Wednesday, August 26, 2009

MENGENAL TINGKAT NAFSU YANG 7..


Assalamualaikum buat sekalian pembaca..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..Insyaallah,hari ini ana berminat untuk membwa kalian menjelajah ke pembelajaran tasawwuf..Dalam kita mempelajari ilmu tasawwuf, bermakna kita sedang merungkai bagaimanakah cara untuk menyucikan hati..

ya!menyucikan hati adalah teramat sukar..tapi,apa yang paling penting kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menyucikan hati..Dalam berusaha menyucikan hati kita seharusnya tahu dimanakah tahap-tahap atau peringkat nafsu kita agar kita bisa melwan nafsu tersebut dengan memperbanyakkan zikir..insyaallah..

jika sebelum ini ana ada menerangkan tentang 3peringkat nafsu yang biasa kita dengar dan kita pelajari di sekolah tetapi hari ini ana akan merungkai 7 peringkat nafsu dari apa yang ana belajar dan dari pembacaan..

Menurut kebanyakkan ahli sufi sebenarnya peringkat nafsu itu boleh kita bahagikan kepada 7 peringkat iaitu
1. Nafsu Amarah
2. Nafsu Lawwamah
3. Nafsu Mulhimah
4. Nafsu Muthmainnah
5. Nafsu Radhiyah
6. Nafsu Mardhiyah
7. Nafsu Kamaliyyah

Nafsu Amarah
Nafsu ammarah merupakan nafsu yang paling rendah tingkatnya dimana nafsu ini yang mengakibatkan diri selalu diselubungi keburukan dan maksiat..Orang yang berada di dalam nafsu ini akan merasa megah dengan dosa yang dilakukannya dan mereka tidak merasa terkilan terhadap dosa dan maksiat yang dilakukan..nauzubillahiminzalik..

Firman Allah di dalam surah Yusuf :53
Dan aku tidak membela diriku(dari kesalahan),kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Pengampun dan Penyayang
..

Nafsu Lawwamah

Nafsu Lawwamah pula meningkat sedikit tahapnya daripada nafsu amarah. Andai pada nafsu amarah tadi ia berasa bangga dengan dosa dan kesilapan yang dilakukan sebaliknya nafsu pada tahap ini pula akan merasa terkilan dan kesal dengan keterlanjuran dosa dan maksiat yang dilakukan serta kekurangannya menunaikan kewajipan..

Di dalam dirinya terasa seperti ada sesuatu yang mencelanya.Tetapi dengan adanya suara celaan dari dalam diri itu menunjukkan ia masih hidup. Ringkasnya bolehlah kita analogikan orang yang mempnuyai nafsu lawwamah ini ialah orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya tetapi masih belum parah..

Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah :2
Dan aku bersumpah dengan nafsu yang mencela(nafsu lawwamah
)

Nafsu Mulhimah

Bagi tingkat nafsu mulhimah pula sesetengah ulama tidak memasukkan tahap ini dalam peringkat nafsu yang dilalui dalam diri manusia. Tetapi ramai juga dari kalangan ulama terutama ahli sufi yang memasukkan peringkat ini seperti yang disyariatkann di dalam al-Quran,yang bermaksud

“Maka diilhamkan kepadanya jalan yang membawa kepada kejahatan dan ketaqwaan

Surah As-Syams:8

Nas diatas pada ammya menjelaskan manusia boleh menerima suatu saranan di dalam dirinya sama ada berunsur kejahatan atau kebaikan. Ini juga menunjukkan diri seseorang sentiasa diilhamkan dua unsur iaitu kejahatan dan kebaikan.

Berdasarkan nas dan sejarah hidup manusia sepanjang zaman membuktikan di dalam diri manusia ada satu daripada dua unsur itu seperti suatu alat yang dapat mengesan suara dari alam ghoib. Fenomena ini adalah reality yang diakui tetapi diragui. Dalam bidang ilmu, fenomena ini diejaki oleh ahli psikologi.
Pelbagai pendapat dan istilah dikemukakan, namun semua kajian meyakini fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penaksiranyya.

Nafsu Muthmainnah

Nafsu ditahap ini adalah lebih sempurna dimana ia merupakan suatu usaha menyucikan (tazkiyah) dan melakukan jihad(mujahadah) terhadap nafsunya. Hasil dari jihad nafsu yang tabiatnya sentiasa bergelora dan membara tanpa ada batas kepuasan, berpandukan syariat Allah dan jauh daripada maksiat zahir dan batin akhirnya menjadikan diri mencapai ketenangan..

Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hokum Allah dan manhajnya, ketentuan qada’ dan qadar, mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadah..Malah diri tenang menghadapi konsep kehambaan diri kepada Allah sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada sebarang penyakit.
Selain itu diri dalam peringkat ini juga akan mudah terasa dengan kesalahan dan dosa manakala ukuran dan timbangan terhdap sesuatu amal kebajikan semakin cermat. Kedamaiannya dinikmati oleh diri dan orang disekelilingnya bahkan kadangkala menjadi penaung kepaa mereka yang diburu kerisuan dan keresahan hiup. Diri di peringkat inilah yang mendapat panggilan Ilahi sebagai hamba-Ku dan tentunya akan mendapat ganjaran syurga Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Fajr : 27-30

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dgn engkau berpuas hati(dgn nikmat yang diberi) lagi diredhoi!Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga.


Nafsu Rhodiyah

Nafsu rhodiyah ini nafsu dalam diri orang yang dapat mendiamkan syaitan dari dalam dirinya. Allah menurunkan ketenangan ke dalam hatinya. Diri akan menghayati sifat redho dan menjadi maqamnya namun diri masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.

Nafsu Mardiyah

Bagi mereka yang mempunyai tahap nafsu mardhiyah orang ini kini berada di tahap dirinya diredhoi Allah. Diri ditahap ini dapat merasakan maqamnya diterima Allah. Tetapi rasaan ini bukanlah dibuat-buat dan sekadar satu dakwaan sedangkan sebenarnya tidak ada pada dirinya.Rasaan ini adalah pemberian Allah sebagai busyra(khabar gembira) dari Allah kepada hambanya yang diredhoi hidupnya ketika di dunia.

Nafsu Kamaliyah

Nafsu kamaliyah merupakan tingkat nafsu yang terakhir dan tertinggi. Nafsu ini digelar nafsu kamaliyah yang membawa maksud nafsu yang sempurna..Tak banyak yang dapat ana huraikan tentang nafsu kamaliyah tapi cukuplah untuk kita tahu bahawa untuk mencapai tahap nafsu kamaliyah ini maka kita harus bisa menempuh enam yang sebelumnya.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Kita adalah manusia yang bersifat lemah..selalu resah dan gelisah..kadang-kadang tanpa kita tidak sedar atau dalam keadaan sedar sekalipun kita sering melakukan dosa dan kesilapan. Walaubagaimanapun, sesuatu yang harus kita ingat bahawa Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian..Allah telah menganugerahkan akal untuk kita berfikir..juga Al-Quran sebagai panduan hidup..sebagai hamba, kita harus sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik..setiap apa yang kita lakukan sekalipun sekecil-kecil perkara berbaliklah kepada Allah kerana itulah hakikat diri kita..tidak punya apa-apa..melainkan segala apa yang kita miliki adalah miliknya dan bergeraknya kita jua adalah dengan kuasa-Nya

Bilamana hati kamu tenang..maka dengarlah suara hatimu..andai kamu orang beriman..Insyaallah..firasat kamu selalu benar..kata-kata kamu dipandu ALLAH..ilmu kamu kurnia dari-Nya..

semoga kita semua mendapat sesuatu dari pengisian kali ini..sebelum ana berundur, dibawah ini ana ceritakan sedikit perihal nafsu yang degil..semoga kita mendpat sesuatu dari kisah ini..insyaallah..

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T memerintahkan malaikat untuk memasukkan nafsu ke dalam neraka jahim selama 100 tahun. Setelah 100tahun nafsu dikeluarkan..

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”

Mendengar jawapan nafsu itu lalu nafsu dimasukkan pula ke dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah 100tahun, nafsu dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" . Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”

Mendengar jawapan nafsu yang terus berdegil itu lalu Allah memerintahkan malaikat supaya jangan diberi makan dan minum kepada nafsu..Mendengar perintah Allah itu, akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Kerana dengan tidak makan dan minum itu bisa menundukkan nafsu..

Sahabat-sahabtku,

Demikianlah betapa degilnya nafsu. Oleh itu, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal oleh Allah,pergunakanlah akal ini untuk kita memandu nafsu dan jangan sesekali membiarkan nafsu itu yang memandu kita..

sekian buat kali ini,
bicara hati wanita mengundur diri

No comments: