Setiap orang punya perangai dan kelakuannya yang tersendiri..perangai dan kelakuan inilah yang mencerminkan akhlak seseorang..kerana apa yang dikatakan dengan akhlak itu ialah sesuatu yang dilakukan dengan spontan kerana sememangnya apa yang dilakukan itu adalah dari dirinya..dan hatinya..
Adalah amat penting untuk kita memahami perangai dan sifat diri kita sendiri..kerana hakikatnya hanya diri kita yang benar-benar faham dengan perangai kita dan orang yang bijak itu ialah mereka yang benar-benar mengenali dirinya..dia tahu kebaikan dan kelebihan dirinya dan dia juga tahu keburukan dan kelemahan dirinya..
Bagi mereka-mereka yang mengenal diri dan sifat sendiri..maka wajarlah untuk dia melatih dan mengubah sifat yang tidak baik itu sedikit demi sedikit..demikianlah bagaimana kita bisa membentuk akhlak yang baik dalam diri kita.. ……………………………………………………………………………………
“Umi..Habis semua orang saya mengamuk tadi..”
“Mengamuk??Laaa..kenapa pulak awak mengamuk??”
“ Takdelah..roomate sy buat saya marah..habislah satu rumah kene dengan saya…”
Aku tersenyum..kerna sudah cukup faham dengan perangai sahabatku itu..
“ Takpelah..saya tahu awak marah sekejap je..nanti..mintak maaf semula kat mereka ye..”
“Entahlah umi..saya pun tak tahu saya ni menurun sape..asyik nak mengamuk aje..”
“Haah!awk menurun sape yek??”aku tersenyum memandang sahabatku..Dekat saya..tak pernah pulak awak mengamok yek??Kalau awak mengamuk kat saya..alamat pengsanlah saya..hihi..
Sahabatku itu hanya mendiamkan diri..
Memang dia tak pernah marah padaku..seingat diriku..selama hampir 18tahun usia persahabatan kami..hanya sekali dia pernah buat aku terasa hati..kerana dia meninggikan suara padaku..tapi,waktu tu..aku sekdar menangis di dalam diam dan memujuk diriku..aku tahu..dia tidak sengaja meninggikan suaranya padaku..dan aku juga tidak mahu dia rasa bersalah krn buat aku terasa hati..Oleh kerana aku seorang yang mudah terasa hati..dan aku menganggap ia adalah kelemahan diriku dan aku masih dalam proses untuk belajar memahami sikap orang lain..
“Mengamuk tak tentu pasal..bukanlah satu sifat yang baik sayang..awak perlu ubah kelakuan awak..kalau tak..nanti..dah kawin..lagi susah..tiap-tiap hari suami awak kene amuk dengan awak…hihi..”
“Hmmm…tulah..huhu..”
"Takpe..awak cube latih sikit-sikit untuk buang sifat tu ye?Emm..Awak tahu apa yang boleh membantu kita membuang sikap panas baran atau pemarah dalam diri kita??”
“Emm..agama..”
“Ye..betul..agama..kita perlu berbalik semula kepada Al-Quran dan Al-Hadith..
Hanya dengan memahami dan mendalami ilmu agama sebaiknya bisa membentuk akhak dan peribadi dalam diri seseorang..sebab itu..kalau kita belajar ilmu agama sekalipun ada tiga ilmu asas yang seharusnya kita hadam..pertamanya..ialah kita perlu belajar ilmu aqidah, seterusnya dengan aqidah itu maka kita beralih pula kepada perkara ibadah dan penyempurnaan dalam perlaksaan ibadah dengan sendirinya akan membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang manakala pembelajaran ilmu tasawuf pula adalah rangkuman bagi ksemuanya dan ada yang mengatakan akhlak itu termasuk dalam ilmu tasawuf kerana dengan mempelajari ilmu menyucikan hati ini dapat membentuk akhlak seseorang zahir dan batin dan mencapai tingkat hati yang sentiasa berzikir kepada Allah ..dengan zikir..ia bisa menundukkan nafsu dalam dirinya..akan lahir hati yang bisa merasai kehadiran Allah setiap saat..hati yang merasa gerun tiap kali nama Allah disebut dan akhirnya terbentuklah jua diri seorang manusia yang terjaga akhlaknya zahir dan batin..
“Saya tahu umi…tapi..saya tetap tak dapat ubah perangai panas baran saya..”
“Baiklah..macam ni..sekaranag..awak tahu kan..yang awak seorang yang panas baran..mudah mengamuk..bila ada yang tak kena..awak tak dapat kawal rasa marah awak..habis semua keluar..Jadi..lepas ni..bila awak rasa nak marah..awak istighfar dulu..cuba kawal perasaan marah awak..tarik nafas dalam-dalam..atau awk ambil wudu’..awak tahu kan..kemarahan itu umpama api..dan syaitan diciptakan dari api..fahami 4unsur yang membentuk dalam diri kita iaitu tanah, air,api dan angin..jangan biarkan unsur api itu mengatasi akal dan hati awak..
“saya tahu..tak elok mengamuk-mengamuk..marah-marah kat orang..cakap kasar..tapi..saya tak tahu kenapa..saya kena lepaskan juga apa yang saya pendam..saya tak boleh tahan..”
“Tak salah untuk marah..tapi yang salah bilamana kita menghamburkan kemarahan..”
“Maksud umi..??”
“Menghamburkan kemarahan itu maknanya ialah kita marah dalam keadaan kita menuruti nafsu kemarahan dan tingkah kita dalam keadaan akal kita bagai tidak berfikir dan kita tidak memikirkan kesan daripada kemarahan tersebut..contohnya sewaktu kita marah tadi kita membaling barang..kita bertindak ganas..mahupun menuturkan sesuatu yang kasar..atau menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya..dari A hingga Z semuanya keluar dan kebiasaanya bila orang tenagah marah..sesuatu yang tidak ada pun boleh diadakan..kerana orang yang sedang dihuni dengan nafsu marah biasenye bertindak diluar keawarasan akal..dan mereka langsung tidak fikirkan persaan orang lain..bertambah teruk bilamana ia diiringi pula dengan keegoan diri yang memuncak..maka berlakulah perkara-perakara yang tidak diingini tika itu..contoh terdekat yang boleh kita ambil..dalam soal perkahwinan..kerna sifat pans baran suami..maka lafaz cerai dihadiahkan untuk isteri..atau kerana sifat panas baran isteri contohnya..suami pula tidak tahan dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah..demikianlah untuk situasi2 lain..
“Emm…faham..huhu..
Insyaallah umi..saya cuba ubah perangai saya..
……………………………………………………………………………….
Sahabat-sahabatku,bilamana kita membicarakan soal penyakit’Panas baran’ atau’Pemarah’ ini tahukah kalian bahawa sifat ini tergolong di dalam tingkat nafsu yang paling rendah sekali iaitu nafsu Amarah..Sepertimana yang ana terangkan dlm pembelajaran tasawwuf dalam tajuk yang lalu iaitu berkaitan dengan tingkat-tingkat nafsu..cara untuk kita meningkatkan tahap nafsu kita dari yang rendah kepada yang lebih tinggi ialah dengan berzikir..kerana hati yang sentiasa mengingati Allah..tingkah dan tuturnya sentiasa terjaga..Hal ini termasuklah dalam soal membendung rasa ‘marah’ atau ‘panas baran’..
Berdepan dengan mereka-mereka yang mempunyai sifat panas baran..banyak mengajar ana tentang sesuatu..belajar memahami hati mereka..bagaimana nak meredakan rasa marah mereka..bagaimana cara nak membantu mereka mengawal rasa marah..apa yang menyebabkan marah mereka makin memuncak dan lain-lain..
Teringat sewaktu ana tinggal diasrama..seorang sahabat telah ditukarkan ke sekolah kami kerana terlibat dgn kes menampar pelajar..jangan terkejut kerana pelajar itu adalah pelajar perempuan dan dia telah ditukar sekolah kerana kes menampar pelajar lelaki di sekolah lamanya..Pada asalnya ana tidak tahu..tapi ana sememangnya berkawan baik dgn sahabat tersebut..Ye!Sifat panas barannya sememangnya jelas kelihatan..dan sifat itu menyebabkan ramai yang tidak menyukainya..Apa yang membahayakan ialah bilamana dia marah dia akan membaling barang atau menghentak sesuatu..
Sebenarnya, mereka2 yang mempunyai sifat ini..bertindak seolah-olah diluar kawalan..dan ia adalah satu tindakan secara drastik..Ana sendiri pernah berbual-bual dgn sahabat ana itu..dan dia sendiri pernah meminta ana untuk mengingatkan dia supaya bersabar bila dia marah krn dia tahu dia tidak dapat mengawal perasaannya..
“Mereka-mereka yang punya penyakit ini tak seharusnya dibenci..tapi dengan rasa kasih dan sayang mereka perlu diajar bagaimana mengawal rasa marah..”
Persoalannya.. bagaimana cara untuk mengawal rasa marah??
1) Mereka-mereka yang punya sifat ini semestinya memahami diri mereka sendiri..apa yang menyebabkan meraka marah..tahap kemarahan mereka..dan apa yang biasanya mereka lakukan bila mereka marah (cth:membaling barang,menghentak meja..menutur yang kesat)..
Adalah amat penting untuk mengenal dahulu agar akhirnya kita bisa membendung permslhan ini dari awal..sebelum nafsu marah itu benar2 sudah memuncak..
2) Apabila merasakan hati sudah terbakar dan nafsu marah sudah mula memuncak maka tindakan untuk pertamanya ialah istighfar dan tarik nafas dalam-dalam..
3) Andai masih belum hilang maka ambil wudu’..atau baca dan dengar Al-Quran..
4) Andai masih belum hilang..maka wajar untuk duduk jika ketika marah ia berdiri..dan wajar untuk berbaring jika tika marah ia berkeadaan duduk..
Kebiasaanya selepas perkara-perkara diatas dilakukan, kita sudah dapat meredakan sedikit perasaan marah tersebut..Namun,membendung rasa marah bukanlah sama dengan membuang atau mengurangkan sifat panas baran..kerana marah adalah perasaan manakala panas baran adalah satu sifat..Nak atau tidak kesedaran tentang keburukan sifat tersebut adalah paling utama untuk difahami oleh mereka-mereka yang punya penyakit ini..dan usaha untuk membaiki diri menjadi lebih baik seharusnya diteguhkan..
Walau bagaimanapun,pada pandangan ana sendiri…cara yang paling berkesan untuk membendung penyakit’panas baran’ ini ialah mereka yang punya penyakit ini sendiri perlu lebih mendalami ilmu agama..perlu semakin dekat dgn Allah..tingkatkan amal ibadah..fahami ayat-ayat Allah..perbanyakkan zikir..baca buku-buku sirah yang mengisahkan teladan Rasulalllah SAW contohnya dan insyaallah..dengan izin Allah..sendirinya tanpa kalian sedar kalian sudah bisa mengawal rasa marah atau sifat panas baran tersebut..sudah bisa menundukkan nafsu amarah dalam diri kalian..malahan sudah tidak ada rasa marah sebaliknya membentuk diri yang sabar dan andai marah sekalipun..marah dalam keadaan yang sopan dan berhemah..bukan dgn menurut nafsu kemarahan..
Ingat sahabat-sahabatku..menuturkan perkataan yang tidak elok kepada orang lain bukanlah satu kelakuan yang baik..dan Islam tidak mengajar kita berkata yang kasar kepada orang lain sekalipun kepada orang kafir..Demikian bagaimana Islam begitu menganjurkan untuk kita menjadi muslim yang berakhlak mulia..
Firman Allah di dalam surah Al-Fathir : 10
Barangsiapa yang ingin mencari kemuliaan, maka kemuliaan itu seluruhnya kepunyaan Allah.KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang baik itu dimuliakan oleh Tuhan.Mereka yang merencanakan kejahatan mereka akan mendapat siksaan yang sangat(keras) dan rencana mereka akan gagal.
Firman Allah di dalam Surah Ibrahim : 24-26
Tidakkah engkau lihat, bagaimana Allah membuat perumpamaan:Perkataan yang baik adalah sebagai pohon yang baik, uratnya teguh dan cabangnya menjulang tinggi.
Menghasilkan buahnya setiap masa dengan izin Tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia supaya mereka mengerti.
Dan perumpamaan perkataan yang buruk adalah sebagai pohon yang buruk ,uratnya terbongkar dari bumi dan tidak dapat berdiri tegak.
Berbalik kepada soal’marah’..
Di dalam hadith yang bermaksud:
‘Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW..berilah wasiat kepadaku..sahut nabi: Janganlah engkau marah kemudian ia mengulangi beberapa kali..Sabda baginda:Janganlah engkau marah.(Diriwayatkan oleh Bukhari)
KEMARAHAN BUKAN MENAMBAHKAN KEBAIKAN TETAPI MEMBURUKKAN KEADAAN
Perintah ‘Jangan marah’ di dalam hadis ini bukanlah bermakna kita langsung tidak boleh marah atau perlu melenyapkan terus rasa marah tetapi apa yang tidak dibenarkan ialah jangan terlalu menurut nafsu kemarahan..kerana kemarahan juga adalah salah satu tabiat manusia yang tak mungkin dihapuskan..
Terdapat beberapa keadaan dimana marah itu dibolehkan iaitu marah yang kena pada tempatnya..marah yang tidak menurut hati dan perasaan atau untuk tujuan membalas dendam..dan kemarahan kerana kebenaran atau perkara-perkara yang dilarang agama..namun, kemarahan itu juga hendaklah dengan cara yang sopan..
JANGANLAH PULA DIAM KALAU KEHORMATAN PERIBADI DAN AGAMA DIHINAKAN DAN DICEROBOHI ORANG
Sahabat-sahabatku demikianlah bagaimana Islam mengajar kita membentuk akhlak dan peribadi yang baik..Rasulallah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud :
“Kenapa engkau tidak faham??Elok perangai itu ialah engkau tidak usahlah marah jika engkau upaya..
Di dalam hadith ini dengan jelas Rasulallah SAW mengatakan bahawa keelokan perangai itu adalah dengan menahan rasa marah kerana ketiadaan marah adalah punca elok perangai dan kelakuan seseorang..
………………………………………………………………………………………
Kata-kata Nabi Isa a.s kepada Nabi Yahya a.s :
Bila ada orang yang mengatakan kesalahan engkau maka katakanlah itu sememangnya dosa yang saya tetap ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah..Jika ada orang yang mengatakan suatu yang tidak ada pada engkau maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau.
Amru b. Al-‘As berkata :
Saya bertanya kepada Rasulallah bagaimana cara supaya saya tidak dimurkai Allah??Jawab Rasulallah SAW: jangan marah
Sesetengah hukama’ berkata :
Lebih baik sebuah kapal dipukul gelombang hingga hilang pedomannya dari seorang pemarah sebab walaupun kapal rosak orang yang melihatnya masih terasa sayang dan pilu hati. Tapi, orang yang marah bertambah ditolong, bertambah berang, bertambah dicegah bertambah garang hingga orang jemu memandangnya..
Iman Al-Ghazali juga ada berkata :
“Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Sesetengahnya ada yang lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang..ada juga yang lambat marah dan lambat pula redanya manakala satu golongan lagi adalah mereka yang lambat marah dan lekas pula hilang(yang terpuji)
KEMARAHAN MELENYAPKAN SAMA SEKALI KEBENARAN DAN MENJADI PUNCA KEBURUKAN
Sidang pembaca yang dirahmati Allah..
Demikianlah beberapa hadith dan kata-kata hukama' yang boleh kita jadikan panduan dalam kita mengenal dan membendung nafsu kemarahan...Ingat sahabat-shabatku, pembentukan akhlak dalam diri setiap muslim itu adalah sangat penting kerana akhlak baik yang ditonjolkan dalam diri seseorang itu mencerminkan keperibadian muslim yang sebenar..Bersama-samalah kita kembali kepada Al-Quran dan hadith..betapa banyakknya ayat-ayat Allah yang boleh kita jadikan panduan untuk mendidik akhlak diri kita sendiri..
Contohilah juga akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Rasulallah SAW..baginda seorang yang begitu lemah lembut dan tidak sesekali marah sekalipun orang berbuat jahat pada baginda..Akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Rasulallah SAW inilah yang telah banyak menarik orang-orang kafir untuk memeluk Islam..Subhanaallah..Maha Suci Allah..
Untuk akhirnya..janganlah pula kita lupa untuk berdoa kepada Allah agar Allah membentuk akhlak yang baik dalam diri kita..doakanlah setiap kali selesai solat..insyaallah..akhlak mahmudah itu yang akan membentuk diri kita..dan kita terlindung dari sifat-sifat yang mazmumah..bagi mereka-mereka yang mahu berusaha untuk membuang sifat pemarah atau panas baran itu..maka doakanlah juga agar Allah membantu kita..insyaalllah sahabat2ku..andai hati kita benar..andai jiwa kita tulus..maka Allah akan sentiasa bersama-sama kita..
Sekian dariku,
Waallahualam..