Sebelum ana mengulas perkara ini suka ana tegaskan disini bahawa’ TIADA ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM’ ..Yang ada hanya PERKAHWINAN..
Tapi,ingat!!! CINTA itu tidak haram sebaliknya rasa ‘CINTA’ itu adalah fitrah semulajadi yang ada dalam diri manusia..dan kerana ia adalah fitrah dan Islam adalah agama fitrah maka wujudlah PERNIKAHAN' bagi menyalurkan rasa cinta itu tadi pada jalan yang halal..
Tapi,ingat!!! CINTA itu tidak haram sebaliknya rasa ‘CINTA’ itu adalah fitrah semulajadi yang ada dalam diri manusia..dan kerana ia adalah fitrah dan Islam adalah agama fitrah maka wujudlah PERNIKAHAN' bagi menyalurkan rasa cinta itu tadi pada jalan yang halal..
Pasti ada yang tertanya-tanya apakah pentingnya untuk ana membicarakan soal cinta??banyak sebabnya sahabat-sahabatku ..kerana manusia hari ini terlalu mudah terperangkap ke dalam lembah nafsu yang dibinanya sendiri.. dan kerana ana melihat ramai yang jatuh dan lemah krn cinta maka coretan ini ana lakarkan untuk membicarakan soal cinta..
bagi mereka-mereka yang alhamdulillah.. masih bisa menjaga kesucian hati..maka peliharalah rasa itu..andai benar dan kalian yakin dengan perasaan yang Allah anugerahkan..sampai masanya nanti, tika kalian merasakan kalian benar-benar layak untuk menjadi seorang suami, maka lamarlah ia sebagai isteri.. dan peringatan untuk kaum Hawa..andai seorang lelaki itu benar-benar mengasihimu kerana ALLAH dia tidak akan sesekali memperlakukan dirimu seperti seorang kekasih tetapi dia sendiri dgn seikhlas hati mengambil dirimu sebagai isteri dan ibu untuk anak-anaknya..
Tapi,apa yang ana sampaikan hari ini mungkin ia lebih tertumpu atau ana tujukan bagi mereka yang sudah terjebak dgn cinta..tapi kalian belum bisa untuk bernikah kerana masalah kewangan contohnya atau kerana masih belajar..maka ana sediakan sedikit perkongsian agar kalian lebih matang dan agar kalian tidak terjebak ke dalam lembah cinta-nafsu dan terpedaya dgn hasutan syaitan..
Firman Allah di dalam surah An-Nur: 30
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatannya. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat.
Firman Allah di dalam surah An-Nur : 31
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya) selain dari yang nyata(terbuka)
Firman Allah di dalam surah An-Nur : 33
Dan orang-orang yang tidak sanggup kahwin hendaklah menjaga kehormatan (kesuciannya) , sampai Allah memberikan kekayaan dan kemurahanNya.
Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, daripada firman Allah di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk kita menjaga kesucian hati..dan kewajipan menjaga kesucian dan kehormatan diri bukan sahaja menjadi tanggungjawab kaum wanita tetapi juga kaum lelaki..peringatan untuk kaum Adam diluar sana..Allah sudah menganugerahkan kalian 9akal..maka pergunakanlah akal yang Allah anugerahkan itu sebaik mungkin kerana kalian adalah pemimpin bagi wanita..dan peringatan untuk kaum Hawa, jangan jadi wanita yang melalaikan kaum lelaki..ingat!!wanita adalah perangkap syaitan..
Namun, apakah manusia hari ini cukup kuat untuk melawan nafsu dan keinginan hati??ramai antara kita yang masih belum bisa menundukkan nafsu sendiri..dan apa yang ana tegaskan..selagi kalian belum bisa menundukkan nafsu kalian selagi itu kalian belum boleh menjadi suami atau isteri..ingat!!perkahwinan harus diterajui bukan sekadar dengan rasa kasih dan juga sayang tetapi juga kematangan dalam berfikir..tanggungjawab dan apa yang paling penting ialah keimanan dan ketaqwaan kpd ALLAH..kenapa??kerana dengan iman dan taqwa itulah kalian bisa melindungi diri dari melakukan maksiat dan zina sama ada zina hati, telinga, mata mahupun tangan,kaki dan kemaluan..
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya: “ Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan..Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zina memandang, dua telinga, zina mendengar, lidah, zinanya berkata..tangan, zinanya memukul ,kaki, zinanya melangkah,hati..zinanya ingin dan rindu ..sedangkan faraj(kemaluan)hanya mengikuti dan tidak mengikuti..
CINTA ITU BELUM LAGI CINTA SELAGI BELUM DILAFAZKAN(LAFAZ AKAD NIKAH)..
Percaya atau tidak..manusia banyak jatuh krn cinta..sama ada lemah kerana cintanya ditolak mahupun lemah kerana cintanya diterima..persoalan yang pertama..manusia jatuh kerana cintanya ditolak..apa yang ingin ana lontarkan..apakah kita benar-benar memahami apa yang dikatakan dgn cinta??jika ya!kenapa LEMAH krn cinta??kenapa LEMAH krn cinta kalian ditolak??dimana sandaran utama??manusia??insan yang dipuja..atau Allah??PENCIPTA yang menciptakan orang yang kalian cinta??
Adalah perkara biasa untuk seseorang merasa sedih bila cinta ditolak tapi usahlah jadikan sume itu sebagai penamat segalanya..carilah hikmah disebalik rimbunan apa yang terjadi..pasti Allah mentaqdirkan yang terbaik untukmu..pasti ada hikmah terselit disebaliknya..
YA ALLAH,SESUNGGUHNYA AKU MINTA PETUNJUK YANG BAIK DARI-MU DENGAN ILMU-MU..AKU MINTA KEKUATAN DARI-MU DENGAN KEKUATAN-MU..AKU MEMINTA DARI-MU DARI KELEBIHAN YANG BANYAK,MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA,AKU TIDAK BERKUASA,ENGKAU MENGETAHUI DAN ENGKAULAH YANG PALING MENGETAHUI PERKARA-PERKARA GHAIB.YA ALLAH,JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA PERKARA INI BAIK UNTUKKU PADA AGAMAKU,DUNIAKU, DAN KESUDAHAN URUSANKU BUAT MASA KINI, DAN MASA AKAN DATANG MAKA TENTUKANNYA UNTUKKU DAN PERMUDAHKANNYA KEPADAKU,JIKA KAMU MENGETAHUI BAHAWA PERKARA INI TIDAK BAIK UNTUKKU PADA AGAMAKU DAN DUNIAKU DAN KESUDAHAN URUSANKU BUAT MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG MAKA ELAKKANNYA DARIKU DAN ELAKKAN DIRIKU DARIPADANYA,TENTUKANLAH KEBAIKAN UNTUKKU DIMANA SAHAJA AKU BERADA SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU..
Persoalan kedua, manusia menjadi lemah kerana cintanya diterima..ana akan kirimkan satu contoh untuk kalian hayati..
Seorang lelaki bernama si polan bin si polan menaruh harapan pada seorang wanita..waktu itu,hanyalah Allah yang tahu betapa siksanya hati lelaki itu memendam perasaan hingga sudah tidak tertahan maka akhirnya ia terluah..ternyata, si lelaki itu tidak bertepuk sebelah tangan kerana wanita yang menjadi idaman hati ternyata turut menyimpan perasaan..waktu ini..bermulalah strategi syaitan melalaikan manusia dari meningati Tuhan-Nya..
janji disepakati..lepas belajar kita kahwin ye..
sekarang, kite kenal-kenal dulu..
sejak tu..
handphone di tangan tak pernah lekang..
setiap saat ym hingga assignment2 ditinggalkan terbengkalai..
nak kenal katakan..bukankah tak kenal maka tak cinta..
dalam sebulan hampir 10x top up..
tambhan pulak top up sekali untuk si buah hati..
dari sms..main telefon-telefon pulak..
merdu sungguh suara sidia
hingga tak lena tidur dibuatnya..
jom,kite keluar makan..saya belanja??
sekali lagi syaitan berjaya..
teruna -dara sudah pandai dating di taman bunga..
awk cukup indah di mata saya..
awk tahu..saya sayang awk sorang je..
hmm..skrg..teruna dara sudah pandai bersayang2..
smpai fikiran melayang-layang..
hari berganti hari..
teruna -dara semakin lali..
nafsu kian bermaharajalela..
syaitan sudah bersorak gembira..
belum cukup lagi tu..up lagi..up lagi..
akhirnya..kalian fikir-fikirlah sendiri..
Inilah realiti yang berlaku dlam kehidupan masyakat kita hari ini..manusia yang semakin rosak kerana terbuai dengan perasaan sendiri..tenggelam dalam lembah cinta-nafsu..
sahabat-sahabatku..apa yang ana sampaikan maka ia adalah dari apa yang ana perhatikan..tidakkah kalian memandang sekeliling??lelaki dan perempuan sudah tidak ada rasa malu..sudah tidak kira halal ataupun haram..berdua-duaan ditempat sunyi..berpegang-pegangan tangan..berpelukan..naik moto bersama..apa lagi???
Berhatilah-hatilah dengan perangkap dan jerat syaitan yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan manusia ke lembah hina..Berhati-hatilah agar kita tidak terjerumus kelembah nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan kemungkaran..
Berbicara soal nafsu, di dalam Al-Quran ada disebutkan 3 nafsu iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah dan nafsu muthmainnah tetapi ada dikalangan ahli tasawuf yang membahagikannya kepada 4 tahap iaitu tambahan nafsu musawwilah..
Nafsu Amarah adalah merupakan tingkat nafsu yang paling rendah.Nafsu ini sentiasa menjurus manusia ke arah keburukan dan kejahatan.
Firman Allah di dalam Surah Yusuf ayat 53 ada meyebut:
Sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku
Nafsu Lawwamah pula ialah tingkat nafsu yang berjuang antara kebaikan dengan keburukan..dan waktu kejahatan itu tersangatlah cela perlakuannya sehingga ia kembali semula kepada kebaikan..
Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah ayat 2 yang bermaksud
" Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat mencela( nafsu lawwamah)
Nafsu Musawwilah pula ialah nafsu yang pandai menipu sehingga kejahatan itu tampak seperti kebaikan.
Nafsu yang tinggi tingkatnya ialah nafsu Muthmainnah iaitu nafsu yang tenang dan tenteram..Nafsu Muthmainah akan merasa damai. aman dan tenteram dalam mengingati Tuhan dan menjalankan perintah-Nya.. tingkat tertinggi dalam kemajuan jiwa manusia..
Firman Allah di dalam Surah Al-Fajr ayat 27
" Hai jiwa yang tenang"
Sahabat-sahabatku, demikian sedikit huraian tentang peringkat-peringkat nafsu..gunakanlah akal yang Allah anugerahkan kepada kita dalam mengendalikan nafsu..sehingga ada ikatan yang sah(perkahwinan)..maka usahlah menyerahkan seluruh hati dan jiwa pada manusia..jangan mengharap kasih pada manusia yang tidak halal bagimu..tapi serahkanlah hati pada-NYA..PEMILIK SEGALA RASA CINTA..
Cinta manusia ini hanya sementara..sampai masanya ia semakin pudar dan tidak mustahil untuk ia hilang..ibarat berllaunya angin..tapi cinta Allah itu sentiasa kekal dlm hati kita..itulah beza bila kita mencintai Allah dengan mencintai makhluk..
Sekalipun,kita sudah berkahwin..maka sandarkan cinta itu juga pada Allah,agar cinta itu menyebabkn kita semakin dekat dgn Allah dan andai kata orang yang kita cinta tiada..suami atau isteri kita tiba-tiba menyahut seruan Ilahi..kita menjadi hamba Allah yang redho dgn ketentuan-NYA krn sandaran kita adalah DIA..
Sebelum ana mengundukan diri, satu yang ana mahu tegaskan..
gunakanlah akal yang Allah anugerahkan kepada kita dalam mengendalikan nafsu..janganlah kita tergolong dalam golongan yang mempunyai tingkat-tingkat nafsu tang buruk dan tercela..bersama-samalah kita mendidik hati dan jiwa untuk mencapai tingkat nafsu yang tenang iaitu nafsu muthmainnah..insyaallah..