Thursday, December 24, 2009

23.12.1987


23.12.1987 merupakan tarikh aku dilahirkan di dunia ini..dan 23.12.2009 yang lalu maka genaplah umurku 22tahun..Subhanaallah..begitu cepat masa berlalu..tanpa kusedar,kini sudah 22tahun aku mengharungi kehidupanku di dunia sementara ini..sudah 22tahun juga kumengutip pengalaman dalam mengenal erti hidup yang sebenar..dipenuhi dengan pelbagai rasa..masam,masin,manis mahupun pahit..namun bagiku segala rasa suka dan duka..pahit manis ini.. melengkapkan diriku dan aku bersyukur dan redho atas segala yang berlaku padaku selama ini..terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan aku sekeping hati yang bisa merasa segalanya..

………………………………………………………………………………………….

Aku dan adik beradikku sangat suka mendengar cerita mak..cerita diwaktu mak melahirkan kami 10 beradik..

Mak..waktu mak lahirkan angah..mudah tak??”..

“ Waktu mak lahirkan angah senang..oleh kerana leher angah terbelit tali pusat..angah cepat nak melanjan keluar..”kata ibuku..

Aku senang mendengar cerita ibuku bahawa aku mudah untuk dilahirkan..walaupun berlaku sedikit kompilasi dimana leherku terbelit tali pusat..namun kerana leherku terbelit juga aku memudahkan ibu melahirkan aku..kate ibuku..saat aku lahir juga aku tidak menangis..dan tubuhku kebiruan..hanya setelah bidan yang menyambutku menepuk2 dan menunggang-nunggangkan aku..barulah aku mula mengeluar suara..

“Waktu mak mengandungkan angah..mak banyak berzikir..setiap apa yang mak buat..mak mesti ingat Allah..mungkin sebab waktu tu pun..mak baru lepas gugur..”

Aku suka mendengar cerita ibuku bahawa ibu banyak berzikir diwaktu mengandungkan aku..
sebelum mengandungkan aku..ibuku keguguran..waktu itu usia kandungan sudah mencapai 5 bulan..ibuku keguguran pada bulan 1 dan pada tahun yang sama bulan 12..aku selamat dilahirkan..

Mendengar cerita mak disaat mak melahirkan kami 10beradik..dengan cite2 yang berbeza..ditahan wad beberapa hari..lekat uri..dimarahi doktor kerana mengandung tiap-tiap tahun dan mcm2 lagi hatiku terasa sayu..
sedih rasanya bila memikirkan betapa berertinya pengorbanan seorang ibu..kadang2 bila dengar mak bercerita pengalaman bersalin..timbul juga rasa takut..tapi naluri hatiku sendiri sebagai wanita yang cukup tersentuh melihat anak-anak melebihi rasa takut itu..aku tahu perasaan dan naluri itulah yang dirasai oleh semua ibu..kesakitan yang dirasa terus hilang saat melihat wajah anak yang dilahirkan..
Hargailah ibu kita saudara-saudaraku..

........................................................................................................................

Buat teman-teman yang mengingati hari lahirku..terima kasih kuucapkan kepada kalian kerana mengingati tarikh lahirku..terima kasih juga buat ucapan-ucapan dan ungkapan doa kalian..doaku agar Allah menjaga persahabtanku bersama kalian..

Terima kasih yang tidak terhingga buat ibuku yang telah melahirkan diriku..yang mengendongku di dalam perutmu 9bulan 10hari..juga buat ayah yang bersusah payah mencari rezeki untukku dan adik-beradikku yang lain..Hanya Allah yang Maha Tahu betapa anakmu ini menyanyangimu..

Syukurku padaMu ya Allah..menjadikan aku hambaMu..menjadikan aku ummat Muhammad..menjadikan aku seorang wanita..menganugerahkan diriku nikmat Iman dan Islam..nikmat yang tidak terhingga nilainya..tetapkanlah hati ini ya Tuhan..agar hatiku tetap pada jalanMu..sesungguhnya hidup matiku hanya untukMu ya Allah dan demi Islam yang tercinta..

Selama 22tahun ini..

Sudah banyakkah amalanku yang bisa kubawa menuju kampung akhirat??
Atau dosaku menimbun menutup amalku??

Tuhan..ampuni aku..

Friday, November 20, 2009

PANAS BARAN???KENDALIKAN NAFSU MARAHMU..


Setiap orang punya perangai dan kelakuannya yang tersendiri..perangai dan kelakuan inilah yang mencerminkan akhlak seseorang..kerana apa yang dikatakan dengan akhlak itu ialah sesuatu yang dilakukan dengan spontan kerana sememangnya apa yang dilakukan itu adalah dari dirinya..dan hatinya..

Adalah amat penting untuk kita memahami perangai dan sifat diri kita sendiri..kerana hakikatnya hanya diri kita yang benar-benar faham dengan perangai kita dan orang yang bijak itu ialah mereka yang benar-benar mengenali dirinya..dia tahu kebaikan dan kelebihan dirinya dan dia juga tahu keburukan dan kelemahan dirinya..

Bagi mereka-mereka yang mengenal diri dan sifat sendiri..maka wajarlah untuk dia melatih dan mengubah sifat yang tidak baik itu sedikit demi sedikit..demikianlah bagaimana kita bisa membentuk akhlak yang baik dalam diri kita.. ……………………………………………………………………………………

“Umi..Habis semua orang saya mengamuk tadi..”

“Mengamuk??Laaa..kenapa pulak awak mengamuk??”

“ Takdelah..roomate sy buat saya marah..habislah satu rumah kene dengan saya…”
Aku tersenyum..kerna sudah cukup faham dengan perangai sahabatku itu..

“ Takpelah..saya tahu awak marah sekejap je..nanti..mintak maaf semula kat mereka ye..”

“Entahlah umi..saya pun tak tahu saya ni menurun sape..asyik nak mengamuk aje..”

“Haah!awk menurun sape yek??”aku tersenyum memandang sahabatku..Dekat saya..tak pernah pulak awak mengamok yek??Kalau awak mengamuk kat saya..alamat pengsanlah saya..hihi..

Sahabatku itu hanya mendiamkan diri..

Memang dia tak pernah marah padaku..seingat diriku..selama hampir 18tahun usia persahabatan kami..hanya sekali dia pernah buat aku terasa hati..kerana dia meninggikan suara padaku..tapi,waktu tu..aku sekdar menangis di dalam diam dan memujuk diriku..aku tahu..dia tidak sengaja meninggikan suaranya padaku..dan aku juga tidak mahu dia rasa bersalah krn buat aku terasa hati..Oleh kerana aku seorang yang mudah terasa hati..dan aku menganggap ia adalah kelemahan diriku dan aku masih dalam proses untuk belajar memahami sikap orang lain..

“Mengamuk tak tentu pasal..bukanlah satu sifat yang baik sayang..awak perlu ubah kelakuan awak..kalau tak..nanti..dah kawin..lagi susah..tiap-tiap hari suami awak kene amuk dengan awak…hihi..”

“Hmmm…tulah..huhu..”

"Takpe..awak cube latih sikit-sikit untuk buang sifat tu ye?Emm..Awak tahu apa yang boleh membantu kita membuang sikap panas baran atau pemarah dalam diri kita??”

“Emm..agama..”

“Ye..betul..agama..kita perlu berbalik semula kepada Al-Quran dan Al-Hadith..
Hanya dengan memahami dan mendalami ilmu agama sebaiknya bisa membentuk akhak dan peribadi dalam diri seseorang..sebab itu..kalau kita belajar ilmu agama sekalipun ada tiga ilmu asas yang seharusnya kita hadam..pertamanya..ialah kita perlu belajar ilmu aqidah, seterusnya dengan aqidah itu maka kita beralih pula kepada perkara ibadah dan penyempurnaan dalam perlaksaan ibadah dengan sendirinya akan membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang manakala pembelajaran ilmu tasawuf pula adalah rangkuman bagi ksemuanya dan ada yang mengatakan akhlak itu termasuk dalam ilmu tasawuf kerana dengan mempelajari ilmu menyucikan hati ini dapat membentuk akhlak seseorang zahir dan batin dan mencapai tingkat hati yang sentiasa berzikir kepada Allah ..dengan zikir..ia bisa menundukkan nafsu dalam dirinya..akan lahir hati yang bisa merasai kehadiran Allah setiap saat..hati yang merasa gerun tiap kali nama Allah disebut dan akhirnya terbentuklah jua diri seorang manusia yang terjaga akhlaknya zahir dan batin..

“Saya tahu umi…tapi..saya tetap tak dapat ubah perangai panas baran saya..”

“Baiklah..macam ni..sekaranag..awak tahu kan..yang awak seorang yang panas baran..mudah mengamuk..bila ada yang tak kena..awak tak dapat kawal rasa marah awak..habis semua keluar..Jadi..lepas ni..bila awak rasa nak marah..awak istighfar dulu..cuba kawal perasaan marah awak..tarik nafas dalam-dalam..atau awk ambil wudu’..awak tahu kan..kemarahan itu umpama api..dan syaitan diciptakan dari api..fahami 4unsur yang membentuk dalam diri kita iaitu tanah, air,api dan angin..jangan biarkan unsur api itu mengatasi akal dan hati awak..

“saya tahu..tak elok mengamuk-mengamuk..marah-marah kat orang..cakap kasar..tapi..saya tak tahu kenapa..saya kena lepaskan juga apa yang saya pendam..saya tak boleh tahan..”

“Tak salah untuk marah..tapi yang salah bilamana kita menghamburkan kemarahan..”

“Maksud umi..??”

“Menghamburkan kemarahan itu maknanya ialah kita marah dalam keadaan kita menuruti nafsu kemarahan dan tingkah kita dalam keadaan akal kita bagai tidak berfikir dan kita tidak memikirkan kesan daripada kemarahan tersebut..contohnya sewaktu kita marah tadi kita membaling barang..kita bertindak ganas..mahupun menuturkan sesuatu yang kasar..atau menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya..dari A hingga Z semuanya keluar dan kebiasaanya bila orang tenagah marah..sesuatu yang tidak ada pun boleh diadakan..kerana orang yang sedang dihuni dengan nafsu marah biasenye bertindak diluar keawarasan akal..dan mereka langsung tidak fikirkan persaan orang lain..bertambah teruk bilamana ia diiringi pula dengan keegoan diri yang memuncak..maka berlakulah perkara-perakara yang tidak diingini tika itu..contoh terdekat yang boleh kita ambil..dalam soal perkahwinan..kerna sifat pans baran suami..maka lafaz cerai dihadiahkan untuk isteri..atau kerana sifat panas baran isteri contohnya..suami pula tidak tahan dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah..demikianlah untuk situasi2 lain..

“Emm…faham..huhu..

Insyaallah umi..saya cuba ubah perangai saya..
……………………………………………………………………………….

Sahabat-sahabatku,bilamana kita membicarakan soal penyakit’Panas baran’ atau’Pemarah’ ini tahukah kalian bahawa sifat ini tergolong di dalam tingkat nafsu yang paling rendah sekali iaitu nafsu Amarah..Sepertimana yang ana terangkan dlm pembelajaran tasawwuf dalam tajuk yang lalu iaitu berkaitan dengan tingkat-tingkat nafsu..cara untuk kita meningkatkan tahap nafsu kita dari yang rendah kepada yang lebih tinggi ialah dengan berzikir..kerana hati yang sentiasa mengingati Allah..tingkah dan tuturnya sentiasa terjaga..Hal ini termasuklah dalam soal membendung rasa ‘marah’ atau ‘panas baran’..

Berdepan dengan mereka-mereka yang mempunyai sifat panas baran..banyak mengajar ana tentang sesuatu..belajar memahami hati mereka..bagaimana nak meredakan rasa marah mereka..bagaimana cara nak membantu mereka mengawal rasa marah..apa yang menyebabkan marah mereka makin memuncak dan lain-lain..

Teringat sewaktu ana tinggal diasrama..seorang sahabat telah ditukarkan ke sekolah kami kerana terlibat dgn kes menampar pelajar..jangan terkejut kerana pelajar itu adalah pelajar perempuan dan dia telah ditukar sekolah kerana kes menampar pelajar lelaki di sekolah lamanya..Pada asalnya ana tidak tahu..tapi ana sememangnya berkawan baik dgn sahabat tersebut..Ye!Sifat panas barannya sememangnya jelas kelihatan..dan sifat itu menyebabkan ramai yang tidak menyukainya..Apa yang membahayakan ialah bilamana dia marah dia akan membaling barang atau menghentak sesuatu..

Sebenarnya, mereka2 yang mempunyai sifat ini..bertindak seolah-olah diluar kawalan..dan ia adalah satu tindakan secara drastik..Ana sendiri pernah berbual-bual dgn sahabat ana itu..dan dia sendiri pernah meminta ana untuk mengingatkan dia supaya bersabar bila dia marah krn dia tahu dia tidak dapat mengawal perasaannya..

“Mereka-mereka yang punya penyakit ini tak seharusnya dibenci..tapi dengan rasa kasih dan sayang mereka perlu diajar bagaimana mengawal rasa marah..”

Persoalannya.. bagaimana cara untuk mengawal rasa marah??

1) Mereka-mereka yang punya sifat ini semestinya memahami diri mereka sendiri..apa yang menyebabkan meraka marah..tahap kemarahan mereka..dan apa yang biasanya mereka lakukan bila mereka marah (cth:membaling barang,menghentak meja..menutur yang kesat)..

Adalah amat penting untuk mengenal dahulu agar akhirnya kita bisa membendung permslhan ini dari awal..sebelum nafsu marah itu benar2 sudah memuncak..

2) Apabila merasakan hati sudah terbakar dan nafsu marah sudah mula memuncak maka tindakan untuk pertamanya ialah istighfar dan tarik nafas dalam-dalam..

3) Andai masih belum hilang maka ambil wudu’..atau baca dan dengar Al-Quran..

4) Andai masih belum hilang..maka wajar untuk duduk jika ketika marah ia berdiri..dan wajar untuk berbaring jika tika marah ia berkeadaan duduk..

Kebiasaanya selepas perkara-perkara diatas dilakukan, kita sudah dapat meredakan sedikit perasaan marah tersebut..Namun,membendung rasa marah bukanlah sama dengan membuang atau mengurangkan sifat panas baran..kerana marah adalah perasaan manakala panas baran adalah satu sifat..Nak atau tidak kesedaran tentang keburukan sifat tersebut adalah paling utama untuk difahami oleh mereka-mereka yang punya penyakit ini..dan usaha untuk membaiki diri menjadi lebih baik seharusnya diteguhkan..

Walau bagaimanapun,pada pandangan ana sendiri…cara yang paling berkesan untuk membendung penyakit’panas baran’ ini ialah mereka yang punya penyakit ini sendiri perlu lebih mendalami ilmu agama..perlu semakin dekat dgn Allah..tingkatkan amal ibadah..fahami ayat-ayat Allah..perbanyakkan zikir..baca buku-buku sirah yang mengisahkan teladan Rasulalllah SAW contohnya dan insyaallah..dengan izin Allah..sendirinya tanpa kalian sedar kalian sudah bisa mengawal rasa marah atau sifat panas baran tersebut..sudah bisa menundukkan nafsu amarah dalam diri kalian..malahan sudah tidak ada rasa marah sebaliknya membentuk diri yang sabar dan andai marah sekalipun..marah dalam keadaan yang sopan dan berhemah..bukan dgn menurut nafsu kemarahan..

Ingat sahabat-sahabatku..menuturkan perkataan yang tidak elok kepada orang lain bukanlah satu kelakuan yang baik..dan Islam tidak mengajar kita berkata yang kasar kepada orang lain sekalipun kepada orang kafir..Demikian bagaimana Islam begitu menganjurkan untuk kita menjadi muslim yang berakhlak mulia..

Firman Allah di dalam surah Al-Fathir : 10

Barangsiapa yang ingin mencari kemuliaan, maka kemuliaan itu seluruhnya kepunyaan Allah.KepadaNya naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang baik itu dimuliakan oleh Tuhan.Mereka yang merencanakan kejahatan mereka akan mendapat siksaan yang sangat(keras) dan rencana mereka akan gagal.

Firman Allah di dalam Surah Ibrahim : 24-26

Tidakkah engkau lihat, bagaimana Allah membuat perumpamaan:Perkataan yang baik adalah sebagai pohon yang baik, uratnya teguh dan cabangnya menjulang tinggi.

Menghasilkan buahnya setiap masa dengan izin Tuhannya.Dan Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia supaya mereka mengerti.

Dan perumpamaan perkataan yang buruk adalah sebagai pohon yang buruk ,uratnya terbongkar dari bumi dan tidak dapat berdiri tegak.

Berbalik kepada soal’marah’..

Di dalam hadith yang bermaksud:

‘Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW..berilah wasiat kepadaku..sahut nabi: Janganlah engkau marah kemudian ia mengulangi beberapa kali..Sabda baginda:Janganlah engkau marah.(Diriwayatkan oleh Bukhari)

KEMARAHAN BUKAN MENAMBAHKAN KEBAIKAN TETAPI MEMBURUKKAN KEADAAN


Perintah ‘Jangan marah’ di dalam hadis ini bukanlah bermakna kita langsung tidak boleh marah atau perlu melenyapkan terus rasa marah tetapi apa yang tidak dibenarkan ialah jangan terlalu menurut nafsu kemarahan..kerana kemarahan juga adalah salah satu tabiat manusia yang tak mungkin dihapuskan..
Terdapat beberapa keadaan dimana marah itu dibolehkan iaitu marah yang kena pada tempatnya..marah yang tidak menurut hati dan perasaan atau untuk tujuan membalas dendam..dan kemarahan kerana kebenaran atau perkara-perkara yang dilarang agama..namun, kemarahan itu juga hendaklah dengan cara yang sopan..

JANGANLAH PULA DIAM KALAU KEHORMATAN PERIBADI DAN AGAMA DIHINAKAN DAN DICEROBOHI ORANG

Sahabat-sahabatku demikianlah bagaimana Islam mengajar kita membentuk akhlak dan peribadi yang baik..Rasulallah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud :

“Kenapa engkau tidak faham??Elok perangai itu ialah engkau tidak usahlah marah jika engkau upaya..

Di dalam hadith ini dengan jelas Rasulallah SAW mengatakan bahawa keelokan perangai itu adalah dengan menahan rasa marah kerana ketiadaan marah adalah punca elok perangai dan kelakuan seseorang..

………………………………………………………………………………………
Kata-kata Nabi Isa a.s kepada Nabi Yahya a.s :

Bila ada orang yang mengatakan kesalahan engkau maka katakanlah itu sememangnya dosa yang saya tetap ingat dan kerananya saya minta keampunan kepada Allah..Jika ada orang yang mengatakan suatu yang tidak ada pada engkau maka bersyukurlah kepada Allah kerana dia telah membuat kebaikan kepada engkau dengan menghina engkau.

Amru b. Al-‘As berkata :
Saya bertanya kepada Rasulallah bagaimana cara supaya saya tidak dimurkai Allah??Jawab Rasulallah SAW: jangan marah

Sesetengah hukama’ berkata :
Lebih baik sebuah kapal dipukul gelombang hingga hilang pedomannya dari seorang pemarah sebab walaupun kapal rosak orang yang melihatnya masih terasa sayang dan pilu hati. Tapi, orang yang marah bertambah ditolong, bertambah berang, bertambah dicegah bertambah garang hingga orang jemu memandangnya..

Iman Al-Ghazali juga ada berkata :
“Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Sesetengahnya ada yang lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang..ada juga yang lambat marah dan lambat pula redanya manakala satu golongan lagi adalah mereka yang lambat marah dan lekas pula hilang(yang terpuji)

KEMARAHAN MELENYAPKAN SAMA SEKALI KEBENARAN DAN MENJADI PUNCA KEBURUKAN

Sidang pembaca yang dirahmati Allah..
Demikianlah beberapa hadith dan kata-kata hukama' yang boleh kita jadikan panduan dalam kita mengenal dan membendung nafsu kemarahan...Ingat sahabat-shabatku, pembentukan akhlak dalam diri setiap muslim itu adalah sangat penting kerana akhlak baik yang ditonjolkan dalam diri seseorang itu mencerminkan keperibadian muslim yang sebenar..Bersama-samalah kita kembali kepada Al-Quran dan hadith..betapa banyakknya ayat-ayat Allah yang boleh kita jadikan panduan untuk mendidik akhlak diri kita sendiri..

Contohilah juga akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Rasulallah SAW..baginda seorang yang begitu lemah lembut dan tidak sesekali marah sekalipun orang berbuat jahat pada baginda..Akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Rasulallah SAW inilah yang telah banyak menarik orang-orang kafir untuk memeluk Islam..Subhanaallah..Maha Suci Allah..

Untuk akhirnya..janganlah pula kita lupa untuk berdoa kepada Allah agar Allah membentuk akhlak yang baik dalam diri kita..doakanlah setiap kali selesai solat..insyaallah..akhlak mahmudah itu yang akan membentuk diri kita..dan kita terlindung dari sifat-sifat yang mazmumah..bagi mereka-mereka yang mahu berusaha untuk membuang sifat pemarah atau panas baran itu..maka doakanlah juga agar Allah membantu kita..insyaalllah sahabat2ku..andai hati kita benar..andai jiwa kita tulus..maka Allah akan sentiasa bersama-sama kita..

Sekian dariku,
Waallahualam..

Saturday, November 7, 2009

MENGASUH ANAK

hazim..pandang depan sayang!!nanti ke lain pulak pergi keretanya..
Anak-anak adalah amanah Allah..Setiap pasangan suami isteri semestinya mendambakan kehadiran anak-anak yang melengkapkan kehidupan rumahtangga ..kehadiran anak-anak semestinya memberi semangat baru buat si ayah untuk bekerja dengan lebih gigih... begitu juga buat si ibu untuk menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak..
Mengasuh anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah.. Walau bagaimanapun, pengalaman selama dua hari menjaga anak buahku..adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat diriku..bukan aku tidak biase dengan budak-budak..mendodoikan anak-anak sepupu di atas pangkuan mahupun menyuap mereka makan adalah perkara biasa bagiku sehingga aku sering diusik oleh bapa-bapa saudaraku sudah gaya isteri orang..

Tapi, pengalaman menjaga anak buahku selama dua hari sewaktu ibu bapanya bekerja sememangnya sesuatu yang aku impikan..Insyaallah,hari ini aku berminat untuk berkongsi dengan kalian pengalamanku manjaga anak buahku selama dua hari..semoga pengalaman tak seberapa ini dapat dijadikan panduan untuk pembaca dalam menjaga mahupun mengurus anak-anak..

adegan hazim yang merajuk dan minta dipujuk..
……………………………………………………………………………………………….

“ Hari esok angah jaga hazim ye..”Boleh??Tanye alongku..
“ Ok..angah tak kisah..”



Sebelum aku sampai di rumah along..ibuku sememangnya menyarankan untuk aku menjaga anak saudaraku..Kebiasaannya alongku akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh tetapi aku rasa alongku lebih selesa aku menjaga anaknya di rumah dari dihantar ke rumah pengasuh kerana katanya anak pengasuh agak kasar dan khuatir hazim mengikut..aku menerimannya dgn rela hati..walaupun pada asalnya timbul juga rasa takut krn aku tahu anak buahku itu bukan calang2 orang boleh menjaganya..tambahan dia sudah lama tidak melihat aku..tapi..malam sebelumnya..aku sudah cuba menawan hatinya..aku bertanyakan along perihal hazim..supaya mudah aku menjaganya esok..along memberikan sedkit panduan tentang aktiviti harian hazim dan apa yang harus aku lakukan..

“Ada tiga sebab hazim menangis..sama ada dia nak tidur..nak susu..atau dia tak selesa sebab berak..kata alongku..


Hari pertama(Khamis)


Pada pukul 6.00pagi lagi buah hatiku itu sudah bangun..mama dan abahnya pula sudah sibuk bersiap untuk pergi kerja..kebiasaannya hazim akan tidur semula tetapi pada hari itu..agak lambat pula dia melelapkan mata..melihat mamanya bersiap-siap ke tempat kerja..dia seakan sudah faham bahawa dia akan ditinggalkan..


“ Hazim..hazim tinggal dengan mak ngah ye hari ni..hazim tak g rumah pengasuh tau!
alongku cuba bercakap-cakap dengan anaknya..

Komunikasi antara ibu dan anak adalah sesuatu yang sangat baik..sekalipun mungkin anak-anak kita belum faham atau belum pandai bercakap tetapi sebagai ibu atau ayah tak salah untuk kita bercakap-cakap dengan anak-anak..insyaallah..dengan izin Allah..anak-anak kita akan faham..


Mendengar kata-kata mamanya..hazim mengamuk di dalam buai..dia menangis-nangis dan menunjukkan rasa protesnya..alongku pula sudah lewat..dia terpaksa pergi..


“ Pegilah lah along..takpe..angah jaga..”

Along terus membuka pintu dan menaiki motosikal ke tempat kerja..Tangis hazim semakin kuat..Aku pula sorang yang tak boleh dengar budak menangis..aku yang terasa sayu..


“Hazim..kenapa ni sayang??”

Ya Allah..apa yang harus aku lakukan ni..mudahkan aku menjaga anak buahku..hati kecilku berbisik..
akhirnya aku mendapat idea untuk memujuk..

“ Miow..miow..hah??hazim..kucing hazim..


Anak saudaraku terdiam..


Aku pun terus membuat bunyi-bunyi lain..bunyi lembu..bunyi ayam..bunyi burung..bunyi itik..bunyi harimau..dengan gaya-gaya sekali..anak saudaraku terdiam..dia tersenyum melihat aku.. mungkin tersenyum melihat gelagat mak saudaranya ini..

Alhamdulillah..teknik memujuk aku menjadi..melihat hazim sudah tersenyum..aku meneruskan untuk menidurkan dia..


Dalam menjaga anak-anak ni..kite kene pandai ambil hati mereka..kadang2 ..tak salah ibu dan ayah untuk berpernagai keanak-anakkan sewaktu melayan anak-anak..luangkanlah waktu untuk kita bermain dengan mereka..semoga dengan itu hubungan kita dan anak akan menjadi berrtambah erat..


“ Hazim tidur ye sayang..”

Agak lama aku berzikir menidurkannya tapi dia tetap tidak mahu tidur..

“Kenapa hazim??Hazim nak bangun??”


Aku terus mengangkat anak saudaraku..aku melihat dia tersenyum..mungkin dia nak main agaknya..aku pun melayan anak saudaraku bermain..


Sesuatu yang menggembirakan aku ialah sewaktu kami bermain bola..hazim cuba mendapatkan bola dan dia mula melangkah..hanya Allah yang maha Tahu betapa aku gembira melihat dia sudah mula berjalan..hazim sudah berumur setahun sebulan..kebiasaannnya..budak2 sebesar ini sudah pandai berjalan..walau bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan anak-anak sendiri..ada orang kata..antara dua..sama ada anak-anak akan tumbuh gigi dulu ataupun berjalan dulu.. dan hazim antara yang cepat tumbuh gigi..oleh sebab itu dia agak lambat pandai berjalan..

Setelah penat bermain..aku melihat hazim menggaru-garu telinganya..

Bila melihat anak menggaru mata atau telinga..ini adalah petanda yang dia hendak tidur..

aku terus memasukkan hazim di dalam buai..aku berzikir menidurkannya dan tidak lama kemudian dia tertidur..kira-kira pukul 8.45pagi die tidur..mungkin terlalu penat bermain agaknya..

Sewaktu hazim sedang tidur inilah..aku meneruskan tugasku untuk mengemas rumah..menyapu..membasuh pinggan dan memasak..sambil2 membuat kerja aku berlari ke tengah melihat hazim..sambil mengenjut-enjut buainya..khuatir die terjaga..along juga sudah berpesan..makin lama kita enjut buainya..makin lamalah dia tidur..lagipun risau juga tinggalkan anak sorang-sorang di depan..kita di dapur..


Pesanan untuk para ibu dan bapa..sebaik2nya jangan tinggalkan anak sorang-sorang terutamanya anak-anak yang baru lahir..kebiasannya..anak-anak kecil ni..ada benda lain yang suka mengganggu..sebab tu..kadang2 kita tengok..anak-anak kecil memejamkan mata bila dia menangis..kalau keadaan begitu ketahuilah mungkin ada benda yang mengganggu anak-anak..anak-anak yang baru lahir juga tak elok dibawak berjalan sangat..kepala mereka harus sentiasa ditutup dengan kain..dipakaikan sarung tangan dan sarung kaki..

Apapun, sebagai ibu atau ayah..banyakan doa dan mohon perlindungan Allah agar Allah melindungi anak-anak kita dari gangguan lain..tidak salah untuk si ayah dan siibu membaca ayat kursi dan tiupkn di sekiling anak-anak sambil memohon perlindungan Allah..insyaallah..Allah itu sebaik2 pelindung dan Dia Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita..

Sejam kemudian..sedang aku berfikir-fikir untuk memasak ape..aku mendengar suara hazim..terus aku bergegas ke ruang depan..khuatir dia mengamuk..atau terjatuh dari buai..


“Alahai sayang..tak sempat mak ngah nak memasak..”
“Hazim..

“Emm..bangun dah anak saudara mak ngah..”

Aku melihat buah hatiku tersenyum..senyuman itu menandakan tidurnya yang lena dan cukup..kebiasaannya..jika anak-anak menangis atau menggosok-gosok mata maknanya dia masih mahu tidur..jadi enjutkan saja buainya dan insyaallah..mereka akan tertidur semula..

Melihat hazim yang tersenyum..aku terus mengangkatnya..bermain-main buat seketika.. teringat pula aku yang hazim belum menyusu..aku pun terus ke dapur membuat susu..hazim kuletakkan di dalam basikal..


“Jap ye hazim..mak ngah buah susu ye..”

Hazim tersenyum seakan faham..


Jam sudah hampir pukul 11pagi..aku perlu mandikan hazim..hazim sudah setahun sebulan..sudah tidak lagi mandi menggunakan air yang dicampur dengan air panas..kebiasaannya..bagi bayi baru lahir..kita akan mandikan dengan campuran air panas sedikit kerana mrk masih belum tahan untuk merasa sejuk air..hazim juga aku lihat kesejukan.. cuma aku cucurkan sedikir2 airnya sambil membersihkan badan ..hinggalah ke cucuran yang terakhir baru aku cucurkan semua sambil membaca selwat..tiup sekali di telinga kiri dan kanan..khuatir masuk air dan membalutnya dengan tuala..

Hazim kuletak diatas tilam..kusapukan minyak ..urut secara perlahan-lahan..dipakaikan bedak..pampers..baju dan seluar.. diletakkan minyak rambut serta disikat rambutnya..


Sebenarnya pemakaian pampers tidak digalakkan pada anak-anak kerana ia boleh membantutkan tumbesaran terutamanya anak-anak lelaki ..jika nak dipakai sekalipun..sebaiknya..biarkan ia longgar sedikit agar ada ruang untuk udara masuk..

Urutan perlahan pada badan anak-anak juga adalah sangat baik..sentuhan kasih sayang dari seorang ibu terutamanya akan melahirkan rasa disayangi dlm diri anak-anak.. adalah amat penting untuk ibu dan ayah mempamerkan rasa kasih dan sayang pada anak-anak agar anak-anak tahu bahawa kita menyayangi mereka..Dari segi psikologi, anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang yang cukup amat cerah untuk menjadi seorang anak yang bermasalah kemudian hari..

Kebiasaannya..anak-anak yang sudah menjangkau umur setahun agak sukar untuk dipakaikan baju dan seluar kerana mereka sudah agak agresif dan akan melarikan diri..bergantung kpd kita sendiri bagaimna untuk menguruskannya..tapi,bagi tektik ana sendiri..ana akan buat2 menangis dan buah hati ana itu akhirnya menurut..

Mengasuh anak-anak??Hmm..memang kena pandai menawan hati anak-anak..

Selesai menyiapkan hazim..aku menyuapnya makan..nasi dengan berlaukkan singgang ikan yang dimasak ibunya pagi tadi..

Hanya 4 suapan sahaja dan kemudian nasinya diluah..

Sekiranya anak-anak meluah makanan bermakna mereka sudah tidak mahu makan lagi..sememangnya anak sebesar ini agak susah untuk makan..bergantung kepada kepandaian siibu untuk memujuk anak makan..aku cuba juga memujuk hazim dengan membuat ala-ala menaiki helicopter dan menyuapnya..tapi dia tetap tidak mahu..

“Takpelah sayang..nanti mak ngah suap lagi ye..”


Apabila hazim jaga..aku memang tak boleh nak buat keje..niat di hati untuk memasak terus tergendala sehingga akhirnya mamanya balik untuk berhenti rehat..hazim terus meluru ibunya..


“Angah tak sempat nak memasak along..”
“Takpelah along..angah panaskan singgang tadi je yek?


Tak terasa pulak makan singgang sahaja ..aku pun terus menggoreng telur dadar..dan membuat sambal..sebnarnya..aku kesian pada alongku..kebiasaannya waktu tengah hari..along memang tak sempat nak memasak dan makan.. bila aku ada..dapat juga aku memasak untuknya..

Selesai menghidang kami makan bersama..Melihat makanan terhidang..hazim terus meluru ke meja makan yang rendah dan sangat senang dicapai olehnya..Hazim memang pantang melihat ada makana di atas meja..semuanya nak dicapai..terpaksalah kami berjaga-jaga sambil along menyuap hazim makan..
Jam sudah menunjukkan pukul 2ptg..along perlu segra ke tempat kerja..sekali lagi hazim mengamuk..tapi aku berjaya memujuknya..kami bermain seketika dan kemudian aku menidurkan hazim..agak lama dia tidur kali ini..sewaktu hazim tidur..aku mengambil peluang untuk study..sehinggalah akhirnya hazim bangun pada pukul 4.45petang..aku terus bermain dengannya sehingga mamanya pulang..
Pada pukul 6.20petang..abang long pula balik..hazim meluru pada bapanya..minta didokong..abang long terus mendokong anaknya..suka aku melihat telatah hazim..itulah anak-anak..merekalah penyeri hati ibu dan ayah..walaupun mungkin si ayah atau siibu kepenatan..tapi,penat itu bagai tak terasa tika melihat senyuman diwajah anak..

Hari (Jumaat)
Pada hari ini,along perlu pergi awal ke tempat kerja.. seperti semalam..hazim tetap mengamuk sewaktu ditinggalkan..dan seperti semalam juga..aku membuat teknik yang sama..Cuma kali ini aku membangunkan hazim dari buaian dan membawanya keliling rumah mencari kucing kononnya sedangkan kucingnya memang tiada dan ia hanyalah teknik aku memujuk hazim..apapun,Alhamdulillah..tektik itu benar2 berkesan..
( Maafkan mak ngah hazim..menipu hazim di dalam diam..)

Melihat hazim yang sudah berhenti menangis..aku meletakkannya di dalam buai..dan alhamdulillah..selesai aku menidurkannya sambil berzikir..hazim pun tertidur..


Diwaktu hazim tidur..aku menyidai baju seperti yang diminta oleh along..kemudiannya, aku sibuk pula mengemas rumah..hari ni hari Jumaat..alongku balik awal..aku perlu segera mengemas dan memasak..


Sejam kemudian..hazim merengek..aku terus bergegas ke depan..dan mengenjut buaian..mata hazim menunjukkan dia masih ingin tidur..tekaanku tepat..selepas aku menghayun buaian ..hazim tidur kembali..


Tidak sampai 10minit..sekali lagi hazim merengek..aku bergegas semula ke depan..mengenjutnya buat seketika dan ke dapur semula..


Dalam hatiku berbisik..ya Allah biarlah sempat aku kemas semuanya ya Allah..

Tidak lama kemudian..sekali lagi hazim merengek..alhamdulillah waktu tu..aku sudah selesai menyapu sampah..Aku melihat anak buahku itu..
"Hazim nak bangun??"
Aku terus menurunkan hazim dari buaian..aku bermain2 dengan hazim buat seketika sambil menyuapnya makan kuih..hazim sangat suka makan kuih donat..bila aku menyuapnya..dia menganga mulut luas-luas dan tersenyum sambil menepuk-nepuk tangannya..mungkin dia rasa gembira kerana aku menyuap kuih padanya...aku turut tersenyum melihat gelagat anak saudaraku itu..

Teringat pula aku untuk memasak..sewaktu hazim tidur tadi..aku sudah terfikir untuk membuat nasi goreng sahaja..tapi,semuanya tergendala kerana buah hatiku sudah bangun..
Sambil bermain-main dengan anak buahku itu..aku mengajarnya..banyak perkara yang sudah boleh dilakukan oleh anak saudaraku itu..hazim sudah pandai mengangkat tangan bila kita kata..Siapa nama Muhammad Hazim Izzafran angakt tangan??dia juga sudah pandai menepuk tangan..pandai menggoyang-goyangkan badan bila mendengar org berzikir..diam apabila mendengar azan..dan yang terbaru hazim sudah pandai mengangkat tangan membaca doa..dan mengaminkan..aku juga mengajarnya mengangkat takbir dan dia sudah pandai mengikut..

Hazim juga sudah pandai menyebut perkataan yang pendek-pendek..skrg dia sudah pandai menyebut "satu" sambil menunjukkan jarinya..hazim juga sudah pandai menyebut.."mak ngah..".."tak teh.."..sudah banyak juga perkataan2 yang didengar dapat diikut oleh buah hatiku ini..

Anak-anak di dalam lingkungnan umur ini sememangnya sudah pandai meniru perbuatan orang..mereka juga mudah mengikut bila kita ajarkan sesuatu..sebab itu..adalah sangat penting bagi si ibu dan si ayah menonjolkan tingkah laku yang baik pada anak-anak dan mengajar anak menyebut sesuatu yang baik..
Selain itu, kita juga perlu sentiasa peka dengan kelakuan anak-anak..terutamanya anak-anak sebesar hazim.kerana .mereka sudah pandai mengutip benda di lantai dan kemudian terus dimasukkan ke dalam mulut..sebab itu bila anak jaga sebaiknya jangan biarkan mereka bermain sorang diri..pastikan juga rumah sentiasa berada di dalam keadaan bersih..adalah lebih baik jika si ibu dan si ayah mengajar anak-anak atau menerangkan kepada mereka tantang bahaya sesuatu benda atau kegunaanya..seperti hazim contohnya..dia sudah faham bahawa penyepit kuku digunakan untuk menyepit kuku..dan kasut dipakaikan di kaki..kebiasaanya anak-anak sebesar ini sememangnya sudah bisa faham dengan apa yang kita katakan.. bergantung kepada kepandaian si ibu dan si ayah sendiri dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang bijak dan pandai berfikir..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10tengah hari..hazim sudah menunjukkan tanda-tanda hendak tidur..aku terus memasukkan hazim di dalam buaian..Pukul 12.20tengah hari alongku balik..along menyambung menidurkan hazim..Aku pula menyambung kerjaku untuk membuat nasi goreng..selesai semuanya..aku menghidang makanan dan makan bersama-sama along..aku berbual-bual dengan along perihal anaknya..sebentar lagi along perlu ke tempat kerja semula..

Sewaktu along baru hendak pergi kerja ..hazim yang sedang tidur bangun..

Melihat mamanya bersiap..dia terus menangis dan mengamuk..

“Takpe..angah bawa hazim keluar biar dia tengok along g keje..”

Aku pun mendukung buah hatiku keluar..melihat mamanya hendak menaiki moto..hazim makin kuat menangis..

“Miow..miow..eeee..hazim..kucing hazim..”

Aku menarik perhatian hazim..

Hazim diam..

“Mioww..miow..”
Aku membuat bunyi kucing…hazimku terleka..waktu leka itulah alongku terus meninggalkan kami..
Alhamdulillah..setel satu keje..


Aku pun terus membawa hazim ke dalam rumah..kami bermain bersama..tapi,entah kenapa hazim seakan tidak mahu berlepas denganku..dia mahu aku mendokongnya…aku mendokongnya keliling rumah sambil memujuknya..

“Hazim nak apa ni sayang??”

Teringat pula aku yang hazim belum minum susu lagi..

“Hazim nak susu ye??Mak ngah buat ye..”

Aku terus mendokong hazim hingga ke dapur..

“Hazim dok kat bawah jap ye..”

Aku membasuh botol susu hazim..
Hazim menangis..

nak tak nak..aku terpaksa menuang air sebelah tangan..sambil mendukung hazim..oleh kerana air panas..aku campurkan sedikit dengan air sejuk..supaya susunya jadi suam-suam..


Kalau nak buat susu anak sebaik-baiknya biarlah airnya suam dan bukan menggunakan air yang sejuk..sepertimana kita suka minum air yang suam..begitulah juga anak-anak..kalau terlalu sejuk susunya..bukankah tidak sedap??


Sewaktu hendak mengisi susu..aku menurunkan hazim..

“Jap ye hazim..mak ngah nak isi susu ni..”

Hazim tersengih melihat aku membuat susunya..
“Ok..dah siap..Jom dok kat mak ngah..”

Aku meriba hazim diatas pangkuan sambil berzikir..

Lailaaahailallah…
Muhammadarrasulluallah..

Hazim leka meminum susunya..

“Kesian anak saudara mak ngah..lapar ye sayang??”

Satu kebahagian melihat anak berbaring di ats pangkuan sambil menyusu..Peringatan untuk para ibu atau bakal para ibu..sebenarnya..tak elok bagi anak-anak minum susu lembu..dalam islam sendiri..kita digalakkan untuk menyusu badan anak-anak selama dua tahun..sebaik-baiknya..jangan berhenti menyusukan anak..sebab kalau kita dah berhenti..kemudiannnya air susu mungkin dah tak keluar..seperti kes hazim..air susu ibunya sudah tidak keluar kerana sewaktu mak kami iaitu opah dia menjaga hazim selama satu bulan..dia tidak menyusu badan.. teringat sepupuku yang satu umur denganku dan kini sudah mempunyai dua orang anak..sepupuku itu sememangnya menyusukan anak-anaknya cukup dua tahun..bagiku..itu adalah sesuatu yang sangat baik..
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah : 233
Ibu-ibu itu menyusukan anaknya dua tahun genap bagi siapa yang hendak menyukupkan waktu menyusu itu.

Bagi,para ibu yang berkebolehan untuk menyusu anak selama dua tahun..sebaik2nya..teruskanlah..insyaallah..anak-anak juga akan jadi lebih cerdik berkat susu ibu..disamping dapat mengeratkan hubungan antra si ibu dan si anak..

Sebab itu..kalau kita g kursus kawin pun..kita sememangnya disarankan untuk merancang keluarga iaitu merancang untuk mendapat anak setiap dua tahun..andai sudah rezeki dari Allah..tidak mengapa..tapi, sebenarnya banyak kebaikan kenapa digalakkan untuk merancang antaranya ialah dari segi penyusuan sendiri dan supaya anak-anak juga dapat kasih sayang yang secukupnya.. selain dapat memulihkann kembali tisu-tisu dan urat-urat si ibu diwaktu kelahiran yang pertama..

Selesai minum susu..hazim terus bangun..dia tersenyum memandang aku..

“Hazim..sayang mak ngah..”

Hazim mencium aku..

Aduhai sayang..geramnya mak ngah dengan hazim ni…

Aku terus melayan hazim bermain-main..

Tidak lama kemudian..aku melihat hazim seakan resah..kenapa pulak si hazim ni..nak tidur lagi ke?

Akhirnya..aku berbau yang tidak menyenangkan..Aku melihat pampers anak buahku itu..

“Oooo..hazim berak ye sayang..”

Patutlah anak saudaraku resah gelisah..mungkin dia tidak selesa..

Dalam keadaan ini adalah tidak elok kita membiarkan lama..jika kita tahu anak kencing atau membuang..jangan tunggu lama-lama untuk membasuhnya..tak baik untuk kulit anak-anak..penjagaan yang kurang dibahagian punggung anak-anak terutamanya akan menyebabkan mereka mudah mendapat ruam dan kemerah-merahan kerana kulit mereka masih sinsetif..keadaan ini menyebabkan anak berasa sakit dan tidak selesa..
Aku terus ke bilik air untuk membasuh hazim..Oleh kerana agak banyak..aku terus memandikan hazim dan kemudian menyiapkannya..

Selesai semuanya..aku memasukkan hazim di dalam buai untuk menidurkannya sehinggalah mamanya pulang ke rumah..

Demikianlah serba sedikit perkongsian pengalmanku menjaga anak saudaraku selama dua hari..Sengaja ana tidak menceritakan apa yang berlaku disebelah malam..kerana pada waktu malam..kami sama-sama menjaga hazim.. Pengalaman menjaga anak buah selama dua hari mengajarku tentang sesuatu..iaitu kepentingan bagi siibu mahupun si ayah untuk sentiasa peka dengan makna reaksi dan tingkah laku anak-anak..nak menyusu..lapar..nak tidur..semuanya harus difahami..

Menjaga anak-anak memerlukan kesabaran..si ayah mahupun si ibu sendiri harus punya rasa tolak ansur antara satu sama lain dalam mengurus rumahtangga mahupun dalam menjaga anak-anak..tambahan andai si ibu dan si ayah kedua-duanya sama-sama bekerja..tanpa kesefahaman agak sukar untuk membina keluaraga yang bisa membawa sakinah, mawaddah dan barakah..sentiasalah berdoa kepada Allah dalam setiap apa yang kita lakukan agar segalanya dipermudahkan..didiklah anak sebaiknya..agar kita bisa melahirkan zuriat yang soleh dan solehah..Insyaallah..semoga kita bisa menjadi ibu dan ayah yang terbaik satu hari nanti..aaminnn…

Tuesday, October 27, 2009

MEMPERMAINKAN ATAU DIPERMAINKAN??



…………..apa rasa jika dipermainkan dan memainkan perasaan orang lain…

mesej yang ringkas pertanyaannya tapi mendalam maksudnya..pertanyaan dari seseorang yang aku anggap spt abang sendiri dan aku hormati..

Tanye umi ke??atau..salah hantar ni??

Tanye umiralah..

Baik..
Aku terus menaip.. untuk membalas..

......................................................................................................

Memang sakit bila hati kita dipermainkan..tapi,janganlah kerana itu kita menjadi rosak..pandanglah sesuatu itu dari aspek positif..mungkin..ada sebabnye kenapa ALLAH menghadirkan seseorang yang sanggup mempermainkan dan melukakan hati kite..atau mungkin juga segala yang berlaku adalah disebabkan kesilapan dan dosa kita yang lalu…Anggap segala yang berlaku sebagai satu pengalaman hidup yang menjadikan kita lebih kuat pada masa akan datang…


Mempermainkan hati orang..bukanlah sesuatu yang baik..sebab itu..kite kene berhati-hati dalam memberi harapan..Tapi,penyelesaiannya disini sebenarnya hanya satu..dan manusia pun banyak kecewa krn yang satu ini..iaitu..kita selalu menyandarkan harapan kita lebih kepada makhluk tapi kurang pada pencipta-Nya..Bukankah ALLAH yang memegang hati-hati kita..dan DIA juga yang bisa membolak-balikkan hati..kalau benar kita yakin pada apa yang Allah taqdirkan..maka bersabarlah..dan ikhlaskanlah hati..

………………………………………………………………………………………………………

Ingatlah Allah dalam hatimu..
Nescaya tiada duka untukmu..
Ingatlah Allah dalam hatimu..
Nescaya musibah dunia tiada buatmu..
Kelmarin Allah membantumu..Percayalah..hari ini..dan selamanya Allah tetap membantumu..
Jadilah hamba yang paling bahagia disisi Allah..krn Allah sentiasa lakukan yang terbaik pada hamba-Nya..
………………………………………………………………………………………………………..
“ umi…saya masih tak kuat lagi..saya rasa nak menangis..adu sorang teman padaku..biarlah aku kenal dia sebagai Siti..

“Siti..kalau awak rasa nak menangis..nangislah sepuas-puasnya..andai dgn menangis awak rasa dpt melegakan hati awak…nangislah..insyaallah..awak akan rasa lega..
Adakalanya kita perlu menangis..
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa..
Dan adakalanya kita perlu ketawa..
Agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu..
Kerana dia yang menabahkan kamu..
Bersyukur pada orang yang tidak mengendahkan kamu..
Kerana dia yang memupuk kamu berdikari..
Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu..
Kerana dia orang yang memperhebatkan kemampuan kamu..
Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu..
Kerana dia yang menguji kesabaran dan ketabahan kamu..

“ Ahad ni die kawin umi..dah sebulan lebih..saya masih tak dpt lupekan die..saya takkan maafkan die umi…sbb buat saya mcm ni…”

“siti…ikhlaskah awak pada die??apakah awak menyayanginya krn Allah??

"jika ya!maka cinta itu harus dgn hati yang ikhlas..biarlah dia..doakan die bahagia…kadang2..cinta itu menuntut pada pengorbanan..saya tak lihat die berniat untuk memepermainkan..tapi,kondisi dia sebagai lelaki yang berkeinginan untuk bernikah.."
"sabar..sabar..sabarlah..dekatkan diri pada Allah…Bacalah Surah Ar-Rahman..bacalah Al-Fatihah..sedekahkan pada roh awak..dan klu awak mahu sedekahkan juga pada roh die..buatlah solat taubat..mohon keampunan pada Allah..buatlah solat hajat..mohon kekuatan pd Allah..buatlah solat istikharah..mohon petunjuk dari Allah ats segala y berlaku..dan moga diberi ketenangan hati..

Aku melihat sahabatku itu menaip sesuatu di dalam handphonenye..
“Apa tadi umi??”
“Ikhlas..sabar..buat solat hajat..istikharah…”

Aku mendengar bait-bait yang keluar dari mulutnye…

(Hati kecilku berbisik…Ya Allah..die g salin apa yang aku cakap..simpati aku pd temanku..aku nmpk kesungguhan dlm hatinya untuk melupakan segala yang berlaku…kuatkanlah hati sahabatku ya Allah..)

Sakit..memang sakit jika dipermainkan..tapi,sabarlah dan anggaplah ia sebagai ujian..redholah atas segala yang Allah taqdirkan..inilah antra sebab knpe aku selalu smpikan pada sahabat2 dan adik2 halaqahku..spye jgn menyandar hrpn pd manusia..sandarlah segalanya pada Allah..kita tak tahu apa yang berlaku pada esok hari..hanya Dia Yang Maha Tahu..
andai kita sandarkan kasih dan sayang kpd manusia…maka akan terbinalah kasih sayang yang hanya akan bisa tumbuh jika bermesej setiap hari..jika bertelefon berjam-jam lamenye..jika keluar dating bersama..akan lahirlah golonga lelaki yang sanggup berhabis wang hanye krn cinta dan kasihnya pada kekasihnya..krn kita takut nanti die lari..nak pancing hati..sbb nanti..kalu tak buat mcm tu..nanti takde rasa kasih dan sayang..
Saudara-saudaraku..

Andai itulah makna kasih dan sayang dalam hati kita..maka jangan pelik bilamana kita melihat ramai yang tertonggeng dan tergolek krn kecewa..krn kekurangan kasih sayang..
Selagimana belum bernikah..maka die bukan sape2 kita..sandarkan segalanya pada Allah..Even sudah berkawin sekalipun..cinta dan kasih suami isteri itu juga harus disandarkan pada Allah..krn Allah pemilik segala hati..dia yang memberi rasa kasih dan cinta..die juga yang bisa men ghilangkan..tapi cinta dan kasih yang ditunjangkan dgn rasa kasih dan cinta kpd Allah..takkan pernah luntur..takkan pernah berubah..krn cinta dia krn Allah..”

“Saya suka duduk dengan umira..rasa macam nak tinggal kat sini je..umira bercakap dan memberi penyelesaian dari aspek agama..

"Siti..setiap apa yang berlaku dlm hidup kita..maka itu adalah perancangan Allah..andai kita memahami akan hakikat ini..kepada siapalah utk kita berbalik..melainkan pada DIA.."
"Saya rasa cemburu tgk housemate saya sume gayut kat telefon..bahagia je dgn gewe mrk.."
"Astaghfirullahalazim siti..itukah matlamat awak??untuk gayut2 dgn lelaki..sekdar suke-suke..matlamat awak xjelas siti..awak xtahu apa makna cinta dan perkahwinan...maka saya tak pelik andai Allah menguji awak dgn sume ni..."(ya!aku menjumpai punca permasalahan..)
"Untuk soal gayut2 kat telefon..awak tahu Siti…bila sy tgk org gayut kat handphone berjam-jam lamenye..melembut2kan suara berckp dgn psgn..ym sehingga pukul 3,4 pagi..saya pasti akan menangis siti…”
“kenapa???”

“Entah..saya rasa sedih..saya kasihan pada perempuan itu..dan kasihan pada lelaki itu..betapa lelaki dan perempuan yang sedang bergayut itu..benar2 dlm kesesatan yang amat nyata..diselubungi dgn nafsu..dan syaitan melonjak2 kegirangan..saya kasihan pada lelaki itu..lemah krn perempuan..dan saya kasihan pd perempuan itu..krn menjadi perempuan y melemahkan lelaki..”

"Siti..banyak lelaki lemah krn perempuan..tapi,janganlah kita menjadi penyebab untuk mereka jatuh..tapi yang mmebri kekuatan utk mereka…krn seorang isteri itu adalah sayap kiri suaminya..andai kita yakin untuk die menjadi suami kita..atau si lelaki yakin..utk wanita itu menjadi isterinya..maka kita pasti tidak mahu bakal suami atau bakal isteri kita lemah atau mandapat dosa krn kita..carilah cinta yang mendekatkan kamu dan pasanganmu kpd Allah..bukan yang menjauhkan kamu dari Allah..

“entahlah siti..saya ni..ada enam orang adik2 lelaki kat rumah..sepertimana saya jaga adik-adik saya..spt itu jugaklah saya tak suka melihat lelaki yang lemah krn perempuan..

“Umira tak b’ckp dlm telefon dgn lelaki??”
“Tak..krn itu sbnrnye prinsip saya..dan saya tak izinkan lelaki telefon saya pd benda2 yang mengarut..melainkan dgn ada tujuan atau atas sebab keje atau sesuatu urusan..

“perempuan itu lemah siti..tapi,kelemahan perempuan itulah kekuatannya...dan byk lelaki tersungkur krn kelemahan prmpuan yang satu ini..”

“Kita kena ada matlamat yang jelas siti..disitu letaknya kematangan kita dlm berfikir..Sebagai sorang wanita contohnya..kita harus tetapkan mtlmt yang jelas mahu menjadi sorang isteri krn Allah..dan bagi lelaki juga begitu andai mahu menjadi sorang suami..jadilah sorang suami krn Allah..apakah keinginan yang ada dlm hati kita bile berkawin??kita pasti nak anak sendiri kan?nak anak yang soleh dan solehah..yang boleh mendoakan kita..dan kalau saya..saya nak lahirkan zuriat yang menjadi pejuang utk Islam..tapi, apakah sume ni akan tercapai siti..andai zuriat kita itu lahir dari benih ibu dan ayahnya yang lalai dgn cinta nafsu..lahir dari cinta terlarang..lahir dari cinta ibu dan ayahnya yang bergelumung dgn dosa dan kemaksiatan??

"Ok..saya faham..cinta kerana Allah itu..harus dgn hati yang ikhlas.."

"Bukan sekadar ikhlas siti..tapi cinta yang terjaga..cinta yang meletakkan Allah teratas dlm setiap perlakuannya..cinta yang terlindung dari maksiat dan dosa.."

"Tapi..bisakah manusia hari ini menjaganya.."
"Tidak..andai kedua-duanya tidak benar-benar kuat.."
"Tidak..andai kedua-duanya tidak benar-benar memahami Islam.."
"Tidak..andai ia tidak hadir dgn keimanan dan ketaqwaan..
"Tidak..andai kedua-duanya tidak tahu matlamat yang jelas utk berkawin.."

……………………………………………………………………………………………………
Maka kerana itulah...manusia hari ini ramai yang kecewa krn merasakan diri dan hatinya dipermainkan???Dan
kerana itu jugalah lahir golongan yang tidak rasa berdosa saat die mempermainkan hati orang..

MEMPERMAINKAN??ATAU DIPERMAINKAN??

Tiada kekecewaan dalam hal ini..yang ada hanyalah tawakal..yang ada hanyalah sandaran pada Allah..yg ada.. hanyalah keyakinan pada apa yang Allah taqdirkan..

Muhasabah kembali diri kamu..apakah kasih yang kamu bina itu terjaga atau tidak??halal atau haram??diselubungi dgn nafsu atau terjaga??menyebabkan kamu lalai dlm solat ataupun tidak??mendekatkan diri kamu kpd Allah atau menjauhkan..
Andai ya!kamu lalai..maksiat..tak terjaga..nafsu..zina..zina mata..hati..tangan..kaki..maka bersyukurlah..mungkin ujian itu Allah anugerahkan kpd kamu krn Allah ingin menyedarkan diri kamu supaya kembali padanya..dan merenung dosa dan kesilapan kamu yang lalu..
p/s: segala apa yang ana kongsikan disini adalah sebgai renungan kite bersama..bukan utk mengaibkan sape2..ia cukup sekdar cerita buat pengajaran kite bersama..krn ini adalah realiti yang berlaku dlm kehidupan kita sekarang..waallahualam..

Thursday, October 22, 2009

RINTANGAN DALAM BERDAKWAH??KUATKAN HATIMU DUHAI PADA DAI'E!!!


Sudah beberapa hari ana mencari-cari tajuk yang ingin dikupas buat mengisi blog yang sudah hampir seminggu sepi tanpa berita..


Oh Tuhanku..apakah yang mahu aku tulis sebenarnya..terlalu banyak yang berlegar-legar dikepalaku.. namun masih tercari-cari mana yang terbaik..jari-jemari ini sudah bersedia namun entah kenapa hati bagai tak bisa melakar kata..


sehinggalah ana terbaca satu olahan dari Sheikh Mustafa Mashor dari bukunya ‘Thariqud Dakwah atau dalam bahasa melayunya disebut ‘jalan dakwah’..tajuknya sahaja sudah buat hati ini tertarik..insyallah..akan ana kongsikan disini..


Sahabat2ku,

Bilamana kita membicarakan soal dakwah..ia bukanlah sesuatu yang baru didengar dek telinga..sejak zaman Nabi-nabi terdahulu dakwah ini sudah bermula..malahan cubaan dan rintangan yang dilalui oleh Rasul-rasul Allah lebih getir berbanding da’ie-da’ie masa kini..tetapi,kenapa agaknya kita masih tak bisa menongkah dunia seperti dahulu..disaat kegemilangan Islam..sukarkah untuk berdakwah??
Ya! Jalan dakwah bukanlah satu jalan yang mudah..Ia merupakan satu jalan yang mulia dan mahal.. ia adalah jalan menuju syurga dan diredhai Allah..kerana jalan ini menuntut keihlasan dan pengorbanan yang besar..ia menuntut kesabaran dan keyakinan yang teguh..tanpa kekuatan dalaman ini maka tidak hairanlah ramai yang sudah tersungkur dimedan dakwah sedang masih digaris pemula..

"Hai Tuhan kami, tetapkanlah tapak-tapak kaki kami di atas jalanMu".

Saudara-saudaraku seperjuangan,

Jalan dakwah bukanlah jalan yang ditaburi bunga-bunga yang mewangi..bukan juga jalan yang menghambur kemewahan duniawi..mahupun jalan yang bisa dilalui dengan hanya duduk di kerusi sedang ia bergerak sendiri..tetapi jalan dakwah itu adalah jalan yang memerlukan kecekalan dan kesungguhan..jalan yang dipenuhi pelbagai rintangan dan cabaran yang menghalang.. Malahan penyelewengan juga mungkin terjadi sehingga orang yang berjalan di atas jalan ini juga turut menjauh diri..

Maka, adalah menjadi tanggungjawab bagi seorang Muslim yang benar2 beriman kpd Allah dan Rasulnya.. untuk mencari jalan dakwah yang hendak dilaluinya..Bagaimana untuk berdakwah??siapa yang harus didakwah??strategi untuk berdakwah??apa yang ingin didakwahkan??Pengetahuan dalam berdakwah dan segala-galanya harus dikhatam agar bisa menjadi dai’e yang tetap teguh di atas jalannya..mempunyai kesedaran dan keyakinan yang kuat dan supaya tidak mudah tergelincir dan terpesong..mahupun tersungkur dengan hanya satu halangan..

Ya!Terlalu banyak rintangan yang dihadapi dalam mengharungi jalan dakwah..namun,inilah yang dikatakan dengan ujian..kerana rintangan ini juga sebenarnya dalah ujian dari Allah..kadang-kadang..ia hadir tanpa kita duga..ia melintang di tengah-tengah jalan dakwah..saat kita mungkin tika itu sedang ghairah mencari mad'u..ia merintangi para da'ie.. menahan para pendakwah dari berdakwah.. melemahkan keazaman yang kuat pada awalnya..ia mengelirukan fikiran dan merosakkan usaha dan hasil dakwah yang dibina selama ini..tapi, inilah ujian yang Allah anugerahkan buat para dai’e krn dgn ujian ini juga menjadi penilai buat para dai'e sama ada dengan ujian ini mereka akan tetap teguh berdiri ats jalan Allah atau berpaling membawa diri krn tidak tahan dengan rintangan yang dihadapi..

Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut:1-3
"Alif Lam Mim. Adakah manusia menyangka bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta".(Al-Ankabut: 1-3)

Bilamana kita membiacarakan tantang jalan dakwah..nak atau tidak inilah jalannya..inilah rintangan dan cabaran yang perlu kita tempuh..inilah taruhannya dan kerana itu sebagai da’ie kita seharusnya tegar dalam melalui rintangan2 ini..

Terdapat pelbagai rintangan yang mungkin dihadapi..dan rintangan pertama yang bakal ditempuh ialah bilamana manusia-manusia mahupun orang yang didakwah itu sendiri menjauhi dakwah..dan bertambah berat bilamana mereka-mereka yang berdakwah itu pula meninggalkan dakwah kerana putus asa dakwahnya tidak mendapat sambutan..atau tidak membuahkan hasil..

Sahabat-sahabatku,
andai rintangan yang pertama ini kita sudah tersungkur dan lemah maka percayalah amat sukar untuk kita bangkit kembali..krn telah gagal disaat hanya sedikit berganjak dari garisan pemula..
Ya!Mengajak manusia ke jalan Allah bukanlah sesuatu yang mudah..krn jalan dakwah ini adalah jalan yang dipenuhi dengan segala perkara yang dibenci oleh hawa nafsu..Sudah semestinya amat sukar untuk menyampaikan ayat-ayat Allah pada manusia yang sedang dibelenggu dengan nafsu mahupun terlalu menuruti nafsu..namun ia bukanlah sesuatu yang seharusnya menjadi penghalang untuk kita terus berdakwah..sebaliknya, jadikanlah ia sebagai satu cabaran untuk kita tetap teguh dalam berdakwah..

Oleh sebab itu, sebagai seorang da’ie maka adalah menjadi kewajipan untuk kita mempersiapkan dan memantapkan diri agar tetap dengan jalannya..Sabar..sabar..dan teruslah bersabar dalam menyampaikan dakwah..Andai kita merasa lemah dan putus asa hanya kerana dakwah kita tidak menjadi atau tidak mendapat sambutan maka ingatlah dan kenanglah kembali sirah Nabi-nabi terdahulu..bagaimana sabar dan teguhnya para Rasul Allah dalam berdakwah kepada masyarakat yang tika itu sememangnya jahil dan tidak bertamadun.. contohnya ialah dari sirah perjuangan baginda Rasullah SAW sendiri bagaimana tegarnya hati baginda untuk terus berdakwah..baginda menawarkan diri untuk berdakwah kepada kabilah-kabilah dan suku-suku bangsa Arab di pasar-pasar walaupun mereka berpaling dari baginda. .Bahkan, baginda turut diejek-ejek oleh mereka..namun,baginda tetap tidak berganjak demi membawa agama Allah..baginda sanggup merantau jauh demi menyebarkan Islam dan sanggup juga mengalami berbagai kesulitan selama menyampaikan dakwah Islam...

Begitu juga dengan keteguhan hati Nabi Allah Nuh a.s yang berdakwah selama 950 tahun lamanya tetapi hanya sebahagian kecil sahaja yang beriman kepada Allah dan Rasulnya..tetapi Nabi Nuh a.s tidak pernah berputus asa sehinggalah Allah menurunkan banjir besar kepada kaumnya yang engkar itu..maka musnahlah ummat yang derhaka itu bersama-sama anak dan isteri Nabi Nuh sendiri..

Firman Allah:

“Nuh berkata: 'Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sombongnya. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka kepada iman dengan terang-terangan kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan rahasia". (Nuh: 5-9)
Sahabat-sahabatku, demikianlah sabar serta bersungguh-sungguhnya nabi Allah Nuh tatkala menyeru kaumnya kepada Allah..dia menyeru siang dan malam, secara rahsia dan terang-terangan tanpa jemu dan putus asa..namun,kita yang mungkin hanya sekelumit waktu berdakwah sudah berkira-kira menghitung masa..sudah mula berputus asa tatkala ditempelak dan dihina..”Oh Tuhan kami..ampunilah kami ya Allah..”

Saudara-saudaraku,

ana suka untuk membawa kalian bersama-sama mengambil pengajaran dari kisah nabi Yunus..dimana Nabi Allah Yunus telah meninggalkan kaumnya disaat kaumnya masih dalam kesesatan kerana tidak menyambut seruannya..lalu Allah memberikan pengajaran kepadanya bilamana Nabi Yunus ditelan oleh ikan Nun dan akhirnya Nabi Yunus mengakui kesilapannya dan bertaubat kepada Allah..

Kisah ini sebenarnya sudah cukup untuk menjadi pengajaran buat kita agar tidak lari dalam menjalankan tugas dakwah..

Sahabat2ku, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada manusia..tetapi,tidaklah pula kita dipertanggungjawabkan akan keberhasilannya melainkan hanya Allah s.w.t. saja yang berkuasa memberi hidayah..

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi hidayah kepada seorang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada orang yang dikehendakiNya". (Al-Qasas: 56)

Ingatlah duhai sekalian para pejuang agama Allah..
tatkala kita menyeru manusia kepada Allah dan orang itu menerimanya dengan segera..ketahuilah kita bahawa semuanya itu adalah semata-mata karena kurnia dari Allah dan janganlah pula kita menyangka bahwa sambutan mereka yang pertama itu telah mencukupi dan memadai untuk meneruskan dan mengekalkan kesadaran mereka terhadap tugas mereka kepada Allah dan kepada Islam tetapi kitalah yang seharusnya terus membimbing dan membantu mereka supaya mereka terus berjalan di atas jalan yang lurus.

Sebaliknya, jika mereka menolak dakwah dan berpaling..maka janganlah kita terlalu mudah berputus asa kerana mungkin pada satu hari mereka akan teringat dengan apa yang kita serukan kepada mereka lalu mereka sedar dan kembali kepada jalan Allah dan tika itu..kita hanyalah cukup menjadi faktor penyebab kepada hidayahNya sedang Dialah yang Maha Memberi Hidayat..

Tetapi,andai mereka itu terus mabuk di dalam kesesatan dan kebodohan walaupun setelah diberikan berbagai hujah, maka janganlah kita berasa gusar kerana kite sebenarnya telah menunaikan kewajiban kite terhadapnya.
Rintangan kedua yang ditempuh dalam jalan dakwah ialah cibiran, hinaan dan ejekan..Ya!sudah menjadi tabiat diri manusia kita akan mudah marah apabila diejek dan diganggu oleh orang lain..Namun, dalam hal ini wajib kita melatih diri supaya tegar menerima segala gangguan, ejekan dan hinaan yang tersebut. Segala hinaan dan ejekan ini sebenarnya tidak sedikitpun mengurangi darjat kita..sebaliknya mungkin disitulah terletaknya pahala Allah buat kita..Marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulallah SAW sebagai contoh teladan yang baik yang seharusnya kita ikut bagaimana sabarnya baginda dalam menerima berbagai ejekan dari kaum musyrikin..baginda telah dilemperkan dengan pelbagai tuduhan palsu malah baginda dituduh sebagai pendusta, tukang sihir dan orang gila. Lebih dari itu ,bilamana kaum Musyrikin Makkah ini turut mengganggu, menyiksa, mengusir baginda dari negerinya dan akhir sekali mereka menawarkan kepada baginda berbagai kemewahan hidup yang istimewa, tetapi semua itu tidak langsung menggugat hati baginda untuk terus berdakwah bahkan baginda terus mengembangkan dakwahnya dengan lebih giat lagi sambil berdoa kepada Allah supaya Allah memberi hidayah kepada mereka-mereka yang menghinanya, dengan bersabda:
"Hai Tuhanku berikanlah petunjuk kepada mereka karena sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui".

Akhirnya, dengan cara yang bijaksana inilah Rasulullah s.a.w. telah berjaya menawan beberapa hati yang tadinya tertutup dan menarik beberapa manusia kepada Islam yang tadinya berpaling dari baginda dan yang selama ini menentang baginda. .
Firman Allah yang bermaksud:

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru manusia kepada Allah dan beramal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri". Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Dan tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar". (Fusillat: 33-3).

Rintangan ketiga yang mungkin bakal ditempuh ialah rintangan dari segi penyiksaan sama ada penyiksaan terhadap jasmani, rohani, gangguan terhadap harta, ahli keluarga dan masyarakat, mahupun pemerintah yang sedang berkuasa yang zalim.

Sekalipun musuh2 agama Allah ini menggunakan kaedah penyiksaan namun ketahuilah wahai para dai'e bahwa mereka sebenarnya tindakan mereka itu telah menunjukkan kelemahan mereka..kelemahan mereka untuk mematahkan hujah-hujah pendukung dakwah Islam.. menyebabkan mereka tegar menggunakan kekasaran kerana menyangka bahwa kekejaman, pembunuhan dan penyiksaan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu akan menghapuskan suara kebenaran ataupun memadamkan nur Ilahi dan sinar Islam. Tetapi jelas lagi nayata bahawa sangkaan mereka itu sudah jauh meleset..

Saudara-saudaraku..
Inilah dia sunnah Allah dalam dakwah untuk para pendukung dakwah sama ada yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan akan terus berlaku sepanjang umur manusia di muka bumi ini..Maka seharusnya kita redho menerima gangguan dan penyiksaan ini..andai kerana semua rintangan ini terus menyekat kita dari jalan dakwah maka ketahuilah bahwa kita sebenarnya sudah benar-benar dalam kerugian yang amat nyata.. krn Allah pasti menggantikannya dengan orang lain yang lebih ridha berjihad pada jalan Allah tanpa takut kepada cercaan siapa pun..
"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dam kesengsaraan, serta digoncangkan (bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah bahwa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Al-Baqarah:214)

"Dan jika kamu berpaling, niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)

Sahabat-sahabatku, andai kita hitung-hitung..apalah yang ada dengan jihad kita?? kerana pada hakikatnya, Allah Maha Kaya dari kita dan jihad kita..tetapi sebenarnya kitalah yang memerlukan jihad itu untuk diri kita sendiri sedang Allah sebenrnya tidak mendapat kesan sama ada kita tetap berdakwah ataupun tidak..berjihad mahupun tidak..melainkan kitalah yang memerlukannya..
Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut :6

"Barangsiapa yang berjihad maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu dari semesta alam)."

Saudara-saudaraku, betapa kerdilnya diri kita di dunia ini dan betapa kecilnya kita disisi Allah..bersyukurlah duhai saudara-saudraku..disaat Allah memilih kamu sebagai pejuang agamanya..perkuatkanlah azam untuk tetap dalam jalan ini disaat langkah pertama..dan terus berpijak atas jalan ini hingga roh kita terpisah dari jasad..Ada dua kemungkinan yang berlaku samada kamu bergelar mujahid atau gugur sebgai syahid..
Oleh itu, mohonlah hanya kepada Allah dan bulatkan keyakinan dengan sepenuh jiwa raga..Janganlah kita terlalu mudah menyerah kalah berhadapan dengan kebatilan..kuatkanlah hati, azam dan semanagat..Yakinlah duhai para mujahid..bersama kesusahan itu pasti ada kesenangan dan bahwa gangguan itu sebebnarnya adalah tanda-tanda baik dan berita gembira dan kemenangan serta pertolongan dari Allah. .

"Dan sesungguhnya telah didustakan Rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka, sampai datang pertolomgan kami kepada mereka. Tidak ada seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji) Allah". (Al-An 'aam: 34)

Selesai ketiga-tiga rintangan yang dihadapi..maka kemenangan buat para pendakwah yang berjaya mengharunginya dengan penuh kesabaran dan keazaman..jiwa yang tidak pernah lemah dan luntur walaupun menghadapi kesusahan hidup, kerusakan dan keburukan serta berbagai gangguan dan penindasan dari pihak yang menentang dakwah..krn akhirnya Allah menghapuskan kesusahan dan kesulitan itu..pertolongan Allah inilah yang akan mengurangi kepayahan dan keletihan serta menimbulkan kerehatan dan kelapangan untuk ketenangan saraf dan ketenteraman jiwa demi memperbaharui keaktifan dan kesegaran.

Namun,di sinilah pula lahirnya satu bukit halangan dan rintangan yang tidak terduga. Ketenangan jiwa, ketenteraman dengan penuh kerehatan dan kelapangan, rupa-rupanya melalaikan kita, lantas kita terus terlelap dan enak dibuai mimpi indah..Tambahan,apabila kerehatan dan kelapangan itu disertai pula oleh kemewahan atau kesenangan hidup...Disaat rintangan yang terahir inilah akan lahirnya mereka-reka yang memberi berbagai alasan untuk membenarkan tindakannya yang tidak sesuai dengan harakah dan merugikan dakwah Islam dan jihad..Maka, waktu ini adalah menjadi kewajipan bagi saudara-saudara seperjuangan pula menarik tangan dan menolongnya untuk bangkit kembali meneruskan jihad dan perjuangannya di jalan Allah...
Saudara-saudaraku,
demikianlah sedikit kupasan bentuk-bentuk rintangan yang dihadapi dalam mengharungi jalan dakwah..Namun, janganlah kerana rintangan-rintangan ini maka kita menjadi seorang yang terlalu cepat menyerah..persiapkanlah diri dengan ilmu, jiwa yang kental dengan pegangan dan keyakinan kepada Allah untuk terus menegakkan agamanya..
Marilah kita membentuk diri menjadi pendukung dakwah yang benar-benar berpegang pada janji kepada Allah dan benar niatnya untuk berdakwah iaitu mereka-mereka yang telah menjual dirinya dan hartanya kepada Allah..
Sebagai penutup,
Bersama-samalah kita menghayati kata-kata Imam As Syahid Hassan al-Banna ini:
"Jadilah kamu dengan manusia seperti pohon buah-buahan yang mereka lempari dengan batu, tetapi pohon itu sebaliknya melempari manusia dengan buah-buahnya"
Sabar..sabar..dan bersabarlah..
kerana sabar itu indah..dan ikhlaslah dalam berdakwah krn Allah..
Sekian…waallahualam

Sumber : ‘kupasan dari buku Thariqud Dakwah @ Jalan dakwah (Sheikh Mustafa Mashor)

Wednesday, October 14, 2009

TANGGUNGJAWAB TERPIKUL DIBAHUKU..


Satu nombor yang tak dikenali tertera di skrin telefonku..sape pulaklah yang telefon malam2 ni..hati kecilku berkata..

Hello..assalamualaikum..”
“ Walalaikumusslam..aku mendengar sayup2 suara nyaring memberi salam..
“ Angah!Sabirin ni..”
Oooo..Sabirin..Angah ingat sape tadi..”
Kenapa Sabirin..??”
Pelik jugak aku tetiba sahaja adik lelaki yang ke-5 ini menelefonku..
Angah..Sabirin periksa esok..”
“Ooo..adik angah pekse yek esok..dah tu macam mane?adik angah ok ke??study tak??
Study..ok..jawab adikku ringkas..
“ Angah doakan Sabirin ye..mendatar suara adikku..ada bunyi mengharap disitu..”

“Ye..Sabirin jangan risau..angah doakan..Sabirin dah telefon mak belum??”Telefon lah mak..minta maaf kat mak n ayah dan mintak doakan..”
Dah..Sabirin baru telefon mak..”
Oklah kalau camtu..takpe..adik angah jangan risau ye..Insyaallah..adik angah boleh buat..Sabirin buatlah solat hajat..doa pada Allah supaya mudah dlm menjawab..”
“ Nanti..waktu jawab periksa..ingat Allah..insyaallah..Allah akan bantu..”

“ Baik angah..”
“ Ok..dahlah..adik angah buat betul2 ye esok..jaga diri elok2..”
Ok angah..assalamualaikum..
“Waalaikumusslam..
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Dialog ringkas antara aku dgn adik lelaki Sabirin yang kini belajar di SMA Al-Khairiyyah Al-Islamiyyah Mersing dalam Tingkatan 4..Insyallah,dia akan menduduki exam SMA nya pada hari esok..mungkin dia risau maka dia menelefon angahnya ini..sudah jadi kebiasaan adik2..bila mereka hendak exam mereka suka menelefon aku..krn aku akan memberi kata-kata semanagt untuk mereka..Hanya itu yang aku mampu selain mendoakan kejayaan adik2ku..hendak membantu mengajar mereka..kami semua sememangnya berjauhan dan masing2 tinggal di asrama..hanya kata-kata semnagt dan doa yang mampu aku berikan..Untuk tahun ini aje..3orang adikku akan menduduki exam penting..adikku Asraf, Maahad Johor akan menduduki exam STAMnya..kalau tak salah aku..minggu depan..Hishamiakim T.5 akan menduduki SPM pada bulan 11 ini..dan adikku Sabirin yang menelefonku tadi akan menduduki exam SMA nya esok..Timbul juga rasa gusar dihati aku sebagai kakak..memikirkan persediaan adik2 untuk menghadapi peperiksaan..doaku agar mereka dapat buat yang terbaik..

Aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang kakak..tambah bersyukur dilahirkan dalam sebuah keluarga yang besar..10 orang dengan 6putera dan 4puteri sudah cukup menggamatkan rumah kami..kadang2..aku tersenyum bila memikirkan kerenah adik2..Alhamdulillah..masing2 tinggal di asrama..setidak2nya..disiplin dapat membentuk diri mereka..kalau di rumah..penat juga aku berleter..tambahan pulak aku punya ramai adik2 lelaki..tukang berseleraknya ramai..tukang mengemasnya sorang..bukannya mereka malas..Cume entahlah..mungkin itu sifat semulajadi lelaki..huhu..ada pulak yang kene boikot umi ni..bagiku..ketidakmaatangan mungkin mempengaruhi pemikiran dan kelakuan mereka..doaku agar mrk menjadi manusia yang tahu tanggungjawab dan matang dlm berfikir..selaras dengan umur yang semakin bertambah..dan aku sebagai seorang kakak seharusnya menjadi contoh untuk adik2..dan membantu mereka setakat yang kumampu..
Cuti lalu, aku sedikit bertingkah dengan adikku yang Tingkatan 5..fi’ilnya yang agak berubah..tidak lepas dgn handphone ditangan dan tersengih2 dihadapan handphone buat aku terasa bertanggungjawab untuk menegur..
“ Akim tahu angah..akim kawan je..akim dah cakap dah..akim nak belajar dulu..akim nak kawin umur 27tahun..
Terkejut ada..nak tergelak pun ade..aduhai..adik angah dah pandai cakap pasal kawin..bisiku sendirian..
Bilamana adikku yang berumur 17tahun ini berbicara soal kawin.. aku tahu..adikku ini tidak main2..dia mungkin boleh dikategorikan sudah terjatuh suka kpd kawannya itu..tapi,sbgi seorang kakak yang terlebih dahulu makan garam dalam memahami soal hati..jiwa remaja..maka adalah menjadi tanggungajwab aku utk menegur..
“Angah tak marah adik angah nak berkawan..tapi..angah tak suka bile tengok adik angah berkepit dgn handset setiap masa..tersenyum2 depan handset..adik angah tak macam ni dulu..adik angah dah berubah..” aku cuba meluahkan apa yang aku rasa..
Akim tahu angah..akim tahu jaga hati akim..”
“Ni bukan sekadar soal jaga hati akim..Ini mungkin ujian dari Allah..untuk Allah menguji akim..dikala akim sepatutnya tumpu pada persediaan untuk SPM..Allah uji akim dgn rasa suka pada seorang perempuan..angah tahu apa yang adik angah rasa..tapi, angah juga tahu..mkn perasaan tu tak kekal lama..”
“Ye angah..akim mengaku..akim terikut dgn kawan2..
“Akim..kita kena ada prinsip..kita kena ade pegangan..jangan mudah terikut2 dgn tingkah org..kita yang rugi..angah sendiri waktu di sekolah..angah tak reti nak sukekan lelaki..bagi angah..mak dan ayah hantar angah belajar..bukan utk suke2..bukan utk bercinta..untuk ckp2 soal lelaki..atau suke2 pd lelaki..tapi,utk angah menunutut ilmu..anggaplah menuntut ilmu ini sbgi amanah..anggaplah kepercayaan mak dan ayah kpd kita sbgi amanah..fokus pada SPM akim..adik angah kan budak pandai..ketua pelajar..terkenal dgn kebaikan akhlak dan budi..alim..angah tak nak adik angah jatuh..

“ Akim..banyak lelaki lemah kerana perempuan..tapi,lelaki yang benar2 beriman itu..dia tidak akan mudah jatuh kerana perempuan..tapi,dia yang akan membimbing perempuan itu menjadi perempuan yang baik..belum smpi masanya adik angah berbicara soal hati dan perasaan.. angah tak suka adik2 angah bercakap soal hati dan perasaan sblm adik2 angah benar2 faham apa itu tanggungjawab..
“akim faham angah..angah jangan risau..insyaallah..akim tahu apa yang akim buat..”
“baguslah kalau adik angah faham..angah cuma tak nak adik angah jatuh..perjalanan akim jauh lagi..mcam2 lagi dugaan yang akan akim tempuh..andai ujian sekecil ini..dalam soal menjaga hati..adik angah tak boleh nak lawan..mcm mane adik angah nak tempuh dugaan yang lebih mencabar..dahlah..lps ni..akim jgn main2 meseg lagi ye..fokus utk exam..usaha+doa+tawakal..insyaallah..Allah akan berikan kejayaan pada adik angah..
“Insyaallah angah..terima kasih..

Demikianlah serba sedikit kisah hidup aku sebagai sorang kakak..ada tanggungjawab yang terpikul dibahuku..Namun, tanggungjawab ini hanyalah tanggungjawab kecil..ada tanggungjawab yang lebih besar terpikul di pundak ini.. tangungjwab sebagai hamba Allah..sebagai ummat Muhammad..tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk aku memastikan agama Allah tertegak di dunia ini..bilamana memikirkan tanggungjawab ini..sungguh..aku tahu aku tidak punya waktu utk main-main..ya Allah, aku khuatir tidak cukup kuat memegang amanah ini..maka pandulah hidupku agar aku bisa berjuang menegakkan agamaMu..

Ya Allah ya Tuhanku..Aku mohon hanya padaMu ya Allah..terangilah hati adik-adikku..bantulah mereka ya Allah..agar mereka dapat menjawab dengan tenang..ingatlah mereka tika mereka lupa..pandulah mereka tika mereka lalai..kurniakanlah kejayaan untuk mereka dunia dan akhirat dan jadikanlah mereka hambaMu yang soleh dan solehah..bantulah aku juga ya Allah..agar aku bisa menjalankan tanggungjawabku..sbgi hambaMu..ummat bagi kekasihMu..anak utk kedua ibu bapa yang melahirkanku..sebgai sorang kakak atau adik..seorang pelajar..seorang bakal guru..sorang sahabat..mahupun tanggungjawabku sbgi sorang wanita yang mungkin sampai masanya bergelar isteri atau ibu satu hari nanti..aaaminnnn…

Saturday, October 3, 2009

Tegur..


" Akak..bagaimana cara kita nak menegur orang?? "
"Maksud adik?? "
"Contohnya..kita nak tegur kawan kite tentang pemakaiannya? " "Hmm..sebenarnya..bila kita cakap soal menegur ni..banyak cara yang kita boleh lakukan..tapi,bagi akak..kelembutan dan kasih sayang adalah yang terbaik.. "
"Tapi kak..saya dah menegur dengan baik tapi dia pula yang tak boleh terima..kami dulu kawan baik kak..tapi,lepas saya tegur dia..kami terus jadi renggang.." keluh seorang adik..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Satu lagi permasalahan diaju padaku..sebagai seorang kakak dan naqibah aku cuba utk memberi jawapan yang terbaik..berdasarkan pengalaman dan apa yang aku lakukan..

Sahabat2ku yang dirahmati Allah,
Ana percaya permasalahan tadi bukan sahaja berlaku pada adik diatas..tapi juga pada diri ana..atau mungkin pada sidang pembaca sekalian..

ya Allah..susahnya rasa ingin menegur sahabat sendiri..berkira2 kita dibuatnya..khuatir pula bermasam muka..
Insyaalllah..hari ni ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..semoga usaha kecil ini dapat membantu kita untuk mencari jalan terbaik dlm menegur insan2 yang kita sayang..

Saudara2ku..
dlm kita menegur seseorang..adalah amat penting untuk kite mengetahui sikap dan perangai orang yang kita tegur..ye!setiap orang punya keegoaannya yang tersendiri..mungkin orang yang kite hendak tegur itu seorang yang tidak boleh menerima kritikan..atau ego dalam mempertahankan diri sendiri..maka kita perlukan formula yang terbaik dalam membuat teguran agar teguran itu tampak positif dimata dia..apapun,ana percaya andai kita sudah benar2 baik dan rapat dengan seseorang..dia pasti tidak kisah menerima kritikan rakannya..ia bergantung pada cara bagaimana kita melayan dan bergaul dengan sahabat2 kita..maka disini ana sediakan sedikit formula bagi mereka-mereka yang menghadapi permasalhan diatas
1) Keikhlasan
Sahabat2ku..dalam membicarakan soal keihlasan hati..ia adalah rahsia Allah..krn hanya Allah yang Maha Mengetahui apakah kita benar2 ikhlas melakukan sesuatu..tapi, kita sendiri sebagai yang merasa..pasti tahu apakah hati kita benar2 ikhlas atau tidak??maka dalam hal ini..ana mahu kita merenung kembali untuk mengetahui keikhlasan hati kita membuat teguran tersebut..apakah kita benar2 melakukannya krn Allah??kerana kita menyayanginya??atau kerna kita ingin dia merasa malu??supaya kite dilihat sebagai seorang yang lebih mulia dan baik darinya???maka disitulah akan berlaku pergolakan hati..oleh itu perbetulkan niat melakukannya dengan ikhlas..ditegur dia krn Allah..kenapa??krn ana khuatir tanpa keikhlasan itu..ia akan menimbul rasa tidak enak dlm hati kita yang seterusnya mengundang parah dihati orang yang kita tegur krn Allah tidak meredhoinya..

2) Doa
Sahabat2ku..dari keikhlasan hati seorang teman yang menyayangi sahabt2nye..yang tidak mahu sahabat2nya terus-terusan mlkkn maksiat dan dosa..maka akan lahirlah insan2 yang berdoa buat teman2nya itu..doa dari hati yang suci dan ikhlas pastinya dimakbulkan Allah..Ingat saudara2ku..antra doa yang tidak mempunyai hijab antra kita dengan Allah ialah doa seorang muslim kepada saudranya selagimana saudranya itu tidak mengetahuinya..maka berdoalah kepada Allah agar hati sahbat kita lembut..hanya Allah yang bisa membuka hati sahabat2 kita..hanya DIA yang bisa melembutkan dan hanya DIA juga yang bisa menutupinya..Apapun, percayalah..bilamana kita mendoakan seseorang..hati orang yang kita doakan pastinya terikat dengan diri kita..maka ambillah peluang untuk terus2an mendoakan sahbat2 kita..moga dengan doa kita terhadapnya maka lembutlah hati dia untuk menerima teguran kita..bagi fasa ‘doa’ ini ana mencadangkan untuk dilakukan sebelum kita melakukan teguran tersebut dan berterusan sehingga kita melakukan teguran dan sehingga sahabat kita berubah..

3) Menegur

- Menasihat Dengan Baik dan dengan kasih sayang
Dalam tempoh masa kita mendoakan sahabat kita itu..maka pilihlah waktu2 yang sesuai untuk kita menegur..carilah satu waktu dimana hati kita dan teman kita bisa lembut tika itu..sebagai contoh..selepas dia solat..atau mungkin sewaktu bergurau-gurau manja dengannya..maka sewaktu berbual-bual mesra itu..kaitkanlah sedikit dengan apa yang ingin kita tegur..peganglah tanganya dan katakan bahawa kita menegur dia kerana kita sayang..berbicaralah dengan lembut..yang bisa mengusik hati dia..jangan sesekali berckp dengan keras hingga membuat dia merasa malu..cara ini bukanlah cara yang terbaik krn sudah menjadi sifat manusia..dia akan semakin menentang bila berlakunya kekerasan..

- Menghantar SMS
Tidak semua mampu untuk memberi teguran secara berdepan..hanya Allah Yang Maha Tahu betapa sukarnya untuk kita menegur secara bersemuka..Maka, bagi yang tidak mampu untuk berbicara secara berdepan..tidak salah untuk kalian menghantar sms buat teman anda itu..karanglah ayat2 dengan kata2 yang lembut dan indah yang juga bisa mengusik hati agar dia faham dengan apa yang kita sampaikan..Insyaallah..ana percaya andai niat kita betul..Allah pasti akan bantu kita..

- Menghantar surat/ email
Bagi mereka2 yang punya kelapangan dan waktu..maka tidak salah untuk kalian menulis sepucuk surat atau email buat sahabat kalian itu..tapi, untuk cara ini..ana lebih menggalakkan kalian untuk menulis surat dengan menggunakan tulisan tangan kalian sendiri..cara ini mungkin boleh menyentuh hati teman kalian kerana keprihatinan dan keikhlasan kalian menulis surat padanya..tegurlah dia dengan cara yang baik dan berhikmah..selitkan pujian-pujian dan unsur2 agama yang sederhana..mulakanlah dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..dan diakhir surat..tulislah..bahawa anda menegurnya bukan kerna marah..bukan pula kerana dengki atau iri hati..tapi kerna sayang..Insyaallah..Allah pasti akan lembutkan hati dia..

- Jangan Buat Dia Malu
Apa yang paling penting dalam membuat teguran ialah jangan sampai teguran itu membuat dia merasa malu..sebagai contoh..kita menegur dia dihadapan orang lain..hal ini pasti akan memalukan dia dan buat dia rasa marah..maka carilah masa dan tempat yang sesuai yang cuma ada kamu dan dia.. dan berbicaralah dengan baik..

- Masukkan bab agama??

Adalah menjadi fitrah manusia hati mereka akan mudah terusik bilamana kita berbicara soal agama..tapi janganlah apa yang disampaikan itu terlalu berat sehingga dia tidak bisa menerimanya..cukuplah dengan sekadarnya sahaja tetapi disampaikan dengan kualiti yang baik..dalam hal ini kita perlu pandai mengutaranya mengikut kesesuaian dengan diri sahabat kita..

4) Dua kemungkinan

- Positif (Eratkan Kasih Sayang)
Selepas kita melakukan teguran tersebut..ada dua kemungkinan yang berlaku..sama ada kita mendapat balasan yang positif dari teman kita ataupun negative..Bilamana kita mendapat balasan yang positif..maka bersyukurlah..katakankanlah padanya..kalau kita salah..mohon juga untuk dia menegur kita..ini adalah sangat penting agar dia tidak merasa malu atau kekok dengan kita...sebaik2nya..akhirilah dengan bermaaf-maafan dan dengan pelukan kasih sayang..semoga dgn itu hubungan kita dan teman akan menjadi bertambah erat..

- Negatif (Serahkan segalanya kepada Allah)

tapi andai kita mendapat balasan yang negative..maka sabarlah..andai dia tak bisa menerima teguran atau dia marah..maka janganlah kita terlalu cepat melatah..berbicaralah dengan lembut agar dia faham..sekiranya dia melarikan diri..maka biarkanlah dia..insyaallah..dia pasti akan memikirkan kembali apa yang kita katakan padanya..berikan dia waktu untuk menenangkan hatinya..untuk hari2 seterusnya layanlah dia spt biase..dan teruskan berdoa untuknya..kemudian,serahkan segalanya pada ketentuan Allah kerana hidayat itu milik Allah..

sekian perkongsian dari ana yang tidak seberapa..semoga sedikit tips ini bisa membantu kalian untuk menegur sahabat2 tersayang..insyaallah..