Friday, January 16, 2009

MANUSIA, CINTA DAN NAFSU..


Sebelum ana mengulas perkara ini suka ana tegaskan disini bahawa’ TIADA ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM’ ..Yang ada hanya PERKAHWINAN..

Tapi,ingat!!! CINTA itu tidak haram sebaliknya rasa ‘CINTA’ itu adalah fitrah semulajadi yang ada dalam diri manusia..dan kerana ia adalah fitrah dan Islam adalah agama fitrah maka wujudlah PERNIKAHAN' bagi menyalurkan rasa cinta itu tadi pada jalan yang halal..

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah pentingnya untuk ana membicarakan soal cinta??banyak sebabnya sahabat-sahabatku ..kerana manusia hari ini terlalu mudah terperangkap ke dalam lembah nafsu yang dibinanya sendiri.. dan kerana ana melihat ramai yang jatuh dan lemah krn cinta maka coretan ini ana lakarkan untuk membicarakan soal cinta..

bagi mereka-mereka yang alhamdulillah.. masih bisa menjaga kesucian hati..maka peliharalah rasa itu..andai benar dan kalian yakin dengan perasaan yang Allah anugerahkan..sampai masanya nanti, tika kalian merasakan kalian benar-benar layak untuk menjadi seorang suami, maka lamarlah ia sebagai isteri.. dan peringatan untuk kaum Hawa..andai seorang lelaki itu benar-benar mengasihimu kerana ALLAH dia tidak akan sesekali memperlakukan dirimu seperti seorang kekasih tetapi dia sendiri dgn seikhlas hati mengambil dirimu sebagai isteri dan ibu untuk anak-anaknya..

Tapi,apa yang ana sampaikan hari ini mungkin ia lebih tertumpu atau ana tujukan bagi mereka yang sudah terjebak dgn cinta..tapi kalian belum bisa untuk bernikah kerana masalah kewangan contohnya atau kerana masih belajar..maka ana sediakan sedikit perkongsian agar kalian lebih matang dan agar kalian tidak terjebak ke dalam lembah cinta-nafsu dan terpedaya dgn hasutan syaitan..

Firman Allah di dalam surah An-Nur: 30

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatannya. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat.

Firman Allah di dalam surah An-Nur : 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya) selain dari yang nyata(terbuka)

Firman Allah di dalam surah An-Nur : 33

Dan orang-orang yang tidak sanggup kahwin hendaklah menjaga kehormatan (kesuciannya) , sampai Allah memberikan kekayaan dan kemurahanNya.

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, daripada firman Allah di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk kita menjaga kesucian hati..dan kewajipan menjaga kesucian dan kehormatan diri bukan sahaja menjadi tanggungjawab kaum wanita tetapi juga kaum lelaki..peringatan untuk kaum Adam diluar sana..Allah sudah menganugerahkan kalian 9akal..maka pergunakanlah akal yang Allah anugerahkan itu sebaik mungkin kerana kalian adalah pemimpin bagi wanita..dan peringatan untuk kaum Hawa, jangan jadi wanita yang melalaikan kaum lelaki..ingat!!wanita adalah perangkap syaitan..

Namun, apakah manusia hari ini cukup kuat untuk melawan nafsu dan keinginan hati??ramai antara kita yang masih belum bisa menundukkan nafsu sendiri..dan apa yang ana tegaskan..selagi kalian belum bisa menundukkan nafsu kalian selagi itu kalian belum boleh menjadi suami atau isteri..ingat!!perkahwinan harus diterajui bukan sekadar dengan rasa kasih dan juga sayang tetapi juga kematangan dalam berfikir..tanggungjawab dan apa yang paling penting ialah keimanan dan ketaqwaan kpd ALLAH..kenapa??kerana dengan iman dan taqwa itulah kalian bisa melindungi diri dari melakukan maksiat dan zina sama ada zina hati, telinga, mata mahupun tangan,kaki dan kemaluan..

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya: “ Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan..Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zina memandang, dua telinga, zina mendengar, lidah, zinanya berkata..tangan, zinanya memukul ,kaki, zinanya melangkah,hati..zinanya ingin dan rindu ..sedangkan faraj(kemaluan)hanya mengikuti dan tidak mengikuti..

CINTA ITU BELUM LAGI CINTA SELAGI BELUM DILAFAZKAN(LAFAZ AKAD NIKAH)..

Percaya atau tidak..manusia banyak jatuh krn cinta..sama ada lemah kerana cintanya ditolak mahupun lemah kerana cintanya diterima..persoalan yang pertama..manusia jatuh kerana cintanya ditolak..apa yang ingin ana lontarkan..apakah kita benar-benar memahami apa yang dikatakan dgn cinta??jika ya!kenapa LEMAH krn cinta??kenapa LEMAH krn cinta kalian ditolak??dimana sandaran utama??manusia??insan yang dipuja..atau Allah??PENCIPTA yang menciptakan orang yang kalian cinta??

Adalah perkara biasa untuk seseorang merasa sedih bila cinta ditolak tapi usahlah jadikan sume itu sebagai penamat segalanya..carilah hikmah disebalik rimbunan apa yang terjadi..pasti Allah mentaqdirkan yang terbaik untukmu..pasti ada hikmah terselit disebaliknya..

YA ALLAH,SESUNGGUHNYA AKU MINTA PETUNJUK YANG BAIK DARI-MU DENGAN ILMU-MU..AKU MINTA KEKUATAN DARI-MU DENGAN KEKUATAN-MU..AKU MEMINTA DARI-MU DARI KELEBIHAN YANG BANYAK,MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA,AKU TIDAK BERKUASA,ENGKAU MENGETAHUI DAN ENGKAULAH YANG PALING MENGETAHUI PERKARA-PERKARA GHAIB.YA ALLAH,JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA PERKARA INI BAIK UNTUKKU PADA AGAMAKU,DUNIAKU, DAN KESUDAHAN URUSANKU BUAT MASA KINI, DAN MASA AKAN DATANG MAKA TENTUKANNYA UNTUKKU DAN PERMUDAHKANNYA KEPADAKU,JIKA KAMU MENGETAHUI BAHAWA PERKARA INI TIDAK BAIK UNTUKKU PADA AGAMAKU DAN DUNIAKU DAN KESUDAHAN URUSANKU BUAT MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG MAKA ELAKKANNYA DARIKU DAN ELAKKAN DIRIKU DARIPADANYA,TENTUKANLAH KEBAIKAN UNTUKKU DIMANA SAHAJA AKU BERADA SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU..
Persoalan kedua, manusia menjadi lemah kerana cintanya diterima..ana akan kirimkan satu contoh untuk kalian hayati..
Seorang lelaki bernama si polan bin si polan menaruh harapan pada seorang wanita..waktu itu,hanyalah Allah yang tahu betapa siksanya hati lelaki itu memendam perasaan hingga sudah tidak tertahan maka akhirnya ia terluah..ternyata, si lelaki itu tidak bertepuk sebelah tangan kerana wanita yang menjadi idaman hati ternyata turut menyimpan perasaan..waktu ini..bermulalah strategi syaitan melalaikan manusia dari meningati Tuhan-Nya..
janji disepakati..lepas belajar kita kahwin ye..
sekarang, kite kenal-kenal dulu..
sejak tu..
handphone di tangan tak pernah lekang..
setiap saat ym hingga assignment2 ditinggalkan terbengkalai..
nak kenal katakan..bukankah tak kenal maka tak cinta..
dalam sebulan hampir 10x top up..
tambhan pulak top up sekali untuk si buah hati..
dari sms..main telefon-telefon pulak..
merdu sungguh suara sidia
hingga tak lena tidur dibuatnya..
jom,kite keluar makan..saya belanja??
sekali lagi syaitan berjaya..
teruna -dara sudah pandai dating di taman bunga..
awk cukup indah di mata saya..
awk tahu..saya sayang awk sorang je..
hmm..skrg..teruna dara sudah pandai bersayang2..
smpai fikiran melayang-layang..
hari berganti hari..
teruna -dara semakin lali..
nafsu kian bermaharajalela..
syaitan sudah bersorak gembira..
belum cukup lagi tu..up lagi..up lagi..
akhirnya..kalian fikir-fikirlah sendiri..
Inilah realiti yang berlaku dlam kehidupan masyakat kita hari ini..manusia yang semakin rosak kerana terbuai dengan perasaan sendiri..tenggelam dalam lembah cinta-nafsu..
sahabat-sahabatku..apa yang ana sampaikan maka ia adalah dari apa yang ana perhatikan..tidakkah kalian memandang sekeliling??lelaki dan perempuan sudah tidak ada rasa malu..sudah tidak kira halal ataupun haram..berdua-duaan ditempat sunyi..berpegang-pegangan tangan..berpelukan..naik moto bersama..apa lagi???
Berhatilah-hatilah dengan perangkap dan jerat syaitan yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan manusia ke lembah hina..Berhati-hatilah agar kita tidak terjerumus kelembah nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan kemungkaran..
Berbicara soal nafsu, di dalam Al-Quran ada disebutkan 3 nafsu iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah dan nafsu muthmainnah tetapi ada dikalangan ahli tasawuf yang membahagikannya kepada 4 tahap iaitu tambahan nafsu musawwilah..
Nafsu Amarah adalah merupakan tingkat nafsu yang paling rendah.Nafsu ini sentiasa menjurus manusia ke arah keburukan dan kejahatan.
Firman Allah di dalam Surah Yusuf ayat 53 ada meyebut:
Sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku
Nafsu Lawwamah pula ialah tingkat nafsu yang berjuang antara kebaikan dengan keburukan..dan waktu kejahatan itu tersangatlah cela perlakuannya sehingga ia kembali semula kepada kebaikan..
Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah ayat 2 yang bermaksud
" Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat mencela( nafsu lawwamah)
Nafsu Musawwilah pula ialah nafsu yang pandai menipu sehingga kejahatan itu tampak seperti kebaikan.
Nafsu yang tinggi tingkatnya ialah nafsu Muthmainnah iaitu nafsu yang tenang dan tenteram..Nafsu Muthmainah akan merasa damai. aman dan tenteram dalam mengingati Tuhan dan menjalankan perintah-Nya.. tingkat tertinggi dalam kemajuan jiwa manusia..
Firman Allah di dalam Surah Al-Fajr ayat 27
" Hai jiwa yang tenang"
Sahabat-sahabatku, demikian sedikit huraian tentang peringkat-peringkat nafsu..gunakanlah akal yang Allah anugerahkan kepada kita dalam mengendalikan nafsu..sehingga ada ikatan yang sah(perkahwinan)..maka usahlah menyerahkan seluruh hati dan jiwa pada manusia..jangan mengharap kasih pada manusia yang tidak halal bagimu..tapi serahkanlah hati pada-NYA..PEMILIK SEGALA RASA CINTA..

Cinta manusia ini hanya sementara..sampai masanya ia semakin pudar dan tidak mustahil untuk ia hilang..ibarat berllaunya angin..tapi cinta Allah itu sentiasa kekal dlm hati kita..itulah beza bila kita mencintai Allah dengan mencintai makhluk..

Sekalipun,kita sudah berkahwin..maka sandarkan cinta itu juga pada Allah,agar cinta itu menyebabkn kita semakin dekat dgn Allah dan andai kata orang yang kita cinta tiada..suami atau isteri kita tiba-tiba menyahut seruan Ilahi..kita menjadi hamba Allah yang redho dgn ketentuan-NYA krn sandaran kita adalah DIA..
Sebelum ana mengundukan diri, satu yang ana mahu tegaskan..
gunakanlah akal yang Allah anugerahkan kepada kita dalam mengendalikan nafsu..janganlah kita tergolong dalam golongan yang mempunyai tingkat-tingkat nafsu tang buruk dan tercela..bersama-samalah kita mendidik hati dan jiwa untuk mencapai tingkat nafsu yang tenang iaitu nafsu muthmainnah..insyaallah..

Tuesday, January 13, 2009

NasihAT LUQMAN aL-hAKIM


DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui perjalanannya supaya tidak tenggelam.
Kiasan itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini.Katanya: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat.
"Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. "Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan."Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu."
Begitu bernas nasihat Luqman kepada anaknya supaya menjadi seorang beriman dan bertakwa kepada Allah. Kata-katanya mengandungi makna tersurat untuk difikirkan oleh kita semua.
Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku. Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat, sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran."Hai anakku! Janganlah engkau menghantar seorang yang bodoh sebagai utusanmu. Sekiranya engkau tidak memperoleh orang bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi utusan itu."Apakah perbezaan antara majlis pengembumian jenazah dan perkahwinan?
Luqman dalam membuat perbandingan antara kedua-duanya, berpesan kepada anaknya: "Hai anakku! Hadirilah majlis pengebumian jenazah, tetapi janganlah engkau menghadiri majlis perkahwinan. "Hal itu kerana pengebumian jenazah itu, akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat, manakala majlis perkahwinan itu pula, akan menjadikanmu sukakan dunia.
" Luqman juga berpesan supaya kita bersederhana dan tidak bersikap berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara. Sebabnya, seperti katanya: "Hai anakku! Janganlah engkau bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan ditelan dan janganlah pula engkau bersikap terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar.
"Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: "Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya.
"Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Malik: Luqman telah berkata kepada anaknya: "Hai anakku! Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak mereka janjikan?
"Bercakap mengenai pujian pula, katanya: "Hai anakku! Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan daripadamu, sedangkan engkau amat memerlukan daripadanya. "Hai anakku! Jadilah engkau seorang yang tidak berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan daripada mereka. "Nescaya, tenanglah diri daripada kejahatan manusia dan manusia pula akan tenang dari kejahatannya (pujian).
"Kata Luqman lagi: "Hai anakku! Halanglah sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan orang yang selamat. Engkau hanya mesti mengatakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepadamu.
"Hai anakku! Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata."Hai anakku! Berduyun-duyun datang kepada ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan mereka (ulama), nescaya mereka akan membencimu. "Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik untuk akhiratmu. "Janganlah engkau berbelanja sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan. Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya segala bebanan..
BLOG DIATAS ANA TERIMA DARI SEORANG SAHABAT..TERIMA KASIH UNTUK SAHABAT YANG MENGEMELKANNYA PADA ANA..SEMOGA KITA MENDAPAT SESUATU DARINYA..

Monday, January 5, 2009

SENYUMANMU


Senyum sesuatu yang mudah untuk diucapkan tapi terkadang sulit pula untuk dilakukan. Secara nalurinya, semua orang mampu tersenyum...Namun, kadangkala disebabkan ketidakseimbangan emosi seakan sulit untuk melakukannya terutamanya saat hati gundah gulana meskipun senyum di kala hati gundah itu merupakan tanda ketabahan dan kepasrahan semata-mata kerana Allah SWT namun entah kenapa ia begitu sukar..


Rasulallah SAW bersabda:

Senyumanmu kapada saudaramu adalah sedekah

(Hadith riwayat muslim)

Kerana senyuman adalah sedekah yang paling mudah, orang yang mampu tersenyum adlah orang yang mampu membEri rasa damai dan rasa persahabatan kepada orang lain.Senyum juga dapat menggambarkan karekter si pemberi senyum bahawa dia mempunyai sifat lembut, ramah dan bersahaja..

Rasulallah SAW bersabda:

Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain.

(Hadith Riwayat Muslim)

saudara-saudaraku,

tahukah kalian senyuman kalian mungkin bisa memberi kebahagiaan hati bagi mereka yang memandang..tapi,berhatilah-hatilah jangan pula 'senyuman menggoda' yang kalian lemparkan..khuatir ada yang tergoda dengan senyuman itu hingga bisa menerbit bisikan jahat di hati..


jadi, mengapa begitu sukar menguntum senyuman di bibir??bukankah senyum itu kata orang tandanya bahagia..

seorang teman..bertanya padaku..umi, bagaimana mahu orang menyukai dan senang berkawan dengan kita?

maka aku pun membalas..selalu tersenyum..jagalah lidah dalam berkata..dan penuhkan hati dengan keikhlasan dalam mencurah kasih sayang kepada teman dan sahabat..

jadi, apa tunggu lagi..

senyumlah..dan janganlah lokek untuk membalas senyuman..kita tak rugi apa-apa walaupun mungkin orang yang kita senyum itu bukanlah orang yang kita kenal..tapi,cadanganku agar senyum itu buat yang muhrim aja ya..khuatir ada tergoda..dan tersilap mentafsir makna senyumanmu.. ^_^


terakhir pesan dariku...

senyum seindah suria yang membawa cahaya..
senyumlah dari hati..senyumanmu berseri..

LINDUNGI SAUDARA-SAUDARAKU YA ALLAH


Assalamualaikum buat sekalian teman..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..selamat kembali memegang amanah..amanah sebagai seorang mahasiswa..amanah sebagai seorang anak..dan yang paling utama amanah sebagai khalifah Allah..

Mungkin belum terlambat untuk ana mengucapkan 'Salam Maal Hijrah'..moga tahun baru ini bakal membuka lembaran baru untuk kita semua terus bangkit membaiki diri dan memperjuangkan Islam..insyaalllah..

Meneliti blog teman-teman,isu Israel dan Palestin sedang hangat diperkatakan..sama ada dengan memberi pandangan,pengulasan,mahupun luahan rasa hati yang simpati..hati mana yang tak terusik sahabat-sahabatku?air mata mane yang tak menitis..diri mana yang tak terasa hendak marah?tika melihat saudara-saudara kita terkorban disana..berapa banyakkah lagi nyawa yang akan melayang???

Sejak 27disember yang lalu, tentera Israel mula bertindak ganas..bertindak dgn nafsu..tanpa ada peri kemanusian..orang-orang awam menjadi sasaran..kanak-kanak, wanita, mahupun orang tua dibunuh tanpa ada setitis rasa simpati..masjid-masjid?rumah-rumah?hospital?segalaanya musnah..Diwaktu kita menyambut maal hijrah pada 29disember yang lalu..saudara2 kita pula bermandikan darah..KEJAM!!!itulah yang tepat untuk tentera-tentera Israel ini..

Apakah yang sewajarnya kita lakukan sahabat2ku??apakah cukup utk kita sekdar memandang??sekadar mengikuti perkembangan di internet?cukupkah sekadar memboikot barang?mahupun membuat pakatan dan perhimpuanan bersama-sama? ya..mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini sekalipun hanya Allah yang tahu betapa aku terlalu ingin terbang ke bumi Palestin berjuang bersama pejuang-pejuangMU..hingga aku selalu berangan andai aku ada kuasa mahu saja aku arahkan sekalian orang Islam seluruh dunia untuk memusnahkan Israel habis-habisan..

KENANGAN LALU

Teringat aku waktu belajar di Kolej Matrikulasi Johor..waktu itu diadakan 'HAFLATUL WIDA' KARISMA..Kemudian kami melihat tayanagn tentang palestin..hanya air mata yang mampu dikeluarkan tika itu..aku benar-benar tak sanggup untuk melihatnya..benci..rasa benci yang teramat sangat melihat kekejaman Israel..

DOA


Mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini..selain dengan memboikot mahupun menderma..setiap apa yang berlaku semuanya datang dari Allah..andai kita kalah maka kekalahan itu datangnya dari Allah..andai kita menang maka kememnagan itu Allah jua yang memberinya..tapi, apa yang penting di sini bukan soal menang atau kalah sahabat-sahabatku..tapi ia soal perjuangan..perjuangan untuk menegakkan Islam..perjuangan untuk menegakkan kebenaran atas nama Islam..semoga Allah membantu sauadara2 kita di sana..menghantar malaikat-malaikatNYA untuk membantu pejuang-pejuang Islam sepertimana Allah menghantar malaikat-malaikatnya diwaktu peperangan badar..

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah,

kita punya tanggungjawab yang cukup besar..cukup besar dalam perjuangan menegakkan Islam..hari ni..sudah hari yang ke11 Israel melancarkan serangan di Gaza sama ada dengan tentera darat mahupun udara..sampai hari ni juga sudah hampir mencapai angka 500 orang yang terkorban..tapi, sedarkah kita?ada ramai yang tidak ambil tahu tentang isu ini?ya!mungkin kita tergolong dalam golongan yang mengambil tahu dan prihatin dgn apa yang berlaku..namun, masih ada yang tidak mengambil tahu..Inilah tanggungjawab kita sahabat-shabatku..perjuangan mahupun semangat untuk memperjuangkan Islam harus ada dalam diri setiap muslim..rasa kasih dan sayang terhadap Islam dan kesuciannya harus wujud dalam diri setiap orang Islam sama ada kanak-kanak,remaja,belia,dewasa mahupun orang tua..

Kanak-kanak di Palestin,sejak dari kecil sudah diajar erti perjuangan..sudah diajar untuk berjihad..laungan'ALLAHU AKHBAR' sentiasa meniti di bibir si kecil ini..sekalipun,kadang-kadang mereka hanya mampu membaling batu mahupun bersembunyi..tapi,apa yang berlaku di negara mereka menyebabkan mereka bangkit dan berazam untuk memperjuang Islam dan mempertahankan tanah air mereka..semangat inilah yang akan memberi kemenangan kepada Islam satu hari nanti..

Perjalanan hidup kita masih panjang ..sekarang kita masih seorang pelajar..tapi,satu hari nanti..kita akan berkerja..kita akan berkeluarga..punya anak..punya isteri atau suami...kita sendiri yang perlu membaiki diri sahabat-shabatku..kita sendiri yang perlu meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita pada ALLAH..agar satu hari nanti..kita bisa melahirkan pejuang-pejuang Islam yang lahir dari benih kita sendiri..agar kita nanti yang bisa menyuntik semangat perjuangan Islam dlm diri anak bangsa kita atau mungkin anak-anak kita..
Dunia kita sudah hampir terbalik..maksiat semakin menjadi-jadi..betapa ramainya anak bangsa kita yang rosak kerana nafsu menguasai diri..akhirnya,kelakuan sebahagian mereka-mereka inilah yang mengotorkan kesucian Islam..

pernah kita terfikir..kenapa ini semua terjadi??ya!kerana diri mereka tidak ada rasa sayang pada agama..kerana banyak orang Islam hari ini yang hanya Islam pada nama dan kerana keturunan..

Alangkah baiknya, andai rasa sayang dan cinta pada agama ini bisa disemai dalam diri setiap orang Islam..alangkah indahnya andai semnagat perjuangan ini dapat kita lahirkan dalam diri rakyat di negara kita sejak dari kecil..

Ana percaya,dengan rasa kasih dan cinta yang begitu mendalam terhadap Islam..dengan pemahaman yang jelas tentang Islam..kita bisa mencegah dari berleluasanya maksiat di negara kita..kerana rasa cinta itu akan melindungi manusia dari melakukan kemungkaran mahupun kemaksiatan..

Persoalannya?tanggungjawab siapa?pemimpin?ulama'?parti-parti politik??

Tidak sahabat-sahabatku..

Ia tanggunggjawab yang terpikul di bahu kita sendiri..

Sahabat-sahabatku,

Mungkin,kita hari ni tak mampu untuk sama-sama berjuang bersama pejuang-pejuang Hamas melancar roket ke atas tentera-tentera Israel..mungkin hari ni kita tak punya kuasa menyekat kekejaman Israel..atau sebenarnya kita yang belum benar-benar merasai apa yang sauadara-saudara kita alami di sana..

tapi, tak mustahil andai satu hari nanti kita turut sama berjuang bersama mereka..

apa yang harus kita sedari..

Kita masih ada tanggungjawab yang terpikul di pundak..perjuangan untuk menegakkan syiar Islam adalah tanggungjawab kita bersama.. apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita maka ia juga adalah tanggungajawab kita..

bersama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi saudara-saudara kita disana..dan memberi kekuatan untuk mereka..

MAKBULKAN DOA KAMI YA ALLAH..MABULKAN DOA HAMBAMU YANG LEMAH DAN HINA INI..

Thursday, November 20, 2008

RAHMAT UJIAN

KUHARAP PANAS SAMPAI KE PETANG..RUPANYA HUJAN DITENGAH HARI..

Begitulah lumrah kehidupan kita sebagai hamba..yang hanya mampu merancang..sedang Allah yang menentukan segalanya..yang telah berlaku..sedang berlaku mahupun yang akan berlaku..segalanya atas perancangan-Nya yang Maha Mengetahui..

Namun, sebagai hamba kita harus berusaha..kita harus berdoa..dan selebihnya bertawakal kepada Allah..

DOA ITU ADALAH SENJATA BAGI ORANG ISLAM..apa yang penting ialah keyakinan kita sebagai hamba bahawa Allah Maha Mendegar..akan segala yang kita doakan.. Keyakinan yang mantap bahawa Allah memakbulkan doa kita harus benar-benar ada dlm diri kita sebagai hamba kerana itulah hakikat diri kita sebagai hamba yang sentiasa mengharap pertolongan dari Allah..

Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Setiap orang menginginkan kebahagiaan yang berkekalan..setiap orang pasti menginginkan kejayaan dan kecemerlangan yang berpanjangn..Kita punya impian yang tersendiri..impian hidup di dunia mahupun akhirat..

Namun, tak semua apa yang kita impikan akan tercapai..tak semua yang kita rancang terlaksana seperti yang kita kehendaki..krn Allah lah sebaik-baik perancang..DIA pasti telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita atau mungkin kerana Allah ingin menguji kita..menguji keimanan dan kesabaran kita menempuh ujian dan dugaannya..tapi, apa yang pasti..Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita..

lihat saudara-saudaraku..

betapa Allah itu Maha Pengasih..Betapa Allah itu Maha Penyayang..

cuma kita yang kadang-kadang tak sabar..cuma kita yang kadang-kadang berprasangka pada Allah..kerana dalam hati kita masih ada keraguan..masih ada rasa sangsi..

Allah sayangkan kita kerana itu DIA menguji kita..DIA mahu hati kita tertaut kembali padanya..siapa lagi yang dicari andai hati tak keruan..siapa lagi yang bisa dicari tika hati sedih entah kenapa..siapa lagi yang dicari untuk memberi kekuatan pada jiwa insani..DIA..hanya DIA..Yang Maha Mendengar riintihan hamba-Nya..

Maka redholah wahai manusia..
sabarlah menempuh ujian dan dugaan yang Allah anugerahkan untukmu..
yakinlah..betapa sebenarnya DIA menyayangimu..
Kerana itu dirimu diuji..
Segala yang terjadi biarkan terjadi..
usah kamu berpaling kebelakang..
Senyumlah tanda kamu redho dengan apa yang terjadi..
kerana itulah rahmat ujian..

hayati lagu ini..
RAHMAT UJIAN..

Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian diberi maka bersyukurlah selalu

ISBIR!!ISBIR!!ISBIR!!