Wednesday, September 10, 2008

DARI RAHIM WANITA


DARI RAHIM WANITA

Tika mata memandang, satu susuk tubuh yang kecil atau mungkin sedang-sedang bentuk tubuhnya..wajah yang kadang-kadang membuah senyuman bahagia atau mungkin sesekali sayu kerana hati lembutnya tersentuh..Arrrrghhh..apalah yang termampu dilakukan oleh susuk tubuh kecil itu..yang kadang kala tak menentu perasaannya..emotional tiba-tiba..kudratnya tak mampu untuk mengangkat barang-barang yang berat..mahupun mencapai barang di almari tinggi..

itulah wanita..insan yang sering dianggap lemah..ya!luarannya lemah..tampak seolah-olah ia tak bermaya..namun hakikatnya kekuatan wanita itu tersembunyi disebalik kecekalan hatinya..kelembutan dan kasih yang ada dalam diri wanita itulah yang menjadikan dirinya pelengkap hidup seorang lelaki sepertimana Nabi Adam a.s yang kesunyian..merindui seseorang sebagai peneman..maka Allah menciptakan Hawa sebagai teman setianya..

Kekuatan seseorang itu bukan diukur dari menang kalahnya dia digelanggang tinju atau mungkin digelanggang silat..bukan dari sasanya tubuh mahupun pejalnya otot-otot dilengannya..bukan jua kemampuan untuk mengangkat batu besar mahupun mencabut pokok dgn tangan sendiri seperti alkisah’Badang’ yang begitu familiar utk kita dengar....tapi, dari kekuatan dan kecekalan melalui segala ujian mahupun keredhoan hati menerima segala yang ditaqdirkan untuknya..

Sedarkah??Dari rahim ‘makhluk Allah yang sering dianggap lemah ini..maka lahir manusia yang menghuni dunia..dengan kekuatan kudrat wanita ini berhempas pulas menggadai nyawa, maka lahirlah ummat Muhammad..lahirlah doctor,jurutera,arkitek,cikgu, mahupun buruh atau pekerja kilang..semuanya lahir dari rahim seorang wanita..juga lahir dari kekuatan dan kecekalan hati wanita bertempur di BILIK PEMBEDAHAN’ atau’ BILIK BERSALIN’..nyawanya ibarat ‘telur dihujung tanduk’..namun,demi melahirkan zuriat insan yang dicintai atau mungkin ia menjadi ‘pembuktian cinta’..maka kesakitan mahupun alahan yang dialami tika dalam mengandung bisa ditempuh dengan sabar..mungkin juga ia berkat doa dan semangat dari suami..

Baru-baru ini aku menelefon alongku..bertanya khabar berita dan bagaimana dgn keadaan bayi dalm kandungannya..alongku kini sedang berada di Hospital Kuantan..jika diikutkan alongku akan dibedah pada hari ini..kedudukan anaknya songsang, maka kemungkinan besar ia akan dibedah..tika mendengar ini hatiku terasa sayu..aku pula yang merasa risau..masakan tidak ini adalah kelahiran pertama..sebaik2nya kelahiran pertama kata orang..biarlah bersalin biasa..bila aku menyatakan kerisauanku..alongku sekadar tersenyum..nak buat macam mana angah..kita dah usaha..kata alongku..cekal betul hati along..

sewaktu cuti hari tu..along pulang ke kampong untuk berubat dengan bidan kampong dengan harapan bayi akan berpusing kedudukannya..Namun setelah hampir 3minggu tapi masih belum menunjukkan tanda ia akan berpusing..kedudukan bayi yang songsang menyebabkan sesekali alongku sesak nafas..namun, sebagai hamba kita hanya berusaha dan berdoa sedangkan Allah yang menentukan segalanya..

Semalam, aku menelefon ibuku..alongku yang kini berada di hospital menghitung masa untuk pembedahan..tapi,sebelum pembedahan dijalankan..doktor akan cuba untuk memusing kedudukan bayi..sekiranya bayi lemas maka pembedahan akan diadakan..jika dikutkan pada tarikh sebenar,jangkaan alongku bersalin ialah pada 27sepetember ini tapi oleh kerana hendak dijalankan pembedahan maka ia diawalkan..

Bersalin biasa dengan pembedahan terlalu banyak bezanya..sekalipun bersalin biasa agak sakit dan memerlukan kekuatan dari kudrat ibu untuk meneran bayi keluar tapi sakit itu akan segera hilang setelah anak selamat dilahirkan..kesakitan yang tadi bagaikan hendak tercabut nyawa serta-merta berlalu tika mendengar tangisan sidia yang ditunggu..berbanding bersalin secara pembedahan..kesakitan sewaktu melahirkan bagai tidak terasa kerana separuh badan akan dibius..anak yang didalam kandungan..dikeluarkan ‘mengikut tingkap’ perut..aduhai..nyilu kumendengarnya..bersalin secara pembedahan banyak kebrukannya..setelah kelahiran,siibu tidak berpeluang untuk berpantang secara tradisional seperti bertungku mahupun memakai bengkung sebaliknya siibu disarankan makan ubat yang disediakan bagi membaiki kembali tisu-tisu yang telah koyak..sekalipun sudah selesai pembedahan,tapi kesakitan dan rasa nyilu tetap dirasai siibu dan mereka juga tidak boleh membuat kerja-kerja berat ..mahupun menunggang motosikal atau mungkin memandu kereta..khuatir hentakan akan menyebabkan luka jahitan yang masih baru dan luka dalaman terbuka kembali..siibu juga tidak digalakkan mengandung lagi dalam masa yang terdekat..mungkin dalam tempoh beberapa tahun bagi memastikan luka dalaman benar-benar pulih.

Hari ni sengaja ana berkongsi perihal ini dengan kalian..mungkin kalian boleh dapat sesuatu..bagi yang perempuan yang belum mendirikan rumahtangga..insyaallah,satu hari nanti kita akan merasainya..bagaimana rasanya tika ibu kita melahirkan kita dulu..dan bagi yang lelaki..beljarlah menghargai dan menghormati perempuan kerana dari rahim seorang perempuan kalian dilahirkan..satu hari nanti kalian mungkin punya seorang isteri maka belajarlah memahami..

Untuk yang terakhir kali…hargailah IBU yang melahirkan kita..ungkapkan kasih dan rasa sayang agar ibu tahu bahawa kita menyayanginya..

MAK…ANGAH SAAAAYAANNGGG MAK..

UNtuk along..angah doakan agar Allah mengizinkan untuk anak along kembali pada kedudukan yang sepatutnya dan andai Allah tidak mengizinkan maka mungkin itu yang Allah taqdirkan..doa angah agar Allah melindungi along dan anak yang bakal lahir..yang penting along dan anak selamat…aaaaminnnn..

dari jutaan ’benih’ yang berenang beribu batu jauhnya..merentasi halangan demi halangan..dan akhirnya..hanya satu benih yang terkuat..yang terpilih.. berjaya melepasi semuanya..maka lahirlah kita..lihatlah diri kalian..kitalah MANUSIA YANG TELAH DIPILIH OLEH ALLAH UNTUK LAHIR KE DUNIA.. MENJALANKAN KEWAJIPAN SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI ALLAH..DAN UNTUK BERIBADAT PADANYA..

kata-kata diatas salah satu coretan dalam bicara ana dalam blog yang sedang dalam penulisan ana sekarang..’AKU MANUSIA PILIHAN ALLAH’ ..Insyaallah,menyusul nanti..

Sekian dariku..waallahualam..

No comments: