TASAWUF
Tajuk 1: MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK ALLAH TAALA
Manusia ialah makhluk Allah Taala
Makhluk ertinya yang dijadikan atau dicipta oleh Allah Taala
Allah Taala ialah ’Khaliq’ ertinya yang menjadikan makhluk atau pencipta makhluk
Manusia merupakan makhluk yang istimewa, yang lebih baik dan lebih mulia daripada makhluk2 yang lain.
Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat:21
”Dan pada diri kamu apakah kamu tidak melihatnya???”
Firman Allah dalam Surah At-Tin:4
” Dan sesungguhnya kami( Allah) telah menjadikan manusia dalam sebaik2 kejadian.
Firman Allah dalam Surah Al-Isra’: 70
Dan sesungguhnya Kami(ALLAH) telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memebrikan rezeki kepada mereka daru benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas bab makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
Berdasarkan firman-firman Allah diatas,jelas menunjukkan kepada kita betapa Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian mahkluk.Terdapa banyak kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Antaranya ialah:
- Berakal,berfikir,berilmu dan berkata-kata
- Mempunyai daya imaginasi dan daya kreatiiti
- Mempunyai kemahiran dan keterampilan
- Dapat merekacipta dan menghasilkannya.
Segala kelebihan ini adalah rahmat dan kurniaan Allah yang wajib kita syukuri dan jangan sekali-kali dikufuri.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: 172 yang bermaksud:
Dan bersyukurlah kepada Allah,jika betul kamu hanya beribadat pada-Nya..
Berbanding dengan makhluk Allah yang lain,manusia dicipta untuk memikul tanggungjawab yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk lain.Ini jelas diterangkan di dalam Al-QURAN iaitu di dalam Surah Al-Ahzab:72
Erti: Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanah kepada langit,bumi dan gunung maka mereka enggan memikulnya dan berasa tidak akan mampu,lantas menerima akan dia manusia.
Daripada firman Allah ini menujukkan kepada kita 3perkara iaitu:
1)Manusia makhluk Allah
2)Manusia makhluk yang mempunyai tanggungjawab
3)Manusia dicipta dengan sifat-sifat ketuhanan
Dalil manusia makhluk Allah
Surah An-Nahl:4 yang bermaksud
Erti: Dia (ALLAH) telah menjadikan manusia daripada mani tetapi tiba-tiba dia menjadipembantah yang nyata.
Dalil manusia makhluk Allah yang bertanggungjawab
1)Tanggungjawab terhadap nikmat Allah Taala
Firman Allah dalam Surah At-Takathur
Erti: sesungguhnya kamu pasti akan ditanya pada hari Qiamat itu tentang nikmat yang kamu terima.
2)Tanggungjawab terhadap amalan
Firman Allah dalam Surah An-Nahl: 93
Erti: Dan sesungguhnya kamu pasti akan ditanya tentang apa jua yang kamu kerjakan
3) Tanggungjawab terhadap idea,wawasan, ilmu dan teknologi yang dihasilkan:
Firman ALLAH dalam Surah An-Nahl:56
Erti: Sesungguhnya kamu pasti akan ditanya dari hal yang kamu ada-adakan..
4)Tanggungjawab terhadap ikrar dan janji
Firman Allah dalam Surah Al-Isra’:34
Erti: Dan tunaikanlah janji sesungguhnya janji akan ditanya.
Dalil Manusia yang dicipta dengan sifat ketuhanan
Manusia mempunyai sifatt yang dipunyai oleh Allah Taala seperti berkuasa,berkehendak,berilmu,hidup,mendengar,melihat,berkata-kata,penyayang dan sebagainya.Hanya sifat-sifat ini tidaklah sama denga sifatt-sifat Allah kerana Allah Taala PENCIPTA(KHALIQ) dan manusia yang diicipta(MAKHLUK)
Sifat Allah MAHA SEMPURNA dan sifat manusia banyak kekurangannya. Sifat ALLAH tergolong dalam pengertian ketuhanan dan sifat manusia tergolong dalam pengertian kemanusiaan.
Oleh sebab manusia mempunyai sifat-sifat tersebut maka wajarlah manusia dipertanggungjawabkan terhadap Allah dalam melaksanakan segala perintah dan larangan-NYA di dunia ini.
Ya sahabat-sahabat ana sekalin..demikian tadi serba sedikit penerangan tentang hakikat kejadian diri kita sendiri sebagai mahkluk ciptaan Allah yang merupakan sebaik-baik kejadian. Sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini seharusnya kita sedar akan besarnya tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu kita.
No comments:
Post a Comment