..

Biarlah penulis ceritakan sedikit jalan ceritanya..

cerpen ini mengisahkan Ahmad dan Cikgu Harun...Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang berumur 9tahun..sering dimarahi oleh gurunya Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah..sebaliknya hanya berselipar jepun..keadaan itu mengganggu pemandangan Cikgu Harun yang begitu mementingkan soal penampilan..

"Ahmad,mana kasut??"
"Belum beli cikgu.."
"Bila nak beli?"

Ahmad membatukan diri seperti selalu..semenjak tiga minggu yang lalu, sejak sekolah dibuka..dan semenjak soalan itu diajukan kepadanya...itu sajalah jawapan Ahmad..Sebelum itu Ahmad memakai selipar Jepun yang lusuh ke sekolah..tetapi selepas selipar itu putus..dia hanya berkaki ayam..sehinggalah satu hari Ahmad telah didenda oleh Cikgu Harun kerana tidak membawa baju sukan..

"Kasut sekolah tak pakai,baju sukan tak bawa!Apa nak jadi dengan kamu ini??

Terasa hendak dipukul sekuat hati pelajar itu tetapi kesabarannya masih ada..Cikgu Harun terpandang rumpun pisang yang merimbun di tepi pagar sekolah..Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun pisang itu..dan dibawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur..besar-besar dan berwarna merah hati..

"Pergi cari tali!"

Ahmad,pelajar yang lurus bendul itu terus beredar dan kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah..

"Kamu pakai benda ni.Ikat elok-elok!!"Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!!"

Pada mulanya Ahmad berat hati untuk memakai kasut yang diperbuat dari kelopak jantung pisang itu..tapi akhirnya dia menurut..Ahmad serba salah..Dia berasa malu..Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sakit hatinya kini lebih perit daripada tertusuk duri semalu..Matanya berair..bukan kerana sakit kaki..akan tetapi hatinya yang terhiris..

Keesokan harinya..Ahmad tidak datang ke sekolah..sehinggalah seminggu lamanya..Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena..dia bertanya kepada pelajarnya yang lain..

"Dia kata hendak berhenti sekolah cikgu!!"

Tersentak hati Cikgu Ahmad mendengar jawapan dari anak muridnya itu..tiba-tiba timbul rasa bersalah di dalam hatinya kerana bertindak keterlaluan kepada Ahmad..Petang itu, Cikgu Harun tekad untuk pergi ke rumah Ahmad..setelah melalui denai-denai sempit akhirnya dia sampai ke rumah Ahmad..barulah Cikgu Harun sedar betapa sukarnya Ahmad ke sekolah..tambahan dalam keadaan pelajar itu yang hanya berkaki ayam menempuh semak..batu-batu kerikil di tepi jalan dan pohon-pohon semalu yang berduri..

Sebaik sampai di sebuah rumah,Cikgu Harun memanggil-manggil nama Ahmad..tapi tiada yang menyahut..Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh umur..mukanya iras-iras Ahmad..Cikgu Harun dapat mengagak itu adalah ibu Ahmad..

"Ahmad tak ada.Dia mengambil upah petik cili.."Cikgu Harun memperkenalkan dirinya..Tidak lama kemudian,muncul Ahmad..Cikgu Harun menyapa pelajarnya itu..Tika itulah dia terpandang kepada kaki Ahmad yang masih bersarungkan kasut kelopak jantung..

"Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini??"tanya Cikgu Harun pantas.Hatinya tersentuh kerana tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak muridnya itu..

"Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru.."

Air mata Cikgu Harun menitis tanpa disedari..dia segera ke pekan membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut..Kemudian,cikgu Harus bergegas pulang ke rumah Ahmad..

"Ahmad,esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni..."

Ahmad menyambut pemberian Cikgu Harun dengan tangannya terketar-ketar..

"Terima kasih cikgu.."

...............................................................................................................

Sidang pembaca yang dikasihi...

Demikian serba sedikit kisah yang terselit di sebalik cerpen'Kasut Kelopak Jantung' ini..salah satu cerpen yang terkandung di dalam buku 'Antalogi Kasut Kelopak Jantung' ..buku KOMSAS Tingkatan 1...

Penutup cerita ini..Ahmad akhirnya menjadi seorang pengusaha besar di sebuah syarikat pengeluar kasut yang terkemuka di bandar..setiap kali Hari Guru dia akan menghadiahkan kasut-kasut yang berjenama kepada gurunya itu sehinggakan Cikgu Harun sendiri terfikir apakah itu adalah sindiran atau Ahmad benar-benar ikhlas..tapi, Ahmad sering menyatakan keikhlasannya mengenang jasa guru yang menjadikannya insan yang berjaya..Katanya, kasut kelopak jantung benar-benar menyedarkannya betapa pentingnya kasut kepada manusia...

...........................................................................................................................

Kesudahan cerita yang cukup indah bukan??terselit pengajaran yang bermakna..sama ada kepada guru..mahupun kepada pelajar..

Memandang pada perspektif seorang guru..hati ini terfikir...betapa perlunya untuk seorang guru itu tidak menurut rasa hati yang marah dalam mendidik..betapa besarnya tanggungjawab seorang guru dalam melahirkan modal insan yang berjaya dan betapa pentingnya untuk seorang guru itu menjadi seorang yang ikhlas dan sabar..atau kadang kala meletakkan diri di tempat pelajar agar lebih memahami..

Ya!BENAR!!

Takkan ada guru..andai tidak ada pelajar..

............................................................................................

Kepada semua pendidik..ayuh!!kita sama-sama merenung diri..apakah kita benar-benar sabar dan ikhlas dalam mendidik pelajar-pelajar kita selama ini..berdoalah sentiasa agar Allah mengurniakan kesabaran itu dalam diri kita..semoga dengan doa dari seorang guru..hati-hati pelajar kita juga bisa menjadi lembut...

..........................................................................................


TUHAN..JADIKAN AKU HAMBAMU YANG SABAR DAN IKHLAS..


p/s : terima kasih dan tahniah diucapkan kepada penulis cerpen ini iaitu Ghazali Lateh kerana menghasilkan karya yang cukup menarik..

Saturday, April 9, 2011

AL-'ILMU YU'TA ILAIHI WALA YA'TI

Subhanaallah..walhamdulillah..walaailaahailallah..allahuakhbar..

Assalamualaikum buat sekalian pengunjung blog Bicara Hati Wanita..Pertama-tamanya..maaf penulis ucapkan kerana terlalu lama tidak mengupdate blog ini..Walau bagaimanapun..insyaallah..penulis akan cuba untuk tidak meninggalkan blog ini sepi terlalu lama..semoga Allah memberi ruang waktu dan masa..untuk hamba Allah ini berkongsi sesuatu terutamanya dalam berbicara soal kehidupan..

Hari ini,penulis berminat untuk berkongsi dengan kalian iaitu berkaitan'ILMU' di bawah tajuk 'AL-'ILMU YU'TA ILAHI WALA YA'TI..Insyaallah..akan ana terangkan makna ungkapan di atas satu persatu..

Makna kalimah di atas ialah’ILMU ITU HARUS DIDATANGI,BUKAN MENDATANGI’. Kata-kata ini merupakan kata-kata Imam Malik..salah seorang Imam yang begitu tersohor pada satu masa dulu..

Tersebut alkisah diwaktu pemeritahan khalifah Harun Ar-Rasyid dimana waktu itu KhAlifah Harun telah memerintahkan salah seorang utusannya untuk memanggil ulama. Waktu itu,dia selalu mendengar dari orang bawahannya tentang kitab Al-Muwatta’karangan Imam Malik yang kerap dibahas di masjid-masjid..Namun,Imam Malik tidak mahu datang ke istana. Akhirnya khalifah ke-5 daulah abasiyyah itu memerintahkan pesuruhnya memberitahu tujuannya memanggil imam itu iaitu untuk mendengarkan kajian kitab al-Muwatta’ di istana kepada anak-anaknya.. Ketika hal itu disampaikan dengan tegas Imam Malik menjawab,”Semoga Allah memberikan kejayaan kepada amirul mukminin.Ilmu itu datang dari baitun nubuwwah.Jika kamu memuliakannya ia akan mulia.Jika kamu merendahkannya ia jadi hina.Ilmu harus didatangi bukan mendatangi.

Mendengar kata-kata Imam Malik itu, Harun Ar-Rsyid tidak dapat berbuat apa-apa.Dia lantas menyuruh kedua-dua puteranya datang ke masjid untuk belajar bersama rakyanta.Imam Malik berkata lagi..”Boleh,dengan syarat mereka tidak melangkahi jemaah yang datang lebih awal.”Anak-anakmu harus rela duduk dimana sahaja yang disediakan untuk mereka..

Sidang pembaca yang dirahmati Allah..

Terdapat dua pengajaran yang dapat kita rumuskan di sini..yang pertama..betapa pentingnya untuk kita menjaga keberkatan dalam mempelajari ilmu..lihatlah betapa tegasnya Imam Malik dalam berbicara soal keberkatan ilmu..ya!benar!Ilmu itu harus didatangi bukan mendatangi..

Imam Ahmad pernah mengungkapkan:

Manusia amat memerlukan ilmu daripada keperluan mereka terhadap makanan dan minuman kerana makanan hanya diperlukan dalam sehari satu atau dua kali tetapi ilmu diperlukan setiap saat.

Kedua sikap Khalifah Harun ar-rasyid dalam kisah ini juga harus diteladani oleh para penguasa atau pemimpin pada masa ini..Seharusnya para penguasa atau pemimpin itu menghormati ulama bukan menghinanya..

....................................................................................,............

Teringat pesanan kepada pelajar bila tiap kali mendapat relief..

"Kelas..yang pertama sekali yang perlu kamu tanamkan dalam hati kamu sebelum pergi sekolah.. ialah niat..perbetulkan niat kamu.. mencari ilmu kerana Allah..andai kata dalam perjalanan ke sekolah Allah menarik nyawa kamu..kamu dikira mati syahid..harus ada semangat untuk belajar..kamu yang perlu mencari ilmu..bukan ilmu mencari kamu.."

Ayat yang sama dari orang yang sama..

Apa pelajar mengerti makna pesananku??

Bersama-samalah kita membentuk diri menjadi seorang yang cintakan ilmu..dan mengamalkan ilmu...

.......................................................................................................................................

Muadz Bin Jabal berkata:

”Carilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana takut kepada Allah merupakan ibadah,mempelajarinya bererti tasbih,membahasnya jihad,mengajarkannya sedekah dan mencurahkannya kepada ahli merupakan pengorbanan.

Firman Allah di dalam Surah At-Taubah:122

Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang. Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya.