Thursday, July 30, 2009

JANGAN TUNGGU HINGGA MEREKA SUDAH TIADA..


“tolong ambik air untuk ayah..”jerit ayah dari dalam bilik kepada kami adik-beradik..waktu tu ayah tengah demam..demam panas..kasihan ayah..

”ambik air..”jerit ayah sekali lagi..

Ayah memang marah kalau kami lambat..kami adik beradik sudah dididik untuk cergas membuat kerja..

Aku melihat adik-adikku tiada yang menunjuk reaksi untuk bangun..aku yang waktu tu tengah melipat baju terus ke dapur mengambil air..tidak lama kemudian,aku masuk ke bilik tempat ayah berbaring sambil membawa segelas air..

“ayah..air..”
Ayahku tidak menunjukkan sebarang respons..
“ayah..air ayah..”
Sekali lagi ayahku senyap sahaja..matanya tertutup rapat..aku dapat lihat wajah ayah..tenang dan seolah-olah tersenyum..
Ya Allah..ayah merajuk ke??
“ayah..ayah..aku menggoncang tangan ayah..tapi,ayah masih macam tu..
Ya Allah..kenapa dengan ayah ni..dadaku berdebar..aku cuba untuk tidak menggelabah kerana aku khuatir adik-adikku yang lain risau..
“mak..mak..ayah..aku memanggil mak..
Makku datang dan mengejut ayah..
“abang..bangun bang..nom ni..(nom panggilan manja ibuku..)
Ayah senyap..
“abang..janganlah bergurau..ibu menggeletek ayah..ibu kata ayah memang suka bergurau dengan ibu..pura-pura mati..
Tapi,sekalipun ibu menggeletek ayah..tapi,ayah tetap mcm tu..
“ya Allah..ayahku dah takde ke ya Allah..air mataku sudah hamper mengalir..baru sangat ayah meminta air tadi..takkan ayah dah takde ya Allah..tiba-tiba rasa bersalah menyelinap dalam diriku..bersalah kerana lambat ambil air..dan kerana aku tidak mengurut ayah tadi..sewaktu adik-adikku semua mengurut ayat krn terlalu sibuk dengan persediaan untuk tesisiku..”ya Allah..derhakakah aku..ampuni aku ya Allah..panjangkan umur ayah..
Ibu menggoncang ayah dengan kuat..
“abang…bangun bang..”
Ibu cuba mendudukkan ayah..
“abang..bangun!!ibuku hamper menangis..
Tak lama kemudian,ayahku tersedar..
“ Lailahaillah..Muhammadurrasulallah..” Ayahku mengucap panjang..
“Ayah dah nak hilang dah tadi..

Ya Allah ya Tuhanku..Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas sesuatu ya Allah..kami sekeluarga mengucap syukur bila melihat ayah tak apa-apa..bayangkan sahabat2ku ayahku tak bernafas dalam masa yang agak lama..aku perasan krn aku dapat lihat dada ayahku yang tidak berombak..Maha suci Engkau ya Allah yang Maha Tahu akan segala yang berlaku..
Saudara-saudaraku, peristiwa diatas adalah peristiwa benar yang berlaku pada ayah ana..peristiwa ini berlaku sewaktu cuti semester yang lalu..iaitu pada bulan Jun..ana menceritakan kisah ini kembali bukan untuk kalian memikirkan apa yang berlaku pada ayah ana sebenarnya..tapi, untuk ana berkongsi pengalaman dan perasaan ana tika itu..andai benar nyawa ayah ana dicabut tika itu..maka analah yang akan cukup menyesal tika itu..sama-samalah kita mengambil iktibar supaya kita lebih tahu untuk menghargai ibu dan ayah kita..
JANGAN TUNGGU HINGGA MEREKA SUDAH TIADA..
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Sebagai anak, kita mempunyai tanggungjawab yang terpikul dibahu kita terhadap mereka..Sekalipun telah bersuami ataupun beristeri, namun tanggungjawab itu tetap perlu dijalankan..Tanggungjawab ini bukan hanya tertakluk semasa mereka masih hidup tetapi juga tanggungjwab selepas mereka meninggal dunia..

Saudara-saudaraku,
Ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka terhadap kita sejak dari kita masih di dalam kandungan lagi. Maka hendaklah kita sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahqaf yang bermaksud:

Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, mengandungnya sampai menyepihnya adalah 30bulan. Sehingga apabila telah dewasa umurnya sampai 40tahun ia berdoa. Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatmu yang Engkau telah berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhoi berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang –orang yang berserah diri.

Setiap manusia punya perasaan dan hati budi. Begitu juga ibu bapa..mereka juga punya perasaaan tersebut. Maka sebagai anak, kita perlulah berlemah-lembut dan berbudi bahasa ketika bercakap dengan mereka. Dengan sifat lemah lembut serta berbudi mulia ini akan menambat hati ibu bapa serta mewujudkan ketenteraman dalam diri mereka..Dalam hal ini ana mahu mengajak kalian untuk sentiasa berbudi bahasa bukan sahaja dengan ibu dan ayah kita..tetapi juga kepada semua yang bergelar ibu dan ayah..

Sabda Rasulallah SAW:

Seorang lelaki berkata kepada Nabi. Saya mahu berjihad. Baginda bertanya: Adakah engkau mempunyai kedua ibu bapa??Jawabnya ada. Kata baginda lagi: Kepada keduanya patut kamu berjihad.(Riwayat Al-Bukhari)

Suadara-saudaraku,
Hadith sahih diatas menjadi bukti Rasualallah SAW sendiri mengarahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sehinggakan baginda menyuruh lelaki tersebut berjihad kepada kedua orang tuanya..tapi, ana tidak boleh mentafsir hadith ini sendiri kerana ana tidak membaca sebab nuzulnya..cukup untuk kita melihat mungkin..keutamaan kepada lelaki ini waktu itu lebih kepada berjihad kepada ibu bapanya dripada berjihad di medan perang..

Selain berbuat baik dan berlemah lembut dengan ibu bapa, sebagai anak, kita juga bertanggungjawab untuk berkorban kepada mereka dengan harta benda. Pengorbanan harta benda ini bermaksud seorang anak berbelanja untuk keperluan ibu bapa. Selain daripada itu, menjadi tanggungjawab anak juga untuk menjaga ibu bapa. Anak yang soleh sanggup mengorbankan harta benda untuk mendapatkan penjagaan yang terbaik bagi kedua ibu bapa.

Rasulallah SAW bersada:
Engkau dan harta engkau untuk bapa engkau.(Riwayat Abu Daud, al-Nasai dan Al-Tirmizi)

Seabagai anak juga kita hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka dunia dan akhirat..jangan sesekali kita lupa untuk mendoakan mereka setiap kali selesai solat..

Saudara-saudaraku,

Tanggungjawab seorang anak itu bukanlah hanya ketika hidup mereka sahaja tetapi juga setelah ketiadaan mereka. Hubungan anak dengan ibu bapa adalah hubungan yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Sebagai anak, kita masih punya tanggungjawab sekalipun setelah ketiadaan mereka. Ini menunjukkan bahawa Islam mementingkan tanggungjawab kehidupan di dunia dan akhirat.

Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang anak yang soleh adalah seperti berdoa kepada keduanya sebagaimana sabda Rasulallah SAW :

Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang berfaedah atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.(Riwayat Muslim)

Selain berdoa, sebagai anak juga kita bertanggungjawab menziarahi kubur ibu bapa kita, melaksanakan janji(nazar) jika ada dibuat oleh kedua ibu bapa semasa hidup, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqada’kan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca Al-Quran dan melunaskan hutang piutang yang belum dilunaskan semasa hayat kedua ibu bapa kita.

Semua ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjwab seorang anak terhadap kedua ibunya sekalipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini..

AKIBAT ANAK DERHAKA

Bilamana kita melihat keadaan di sekeliling, pasti kita sedar betapa banyaknya kisah-kisah yang melibatkan anak derhaka..anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat pada kedua orang tua mereka..mereka sudah tidak segan-segan untuk meninggikan suara kepada ibu bapa yang selama ini telah membesarkan mereka malahan ada yang lebih teruk bila ada anak yang sanggup memukul ayahnya hanya kerana marah kepada si ayah yang berkawin dua..”ya Allah..anak apakah ini??Setelah hamper 21 tahun si ayah menyara sianak dan oleh kerana satu kesilapan si ayah..anak terus hendak membenci??sanggup memukul ayah??membuat laporan untuk memenjarakan ayah??

Saudara-saudarku, apa yang ana ceritakan adalah kisah benar yang berlaku..banyak2 lagi kisah-kisah yang menggambarkan kelakuan anak-anak zaman ini yang sudah hilang rasa hormat kepada ibu bapa..namun, itulah hakikat yang berlaku pada msyrkat kita hari ini..

JANGAN TUNGGU HINGGA MEREKA SUDAH TIADA duhai anak..bilamana mereka sudah tiada..keluar air mata darah sekalipun..sudah tidak ada gunanya lagi.. Janganlah kita sibuk mempertikaikan kesilapan ayah atau ibu kita..tapi apa yang paling penting..kita sendiri sebagai anak perlu tetap taat dan berbuat baik kepada mereka selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan sesuatu yang melanggar hukum Allah..andai mereka melakukan dosa dan kesilapan maka doakanlah untuk mereka agar mereka kembali ke pangkal jalan..teruslah berbuat baik kepada mereka agar dengan kebaikan itu kita bisa melembut hati yang keras..kerana itulah tanggungjwab kita sebagai anak..

Ingat!!Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri , kita wajib mentaati dan menghormati kedua ibubapa kita. Anak yang tidak mentaati kedua ibu bapa dianggap anak yang derhaka. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran. Perbuatan baik sepanjang hayat pun mungkin akan menjadi sia-sia sahaja andai kita derhaka kepada ibu bapa kita. Dalam kehidupan berkeluarga pula, redho ibu bapa itu adalah sangat penting kerana tanpa keredhoan mereka berdua, hidup kita tidak akan diberkati Allah.

Sabda Rasulallah SAW:

Redho Tuhan tergantung pada redho dua orang tua, dan murka Tuhan bergantung pada murka orang tua. (Riwayat Al-Hakim)

Akibat penderhakaan kepada ibu bapa, seorang anak tersebut menanggung dosa serta dilaknat Allah kerana kesalahan menderhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar. Begitu juga anak-anak tidak sewajarnya mengejek atau menghina ibu bapa orang lain. Akibatnya ibu bapanya pula akan dihina.

Sabda Rasulallah SAW:Bahawasanya Rasulallah SAW bersabda:” Di antara dosa besar adalah makian seseorang terhadap kedua orang tuanya!!” Mereka bertanya: Wahai Rasulallah, apakah seseorang memaki kedua orang tuanya” Beliau menjawab” Ya, ia memaki ayah orang lain,lalu orang lain itu memaki ayahnya, dan ia memaki ibu orang lain ,lalu orang lain itu memaki ibunya”(Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Sidang pembaca yang dirahmati Allah, sekianlah sedikit olahan tentang tanggungjawab seorang anak yang ana olah dari buku’ Memasuki Gerbang Perkahwinan’ dan ana selitkan dengan kisah-kisah benar yang berlaku dlm kehidupan.. Bersama-semalah kita membentuk diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah kerana satu hari nanti..ingatlah..kita juga mungkin bakal bergelar ibu..bakal bergelar bapa..

Jangan jadi seperti Si Tanggang yang lupa daratan mahupun si Malin Kundang yang derhaka..Walau bagaimana sikap atau perangai mahupun keburukan ibu dan ayah kita..mereka tetap ibu dan ayah kita..yang penting sebagai anak, kita harus terus menjaga maruah mereka, sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka..dan terus menjalankan kewajipan sebagai anak.. Itulah bukti kamu anak yang soleh dan solehah.. Ibu bapa pasti punya keegoan mereka yang tersendiri..kerana itu kadang2 mereka sukar untuk menerima nasihat atau pendapat anak-anak..tapi, apa yang paling penting..kita sendiri sebagai anak..sebagai bakal ibu..bakal bapa..teruslah membentuk akhlak yang baik dalam diri kita..tanamkanlah dari sekarang..andai kita sendiri menjadi ibu atau bapa..niatkanlah krn Allah dan ia akan menjadikan kamu ibu dan bapa yang ikhlas dalam menjaga anak-anak..

Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon padaMu ya Allah..rahmatilah kedua ibu bapaku ya Allah..kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka..murahkan rezeki ayahku ya Allah..kasihanilah mereka sepertimana mereka telah mengasihani aku sedari aku kecil..jadikanlah aku anak yang solehah ya Allah..agar aku bisa tetap mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat..
p/s: untuk bondaku Rosnah Bt. Hj.Mat Sah dan untuk ayahandaku Muhamad B. Hj. Hashim..semoga Allah merahmati hidup ayahanda dan bonda..hanya Allah yang Maha Tahu betapa anakanda menyayangi ayahanda dan bonda..terima kasih atas segala kasih dan sayang serta didikan yang telah bonda dan ayahanda berikan untuk anakanda selama ini..
hanya Allah yang bias membalasnya..