Monday, May 17, 2010

CIKGU PASTI RINDU

KINI YANG TINGGAL HANYA KENANGANGAMBAR-GAMBAR KENANGAN
anak muriku tingkatan 4Beta
kelas 4melati yang kini menjadi ingatan..

kenangan sewaktu mengajar di kelas tingkatan 4Beta sambil diperhatikan oleh kak liah selaku guru pembimbing..
gambar kenangan anak muridku tingkatan 4melati
kegembiraan di raut wajah anak muridku Tingkatan 2zamrud..
Selama hampir 4bulan di SMKKJ,Bagan Datoh,Perak..terlalu banyak kenangan manis di sini..kenangan bersama anak-anak murid yang kuajar..kenangan bersama pelajar-pelajar asrama dan kenangan dengan semua pelajar di sekolah ini..buat anak-anak murid cikgu..Tingkatan 2Zamrud..Tingkatan 4melati dan Tingkatan 4Beta..cikgu pasti rindukan korang semua..jaga diri kalian baik-baik..dan buat yang terbaik untuk exam akan datang ni..cikgu doakan korang berjaya..

maaf..nanti kalau berpeluang..cikgu upload lagi gambarnya..buat sementara ni..ini dulu ye..jangan ada yang terasa hati..

Dah habis dah..

banner yang berjaya disiapkan memaparkan akronim daripada perkata 'CIKGU' iaitu

C= CELIK
I= INSAN
K=KERANA
G=GURU
U=UNGGUL


Alhamdulillah..dengan izin Allah..maka pada 14Mei yang lalu,tamatlah sudah ana menjalani ROS dan praktikum di SMKKJ,Bagan Datoh Perak..Selama hampir 16minggu ana di sekolah ini..terima kasih ya Allah..dengan izin-Mu..maka segala-galanya dipermudahkan..kalau dulu..sebelum praktikum..risau benar rasanya hati ni.."bagaimana agaknya praktikum tu..??"dapatkan aku menghabiskan praktikumku.."??dan kini..alhamdulillah..setelah hampir 4bulan aku menjalani ROS dan praktikum di SMKKJ..barulah kutahu..praktikum itu begini rupanya..tidak sesukar yang kubayangkan..cuma yang penting..harus punya kesabaran..dan semangat yang kekal berpanjangan..semangat seorang guru yang takkan hilang..tapi semangat itu yang kuharap dapat diserap di dalam jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu..dan yang utama ialah keikhlasan dalam mendidik...

gambar kenangan sewaktu menyiapkan banner sebagai sumbangan dari guru-guru praktikum UPSI kepada pihak sekolah..
Dikesempatan ini,ana ingin mengucapkan tahniah kepada teman-teman seperjuangan yang turut sama menjalankan praktikum sama ada dari UPSI mahupun universiti-universiti lain yang mengambil kos pendidikan..bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan berakhirnya praktikum ini bermakna semakin hampirlah kita ke arah menempuh alam kerjaya...


walau bagaimanapun..tugas kita masih belum selesai..insyaallah..andai diikutkan bagi pelajar2 UPSI kita akan konvo pada bulan Ogos..tetapi mungkin ada perubahan yang akan dimaklumkan..cuma yang paling penting..cuti ini..kita harus sentiasa alert dengan berita-berita terkini dari KPM terutamanya tentang permohonan posting secra online..seterusnya menanti untuk panggilan temuduga dan sekiranya temuduga lulus bermakna peluang untuk bergelar guru sudah semakin cerah..satu kelebihan bagi mereka yang mendapat biasiswa KPM kerana tidak perlu menghadiri temuduga tetapi terikat dengan kerajaan selama 5tahun dan kelbihan bagi yang mendapat pinjaman PTPTN kerana boleh terus menyambung master..

Bagaimana dengan ana??

Ana merupakan peminjam PTPTN..andai diikutkan..cita-cita asal ana ialah ingin menjadi seorang pensyarah..dan impian ana dulu..ana ingin menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa..itu bermakna ana memang perlu menyambung master..tapi,buat kali ini..insyaallah..ana akan bekerja dahulu..untuk membantu keluarga..keinginan untuk menyambung master mahupun PHD takkan luput..cuma apa yang ana fikirkan sekarang..sekalipun ana mengambil master atau PHD..ana hanya ingin menjadi seorang guru..kerana bagi ana pekerjaan guru itu terlalu mulia dan kerana ana pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa guru adalah pekerjaan yang terbaik bagi seorang wanita selepas suri rumah..

keinginan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi harus ada dalam diri setiap orang kerana Allah menyukai hamba-hambanya yang suka mencari ilmu..bukankah banyak firman-firman Allah dan hadith-hadith yang menggambarkan kelebihan orang yang berilmu??Insyaallah..semoga kita tergolong dalam golongan yang cintakan ilmu..iaini..ilmu-ilmu yang bermanfaat..yang memberi faedah dalam kebaikan dan keutamaan dalam mencari ilmu-ilmu akhirat yang bisa memandu kita ke arah menuju redho Allah..insyallah..semoga Allah mempermudahkan urusan kita..

aaaminnnn...

mabulkan doaku ya Allah..
makbulkan doa kami ya Allah..


...................................................................................................

BARANG SIAPA YANG INGINKAN DUNIA MAKA HENDAKLAH IA DENGAN ILMU
BARANGSIAPA YANG INGINKAN AKHIRAT MAKA HENDAKLAH IA DENGAN ILMU DAN BARANGSIAPA YANG INGINKAN KEDUA-DUANYA MAKA HENDAKLAH IA DENGAN ILMU


BILA MATI ANAK ADAM MAKA TERPUTUSLAH SEGALANYA MELAINKAN TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH AMAL JARIAH,ILMU YANG BERMANFAAT DAN DOA ANAK YANG SOLEH..

p/s: Semoga hadith di atas dapat kita jadikan sebagai pegangan untuk menjadi seorang yang hamba yang cintakan ilmu dan sentisa berusaha mencari ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat..

Sunday, May 9, 2010

MINGGU MUSLIMAH UNGGUL ASPURI SMKKJ BAGAN DATOH,PERAK 2010

Pada 3Mei-6Mei 2010,satu program yang diberi nama’Minggu Muslimah Unggul’ telah dianjurkan di peringkat aspuri SMKKJ,Bagan Datoh,Perak. Program yang diadakan buat kali pertamanya ini,telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelajar aspuri.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang ‘MINGGU MUSLIMAH UNGGUL’ ini diadakan antaranya ialah ‘Pertandingan Kuiz Agama,Perbentangan Tokoh Srikandi Islam’,Sesi soal Jawab Agama, dan Pertandingan Busana Muslimah...alhamdulillah..terima kasih ya Allah..kerana dengan izin-Mu jua program ini berjalan dengan lancarnya..

Dikesempatan ini,ana ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warden aspuri SMKKJ,Kak Mahfuzah..serta rakan-rakan praktikal yang turut sama membantu..cikgu Ellyana,cikgu Norazrah Azri..Cikgu Yusrinawati dan tak lupa kepada cikgu ekin..serta semua pelajar aspuri yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini..terima kasih untuk segalanya..

‘Minggu Muslimah Unggul’ bukan sekadar program biasa namun satu program yang dirangka dengan pengharapan yang amat besar dari pihak penganjur mahupun ana sendiri untuk melahirkan puteri-puteri yang tahu menjaga maruah dan harga diri..sesuai dengan tema program ini iaitu’ SEHARUM MAWAR BERDURI’..Kesemua pelajar aspuri telah dibahagikan kepada 6kumpulan iaitu kumpulan SUMAYYAH,BALQIS,RABIATUL ADAWIYAH,AINUL MARDIAH,ASIAH DAN ZINNIRAH..Kesemua kumpulan bersaing sengit dalam setiap pertandingan yang dianjurkan..
kumpulan ainul mardhiah

kumpulan asiah

kumpulan balqis

kumpulan rabiatul adawiyah

kumpulan zinnirah
kumpulan sumayyah
PERTANDINGAN KUIZ AGAMA seorang pelajar sedang menulis jawapan di atas 'flash card' sambil diperhatikan oleh rakan satu kumpulan.. PERBENTANGAN TOKOH SRIKANDI ISLAM' SOAL JAWAB AGAMA




PERTANDINGAN BUSANA MUSLIMAH pengumuman peserta yang layak ke peringkat akhir
Perbicangan antara juri

-SEHARUM MAWAR BERDURI-