Friday, December 16, 2011

MALU


Petang itu ana pergi mencari barang-barang dapur dan keperluan harian..Melihat aku dan adik lelakiku menaiki van..tokku menyapa untuk ikut sekali..mungkin tok sengaja mahu mencari angin luar..ank jiranku turut menumpang..sampai di kedai..aku membeli barang2 yang siap ditulis oleh mak..hampir RM200 semuanya..tapi,aku tak pelik..barang2 sekrang sememangnya sudah semakin mahal..seterusnya..kami pergi pula ke TenTen..anak jiranku yang mengikut tadi mahu mencari baju..aku dan tok sekadar menunggu di dalam van..

“Sikit je motor..kereta yang banyak..”Tokku memulakan perbualan..

Aku memandang ke arah jalan..ya!memang kereta yang banyak..

“Kalau dulu..orang jalan kaki..lepas tu naik basikal..kemudian naik motor..sekarang sume dah pakai kereta pulak..”tokku menambah..

“Haah tok..”

“Dunia makin indah..manusia makin kurang iman..”spontan kata-kata ini keluar dari mulut tok..

Hmm..betul tu..

“kenapa kurang iman?sebab manusia sekarang sudah semakin hilang rasa malu..”tokku menyambung

Aku diam..memikirkan kata-kata tok..ya!memang benar apa yang tokku katakan..memang ramai manusia yang tak tahu erti malu skrg..

Benarlah seperti sabda Rasulahhah SAW:-

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini,sebab itu mintalah dengan Allah untuk keduanya."(Bukhari)


........................................................

Berbicara soal malu..tahukah kita.. malu termasuk dalam cabang iman..rasa malu pada Allah, pada sesama manusia mahupun pada diri sendiri..

Hadis Abu Hurairah r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.

Kerana ada rasa malu..seorang wanita itu menutup auratnya dengan sempurna kerana khuatir dilihat orang..kerana rasa malu dengan tudung labuh atau songkok yang dipakai..mereka yang berpakaian begini malu untuk buat sstu yang tidak baik..kerana rasa malu pada Allah..seseorang itu menjadi takut untuk membuat maksiat atau dosa sekalipun waktu itu tiada manusia melihatnya..tetapi krn rasa malu pada Allah..maka dia berusha melawan nafsu..

Hadis Imran Bin Husaini r.a

Nabi SAW telah bersabda :Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.

Ya!Sifat malu bisa mendatangkan kebaikan..Namun, apa yang menakutkan sekarang..manusia sudah tidak ada rasa malu..sama ada lelaki..mahupun perempuan..sama sahaja..kerana tiada rasa malu dalam diri..ada yang tidak kisah memakai pakaian yang menjolok mata..kerana tiada rasa malu, ramai yang tidak kisah memaparkan gambar yang tidak menutup aurat pada umum..mahupun meletak gambar dengan reaksi wajah yang entah apa-apa dan mengaibkan di dalam facebook.. kerana tiada rasa malu..manusia tidak kisah berpeluk-pelukan..berpegangan tangan..melakukan adegan tidak sepatutnya di depan khalayak umum.. kerana tiada rasa malu manusia tidak kisah meletak gambar dengan bukan muhrim yang terang-terangan satu dosa.. ya!kita menyebarkan aib kita sendiri..kita yang membuka aib kita kepada umum..apakah kita termasuk dalam golongan yang tak tahu malu??

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Subhanallah, betapa pentingnya untuk sifat malu itu ada dalam diri kita.. namun..sayang bilamana sifat malu itu kian hilang dalam diri hamba..

hadis riwayat Aisyah ada menyebut ,

"Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin. Apabila ayat hijab turun 'dan ayat diperintahkan melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka".(Abu Dawod)

Tidakkah al-kisah wanita muhajirin ini bisa kita jadikan contoh??setelah turun ayat hijab maka segera mereka melabuhkan tudung mereka..mencarik kain untuk menutup kepala? kerana apa??ya!sudah tentu kerana ia adalah perintah Allah dan kerana adanya rasa malu dalam diri mereka.

Tapi,fenomena ummah Islam yang kita lihat sekarang..betapa ramai yang tahu tentang aurat..tapi,masih megah membukanya..menayangnya kepada umum..tidak segan berpakian ketat..risau dengan liuk tubuh yang mungkin diperhati..tambah dahsyat bilamana suami sendiri tidak pernah tahu untuk menegur isteri yang tidak menutup aurat dengan betul?ditambahkan pula dengan ibu bapa yang juga tidak kisah dengan gaya pakian dan aurat anak-anak ...

Allahuakhbar.. siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini? Aku sendiri hanya mampu menegur yang kadangkala teguran itu berlalu dibawa angin..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Hidup kita di dunia sementara Cuma..sampai masa yang ditakdirkan..kita akan pergi mengadap Ilahi..dan bila sampai waktu itu..kita takkan bisa lari...takkan bisa berganjak walau seminit..kematian itu tidak mengira tua atau muda..dalam keadaan sakit atau tidak sakit...sampai masa ia datang..maka pergilah kita menghadap-Nya..perbanykkanlah mengingati Allah..bila kita ingat Allah..kita akan rasa dekat dengan Allah..kita akan rasa takut dengan Allah..rasa takut itulah yang melindung kita dari berbuat maksiat dan dosa sesuka hati..dari melanggar perintah Allah..yang membuat kita rasa malu pada Allah..

Peringatan ini..aku dahulukan untuk diriku..untuk ahli keluargaku..dan seterusnya untuk saudara-saudara seislamku..jika benar kamu mengaku kamu ORANG ISLAM..semoga MALU itu ada dalam diri kamu..

Rasulullah saw bersabda:
"Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam

WAALAHUALAM..SETIAP KATA-KATA ADALAH DENGAN IZIN ALLAH..

Monday, December 5, 2011

BERTUAHNYA WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum semua..bagaimana dengan iman kalian hari ini?semoga semakin bertambah iman dalam melayari hidup hari demi hari..

Tak sedap rasanya hati penulis bila lama tak menulis..membiarkan ‘BICARA HATI WANITA’ ini sepi tanpa suara dari pena..mungkin memang kerana penulis sendiri suka menulis dan teringin untuk menjadi seorang penulis..kalian doakan ya..

Hati teringat pada dua orang kakak yang sedang mengandung tujuh bulan sewaktu sama-sama mengikuti kursus intervensi tambah opsyen di UM..cekal betul mereka berdua..belajar dalam keadaan diri yang masing-masing sedang sarat..namun,diri masih bisa petah membentang di hadapan..kadang-kadang hati turut terasa sayu melihat mereka seakan letih bila berjalan jauh..dan melihat kerut di wajah..mungkin kerana menahan rasa sakit..

Suka betul penulis bila berpeluang memegang perut akak berdua ni..memberi salam kepada anak yang dalam kandungan dan merasa pergerakan..

“Assalamualaikm baby..jangan nakal-nakal ye..nanti, tolong umi waktu lahir..biar mudah bersalin..”

Emmm...Bertuah betul ibu-ibu yang mengandung ni kan..kenapa bertuah?Insyaallah..penulis berminat untuk berkongsi dengan kalian..kenapa bertuahnya ibu yang mengandung..

1.Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

Subhanaallah..besar sungguh pahalanya bukan?spt orang yang berjihad..sekalipun mungkin seorang wanita itu tak bisa menghunus pedang..atau keluar untuk menegakkan agama Allah..namun, dengan melahirkan zuriat suami..umat Muhammad..maka ia mendapat pahala seperti berjihad pada jalan Allah..

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Bertuah betul ibu yang mengandung bukan?ada Malaikat yang memohon ampun untuk mereka..

3. Tahukah kita..rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Ya Allah..bertuah betul wanita mengandung. Untuk wanita-wanita yang sedang hamil sekarang dan insyaallah untuk yang bakal hamil..jadikan ini sebagai kekuatan untuk kita melaksanakan perintah Allah dalam mengerjakan solat..jangan kerana keadaan atau rasa sakit maka kita terus meninggalkannya..fikirkan,bertuahnya anak dalam kandungan andai punya ibu yang sabar dalam melaksanakan perintah Allah dalam keadaan diri yang hamil dan sedang sarat..

4. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

5. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

6. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji

8. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

....................................................................................

Bertuah!memang bertuah ibu-ibu yang mengandung. Tidak hairanlah sewaktu mereka ingin melahirkan..sakit mereka sebegitu dan dikatakan orang, nyawa orang yang hendak bersalin seperti di hujung tanduk..kerana saat mereka melahirkan itu..gugur bersama dosa-dosa mereka..dan kerana Allah ingin memberi pahala berlipat ganda kepada mereka..

Teringat pada mak penulis yang kini berumur 49tahun..yang telah selamat melahirkan 10orang anak..6putera dan 4puteri..10 orang anak bermakna 10 ragam bersalin..Penulis masih ingat bila mak menceritakan pengalamannya yang pernah lekat uri sewaktu mengandung anak ke-8..hampir dibedah sewaktu nak melahirkan anak ke-9..menelan telur ayam kampung sewaktu mengandung anak ke-6 kerana anak keluar masuk..keluar masuk..tinggal di wad berhari-hari kerana anak tak nak keluar..macam-macam cerita..macam-macam pengalaman..tapi,mungkin itu kerana Allah nak beri pahala kepada mereka yang mengandung..

p/s: Kepada mereka-mereka yang mengandung terutamanya yang penulis kenal..sahabat-sahabat..dan rakan sekerja terutamanya..penulis doakan semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..sabar dan tabah melalui dugaan orang mengandung..dan jaga diri kalian baik-baik..^_^..

UNTUK SAMA-SAMA KITA BERFIKIR..

Bagaimana pula dengan orang yang mengandung kerana berzina yek?Yang seterusnya membuang dan mencampak anak tak kira di mana-mana?Apakah mereka mendapat pahala dan dosa-dosa mereka juga gugur seperti mereka yang mengandung secara halal??

Emm..mungkin..itulah sebabnya mereka tak kisah untuk membuang darah daging mereka sendiri..mungkin juga kerana itu..kebiasaanya golongan ini kita rasakan mudah bersalin..boleh memotong tali pusat sendiri?boleh mengeluarkan uri sendiri?mereka tak bisa merasakan nikmat sebenar melahirkan anak hingga mereka sanggup membuang anak yang tidak bersalah kerana cara mereka mendapatkan anak itu juga dengan cara yang berdosa..Nauzibillahiminzalik..

Bagaimana cara untuk menangani masalah sosial ini??

Tiada lain melainkan dengan melaksanakan hukum Allah..

Sekian dari penulis..

“Semoga akhirnya Islam benar-benar tertegak di negaraku..”

Friday, November 11, 2011

SYMP??


Masa yang berlalu terasa begitu cepat..siang dan malam yang bertukar silih berganti bagai tidak terasa..inilah percaturan Tuhan..dijadikan siang itu untuk manusia bekerja..mencari nafkah..dan waktu malam itu untuk berehat..dan ada juga diperuntukkan sebahagian malam itu untuk beribadah pada-Nya..Maha Suci Allah yang mengatur segala yang dilangit dan di bumi..kerana DIA kita hidup dan kerana DIA juga kita mati..

Sedar tidak sedar cuma tinggal satu minggu sahaja lagi ana dan peserta-peserta PITO yang lain berada di UM..taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil BPG semalam mencetus idea penulis untuk berbicara soal ini...SYMP..

SYMP??

Apa itu SYMP?

Ana juga baru semalam mendengarnya..

SYMP ialah singkatan dari ayat SAYA YANG MENURUT PERINTAH..

Ana percaya..kalian pasti biasa mendengar kalimat ini..biasa dituturkan di mana-mana terutamanya dari mulut mereka-mereka yang bergelar pekerja..

Ayat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'..menunjukkan nilai ketaatan..boleh jadi ketaatan seorang pekerja kepada majikannya..atau boleh juga menggambarkan ketaatan anak kepada ibu bapanya..

Berbicara soal ketaatan kepada makhluk sama da soal tugas,arahan atau perintah terhadap sesuatu..maka apa yang harus kita ketahui ialah perintah itu semestinya tidak melanggar perintah yang lebih utama iaitu perintah Allah SWT..

Sekalipun di dalam Al-Quran banyak diterangkan soal ketaatan kepada ibu bapa tetapi bilamana perintah itu bersalahan dari segi syarak maka arahan itu boleh untuk tidak diikut..dan dipatuhi..contohnya,sekiranya terdapat ibu atau bapa yang melarang anak dari memakai tudung maka adalah menjadi tanggungjawab si anak untuk mematuhi perintah Allah dan tidak menuruti perintah ibu bapanya yang terang2 bersalahan dari segi Islam..demikianlah bagaimana Islam mengatur kehidupan manusia..

Teringat kisah seorang hamba Allah yang memeluk Islam tetapi tidak disukai oleh ibunya..Bermati-matian si ibu memujuk si anak agar keluar dari Islam namun si anak tetap berkeras dan berusaha mempertahankan aqidahnya..demikianlah iman para sahabat satu masa dulu..

Namun,melihat pada dunia realiti kini..betapa ramai manusia yang kuat dalam mempertahankan aqidah?betapa ramai umat yang sanggup bermatian-matian kerana ingin menuruti perintah Allah dan menjaga hak-Nya?Manusia hari ini lebih ramai yang menjadi hamba kepada hamba..menjadi hamba kepada wang dan nafsu..kerana bertuankan kepada semua inilah..maka perintah Allah dilupakan serta-merta..kerana ingin menjaga hati client,ada yang sanggup meneguk arak kerana khuatir kehilangan pelanggan..kerana ingin mendapat wang lebih, ada yang sanggup menerima rasuah,memberi makan anak isteri dengan wang haram..kerana khuatir kehilangan pekerjaan,ada yang sanggup menanggalkan tudung,meninggalkan perintah Allah agar menutup aurat..dimana nilai ketaatan yang sewajarnya kita pegang???

YA!Ketaatan itu perlu..ketaatan rakyat kepada pemimpin..ketaatan pekerja kepada majikannya..ketaatan si anak kepada ibu bapanya..tapi,ingatlah..tiada ketaatan yang lebih utama dari ketaatan kita kepada Allah..taatlah kepada mereka-mereka yang berkenaan selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan sesuatu yang bersalahan dan melanggar syariat Islam..tapi,bilamana apa yang diperintahkan itu melanggar perintah Allah..maka kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah dan turuti apa yang Tuhanmu telah perintahkan..Sesungguhnya sesiapa yang menjaga hak Allah..maka Allah akan menjaga haknya..insyaallah..

waallahualam..




Tuesday, October 18, 2011

MENGAJAR TANPA ILMU??


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog 'BICARA HATI WANITA'..Semoga kalian sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera..semoga dengan nikmat sihat itu maka kita bisa beribadah pada-Nya..

Alhamdulillah...sedar tidak sedar sudah masuk minggu ke-2 ana berada di Universiti Malaya bagi mengikuti Kursus Intervensi Tambah Opsyen(PITO) dengan menambah opsyen Bahasa Melayu..Program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang merupakan salah satu projek dibawah NKRA dalam meningkatkan kualiti guru ini, ternyata tidak sia-sia..program ini telah dibuka kepada guru-guru yang mengambil kos sains dan matematik sewaktu di IPT yang tidak dapat mengajar bidang sendiri untuk menambah opsyen lain sebagai opsyen tambahan sama ada Sejarah, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup atau Pendidikan Seni dan Geografi..

Sebagai perintis program ini, pandangan penulis sendiri.. peserta-peserta PITO cukup bersemangat untuk mengikuti kursus selama 3bulan ini..sekalipun,ada dikalangan peserta dalam keadaan mengandung dan terpaksa berjauhan dengan suami,isteri dan anak-anak..namun,semangat yang terpapar di wajah mereka..jelas menggambarkan mereka sanggup berkorban demi mendapatkan ilmu..

Mengapa agaknya guru-guru ini cukup bersemangat demi mendapatkan ilmu??

Ya!Kerana ilmu adalah pelita hidup..Betapa banyak firman-firman Allah yang membicarakan soal ilmu..darjat atau perbezaan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu dan pelbagai lagi berkaitan ilmu..semua ini sudah cukup untuk menjadi bukti pentingnya kita menuntut ilmu..

Berbicara soal ilmu..kita pasti pernah mendengar pepatah ini..

’ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TANPA BUAH’..

namun,hari ini ana tidak akan membicarakan soal ini..tetapi..ana berminat untuk mengupas tajuk

’MENGAJAR TANPA ILMU’..

Melihat pada diri sendiri..sebagai seorang guru yang masih setahun jagung..mengambil kos sains major biologi di upsi dan diberi tanggungjawab mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 1 ..terasa kekurangan pada diri bila mengajar pelajar..mungkin pandangan masyarakat mengajar Bahasa Melayu itu mudah..tapi,bagi ana..mengajar dalam keadaan kita bukan orang yang benar-benar pakar atau punya ilmu dalam bidang tersebut ..maka ia adalah suatu kekurangan yang harus ditampung kembali kekurangan itu..dan kadang-kadang timbul rasa sedih pada diri bilamana tidak mampu menjawab soalan pelajar dengan ilmu atau mungkin kita sendiri kekurangan pengetahuan dalam teknik mengajar Bahasa Melayu yang terbaik..

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..walaupun pada awalnya,agak terkejut bila dikehendaki mengisi borang PITO kerana ada urusan peribadi yang hendak diselesaikan..khuatir dapat terlalu jauh..namun,tidaklah pula ana berdoa agar ana tidak dapat PITO ini..ana hanya berdoa Allah menentukan yang terbaik..alhamdulillah..ini pilihan yang terbaik Allah beri pada ana..berpeluang menambah opsyen Bahasa Melayu dan Allah tempatkan di UM..yang ana rasa tidaklah terlalu jauh..terima kasih atas percaturan-Mu ya Allah..

Berbalik soal mengajar tanpa ilmu..sememangnya tersangat pelik bilamana kita mengajar orang lain apa yang kita sendiri tidak tahu atau kurang arif..Ilmu itu bukan boleh direka-direka..ia sesuatu yang harus dituntut..harus punya guru..

ILMU TANPA AMAL SIA-SIA..AMAL TANPA ILMU ITU GILA ATAU SESAT..

Analoginya di sini cukup mudah..andaikan ada seorang hamba Allah yang mahu mengerjakan solat..tetapi dia tidak tahu bahwa hendak solat itu harus berwuduk..maka hamba Allah itu pun solatlah tanpa berwuduk..maka apakah hukum solat tersebut??

Jawapannya:tidak sah..

Contoh kedua..andaikan ada seorang lagi hamba Allah mengerjakan solat..dia telah bergerak lebih dari tiga kali..hamba Allah tersebut tidak tahu bahu gerak tiga kali itu boleh membatalkan solat..maka tanpa dia sedar solatnya sebenarnya telah terbatal..

Walaubagaimanapun..bilamana kita bercakap soal agama..ada kemaafan bagi mereka yang jahil..namun kita dituntut untuk mendalami dan mencari ilmu..berbeza bilamana kita mengajar atau menyampaikan ilmu berkaitan pengajaran kepada pelajar..

Andai seorang guru itu tidak punya ilmu untuk mengajar..tetapi dia tetap mengajar..dan ternyata dia telah tersalah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar..maka terlalu besarlah kesannya kepada pelajar..

Benar..mengajar itu satu amanah..dan ana percaya..sekalipun guru-guru perlu mengajar bidang yang bukan bidang kepakaran sendiri..tapi kerana ada rasa tanggungjawab..guru-guru ini sendiri yang akan membuat rujukan..kajian..bertanya kepada yang pakar dan belajar sendiri apa yang diajar agar tidak mengajar ilmu yang salah kepada pelajar..Benar bukan??Kerana apa??

KERANA TIDAK MUNGKIN KITA BISA MENGAJAR ANDAI TANPA ILMU..

DAN MEREKA YANG BERILMU..AKAN SENTIASA INGIN UNTUK MENAMBAH ILMU..

Sebagai akhirnya..

Peringatan kepada diri sendiri dan guru-guru diluar sana yang perlu mengajar bidang yang bukan opsyen..ayuhlah kita sama-sama mendalami bidang yang kurang kita mahir itu..semoga dengan keikhlasan hati kita menerima tanggungjawab dan amanah ini maka ada ganjarannya di sana..insyaallah...

LOVE BEING A TEACHER..

Friday, September 23, 2011

USTAZAH PILIHAN??


Kehidupan sebagai guru..berjalan seperti biase..ramai betul guru-guru SMKSA2 yang memakai baju berwarna ungu hari ini termasuklah aku..seorang kakak tiba-tiba menghampiri aku dari belakang..memegang bahuku..dia juga berbaju ungu pada hari itu..

"Kenapa Umira dan Syahida taknak masuk program ustazah pilihan??"tiba-tiba akak terfikir kenapa tak korang berdua masuk program tu.."akak itu meneruskan bicaranya..

Aku sekadar tersenyum..tiada apa yang hendak kukatakan..

Menyertai program"Ustazah Pilihan"??

Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyertainya..aku tahu tentang program itu..tetapi sewaktu melihat iklannya di dalam tv..tidaklah pula terlintas di dalam hati untuk menyertai program tersebut..malahan, waktu itu aku terfikir..apakah ada yang ingin menyertai program ini??apakah ada ustazah-ustazah di luar sana yang mahu menyertainya??dari satu aspek..jika kita lihat secara positif..ya!program ini mungkin mampu untuk mengalih pemikiran remaja di luar sana untuk menjadikan ustazah-ustazah ini sebagai ikon..secara tidak langsung mungkin melalui program ini kita dapat memupuk dan mendidik anak-anak remaja dengan unsur-unsur agama yang diterapkan di dalam program ini..sepertimana berjayanya program'Imam Muda' yang kini telah berlalu dengan siri ke2..

Aku menyokong andai ada yang berani untuk ke hadapan..tapi,pandangan peribadiku..aku tidak akan menyertai pertandingan ini..selain merasakan diri tidak layak..aku punya pandangan lain berkaitan hal ini..bagi seorang lelaki..untuk menonjolkan diri ke hadapan itu mungkin tiada masalah..tapi,berbeza bagi seorang perempuan yang dianugerahkan dengan rasa malu..Bagiku..ustazah pilihan mahupun seorang muslimah itu takkan ke hadapan menonjolkan diri..takkan suka untuk diperhati..takkan teringin untuk dikenali..sikap malunya pasti mengatasi segala-galanya..rasa malu pada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri..pada masyarakat mahupun pada diri sendiri..selain khuatir menjadi fitnah kepada lelaki..Bukankah di dalam hadis ada menyebut tentang ini..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Teringat tazkirah ustaz pagi tadi..sedangkan dengan memandang sudah dikira fitnah..inikah pula jika wajah kita ditatapi..gerak kita diperhati..suara kita didengari..benar..wanita itu aurat..padanya ada sesuatu..syaitan sentiasa siap sedia mengaburi mata lelaki yang memandang raut wajah seorang wanita..moga Allah melindungi diriku dari menjadi panah-panah syaitan..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Bicaraku hari ini..hanya sekadar pandangan peribadiku..andai aku diberi pilihan untuk menyertai program ini..maka aku memilih untuk tidak menyertai kerana rasa maluku sendiri..berkaitan program ini..aku tidak punya hak untuk menilainya..kerana bagiku..Allah tidak lihat kita dari luaran kita...tapi dari hati kita..apa yang kita niatkan..andai niat penganjur itu baik..niat para peserta juga baik..maka Allah sendiri yang akan menjaga program ini dari fitnah yang mungkin hadir..dan kebaikanlah yang akan kita peroleh..tapi,andai niatnya tidak benar..maka yang tidak benar..dan tidak baik itu juga yang akan dirasai..waallahualam..

-Hanya kepada Allah aku memohon keampunan atas kata-kataku yang salah..-

Monday, September 12, 2011

Dekatkan Aku Dengan-Mu ya Allah..


Lame rasenye hamba Allah ini tidak menulis..bukan tiada ape2 yang hendak diperkatakan..tapi,kadang2 tertangguh2 untuk berbicara tentang sesuatu..perasaan tika ini..mahu semakin dekat dengan Allah..persaan tika ini..merasa takut andai jauh dengan Allah..ya Allah..aku mahu semakin dengan Engkau..maka dekatlah aku dengan-Mu ya Allah..sesungguhnya tiada tempat untuk aku meluah rasa..mengadu segala..memohon semuanya..melainkan hanya pada-Mu kerana hanya Engkau yang kudamba..

aku perlukan Engkau dalam hidupku ya Allah..aku perlukan nikmat iman dan Islam ini dalam aku meneruskan hidupku di dunia yang tidak kekal ini..untuk akhirat yang abadi..aku perlukan solat dan mengerjakan ibadah lain untuk kekuatanku..benar!Allah tidak akan rugi..tidak akan terkesan bilamana kita lalai pdanya..bilamana kita engkar melaksanakan perintahnya..tapi,kitalah yang rugi..dan kita jugalah yang merasa kekurangan..

Anugerahkan aku hati yang sentiasa berzikir mengingatimu ya Allah..hati yang ingat pada Mu setiap denyut nafasku..

zikir itu akan tetap ade..dan akan sebati dalam hati..geraknya pada hujung lidah sebelah kanan..saat itu..telinga,mata dan semuanya takkan hanya melihat dan mendengar yang luar..tetapi juga yang di dalam..Subhanaallah..walhamdulillah..walaailahaillallah..allahuakhbar..

Wednesday, August 24, 2011

Berbicara soal mereka..

Setiap kali melihat wajah pelajar-pelajar..aku melihat mereka seperti anak-anakku sendiri..atau paling kurang seperti adikku..ya!Majoriri pelajar-pelajarku..pelajar Tingkatan 1..aku mengajar mereka Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam..mereka sebaya dengan adik lelakiku..musmualim yang kini belajar di SBPI Pekan..dah lame sangat aku tak melihat adikkku itu..rindu rasenye hati ni..semoga dia masih begitu..sesuai dengan namanya..musmualim..

..................................................................................................................

Kehidupan sebagai seorang guru..memang banyak ranjaunya..tapi,benar..bila kita minat akan sesuatu..walau kadang kala kite perlu berhempas pulas..bersusah payah..semua itu bagai tidak terasa kerana kita tahu ia adalah amanah dan tanggungjawab kita..dan seharusnya kita ikhlas melakukannya..tanpa sebarang rungutan..(ya Allah..jadikan aku guru yang begitu..)

Setiap kali masuk ke kelas..aku suka membuka minda pelajar-pelajarku..masakan tidak..anak-anak muridku baru 13tahun..sifat kebudak-budakkan mereka sangat terserlah..suka bercakap..berlari-lari..berkejar-kejar..bergurau-gurau dan tak kurang juga yang suka bergaduh..pantang dicuit..cepat betul mereka melenting..masing-masing nak tunjuk belang masing-masing..ya!mereka masih belum matang..mungkin itu ayat yang paling sesuai untuk aku melembutkan hatiku..yang akhirnya..buat aku tersenyum kembali..dan aku tak jadi nak marah..

............................................................................................................

"Kelas..cuba kamu jadi matang sikit.."

hmm..nilah ayat yang paling suke kusebut..nak suruh anak-anak muridku supaya matang..tidak keanak-anakkan..

"Kamu tahu tak..Orang yang matang..tindakan dia..kata-kata dia..semua menunjukkan dia matang..hmm...ada seorang anak murid cikgu yang cikgu rase dia agak matang berbanding yang lain.."

"Faizal kan cikgu?"beberapa orang pelajar tingkatan 1D menjawab..

"hmmm..Mohd Faizal Bin Hassan..

"Bagi cikgu..dia agak matang berbanding pelajar-pelajar lain.."

"Siapa Mohd Faizal Bin Hassan??

Dia ni ketua kelas Tingkatan 1rk2..dan aku pula guru kelasnya..seorang pelajar yang tak banyak bercakap..sangat-sangat pemalu untuk ke depan..antara pelajar yang cerdik di dalam kelas..sukakan agama...dan ada sifat ketegasan dan keberanian dalam diri dia yang kulihat..walaupun dari segi kepimpinan kelas mungkin ada kelemahan..tak menagapa..dia masih belajar..

..................................................................................................................

Kuingin berkongsi cerita tentang sorang lagi anak muridku..Khairul namanya..Tingkatan 1D..dia pelajar yang cepat dapat bagiku..walaupun dalam kelas..dia selalu main-main..hari tu..bila aku puji dia dalam kelas dia tersipu-sipu malu..tapi,ada satu sifat dia yang harus kita fahami..iaitu panas baran..ya!dia seorang yang panas baran..dari kisah yang kudengar..waktu sek rendah dulu..dia pernah baling kerusi bila mengamuk..tapi hatinya baik..kwn2 sekelas dia sume cakap dia baik..cuma tulah..kita kena faham perangai dia..2hari yang lalu..dia bergaduh dengan seorang lagi pelajar..walaupun keudanya duduk berjauhan..tapi masing-masing kita boleh lihat dengan jelas sedang manahan rasa marah..untuk meredakan perasaan mereka..aku menyuruh pelajar yang seorang lagi senyum..pelajar tersebut senyum..kemudian..aku suruh pula anak muridku khairul ini senyum..tahukah kamu jawapan dia.."Isk..suruh senyum pulak dia ni.."(dengan nada marah..)"takpelah..khairul tak nak senyum takpe.."aku menjawab dengan nada lembut..aku cukup faham dengan fiilnya yang panas baran dan akan bad mood itu..keesokan harinya..dia ok semula denganku..hmm..mmg mereka masih budak2..

................................................................................................................

Menjadi seorang guru..memerlukan aku untuk melayan pelbagai kerenah pelajar..hingga kadang kala..tak terlayan oleh kita..apapun, insyaallah..aku suka dengan suasana begini..kehidupan dengan pelajar-pelajarku..kalau tidak kerana adanya pelajar..masakan ada guru??

Insyaallah..aku sukakan kerjaya ini..dan semoga aku terus menyukainya..menjadi seorang guru dan ustazah lillahitaala..permudahkan aku ya Allah..

LOVE TO BE A TEACHER


Friday, August 19, 2011

Jangan pergi duhai Ramadhan..


Ketika jari laju menaip saat ini..tak tahu kenapa..ada rasa sayu dalam hatiku..ya Allah..hari ini sudah 19Ramadhan..betapa cepatnya masa berlalu...rasanya baru semalam aku bangun sahur buat kali pertama..tapi,kini Ramadhan sudah melangkah ke 10malam yang terakhir..malam yang dikatakan di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar...


Ya Allah..hati tertanya-tanya pada diri akan amalanku sehingga 19hari ini..puasa ini..apakah aku benar-benar berpuasa..tingkat manakah amal puasaku??Teringat kata-kata imam Al-Ghazali..dimana menurut beliau tingkat orang yang berpuasa itu boleh dibahagikan kepada 3..yang pertama..puasa umum..iaitu puasa kebanyakan orang..orang yang berpuasa dalam erti kata tidak makan dan tidak minum dan berpuasa dari melakukan persetubuhan..tingkat yang ke-2 iaitu tingkat puasa khusus iaitu puasa bagi orang yang menjaga makan dan minum..dari bersetubuh dan yang menjaga anggota badannya..matanya..lidahnya..telinganya dari melakukan maksiat dan dosa..dan yang tertinggi iaitu tingkat puasa khusus al-khusus iaitu puasa bagi mereka yang tidak makan dan tidak minum..tidak bersetubuh di siang hari..menjaga anggota badan dan pancaindera dari melakukan yang haram serta orang yang menjaga kesucian zahir dan batin..inilah puasa rasul-rasul dan nabi-nabi dan ahli ibadah..

Maha suci Engkau ya Allah..entah dimana agaknya tingkat puasaku..apakah aku meletakkan Allah yang teratas dalam setiap tutur kata,tingkah laku mahupun apa yang terterbit dalam hati..sungguh..ada rasa malu yang tidak terungkap dalam diri ini..rasa malu jika ada tingkah yang atau bicara yang tidak terjaga dalam sedar..ampuni aku atas setiap khilafku ya Allah..aku hambamu yang lemah lagi hina..

......................................................

Slot pembangunan insan hari ini cukup mengusik hatiku..roomate tersayang membicarakan soal rahmat Allah..ya!rahmat Allah itu ialah belas kasihan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya..sedarkah kita betapa banyaknya rahmat Allah kepada kita?Sungguh...Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Teringat kata-kata ustaz..rahmat Allah itu banyak tetapi ada manusia yang rahmat Allah itu terhalang dari sampai kepadanya iaitu mereka yang melakukan maksiat dan dosa dan anak yang derhaka kepada ibu bapa..nauzubillahiminzalik..ya Allah lindungi kami dan janganlah jauhkan kami dari mendapat rahmatmu ya Allah..

benar kata roomateku yang tersayang..andai tidak kerana rahmat Allah kita takkan mampu untuk menjadi wanita yang menutup aurat..andai tidak kerana rahmat Allah..hati takkan terusik saat diri melakukan sesuatu yang salah..hanya dengan rahmat Allah..kita bisa merasa nikmat iman dan islam..kita bisa beribadah..segala-galanya adalah atas rahmat Allah..

Subhanaallah..walhamdulillah..walailahailaaallah..allahuakhbar..Maha Suci Engkau ya Allah..terima kasih ya Allah atau segala yang Engkau kurniakan padaku..hanya kepada Engkaulah aku serahkan hidup dan matiku...

................................................................................................................

Tika ini..lagu-lagu raya sudah mula berkumandang..lidah kadang kala mengikut rentak..tapi,hakikatnya hatiku tidak rela untuk Ramadhan itu pergi..ada rasa sayu yang tidak terungkap..mungkin begitulah juga perasaaan saudara-saudara kita yang di dalam kubur..saat Ramadhan berada di penghujung kerna itu bermakna diri harus akur untuk melalui azab kubur kembali..Lindungi saudara-saudaraku yang sudah meninggal juga ya Allah..tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman..ampuni aku..kami yang hidup..dan juga saudara2 kami yang sudah meninggal dunia..

Firman Allah di dalam Surah Al-Qadr menerangkan dengan jelas tentang malam lailatul qadar..
Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadar)

Tahukah kamu apa itu malam kemuliaan?(malam lailatul qadar)

Malam kemuliaan(lailatul qadar) itu lebih baik dari 1000bulan.

Pada malam itu telah turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan..

Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar..

....................................................................................................................

Saudara-saudaraku, malam lailatul qadar ini tidak ada pada bulan-bulan yang lain..malam lailatul qadar ini hanya ada pada bulan Ramadhan..sesetengah pendapat dan jumhur ulama mengatakan malam lailatulqadar ini berlaku antara 10malam yang terakhir..dan Rasulallah SAW ada mengatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada malam ganjil..ya!kita tidak tahu masa yang tepat bila tibanya malam lailatul qadar itu..tapi insyaallah saudara-saudaraku..ayuh kita bersama-sama meningkatkan amal pada 10malam terakhir ini..ayuh!kita bersama -sama berusaha mencari malam lailatul qadar..semoga ada rezeki kita bertemu dengan-nya..insyaallah..

ya Allah..limpahkan rahmatmu pada kami..agar kami bisa semakin dekat denganmu terutamanya diakhir-akhir Ramadhan ini ya Allah..izinkan kami bertemu dengan malam lailatul qadar...

Duhai Ramadhan..janganlah terlalu cepat kau berlalu..izinkan kami menikmati hari-harimu dengan penuh kekhusyukkan untuk kami semakin dekat dengan Tuhan kami..ALLAH..



Wednesday, August 10, 2011

BUAH HATIKU YANG KE-2




Assalamualaikum semua..tiada apa yang nak kucoretkan..sekadar berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan hati menatap wajah buah hatiku yang ke-2 iaitu Muhammad Nafis Ihsan..adik kepada Muhammad Hazim Izzafran yang selamat lahir pada 2jun yang lalu..Alhamdulillah..kini aku sudah memiliki dua orang anak saudara..terima kasih ya Allah ats kurniaan ini..dan tahniah juga buat along dan abang long..inilah buat hati umi yang ke-2..comelkan??semoga anak sedara mak ngah Nafis..menjadi hamba Allah yang taat..yang bernilai serupa makna namanya..dan menjadi anak yang soleh..insyaallah..aaminn...

Saturday, August 6, 2011

Ramadhan ini..



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..Tuhan Semesta Alam..kerana DIA aku hidup..dan kerana DIA juga aku mati..

Sedar tidak sedar..hari ini sudah hari ke-6 kita menjalani ibadah puasa..alhamdulillah..syukur pada Allah..kerana memanjangkan umur kita dan kita bisa bertemu lagi dengan bulan Ramadhan..bulan yang penuh keberkatan..bulan dimana didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar..

Meniti hari demi hari di bulan Ramadhan ini..alhamdulillah..dapat menjalani ibadah seperti biasa..impianku tahun ini untuk khatam lagi membaca Al-Quran..semoga diri ini istiqamah..Melihat pada tanggungjawab sebagai guru pula,tidak banyak bezanya seperti hari-hari lalu..tetap berjalan seperti biasa..telatah pelajar yang pelbagai kadang-kadang masih tetap menguji..cuma diri yang harus banyak bersabar dan berusaha untuk menyedarkan mereka..

Tanggungjawab baru yang diamanahkan untukku kali ini ialah mengajar Pendidikan Agama Islam bagi pelajar Tingkatan 1 memandangkan jumlah pelajar yang terlalu ramai dan tenaga pelajar yang tidak mencukupi..Majoriti pelajar yang kuajar dari Tingkatan 1c dan sebahagian kecil dari Tingkatan 1E..

Soalan yang pertama kuajukan kepada pelajar sewaktu hari pertama masuk..

"Siapa yang suka belajar agama??"

Ada yang mengangkat..dan ada yang juga yang tidak..Ada juga yang mengatakan 50-50..

Aku bertanya pada salah seorang pelajar perempuan yang tidak mengangkat tangan..

"Kenapa tak suka belajar agama??"

"Bosan cikgu..benda yang sama saya belajar kat sekolah agama??"

"Berapa markah kamu periksa Agama Islam?Kamu dapat A?

"Tak cikgu.."

"Dah tu??Kenapa kamu cakap macam tu?Seolah-olah kamu dah terlalu pandai belajar agama..Kamu tahu..kenapa kamu tak boleh dapat A..sedangkan apa yang kamu belajar di sekolah agama sama dengan apa yang kamu belajar di sek men??Sebab ada perasaan macam tu dalam hati kamu..kamu tak ikhlas belajar agama..jadi Allah tak izinkan kamu dapat A.."

"Kamu tahu..cikgu juga sekolah agama..sekolah agama rakyat macam kamu..cikgu rasa gembira sek agama dan rasa semangat waktu cikgu belajar dulu..cikgu boleh score pelajaran cikgu untuk kedua-dua sek..apa yang cikgu belajar di sek ren dan men dengan sek agama..tak pernah tak lulus..dah biasanya cikgu dapat nombor 3teratas..

"Kamu tahu kenapa pelajar-pelajar??"

"Sebab nak belajar agama..kamu sendiri kena ada minat untuk belajar agama..kene ada semangat untuk belajar agama..tak kisah sekalipun belajar benda yang sama..apa yang kamu belajar di sek men dan sek agama..kamu kene rasa bersyukur..bukan rasa bosan..dan yang paling penting..kita belajar agama kerana Allah..

Dan lagi satu..cikgu nak ingatkan..terutamanya kepada pelajar lelaki..cikgu tak suke pelajar main-main dan tak serius dalam kelas cikgu..sebab bagi cikgu..belajar agama takde main-main..ada masa kita suka..kita main..insyaallah ada masanya..tapi,bilamana serius..kita kene serius..

..............................................................................................................................

Alhamdulillah..tiga hari aku masuk ke kelas..nampak ada perubahan dalam diri pelajar..mereka nampak lebih bersemangat..semoga Allah membantu aku untuk mengajar ilmu agama ini kerana aku tahu..tanggungjawab itu lebih besar kepada aku sendiri sebagai guru..cuma satu yang aku harapkan dengan mengajar agama ini aku dapat menyumbang sesuatu untuk agamaku..dan saudara-saudara seislamku..disamping aku sendiri..dapat membaiki diri dan menambahkan ilmu..insyaallah..semoga Allah permudahkan..

Tak banyak yang kukongsikan hari ini..lebih kepada perkongsian pengalaman..insyaallah..penulisan seterusnya akan hadir nanti..untuk saudara-sauadara seislamku..bersma-sama kita mempertingkatkan amal ibadah kita pada bulan yang mulia ini..insyaallah..

Sekian,selamat berbuka kepada semua..semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..


USTAZAH UMIRA??
YA ALLAH..LAYAKKAH AKU???

Saturday, July 16, 2011

NISFU SYA'ABAN


Assalamualaikum kepada semua saudara-saudara seislamku...semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..sedar tidak sedar..hari ini sudah 15Syaaban..Hari yang juga digelar Nisfu Syaaban..Hari dimana buku amalan kita akan di bawa ke atas dan diganti dengan buku amalan baru..


Subhanallah..walhamdulillah...walaailaahailallah..allahuakhbar..tiba-tiba hati tertanya-tanya..ttg amalanku selama ini..


ayuh saudara-saudaraku..kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, sabtu malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat (Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x)

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Akhir kata, ayuh saudara-saudara seislamku kita meningkatkan amal ibadah kita..kita membersihkan hati kita..semoga kita bisa mengdapi Ramadhan dengan lebih baik..dgn keimanan dan ketaqwaan..


~SaBaR mEnANtI rAmAdhan.....~

Tuesday, July 5, 2011

ERTI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR..

Mendengar berita terbaru dari teman-teman..terpancar perasaan yang berbunga dari hati mereka..kebahagiaan seorang isteri bagi mereka yang baru bernikah..kebahagiaan seorang bakal ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin..mahupun kebahagiaan hati seorang teman yang kini sudah bergelar ibu..sibuk melayani si kecil yang mencuit hati..

Maha Suci Allah..yang mentaqdirkan setiap yang berlaku pada setiap hamba-Nya..Hanya kepada DIALAH..diserahkan hidup dan mati kita..

Berbicara soal kebahagiaan hidup..semestinya setiap dari kita mendamba kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..Bukankah kita telah diajar untuk melafazkan doa ini setiap kali solat?

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"

Maksudnya :"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

Surah Al Baqoroh : 201.

................................................................................................

Pelbagai cara manusia cuba mendapatkan kebahagiaan..ada yang berusaha untuk menjadi kaya..kerana merasakan bahagia itu dengan punya harta berjuta-juta..ada yang merasakan bahagia itu bile kite bisa bersama suami atau isteri mahupun anak-anak yang tersayang..ada pula yang merasakan bahagia itu..bilamana kita bisa bersama keluarga..mahupun bersama insan yang disayangi..atau dengan mengecap kejayaan..tidak kurang pula ada yang merasa bahagia kerana bisa mendapat apa yang diidamkan..

ya!benar..itu juga kebahagiaan..kebahagiaan hidup di dunia yang seharusnya kita syukuri..kerana ia juga salah satu nikmat yang Tuhan beri pada kita..

Tapi..alangkah indahnya..andai kebahagiaan dunia itu bisa memacu kita untuk mengecap kebahagiaan di akhirat..

Alangkah bahagiaanya..andai kebahagiaan bersama suami atau isteri dan anak-anak itu bisa membawa kita untuk semakin dekat dengan Allah..yang bisa membawa kita kepada kebahagiaan di alam akhirat kerana menyedari akan amanah ini..

Alangkah bahagianya..andai harta yang dimiliki bisa membawa kita untuk mengecap kebahagiaan akhirat dengan sedekah amal jariah yang ikhlas tanpa mengharapkan sanjungan dan pujian..

Alangkah bahagianya..andai kebahagiaan yang Tuhan beri dengan kejayaan itu bisa menjadikan kita hambanya yang bersyukur..yang juga bisa memberi kebahagiaan untuk diri di akhirat nanti..

Kebahagiaan sebenar bukan dilihat pada luaran..tapi,pada hati seseorang..kerana hati..yang bisa merasa bahagia.. dan hati yang bahagia itu semestinya ialah hati yang tenang..hati yang sentiasa berzikir memuji Tuhan-Nya..hati yang sentiasa ingat pada Allah..dalam tidur mahupun jaga..dalam diam mahupun bising..dalam gelap mahupun terang..

Kebahagiaan sebenar juga bukan sekadar di dunia yang sementara..tapi,kebahagiaan dunia yang bisa membawa kebahagiaan akhirat..kebahagiaan yang andai Tuhan menariknya kembali..tetapi hatinya tetap tertaut pada Allah..

Betapa indahnya kebahagiaan yang sebenar..

Ya Allah..kurniakan kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..anugerahkanlah hati kami..kebahagiaan hati..hati yang merasa tenang...hati yang merasa damai..hati yang merasa bahagia..hanya krn mengingati-Mu..dan hati yang tetap bahagia..sekalipun kebahagiaan itu mungkin ditarik sekelip mata..

......................................................................................................................

P/S: Untuk teman-teman yang sudah selamat nikah..umi doakan semoga ikatan suci ini bisa membawa kalian untuk semakin dekat dengan Allah..untuk teman-teman yang menghitung hari untuk bersalin..doa umi semoga Allah mudahkan kalian bersalin..semoga zuriat yang lahir nanti menjadi zuriat yang soleh dan solehah..bagi teman2 yang kini mungkin sibuk melayani si kecil..umi doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian menjaga mereka dan semoga sabarlah hati ibu-ibu ini..

-HANYA KEPADA-NYA KUSERAHKAN HIDUP DAN MATIKU..

Saturday, June 25, 2011

KELAMKAH HATI?TERUBATKAH RINDU?

Petang semalam..Pak Usu ana ambil ana untuk ke rumah saudara kami di Taman Baru Uda..pada mulanya ana tidak tahu apa tujuan kami ke sana..tapi,setelah bertanya..barulah ana tahu yang rupa-rupanya..ada kenduri tahlil dan bacaan Yaasin..

Sesuatu yang buat diri ana rasa bersyukur malam tadi..sebab ana dapat solat di masjid..sebelum sampai di rumah saudara kami tu..rupa-rupanya pukcu singgah di Masjid Jamek Taman Baru Uda..untuk solat Maghrib di sana..melihat masjid dihadapan mata..tambahan keadaan masjid yang tersergam indah dan besar..hati mengucap syukur dan jadi gembira sangat..alhamdulillah..dapat solat di masjid..dah lama sangat tidak ke masjid..keadaan tmpt tinggal yang tidak ada surau dan masjid yang berdekatan tanpa membawa kereta krn keadaan mata yang rabun..agak menekan jiwa..sudah lama tidak ke masjid..dan sudah lama juga hamba Allah ini tidak mendengar pengisian..cuma kadang kala membuka youtube mendengar ceramah 'dan yang paling disukai ialah ceramah 'Ustaz Azhar Idrus'..

Walaupun hanya seketika kerana perlu meneruskan perjalanan untuk tujuan sebenar..tapi,alhamdulillah..ana sempat mendengar sedikit pengisian yang disampaikan oleh ustaz di masjid tadi..ia berkaitan hukum bunuh..ya!Ana masih ingat sewaktu belajar 'Jenayat' di sekolah agama dulu..hukum bunuh salah satu hukum yang ada diterangkan dalam agama kita..agama Islam..ia adalah hukum Allah yang punya hikmahnya yang tersendiri..yang sempat ana dengar tadi, antara yang menyebabkan seseorang boleh dijatuhkan hukum bunuh ialah orang yang membunuh orang lain..anak yang memukul ibu bapa..dan orang yang menceroboh dengan bersenjata..ana tidak sempat mendengar sehingga habis..insyaallah..harus dicari dimana2 pengetahuan tentang ini..

Tetapi hari ini..bukan soal hukum bunuh yang ingin dikongsi..tapi,perihal ke masjid..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Tahukah kita di zaman Rasulallah SAW dulu..semua lelaki berlumba-lumba untuk ke masjid..berlumba-lumba untuk solat berjemaah..tapi,hari ini..kita dapat lihat..betapa kurangnya lelaki solat berjemaah di masjid..masjid-masjid yang tersergam indah dan besar..sepi..tanpa penghuni..hanya beberapa org yang hadir..masjid-masjid hari ini hanya penuh pada hari Jumaat..

Apakah hukum sebenar lelaki ke masjid dan solat berjemaah??

Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila kamu melihat lelaki yang melazimkan berulang-alik ke masjid, maka Islamlah dia (ada iman dalam hatinya). Riwayat dari Abi Sa’id Al-Khudri,

Dalam mazhab Syafie, hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:


Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).

Demikianlah perlunya untuk seseorang lelaki itu solat berjemaah di masjid..Sekalipun, Fardhu Kifayah..tetapi, mengapa tidak kita menuruti perlakuan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang solat di masjid??Bukankah ciri-ciri bagi lelaki soleh itu adalah yang terikat hatinya dengan masjid??Insyaallah..mulai saat ini..kepada kaum Adam..kalian sudah boleh untuk menanam impian untuk rajin ke masjid..

Bagaimana pula dengan kaum Hawa??Apakah hukumnya golongan wanita ke masjid dan solat berjamaah???

Ya!Benar..ada sesetangah pandangan ulama yang mengatakan wanita itu tidak diwajibkan untuk solat berjemaah di masjid malahan ada yang mengatakan makruh kerana boleh mendatangkan fitnah..

Ya!secara peribadi ana setuju..seorang wanita itu lebih baik solat di rumah andai boleh mendatangkan fitnah untuk ke masjid..tetapi,bilamana suasananya selamat dari fitnah..dengan kehadiran mahram contohnya..mengapa tidak kita ke masjid??Bukankah masjid itu tempat utama penyebaran ilmu??apa yang paling penting..ialah kita tahu menjaga perlakuan kita..terutamanya dari segi pakaian..haruslah menutup aurat..harus juga menjaga pandangan mata dan pertuturan..

Insyaallah..kalian boleh membaca dengan lebih terperinci hujah berkaitan ini di dalam man web yang ana sertakan di sini..http://www.kias.edu.my/wnitakemsjid08.htm

Sewaktu di UPSI dulu..masih teringat seorang sahabiah yang sangat rajin ke surau KUO sekalipun dia sebenarnya tinggal di KHAR..Ana cukup mengaguminya kerana kesungguhannya untuk mengejar solat berjemaah..tapi ana..hanya hadir sekali-sekala dan apabila ada ceramah..keadaan bilik yang terletak di bangunan blok lelaki(kerana lebihan pelajar perempuan)..membuat diri ini terasa sangat malu untuk melintasi blok lelaki untuk ke surau..

Tapi sekarang..ana terasa sangat rindu untuk ke masjid..tersangat rindu untuk mendengar pengisian..Cuma sesekali berbicara soal agama dengan roomate tersayang..Kak Syahida..ya!Hati.. bilamana tidak diisi..dia akan semakin kelam..ana tak mahu dan sangat takut hati ini menjadi begitu..ya Allah..lindungi aku..

Kepada yang berpeluang untuk ke masjid..syukuri nikmat itu..ketenangan untuk hadir di rumah Allah..

ya Allah,rindunya..