Satu malam..aku menerima mesej dari seorang sahabat dan teman sekerja..
Sahabat : Umi dah makan?
Umira : Belum..baru
lepas memasak..Anak dalam perut nak makan izzaidah..umi usahakan juga untuk
memasak..Insyaallah,umi nak makan lepas solat isyak..
Sahabat : Umi kalau
tak larat beritahu tau..
Umira : Insyaallah..terima
kasih izzaidah..umi tak ape-ape..cume umi perlu kuat..
Minggu ini,kesihatanku jadi tidak menentu..kadang-kadang
terasa malu kerana ada aje yang menegur dan mengatakan aku nampak lemah dan tak
bermaya..memang kuakui ,tubuh badanku lemah..kepala terasa
pening..kadang-kadang terasa seolah-olah berjalan tidak jejak kaki..keadaan
tekanan darah yang rendah..kesukaran untuk bernafas bila berbaring.. ditambah
dengan keadaan diri yang sukar tidur cukup mempengaruhi keadaan diriku yang
sedang mengandung lima bulan lebih..Namun,sebenarnya aku tak suka diriku jadi
lemah begini..aku tak ajar diriku menjadi orang yang lemah..tapi,begitulah
keadaan diri ketika ini..Cuma aku bersyukur walau dalam keadaan begini..sewaktu
mengajar..aku masih bisa bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak
muridku..insyaallah..semuanya atas gerak Allah..semoga Allah menguatkan aku..
...................................................................................................................................
Tiap-tiap hari ibuku dari kampung menelefon..mak risau
kerana aku tinggal seorang di rumah..bila berbual dengan mak..tak pernah sekali
aku menunjukkan nada sedih atau tidak larat..mahupun menceritakan apa-apa yang
boleh menyebabkan mak risau..aku tahu ibuku bagaimana..dia akan lebih risau
dari aku..sebagai anak..tanggungjawab aku untuk tidak membuat dia risau..
”Angah tak apa-apa mak..angah ok...”
Itulah yang selalu kuucapkan pada mak jika dia bertanya
khabar ku..aku tak mahu mak risau..Insyaallah,aku kuat untuk berjauhan dengan
suami seketika ini..
UJIAN BERJAUHAN DENGAN SUAMI??
Rata-rata wanita hari ini..menjadi wanita yang berdikari..ana mungkin sedikit beruntung berjauhan dengan suami hanya bila suami outsation..berbanding dengan sahabat2 lain yang sememangnya berjauhan dgn suami ..walaupun kadang2 hati turut terasa rindu dan ada air mata turut gugur pada malam hari..tambahan dalam keadaan diri yang mengandung..tapi..insyaaallah..semoga Allah memberi kekuatan kepada diri..untuk tidak terlalu menurut perasaan..dan sabar melalui ujian berjauhan dengan suami..
Teringat kata-kata ayah ana,sewaktu pulang ke kampung cuti lalu,
”ISTERI WAJIB TAAT PADA SUAMI..TAPI,HATI..BUKAN PADA
SUAMI..HATI PADA ALLAH..”
YA!Hati kita milik Allah..Andai kita meletakkan hati kita pada makhluk sama ada pada suami..isteri atau anak-anak..kita akan mudah kecewa saat diuji..sama ada diuji dengan kehilangan mahupun kejauhan..
Melihat pada diri sendiri yang juga masih lemah..Bila kadang-kadang hamba Allah ini menangis kerana teringat, rindu atau risaukan suami..hanya ucapan doa yang tak lepas dari mulut agar Allah melindungi dan mempermudah urusan suami..dan bila kadang kala terasa sedih dan sunyi kerana sendirian di rumah..ana mengingatkan pula diri ana.."nanti..dalam kubur..aku akan sorang-sorang..jadi tak boleh sedih..aku ada Allah kan.."ayat itu kuulang berkali-kali..memberi semangat dan kekuatan pada diri..
........................................................................................................................
Beralih kita kepada soal rumah tangga..
Perkahwinan adalah satu ibadah..malahan ia adalah sunnah Rasulallah..apa yang indah dalam sebuah perkahwinan..bila kita mampu membawa rumah tangga yang dibina ke jalan Allah..mengikut syariat Islam..dan membawa kesempurnaan dalam beragama..Seorang isteri wajib taat pada suami selagimana suami tidak menyuruh untuk melakukan sesuatu yang melanggar syariat..dan menjadi tanggungjawab suami pula,untuk menghormati dan memenuhi hak-hak seorang isteri..
Bila diuji Allah, dengan suami isteri perlu berjauhan..maka akan ada tuntutan-tuntutan hak yang tidak tertunai dan tidak bisa dijalankan..maka disinilah letaknya kesefahaman dalam berumah tangga...dan apa yang lebih penting ialah keyakinan dan pengharapan kepada Allah sebagai tempat bergantung..
Firman Allah di dalam Surah Sl-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan"Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?" dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta..
Firman Allah di dalam Surah Sl-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan"Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?" dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta..
Semoga hamba Allah yang masih belum sampai setahun jagung melayari alam rumah tangga dan sahabat2 lain yang diuji Allah dengan ujian berjauhan dengan suami tetap sabar..dan yakin dengan takdir Allah..Allah menguji kita..kerana Allah tahu kita mampu menerima ujian ini dengan hati yang redho..kita kuat untuk berjauh dengan suami..walau sesekali air mata wanita kita tumpah jua..namun, ana percaya..air mata itu bukanlah tanda kelemahan kita semata-mata..tapi,kerana fitrah hati seorang wanita yang cukup lembut dan penuh dengan rasa kasih dan sayang..
Indahkan menjadi seorang wanita??
Indah lagi menjadi seorang isteri...
dan bertambah indah saat kita menjadi ibu...
Insyaallah..bicara ini atas izin Allah..sebagai pemberi semangat untuk diri sendiri dan mereka-mereka yang sudi membaca...