Semalam..ana masuk ke kelas Peralihan A..ana akan menyambung pelajaran hari ini memandangkan kertas soalan juga sudah selesai dibincangkan..
“Baiklah pelajar-pelajar..hari ni kita akan akan sambung topik baru unit 33,Kesetiaan Kepada Negara..Siapa tahu apa yang dimaksudkan dengan setia atau kesetiaan???Bla...bla..Bla..
Pengajaran disampaikan dengan semangat sehingga selesai waktu pertama..hari ni dua masa..faham-faham ajelah bagaimana reaksi pelajar jika sudah terlalu lama..tapi,ana tak mahu keadaan ini berlaku..
“Baiklah pelajar-pelajar..hari ni..kita menyanyi nak?Buka muka surat 167sekarang..Tajuk lagu ni’SETIA’..kamu tahu tak?
..........................................................................
Majoriti tak tahu lagu ni..aku pun menyanyikan sedikit lagu ini..
Ada yang mendengar dan mengikut..tapi,ramai yang berbual-bual..hmm..memang tak berkesan..
“Baiklah.cikgu nak ambik laptop cikgu..
“Vinothren,jaga kelas!!Aku mengrahkan ketua kelas untuk mengawal kelas..
Tidak lama kemudian..ana kembali semula ke kelas..dengan laptop dan broadband..terus membuka laman web youtube dan mencari lagu ‘SETIA..’
Pelajar excited sekalipun ini bukan kali pertama ana membawa laptop ke kelas untuk menunjukkan video kepada pelajar..
“Baiklah..kamu dengar betul2 lagu ni..cuba ikut sikit-sikit..”
Beberapa orang pelajar ke depan..Ada yang mengikut..tapi yang ramainya..yang berbual sesama mereka..
“Baiklah pelajar..semua berdiri..ikut cikgu nyanyi..
Para pelajar berdiri..tapi,mereka masih tak berhenti bercakap..Ya Allah..macam mane nak suruh pelajar diam ni..
Ana mengulang-ulang arahan..dan menyanyi satu rangkap..ada yang mengikut..tapi tak semua..
Ana menutup kipas sambil memandang dari jauh..tunggu mereka senyap..tapi, kaedah itu pun tak berkesan..kedengaran beberapa pelajar menjerit “diam !“kerana perasan aku sudah mula marah..sekalipun tanpa suara ..tapi,ramai yang tak faham..kelas masih bising..masih kedengaran suara..
.................................................................................
Ana masih menunggu semua pelajar diam..ana melihat jam di tangan..tinggal 5minit lagi nak habis..
Akhirnya...
“Baiklah..takpelah..kamu tak nak belajar kan..cikgu nak keluarlah..”Aku mengemas laptop dan semua barang-barangku...
“Takpe..kamu buatlah bising ye..”
Aku terus keluar..
“Cikgu..jangan pergi!jangan pergi cikgu!Kedengaran suara pelajar menjerit..
ana terus pergi tanpa menoleh..sambil berjalan sambil tersenyum sehingga ditegur pembantu makmal yang lalu..”Kenapa senyum-senyum ni cikgu..”Allah..ada pulak yang perasan ana senyum..
Ana tersenyum sebab sebenarnya ana bukan nak merajuk..dan emosi ana pun bukanlah terlalu marah waktu tu..ana juga tak sedih dengan kelakuan pelajar waktu tu..cume sengaja buat-buat macam merajuk..nak tengok reaksi mereka..nak ajar mereka supaya jangan nakal-nakal dalam kelas ana..
.................................................................................................
Selepas meletak barang-barang di bilik guru..ana mengintai mereka dari tingkap..risau juga takut apa-apa berlaku..sekarang masih kelas ana..walaupun 5minit..mereka masih dalam jagaan ana..duit gaji juga masih berjalan..ana ke ruang legar dihadapan bilik guru..pelajar-pelajar boleh melihat ana dari situ..ana nampak 2orang pelajar perempuan sedang berjalan ke arah ana..ana tahu mereka nak pujuk ana..
“Cikgu..tak nak nangis..mari masuk kelas..”
“Cikgu tak nangislah..kelas kamu tu..bising sangat..tak nak dengar cikgu cakap..
mereka diam..
“Takpelah..kamu berdua masuk kelas ye..
Tak lama kemudian..kelihtan beberapa orang pelajar perempuan lagi datang..salah seorang dari mereka menerkam aku..namanya Chong Chee Chin..ana murid yang baik..dia selalu salam cium tangan dengan aku..walaupun dia seorang pelajar Cina..
“Cikgu..tak nak marah..mari balik kelas cikgu..”
“Kawan-kawan kamu bising..tak nak dengar cikgu cakap..”
“Baliklah cikgu..”dia memujuk aku..
“Takpe..masa cikgu dah habis..cikgu kamu pun dah nak sampai..(kelihtan Pn.Seroja,guru Bahasa Inggeris mereka menuju ke kelas..)
“Kamu masuk kelas ye..”
“Cikgu..”
Aku melihat mata pelajar ini merah..
Pelajar ni nak nangis ke?hatiku terdetik..
Akhirnya..dia betul-betul nangis..
“Laa..kenapa sedih pulak ni..”
“Cikgu marah..”
“Taklah..cikgu tak marah..cikgu tak marah kamu..cikgu marah kawan-kawan kamu..tak nak sedih2 ye..aku mengusap bahunya..”
Dia masih nangis..ana sendiri sebenarnya tak tahu kenapa dia nangis..mungkin dia rasa bersalah buat ana sedih sedangkan dia bukanlah termasuk dalam golongan yang buat bising dalam kelas tadi..
“Dahlah..masuk kelas ye..cikgu tak ape-ape..”
Pelajar itu pun berlalu sambil mengesat air mata..
Hmm...rasa bersalah pulak buat budak nangis..tapi,ana tak berniat untuk merajuk sebenarnya..sekadar menguji mereka..
................................................................................................................
Bercakap soal merajuk..sebenarnya..tak sesuai untuk kita sebagai guru merajuk..seorang guru itu harus sabar..cukup sabar dengan kerenah pelajar..mungkin ana sendiri kurang pengalaman bagaimna untuk mengawal pelajar dengan baik..semoga pengalaman akan lebih mengajar ana bagaimana untuk menjadi seorang pendidik yang sebenar-benar mampu mendidik..insyaallah..
4 comments:
sometime xpe kalo kite buat2 merajuk dgn anak murid..tp mke sure yg kita xde niat selain utk buat student kita sdr kesalahan mereka..bkn nk cri kesalahan murid,tp nk lahirkan perasaan hormat kpd org yg curahkan ilmu utk mereka.InsyaAllah
Hari tu..waktu umi baru lps makan..dua org pelajar lelaki tunggu umi kat kantin..mereka dtg untuk mintak maaf..mereka janji takkan buat bising lagi..tapi,entahlah..umi pulak yang rasa bersalah..kesian pulak kat mrk..apapun,semoga lps ni mrk takkan buat perangai lagi..
IAllah..selalunye budak2 akn terkesan dgn bagaimana cara kita approach dgn mereka..almost teenager mmg xske org yg against diorg..jd gunakan pendekatan n instinct hati yg sesuai dgn perwatakan mereka..IAllah mereka akn lembut hati..
awak terlalu baik dgn pelajar,
1st impression awk dh lemah lembut,mmg diorg tak takut.
kalau saya kat sekolah memang tegas sentiasa,baru budak2 dengar ckp.
mungkin sbb awk perempuan n awk x pernah punish students. skali2 punish la students,jgn terlalu lemah lembut sgt even awk seorg perempuan.
Post a Comment