Thursday, July 31, 2008

APA NAK JADI???


Salam semua..semoga sentiasa didlm rahmat dan lindungan Allah..hari ni ana tergerak untuk menyatakan tentang isu ini..gay?lesbian?pondan?tomboy?ana percaya, anda semua pasti tahu dan kenal siapa mereka?

jika kita perhatikan adalh tidak sukar untuk kita mengenali mereka..n kadang2 mereka berada hampir dengan kita..gejala ini semakin banyak menular di universiti2..golongan y terpelajar..tapi, kenapa agaknya ilmu yang ada dlm diri tidak membantu diri mereka utk berfikir dengan waras?

bila kita bercakap tentang homoseksual, apa yang anda tahu mengenainya?ya!homoseksual bermaksud perlakuan hubungan seks sama jenis bagi kaum lelaki dimana seseorang lelaki itu lebih cenderung meminati kaum sejenisnya. Pondan pula merujuk kepada lelaki yang beperwatakan lebih sifat keperempuanannya seperti menghias diri dengan solekan dan pakaian yang kadangkala lebih menarik daripada seorang perempuan.
Ada sesetengah gay adalah terdiri daripada pondan tetapi ada juga dikalangan gay yang merupakan dikalangan lelaki yang kita lihat dari luaran sempurna sebagai lelaki tetapi hakikatnya..dia adalah seorang gay.. Golongan ini adalah lebih bahaya kerana sukar untuk dikenal pasti kerana mereka cukup pandai menyembunyikan diri..kata orang keras di luar lembut di dalam..Manakala lesbian pula ialah hubngan sejenis dikalnagan kaum perempuan..namun jumlah lesbian adalah lebih sedikit berbanding bilangan gay di Malaysia..

kembali kita kepada sirah nabi.. pasti kita teringat peristiwa kaum Luth yang mengamalkan homoseksual dan mereka telah mendapat balasan azab daripada Allah. Di dalam Al-Quran sendiri sudah diterangkan dengan jelas tentang larangan tenrhadap hubungan songsang ini.

Firman Allah dalam Surah Hudd ayat yat 82-83:
” Maka apabila datang masa pemerintahan kepada kami, kami jadikan Negeri Luth itu tunggang terbalik iaitu tertimbus segala yang ada di muka buminya dan kami menghujanniya dengan batu2 dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu2 batu itu ditandakan disisi Tuhanmu untuk membinasakan mereka dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim.

Kalau kita fikir2kan gejala ini bukanlah sesuatu yang baru tapi semakin tidak diambil tindakan keras semakin menjadi2..kadang2 hati ana terasa sedih melihat keadaan manusia kini..ana percaya kalian juga pasti akan terasa sedih..Allah telah menciptakan kita sebagai sebaik2 makhluk dan kita telah dikurniakan akal untuk berfikir. Di dalam Al-Quran juga diterangkan bahawa Allah telah menjadikan kita berpasanag-pasangan. Ini sesuai dengan fitrh kita sebagai manusia..Tapi,sekarang ini..begitu banyak manusia yang tidak tahu erti bersyukur..
Allah menjadikan kita lelaki..kita ingin pula menjadi perempuan..Allah menjadikan kita perempuan, kita ingin menukar diri jadi lelaki..bagaimanakah agaknya keadaan dunia kita akan datang..apakah yang akan terjadi pada anak2 kita nanti?dengan persekitaran yang sebegini rupa?

teringin ana mengaitkan tentang hal ini dengan subjek psikologi pendidikan yang saya ambil. Menurut Sigmund Freud tedapat 5 tahap perkembangan manusia..iaitu oral,anal,falik, lentisal dan genital. Pada peringkat falik iaitu lingkungan umur kanak-kanak dari 3-6 tahun kanak 2 lelaki lebih cenderung untuk menyukai ibunya dan ini dipanggil oiedipus kompleks manakala kanak2 perempuan pula lebih cenderung menyukai ayahnya dan ini dipanggil elektra kompleks.

Apa yang saya ingin kaitkan disini ialah sejak kecil lagi sudah wujudnya perasaan ini..iaitu lelaki cenderung menyukai perempuan dan perempuan cenderung menyukai lelaki. Tapi ,cuba kalian fikir kenapa agaknya bila besar wujudnya masalah2 ini..yang lelaki menyukai lelaki dan perempuan menyukai perempuan?adakah kita ingin melawan segala apa yang Allah tetapkn untuk kita..Allah telah tetapkan kita menjadi seorang lelaki contohnya,maka kita adalah lelaki tidak perlulah ditukar2 pula..Allah telah menjadikan kita berpasang2an ..dan sudah menjadi fitrah yang lelaki itu menyukai perempuan dan perempuan itu menyukai lelaki ..jadi,mengapa harus kita nafikan fitrah ini dengan wujudnya nafsu songsang ini..seharusnya kita bersyukur..bersyukur Allah jadikan kita lelaki jika kita lelaki dan bersyukur kita jadi perempuan kerana kita perempuan..

Di Amerika dihalalkan perkahwinan sejenis. Adakah kita ingin negara Malaysia menjadi seperti negara Amerika? Nauzubillahiminzalik..lindungi negaraku ya Allah..lindungilah kesucian Islam..persoalannya disini kemana perginya sifat2 sejati dan kelakian dalm jiwa lelaki???begitu tinggi Allah mengangkat martabat lelaki..sebagai pelindung,sebgai tempat bergantung,sebagi pemimpin bagi seorang isteri dan bagi anak2..tapi,jika begini jadinya..apa yang akn terjadi nanti???

Maafkan ana jika apa yang saya cakap menyebabkan sesiapa terasa marah..tapi,ana tak berniat apa2..inilah hakikat..ana sekadar meluahkan apa yang rasa..supaya kita semua sama2 memikirkannya..ana rasa takut dgn keadaan bagini..Allah telah menurunkan azab kepada kaum Luth..tidak mustahil Allah menurunkan azab kepada kita..bagaimana dengan anak bangsa kita akan datang..betapa besarnya cabaran yang bakal kita tempuhi satu hari nanti..satu hari nanti,kita juga bakal menjadi ibu atau bapa kepada anak2 kita..inilah cabaran yang bakal kita tempuh..cabaran dalam mendidik anak2..

Ana pernah terbaca luahan hati seorang gay di dalm majalah..dia mengatakan dia rasa bahagia menjadi gay kerana dia akan dimanjakan seperti seorang perempuan..jika dia buat hubungan dengan perempuan, dia yang kena manjakan perempuan...ana menggeleng2kan kepala..ya Allah,sampai begitu sekali bila nafsu merajai hati manusia..betapa demi memuaskan nafsu,demi kerana kekurangan kasih sayang..manusia jadi begitu..memuaskan keinginan hati kepada kaum sejenis..ingatlah,kita takkn pernah kekurangan kasih sayang jika kita memikirkan betapa banyakkn sayang dan cinta Allah kepada kita..

Ya!kita manusia..ingin disayangi..ingin dimanja..tapi biarlah pada yang benar..pada yang sah..yang halal..cinta dan sayang suami pada isteri,cinta dan sayang isteri pada suami contohnya..

Teringat juga saya pada satu cerita..orang itu menyatakan mereka juga tidak tahu kenapa mereka bernalurikan seperi perempuan..persoalannya di sini..bukan pasal naluri..masalahnya ia kita sendiri yang terlalu mudah menurut kata nafsu..jika betul ingin berubah..seseorang itu boleh berubah..yang penting perlu ada dalam kekuatan dalam diri..berdoa pada Allah agar Allah membantunya menjadi lelaki yang sejati..yang normal..seperti org lain..Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba itu sehingga mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya..

ana rasa sampai sini dulu untuk kali ini..apapun,ana sekdar berkongsi apa yang ana rasa..dan kerisauan ana sendiri..samalah2 kita mendoakan mereka-mereka yang berkenaan agar mendapat hidayah..dan kembali ke pangkal jalan..amiinn..sesungguhnya aku sayangkan anak bangsaku..aku sayangku saudara seislamku..aku sayangkan negaraku..aku sayangkan bangsa Melayuku..

No comments: