Tuesday, February 23, 2010

"ADAM!!LINDUNGI MARUAH HAWA.."


Hari tu..seperti biasa aku masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Melati untuk mengajar subjek Sains..Oleh kerana cuma satu masa sahaja maka aku sekadar mengajar di dalam kelas..tidak di makmal..
…………………………………………………………………………………………..
Ok class..today we will continue our lessons for the next subtopic.. which is 3.4.. Mutation..
So..please.. take out your text book now..
Aku turut sama membuka buku teks..
Ok class .. For about 15minutes..I want you to read page 60 until 62 now .. and find out the main point there according to this ..
1) Definition of mutation
2) Types of mutation
3) Consequences of mutation
4) Advantages and disadvantages of mutation
Sedang aku menulis di atas ‘whiteboard’..
tiba-tiba..
Pheweeiitt…
Kedengaragn suara salah seorang pelajar lelaki bersiul kepada beberapa orang pelajar perempuan yang lalu di sebelah kelas mereka..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aku terus menoleh..
“Samad..(bukan nama sebenar)..kamu buat ape tu hah??”Kamu phewit kat sape??aku bersuara keras..
“Takde cikgu..”
……………………………………………………………….
“Hmm..ni yang cikgu tak suka ni..”
“Kamu tahu tak Samad??tak elok tau..kamu buat mcam tu??”
Pelajar lelaki itu terdiam..
“Baiklah ..dengar apa yang cikgu nak cakap ni..”
“kepada anak-anak murid cikgu yang lelaki..bila nampak perempuan lalu..jangan sesekali kamu phewit-phewit anak dara orang tu..kamu tau tak??bila kamu buat mcm tu..kamu sebenarnya sudah menjatuhkan maruah perempuan tersebut..”
“Macam mane plak bleh jatuh maruah plak cikgu??”
“yelah..dia lalu..kamu phewit2..seolah2..dia perempuan yang tidak elok..tak kisahlah..die elok perangai..atau tak elok perangai ke..tapi kamu takde hak untuk buat die macam tu..ia boleh menjatuhkan maruah perempuan tersebut..
Pelajar –pelajar terdiam..
“Baiklah..cikgu nak tanya kamu..
“Kamu ada mak???
“Ada cikgu..”
“Kakak.??
“Takde..”
“Adik perempuan??”
“Ade..”
“Apa perasaan kamu..kalau ada lelaki yang buat mcam tu pada ibu kamu,kakak atau adik perempuan kamu??”
“Kamu suka??”
“Tak cikgu..”
“Bagus!mcm tulah juga bila kamu phewit-phewit pada seorang perempuan yang mungkin kakak atau adik perempuan orang lain..kamu lelaki..kamu sepatutnya melindungi maruah perempuan..bukan menjatuhkan maruah mereka..”
“Lagipun..apa motif sebenar kamu buat mcm tu??..supaya nanti dia pandang kamu?? dan kemudian..biar dia toleh..mesti kamu akan cakap..mereka perasan kan??
Pelajar-pelajar terdiam..mungkin cuba memikirkan apa yang aku katakan..
“Ok class..kamu boleh sambung membaca..cikgu harap..perkara ini takkkan berulang lagi..”
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tanggungjawab aku menegur apa yang patut..tak kisahlah sama ada kesalahan itu dari pelajar lelaki atau pelajar perempuan..tugas aku bukan sekadar menyampaikan ilmu..tapi juga mendidik mereka ..
…………………………………………………………………………………………………………….
Sekarang..kita bukan lagi berada di zaman jahiliyah..zaman dimana maruah wanita tiada harganya..zaman dimana anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup..kita bukan lagi berada di zaman yang mana perempuan dianggap sial dan menjadi symbol seks semata-mata..
Tapi,sekarang adalah zaman dimana martabat wanita diangkat selepas kedatngan Islam..Malahan terdapat banyak firman-firman Allah yang menceritakan tentang kaum Hawa ini..Cuma persoalan disini..ialah..sama ada wanita-wanita zaman sekarang tahu menghargai anugerah yang Allah beri ini..atau mahu kembali seperti zaman Jahiliyah??dan bagi kaum Adam pula..andai kamu benar-benar lelaki..kamu seharusnya tahu akan tanggungjawab kamu melindungi maruah seorang wanita..
Aku ingin berkongsi cerita…
…………………………………………………………………………………………………
Mungkin..sudah kelebihanku..dianugerahkan Allah enam orang adik lelaki..aku begitu tersentuh dengan adik-adik lelakiku yang aku rasakan tahu menjaga maruah dan melindungi kakaknya ini..
Hari itu..aku..adik lelakiku Iqram yang belajar di politeknik dan adik lelakiku Irim yang belajar di UKM..balik bersama dengan menaiki kete..kami singgah sebentar untuk makan..oleh kerana aku kakak..maka semstilah aku yang membelanja..
“Semuanya RM30..”kata pekerja yang mengira..
Aku menghulur RM50..
“Jap ye..saya ambil duit baki..”
Aku menggangguk..
Takpe ke angah tunggu sini??”
“Takpe..irim dan abang masuklah kete dulu..”
Tiba-tiba..adik irimku datang semula..
“Kenapa irim??”
“Yelah..angah sorang-sorang..lambat pulak orang tu pulangkan duit baki..”
Aku tahu..adikku rasa bertanggungjawab menemanku..tambahan restoren itu agak terbuka..dan ramai orang..
Tidak lama kemudian..pekerja itu datang dengan dua keeping not RM10..
“Saya beli ye semua..Terima kasih”
“Ye..saya jual..sama-sama..”
Aku dan adikku menuju ke kete dan meneruskan perjalanan..
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Peristiwa kedua
Satu hari..aku mengikut dua orang adik lelakiku ke cyber café..untuk mengisi borang UPU secara online permohonan adikku yang sedang menunggu result STAMnya..iaitu adikku Asraf yang baru menamatkan pelajarannya di Maahad Johor..Setelah selesai.. kami pulang ke rumah..dalam perjalanan..adik2ku mahu singgah di gelanggang futsal tempat dua orang lagi adik lelakiku bermain futsal..
“Takpelah…korang g lah..tapi,jangan lama..angah duduk dalam kete..”Malu jugak aku kerana disitu semuanya lelaki..memang tak manis aku datang ke situ..”
Tiba-tiba..adik lelaki Hakim datang ke arah kami..”
“Kenapa irim tak hantar angah balik dulu??”Kenapa bawak angah kat tempat ramai lelaki??”suaranya agak keras..
Diantara empat orang adik-adik lelakiku itu..dia yang termuda..Abang-abangnya terdiam..mungkin mereka baru tersedar tak elok kakak mereka dibawa di tempat sebegitu..Terharu aku dengan sikap adikku itu..dia begitu menjaga aku..adikku Hakim belajar di SMKAP..bekas ketua pelajar disekolahnya..sedang menunggu result SPM..aku dan adikku itu memang selalu berbual tentang agama bersama..
“Akim dengan abang naik moto tadi kan??”Takpelah..biar angah naik moto..
jarak dari gelanggang futsal ke rumahku tidak berapa jauh..
“Takpe ke angah balik sorang naik moto??”
“Takpe..insyaallah..boleh..” Taknak pulak aku menggangu adik-adikku bermain..biasalah..adik-adik lelaki..memang kuat bermain sikit..lagipun rumahku dekat aje dari situ..
Aku pun terus pulang ke rumah dan memberitahu ibuku yang adik2 yang lain main futsal..mereka balik lambat sikit..
Pembaca yang dirahmati Allah,
Ana menceritakan kisah ini bukanlah untuk memberitahu kalian akan perihal adik-adik lelaki ana..yang ana rasakan bisa melindungi kakaknya..ana percaya andai kalian punya abang atau adik lelaki..atau kalian sendiri adalah seorang abang,atau adik lelaki yang punya adik perempuan..kalian akan bertingkah yang sama..
Ana mahu menyeru kepada semua..terutamanya kaum Adam..LINDUNGILAH MARUAH WANITA..Sepertimana kamu menjaga ibu,kakak atau adik2 perempuanmu..maka jagalah juga maruah wanita-wanita di luar sana..jangan sesekali kamu melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan dan mencemarkan maruah dan harga diri seorang wanita..
Tahukah kalian..betapa kurangnya ar-rijal yang bisa melindungi maruah seorang wanita ketika ini??Sedangkan tika dulu..andai sesuatu berlaku pada seseorang wanita..semua lelaki terus bangkit membela..Tapi kini..
Sama-samalah kita fikirkan…

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’:34 yang bermaksud

Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan,kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya……

No comments: