Wednesday, March 25, 2009

HAKIKAT DIRIMU DUHAI WANITA..


LEMBUT WANITA KERANA SENYUMANNYA
CEKAL WANITA KERANA BERANINYA
PATUH WANITA KERANA KESETIAANYA
KASIH WANITA KERANA BELAIANNYA
LEMAH WANITA KERANA AIR MATANYA
IKHLAS WANITA KERANA SIMPATINYA
PENDAM WANITA KERANA CEMBURUNYA
SAYANG WANITA KERANA SIKAP KEIBUANNYA
TANPA WANITA LELAKI MENJADI LEMAH
KERANA WANITA JUGALAH LELAKI MENJADI KALAH

Wanita cemerlang akan menghiasai fikiran dan hatinya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Fitrah kewanitaannya mengandungi berbagai tanggungjawab sehingga meletakkanya sbegai insan yang memperoleh penghargaan besar disisi Islam.Wanita solehah akan melengkapkan dirinya dengan keimanan yang murni, budi pekerti yang luhur dan amalan terpuji.

Tiada perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi asal kejadian mahupun darjat kerana keduanya dicipta dari benda yang sama.

Firman Allah didalam Surah An-Nisa': 32

Lelaki mendapat ganjaran dari apa yang telah mereka kerjakan dan wanita mendapat ganjaran dari apa yang mereka kerjakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nahl : 97

Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh baik lelaki atau wanita dalam keadaan beriman maka akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa' : 124

Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki atau wanita sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiayai walau sedikitpun.

Firman ALLAH di dalam Surah Al-Mai'dah : 38

Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri potonglah tangan mereka sebgai pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.

Firman Allah di dalam Surah An-Nuur: 2

Wanita yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali dera.

Saudara-saudaraku,

Firman-firman Allah diatas menunjukkan kepada kita tanggungjawab yang dibebankan ke atas lelaki dan wanita adalah sama rata. Lelaki akan ditanya tentang amalan yang dikerjakannya begitu juga wanita.Tanggungjwab ini menyebabkan lelaki dan wanita sama-sama menerima ganjaran sama ada dari segi pahala atau siksa.

Bagitu juga dalam siksa dan hukuman yang lain dimana Islam menyamakan hukuman lelaki dan wanita dengan sama rata.

Syariat ALLAH itu tidak memberati seseorang untuk mengerjakan tugas orang lain akn tetapi setiap individu diwajibkan mempertanggungjawabkan amalannya masing-masing.

Islam menetapkan darjat wanita dan lelaki bukan diukur dengan jenisnya tetapi berdasarkan tanggungjawab dan amalannya.Walaupun fungsi antara lelaki dan wanita memiliki perbezaan namun mereka saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Melalui perbezaan ini akan mendorong kaum wanita untuk lebih memahami hakikat dirinya..

Dari Abdullah B.Umar r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:" Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah..

wANITA yang baik dan solehah itu akan menjadi sayap kiri buat suami..

apakah kita tergolong didalamnya??

Semoga ALLAH menjadikan kita seindah2 perhiasan ini..

KEMUSYKILAN WANITA : KECANTIKAN


1. WANITA MENCUKUR RAMBUT

Bolehkah wanita mencukur rambut kepalanya??

Kaedah umum menentukan bahawa lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan wanita tidak boleh menyerupai lelaki. Oleh itu, Rasulallah SAW melarang kaum wanita mencukur rambutnya.Rambut merupakan anaugerah ALLAH SWT terhadap wanita dan mereka mesti memelihara dan mengurusnya.Rasulallah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang mempunyai rambut hendaklah dia memuliakannya(Hadith Riwayat Abu Daud)

(MEMULIAKAN RAMBUT DI DALAM HADITH DIATAS MEMBAWA MAKSUD MENGURUSKANNYA DAN TIDAK MENCUKURNYA)

2. MEMAKAI CELAK

Bolehkah wanita memakai celak??

Wanita boleh memakai celak jika tidak ada lelaki ajnabi bahkan mereka disunatkan memakai celak.Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud" Aku marah melihat wanita yang tidak memakai bedak dan celak"

3. MEMAKAI SANGGUL

Bolehkah wanita memakai sanggul??

Kalau sanggul dibuat dari rambut asli(manusia),hukumnya haram kerana perbuatan seperti ini mengandungi unsur penipuan disamping itu juga memakai organ manusia yang sudah terpisah dari orangnya tanpa darurat.

Sedangkan sanggul yang dibuat dari rambut buatan(dari plastik dan sebagainya), maka hukumnya dilihat dari ada atau tidaknya illat yang mengharamkannya.

Seandainya orang yang melihat akan jelas mengetahui bahawa ini rambut buatan hukumnya mubah. Itupun jika tujuannya bersanggul atau berhias itu untuk usmainya.Ini dibolehkan kerana tiadanya unsur penipuab, tidak memakai anngota tubuh manusia dan sebagainya.

Sekalipun sanggul itu dibuat daripada rambut buatan tetapi orang yang melihat jelas akan menyangka bahawa itu rambut manusia, maka hukumnya haram. Ini adalah kerana adanya illat yang menghramaknnya iaitu penipuan.

Riwayat bukhari yang diterima daripada Musaiyyab katanya:
" Mu'awiyyah datang ke Madinah. Beliau berpidato dihadapan kami kemudian beliau mengeluarkan sambungan rambut sambil berkata" Setahu saya tidak ada yang memakai ini kecuali Yahudi. Rasulallah SAW menistilahkan ini sebaagai Az-Zur iaitu penipuan.

Riwayat Muslim yang diterima daripada Musaiyyab katanya"Pada suatu hari Mu'awiyyah telah berkata:" Kamu telah membuat pakaiana yang tidak baik,padahal Rasulallah SAW melarang segala bentuk penipuan." Katanya lagi, Dalam keadaaan demikian,tiba-tiba datang seorang lelaki membawa tongkat sedangkan di kepalanya ada rambut palsu. Melihat yang demikian, Muawiyah berkata:" Ha, ini adalah satu bentuk penipuan"

Rasulallah SAW bersabda:
Allah SWT melaknat orang yang menyambung rambut dan meminta disambungkan, melaknat orang yang bertatoo dan minta ditatokan.(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat Bukhari yang diterima dari Aisyah" Seorang hamba sahaya kaum Ansar berkawin kemudian dia sakit dan berguguranlah rambutnya.Sebab itu mereka bermaksud menyambungnya dengan rambut lain dan mereka telah bertanya kepada Rasulallah SAW mengenai hukumnya.Maka Rasulallah SAW telah menjawab" Allah SWT melaknat orang yang menyambungnya dan yang meminta disambungkan"

Dari Abu Zubair, beliau mendengar Jabir bin Abdullah berkata"

Rasulallah SAW melarang wanita menyambungkan sesuatu di kepalanya(Hadith Riwayat Muslim)

Demikianlah antara hadith-hadith yang menerangkan masalah menyambungkan rambut itu. Namun begitu terdapat bebrapa cantuman pendapat dari Imam yang empat tentang masalah ini.

Menurut Mazhab Syafie menyambungkan atau membuat sanggul dengan membuat rambut tambahan dari rambut manusia hukumnya haram secara mutlak.Sedangkan sanggul yang ditambah atau disambungkan dengan rambut tiruan hukumnya ada dua.

Pertama,

Jika yang disambungkan itu benda najis hukumnya haram kerana haram memakai najis dalam solat atau diluar solat.

Kedua,

Jika rambut buatan itu terdiri dari benda suci maka ia mempunyai syarat-syarat yang tertentu.Jika rambut itu disambungkan BUKAN UNTUK SUAMI maka hukumnya HARAM. Kalau dia menyambungkannya kerana ingin berhias untuk suaminya maka ada atiga Qul(pendapat) menurur mazhab Syafie:

1. Boleh jika diizinkan suami
2.Haram sekalipun diizinkan suami
3.Boleh secara mutlak ertinya sama ada diizinkan atau tidak.

Pendapat yang paling kuat adaalah Qul yang pertama.

Menurut Mazhab Hanafi

Membuat sanggul yang ditambah dengan rambut manusia haram hukumnya.Sedangkan menggunakan rambut buatan adalah halal kerana tidak ada unsur penipuan dan tidak menggunakan rambut manusia.

Menurut mazhab Hanbali dan Maliki haram hukumnya, sama ada rambut penambah itu rambut manusia atau rambut buatan.


Bagaimana pula bagi pengantin-pengantin perempuan di negara kita contohnya yang kebanyakkannya memakai sanggul atau rambut palsu sewaktu bersanding contohnya??

Satu yang perlu diingatkan..

KITA BERPEGANG PADA MAZHAB SYAFIE..

Seperti yang diterangkan diatas,

JIKA RAMBUT ITU DISAMBUNGKAN BUKAN UNTUK SUAMI MAKA HUKUMNYA HARAM..

Ini bermakna??

Insyaallah..ana percaya kalian sudah temui jawapannya..

SUMBER: Kitab kemusykilan wanita mengenai ibadah dan muamalah karangan M.Usman Al-Khusti