Monday, January 5, 2009

LINDUNGI SAUDARA-SAUDARAKU YA ALLAH


Assalamualaikum buat sekalian teman..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..selamat kembali memegang amanah..amanah sebagai seorang mahasiswa..amanah sebagai seorang anak..dan yang paling utama amanah sebagai khalifah Allah..

Mungkin belum terlambat untuk ana mengucapkan 'Salam Maal Hijrah'..moga tahun baru ini bakal membuka lembaran baru untuk kita semua terus bangkit membaiki diri dan memperjuangkan Islam..insyaalllah..

Meneliti blog teman-teman,isu Israel dan Palestin sedang hangat diperkatakan..sama ada dengan memberi pandangan,pengulasan,mahupun luahan rasa hati yang simpati..hati mana yang tak terusik sahabat-sahabatku?air mata mane yang tak menitis..diri mana yang tak terasa hendak marah?tika melihat saudara-saudara kita terkorban disana..berapa banyakkah lagi nyawa yang akan melayang???

Sejak 27disember yang lalu, tentera Israel mula bertindak ganas..bertindak dgn nafsu..tanpa ada peri kemanusian..orang-orang awam menjadi sasaran..kanak-kanak, wanita, mahupun orang tua dibunuh tanpa ada setitis rasa simpati..masjid-masjid?rumah-rumah?hospital?segalaanya musnah..Diwaktu kita menyambut maal hijrah pada 29disember yang lalu..saudara2 kita pula bermandikan darah..KEJAM!!!itulah yang tepat untuk tentera-tentera Israel ini..

Apakah yang sewajarnya kita lakukan sahabat2ku??apakah cukup utk kita sekdar memandang??sekadar mengikuti perkembangan di internet?cukupkah sekadar memboikot barang?mahupun membuat pakatan dan perhimpuanan bersama-sama? ya..mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini sekalipun hanya Allah yang tahu betapa aku terlalu ingin terbang ke bumi Palestin berjuang bersama pejuang-pejuangMU..hingga aku selalu berangan andai aku ada kuasa mahu saja aku arahkan sekalian orang Islam seluruh dunia untuk memusnahkan Israel habis-habisan..

KENANGAN LALU

Teringat aku waktu belajar di Kolej Matrikulasi Johor..waktu itu diadakan 'HAFLATUL WIDA' KARISMA..Kemudian kami melihat tayanagn tentang palestin..hanya air mata yang mampu dikeluarkan tika itu..aku benar-benar tak sanggup untuk melihatnya..benci..rasa benci yang teramat sangat melihat kekejaman Israel..

DOA


Mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini..selain dengan memboikot mahupun menderma..setiap apa yang berlaku semuanya datang dari Allah..andai kita kalah maka kekalahan itu datangnya dari Allah..andai kita menang maka kememnagan itu Allah jua yang memberinya..tapi, apa yang penting di sini bukan soal menang atau kalah sahabat-sahabatku..tapi ia soal perjuangan..perjuangan untuk menegakkan Islam..perjuangan untuk menegakkan kebenaran atas nama Islam..semoga Allah membantu sauadara2 kita di sana..menghantar malaikat-malaikatNYA untuk membantu pejuang-pejuang Islam sepertimana Allah menghantar malaikat-malaikatnya diwaktu peperangan badar..

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah,

kita punya tanggungjawab yang cukup besar..cukup besar dalam perjuangan menegakkan Islam..hari ni..sudah hari yang ke11 Israel melancarkan serangan di Gaza sama ada dengan tentera darat mahupun udara..sampai hari ni juga sudah hampir mencapai angka 500 orang yang terkorban..tapi, sedarkah kita?ada ramai yang tidak ambil tahu tentang isu ini?ya!mungkin kita tergolong dalam golongan yang mengambil tahu dan prihatin dgn apa yang berlaku..namun, masih ada yang tidak mengambil tahu..Inilah tanggungjawab kita sahabat-shabatku..perjuangan mahupun semangat untuk memperjuangkan Islam harus ada dalam diri setiap muslim..rasa kasih dan sayang terhadap Islam dan kesuciannya harus wujud dalam diri setiap orang Islam sama ada kanak-kanak,remaja,belia,dewasa mahupun orang tua..

Kanak-kanak di Palestin,sejak dari kecil sudah diajar erti perjuangan..sudah diajar untuk berjihad..laungan'ALLAHU AKHBAR' sentiasa meniti di bibir si kecil ini..sekalipun,kadang-kadang mereka hanya mampu membaling batu mahupun bersembunyi..tapi,apa yang berlaku di negara mereka menyebabkan mereka bangkit dan berazam untuk memperjuang Islam dan mempertahankan tanah air mereka..semangat inilah yang akan memberi kemenangan kepada Islam satu hari nanti..

Perjalanan hidup kita masih panjang ..sekarang kita masih seorang pelajar..tapi,satu hari nanti..kita akan berkerja..kita akan berkeluarga..punya anak..punya isteri atau suami...kita sendiri yang perlu membaiki diri sahabat-shabatku..kita sendiri yang perlu meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita pada ALLAH..agar satu hari nanti..kita bisa melahirkan pejuang-pejuang Islam yang lahir dari benih kita sendiri..agar kita nanti yang bisa menyuntik semangat perjuangan Islam dlm diri anak bangsa kita atau mungkin anak-anak kita..
Dunia kita sudah hampir terbalik..maksiat semakin menjadi-jadi..betapa ramainya anak bangsa kita yang rosak kerana nafsu menguasai diri..akhirnya,kelakuan sebahagian mereka-mereka inilah yang mengotorkan kesucian Islam..

pernah kita terfikir..kenapa ini semua terjadi??ya!kerana diri mereka tidak ada rasa sayang pada agama..kerana banyak orang Islam hari ini yang hanya Islam pada nama dan kerana keturunan..

Alangkah baiknya, andai rasa sayang dan cinta pada agama ini bisa disemai dalam diri setiap orang Islam..alangkah indahnya andai semnagat perjuangan ini dapat kita lahirkan dalam diri rakyat di negara kita sejak dari kecil..

Ana percaya,dengan rasa kasih dan cinta yang begitu mendalam terhadap Islam..dengan pemahaman yang jelas tentang Islam..kita bisa mencegah dari berleluasanya maksiat di negara kita..kerana rasa cinta itu akan melindungi manusia dari melakukan kemungkaran mahupun kemaksiatan..

Persoalannya?tanggungjawab siapa?pemimpin?ulama'?parti-parti politik??

Tidak sahabat-sahabatku..

Ia tanggunggjawab yang terpikul di bahu kita sendiri..

Sahabat-sahabatku,

Mungkin,kita hari ni tak mampu untuk sama-sama berjuang bersama pejuang-pejuang Hamas melancar roket ke atas tentera-tentera Israel..mungkin hari ni kita tak punya kuasa menyekat kekejaman Israel..atau sebenarnya kita yang belum benar-benar merasai apa yang sauadara-saudara kita alami di sana..

tapi, tak mustahil andai satu hari nanti kita turut sama berjuang bersama mereka..

apa yang harus kita sedari..

Kita masih ada tanggungjawab yang terpikul di pundak..perjuangan untuk menegakkan syiar Islam adalah tanggungjawab kita bersama.. apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita maka ia juga adalah tanggungajawab kita..

bersama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi saudara-saudara kita disana..dan memberi kekuatan untuk mereka..

MAKBULKAN DOA KAMI YA ALLAH..MABULKAN DOA HAMBAMU YANG LEMAH DAN HINA INI..

No comments: