Tuesday, October 7, 2008

alkisah'SI ANAK SINGA'


Kisah Seekor Anak Singa

Di dalam sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang masih lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan kambing melintas tempat itu.Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia berasa sangat hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu.

Si ibu kambing itu pun menghampiri anak singa itu,lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang . Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing.Ia pun terus mengikut ke mana saja ibu kambing itu pergi.Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.

Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing.Ia menyusu, makan,minum dan bermain dengan anak kambing. Tiada sebarang perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor anak singa.

Suatu hari, berlaku tragedi besar. Seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.

” Kau singa! Cepat lawan serigala itu.Cukup dengan mengaum saja,pasti serigala itu akn ketakutan!” kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.

Tapi, anak singa yang sejak kecil hidup ditengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembek. Suara itu sama seperti kambing yang lain. Bukan mengaum.

Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara susuannya diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala.Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah.

”Sepatutnya kau boleh membela kami!!Seharusnya kau boleh menyelamatkan saudara kau itu!Seharusnya kau boleh menghalau serigala yang jahat itu!!marah ibu kambing..

Anak singa itu menunduk. Ia benar-benar tidak faham dengan maksud perkataan ibu kambing.Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagaimana kambing-kambing yang lain.Anak singa itu turut berasa sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

Hari berikutnya, serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini,ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala lalu ia cuba membantu dengan perlakuannya yang tak ubah seperti seekor anak kambing.

Melihatkan tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganas dan licik itupun maklum bahawa yang ada dihadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi tidak ada bezanya dengan kambing.

Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia menggeram marah dan sekali lagi bersiap menyerang singa bermentaliti kambing itu.

Ketika anak singa itu menerjang dan menyerudukkan kepalanya sebgaimana kambing,sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit masa,serigala itu pun berjaya mencakar muka anak singa itu dengan cakarannya.

Anak singa itu pun rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing yan menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan,kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa raja hutan??

Serigala pun terus menyerang anak singa yang mengaduh sakit. Serigala itu juga bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. Pada masa krisis begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat hati menerajang serigala. Serigala pun terpelanting. Anak singa pun dapat bangun.

Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dahsyat.

Semua kambing pun ketakutan.Anak singa itu juga turut takut. Sementara serigala pula sudah cabut lari.

Anak singa itu ketakutan sekali..
” Jangan bunuh aku..jangan bunuh aku.ampun!!kata anak singa itu

” Kau anak singa,bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa”.kata singa dewasa itu..

Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata,” tidak, aku adalah anak kambing. Tolong lepaskan aku”.

Singa dewasa itu berasa hairan bukan kepalang.Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti seekor kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu.

Sebaik sampai di danau yang jernih airnya, ia meminta anak singa melihat bayang dirinya sendiri.Lalu dibandingkan dengan singa dewasa.

Sebaik melihat bayang dirinya,anak singa itu pun terkejut.” Oh,rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa”.

” ya!kerana kau sebenarnya anak singa bukannya kambing!!tegas singa dewasa itu..

” Jadi,aku bukan kambing?? Aku adalah seekor singa??tanya anak singa itu lagi..

” ya!kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!!kata singa dewasa..

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuatnya. Ngauman yang mengetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ, serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu.

Anak singa itu berteriak kemenangan..

” Aku adalah seekor anak singa!!raja hutan yang gagah perkasa!!jerit anak singa itu keriangan..

Singa dewasa tersenyum gembira mendengarnya.

Demikianlah alkisah ’sianak singa’..
Persoalannya...

MUNGKINKAH ADA ANTARA KITA HARI INI YANG SEBAHAGIANNYA MIRIP SEPERTI ANAK SINGA INI???

Sekian lama hidup tanpa mengetahui jati dirinya yang sebenar dan potensi terbaik yang ada pada dirinya???

BETAPA RUGINYA KITA ANDAI ITU YANG TERJADI..

Betapa banyaknya manusia pada hari ini yang menjalani hidup seadanya saja,dengan ala kadar atau ’cukup-cukup makan’ kata orang..kita hidup dalam keadaan yang masih terbelenggu dan terkurung oleh sesiapa diri kita..hidup dalam tawanan rasa selesa..langkah yang penuh keraguan dan kesangsian..tanpa semangat hidup yang sepatutnya..dan kadang-kadang sekadar menjadi’pak turut’..menuruti perlakuan orang lain hingga tak mengenal diri sendiri..

Inilah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini..kerana hakikatnya, ramai yang tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar dan potensi terbaik apa yang telah Allah anugerahkan kepada mereka..

BOLEH JADI MEREKA ITU SEBENARNYA ’SEEKOR KAMBING’ TETAPI MEREKA TIDAK TAHU SEBENARNYA MEREKA ADALAH’SEEKOR SINGA’. MEREKA MENGANGGAP DIRI MEREKA ’SEEKOR KAMBING’ SEBAB SELAMA INI HIDUP DALAM KAWANAN KAMBING SEDANG HAKIKATNYA JIKA MEREKA BERKEINGINAN,MEREKA MAMPU MENJADI SEEKOR SINGA..

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya..

Kata-kata di atas sering kita dengar umpama menjadi satu falsafah hidup untuk membaiki diri menjadi lebih baik..tapi hakikatnya, masih ramai yang tidak berubah.

KENAPA MASIH RAMAI YANG TIDAK BERUBAH??

PERTAMA: Kerana Kita tidak mahu berubah.

KEDUA: Kerana KITA tidak tahu bahawa KITA harus berubah

KETIGA: kerna KITA tidak tahu bagaimana cara untuk berubah.

Sebabnya???

Kerana kita sudah biasa hidup pasrah..sudah biasa dengan redho atas segalanya..menerima segala yang dimiliki seadanya..hidup tanpa ada rasa untuk bangkit dari segala kelu kesah..derita.sengsara atau kesusahan..Tidak tahu berusaha untuk membaiki diri..Dan akhirnya,cara hidup ini seterusnya diwariskan turun-temurun..

TAHUKAH KITA??

Allah telah menganugerahkan kepada kita kelebihan dan keunikan yang tersendiri..setiap orang punya kalebihan tertentu..Namun,amat menyedihkan bila ramai yang tidak menyedari kelebihan dan potensi yang dimiliki dan tidak tahu bagaimana seharusnya digunakan potensi yang ada..

TIDAK TERKIRA RAMAINYA ORANG YANG HIDUP BERMENTALITI KAMBING MESKIPUN MEREKA SEBENARNYA ADALAH SINGA!!

Sedar atau tidak..ramai antara kita yang menjadi seorang manusia yang begitu gerun atau begitu mengagumi orang lain sama seperti gerunnya si anak singa yang bermentaliti kambing dalam menghadapi serigala dlam kisah tadi. Padahal sebenarnya,kita juga mampu menandingi mereka jika kita berkeinginan..dan mungkin lebih dari itu..

Namun sayangnya,ramai antara kita yang mirip anak singa tadi..anak singa..tapi bermentaliti kambing dan berkelakuan seperti kambing..bukan seperti singa!!kian lama terbeleggu hingga tak bisa menyedari siapa dirinya yang sebenar..

lebih menyedihkan lagi apabila ada yang sudah menyedari dirinya adalah singa tetapi tetap juga memilih untuk menjadi kambing kerana sudah terbiasa menjadi kambing dan kerana malu pula untuk menjadi singa..malu untuk maju dan berprestasi..Mereka tetap mahu menjadi kambing kerana merasa tidak mampu menjadi singa dan berasa sudah selesa menjadi kambing. Yang menyedihkan bila ada yang tidak mahu orang lain menjadi singa kerana hasad,dengki dan iri hati berada dalam diri..Bahkan meReka mahu orang lain menjadi kambing yang lebih bodoh pula!!

Renung-renungkan..fikir-fikirkan..

Sedarkah kita,bahawa hakikatnya kita adalah’SEEKOR SINGA’??

Allah Taala sendiri telah berfirman di dalam surah Al-Imran ayat -10 yang bermaksud..

” Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi ummat manusia kerana kamu menyuruh segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar(buruk dan keji),serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benar
iman)”

Dalam konsep kita sebagai ummat Islam ,sedarkah kita bahawa kita adalah ummat terbesar. Ya!!!kitalah UMMAT ISLAM..Ummat Islam ini adalah sebenarnya singa dewasa yang mempunyai kekuatan yang hebat bukannya sekawan kambing.

Andai setiap daripada ’SINGA-SINGA’ ini benar-benar menyedari keupayaan sebenar diri, maka ia akan menunjukkan kepada dunia bahawa ia adalah singa yang tidak boleh diperlekahkan sedikit pun.

Betapa ramainya ummat Islam di dunia ini maka betapa banyak nya juga singa-singa. Itulah yang sebenarnya.

Sahabat-sahabatku..kitalah ummat itu..

ya!!kita sebaik-baik ummat.. kitalah SINGA..singa yang bermentaliti ’SINGA’ dan berperwatakan sebagai seekor’SINGA’..

kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam

kita mampu berjihad menegakkan Islam

kita mampu berdakwah menyebarkan Islam

kita mampu gemilang dalam segala bidang mengatasi bangsa lain

kerna kitalah Ummat sebaik-baik ummat..


fikir..fikir..dan teruskan berfikir merenung diri

’APAKAH AKU ’SEEKOR KAMBING’??

Atau

SEEKOR SINGA??

Atau mungkin..

KAMBING BERMENTALITI SINGA??

Atau..

SINGA BERMENTALITI KAMBING???

tepuk dada tanya selera???
TEPUK DADA TANYALAH DIRI SENDIRI

ayuh bangkit ’SINGA-SINGA ALLAH’!!!
ayuh bangkit ’WAHAI SEKALIAN SINGA’

Sunday, October 5, 2008

HAMBA YANG MENCARI



Kumemandang jauh dilubuk hati..
Kemerentas ombak duka..
Kumelayari bahtera bahagia..
Sesekali..
Aku tegar menguntum senyuman..
Ibarat mekar wardah yang indah di pagi hening..
Atau sesekali jua..
butir-butir mutiara hati gugur tanpa dipinta..
Aku mencari..mencari dan terus mencari..
Tuhan..dimana ia??

Kumendaki gunung..
kumenuruni lurah..
Kumerentas lautan..
Kumencari-cari disebalik rimbunan awan..
Juga disebalik sinaran mentari ..
Tampak gemilang cahayanya..
Tiba hati terdetik..
Tiba jiwa merasa..
Tika mata memandang
Tika telinga mendengar..
Ya Rabbi..inikah ia?

Sayu kumemandang..
Hiba ku menatap..
Sujud..aku sujud..
Sujud syukur memuji kebesaranMu..
Tak bisa kumenahan rasa hati..
Deraian hiba seakan memain lagu..
Indah..cukup indah alunannya..
Inilah kasihMu..inilah rahmatMu..
Maha suci Allah..Maha suci Allah..
Aku sudah menemui..
Tika aku sedang mencari..

Inilah yang kucari..dan kini kumenemui..
Sinaran hidayahMu..
Cahaya petunjukMu..

Kini..
Takkan aku berpusing kebelakang..
Tak ingin aku menoleh tepi..
Kerana ia ada dihadapanku..
Tak bisa dilihat..tak bisa didengar..tak bisa disentuh..
Tapi hadirnya bisa dirasa..
Kerana hidayah itu dari-Nya..
Hamba yang mencari..
Insyaallah akan menemui..

Hidayah itu milik Allah..Dia memberinya untuk hamba-hamba yang Dia menginginkannya..tapi,kita sebagai hamba harus mencari..kita sebagai hamba harus berdoa agar kita beroleh hidayah..agar kita beroleh petunjuk..

seringkali kita mendengar..bila ada manusia menutur bicara..” aku belum dapat hidayah lagilah..hidayah itu kan milik Allah..” nanti..dah dapat hidayah..aku bertaubatlah..

ya!memang hidayah milik Allah..tapi,andai kita tak mencari sendiri..kita tak bisa menemuinya..andai kita sekadar menuggu hidayah datang pada kita..maka pergilah kita nanti mengadap-NYA sebagai seorang hamba yang rugi..

ajal tidak menunggu kita sekalipun sesaat..bila Allah sudah mentakdirkan kita meninggal pada malam ini..pukul 11.05malam..maka pergilah kita mengadapnya pada waktu yang tepat..

Sebenarnya, tanpa kita sedar.. Allah sudah memberi petunjuk itu kpd kita..atau mungkin Dia mengirimkan seseorang utk kita..supaya kite merenung kembali kesilapan diri..tapi,kita yang ego atau kadang kala berusaha untuk menafikannya..kerana kita bahagia berbuat dosa..nauzubiilahiminzalik..

Renungkanlah sahabatku..bertaubatlah selagi ada masa..kembalilah ke jalan TuhanMu..kerana tika hidayah itu hadir..tapi kamu tak mengendahkannya..ku khuatir..tiada lagi hidayah untuk-Mu..krn kamu langsung tidak mensyukuri petunjuk yang Allah berikan untukmu..

Diriku insan lemah lagi hina menutur bicara..segala apa yang kutulis ini maka ia adalah peringatan untuk diriku sendiri..andai satu hari diriku membuat silap..maka aku mengharap untuk kalian mengingatkanku..menasihatiku..

-Salam aidilfitri buat kalian sahabat-sahabtku..maaf atas kelambatan mengucapkannya..
Kupohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap mahupun keterlanjuran kata..

KERANA KAU MANUSIA..AKU SAYANG PADAMU..(Laksamana sunan)

KERANA KALIAN SAUDARA SEISLAMKU..AKU SAYANG PADAMU

Izinkanku menjadi sahabat kalian dunia akhirat..

Sunday, September 21, 2008

warkah buat bonda

Assalamualaikum..kehadapan bonda yang disayangi..semoga bonda sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik pada bonda..Anakanda melakar bicara ini tika hati anakanda penuh kerinduan pada bonda..rindu yang tak bisa anakanda ungkapkan dengan kata-kata..

Tika dulu..kali pertama anakanda melanjutkan pelajaran ke sini..sesekali anakanda menyeka air mata..tika rindu itu hadir..anakanda tak tahu bagaimana untuk meluahkan..hanya air mata sebagai peneman..bila kadang-kadang anakanda rindukan ayahanda..bonda dan adik-adik..anakanda menangis sorang diri kerana anakanda tak mahu orang lain tahu anakanada menangis..bonda tahu..orang kenal anakanada sebagai seorang puteri yang ceria..yang kuat semangatnya..yang suka buat orang tersenyum..suka buat orang bahagia dengan telatah anakanda krn anakanda bahagia sangat dapat buat orang lain gembira dan bahagia..terutamnaya sahbat-sahabat anakanda..anakanda selalu doa pada Allah..agar hanya menghadirkan rasa kasih,sayang dan cinta dalam hati anakanda..jauhkan anakanda dari cemburu,iri hati,marah mahupun prasangka pada manusia..anakanada mahu sebarkan sayang anakanda pada semua manusia...bolehkan bonda??

Bonda..anakanada masih ingat bonda pernah cerita pada anakanda..waktu anakanada lahir dulu.tubuh .anakanda kebiruan tika lahir..anakanada tak menangis..kerana leher anakanda terbelit dileher anakanda..anakanada tanya bonda..susahkah bonda lahirkan anakanda??bonda kata..tak..bonda senang lahirkan anakanda..oleh kerana leher anakanda terbelit..anakanda nak keluar cepat..Cuma mungkin nyawa anakanda dalam bahaya waktu tu..tapi,alhamdulillah kan bonda..Allah beri pulang untuk anakanda hidup..jadi hambanya..jadi ummat Muhammad..jadi anak bonda..anak ayahanada..bonda kata..waktu bonda lahirkan anakanada..bonda banyak ingat Allah sebab bonda baru lepas gugur..semoga anakanda juga begitu..sentiasa ingat pada Allah…aaaaminnnn..

Bonda..ingatkah bonda..satu hari mesin basuh dirumah kita rosak..waktu tu adik-adik semua balik rumah..hmm..satu almari mereka punggah baju..waktu tu kita basuh guna tangan bersama..bonda tanya anakanda..anakanada penat??waktu tu anakanda kata..tak..sekalipun waktu tu anakanda dah penat..tapi,anakanda cakap anakanada tak penat..anakanda tak sampai hati tgk bonda basuh sorang-sorang..sedangkan bonda yang sudah berumur kuat..inikan pula anakanda yang berusia 18tahun waktu tu..akhirnya alhamdulillah..kita dapat habiskan basuh basuh guna tangan..pastu bilas dan sidai..bonda..anakanda sayang bonda..

Hari tu,waktu cuti smester anakanada balik rumah..lps makan nasi anakanda basuh pinggan yang banyak disink..bonda ingat apa yang bonda cakap..takyahlah basuh pinggan tu..kenapa??tanya anakanda..bonda kata..sayang..tangan cikgu ni..hihi..bonda..bonda..anakanada ni..gadis kampong..dan anakanda bangga menjadi gadis kampong..

Bonda..lenakah tidur bonda sekarang ni??anakanda ingat lagi..bonda selalu mengadu..bonda tak dapat tidur..tahukah bonda..hati anakanada terasa sayu..hinggakan anakanda berdoa..andai ia boleh ditukar ganti..biarlah anakanda yang tak dapat tido asal bonda dapat tido..anakanda kuat..anakanada masih muda..dan anakanada memang selalu tidur lewat..anakanda selalu doa pada Allah..agar bonda dapat tidur lena..bonda..bila anakanda balik..anakanda pasti tanya bonda..bonda dapat tidur?bila bonda kata tak..dan kadang2 bonda mengeluh..anakanda cakap..mungkin Allah nak uji bonda..bonda kena kuat ye..

Bonda..tika kejauhan begini..hanya telefon penghubung kita..bila anakanada rindukan bonda..anakanda akan telefon bonda untuk bertanya khabar..bonda cakap..bonda suka cakap dgn anakanda sebab anakanda sentiasa ceria..hihi..terima kasih bonda..

Bonda..pernah dulu..waktu tu,anakanda dirumah..ankanda bermimpi..bonda meninggal dunia..dalam mimpi anakanda..anakanada menangis tersesak-esak sehingga tangisan anakanda menjadi reality..waktu tu..bonda dan along belum tidur.. anakanda tersedar dari mimpi anakanda bila dengar suara along kata..mak..angah nagis..cepat-cepat anakanda menyeka air mata anakanda sebelum along masuk kebilik anakanda..ya Allah..panjangkan umur ibuku ya Allah..bonda,bolehkah anakanada berdoa agar anakanada yang pergi dulu dari bonda..anakanada takut anakanda tak cukup kuat untuk merasai kehilangan bonda..

Bonda.. Banyakkah kuih yang bonda buat untuk raya kali ni??hari tu..anakanda tanya bonda..bonda kata..bonda tak nak buat kuih..bonda nak jaga cucu..emm..bonda tak sabar nak jadi nenek ye?hihi..anakanda pun..tak sabar sangat nak jadi mak saudara..tapi,janganlah sampai tak buat kuih bonda..tak terasa raya tanpa kuih..takpe,nanti..anakanda balik jumaat ni..anakanda pujuk bonda...kita buat kuih sama2 macam selalu..tapi,last2..anakanda tinggal sorang2..sebab bonda tidur..hihi..takpe,anakanda kuat berjaga..

Bonda..bonda doa anakanda berjaya ye..sejujurnya..anakanda ni bukanlah anak yang bijak..anakanda hanya pelajar sederhana..anakanada tahu kelemahan anda..insyaallah,anakanda akan perbaiki dan berusaha untuk capai yang terbaik..

Sem lepas,waktu anakanda nak final exam..bonda telefon anakanda..bonda kata jangan tido lewat..anakanda berkeras nak tido lewat..anakanda kata anakanda takkan tenang selagi anakanda tak habis baca..bila bonda juga berkeras suruh anakanda tido.anakanda senyap..sejujurnya, anakanda sedih waktu tu..bonda tahukan redho bonda mengiringi anakanada..bila bonda tak benarkan anakanda studi lewat..anakanda rasa sedih..tapi,tak lama selepas tu..bonda telefon anakanda semula..bonda kata..habis study..tido..anakanda senyum..anakanda tahu,bonda dapat rasa anakaanda nangis kan!sbb bonda kenal sangat dgn anak bonda yang sinsetif ni..maafkan anakanda yang degil ni..

Bonda..anakanda masih ingat..bonda selalu cite..dari kecil lagi anakanada bijak..rajin..waktu tadika,sampai cikgu tadika anakanada yang penat nak beri latihan pd anakanda..sebab anakanda buat laju..waktu sekolah rendah..dari darjah 1 smpi darjah 6..anakanda pasti dapat banyak hadiah..dapat tokoh pelajar..anakanda gembira sangat dapat gembirkan hati bonda..dan buat bonda bangga..

Bonda..bonda tahu tak?anakanda bersyukur sgt..bonda jaga anakanda betul2..bonda dan ayahannda begitu tegas dlm pergaulan anak-anak..hinggakan anakanda jadi takut dgn lelaki..dan takut org suka anakanada..waktu anakanda tingktn satu..anakanda dapat surat cinta..anakanda takut sangat..takut bonda marah..tapi,bonda tak marah..bonda ketawakan anakanda.

bOnda tahu..kepercayaan yang bonda dan ayahanada beri pada anakanda begitu bernilai bagi anakanda..sebab tu..dgn siapa anakanada baik..sapa kawan baik anakanda..anakanda pasti kenalkan dan ceritakan pd bonda..bila dekat rumah..kalau anakanda main messege..,bonda pasti tanye..anakanda messege dgn sape?anakanda akan terangkn dgn jujur pada bonda sama ada kwn anakanda lelaki mahupun perempuan..bonda..baik bagi bonda..baik juga bagi anakanada..kalau bonda tak suka..maka anakanda pun tak suka..

pernah satu masa dulu..anakanda rajin messege dgn seorang kwn anakanda..bonda tegur..bonda kata anakanda dah berubah..anakanda nangis..anakanda malu bonda tegur..anakanda tak berubah bonda..anakanda tetap anak bonda..hati anakanda tetap milik Allah..


waktu cuti hari tu..ayahanda kata..dah sampai masanya ayahanada kawinkan anakanda..anakanda menangis..belum sampai masanya lagi bonda..insyaallah,masanya akan tiba terima kasih bonda..faham anakanada..anakanda tahu bonda faham hati anakanda..Insyaallah,satu hari nanti..anakanda pasti punya keluarga sendiri..jadi seorang isteri..macam bonda..isteri yang sabar dan jadi ibu yang penyayang..

Bonda..betapa kuatnya naluri hatimu bonda..masih teingt difikiran anakanda..wktu di matrik..tika anakanda sakit..bonda telefon anakanda..bonda kata bonda bermimpi anakanda sakit..bila adik2 sakit pun..ibu pasti dpt mimpi..kuatkanya naluri seorang ibu..anakanda pun nak jadi seorang ibu macam bonda..

Bonda,terngiang2 diingatan anakanda tika ini..gurau senda kita dirumah..tgk tv bersama..main chef-chef..urut-urut..sikat-sikat rambut..kadang2..tika kite duduk-duduk..anakanda cium pipi bonda..anakanda cakap..mak ni busyuklah..hihi..bonda kata..mak mana ada busuk..mak sentiasa wangi..hihi..bila balik rumah..bonda selalu suruh anakanda cari uban..bonda kata..uban gatal..anakanda kata..uban tua ni mak..hihi..bonda marah..ooo..bonda perasan muda ye!hihi..bonda..rindunyer anakanda pada bonda..kadang2..bila anakanda balik..sebelum tido..anakanda tanya bonda..mak nak angah urut..biar angah urut mak..anakanda pun urut bonda guna minyak gamat..lepas urut bonda..bonda kata..biarlah mak urut angah pulak..anakanda tak nak..anakanada suruh bonda urut tangan je..bonda kata..angah ni..dengan mak sendiri pun malu..huhu..bonda..anakanda memang malu..lagipun..anakanda urut bonda tak mintak balasan..biarlah bonda tido..tak perlulah bonda urut anakanada..lain kali,kalau anakanda lenguh..anakanda suruh bonda urut yek!

Dirumah,ayahanda selalu beli buah..anggur,jambu,langsat,epal..anakanda cepat2 nyorokkan untuk bonda dulu..sebab anakanda tahu adik2 makan..mesti tak ingt bonda..tapi,kadang2 bonda tak kisah pun..biarlah..mak takpe..bonda..anakanda saaayanggg bonda..

Bila anakanda dan adik2 balik..bonda pasti tunaikan apa yang kami nak makan..kalau ada adik2 yang nak makan bubur kacang..bonda pasti buat..kalau ada yang nak makan nasi ayam..bonda pasti buat..bonda..betapa mulianya hati bonda..andai ditaqdirkan Allah, satu hari nanti anakanda berkawin dan punya anak sendiri..anakanda juga mahu jadi seorang ibu..

Bonda..sudah banyakkah ayat yang bonda hafal?adakah bonda terus menghafal al-quran tika anakanda balik u??bila anakanda menghafal disini..anakanda pasti teringt dirumah..kita berlumba menghafal bersama..kadang2..kita berzanji..bonda kata..bonda dah semput..nafas pendek..anakanda pun same bonda..tapi,bonda dah ajar petua kan!kemam air tiap2 pagi supaya nafas kita panjang..terima kasih bonda..

Bonda..tahukah bonda..anakanda sedih tak dapar rasa lagi berbuka puasa dan sahur dirumah..anakanda yakin..pasti menu utama dirumah kita bihun atau mee kan bonda??bihun sup..bihun rebus..bihun goreng...seperti tiap2 tahun..hihi..sbb,,ayahanda suka..insyaallah bonda..jumaat ni anakanda balik..anakanda tak sabar sangat..jumpa bonda,,ayahanada..adik2..along..ya Allah,izinkan aku..bonda tunggu anakanda ye..

bonda..sampai sini dulu untuk kali ini..luahan hati anakanda yang begitu rindukan bonda tika ini..moga Allah memanjangkan umur bonda dan mengurniakan kesihatan yang baik pada bonda..hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa anakanda begitu mencintai bonda..

anakandamu,
- puteri-


Izinkan aku bertemu dengannya

Ya Allah..

Izinkan aku bertemu dengannya..
Aku terlalu ingin bertemu dengannya..
Dari dulu..aku ternanti nanti..
Saban tahun aku menanti..
Namun,aku masih jua hampa..
Kerana tak bisa menemuinya..
Benar,,
Penantian itu satu penyeksaan..

Tuhanku..

Izinkan aku bertemu dengannya..
Aku sering mendengar tentangnya..
Kebaikannya..kemuliannya..
Aku menanti kehadirannya..
Aku ingin merasainya..

Ya Rabbi..

izinkan aku bertemu dengannya..
Gerakkan tubuh badanku..
Gerakkan hatiku..
Hati ni milikMu..hati ini milikMu..
Izinkan aku ya Allah..
Izinkan aku bertemu dengannya..
Bantulah aku mencarinya..

Tuhanku,

Aku hambaMu yang lemah dan hina..
Kadang-kadang aku jatuh..
Dan kemudiannya aku bangkit..
Tapi,doakau hanya satu ya Allah..
Agar hati ini sentiasa untuk-Mu

Tuhanku..

Bisakah ku bermohon agar Kau menemukanku dengan-nya..
Tapi,ku tahu ya Allah..
Jika aku benar-benar ingin bertemu dengannya..
Aku perlu berusaha mendapatkannya..

Insyaallah, ya Allah..
Aku akn berusaha..
Duhai yang kunanti..duhai yang kurindu..
Nantikan aku..tunggulah aku..
Aku menantimu..
Kerana kuterlalu ingin bertemu denganmu..

Izinkan aku ya Allah..
Iziankan aku ya Rabbi..
Izinkan aku ya Ilahi..

Lailatul Qadr..aku menantimu..
Bilakah kita bisa bertemu???
Bisakah aku menemuimu???
Allah..Allahu rabbi..
Izinkan aku bertemu dengannya..

Friday, September 19, 2008




KUIH..KUIH..BELI KUIH DIKKK..
”Kuih..kuih..tenggelam suaraku didlam keriuhan..

seorang pelanggan menghampiri kedai kami..

kuih dik..singgit..tiga biji..aku membuat promosi..

ni kuih ape kak?

orang pahang dan johor panggil pulut panggang,ore klate panggil pulut lepar,orang kedah panggil pulut udang..aku tersenyum..

beli singgit kak yek!ok..jap ek..

Emmm..hari-hari..bermula dari 1 ramadhan..inilah rutinku setiap petang bersama anak-anak buahku dari biro keusahawanan kelab surau KUO..pada awal aku diminta menjadi ketua bahgian muslimat bagi biro keusahawanan..aku agak terkejut..kenapa mrk beri aku pegang keusahawanan?knpe tak beri pada apa yang aku selalu arif..spt kesenian..aku boleh ajar nasyid..berzanji..atau bahagian tarbiyyah..aku boleh smpikn ceramah dan tazkirah..fikirku..tapi,bile kufikir-fikir lagi..hmm..nilah cabaran..bila lagi aku nak merasa pegang sesuatu yang aku tak pernah pegang..aku kan anak ’tauke udang’..huhu..dah biasa berniaga..dari kecil lagi ayah dah ajar..aku bermonolog sendirian..insyaallah..aku akan jalankan tanggungjawab aku dgn baik..inilah masa untuk aku memperturunkan ilmu dalam berniaga yang aku ada..

Ta’aruf..
Sesi ta’aruf bersama ajak keusahawanan bermula..kbykkn ahliku adik2 sem 1..aku membahasakan diriku kak umi..aku perlu bekerjasama dgn ketua bahgin muslimin..kami akan dipantau oleh pengerusi kelab surau..

Kelab Surau KUO
Kelab surau baru diperkenalkan di KUO sem ni..di kolej-kolej lain sudah lama diperkenalkan dan lebih familiar dgn gelaran’rakan surau’ .Cuma bezanya kelab surau KUO ni ditubuhkan sendiri dibawah JMK kolej..berbanding rakan surau di kolej-kolej lain yang ditubuh khas dibawah PUSAT ISLAM UPSI..jadi ada peruntukan yang diberi manakala kelab surau KUO..kami perlu mencari dana sendiri..Inilah tanggungjawab aku dan anak buahku..Insyaallah..kami akan cuba..

Ihya’ Ramadhan
Sempena Ramdhan..kelab surau kami mengadakan’Ihya’Ramdhan..banyak aktiviti yang diadakan seperti ceramah,qiamulllail, solat tarawikh berjemaah,tadarus,majlis khatam Al-Quran, dan mcm2 lagi..berniaga di bazar Ramadhan juga adalah salah satu darinya..

Awalnya..
Bermula dari 1ramadhan kami mula berniaga..dan skrg sudah 19ramadhan..ini bermakna sudah 19hari kami berniaga..pada awal berniaga,agak kelam kabut..maklumlah.tak biasa lagi..tapi,alhamdulillah..perniagaan smkn maju dan ramai yang datang kegerai kelab surau KUO..syukur alhamdulillah..

Jual apa??
Apa yang kami jual??kami jual kuih dan air..macam2 kuih ada..lepat ubi..lepat pisang..kuih sagu..buah melaka..jemput-jemput..agar-agar..cempedak goreng..kuih keria..donat..seri muka..dan macam2 lagi..air pula..setiap hari kami yang muslimat akan buat dua jenis air..sama ada air stawberi susu, jagung atau laici..

Pembahagian tugas..
aku sudah membahagi2kan tugas utk anak buahku yang muslimat..bagi penyediaan air gula..bancuh air dan barang2 untuk berniaga..adik2 yang muslimin pula ambil kuih..menyediakan tempat berniaga dan bila dah habis..mrk yang kemaskannya..muslimin menjual air manakala muslimat menjual kuih..oleh kerana bercampur sbb hanya dua meja yang diperuntukan maka adlh menjadi tanggunjwb aku juga utk menerangkan pada adik2 supaya menjaga adab-adab sewktu berniaga..membuat satu gap..agar orang tdk tersalah anggap..nama baik ’Kelab surau’ perlu dijaga..

Kenangan lalu...
Jika dulu..dari kecil aku dan adik2 dah diajar berniaga..dan bagaimana menarik hati pelanggan..kami dikenalkan dgn pelbagai jenis makanan laut..udang..ketam..ikan..seperti ikan kembong,ikan pelaling.ikan lolong,ikan lolong bara..ikan selar kuning,ikan belanak,ikan selayang,ikan duri,ikan baung,ikan sembilang,ikan sebelah,ikan caru,udang kaki merah,udang rimau,udang pipih,ketam nipah,sotong,belut dan macam2 lagi..Cuma bezanya...jual kuih ni takdelah kene guna dacing..huhu..

Dugaan yang manis..
Dalam penyediaan air..kami perlu menyediakan air gula..biasenye kalau jadual sume ajk surau padat..malam..slps habis tadarus dlm kol 11mlm aku akan membuat air gula..esoknya kami hanya perlu membancuh air..hari isnin dan selasa..jadual ahli2 lain padat..terpaksalah aku berlari2 untuk buat air gula dan membancuh air setlh tamat kelas kol 4ptg..bila kadang2 barang habis dan muslimin takde..aku lebih suke utk berjalan kaki membeli barang sendiri..menjinjing barang2 yang dibeli spt susu..gula..plastik..kordial..penat..memanglah penat..tapi..kepenatan itu bagai tidak terasa..smlm,plastik di kedai kami tiba2 habis diwktu pelanggan tgh ramai..kelam kabut dibuatnya..akhirnya aku membuat keputusn..biar akak yang pegi..adik2 jaga gerai..aku pun terus berjalan sorang diri ke kedai yang agak jauh juga mencari plastik..malas nak susahkan adik-adik..biarlah akak mereka ni yang berjalan kaki..umi kan kuat..dan umi jalan laju..hihi

Semangat..
Bagiku sendiri..dalam apa yang kita lakukan..kita perlu bersemngt..dan semngt itu akan lahir bila kita melakukn sesuatu dgn keikhlasan dan kesedran akan tanggungjwb..berniaga adalah satu muamalah..Rasulallah SAW sendiri seorang peniaga..peniaga yang amanah..dalam kita berniaga..atau menjalankan muamalat apa yang penting adalah niat..aku selalu berpesan kpd adik2..bahawa kita berniaga bukanlah untuk mencari keuntungan semata2..pertama,niatkan krn Allah..matlamat dlm muamalat yang sebenar aku perjelaskan iaitu untuk kesejahteraan msyrkt..agar masyarakat dpt manfaat dan memenuhi keperluan mrk..selain tujuan asal kami iaitu untuk menambahkan dana kelab surau bagi membolehkan pelbagai program lagi diadakan..insyaallah..

Petua..
Sebelum memulakan perniagaan..aku berpesan pada adik2ku...bila kita buat sesuatu..terutamnya wktu buat air gula..atau bancuh air..amalkan baca selawat dan mulakan dgn bismillah dalam setiap apa yang kita lakukan..buat juga dgn senyuman dan dgn hati yang ikhlas..itu yang selalu kuamalkan dlm aku buat sesuatu..krn aku percaya bila kita ikhlas melakukn sesuatu..buat dgn hati yang senang..dgn rela..ianya akan jadi sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakn hati..contohnya dalam memasak..walaupun apa yang kita masak hanya masakan yang ringkas atau sekalipun hanya memasak nasi..tapi insyaallah..jika kita memasak dgn hati yang gembira..dgn senyuman..dgn keihlasan..dgn kasih sayang..pemakannya akan merasai betapa sedapnya apa yang kita masak..itulah rahsia jika kita nak masakan kita sedap..Insyaallah,kalian cubalah..

Petang tadi...
Alhamdulillah..jualan hari ni laris..air stawberi kami kol 5.30ptg sudah habis..aku bersyukur sgt..bukan apa..dalam perjualan air terutamanya begitu banyak persaingan..kami hanya jual dua jenis air sehari..sedangkn peniaga lain berjenis2 air mrk jual dan semuanya menarik..mungkin krn kami jual air dgn harga yang murah iaitu RM 0.50 sebungkus maka ia mendpt tpt dihati pelanngan..tapi,aku tak mahu org beli krn murah shja tapi krn rasanya juga sedap..bila ada yang mengeluh krn air stawberi kami habis..aku tersenyum..alhamdulillah..ada org dah jatuh hati dgn air kami..hihi..jualan kuih juga begitu memberangsangkan..cube sedikit shja yang tak habis..alhamdulillah..

Peniaga yang baik??
Sebagai seorang peniaga atau penjual kita seharusnya menjaga akhlak dan budi bicara..Aku selalu berpesan pada anak buahku supaya melayan pelanggan dgn baik dan ramah..sebaik2nya..biar pelanggan melakukan’khiyar’ (memilih)terlebih dahulu..senyum dan maniskan muka..lakukan akad dlm jual beli..iaitu..saya jual..dan pelanggan akan membalas..saya beli..akad dalam jual beli sgt penting dlm muamalat..namun,ramai yang mengabaiknnya..Dalam berniaga adakalanya kita untung..adakalanya kita rugi..apapun,sama ada perniagaan kita untung mahupun tidak untung maka ucapkanlah syukur pada Allah..

Kehidupanku..
Dalam jadual tugasan..aku tak letakkan namaku..bilamasa aku free aku akan bekerja dan menolong anak buahku..dan memantau cara mereka bekerja..aku ingin merasai kegembiraan dan kepenatan berniaga..ia adlah satu kepuasan bagiku..jika tadi kukatakan aku sudah biasa berniaga dari kecil tapi skrg krn aku dah besar..anak perempuan lagi tu..huhu..aku dah tak tolong ayah berniaga lagi..ayah pun..dah ada pekerja sendiri..Cuma bila cuti panjang..adik2 lelaki akan tolong..ayah pernah mengajar aku amalan surah2 tertentu untuk menarik hati pelanggan..bila berpeluang berniaga ni..alhamdulillah,..aku bisa mempraktikkannya..

Impian..
aku punya impian tersendiri..krn sebenrnya aku juga berminat dalm bisness..satu hari nanti,jika diizinkan Allah..sape tahu..aku akan jadi seorang guru dan dlm masa yang sama seorang businesswoman??siapa sangka kan!!hmm..tinggianya impianku..insyaallah..takde yang mustahil..jika kita benar2 berusaha..

Terkilan..
Semalam..ketua kelab surau bahagian muslimat berjumpa denganku..dia kata..ada orang cakap..kelab surau buat air.. guna air tandas..astaghfirullahalazim..terkejut aku mendengrnya..aku benar2 sedih dan terkilan mendengrnya..biro keusahawanan ini dibawah tanggungjwb aku..aku bertanggungjwb utk menjaga nama baik biroku dan nama baik kelab surau..tambhan pula yang membuat air adlh tugas muslimat..masakan aku tak tersentuh..aku pun menrngkn kpd ketuaku itu bahawa kami masak air di rumah salah seorang ajk kami..kami guna air paip dan kami masak air tu..bukan air toilet dan tak dimasak..hatiku benar2 tersentuh..ketuaku suruh aku bersabar..dia hanya inginkan kepastian..setidak2nya mrk ada bukti utk menegakkan kebnaran..takpelah..aku Cuma mohon pada Allah..lindungi kami dari fitnah manusia..
Itulah serba sedikit cerita tentang kehidupanku Ramadhan ini..selain menjalankan tanggungjwb sebagai seorang hamba Allah..memprtingktkan amal dibulan yang penuh barakah ini..dan dalam masa yang sama menjalankan amanah atas apa yang dipertanggungjwbkan..mahupun menjalani kehidupan sbgi seorang mahasiswa membawa aku utk lebih mengharagai masa dan memahami erti kehidupan yang sebnar..

utk sahabat2 dan adik2 kelab surau biro keusahawanan..terima kasih atas segala kerjasama yang kalian beri..akak bersyukur dpt ahli mcm kalian..sama ada yang muslimin mahupun muslimat..kalian istiqamah dlm melakukan kerja..sekalipun kita sibuk dgn kuliah..tapi,alhamdulillah..kita semua bisa menjalankan tanggungjwb dan amanah ini..kepada sahabat2 yang turut sama memberi sokongan terutamanya ahli2 kelab surau yang lain..yang sentiasa menjadi pelanggan tetap gerai kita..syukran jazilan untuk kalian..insyaallah,semoga Allah memudahkan urusan kita dan memurahkan rezeki kita...aaaaaminnnnn...
Sekian dariku untuk perkongsian kali ini..

kuih ada lagi kak??
Maaf dik..kuih dah habis..
Insyaallah..esok ada lagi..
Adik datang ye..

Waallahualam..