Thursday, April 23, 2009

MUSUH TRADISI??



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulallah SAW..

Alhamdulillah,syukur kepada Allah..peperiksaan akhir sudah bermula ..syukur juga kepada Allah memberi kesempatan untuk hamba Allah yang lemah dan hina ini berkongsi ilmu diruangan blog yang tidak seberapa untuk perkongsian diri dan saudara-saudara seislamku..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, insyaallah..hari ini akan ana kongsikan sedikit perihal musuh tradisi manusia..

Tahukah kalian siapakah musuh tradisi kita??

Siapa ya??

Musuh tradisi kita ialah syaitan sahabat2ku..

Syaitan merupakan makhluk ALLAH Taala yang tidak dapat dilihat oleh manusia dengan mata kasar.Ia daripada keturunan iblis yang dijadikan daripada api.Pada mulanya iblis merupakan hamba ALLAH yang sangat taat kepada Tuhannya dan sangat pandai.Namun ia mempunyai satu sifat iaitu berasa bangga diri dengan dirinya sendiri dan sombong.

Ingatkah lagi kalian dengan peristiwa keengganan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s??

Firman ALLAH di dalam Surah AL-Baqarah : 34

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat:’Tunduklah(berikan hormat) kepada Nabi Adam.Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis..Ia enggan dan takbur dan jadilah ia dari golongan yang kafir.

Firman ALLAH di dalam Surah AL-A’raf: 12

Allah berfirman : Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?Iblis menjawab:” Aku lebih baik daripada Adam..Engkau (wahai Tuhan), jadikan aku dari api sedang dia engkau jadikan dari tanah”.

Demikianlah betapa takburnya iblis hingga akhirnya dia dinyahkan dari syurga..

Setelah iblis dinyahkan oleh ALLAH dari syurga dia keluar dengan menaruh dendam terhadap Bani Adam dan keturunannya. Dia menerima keputusan ALLAH dan memohon supaya dia diberi peluang hidup sehingga hari kimat bagi melaksanakan tujuan jahatnya iaitu hendak mengganggu dan menyesatkan manusia..dan Allah memperkenankan doanya..

Firman ALLAH di dalam Surah Al-Hijr: 39

Iblis berkata:’” wahai Tuhanku!kerana Engkau telah menjadikan daku sesat maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”


Dengan rasa angkuh dihadapan ALLAH, Iblis mengisytiharkan rancangan dan strategi jahatnya terhadap manusia.

Firman ALLAH di dalam surah AL-A’araf: 16-17

Iblis berkata:”Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari menjalani jalanmu yang lurus, kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan engkau tidak akn dapati kebanyakan mereka bersyukur”

Sejak perisytiharan ini syaitan terus melaksanakan rangcangan dan tindakan menggoda,mempesona dan mengganggu manusia sehingga ramai yang terpedaya dan sesat dan lebih malang sekali bilamana manusia tidak pernah menyedari musuh tradisinya sendiri iaitu syaitan..Betapa ramainya manusia pada hari ini yang dikelirukan oleh syaitan yang manjadikan manusia berbalah dan bermusuhan sesama manusia.

Sahabat-sahabatku, tahukah kalian bahawa iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mempunyai pemimpin yang tertinggi bagi melaksanakan rancangan jahat mereka. Antara lima pemimpin yang terpenting ialah:

1) Thabar yang bertanggungjawab mempengaruhi orang yang sedang ditimpa kesusahan,kemalangan atau penderitaan hidup supaya memusuhi Allah atau menimbulkan rasa ragu terhadap Allah Taala dan akhirnya mengingkari dan kufur terhadapnya..

2) Dasim yang bertanggungjawab mengganggu rumahtangga manusia terutamanya hubungan suami isteri dengan berbagai-bagai godaan dan hasutan sehingga timbul rasa cemburu, berlaku pertentangan, terjebak dalam noda serta jenayah dan akhirnya berlaku permusuhan dan perceraian..

Sedikit perkongsian bagi mereka-mereka yang berkawin atau yang bakal berkawin..ana ini belum berkawin..tapi,dalam mempelajari hal agama..maka malu itu tidak harus ada..

tahukah kalian diwaktu suami isteri berjimak atau bersetubuh maka syaitan memainkan peranannya..kerana itu di dalam Islam kita diajar untuk membaca doa terlebih dahulu..agar persetubuhan itu dlindungi oleh Allah dari syaitan dan agar zuriat yang lahir juga terhindar dari syaitan..

Ingin ana kongsikan satu doa yang diajarkan oleh Rasualallah SAW sewaktu berjimak/bersetubuh..doa ini ana jumpa sewaktu ana membaca hadith Sahih Muslim..tapi,maaf krn ana tak dapat tuliskan dalam bahasa jawi..

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:” Kalaulah mereka bila hendak bersetubuh membaca doa, (maksudnya: Dengan nama Allah (kami bersetubuh, wahai Allah, hindarkanlah kami dari gangguan syaitan dan hindarkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami” Maka jika ditakdirkan Allah mereka beroleh anak dari persetubuhan itu, maka syaitan tidak akan kuasa mengganggu anak itu selama-lamanya..

Insyaallah..semoga pembaca dapat sesuatu..
sambungan..

3) Al-’Awar yang bertanggungjawab terhadap penzinaan dengan memperalatalkan kaum wanita mendedahkan aurat dan menimbulkan ghairah nafsu lelaki. Berbagai-bagai daya tarikan dibuat agar wanita mendedahkan tubuh dan memberi kebebasan kepadanya bagi mempesona kaum lelaki dengan berbagai-bagai cara sehingga perbuatan zina menjadi sesuatu yang berleluasa dikalangan masyarakat manusia..

Peringatan untuk saudara-saudaraku kaum Adam..tundukkanlah pandangan..untuk kaum Hawa..tundukkanlah juga pandangan kalian..dan tutuplah aurat..wanita adalah perangkap syaitan..oleh itu..hati-hatilah..jangan jadikan diri kita sbgi perangkap syaitan untuk menjatuhkan kaum lelaki..

Firman Allah di dalam surah An-Nur : 30-31

Katakanlah kepada orang-orang yang beriman laki-laki suapaya mereka merendahkan pandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (jangan berzina).Itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan.

Katakanlah kepada orang-orang yang beriman perempuan supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali yang biasa lahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup tudung kelehernya.Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya(ayah mertua), anaknya, anak saudaranya yang laki-laki,anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya,orang-orang yang mengikutnya diantara kalangan laki-laki yang tidak berhajat(syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan. Dan janganlah mereka berjalan sambil menggoyang-goyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi(gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan..

4) Maswoth yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan kecil atau besar. Peranan utamanya ialah mempengaruhi manusia supaya berbohong dan berpura-pura bercakap besar serta mempertahankan kepentingan dan kedudukan dengan berbagai-bagai cara sehingga tidak dibuktikan ia berbohong atau bersalah.

5) Zalnaabur yang bertanggungjawab mengadu domba manusia dimana-mana sahaja supaya manusia saling bertengkar, bergaduh, bermusuh-musuhan dan akhirnya berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Jelasnya disini saudaraku..syaitan mempunyai matlamat untuk menyeret manusia ke dalam neraka bersama-sama mereka.Matlamat ini tidak akan tercapai selama manusia tidak disesatkan dan kufur kepada Allah Taala..

Disini, ada ana selitkan sedikit panduan bagaimana untuk menghadapi pengaruh syaitan..semoga kita sama-sama dapat amalkan..

1) Kita hendaklah sentiasa sedar dan berwaspada bahawa syaitan sebagai musuh utama manusia yang amat berbahaya yang tidak dapat dilihat..

Firman Allah di dalam surah Yaasin : 60

Bukankah aku telah perintahkan kepada kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan??sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!!”

Firman Allah di dalam surah Al-’Araf: 27

Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman..

2) Dengan mengukuhkan iman dgn ilmu dan amal kerana syaitan tidak akan dapat mempengaruhi atau menggoda orang yang kuat iman.

3) Berlindung dgn Allah kerana syaitan tidak dapat dihapuskan tetapi dia tidak dapat mengganggu orang yang berlindung dengan Allah..

Firman Allah di dalam surah Al-’Araf:200

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah..

4) Sentiasa ingat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir

Firman Allah di dalam surah Al-A’raf: 201

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan atau hasutan dari syaitan, mereka itu ingat(kepada ajaran Allah),maka dengan itu mereka nampak(jalan yang benar)

Terdapat beberapa saluran yang digunakan oleh syaitan untuk mempengaruhi manusia seperti :
1. marah
2. saluran nafsu
3. hasad dengki dan iri hati
4. kedekut
5. gopoh-gapah
6. terlalu kenyang
7. prasangka buruk terhadap orang Islam
8. hairan terhadap diri dan kebolehan diri sendiri
9. perkara-perkara yang diharamkan Allah
10. pergaulan dikalangan orang yang fasik
11. mengumpat dan mengadu domba
12. gaya hidup mewah dan berbagai
13. tamak haloba
14. harta kekayaan
15. pangkat dan kedudukan..

Sahabat-sahabatku, suka untuk ana kongsikan disini ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding dan pelindung diri dari segala bentuk kejahatan..

Satu ayat yang sempat dajarkan oleh tok ana untuk melindungi diri iaitu amalkanlah membaca surah yaasin ayat ke-9..

Sebenarnya, ana berminat untuk belajar dgn tok ana perubatan Islam..tok ana imam di kampung ana..juga pandai mengubat orang..semuanya atas izin dan pertolongan Allah jua..ana sbgi cucu..terlalu ingin utk belajar..tapi,tok ana kata ana perempuan..takut tak cukup kuat..tapi,xpelah..ana boleh belajar yang simple-simple kan!bila waktu cuti..ana berpeluang untuk belajar dgn tok ana..sikit2 ttg perubatan Islam mahupun belajar ilmu agama..tok ana pun dah tua..sayang andai ana sebagai cucu tidak mengutip ilmu darinya..ayat2 Al-Quran untuk mengubat orang sakit..gangguan syaitan contohnya..nak ubat anak menangis..resdung..nak cepatkan jodoh..nak anak..atau untuk belajar mengenal urat untuk mengurut orang..nanti,kalau ana berpeluang untuk belajar..ana kongsikan ye..

Selain itu, untuk lindung diri juga..kita juga boleh amalkan membaca surah An-Nas dan Surah Al-Falaq

Suka untuk ana tuliskan maksud surah-surah ini..

Surah An-Nas( Qul a’u zubirab binnas)

Katakanlah : ” Aku berlindung kepada Tuhan manusia
Raja manusia
Pujaan manusia
Dari bahaya bisikan(syaitan) yang mengendap
Yang membisikkan ke dalam hati manusia
Iaitu dari kalangan jin dan manusia

Surah An-Nas iaini bermaksud manusia. Di dalam surah ini kita diperingatkan supaya memohon perlindungan Allah dari bahaya bisikan halus yang disampaikan oleh syaitan sama ada dari bangsa jin mahupun manusia kerana syaitan jin ialah yang tidak kelihatan dan syaitan manusia ialah yang kelihatan iaitu manusia yang berhati dan berperangai syaitan..

Surah Al-Falaq( Qul a’u zubirab bilfalaq)

Katakanlah” Aku berlindung kepada Tuhan subuh
Terhadap bahaya makhluk yang diciptakanNya..
Dan dari bahaya kegelapan(malam) ketika telah kelam
Dan dari bahaya hembusan jahat dalam ikatan
Dan dari bahaya dengki ketika dia dengki

Surah ini dinamakan Al-Falaq(subuh) dan dalam ayat yang pertama kita diperingatkan supaya mencari perlindungan kepada Tuhan subuh. Ayat ini sesuai untuk diamalkan bagi memohon perlindungan dari bahaya kegelapan sama ada yang zahir mahupun yang batin, kegelapan pemikiran mahupun pandangan mata hati,berlindung dari bisikan halus yang membawa kepada kejahatan dan melonggarkan ikatan yang telah teguh dan pendirian yang telah kuat juga untuk mohon perlindungan dari kedengkian yang sangat besar bahayanya kerana orang yang bersifat dengki akan sentiasa mencari jalan untuk membahayakan orang lain.

Saudaraku-saudaraku..

Demikianlah serba sedikit yang dapat ana kongsikan..semoga kalian dapat sesuatu dari apa yang ana tulis..serba sedikit pengenalan tentang syaitan dan saluran-salurannya ini ana harap dapat menjadikan kita agar lebih berhati-hati..Ingatkah lagi kalian akan kata-kata ana ini dlm blog’SUCIKAN HATIMU??

Dalam berbicara soal hati,adalah amat perlu untuk kita menjaga kesucian hati..dan dalam membicarakan soal kesucian hati..Pertamanya..kalian perlu benar-benar memahami hati kalian..bilamana kalian memahami hati kalian..insyaallah,kalian akan tahu bagaimana menyucikannya dan apa yang menyebabkan kalian rasa hati kalian kotor atau tidak bersih..

Begitulah juga bagaimana kita hendak melawan dan melindungi diri kita dari syaitan..kita harus tahu siapa itu syaitan??apa perangkapnya??apa kehebatannya?apa kelemahannya? bagaimana untuk melindungi diri darinya??

Ana harap..kalian dapat sesuatu dari enteri ini dan dapat praktikkan dlm kehidupan..

Bagaimana nak praktikkan??

Mana tahu..bila tiba-tiba yang lelaki terpana melihat perempuan..mungkin, slps ini..kalian boleh ingat apa tertulis dlm enteri ini..

hmm..ni mesti syaitan Al-’Awar telah menghantar pengikut-pengikutnya untuk menghasut aku..lalu dijadikan perempuan ini sebagai perangkap..astaghfirullahalazim ya Allah..lindungi aku..dan kemudian..cepat-cepat tundukkan pandangan..

contoh lain..bila kita dalam kesusahan dan penderitaan..tiba-tiba timbul rasa ragu pada Allah..maka ingatlah mungkin syaitan Thabar telah menghantar konco-konconya untuk menghasut kita..cepat2 istighfar dan baca istiazah..a'uzubillahiminassyaitaanirrajim..aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..

Sahabat-sahabatku, ana menulis ini dengan merujuk kembali di dalam kitab tasawwuf yang ana belajar..ana rasa ana bertanggungjawab untuk mengingat kembali apa yang ustaz dan ustazah ana ajarkan..ana menyenaraikan nama-nama pemimpin syaitan ini bukan sekadar saja-saja..tapi,besar harapan ana agar ana yang menulis juga kalian saudara-saudara ana.. dapat ambil sesuatu..

Insyaallah..semoga panduan melindungi diri dari pengaruh syaitan, juga ayat-ayat pendinding diri dengan kuasa dan pertolongan dari Allah juga..ana harap kita dapat sama-sama amalkan..

Ummat Islam hari ini seringkali mencari strategi bagaimana untuk menghapuskan dan menjatuhkan musuh Islam seperti Yahudi contohnya..kita juga seringkali berusaha untuk memerangi anasir-anasir barat..

Lalu, kenapa tidak mulai saat ini kita merangcang strategi untuk memerangi musuh kita yang tak dapat dilihat oleh mata ini??

Tambahkan ilmu..tingkatkan iman..dan amalkanlah..
ayuh!!kita perangi habis-habisan musuh tradisi kita ini..