Saturday, January 31, 2009

MAHAL TAPI BERKUALITI?ATAU MURAH TAPI TAK TAHAN??


Dua hari yang lepas, ana dan dua orang sahabat ana pergi ke Pekan..ada barang yang perlu kami beli..kasut kuliah ana sudah haus..sandal ana juga begitu..buku rujukan biologi untuk assignment microteaching juga belum dibeli lagi..setelah membeli buku, kami ke kedai kasut ’bata’ untuk membeli kasut..

Sebenarnya, ana jarang beli barang-barang berjenama..biasenye..ana beli yang murah-murah aje..sbb ana tahu..kalau berjenama..pasti mahal harganya..tambahan pulak ana ni jenis lasak dgn kasut..bukan lasak ape?tapi,ana mmg menggunakan kasut itu semaksimum mungkin..kalian faham kan??huhu..

Tiba-tiba kawan ana menyampuk..biar mahal umi..asal tahan dan selesa..dari murah..tak tahan..dan kaki kita sakit..ana tersenyum..mengiyakan kata sahabat ana..ada benarnya apa yang sahabat ana cakap tu..

sampai sahaja di kedai kasut itu,ana jadi rambang mata..aduhai!!mana satu yang hendak dibeli..sandal??atau kasut untuk kuliah??kasut sukan plak mcm mane??puas juga ana memikir..membeli harus ikut keperluan..perlu budget perbelanjaan..

Akhirnya, ana membeli satu kasut untuk kuliah..dan sandal biasa..RM80.00 harga kedua-dua kasut itu..ana rasa malu sendiri sewaktu memegang plastik dgn dua kotak terisi kasut baru tadi..kenapa malu??ana malu..rasa mcm ana ni boros..tapi,takpe..inikan utk keperluan..ana memujuk hati yang malu..

MAHAL TAPI BERKUALITI??
MURAH TAPI TAK TAHAN??


Dalam kehidupan kita seharian..kita sentiasa berdepan di mana kita perlu membuat suatu pilihan..sama ada mahu pergi ke sini atau ke sana?mahu berjalan kaki atau menaiki kenderaan?mahu tidur atau mengulangkaji pelajaran??mahu beli epal atau limau??dan seperti situasi ana di atas..ana juga perlu membuat pilihan kasut mana yang ana hendak beli?

SUKARKAH MEMBUAT PILIHAN??


Andaikan hari ini kita diberi pilihan untuk membeli sebiji buah tembikai..buah tembikai yang satu ini sudah rosak,buruk,berulat..buah yang satu lagi pula sangat cantik kulitnya..tidak berulat..tiada cacat cela..maka, yang mana satu menjadi pilihan??pasti tak sukar membuat pilihan tika ini krn pasti buah yang elok itu menjadi idaman..

Tapi..

Bagaimana pula tika kita berdepan untuk memilih dua biji buah tembikai yang saling ada kekurangan dan kelebihan..sebiji buah tembikai ini ada sedikit kesan buruk..yang satu lagi juga ada sedikit kesan buruk..cuba lihat!!tembikai yang satu ini buahnya agak besar berbanding yang ini..tapi,penjual buah mengatakan bahawa yang kecil itu lebih manis rasanya berbanding yang besar..

ya!!disini mungkin timbul satu konflik untuk membuat pilihan..bagi orang yang ingin makan banyak..pasti dia merasakan yang buah tembikai yang besar itu terbaik untuknya..manakala bagi orang yang menilai pada citarasa ,dia akan memilih buah tembikai yang kecil tapi sedap rasanya untuk dibeli..
Andaikan pula, anda terpaksa membuat pilihan antara dua biji tembikai yang sama elok..andai dilihat dgn mata..kelihatan dua dua tiada cacat celanya..sama-sama besar..dan kedua-duanya manis kata si penjual..tapi,waktu tu..anda hanya punya duit cukup-cukup untuk membeli satu daripadnya..lalu,bagaimna mahu membuat pilihan??
percayalah,pasti ada satu sahaja yang bisa menarik hati anda untuk memilihnya waktu tu..krn anda memilih bukan sahja dari luaran tapi menurut gerak hati anda sendiri..

Dalam membuat pilihan,ia sebenarnya bergantung kepada yang membuat pilihan iaitu diri kita sendiri..kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan..kerana itu hati-hatilah dalam membuat pilihan.. atau sesuatu keputusan..

Hidup kita ni, kita sentiasa berhadapan dimana kita perlu membuat satu keputusan untuk memilih..sekali kita membuat pilihan ia mungkin akan mempengaruhi yang seterusnya..

Membuat pilihan mungkin sukar bagi mereka yang punya banyak pilihan..tapi tidak sukar untuk membuat pilihan andai yang menjadi pilihan itu hanya satu..

Apapun,dalam kita membuat pilihan..harus ada keadilan..renungkan seketika..untuk memikirkan baik buruknya kedua-dua pilihan..

Boleh dikatakan hampir setiap masa kita perlu membuat keputusan untuk memilih..namun, pilihlah yang terbaik untuk diri kita..satu keputusan yang kita lakukan mungkin akan membawa kita ke satu destinasi atau jalan hidup yang tidak kita ketahui.,ia ibarat satu percaturan.. Namun, dalam membuat pilihan pada satu-satu perkara yang penting atau berkisar kehidupan maka mohonlah pada Allah untuk diberi petunjuk dalam membuat pilihan yang terbaik..

SUKARKAH MEMBUAT PILIHAN??

MAHAL TAPI BERKUALITI??ATAU
MURAH TAPI TAK TAHAN??
Jawapan bagi situasi ana membeli kasut diatas..
ana telah memilih biar MAHAL ASAL BERKUALITI..
Bagimana pula dengan anda??
Fikirlah dahulu sebelum memilih..

Renung-renungkan..dan selamat membuat pilihan..

Tuesday, January 27, 2009

ERTI HIDUP PADA MEMBERI



Assalamualaikum utk semua..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..ana baru sahaja selesai membaca blog sahabat ana yang bertajuk ’KELIRU’..membaca blog sahabat ana itu buat ana terfikir untuk berkongsi sesuatu dgn kalian..(syukran ummu afeera..blog enti buat ana terpanggil untuk berkongsi cerita)..


Membaca blog sahabat ana yang mengisahkan perihal dia menasihati adik lelakinya..buat ana teringat 5hero ana y sekrang sedang menginjak ke usia remaja..usia yang bagi ana andai ana sebagai seorang kakak tidak menjaga mereka..mereka pasti akan kecundang..hero-hero ana itu masing-masing berusia 20tahun yang sedang praktikal di Kuala Lumpur dan beljar di politeknik teluk kemang,port dickson dalam chemical engineering..adik ana yang berumur19tahun sdg menunggu keputusan maahadnya dlm ujian STAM,adik ana yang berusia 18tahun kini manyambung bljr di Maahad Johor..adik ana yang berusia 17tahun kini bljr di Sek.Men.Keb.Agama Pahang dan seorang lagi hero ana berusia 16 tahun kini beljar di sek.men keb.arab al-khairiyah. Al-islamiyah..demikian serba sedikit tentang latar blkg hero-hero ana..


Sebagai seorang kakak, ana cukup risau dgn adik2 ana..tambahan pula adik2 ana punya rupa dan aktif di sekolah mybbkn mrk terkenal dikalangan perempuan..sebagai seorang kakak, adlh menjadi tanggungjwb ana untuk menerangkan kpd mereka serba sedkit ttg perempuan..ana tak suka jika ada perempuan2 yang mengusik adik2 ana dan ana juga tak suka adik2 ana mengusik hati perempuan krn ana juga seorang permpuan..perempuan ni mudah terusik hatinya..sedang lelaki pula cukup pandai dalm berkata..


ana selalu berpesan pada adik2 ana..supaya jangan sesekali bermain dgn hati dan perasaan..selagi adik2 angah belum boleh menjadi seorang suami..belum benar2 faham apa itu tanggungjawab..belum benar2 matang dlm berfikir..ana tak mahu adik2 ana terlibat dgn semua ini..apa yang ana selalu sampaikan pda mereka biarlah cinta yang pertama itu untuk seorang wanita bernama’isteri’..alhamdulillah,kesemua adik2 ana bersekolah agama..maka tak sukar untuk ana memberi penerangan dan nasihat berkenaan ini..semoga apa yang ana sampaikan lekat dihati mereka..


Ana sbnrnye seorang kakak yang tegas..biasenya dirumah ,ana akan mencuri baca meseg2 adik2 ana..andai ada yang ana rasa lain..maka ana akan bertanya kpd mrk..ana tak menghalang utk adik2 ana berkwn dgn kwn bukan sejenis dgn mrk sbb bagi ana lelaki dan perempuan saling memerlukan..tapi,jgn sesekali mengusik hati permpuan..
adik2 ana pernah bercerita pada ana yang mrk selalu digelar sombong dan ego dilkangan perempuan..dan jwpn ana..biar org kate kite sombong takpe..yang penting kite buat semua untuk kebaikan mrk juga..prmpuan ni punya 9nafsu..mrk bertindak lebih menurut hati tidak dgn akal..jgn sesekali permainkan hati prmpuan atau bermain kata-kata..angah tak suka adik2 angah jadi lelaki yang seolah-olah tidak faham agama..


Biasaenye bila ana balik kerumah..sbelm tidur ana akan pergi ke bilik adik2 lelaki ana atau adik2 lelaki ana kebilik ana..kami berkongsi cerita ..pernah sekali adik ana bercerita yang perempuan bergaduh krn mrk..sebagai seorang kakak dan prmpuan ana rasa turut malu bile dgr cerita dari adik2 ana..entah dimana letaknya harga diri seorang perempuan..cume pesan ana pada adik2 lelaki ana spye jgn terlalu rapat dgn permpuan..sebagi lelaki adik2 angah kene tegas..


Ana melihat adik2 lelaki ana mebesar dan megalami perubahan dari diri mrk..kadang2 dah bisa mentafsir dan faham kerenah lelaki..Tahukah kalian, di usia lelaki awal baligh mrk akan mengalami sela masa dimana mrk akan ’gatal’ sedikit atau ana lebih suka untuk istilahkan sebgai ’nakal’..Biasanya ini terjadi di usia mrk antara 14-16 tahun..pemikiran mrk yang sbnrnya belum benar-benar matang mybbkn mrk suka bermain-main..dan ada juga yang malu-malu..namun,ia bergantung kepada seseorang individu itu sendiri..namun,seletelah umur mereka meningkat kpd 18,19 atau 20tahun jgn pelik andai ada sesetangah mrk yang sudah pandai berbicara hal kawin...


Dalam kehidupan kita sebagai manusia kita akan mengalami banyak perubahan..sama ada sebelum baligh mahupun stelah baligh..ada sesetangah pendapat mengatakan perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki..namun,bagi ana dalam membicarakan soal kematangan seseorang ia bergantung kpd cara bagaimna seseorag itu berfikir..bagi ana..selagi seseorang itu masih bermain-main..tidak tahu tanggunjwb..dan tiada matlamat jelas maka bagi ana ia belum benar2 matang..dan belum boleh utk berkawin..


ingatkah kalian pada kisah adik ana yangingin berkawin awal..dan ana menasihatinya krn bagi ana dia belum faham apa itu tanggungjwab..waktu cuti hari tu..adik ana ini meneman akak ana di bidor swktu abg long bekerja..wktu ana berpeluang ke rumah along ana..adik lelaki ana itu berkata..angah,irim takut dah nak kawan dgn permpuan..kenapa?die senyum..tapi,aku tahu maksudnya..dulu..die pernah berbicara soal kawin dgnku..keinginannya untuk berkawin awal..namun,setelah hampir dua bulan..meneman along..membantu along menjaga dan mngurus Hazim..iaini anak saudra kami..menyebabkn dia membatal niat utk bernikah awal..ana tahu adik ana sudah semakin faham akan apa yang dikatakn tanggungjwb..perkahwinan itu bukan sesuatu yang boleh dibuat main..

Teringat ana sewaktu mengikuti kursus kawin pada sem yang lalu..kami ditanya , siapa yang hendak kawin krn nafsu??beberapa orang muslimin mengankat tangan..yang perempuan pula waktu tu tidak ada yang mengangkat tangan sebaliknya menundukkan muka..ustaz pun menjawab..ye!betul..pertama sekali rasa untuk berkawin itu smestinya krn nafsu iaini keinginan utk bernikah..bak kata orang..dah sampai seru..kalau kalian tidak ada keinginan untuk berkawin..takkan ada disini hari ni..kata ustaz..kami sekadar tersenyum..

Sewaktu mengikuti program KERIS pada hari jumaat yang lalu..salah seorang peserta ada berkongsi cerita..tentang isu ’bercinta di dalam organisasi’..dia mengisahkan kisah sahabatnya yang menangis krn seorang lelaki meluahkan perasaan padanya..waktu tu yang bertanya agak emosional..dan die ckp..sy ni ’anti-couple’..lelaki ni kalau nak luahkan perasaan..terus cakap je..tak fikir hati perempuan..kata yang bertanya..ana skdr tersenyum..waktu tu ana nak sangat memberi penerangan dan bertanya..tapi,memandangkan topik perbentangn kami yang sebenar waktu tu bukan soal cinta sebaliknya tentang’ibadah dan kesempurnaanya’maka ana membatalkan niat..


Habis perbentangan, seorang adik lelaki bertanya..
akak tadi tu kenapa?dia tak nak kawin ke?akak..cinta ni memang tak boleh ke??takkan nak kawin terus tanpa kenal??kawin bukan untuk sehari..kawin untuk seumur hidup..saya nak tahu..bagaimana sbnrnye cara bercinta di dalam islam..kata adik itu..
mungkin adik ini tidak puas hati dgn pandngan akak yang anti-couple tadi..

akak itu pun menjawab..bukan..tetapi die sbnrnye menjaga..
Islam sudah menggariskan panduan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan..Islam agama fitrah..cinta itu juga fitrah..rasa semulajadi yang hadir dlm hati manusia..cuma kita yang perlu tahu bagaimna mengalirkannya dgn cara yang halal dan diredhoi Allah..

hmm..mmg susah sbnrnye untuk membicarakan soal hati dan perasaan ni..ana sendiri walupun selalu juga diterjah dgn persoalan begini kadang kala tidak tahu mmebri jwpn yang tepat..sekadar berkongsi prinsip yang ana pegang..Pertama, sebagai seorang perempuan kita perlu tahu jaga maruah dan harga diri kita..dan jangan sesekali jadi wanita yang melalaikan lelaki dan membuat lelaki jatuh..bantu mrk menjaga hati..wanita yang baik takkan buat mcm tu..krn dia takut andai dirinya melalaikan lelaki..bagitu juga lelaki..usahlah bermanis kata..andai kalian sendiri tak tahu apa yang kalian ckpkan..usahlah menuturkannya..jgn terlalu suka bermain2 dgn kata-kata..ana percaya bukan ana sahaja tapi semua perempuan tak suka dgn sikap lelaki yang bermain-main dlm berkata..


sejujurnya, dulu ana takut dgn lelaki..takut itu mybbkn ana tidak mahu berkawin..takut itu sehingga jadi benci..tdk perlulah ana terangkn apa sbb sbnr ana jadi benci pd lelaki..cukuplah utk kalian tahu diri kalian sbgi lelaki yang kadang kala mengundang marah seorang perempuan..belajarlah menghormati permpuan dan jangan ingt semua perempuan suka dgn apa yang kalian lakukan..ana sendiri sbgi perempuan..ana tak redho diri ana diperlakukan seperti seorang kekasih dan tidak redho ade title'couple' dlm hidup ana..bagi ana "kekasih" atau "couple" seolah2 mencerminkan kerendahan diri seorang permpuan..dan ana hanya membenarkan empat title dlm hidup ana.."sahabat",bakal isteri(setelah bertunang), isteri dan ibu..selebihnya ana tidak izinkan..

kepada kaum Hawa,andai kita mahu diri kita dihormati..kita dulu yang perlu menghormati diri kita sendiri..kita bukan perempuan yang tiada harga dan maruah diri tapi kita perempuan yang akan menjadi pendokong seorang suami dan yang akan melahirkan pejuang2 agama satu hari nanti..


bagi ana..setiapa apa yang berlaku dlm hidup kita seharian..maka kembalilah pada Allah..Firman Allah di dalam surah Az-Zaariat ada menyebut..”tidak aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Aku”..Bile kita berbicara soal beribadah..bukanlah bermakna ia hanya tertumpu pada soal solat,puasa atau zakat tapi sbnrye soal ibadah ini mencakupi soal kehidupan kita seharian..perkahwinan juga adalah satu ibadah andai kita niatkan betul ingin berkawin itu krn Allah..insyaallah,Allah akan permudahkan..

Cuma satu sahaja bagi ana..kita harus ada matlamat yang jelas..ana ingin berkongsi sedikit ttg diri ana..ana seorang perempuan yang berprinsip..sudah perpgg pada prinsip ana dari ana awal sek menengah..sejak umur ana 11tahun ana sudah belajar terperinci ttg ’munakahat’ iaitu sewktu ana bersekolah agama ..belajar ttg kawin diwaktu usia masih kecil banyak membuat ana berfikir jauh dan membina prinsip..perempuan yang bagaimana ana mahu bentuk pd diri ana..ciri-ciri isteri yang bagaimana..ibu yang bagaimna..maka ana menetapkan selagi ana belum benar2 matang dlm berfikir, ana tak boleh bicara soal hati dan perasaan..selagi ana tak tahu apa itu tanggungjwb..jgn pandai2 melalut ke lain..


hidup kita ni..kita perlu tetapkan satu mtlmt yang jelas..dan berpegang pada apa yang kita pegang..sama ada lelaki mahupun perempuan..andai kita mahu berkawin..kenapa kita ingin berkawin?sekadar suka-suka..nak ada yang sayang..atau ape??sewktu aktiviti ta'aruf dikalangn kelab surau hari tu..alhamdulillah..ana dapat berkongsi dgn adik2..berbicara sedikit soal wanita,kawin,lelaki dan sebginya..takut juga ana andai adik2 pelik atau merasakan ana terlalu ke depan membicarakn’soal kawin’ dgn mrk..tambhan pula yang ikuti aktiviti tu kbnykknnnya sem 1dan 2..sedang semngt untuk menimba ilmu..tapi,niat ana waktu tu hanya satu..ana mahu adik2 bina prinsip dari awal..bina maltamat dari awal..doa spye Allah kurniakan jodoh yang baik juga dari awal..semua tu pnting sbgi seorang prmpuan..


dulu..dizaman jahiliyah..martabat kita sebagai permpuan cukup rendah..kita hanya menjdi simbol seks bagi lelaki..kita dikatakan membawa sial dan bencana..Kedatangan Islam telah menngagkat martabat kaum wanita..cukup kuat untuk memberi sokongan pada suami..dipenuhi dgn rasa kasih dan syaang..wlupun kadang2 wanita itu mudah terusik hati dan menangis tanpa disedari..
teringt ana akan kate2 dlm sebuah cite..dialong dari seorang lelaki..

" kadang2 kita merasakan permpuan lebih memerlukan kita..tapi,hakikatnya tanpa kita sedari..kitalah yang lebih memerlukan kehadiran mrk dlm hidup kite..

kata-kata ini mungkin ada benarnya..namun,hakikat sebenar ialah wanita dan lelaki itu telah Allah ciptakan untuk saling melangkapi dan memerlukan antra satu sama lain..

Sudahkah kalian membaca buku’AKU TERIMA NIKAHNYA’??Di dalam buku ini tersimpan banyak ilmu bagaimana mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri..kehidupan dalam berumah tangga..bagaimana cara mendidik anak-anak dan mcm2 lagi..dan yang paling penting..ia adalah pengalaman penulis yang sebenar..gambran realiti liku-liku yang bakal ditempuh bagi mereka yang berkawin..harus ada kepercayaan..harus ada rasa saling hormat-menghormati..harus jga saling faham-memahami..


Ana suka dengan kata-kata ini..ERTI HIDUP PADA MEMBERI’..kerana bagi ana kata-kata ini cukup bermakna dan bisa diungkap dalm pelbgai rasa kehidupan..Sedar-atau tidak ramai dikalangan manusia hari ini yang terlalu suka untuk menerima tapi tidak pada memberi..andai perkahwinan dilhat sekadar pada menerima..itulah yang akan mengundang banyak kes-kes cerai skrg ini..krn masing-masing tak tahu tanggungjwb dan peranan sendiri..dan apa yang dilakukan tidak dgn keikhlasan hati..tapi,bagi ana yang memberi lebih memahami krn dia tahu apa erti andai dia memberi.. krn dia tahu ada tanggungjwbb terpikul tika dia memberi..

apa -apa cerita yang ana selitkan di atas maka ia sekdar perkongsian..harap tidak ada yang tersalah faham..semoga mendapat sesuatu darinya..

Monday, January 19, 2009

ANUGERAH YANG TAK DISANGKA

Pernahkah dalam kehidupan kalian , kalian dianugerahkan Allah sesuatu yang kalian tidak pernah sangka atau mungkin kalian menerima sesuatu yang kalian sendiri tidak terfikir untuk memilikinya??hari ini ana ingin berkongsi cerita dari pengalaman sendiri..cerita yang bila ana ingat..mybbkn ana mengucap syukur pada Allah..dan ana dapat rasakan ia benar-benar satu anugerah dari Allah untuk ana..

Kisah berlaku, sewaktu ana bersekolah agama..waktu tu ana dalam darjah khas..
Seperti sebelumnya, ana mewakili sekolah ana dlm pertandingan syarahan arab..waktu tu ana diajar oleh Ustazah Norazilah..tiap-tiap hari..30minit sblm balik ana pasti akan ke bilik guru untuk berjumpa dgn guru besar dan diminta memperdengarkan syarahan ana dihadapannya..bagi ana waktu tu menghafal syarahan arab lebih mudah dari menghafal syarahan agama dalam bahasa melayu..mungkin krn minat yang mendalam terhadap bahasa arab waktu tu..

Tibalah hari pertandingan..ana ,adik ana yang menyertai pertandingn berzanji dan peserta-peserta lain sekolah kami dibawa ke tempat pertandingan..banyak acara yang dipertandingkan antaranya pertandingan berzanji, azan dan iqamah,tafsiran ayat,syarahan arab,tilawah Al-Quran,tulisan khat dan macam-macam lagi..

Hati rasa berdebar-debar..tapi ini bukan kali pertama ana menyertai pertandingan syarahan Arab..namun debaran tetap terasa..tiba giliran ana,ana terus menyampaikan syarahan ana dgn penuh semangat..segala apa yang ustazah ajar..ana luahkan semuanya..tiba-tiba ana berhenti seketika..ana terlupa..tapi,alhamdulillah..Allah mengingatkan ana kembali dan ana terus menyambung semula syarahan ana dgn semanagat..setelah selesai membuat persembahan ana rasa lega..waktu tu memang ana tak terfikir ana akan menang krn ana terlupa n berhenti seketika..biarlah Allah yang menentukan segalanya..bisik ana di dalam hati..

setiap kali ana memasuki mana-mana pertandingan, bukanlah kemenagan yang ana harapkan tapi ana sudah mengajar diri ana dari kecil lagi untuk menjadi seorang yang bersemangt n bersungguh2 dlm melakukn sesuatu dan mlkkn yang terbaik dlm apa jua yang ana lakukan..

Setelah selesai semua acara yang dipertandingkan..akhirnya tibalah penyampaian hadiah..semua peserta yang berjaya diminta beratur..ana juga termasuk salah seorang dari mrk..ana diberitahu yang ana mendpt tempat ketiga..alhamdulillah, ana mengucap syukur..tempat ketiga sudah cukup bagi ana..

tiba-tiba,keadaan menjadi kelam kabut..ada kesalahan dalam pengiraan markah juri..dan akhirnya ana diberitahu ana menjadi johan untuk pertandingan syarahan Arab dan mendpt markah tertinggi bagi semua pertandingan dgn markah 94%..waktu diberitahu ana benar-benar terkejut..lalu ana pun berckp dgn ustazah yang menjaga kami..”ustazah ,sy tak mungkin jadi johan..saya ada tak ingat tadi..”ustazah tadi pun menjawab..tak..memang awk yang menang..keptusn muktamad..

Hati ana berdebar-debar waktu tu..bukan ana tak bersyukur tapi krn ana tahu ana kene buat persembahan sekali lagi dihadapan semua tetamu dan VIP..itu yang ana gusarkan..kemenagan yang tidak diduga itu menybbkn hati ana berdebar-debar..lalu,ana pun meminta izin utk membawa teks syarahan arab ana krn khuatir ana terlupa krn terlalu gementar..alhamdulillah, ana dpt membuat persembhn dgn baik..

Hari tu ana mendapat dua kemenagan..johan untuk pertandingan syarahan arab dan ’anugerah khas’ yang melayakkan ana untuk menerima hadiah dari VIP yang dtg krn mendapat markah tertinggi..pelbagai hadiah yang ana dpt..kain pasang..duit..Al-Quran...kitab-kitab..piala..sijil dan mcm2 lagi..bertambahlah koleksi kitab-kitab ana di rumah hasil dari pertandingan2 yang ana sertai.. hanya ucapan alhamdulillah yang mampu ana bisikkan dihati..ana benar-benar merasakan ia adlh anugerah dari Allah untuk ana..

Namun,setelah ana fikir2kan kembali..dua kemengan yg Allah berikan pada ana waktu itu adlh smmgnya anugerah dari-Nya ..bagi menggantikan yang lalu..

Sebelum ana menyertai pertandingan syarahan itu..ana pernah mewakili sekolah agama ana dlm pertandingan bercerita..sewktu umur ana 12tahun..waktu tu ana menyampaikan kisah Nabi Muhammad SAW..persembahn ana mendapat pujian dan tepukan gemuruh dari penonton tapi waktu tu ana hanya mendapat tenpat ketiga..ibu ana y menonton persembhn ana dan penonton-penonton yang lain tidak puas hati dgn keputusan juri krn kata mrk sepatutnya ana yang menang..berlaku ketidakadilan dlm pemarkahan..tapi,wktu tu ana tak rasa apa2..bagi ana..tempat ketiga sudah cukup utk ana..ana hanya mengajar diri ana utk buat yang terbaik..apa yang Allah beri untuk ana maka itu yang ana terima..krn ana tahu Allah yang memberi rezeki untuk hambanya..mungkin hari tu bukan rezeki ana..dan akhirnya Allah menggantikannya dgn yang lebih baik untuk ana...memberikan dua kemenangan yang ana tidak pernah duga..bukan dlm pertandingn bercerita tapi prtndingn syarahan bahasa Arab..ana dimaklumkan mendpt tmpt ke-3..kesilapn dlm pengiraan markah juri..markah tertinggi utk semua pertandingan..segala itu adalah perancangan Allah..tiada yang mustahil bagi-Nya..alhamdulillah ya Allah..segala puji bagimu Tuhanku...

Sahabt2ku..apa yang ana ceritakan hari ini bukanlah utk memberitahu kalian bahawa ana pandai bercerita atau bersyarah ..tapi apa yang ingin ana mahu untuk sama2 kita fikir dan renung2kan ialah sentiasalah bersangka baik dgn Allah..segala apa yang Allah anugerahkan dan berikan pada kita maka terimalah dgn hati yang redho..andai ia adalah sesuatu yang baik maka lafazkanlah syukur dan andai ia bukan sesuatu yang baik sekalipun maka sabarlah dan sentiasalah berdoa kpd Allah..sesungguhnya segala yang berlaku dlm hidup kita maka ia adalah perancgn Allah..andai Allah tidak memakbulkan apa yang kita doakan skrg..yakinlah Allah akan memakbulkannya nanti..percayalah Allah sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita..apa yang penting ialah kesabaran dan sentiasa bersangka baik dgn Allah..setiap apa yang berlaku dlm hidup kita meskipun hanya perkara kecil atau mungkin sekadar tercucuk duri contonhya maka ingatlah kesakitan..kemenagan..kejayaan..kegembiraan..kedukaan maka ia dari Allah..ingatlah Allah setiap waktu..setiap saat..setiap denyut nafas yang dihela..hingga zikirullah itu seakan sudah sebati dlm diri kita..



Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah: 153

Hai orang-orang yang beriman, minta tolonglah kamu dengan sabar dan kerjakanlah sembahyang. Sesungguhnya Allah beserta dgn orang2 yang sabar.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah: 117

Dia yang mengadakan langit dan bumi dengan indahnya dan memutuskan sesuatu perkara,hanya Dia mengatakan jadilah maka jadilah..

Dari Jabir B.Abdullah Al-Anshari r.a katanya tiga hari sebelum Rasulallah SAW wafat,baginda bersabda:" Janganlah kamu mati melainkan baik dengan baik sangka terhadap Allah..

Dari Shuhaib r.a katanya: Rasulalllah SAW bersabda:" Sunggguh mengagumkan orang-orang mukmin kerana pekerjaannya semuanya baik..yang demikian tidak akan terdapat pada orang lain kecuali hanya pada mukmin..kerana apabila dia berhasil dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesulitan dia sabar.Itulah( rahsia) kebaikkannya..

Hayatilah firman Allah dan hadith diatas..semoga kita mendapat sesuatu darinya..

Akhir kalam.. semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba Allah yang bersyukur dan bersabar..insyaallah

Friday, January 16, 2009

MANUSIA, CINTA DAN NAFSU..


Sebelum ana mengulas perkara ini suka ana tegaskan disini bahawa’ TIADA ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM’ ..Yang ada hanya PERKAHWINAN..

Tapi,ingat!!! CINTA itu tidak haram sebaliknya rasa ‘CINTA’ itu adalah fitrah semulajadi yang ada dalam diri manusia..dan kerana ia adalah fitrah dan Islam adalah agama fitrah maka wujudlah PERNIKAHAN' bagi menyalurkan rasa cinta itu tadi pada jalan yang halal..

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah pentingnya untuk ana membicarakan soal cinta??banyak sebabnya sahabat-sahabatku ..kerana manusia hari ini terlalu mudah terperangkap ke dalam lembah nafsu yang dibinanya sendiri.. dan kerana ana melihat ramai yang jatuh dan lemah krn cinta maka coretan ini ana lakarkan untuk membicarakan soal cinta..

bagi mereka-mereka yang alhamdulillah.. masih bisa menjaga kesucian hati..maka peliharalah rasa itu..andai benar dan kalian yakin dengan perasaan yang Allah anugerahkan..sampai masanya nanti, tika kalian merasakan kalian benar-benar layak untuk menjadi seorang suami, maka lamarlah ia sebagai isteri.. dan peringatan untuk kaum Hawa..andai seorang lelaki itu benar-benar mengasihimu kerana ALLAH dia tidak akan sesekali memperlakukan dirimu seperti seorang kekasih tetapi dia sendiri dgn seikhlas hati mengambil dirimu sebagai isteri dan ibu untuk anak-anaknya..

Tapi,apa yang ana sampaikan hari ini mungkin ia lebih tertumpu atau ana tujukan bagi mereka yang sudah terjebak dgn cinta..tapi kalian belum bisa untuk bernikah kerana masalah kewangan contohnya atau kerana masih belajar..maka ana sediakan sedikit perkongsian agar kalian lebih matang dan agar kalian tidak terjebak ke dalam lembah cinta-nafsu dan terpedaya dgn hasutan syaitan..

Firman Allah di dalam surah An-Nur: 30

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatannya. Yang demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat.

Firman Allah di dalam surah An-Nur : 31

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya) selain dari yang nyata(terbuka)

Firman Allah di dalam surah An-Nur : 33

Dan orang-orang yang tidak sanggup kahwin hendaklah menjaga kehormatan (kesuciannya) , sampai Allah memberikan kekayaan dan kemurahanNya.

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah, daripada firman Allah di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya untuk kita menjaga kesucian hati..dan kewajipan menjaga kesucian dan kehormatan diri bukan sahaja menjadi tanggungjawab kaum wanita tetapi juga kaum lelaki..peringatan untuk kaum Adam diluar sana..Allah sudah menganugerahkan kalian 9akal..maka pergunakanlah akal yang Allah anugerahkan itu sebaik mungkin kerana kalian adalah pemimpin bagi wanita..dan peringatan untuk kaum Hawa, jangan jadi wanita yang melalaikan kaum lelaki..ingat!!wanita adalah perangkap syaitan..

Namun, apakah manusia hari ini cukup kuat untuk melawan nafsu dan keinginan hati??ramai antara kita yang masih belum bisa menundukkan nafsu sendiri..dan apa yang ana tegaskan..selagi kalian belum bisa menundukkan nafsu kalian selagi itu kalian belum boleh menjadi suami atau isteri..ingat!!perkahwinan harus diterajui bukan sekadar dengan rasa kasih dan juga sayang tetapi juga kematangan dalam berfikir..tanggungjawab dan apa yang paling penting ialah keimanan dan ketaqwaan kpd ALLAH..kenapa??kerana dengan iman dan taqwa itulah kalian bisa melindungi diri dari melakukan maksiat dan zina sama ada zina hati, telinga, mata mahupun tangan,kaki dan kemaluan..

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya: “ Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan..Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zina memandang, dua telinga, zina mendengar, lidah, zinanya berkata..tangan, zinanya memukul ,kaki, zinanya melangkah,hati..zinanya ingin dan rindu ..sedangkan faraj(kemaluan)hanya mengikuti dan tidak mengikuti..

CINTA ITU BELUM LAGI CINTA SELAGI BELUM DILAFAZKAN(LAFAZ AKAD NIKAH)..

Percaya atau tidak..manusia banyak jatuh krn cinta..sama ada lemah kerana cintanya ditolak mahupun lemah kerana cintanya diterima..persoalan yang pertama..manusia jatuh kerana cintanya ditolak..apa yang ingin ana lontarkan..apakah kita benar-benar memahami apa yang dikatakan dgn cinta??jika ya!kenapa LEMAH krn cinta??kenapa LEMAH krn cinta kalian ditolak??dimana sandaran utama??manusia??insan yang dipuja..atau Allah??PENCIPTA yang menciptakan orang yang kalian cinta??

Adalah perkara biasa untuk seseorang merasa sedih bila cinta ditolak tapi usahlah jadikan sume itu sebagai penamat segalanya..carilah hikmah disebalik rimbunan apa yang terjadi..pasti Allah mentaqdirkan yang terbaik untukmu..pasti ada hikmah terselit disebaliknya..

YA ALLAH,SESUNGGUHNYA AKU MINTA PETUNJUK YANG BAIK DARI-MU DENGAN ILMU-MU..AKU MINTA KEKUATAN DARI-MU DENGAN KEKUATAN-MU..AKU MEMINTA DARI-MU DARI KELEBIHAN YANG BANYAK,MAKA SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA,AKU TIDAK BERKUASA,ENGKAU MENGETAHUI DAN ENGKAULAH YANG PALING MENGETAHUI PERKARA-PERKARA GHAIB.YA ALLAH,JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA PERKARA INI BAIK UNTUKKU PADA AGAMAKU,DUNIAKU, DAN KESUDAHAN URUSANKU BUAT MASA KINI, DAN MASA AKAN DATANG MAKA TENTUKANNYA UNTUKKU DAN PERMUDAHKANNYA KEPADAKU,JIKA KAMU MENGETAHUI BAHAWA PERKARA INI TIDAK BAIK UNTUKKU PADA AGAMAKU DAN DUNIAKU DAN KESUDAHAN URUSANKU BUAT MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG MAKA ELAKKANNYA DARIKU DAN ELAKKAN DIRIKU DARIPADANYA,TENTUKANLAH KEBAIKAN UNTUKKU DIMANA SAHAJA AKU BERADA SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU..
Persoalan kedua, manusia menjadi lemah kerana cintanya diterima..ana akan kirimkan satu contoh untuk kalian hayati..
Seorang lelaki bernama si polan bin si polan menaruh harapan pada seorang wanita..waktu itu,hanyalah Allah yang tahu betapa siksanya hati lelaki itu memendam perasaan hingga sudah tidak tertahan maka akhirnya ia terluah..ternyata, si lelaki itu tidak bertepuk sebelah tangan kerana wanita yang menjadi idaman hati ternyata turut menyimpan perasaan..waktu ini..bermulalah strategi syaitan melalaikan manusia dari meningati Tuhan-Nya..
janji disepakati..lepas belajar kita kahwin ye..
sekarang, kite kenal-kenal dulu..
sejak tu..
handphone di tangan tak pernah lekang..
setiap saat ym hingga assignment2 ditinggalkan terbengkalai..
nak kenal katakan..bukankah tak kenal maka tak cinta..
dalam sebulan hampir 10x top up..
tambhan pulak top up sekali untuk si buah hati..
dari sms..main telefon-telefon pulak..
merdu sungguh suara sidia
hingga tak lena tidur dibuatnya..
jom,kite keluar makan..saya belanja??
sekali lagi syaitan berjaya..
teruna -dara sudah pandai dating di taman bunga..
awk cukup indah di mata saya..
awk tahu..saya sayang awk sorang je..
hmm..skrg..teruna dara sudah pandai bersayang2..
smpai fikiran melayang-layang..
hari berganti hari..
teruna -dara semakin lali..
nafsu kian bermaharajalela..
syaitan sudah bersorak gembira..
belum cukup lagi tu..up lagi..up lagi..
akhirnya..kalian fikir-fikirlah sendiri..
Inilah realiti yang berlaku dlam kehidupan masyakat kita hari ini..manusia yang semakin rosak kerana terbuai dengan perasaan sendiri..tenggelam dalam lembah cinta-nafsu..
sahabat-sahabatku..apa yang ana sampaikan maka ia adalah dari apa yang ana perhatikan..tidakkah kalian memandang sekeliling??lelaki dan perempuan sudah tidak ada rasa malu..sudah tidak kira halal ataupun haram..berdua-duaan ditempat sunyi..berpegang-pegangan tangan..berpelukan..naik moto bersama..apa lagi???
Berhatilah-hatilah dengan perangkap dan jerat syaitan yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan manusia ke lembah hina..Berhati-hatilah agar kita tidak terjerumus kelembah nafsu yang mendorong ke arah kejahatan dan kemungkaran..
Berbicara soal nafsu, di dalam Al-Quran ada disebutkan 3 nafsu iaitu nafsu amarah, nafsu lawwamah dan nafsu muthmainnah tetapi ada dikalangan ahli tasawuf yang membahagikannya kepada 4 tahap iaitu tambahan nafsu musawwilah..
Nafsu Amarah adalah merupakan tingkat nafsu yang paling rendah.Nafsu ini sentiasa menjurus manusia ke arah keburukan dan kejahatan.
Firman Allah di dalam Surah Yusuf ayat 53 ada meyebut:
Sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku
Nafsu Lawwamah pula ialah tingkat nafsu yang berjuang antara kebaikan dengan keburukan..dan waktu kejahatan itu tersangatlah cela perlakuannya sehingga ia kembali semula kepada kebaikan..
Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah ayat 2 yang bermaksud
" Dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat mencela( nafsu lawwamah)
Nafsu Musawwilah pula ialah nafsu yang pandai menipu sehingga kejahatan itu tampak seperti kebaikan.
Nafsu yang tinggi tingkatnya ialah nafsu Muthmainnah iaitu nafsu yang tenang dan tenteram..Nafsu Muthmainah akan merasa damai. aman dan tenteram dalam mengingati Tuhan dan menjalankan perintah-Nya.. tingkat tertinggi dalam kemajuan jiwa manusia..
Firman Allah di dalam Surah Al-Fajr ayat 27
" Hai jiwa yang tenang"
Sahabat-sahabatku, demikian sedikit huraian tentang peringkat-peringkat nafsu..gunakanlah akal yang Allah anugerahkan kepada kita dalam mengendalikan nafsu..sehingga ada ikatan yang sah(perkahwinan)..maka usahlah menyerahkan seluruh hati dan jiwa pada manusia..jangan mengharap kasih pada manusia yang tidak halal bagimu..tapi serahkanlah hati pada-NYA..PEMILIK SEGALA RASA CINTA..

Cinta manusia ini hanya sementara..sampai masanya ia semakin pudar dan tidak mustahil untuk ia hilang..ibarat berllaunya angin..tapi cinta Allah itu sentiasa kekal dlm hati kita..itulah beza bila kita mencintai Allah dengan mencintai makhluk..

Sekalipun,kita sudah berkahwin..maka sandarkan cinta itu juga pada Allah,agar cinta itu menyebabkn kita semakin dekat dgn Allah dan andai kata orang yang kita cinta tiada..suami atau isteri kita tiba-tiba menyahut seruan Ilahi..kita menjadi hamba Allah yang redho dgn ketentuan-NYA krn sandaran kita adalah DIA..
Sebelum ana mengundukan diri, satu yang ana mahu tegaskan..
gunakanlah akal yang Allah anugerahkan kepada kita dalam mengendalikan nafsu..janganlah kita tergolong dalam golongan yang mempunyai tingkat-tingkat nafsu tang buruk dan tercela..bersama-samalah kita mendidik hati dan jiwa untuk mencapai tingkat nafsu yang tenang iaitu nafsu muthmainnah..insyaallah..

Tuesday, January 13, 2009

NasihAT LUQMAN aL-hAKIM


DUNIA ini ibarat lautan dalam. Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui perjalanannya supaya tidak tenggelam.
Kiasan itu diberikan oleh Luqman Al-Hakim ketika menasihati anaknya supaya bertakwa ketika melayari hidup ini.Katanya: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam. Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya. "Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu, keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya. Mudah-mudahan, engkau akan terselamat. Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat.
"Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku! Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam dalamnya. "Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan."Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu."
Begitu bernas nasihat Luqman kepada anaknya supaya menjadi seorang beriman dan bertakwa kepada Allah. Kata-katanya mengandungi makna tersurat untuk difikirkan oleh kita semua.
Dalam riwayat lain, Luqman berkata: "Hai anakku. Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat, sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran."Hai anakku! Janganlah engkau menghantar seorang yang bodoh sebagai utusanmu. Sekiranya engkau tidak memperoleh orang bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi utusan itu."Apakah perbezaan antara majlis pengembumian jenazah dan perkahwinan?
Luqman dalam membuat perbandingan antara kedua-duanya, berpesan kepada anaknya: "Hai anakku! Hadirilah majlis pengebumian jenazah, tetapi janganlah engkau menghadiri majlis perkahwinan. "Hal itu kerana pengebumian jenazah itu, akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat, manakala majlis perkahwinan itu pula, akan menjadikanmu sukakan dunia.
" Luqman juga berpesan supaya kita bersederhana dan tidak bersikap berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu perkara. Sebabnya, seperti katanya: "Hai anakku! Janganlah engkau bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan ditelan dan janganlah pula engkau bersikap terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar.
"Dalam memilih kawan, Luqman berpesan: "Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya.
"Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Malik: Luqman telah berkata kepada anaknya: "Hai anakku! Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak mereka janjikan?
"Bercakap mengenai pujian pula, katanya: "Hai anakku! Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan daripadamu, sedangkan engkau amat memerlukan daripadanya. "Hai anakku! Jadilah engkau seorang yang tidak berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan daripada mereka. "Nescaya, tenanglah diri daripada kejahatan manusia dan manusia pula akan tenang dari kejahatannya (pujian).
"Kata Luqman lagi: "Hai anakku! Halanglah sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan orang yang selamat. Engkau hanya mesti mengatakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepadamu.
"Hai anakku! Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata."Hai anakku! Berduyun-duyun datang kepada ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan mereka (ulama), nescaya mereka akan membencimu. "Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik untuk akhiratmu. "Janganlah engkau berbelanja sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan. Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya segala bebanan..
BLOG DIATAS ANA TERIMA DARI SEORANG SAHABAT..TERIMA KASIH UNTUK SAHABAT YANG MENGEMELKANNYA PADA ANA..SEMOGA KITA MENDAPAT SESUATU DARINYA..

Monday, January 5, 2009

SENYUMANMU


Senyum sesuatu yang mudah untuk diucapkan tapi terkadang sulit pula untuk dilakukan. Secara nalurinya, semua orang mampu tersenyum...Namun, kadangkala disebabkan ketidakseimbangan emosi seakan sulit untuk melakukannya terutamanya saat hati gundah gulana meskipun senyum di kala hati gundah itu merupakan tanda ketabahan dan kepasrahan semata-mata kerana Allah SWT namun entah kenapa ia begitu sukar..


Rasulallah SAW bersabda:

Senyumanmu kapada saudaramu adalah sedekah

(Hadith riwayat muslim)

Kerana senyuman adalah sedekah yang paling mudah, orang yang mampu tersenyum adlah orang yang mampu membEri rasa damai dan rasa persahabatan kepada orang lain.Senyum juga dapat menggambarkan karekter si pemberi senyum bahawa dia mempunyai sifat lembut, ramah dan bersahaja..

Rasulallah SAW bersabda:

Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain.

(Hadith Riwayat Muslim)

saudara-saudaraku,

tahukah kalian senyuman kalian mungkin bisa memberi kebahagiaan hati bagi mereka yang memandang..tapi,berhatilah-hatilah jangan pula 'senyuman menggoda' yang kalian lemparkan..khuatir ada yang tergoda dengan senyuman itu hingga bisa menerbit bisikan jahat di hati..


jadi, mengapa begitu sukar menguntum senyuman di bibir??bukankah senyum itu kata orang tandanya bahagia..

seorang teman..bertanya padaku..umi, bagaimana mahu orang menyukai dan senang berkawan dengan kita?

maka aku pun membalas..selalu tersenyum..jagalah lidah dalam berkata..dan penuhkan hati dengan keikhlasan dalam mencurah kasih sayang kepada teman dan sahabat..

jadi, apa tunggu lagi..

senyumlah..dan janganlah lokek untuk membalas senyuman..kita tak rugi apa-apa walaupun mungkin orang yang kita senyum itu bukanlah orang yang kita kenal..tapi,cadanganku agar senyum itu buat yang muhrim aja ya..khuatir ada tergoda..dan tersilap mentafsir makna senyumanmu.. ^_^


terakhir pesan dariku...

senyum seindah suria yang membawa cahaya..
senyumlah dari hati..senyumanmu berseri..

LINDUNGI SAUDARA-SAUDARAKU YA ALLAH


Assalamualaikum buat sekalian teman..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..selamat kembali memegang amanah..amanah sebagai seorang mahasiswa..amanah sebagai seorang anak..dan yang paling utama amanah sebagai khalifah Allah..

Mungkin belum terlambat untuk ana mengucapkan 'Salam Maal Hijrah'..moga tahun baru ini bakal membuka lembaran baru untuk kita semua terus bangkit membaiki diri dan memperjuangkan Islam..insyaalllah..

Meneliti blog teman-teman,isu Israel dan Palestin sedang hangat diperkatakan..sama ada dengan memberi pandangan,pengulasan,mahupun luahan rasa hati yang simpati..hati mana yang tak terusik sahabat-sahabatku?air mata mane yang tak menitis..diri mana yang tak terasa hendak marah?tika melihat saudara-saudara kita terkorban disana..berapa banyakkah lagi nyawa yang akan melayang???

Sejak 27disember yang lalu, tentera Israel mula bertindak ganas..bertindak dgn nafsu..tanpa ada peri kemanusian..orang-orang awam menjadi sasaran..kanak-kanak, wanita, mahupun orang tua dibunuh tanpa ada setitis rasa simpati..masjid-masjid?rumah-rumah?hospital?segalaanya musnah..Diwaktu kita menyambut maal hijrah pada 29disember yang lalu..saudara2 kita pula bermandikan darah..KEJAM!!!itulah yang tepat untuk tentera-tentera Israel ini..

Apakah yang sewajarnya kita lakukan sahabat2ku??apakah cukup utk kita sekdar memandang??sekadar mengikuti perkembangan di internet?cukupkah sekadar memboikot barang?mahupun membuat pakatan dan perhimpuanan bersama-sama? ya..mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini sekalipun hanya Allah yang tahu betapa aku terlalu ingin terbang ke bumi Palestin berjuang bersama pejuang-pejuangMU..hingga aku selalu berangan andai aku ada kuasa mahu saja aku arahkan sekalian orang Islam seluruh dunia untuk memusnahkan Israel habis-habisan..

KENANGAN LALU

Teringat aku waktu belajar di Kolej Matrikulasi Johor..waktu itu diadakan 'HAFLATUL WIDA' KARISMA..Kemudian kami melihat tayanagn tentang palestin..hanya air mata yang mampu dikeluarkan tika itu..aku benar-benar tak sanggup untuk melihatnya..benci..rasa benci yang teramat sangat melihat kekejaman Israel..

DOA


Mungkin itu yang termampu untuk kita tika ini..selain dengan memboikot mahupun menderma..setiap apa yang berlaku semuanya datang dari Allah..andai kita kalah maka kekalahan itu datangnya dari Allah..andai kita menang maka kememnagan itu Allah jua yang memberinya..tapi, apa yang penting di sini bukan soal menang atau kalah sahabat-sahabatku..tapi ia soal perjuangan..perjuangan untuk menegakkan Islam..perjuangan untuk menegakkan kebenaran atas nama Islam..semoga Allah membantu sauadara2 kita di sana..menghantar malaikat-malaikatNYA untuk membantu pejuang-pejuang Islam sepertimana Allah menghantar malaikat-malaikatnya diwaktu peperangan badar..

Sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah,

kita punya tanggungjawab yang cukup besar..cukup besar dalam perjuangan menegakkan Islam..hari ni..sudah hari yang ke11 Israel melancarkan serangan di Gaza sama ada dengan tentera darat mahupun udara..sampai hari ni juga sudah hampir mencapai angka 500 orang yang terkorban..tapi, sedarkah kita?ada ramai yang tidak ambil tahu tentang isu ini?ya!mungkin kita tergolong dalam golongan yang mengambil tahu dan prihatin dgn apa yang berlaku..namun, masih ada yang tidak mengambil tahu..Inilah tanggungjawab kita sahabat-shabatku..perjuangan mahupun semangat untuk memperjuangkan Islam harus ada dalam diri setiap muslim..rasa kasih dan sayang terhadap Islam dan kesuciannya harus wujud dalam diri setiap orang Islam sama ada kanak-kanak,remaja,belia,dewasa mahupun orang tua..

Kanak-kanak di Palestin,sejak dari kecil sudah diajar erti perjuangan..sudah diajar untuk berjihad..laungan'ALLAHU AKHBAR' sentiasa meniti di bibir si kecil ini..sekalipun,kadang-kadang mereka hanya mampu membaling batu mahupun bersembunyi..tapi,apa yang berlaku di negara mereka menyebabkan mereka bangkit dan berazam untuk memperjuang Islam dan mempertahankan tanah air mereka..semangat inilah yang akan memberi kemenangan kepada Islam satu hari nanti..

Perjalanan hidup kita masih panjang ..sekarang kita masih seorang pelajar..tapi,satu hari nanti..kita akan berkerja..kita akan berkeluarga..punya anak..punya isteri atau suami...kita sendiri yang perlu membaiki diri sahabat-shabatku..kita sendiri yang perlu meningkatkan keimananan dan ketaqwaan kita pada ALLAH..agar satu hari nanti..kita bisa melahirkan pejuang-pejuang Islam yang lahir dari benih kita sendiri..agar kita nanti yang bisa menyuntik semangat perjuangan Islam dlm diri anak bangsa kita atau mungkin anak-anak kita..
Dunia kita sudah hampir terbalik..maksiat semakin menjadi-jadi..betapa ramainya anak bangsa kita yang rosak kerana nafsu menguasai diri..akhirnya,kelakuan sebahagian mereka-mereka inilah yang mengotorkan kesucian Islam..

pernah kita terfikir..kenapa ini semua terjadi??ya!kerana diri mereka tidak ada rasa sayang pada agama..kerana banyak orang Islam hari ini yang hanya Islam pada nama dan kerana keturunan..

Alangkah baiknya, andai rasa sayang dan cinta pada agama ini bisa disemai dalam diri setiap orang Islam..alangkah indahnya andai semnagat perjuangan ini dapat kita lahirkan dalam diri rakyat di negara kita sejak dari kecil..

Ana percaya,dengan rasa kasih dan cinta yang begitu mendalam terhadap Islam..dengan pemahaman yang jelas tentang Islam..kita bisa mencegah dari berleluasanya maksiat di negara kita..kerana rasa cinta itu akan melindungi manusia dari melakukan kemungkaran mahupun kemaksiatan..

Persoalannya?tanggungjawab siapa?pemimpin?ulama'?parti-parti politik??

Tidak sahabat-sahabatku..

Ia tanggunggjawab yang terpikul di bahu kita sendiri..

Sahabat-sahabatku,

Mungkin,kita hari ni tak mampu untuk sama-sama berjuang bersama pejuang-pejuang Hamas melancar roket ke atas tentera-tentera Israel..mungkin hari ni kita tak punya kuasa menyekat kekejaman Israel..atau sebenarnya kita yang belum benar-benar merasai apa yang sauadara-saudara kita alami di sana..

tapi, tak mustahil andai satu hari nanti kita turut sama berjuang bersama mereka..

apa yang harus kita sedari..

Kita masih ada tanggungjawab yang terpikul di pundak..perjuangan untuk menegakkan syiar Islam adalah tanggungjawab kita bersama.. apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita maka ia juga adalah tanggungajawab kita..

bersama-samalah kita berdoa agar Allah melindungi saudara-saudara kita disana..dan memberi kekuatan untuk mereka..

MAKBULKAN DOA KAMI YA ALLAH..MABULKAN DOA HAMBAMU YANG LEMAH DAN HINA INI..