Thursday, December 24, 2009

23.12.1987


23.12.1987 merupakan tarikh aku dilahirkan di dunia ini..dan 23.12.2009 yang lalu maka genaplah umurku 22tahun..Subhanaallah..begitu cepat masa berlalu..tanpa kusedar,kini sudah 22tahun aku mengharungi kehidupanku di dunia sementara ini..sudah 22tahun juga kumengutip pengalaman dalam mengenal erti hidup yang sebenar..dipenuhi dengan pelbagai rasa..masam,masin,manis mahupun pahit..namun bagiku segala rasa suka dan duka..pahit manis ini.. melengkapkan diriku dan aku bersyukur dan redho atas segala yang berlaku padaku selama ini..terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan aku sekeping hati yang bisa merasa segalanya..

………………………………………………………………………………………….

Aku dan adik beradikku sangat suka mendengar cerita mak..cerita diwaktu mak melahirkan kami 10 beradik..

Mak..waktu mak lahirkan angah..mudah tak??”..

“ Waktu mak lahirkan angah senang..oleh kerana leher angah terbelit tali pusat..angah cepat nak melanjan keluar..”kata ibuku..

Aku senang mendengar cerita ibuku bahawa aku mudah untuk dilahirkan..walaupun berlaku sedikit kompilasi dimana leherku terbelit tali pusat..namun kerana leherku terbelit juga aku memudahkan ibu melahirkan aku..kate ibuku..saat aku lahir juga aku tidak menangis..dan tubuhku kebiruan..hanya setelah bidan yang menyambutku menepuk2 dan menunggang-nunggangkan aku..barulah aku mula mengeluar suara..

“Waktu mak mengandungkan angah..mak banyak berzikir..setiap apa yang mak buat..mak mesti ingat Allah..mungkin sebab waktu tu pun..mak baru lepas gugur..”

Aku suka mendengar cerita ibuku bahawa ibu banyak berzikir diwaktu mengandungkan aku..
sebelum mengandungkan aku..ibuku keguguran..waktu itu usia kandungan sudah mencapai 5 bulan..ibuku keguguran pada bulan 1 dan pada tahun yang sama bulan 12..aku selamat dilahirkan..

Mendengar cerita mak disaat mak melahirkan kami 10beradik..dengan cite2 yang berbeza..ditahan wad beberapa hari..lekat uri..dimarahi doktor kerana mengandung tiap-tiap tahun dan mcm2 lagi hatiku terasa sayu..
sedih rasanya bila memikirkan betapa berertinya pengorbanan seorang ibu..kadang2 bila dengar mak bercerita pengalaman bersalin..timbul juga rasa takut..tapi naluri hatiku sendiri sebagai wanita yang cukup tersentuh melihat anak-anak melebihi rasa takut itu..aku tahu perasaan dan naluri itulah yang dirasai oleh semua ibu..kesakitan yang dirasa terus hilang saat melihat wajah anak yang dilahirkan..
Hargailah ibu kita saudara-saudaraku..

........................................................................................................................

Buat teman-teman yang mengingati hari lahirku..terima kasih kuucapkan kepada kalian kerana mengingati tarikh lahirku..terima kasih juga buat ucapan-ucapan dan ungkapan doa kalian..doaku agar Allah menjaga persahabtanku bersama kalian..

Terima kasih yang tidak terhingga buat ibuku yang telah melahirkan diriku..yang mengendongku di dalam perutmu 9bulan 10hari..juga buat ayah yang bersusah payah mencari rezeki untukku dan adik-beradikku yang lain..Hanya Allah yang Maha Tahu betapa anakmu ini menyanyangimu..

Syukurku padaMu ya Allah..menjadikan aku hambaMu..menjadikan aku ummat Muhammad..menjadikan aku seorang wanita..menganugerahkan diriku nikmat Iman dan Islam..nikmat yang tidak terhingga nilainya..tetapkanlah hati ini ya Tuhan..agar hatiku tetap pada jalanMu..sesungguhnya hidup matiku hanya untukMu ya Allah dan demi Islam yang tercinta..

Selama 22tahun ini..

Sudah banyakkah amalanku yang bisa kubawa menuju kampung akhirat??
Atau dosaku menimbun menutup amalku??

Tuhan..ampuni aku..

3 comments:

Syahir Mohamad said...

salam..
selamat hari lahir..
semoga tahun2 mendatang lebih berjaya dan dipermudahkan urusan..

qila~ said...

slmt hari lahir wat akk =)

mrs cikgu said...

Salam qaseh untuk ukhti umira...

selamat menyambut hari lahir yang ke 22 tahun... adui... kite kat sini dah nak masuk 23 tahun dah, die kat sana baru nak genap 22 tahun...

apa pun selamat menjalani kehidupan sebagai seorang guru kelak, asif telat mengucapnya...

wasalam