Tuesday, April 27, 2010

"KENAPA TAK BOLEH COUPLE CIKGU???"


“Cikgu..cikgu ceramah apa kat budak asrama??tanya dua orang anak muridku yang tinggal di luar..
“Ceramah ape??”
“Yelah..mereka cite..nangis2 sume..
“Mane kamu tahu??”
“Mereka cite…”
“Oo…Cikgu cite tentang mak dan ayah sume..tentang kematian..”
“Yang mereka cakap pasal couple-couple tu???
“Kenapa??kamu bercouple ke??”
“Taklah cikgu..Tapi..kenapa takleh couple cikgu..??
“Banyaklah sebabnya..”
“Ala..cikgu cakaplah..kami nak dengar..”
“Betul kamu nak dengar??”
“Nak cikgu..nak..(pelajar menjawab semnagat..)
“Oklah class..sementara awak sume buat apa yang cikgu suruh tadi..cikgu nak cakap sesuatu pada kamu..Sebelum tu..cikgu nak tanye..siapa yang bercouple di dalam kelas ni..”
“Takde cikgu..
“Ye ker??Hmm..macam nilah..cikgu harap..anak-anak murid cikgu tak terlibat dengan benda2 mcam ni..banyak buruk dari baiknya..”
“Yang pertama..bagi yang beragama Islam..cikgu nak kamu tahu..TIADA ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM..YANG ADA HANYA PERKAHWINAN..
“Yang kedua..membazir waktu..
“Yang ketiga..membazir air liur..
“Yang keempat membazir duit..
“Yang kelima kamu jadi lalai..solat pun tak khusyuk..fikiran kamu melayang ke lain..belajar pun jadi tak focus..Sekarang waktu untuk kamu belajar..bukan untuk nak bercouple..nak bercinta..kalau dari sekarang kamu terlibat dengan benda macam ni..cikgu takut..bila kamu dah besar..kamu akan lebih advance..Ingat!!bila kamu dah besar nanti..kamu akan jumpe dengan ramai orang yang pelbagai ragam..dan lebih ramai yang menjurus kamu ke arah kejahatan dari kebaikan..kalau kamu tak jaga diri kamu dari sekarang..waktu sekolah dah pandai cinta-cinta..kamu nak jadi ape besar nanti??”
………………………………………………………………..

“Apa Yang penting sekarang..belajar elok2..buat betul2 PMR,SPM..pastu..sambung belajar..masuk matrik ke?atau Tingkatan 6..pastu..masuk university..belajar elok2..tunaikan harapan keluarga..dan kemudian kalau kamu rasa dah sedia nak jadi isteri atau suami orang..ok..go on..kamu bleh kawin..
“Cikgu..cikgu tak cinta-cinta ke waktu sekolah??”
“Tak..sebab itu prinsip cikgu..n0 man..no love in my study..dulu..cikgu pengawas sekolah dan pengawas asrama..dan antara yang bergerak keras untuk membanteras isu couple di sekolah..ramai kawan2 cikgu yang terlibat dengan couple..sume ada pakwe masing2..tapi,cikgu sedikitpun tak rasa rugi..sebaliknya..cikgu rasa bersyukur..bersyukur sangat2 kerana tdk terlibat dengan sume tu di zaman remaja cikgu..kebanyakkan kawan cikgu yang bercouple waktu sekolah..sumenya tak kekal lama..last2..jumpe orang lain..n cinta ngan orang lain pulak..
“Dahlah..kamu kecik lagi..belum masanya kamu fikir sume ni..PMR pun tak lepas lagi kamu kan??
“Cikgu..nanti dah tingkatan 3..tingkatan 4..boleh lah ye???”
Bukan mcam tu sayang..tak kisahlah kamu tingkatan 2 ke?tingkatan 3 ke?4 ke?5 ke?6 ke?..kalau kamu rasa kamu belum bersedia untuk jadi suami atau isteri..jangan terlibat dengan couple2 ni..nanti..kalau betul ada orang sukakan kamu..dia akan nikahi kamu..”
“Dah tu?Tak leh kawan ke cikgu??”
“Tak salah nak kawan..kawanlah..tapi,tak perlulah nak state kan ..”kite couple yek wak..nak jumpe2 ke..nak sayang2 ke..kawan macam biase..mcm kamu kawan dgn kawan sekelas kamu yang lain..rasa suka tu..perkara biase..tapi,percayalah kata-kata cikgu..ia tak kekal lama..
“Cikgu..kalau ada couple..kita rasa semanagt nak g sekolah cikgu..”
“Itu bukan semangat sayang..tapi..itu nafsu..”
“Maksud cikgu??”
“Ye..itu nafsu..cube kamu fikir..kamu rasa semnagt nak g sekolah sebab dapat jumpe pakwe kamu..dimana keberkatan ilmu kamu??sepatutnya..kamu rasa semangat nak belajar krn ia perintah Allah..menuntut ilmu itu wajib..kamu niatkan menuntut ilmu kerana Allah..niatkan juga untuk buat ibu dan ayah kamu gembira..untuk tunaikan harapan mrk..nak balas jasa mrk..Allah sememangnya perintahkan kita untuk berbuat kebajikan pada ibu bapa..anak yang baik itu akan stase menggembirakan hati ibu dan ayahnya..kasihan ibu dan ayah kamu..mereka berharap..kamu akan belajar bersungguh2 di sekolah..tapi,rupa-rupanya..kamu ada pakwe di sekolah..kamu tak sayang ke ibu dan ayah kamu??”
Aku melihat ada rona kesedihan dalam raut wajah pelajar2 ku..
“Baiklah..cikgu nak tanya kamu..siapa yang rasa dia kekurangan kasih sayang??”
“Kekurangan kasih sayang siapa cikgu??ibu bapa ke??
“Ye..ibu bapa..”
Beberapa orang pelajar mengangkat tangan.."mcam nilah..cikgu tahu..ada sesetengah dari kamu yang bercouple kerana ingin ada yang sayang..tapi,cikgu nak kamu tahu..kamu dah menyandarkan perasaan itu pada sesuatu yang salah..ingat!!kita ada Allah..cukuplah hanya Allah kecintaan kita..walaupun mungkin kamu rasa kamu kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa kamu..tapi tetaplah sayangkan mereka..hormati mereka dan doakan mereka..lakukan ia krn cinta kamu kpd Allah..kerana redho Allah mengiringi keredhoan ibu bapa kamu..dan kerana berbuat baik kepada ibu bapa itu adalah perintah Allah..
“Oklah class..cikgu kamu pun dah datang..jumpe lagi esok..”
………………………………………………………………………….
Pada hari Sabtu lepas..aku mengadakan program motivasi di asrama..program yang diberi nama’MENCARI CINTA’ menyebabkan semua pelajar asrama begitu teruja..tapi,diakhir program aku sudah merangka satu slot motivasi di luar jangkaan mereka..program yang kuharap dapat membentuk mereka menjadi insan yang mendamba CINTA ILAHI..Kecintaan pada Allah inilah yang seterusnya merungkai rasa cinta pada Rasulalah..pada ibu bapa..mahupun sesame manusia..
Aku tidak pasti sama ada program motivasi itu benar2 bisa memberi kesedaran kepada mereka ataupun tidak..Cuma ura-ura yang kudengar.. sume peljar asrama yang bercouple sudah putus..aku bersyukur bila mereka menyedari betapa ruginya mereka terlibat dengan ‘COUPLE’ atau’ CINTA MONYET’ ini..cume..dihatiku terbit satu kerisauan..aku risau apakah mereka putus kerana mendengar kata-kataku..atau dengan niat yang ikhlas kerana Allah??
Cuma tinggal dua minggu sahaja aku akan bersama mereka..Besar harapanku..apa yang kusampaikan selama ini kepada mereka akan menjadi ingatan dan pegangan sekalipun aku sudah jauh dari mereka..Aku tiada apa2 untuk diberi pada mereka semua..Cuma doaku agar Allah melindungi mereka..

Insyaallah,program ke-2 yang kurangka untuk mereka ialah’MINGGU MUSLIMAH UNGGUL..yang akan bermula pada minggu hadapan..
Ya Allah..andai Engkau redho dengan apa yang ingin kulakukan..semata-mata untuk menegakkan kalimah-Mu..untuk membawa manusia ke arah kebaikan..ku mohon ya Allah..permudahkanlah dengan izin-Mu..aaaminnnn…

LAGU TEMA PROGRAM ‘MINGGU MUSLIMAH UNGGUL’

Puteriku Sayang
Lembut mu tak bererti
kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

1 comment:

shuhada said...

wanita perhiasan dunia..sebaik2 wanita adalah wanita solehah..artikel yg bagus..minta copy ek...=)