Friday, November 14, 2008

' TAK KENAL MAKA TAK CINTA'


‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA’

Pasti kita biasa mendengar.. bila ada yang mengatakan..” Tak kenal maka tak cinta”..Persoalannya..apakah perlu untuk mengenal dulu baru hadir rasa cinta???
Bagi ana..ia..ada benarnya..tak kenal maka tak cinta..bila kenal maka dengan sendirinya rasa cinta itu hadir..

Hari ini bukanlah tujuan ana untuk membicarakan soal cinta antara manusia tapi untuk kita mencari cinta yang sebenar-benar cinta..cinta yang haqiqi dan abadi..iaitu cinta Allah..

Sebagai seorang hamba kita seharusnya rasa bersyukur..bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita..ya!cinta Allah cinta yang haqiqi..tapi,manusia hari ni seringkali lalai..kita terlalu mengejar-ngejar dunia..sibuk berkenal-kenal dengan manusia demi menagih rasa cinta sedang kita sendiri belum benar-benar mengenali Pencipta kita sendiri..

Tak kenal maka tak cinta..Semakin kenal semakin mendalam rasa cinta..Cinta manusia menyebabkan kita lalai dengan keindahan dunia..dan tidak mustahil untuk kita terjerumus kelembah dosa dan kemaksiatan tapi dengan mencintai Allah..percayalah kita tidak akan rugi apa-apa untuk kita mengenali-Nya sebaliknya makin mendalam rasa cinta kita kepada-Nya..

Mengenal Allah disebut juga makrifatullah. ertinya mengenal Allah dengan cara mempelajari dan mengkaji bukti atau dalil-dalil kewujudan Allah Taala dan sifat-sifatnya dan dari sumber yang diakui oleh syarak iaitu Al-Quran, Hadith dan akal.

Mengenal Allah merupakan perkara utama dan amat penting. Kenapa ia penting??kerana dengan mengenal Allah kita dapat menanamkan kepercayaan yang benar terhadap Allah, kita dapat mengukuhkan keimanan kepada Allah dan membentuk aqidah yang benar, denagn mengenal Allah, kita dapat menyelamatkan ummat Islam daripada kepercayaan dan aqidah yang salah dan sesat, kita dapat membendung pengaruh ajaran sesat dan menyeleweng dari aqidah yang benar(Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah), dan kita dapat melakukan ibadah khusus dan ibadah umum dengan betul dan yang terkhir ialah untuk membina masyarakat yang maju berteraskan aqidah yang benar iaitu berdasarkan paradigma tauhid.

Sahabat-sahabat ana yang dikasihi,

Dalam meniti kehidupan kita seharian, yang semakin tenggelam di dalam arus keduniaan..sedarkah kita.. betapa banyaknya kes-kes murtad yang berlaku kini. Malahan kes-kes ini bukan sahaja melibatkan orang Islam yang ingin keluar dari Islam tetapi juga orang bukan Islam yang memeluk Islam tetapi akhirnya kembali ke agama asalnya. Pernah kita terfikir kenapa semua ini berlaku??ya!inilah yang akan terjadi andai aqidah kita belum benar-benar kukuh dan teguh..inilah yang akan terjadi sekiranya kita tidak benar-benar mengenali siapa PENCIPTA diri kita..Betapa ramainya manusia hari ini yang hanya Islam pada nama, Islam kerana keturunan..Islam kerana ibu dan ayahnya Islam sedang hakikatnya kita belum benar-benar memahami apa yang dikatakan dengan saya seorang ’ISLAM’ ..dan betapa ramainya antara kita yang tahu ’Allah’ Tuhan bagi semua ummat manusia..tapi kita tidak mengenali-Nya..

Hukum mengenal Allah adalah fardhu ain..ya sahabat-sahabatku..hukum mengenal Allah itu fardhu ain iaitu setiap orang yang mukallaf wajib mengenal Allah dari punca dan cara yang betul. Jika tidak maka tersesatlah ia..

Di dalam hadith Qudsi ada menyebut:

” Aku( ALLAH) ialah pembendaharaan yang tersembunyi, lalu aku mahu dikenali, maka aku jadikan makhluk supaya aku dikenali..

Sahabat-sahbat ana yang dikasihi,

Di dalam hadith diatas sudah dinyatakan dengan jelas bahawa Allah mencipta makhluk supaya ia dikenali..kerana apa?kerana dengan adanya makhluk..maka pasti adanya PENCIPTA dan PENCIPTA makhluk itu ialah ALLAH..

Persoalannya..bagaimana kita dapat mengenal Allah?? Pertama, kita dapat mengenal Allah Taala dengan mengenal nama-nama dan sifat Allah Taala. Ada 99nama ALLAH yang disebut juga ’Asmaul Husna; dan nama ALLAH adlah yang termasyur yang disebut lafaz Al-Jalalah( Lafaz yang Maha Besar). Kesemua nama-nama Allah ini menujukkan keagungan , kekuasaan dan kehebatan Allah yang tiada tolak bandingannya.

Selain mengenal Allah dengan nama-nama-Nya kita juga wajib mengenal Allah dengan mengetahui sifat-sifat-Nya iaitu sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat yang mustahil dan sifat Harus bagi Allah iaitu dengan tiga syarat iaitu dengan i'tiqad yang putus, muafakat yang sebenar dan dengan dalil:

1.I’tiqad yang putus atau pasti(i’tiqad jazim)
- I;tiqad yang putus bererti percaya dengan pegangan yang pasti dan mantap tiada zon, syak mahupun waham.

Apa itu zhon? Syak?waham??

Insyaallah, ana terangkan dibawah ini..

Apa yang dikatakan dengan zhon itu ialah lebih percaya daripada tidak percaya,

syak bererti seimbang antara percaya dengan tidak percaya ( ragu-ragu)

manakala waham pula membwa maksud lebih percaya daripada tidak percaya.

Maka apa yang dikatakanpa dengan tiada zhon, syak, dan waham ini ialah kita perlu mempercayai sifat-sifat Allah 100% dan tidak boleh tidak percaya sekalipun sedikit.

2.Muafakat dengan yang sebenar ( Muthoobiqul waqi’)

-Muafakat dgn yang sebenar bererti kepercayaan yang bertepatan dengan i’tiqad ahli sunnah waljamaah.


3. Dengan dalil ( ’An dalil)

Dengan dalil bererti kepercayaan berdasarkan dalil iaitu dalil Al-Quran dan hadith(dalil naqli) dan dalil logik akal fikiran( dalil ’aqli)

Selain drpd 3syarat yang ana terangkan di atas,terdapat dua kaedah untuk kita mengenal Allah dan mengetahui sifat-sifat wajib, mustahil dan harus Allah iaitu sama ada secara ajmali mahupun tafsili.

Ajmali bermaksud mengenal Allah Taala dengan dalil yang ringkas tanpa hujah dan analisis iaitu ber’iktiqad dengan pasti dan mantap bahawa wajib bagi ALLAH bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak baginya dan mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.

Tafsili pula bermaksud mengenal Allah dengan dalil yang terperinci, dengan hujah dan analisis iaitu ber’iktiqad dengan pasti dan mantap bahawa Allah Taala bersifat dengan 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan satu sifat garus yang diyakini berdsarkan dalil naqli mahupun aqli.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Apa yang ana huraikan adalah huraian dari apa y ana pelajari wktu ana bersekolah agama.. perkara asas yang sewjarnya kita tahu dalam kita 'Mengenal Allah'..Insyaallah, akan ana postkan sambungannya..iaini mengenal Allah melalui Al-Quran'..semoga kita mendapat sesuatu darinya..agar kita lebih mengenali siapa PENCIPTA kita.. moga dengan mengenali-Nya..makin mendalam rasa cinta kita pada-Nya..aaaminnnn...
ALLAH..ALLLAHURABBI..ALLAH TUHANKU..