MENANTUKU ORANG KAYA..
Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim.
Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solatt dan sudah lama tidak menunaikan solat.. Sudah 3 hari berkahwin..Seman masih duduk di umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang..Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah..Seman gelabah..sebelum ini dia tak pernah solat..sudah lama dia tinggalkan..inikan pula solat berjemaah..
Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.
"Ayang.. camner ni..abg tak penah solat ni
"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim.
Setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir...
lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..
." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim...
"Aisyh! pelik menantu aku ni..mazhab mana yg dia ikut?setahu aku imam je yg baca kuat..
getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba..dia terus membaca surah al-fatihah..seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??"Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.
Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman...apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."
YA ALLAH..MENANTU AKU TIDAK TAHU SOLAT RUPANYA..
Apakah reaksi kalian tika kali pertama membaca kisah di atas??? kisah di atas ana copy dari seorang teman..
kali pertama ana membacanya,ana tersenyum sendirian..lawak..memang lawak..
kemudian,ana mula berfikir..
ya Allah..mungkinkah ada lagi hambaMu yang seperti ini??yang tidak tahu solat??
Insyaallah..takde..takkanlah ada yang terlalu jahil hingga tidak tahu membezakan solat dengan berlari??inikan sekadar cerita..
mungkin itu yang mungkin terfikir di benak kita..
Namun,bila fikir-fikirkan kembali..adalah tidak mustahil masih ada orang Islam masa kini yang tidak tahu menunaikan solat..
yang meninggalkannya juga sudah ramai..tak mustahil andai ada yang tidak tahu solat..
bila sudah lama tidak menunaikan solat..bagaimana mahu ingat bacaan solat dan bagaimana untuk solat???
dan tidak mustahil untuk seseorang itu tidak tahu membezakan antara solat dengan berlari andai dia tidak pernah menunaikan solat..
Teringat ana..tika ana membaca sebuah majalah yang agak famous di Malaysia..iaitu mengisahkan pengalaman seorang polis yang menangkap anak remaja yang merempit..polis itu menyuruh anak-anak remaja ini mengucap dua kalimah syahadah tetapi malangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk mengucap..
Masyaallah..inilah buktinya..masih ada remaja Islam hari ini yang tidak tahu bagaimana untuk mengucap..maka tidak mustahil pula ramai yang tidak tahu solat..
Islam itu tertegak atas 5 asas iaini mengucap dua kalimah syahadah,menunaikan solat,berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang mampu..
Lalu, dimana dikatakan seseorang itu Islam andai tidak tahu mengucap?tidak tahu solat?
Ilmu..ilmu itu pelita hidup..Sebab itu antara tanggungjawab seorang suami atau ayah itu ialah memberikan didikan dan ilmu agama kepada isteri dan anak-anak..inilah tanggungjawab yang terpikul dibahu sorang lelaki bernama suami..andai seorang suami itu tidak punya ilmu..tidak menyampaikan ilmu agama kepada anak-anak dan isteri..inilah perkara yang mungkin akan terjadi..
Dalam alkisah si Seman di atas, andai dia punya anak..bagaimana agaknya dia nak ajar anak dia solat sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat?? Sedih kan??
p/s: Sebenarnya, terdapat banyak pengajaran lagi yang terselit disebalik kisah di atas..Semoga kalian menemuinya..
bukan kecantikan rupa yang harus didambakan..mahupun harta berjuta sebagai idaman..juga bukan pangkat ataupun kuasa mahupun keturunan..tapi agama..itulah penjamin kebahagiaan yang sebenar..dalam membentuk bait muslim..insyaallah..
gambar: sekadar hiasan..