Tuesday, October 7, 2008

alkisah'SI ANAK SINGA'


Kisah Seekor Anak Singa

Di dalam sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang masih lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan kambing melintas tempat itu.Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia berasa sangat hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu.

Si ibu kambing itu pun menghampiri anak singa itu,lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang . Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing.Ia pun terus mengikut ke mana saja ibu kambing itu pergi.Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.

Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing.Ia menyusu, makan,minum dan bermain dengan anak kambing. Tiada sebarang perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor anak singa.

Suatu hari, berlaku tragedi besar. Seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.

” Kau singa! Cepat lawan serigala itu.Cukup dengan mengaum saja,pasti serigala itu akn ketakutan!” kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.

Tapi, anak singa yang sejak kecil hidup ditengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembek. Suara itu sama seperti kambing yang lain. Bukan mengaum.

Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara susuannya diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala.Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah.

”Sepatutnya kau boleh membela kami!!Seharusnya kau boleh menyelamatkan saudara kau itu!Seharusnya kau boleh menghalau serigala yang jahat itu!!marah ibu kambing..

Anak singa itu menunduk. Ia benar-benar tidak faham dengan maksud perkataan ibu kambing.Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagaimana kambing-kambing yang lain.Anak singa itu turut berasa sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

Hari berikutnya, serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini,ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala lalu ia cuba membantu dengan perlakuannya yang tak ubah seperti seekor anak kambing.

Melihatkan tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganas dan licik itupun maklum bahawa yang ada dihadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi tidak ada bezanya dengan kambing.

Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia menggeram marah dan sekali lagi bersiap menyerang singa bermentaliti kambing itu.

Ketika anak singa itu menerjang dan menyerudukkan kepalanya sebgaimana kambing,sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit masa,serigala itu pun berjaya mencakar muka anak singa itu dengan cakarannya.

Anak singa itu pun rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing yan menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan,kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa raja hutan??

Serigala pun terus menyerang anak singa yang mengaduh sakit. Serigala itu juga bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. Pada masa krisis begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat hati menerajang serigala. Serigala pun terpelanting. Anak singa pun dapat bangun.

Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dahsyat.

Semua kambing pun ketakutan.Anak singa itu juga turut takut. Sementara serigala pula sudah cabut lari.

Anak singa itu ketakutan sekali..
” Jangan bunuh aku..jangan bunuh aku.ampun!!kata anak singa itu

” Kau anak singa,bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa”.kata singa dewasa itu..

Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata,” tidak, aku adalah anak kambing. Tolong lepaskan aku”.

Singa dewasa itu berasa hairan bukan kepalang.Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti seekor kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu.

Sebaik sampai di danau yang jernih airnya, ia meminta anak singa melihat bayang dirinya sendiri.Lalu dibandingkan dengan singa dewasa.

Sebaik melihat bayang dirinya,anak singa itu pun terkejut.” Oh,rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa”.

” ya!kerana kau sebenarnya anak singa bukannya kambing!!tegas singa dewasa itu..

” Jadi,aku bukan kambing?? Aku adalah seekor singa??tanya anak singa itu lagi..

” ya!kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!!kata singa dewasa..

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuatnya. Ngauman yang mengetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ, serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu.

Anak singa itu berteriak kemenangan..

” Aku adalah seekor anak singa!!raja hutan yang gagah perkasa!!jerit anak singa itu keriangan..

Singa dewasa tersenyum gembira mendengarnya.

Demikianlah alkisah ’sianak singa’..
Persoalannya...

MUNGKINKAH ADA ANTARA KITA HARI INI YANG SEBAHAGIANNYA MIRIP SEPERTI ANAK SINGA INI???

Sekian lama hidup tanpa mengetahui jati dirinya yang sebenar dan potensi terbaik yang ada pada dirinya???

BETAPA RUGINYA KITA ANDAI ITU YANG TERJADI..

Betapa banyaknya manusia pada hari ini yang menjalani hidup seadanya saja,dengan ala kadar atau ’cukup-cukup makan’ kata orang..kita hidup dalam keadaan yang masih terbelenggu dan terkurung oleh sesiapa diri kita..hidup dalam tawanan rasa selesa..langkah yang penuh keraguan dan kesangsian..tanpa semangat hidup yang sepatutnya..dan kadang-kadang sekadar menjadi’pak turut’..menuruti perlakuan orang lain hingga tak mengenal diri sendiri..

Inilah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini..kerana hakikatnya, ramai yang tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar dan potensi terbaik apa yang telah Allah anugerahkan kepada mereka..

BOLEH JADI MEREKA ITU SEBENARNYA ’SEEKOR KAMBING’ TETAPI MEREKA TIDAK TAHU SEBENARNYA MEREKA ADALAH’SEEKOR SINGA’. MEREKA MENGANGGAP DIRI MEREKA ’SEEKOR KAMBING’ SEBAB SELAMA INI HIDUP DALAM KAWANAN KAMBING SEDANG HAKIKATNYA JIKA MEREKA BERKEINGINAN,MEREKA MAMPU MENJADI SEEKOR SINGA..

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya..

Kata-kata di atas sering kita dengar umpama menjadi satu falsafah hidup untuk membaiki diri menjadi lebih baik..tapi hakikatnya, masih ramai yang tidak berubah.

KENAPA MASIH RAMAI YANG TIDAK BERUBAH??

PERTAMA: Kerana Kita tidak mahu berubah.

KEDUA: Kerana KITA tidak tahu bahawa KITA harus berubah

KETIGA: kerna KITA tidak tahu bagaimana cara untuk berubah.

Sebabnya???

Kerana kita sudah biasa hidup pasrah..sudah biasa dengan redho atas segalanya..menerima segala yang dimiliki seadanya..hidup tanpa ada rasa untuk bangkit dari segala kelu kesah..derita.sengsara atau kesusahan..Tidak tahu berusaha untuk membaiki diri..Dan akhirnya,cara hidup ini seterusnya diwariskan turun-temurun..

TAHUKAH KITA??

Allah telah menganugerahkan kepada kita kelebihan dan keunikan yang tersendiri..setiap orang punya kalebihan tertentu..Namun,amat menyedihkan bila ramai yang tidak menyedari kelebihan dan potensi yang dimiliki dan tidak tahu bagaimana seharusnya digunakan potensi yang ada..

TIDAK TERKIRA RAMAINYA ORANG YANG HIDUP BERMENTALITI KAMBING MESKIPUN MEREKA SEBENARNYA ADALAH SINGA!!

Sedar atau tidak..ramai antara kita yang menjadi seorang manusia yang begitu gerun atau begitu mengagumi orang lain sama seperti gerunnya si anak singa yang bermentaliti kambing dalam menghadapi serigala dlam kisah tadi. Padahal sebenarnya,kita juga mampu menandingi mereka jika kita berkeinginan..dan mungkin lebih dari itu..

Namun sayangnya,ramai antara kita yang mirip anak singa tadi..anak singa..tapi bermentaliti kambing dan berkelakuan seperti kambing..bukan seperti singa!!kian lama terbeleggu hingga tak bisa menyedari siapa dirinya yang sebenar..

lebih menyedihkan lagi apabila ada yang sudah menyedari dirinya adalah singa tetapi tetap juga memilih untuk menjadi kambing kerana sudah terbiasa menjadi kambing dan kerana malu pula untuk menjadi singa..malu untuk maju dan berprestasi..Mereka tetap mahu menjadi kambing kerana merasa tidak mampu menjadi singa dan berasa sudah selesa menjadi kambing. Yang menyedihkan bila ada yang tidak mahu orang lain menjadi singa kerana hasad,dengki dan iri hati berada dalam diri..Bahkan meReka mahu orang lain menjadi kambing yang lebih bodoh pula!!

Renung-renungkan..fikir-fikirkan..

Sedarkah kita,bahawa hakikatnya kita adalah’SEEKOR SINGA’??

Allah Taala sendiri telah berfirman di dalam surah Al-Imran ayat -10 yang bermaksud..

” Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi ummat manusia kerana kamu menyuruh segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar(buruk dan keji),serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benar
iman)”

Dalam konsep kita sebagai ummat Islam ,sedarkah kita bahawa kita adalah ummat terbesar. Ya!!!kitalah UMMAT ISLAM..Ummat Islam ini adalah sebenarnya singa dewasa yang mempunyai kekuatan yang hebat bukannya sekawan kambing.

Andai setiap daripada ’SINGA-SINGA’ ini benar-benar menyedari keupayaan sebenar diri, maka ia akan menunjukkan kepada dunia bahawa ia adalah singa yang tidak boleh diperlekahkan sedikit pun.

Betapa ramainya ummat Islam di dunia ini maka betapa banyak nya juga singa-singa. Itulah yang sebenarnya.

Sahabat-sahabatku..kitalah ummat itu..

ya!!kita sebaik-baik ummat.. kitalah SINGA..singa yang bermentaliti ’SINGA’ dan berperwatakan sebagai seekor’SINGA’..

kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam

kita mampu berjihad menegakkan Islam

kita mampu berdakwah menyebarkan Islam

kita mampu gemilang dalam segala bidang mengatasi bangsa lain

kerna kitalah Ummat sebaik-baik ummat..


fikir..fikir..dan teruskan berfikir merenung diri

’APAKAH AKU ’SEEKOR KAMBING’??

Atau

SEEKOR SINGA??

Atau mungkin..

KAMBING BERMENTALITI SINGA??

Atau..

SINGA BERMENTALITI KAMBING???

tepuk dada tanya selera???
TEPUK DADA TANYALAH DIRI SENDIRI

ayuh bangkit ’SINGA-SINGA ALLAH’!!!
ayuh bangkit ’WAHAI SEKALIAN SINGA’

No comments: