Saturday, July 16, 2011

NISFU SYA'ABAN


Assalamualaikum kepada semua saudara-saudara seislamku...semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..sedar tidak sedar..hari ini sudah 15Syaaban..Hari yang juga digelar Nisfu Syaaban..Hari dimana buku amalan kita akan di bawa ke atas dan diganti dengan buku amalan baru..


Subhanallah..walhamdulillah...walaailaahailallah..allahuakhbar..tiba-tiba hati tertanya-tanya..ttg amalanku selama ini..


ayuh saudara-saudaraku..kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, sabtu malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat (Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x)

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya ParaMalaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Akhir kata, ayuh saudara-saudara seislamku kita meningkatkan amal ibadah kita..kita membersihkan hati kita..semoga kita bisa mengdapi Ramadhan dengan lebih baik..dgn keimanan dan ketaqwaan..


~SaBaR mEnANtI rAmAdhan.....~

Tuesday, July 5, 2011

ERTI KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR..

Mendengar berita terbaru dari teman-teman..terpancar perasaan yang berbunga dari hati mereka..kebahagiaan seorang isteri bagi mereka yang baru bernikah..kebahagiaan seorang bakal ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin..mahupun kebahagiaan hati seorang teman yang kini sudah bergelar ibu..sibuk melayani si kecil yang mencuit hati..

Maha Suci Allah..yang mentaqdirkan setiap yang berlaku pada setiap hamba-Nya..Hanya kepada DIALAH..diserahkan hidup dan mati kita..

Berbicara soal kebahagiaan hidup..semestinya setiap dari kita mendamba kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat..Bukankah kita telah diajar untuk melafazkan doa ini setiap kali solat?

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"

Maksudnya :"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"

Surah Al Baqoroh : 201.

................................................................................................

Pelbagai cara manusia cuba mendapatkan kebahagiaan..ada yang berusaha untuk menjadi kaya..kerana merasakan bahagia itu dengan punya harta berjuta-juta..ada yang merasakan bahagia itu bile kite bisa bersama suami atau isteri mahupun anak-anak yang tersayang..ada pula yang merasakan bahagia itu..bilamana kita bisa bersama keluarga..mahupun bersama insan yang disayangi..atau dengan mengecap kejayaan..tidak kurang pula ada yang merasa bahagia kerana bisa mendapat apa yang diidamkan..

ya!benar..itu juga kebahagiaan..kebahagiaan hidup di dunia yang seharusnya kita syukuri..kerana ia juga salah satu nikmat yang Tuhan beri pada kita..

Tapi..alangkah indahnya..andai kebahagiaan dunia itu bisa memacu kita untuk mengecap kebahagiaan di akhirat..

Alangkah bahagiaanya..andai kebahagiaan bersama suami atau isteri dan anak-anak itu bisa membawa kita untuk semakin dekat dengan Allah..yang bisa membawa kita kepada kebahagiaan di alam akhirat kerana menyedari akan amanah ini..

Alangkah bahagianya..andai harta yang dimiliki bisa membawa kita untuk mengecap kebahagiaan akhirat dengan sedekah amal jariah yang ikhlas tanpa mengharapkan sanjungan dan pujian..

Alangkah bahagianya..andai kebahagiaan yang Tuhan beri dengan kejayaan itu bisa menjadikan kita hambanya yang bersyukur..yang juga bisa memberi kebahagiaan untuk diri di akhirat nanti..

Kebahagiaan sebenar bukan dilihat pada luaran..tapi,pada hati seseorang..kerana hati..yang bisa merasa bahagia.. dan hati yang bahagia itu semestinya ialah hati yang tenang..hati yang sentiasa berzikir memuji Tuhan-Nya..hati yang sentiasa ingat pada Allah..dalam tidur mahupun jaga..dalam diam mahupun bising..dalam gelap mahupun terang..

Kebahagiaan sebenar juga bukan sekadar di dunia yang sementara..tapi,kebahagiaan dunia yang bisa membawa kebahagiaan akhirat..kebahagiaan yang andai Tuhan menariknya kembali..tetapi hatinya tetap tertaut pada Allah..

Betapa indahnya kebahagiaan yang sebenar..

Ya Allah..kurniakan kepada kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..anugerahkanlah hati kami..kebahagiaan hati..hati yang merasa tenang...hati yang merasa damai..hati yang merasa bahagia..hanya krn mengingati-Mu..dan hati yang tetap bahagia..sekalipun kebahagiaan itu mungkin ditarik sekelip mata..

......................................................................................................................

P/S: Untuk teman-teman yang sudah selamat nikah..umi doakan semoga ikatan suci ini bisa membawa kalian untuk semakin dekat dengan Allah..untuk teman-teman yang menghitung hari untuk bersalin..doa umi semoga Allah mudahkan kalian bersalin..semoga zuriat yang lahir nanti menjadi zuriat yang soleh dan solehah..bagi teman2 yang kini mungkin sibuk melayani si kecil..umi doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian menjaga mereka dan semoga sabarlah hati ibu-ibu ini..

-HANYA KEPADA-NYA KUSERAHKAN HIDUP DAN MATIKU..

Saturday, June 25, 2011

KELAMKAH HATI?TERUBATKAH RINDU?

Petang semalam..Pak Usu ana ambil ana untuk ke rumah saudara kami di Taman Baru Uda..pada mulanya ana tidak tahu apa tujuan kami ke sana..tapi,setelah bertanya..barulah ana tahu yang rupa-rupanya..ada kenduri tahlil dan bacaan Yaasin..

Sesuatu yang buat diri ana rasa bersyukur malam tadi..sebab ana dapat solat di masjid..sebelum sampai di rumah saudara kami tu..rupa-rupanya pukcu singgah di Masjid Jamek Taman Baru Uda..untuk solat Maghrib di sana..melihat masjid dihadapan mata..tambahan keadaan masjid yang tersergam indah dan besar..hati mengucap syukur dan jadi gembira sangat..alhamdulillah..dapat solat di masjid..dah lama sangat tidak ke masjid..keadaan tmpt tinggal yang tidak ada surau dan masjid yang berdekatan tanpa membawa kereta krn keadaan mata yang rabun..agak menekan jiwa..sudah lama tidak ke masjid..dan sudah lama juga hamba Allah ini tidak mendengar pengisian..cuma kadang kala membuka youtube mendengar ceramah 'dan yang paling disukai ialah ceramah 'Ustaz Azhar Idrus'..

Walaupun hanya seketika kerana perlu meneruskan perjalanan untuk tujuan sebenar..tapi,alhamdulillah..ana sempat mendengar sedikit pengisian yang disampaikan oleh ustaz di masjid tadi..ia berkaitan hukum bunuh..ya!Ana masih ingat sewaktu belajar 'Jenayat' di sekolah agama dulu..hukum bunuh salah satu hukum yang ada diterangkan dalam agama kita..agama Islam..ia adalah hukum Allah yang punya hikmahnya yang tersendiri..yang sempat ana dengar tadi, antara yang menyebabkan seseorang boleh dijatuhkan hukum bunuh ialah orang yang membunuh orang lain..anak yang memukul ibu bapa..dan orang yang menceroboh dengan bersenjata..ana tidak sempat mendengar sehingga habis..insyaallah..harus dicari dimana2 pengetahuan tentang ini..

Tetapi hari ini..bukan soal hukum bunuh yang ingin dikongsi..tapi,perihal ke masjid..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Tahukah kita di zaman Rasulallah SAW dulu..semua lelaki berlumba-lumba untuk ke masjid..berlumba-lumba untuk solat berjemaah..tapi,hari ini..kita dapat lihat..betapa kurangnya lelaki solat berjemaah di masjid..masjid-masjid yang tersergam indah dan besar..sepi..tanpa penghuni..hanya beberapa org yang hadir..masjid-masjid hari ini hanya penuh pada hari Jumaat..

Apakah hukum sebenar lelaki ke masjid dan solat berjemaah??

Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila kamu melihat lelaki yang melazimkan berulang-alik ke masjid, maka Islamlah dia (ada iman dalam hatinya). Riwayat dari Abi Sa’id Al-Khudri,

Dalam mazhab Syafie, hukum sembahyang berjemaah adalah Fardu Kifayah, ke atas semua lelaki yang mampu, namun apabila ada sekumpulan yang melakukankannya, gugurlah kewajipan itu. Ini bersandarkan hadis:


Tidak ada tiga orang (lelaki) dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa yang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan) (Riwayat Imam Ahmad).

Demikianlah perlunya untuk seseorang lelaki itu solat berjemaah di masjid..Sekalipun, Fardhu Kifayah..tetapi, mengapa tidak kita menuruti perlakuan junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang solat di masjid??Bukankah ciri-ciri bagi lelaki soleh itu adalah yang terikat hatinya dengan masjid??Insyaallah..mulai saat ini..kepada kaum Adam..kalian sudah boleh untuk menanam impian untuk rajin ke masjid..

Bagaimana pula dengan kaum Hawa??Apakah hukumnya golongan wanita ke masjid dan solat berjamaah???

Ya!Benar..ada sesetangah pandangan ulama yang mengatakan wanita itu tidak diwajibkan untuk solat berjemaah di masjid malahan ada yang mengatakan makruh kerana boleh mendatangkan fitnah..

Ya!secara peribadi ana setuju..seorang wanita itu lebih baik solat di rumah andai boleh mendatangkan fitnah untuk ke masjid..tetapi,bilamana suasananya selamat dari fitnah..dengan kehadiran mahram contohnya..mengapa tidak kita ke masjid??Bukankah masjid itu tempat utama penyebaran ilmu??apa yang paling penting..ialah kita tahu menjaga perlakuan kita..terutamanya dari segi pakaian..haruslah menutup aurat..harus juga menjaga pandangan mata dan pertuturan..

Insyaallah..kalian boleh membaca dengan lebih terperinci hujah berkaitan ini di dalam man web yang ana sertakan di sini..http://www.kias.edu.my/wnitakemsjid08.htm

Sewaktu di UPSI dulu..masih teringat seorang sahabiah yang sangat rajin ke surau KUO sekalipun dia sebenarnya tinggal di KHAR..Ana cukup mengaguminya kerana kesungguhannya untuk mengejar solat berjemaah..tapi ana..hanya hadir sekali-sekala dan apabila ada ceramah..keadaan bilik yang terletak di bangunan blok lelaki(kerana lebihan pelajar perempuan)..membuat diri ini terasa sangat malu untuk melintasi blok lelaki untuk ke surau..

Tapi sekarang..ana terasa sangat rindu untuk ke masjid..tersangat rindu untuk mendengar pengisian..Cuma sesekali berbicara soal agama dengan roomate tersayang..Kak Syahida..ya!Hati.. bilamana tidak diisi..dia akan semakin kelam..ana tak mahu dan sangat takut hati ini menjadi begitu..ya Allah..lindungi aku..

Kepada yang berpeluang untuk ke masjid..syukuri nikmat itu..ketenangan untuk hadir di rumah Allah..

ya Allah,rindunya..


Tuesday, June 14, 2011

JUS MONAVIE??

MonaVie Original (Warna Purple)
MonaVie Pulse (Warna Merah)
MonaVie Active (Warna Hijau)

Ana bukan seorang peniaga..tapi,untuk membantu seorang kawan insyaallah..ana berminat untuk berkongsi maklumat tentang apa itu jus monavie..

Apa Itu Jus Monavie?


Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.


Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit. Ibu pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat, Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah. Rebutlah peluang untuk menjadi pengedar terawal di Asia khususnya di Malaysia.

..................................................................................

Khasiat Jus Monavie?


Jus Monavie sangat sesuai untuk pelbagai penyakit dan terbukti berkesan untuk penyakit2 berikut:

Kencing Manis/Darah Tinggi/Kolestrol Tinggi/Gout/Sakit Jantung/Kanser/Gastrik/Sakit Belakang/Masalah Urat Saraf/Sakit Sendi/Penyakit Kulit/Letih Lesu/Strok/Lumpuh/Resdung/Asthma/Buasir/Buah Pinggang/Jangkitan Faraj/Sembelit/Otot Kejang/Awet Muda

.......................................................................................

Jenis-Jenis Jus MonaVie?

1) MonaVie Original (Warna Purple)

-Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

-Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi sertta phylonutrients untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimun.

-Mencantikkan kulit serta menghasilkan DHA yang tinggi untuk otak.

-Sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta ibu mengandung.

-Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi serta mengurangkan berat badan.


2) MonaVie Pulse (Warna Merah)


-Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.


-Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimun.


-Mengandungi sterols dari tumbuh-tumbuhan untuk mengurang dan mengawal kadar kolestrol yang tinggi dalam badan.


-Elok untuk pencegahan Sakit Jantung. Di formulasi khas dengan resveratrol dan omega 3 fatty acids untuk rawatan dan kesihatan jantung.


-Sesuai untuk penyakit kencing manis, darah tinggi serta mengurangkan berat badan.


-Boleh menghilangkan sakit sendi, sakit belakang, letih, lenguh dan otot kejang.


-Setiap 4 ounces daripada MonaVie Pulse bersamaan dengan 13 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3) MonaVie Active (Warna Hijau)

-Boleh digunakan oleh pelbagai lapisan umur.

-Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi untuk melawan penyakit serta menjamin kesihatan yang optimun.

-Mengandungi tambahan glucosamine semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk rawatan serta memperbaikki sendi-sendi, joint dan urat saraf.

-Mengandungi kolagen semulajadi dari tumbuh-tumbuhan untuk memperbaikki kulit dan sesuai untuk penyakit batu karang, gastrik, migraine, lumpuh dan kanser.

.....................................................................................

Demikianlah serba sedikit maklumat tentang jus monavie..Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan jus monavie ini..layarilah laman web : http://www.jus-monavie.com/.Bagi mereka-mereka yang berminat untuk mencuba dan membuat tempahan anda boleh berhubung pada no ini..0172253923

-SELAMAT MENCUBA-

MELIHAT KEBESARANMU TUHAN..


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog’BICARA HATI WANITA’..Semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan ALLAH..Bagaimana dengan cuti kalian?semoga masa terisi dengan sesuatu yang berfaedah..

Alhamdulillah..kakak ana selamat melahirkan bayi lelaki dengan berat 3.5kg di Hopsital Rompin pada 2Jun yang lalu..Setelah berhempas pulas di wad bersalin..akhirnya seorang lagi Ummat Muhammad lahir lebih kurang pada pukul 1.00pagi..Tahniah buat along dan abang long untuk kelahiran anak ke-2..

................................................................................................

Bercakap soal mengucap tahniah dan memberi khabar gembira..Islam menggalakkan untuk kita memberi khabar gembira hal kelahiran sesama kita..Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan umat Islam..

Jika kita menyoroti sirah Rasulallah SAW sendiri, pasti kita teringat peristiwa di mana Thuwaibah,hamba kepada Abu Lahab telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab dengan mengatakan:

“Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah.”

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.

Demikianlah betapa Islam begitu teliti dalam hal melibatkan hubungan sesama manusia..kerana hubungan ini juga berpaksi pada hubungan yang lebih agung iaitu hubungan kita dengan Allah..

..............................................................................................................

Menatap wajah dan tubuh si kecil yang masih kemerahan..hati terdetik..Ya Allah..Betapa besar keagunganMu Tuhan..dari setitis air mani akhirnya terbentuk jasad yang hidup..sempurna dengan dua mata, dua telinga, hidung, mulut, tangan, kaki dan anggota badan lain..lengkap untuk membolehkan kita beribadah pada-NYA..memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..

Benar..Firman Allah di dalam Surah Adz-Zaariyat:56 yang bermaksud

Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku..

..................................................................................................................

Maha Suci Allah..Dialah Sebaik-baik pencipta..Betapa damainya hati setiap kali menatap wajah mulus ‘Muhammad Nafis Ihsan’..betapa Allah telah mencipta manusia itu sebaik-baiknya..dengan rupa yang sempurna..

Subhanaallah..Betapa besar keagungan-Mu ya Allah..

Firman Allah di dalam Surah T-Taghaabun:3

Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar. Dia membentuk rupamu dan diperelokkan-Nya rupamu itu dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali.

Firman Allah lagi di dalam Surah At-Tin:4

Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk sebaik-baiknya..

Ya!Tuhan telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian..ditambah lagi dengan bentuk rupa yang elok dan cantik..ditambah juga dengan kurniaan akal untuk kita berfikir..tetapi jarang sekali kita mensyukuri nikmat kurniaannya..

...............................................................................................................................

Tidak cukup hanya melihat anak yang baru lahir untuk merasai kebesaran Tuhan..tetapi juga dalam meneiliti asal kejadian manusia..Sebagaimana Firman Allah di dalam As-Sajadah ayat 7 hingga 9 yang bermaksud:

Dia yang membuat segala sesuatu yang diciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. (penciptaan Adam)

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina(air mani).

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuhnya roh(ciptaan-Nya) dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran ,penglihatan dan hati tetapi sedikit sangat di kalangan kamu yang bersyukur.

................................................

Firman Allah di dalam Surah Al-Insaan ayat 1hingga 2 juga ada menyebut yang bermaksud:

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang belum disebut.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur,maka Kami hendak mengujinya(dengan perintah dan larangan)kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

(air mani yang bercampur di dalam ayat di atas bermaksud air mani(yang mengandungi sperma)yang bercampur dengan telur pada wanita.(ovum)

....................................................................................................................................

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..menginsafi asal kejadian manusia..siapalah kita untuk terlalu berbangga diri dengan apa yang dimiliki yang hakikatnya hanyalah pinjaman Allah semata-mata..Siapalah kita untuk terlalu meninggi diri..sedang hakikatnya kita ini cukup hanya manusia biasa..yang asalnya dari sesuatu yang tidak bisa di sebut..dari setitis air mani yang hina tetapi akhirnya menjadi suatu kejadian yang indah, lengkap dan sempurna..tapi,kita selalu lupa pada asal kita..kita menidakkan hukum Allah..kita mengagung-agungkan dan membesar-besarkan manusia lebih dari Pencipta-Nya..kita menjadi hamba kepada nafsu..lalai dengan keindahan dunia..kita lupa untuk berpegang pada hadis yang mengatakan dunia itu menjadi syurga orang-orang kafir tapi penjara bagi orang Islam..sungguh..manusia itu sering lalai dan lupa..lupa untuk melihat kebesaran Tuhan dalam setiap yang dilihat,didengar dan dirasainya..

...................................................................................................

Berbicara soal kebesaran Tuhan..ya!setiap yang kita dengar..kita lihat dan kita rasa..seharusnya kita merasai kebesaran Tuhan kerana hanya Dia yang berhak menerima segala pujian..

Saudara-saudaraku yang dimuliakan..

Ayuh..bersamalah kita menghayati dan menginsafi asal kejadian diri kita..Semoga kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bersyukur..dan rasailah kebesaran Tuhan dalam setiap yang dilihat..didengar..dirasa..

Subhanaallah..Walhamdulillah..Walaaailahaillallah..Allahuakhbar..