Monday, May 17, 2010

CIKGU PASTI RINDU

KINI YANG TINGGAL HANYA KENANGANGAMBAR-GAMBAR KENANGAN
anak muriku tingkatan 4Beta
kelas 4melati yang kini menjadi ingatan..

kenangan sewaktu mengajar di kelas tingkatan 4Beta sambil diperhatikan oleh kak liah selaku guru pembimbing..
gambar kenangan anak muridku tingkatan 4melati
kegembiraan di raut wajah anak muridku Tingkatan 2zamrud..
Selama hampir 4bulan di SMKKJ,Bagan Datoh,Perak..terlalu banyak kenangan manis di sini..kenangan bersama anak-anak murid yang kuajar..kenangan bersama pelajar-pelajar asrama dan kenangan dengan semua pelajar di sekolah ini..buat anak-anak murid cikgu..Tingkatan 2Zamrud..Tingkatan 4melati dan Tingkatan 4Beta..cikgu pasti rindukan korang semua..jaga diri kalian baik-baik..dan buat yang terbaik untuk exam akan datang ni..cikgu doakan korang berjaya..

maaf..nanti kalau berpeluang..cikgu upload lagi gambarnya..buat sementara ni..ini dulu ye..jangan ada yang terasa hati..

Dah habis dah..

banner yang berjaya disiapkan memaparkan akronim daripada perkata 'CIKGU' iaitu

C= CELIK
I= INSAN
K=KERANA
G=GURU
U=UNGGUL


Alhamdulillah..dengan izin Allah..maka pada 14Mei yang lalu,tamatlah sudah ana menjalani ROS dan praktikum di SMKKJ,Bagan Datoh Perak..Selama hampir 16minggu ana di sekolah ini..terima kasih ya Allah..dengan izin-Mu..maka segala-galanya dipermudahkan..kalau dulu..sebelum praktikum..risau benar rasanya hati ni.."bagaimana agaknya praktikum tu..??"dapatkan aku menghabiskan praktikumku.."??dan kini..alhamdulillah..setelah hampir 4bulan aku menjalani ROS dan praktikum di SMKKJ..barulah kutahu..praktikum itu begini rupanya..tidak sesukar yang kubayangkan..cuma yang penting..harus punya kesabaran..dan semangat yang kekal berpanjangan..semangat seorang guru yang takkan hilang..tapi semangat itu yang kuharap dapat diserap di dalam jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu..dan yang utama ialah keikhlasan dalam mendidik...

gambar kenangan sewaktu menyiapkan banner sebagai sumbangan dari guru-guru praktikum UPSI kepada pihak sekolah..
Dikesempatan ini,ana ingin mengucapkan tahniah kepada teman-teman seperjuangan yang turut sama menjalankan praktikum sama ada dari UPSI mahupun universiti-universiti lain yang mengambil kos pendidikan..bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan berakhirnya praktikum ini bermakna semakin hampirlah kita ke arah menempuh alam kerjaya...


walau bagaimanapun..tugas kita masih belum selesai..insyaallah..andai diikutkan bagi pelajar2 UPSI kita akan konvo pada bulan Ogos..tetapi mungkin ada perubahan yang akan dimaklumkan..cuma yang paling penting..cuti ini..kita harus sentiasa alert dengan berita-berita terkini dari KPM terutamanya tentang permohonan posting secra online..seterusnya menanti untuk panggilan temuduga dan sekiranya temuduga lulus bermakna peluang untuk bergelar guru sudah semakin cerah..satu kelebihan bagi mereka yang mendapat biasiswa KPM kerana tidak perlu menghadiri temuduga tetapi terikat dengan kerajaan selama 5tahun dan kelbihan bagi yang mendapat pinjaman PTPTN kerana boleh terus menyambung master..

Bagaimana dengan ana??

Ana merupakan peminjam PTPTN..andai diikutkan..cita-cita asal ana ialah ingin menjadi seorang pensyarah..dan impian ana dulu..ana ingin menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa..itu bermakna ana memang perlu menyambung master..tapi,buat kali ini..insyaallah..ana akan bekerja dahulu..untuk membantu keluarga..keinginan untuk menyambung master mahupun PHD takkan luput..cuma apa yang ana fikirkan sekarang..sekalipun ana mengambil master atau PHD..ana hanya ingin menjadi seorang guru..kerana bagi ana pekerjaan guru itu terlalu mulia dan kerana ana pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa guru adalah pekerjaan yang terbaik bagi seorang wanita selepas suri rumah..

keinginan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi harus ada dalam diri setiap orang kerana Allah menyukai hamba-hambanya yang suka mencari ilmu..bukankah banyak firman-firman Allah dan hadith-hadith yang menggambarkan kelebihan orang yang berilmu??Insyaallah..semoga kita tergolong dalam golongan yang cintakan ilmu..iaini..ilmu-ilmu yang bermanfaat..yang memberi faedah dalam kebaikan dan keutamaan dalam mencari ilmu-ilmu akhirat yang bisa memandu kita ke arah menuju redho Allah..insyallah..semoga Allah mempermudahkan urusan kita..

aaaminnnn...

mabulkan doaku ya Allah..
makbulkan doa kami ya Allah..


...................................................................................................

BARANG SIAPA YANG INGINKAN DUNIA MAKA HENDAKLAH IA DENGAN ILMU
BARANGSIAPA YANG INGINKAN AKHIRAT MAKA HENDAKLAH IA DENGAN ILMU DAN BARANGSIAPA YANG INGINKAN KEDUA-DUANYA MAKA HENDAKLAH IA DENGAN ILMU


BILA MATI ANAK ADAM MAKA TERPUTUSLAH SEGALANYA MELAINKAN TIGA PERKARA IAITU SEDEKAH AMAL JARIAH,ILMU YANG BERMANFAAT DAN DOA ANAK YANG SOLEH..

p/s: Semoga hadith di atas dapat kita jadikan sebagai pegangan untuk menjadi seorang yang hamba yang cintakan ilmu dan sentisa berusaha mencari ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat..

Sunday, May 9, 2010

MINGGU MUSLIMAH UNGGUL ASPURI SMKKJ BAGAN DATOH,PERAK 2010

Pada 3Mei-6Mei 2010,satu program yang diberi nama’Minggu Muslimah Unggul’ telah dianjurkan di peringkat aspuri SMKKJ,Bagan Datoh,Perak. Program yang diadakan buat kali pertamanya ini,telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pelajar aspuri.Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang ‘MINGGU MUSLIMAH UNGGUL’ ini diadakan antaranya ialah ‘Pertandingan Kuiz Agama,Perbentangan Tokoh Srikandi Islam’,Sesi soal Jawab Agama, dan Pertandingan Busana Muslimah...alhamdulillah..terima kasih ya Allah..kerana dengan izin-Mu jua program ini berjalan dengan lancarnya..

Dikesempatan ini,ana ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warden aspuri SMKKJ,Kak Mahfuzah..serta rakan-rakan praktikal yang turut sama membantu..cikgu Ellyana,cikgu Norazrah Azri..Cikgu Yusrinawati dan tak lupa kepada cikgu ekin..serta semua pelajar aspuri yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini..terima kasih untuk segalanya..

‘Minggu Muslimah Unggul’ bukan sekadar program biasa namun satu program yang dirangka dengan pengharapan yang amat besar dari pihak penganjur mahupun ana sendiri untuk melahirkan puteri-puteri yang tahu menjaga maruah dan harga diri..sesuai dengan tema program ini iaitu’ SEHARUM MAWAR BERDURI’..Kesemua pelajar aspuri telah dibahagikan kepada 6kumpulan iaitu kumpulan SUMAYYAH,BALQIS,RABIATUL ADAWIYAH,AINUL MARDIAH,ASIAH DAN ZINNIRAH..Kesemua kumpulan bersaing sengit dalam setiap pertandingan yang dianjurkan..
kumpulan ainul mardhiah

kumpulan asiah

kumpulan balqis

kumpulan rabiatul adawiyah

kumpulan zinnirah
kumpulan sumayyah
PERTANDINGAN KUIZ AGAMA seorang pelajar sedang menulis jawapan di atas 'flash card' sambil diperhatikan oleh rakan satu kumpulan.. PERBENTANGAN TOKOH SRIKANDI ISLAM' SOAL JAWAB AGAMA




PERTANDINGAN BUSANA MUSLIMAH pengumuman peserta yang layak ke peringkat akhir
Perbicangan antara juri

-SEHARUM MAWAR BERDURI-




























































































































































































































































































Tuesday, April 27, 2010

"KENAPA TAK BOLEH COUPLE CIKGU???"


“Cikgu..cikgu ceramah apa kat budak asrama??tanya dua orang anak muridku yang tinggal di luar..
“Ceramah ape??”
“Yelah..mereka cite..nangis2 sume..
“Mane kamu tahu??”
“Mereka cite…”
“Oo…Cikgu cite tentang mak dan ayah sume..tentang kematian..”
“Yang mereka cakap pasal couple-couple tu???
“Kenapa??kamu bercouple ke??”
“Taklah cikgu..Tapi..kenapa takleh couple cikgu..??
“Banyaklah sebabnya..”
“Ala..cikgu cakaplah..kami nak dengar..”
“Betul kamu nak dengar??”
“Nak cikgu..nak..(pelajar menjawab semnagat..)
“Oklah class..sementara awak sume buat apa yang cikgu suruh tadi..cikgu nak cakap sesuatu pada kamu..Sebelum tu..cikgu nak tanye..siapa yang bercouple di dalam kelas ni..”
“Takde cikgu..
“Ye ker??Hmm..macam nilah..cikgu harap..anak-anak murid cikgu tak terlibat dengan benda2 mcam ni..banyak buruk dari baiknya..”
“Yang pertama..bagi yang beragama Islam..cikgu nak kamu tahu..TIADA ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM..YANG ADA HANYA PERKAHWINAN..
“Yang kedua..membazir waktu..
“Yang ketiga..membazir air liur..
“Yang keempat membazir duit..
“Yang kelima kamu jadi lalai..solat pun tak khusyuk..fikiran kamu melayang ke lain..belajar pun jadi tak focus..Sekarang waktu untuk kamu belajar..bukan untuk nak bercouple..nak bercinta..kalau dari sekarang kamu terlibat dengan benda macam ni..cikgu takut..bila kamu dah besar..kamu akan lebih advance..Ingat!!bila kamu dah besar nanti..kamu akan jumpe dengan ramai orang yang pelbagai ragam..dan lebih ramai yang menjurus kamu ke arah kejahatan dari kebaikan..kalau kamu tak jaga diri kamu dari sekarang..waktu sekolah dah pandai cinta-cinta..kamu nak jadi ape besar nanti??”
………………………………………………………………..

“Apa Yang penting sekarang..belajar elok2..buat betul2 PMR,SPM..pastu..sambung belajar..masuk matrik ke?atau Tingkatan 6..pastu..masuk university..belajar elok2..tunaikan harapan keluarga..dan kemudian kalau kamu rasa dah sedia nak jadi isteri atau suami orang..ok..go on..kamu bleh kawin..
“Cikgu..cikgu tak cinta-cinta ke waktu sekolah??”
“Tak..sebab itu prinsip cikgu..n0 man..no love in my study..dulu..cikgu pengawas sekolah dan pengawas asrama..dan antara yang bergerak keras untuk membanteras isu couple di sekolah..ramai kawan2 cikgu yang terlibat dengan couple..sume ada pakwe masing2..tapi,cikgu sedikitpun tak rasa rugi..sebaliknya..cikgu rasa bersyukur..bersyukur sangat2 kerana tdk terlibat dengan sume tu di zaman remaja cikgu..kebanyakkan kawan cikgu yang bercouple waktu sekolah..sumenya tak kekal lama..last2..jumpe orang lain..n cinta ngan orang lain pulak..
“Dahlah..kamu kecik lagi..belum masanya kamu fikir sume ni..PMR pun tak lepas lagi kamu kan??
“Cikgu..nanti dah tingkatan 3..tingkatan 4..boleh lah ye???”
Bukan mcam tu sayang..tak kisahlah kamu tingkatan 2 ke?tingkatan 3 ke?4 ke?5 ke?6 ke?..kalau kamu rasa kamu belum bersedia untuk jadi suami atau isteri..jangan terlibat dengan couple2 ni..nanti..kalau betul ada orang sukakan kamu..dia akan nikahi kamu..”
“Dah tu?Tak leh kawan ke cikgu??”
“Tak salah nak kawan..kawanlah..tapi,tak perlulah nak state kan ..”kite couple yek wak..nak jumpe2 ke..nak sayang2 ke..kawan macam biase..mcm kamu kawan dgn kawan sekelas kamu yang lain..rasa suka tu..perkara biase..tapi,percayalah kata-kata cikgu..ia tak kekal lama..
“Cikgu..kalau ada couple..kita rasa semanagt nak g sekolah cikgu..”
“Itu bukan semangat sayang..tapi..itu nafsu..”
“Maksud cikgu??”
“Ye..itu nafsu..cube kamu fikir..kamu rasa semnagt nak g sekolah sebab dapat jumpe pakwe kamu..dimana keberkatan ilmu kamu??sepatutnya..kamu rasa semangat nak belajar krn ia perintah Allah..menuntut ilmu itu wajib..kamu niatkan menuntut ilmu kerana Allah..niatkan juga untuk buat ibu dan ayah kamu gembira..untuk tunaikan harapan mrk..nak balas jasa mrk..Allah sememangnya perintahkan kita untuk berbuat kebajikan pada ibu bapa..anak yang baik itu akan stase menggembirakan hati ibu dan ayahnya..kasihan ibu dan ayah kamu..mereka berharap..kamu akan belajar bersungguh2 di sekolah..tapi,rupa-rupanya..kamu ada pakwe di sekolah..kamu tak sayang ke ibu dan ayah kamu??”
Aku melihat ada rona kesedihan dalam raut wajah pelajar2 ku..
“Baiklah..cikgu nak tanya kamu..siapa yang rasa dia kekurangan kasih sayang??”
“Kekurangan kasih sayang siapa cikgu??ibu bapa ke??
“Ye..ibu bapa..”
Beberapa orang pelajar mengangkat tangan.."mcam nilah..cikgu tahu..ada sesetengah dari kamu yang bercouple kerana ingin ada yang sayang..tapi,cikgu nak kamu tahu..kamu dah menyandarkan perasaan itu pada sesuatu yang salah..ingat!!kita ada Allah..cukuplah hanya Allah kecintaan kita..walaupun mungkin kamu rasa kamu kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa kamu..tapi tetaplah sayangkan mereka..hormati mereka dan doakan mereka..lakukan ia krn cinta kamu kpd Allah..kerana redho Allah mengiringi keredhoan ibu bapa kamu..dan kerana berbuat baik kepada ibu bapa itu adalah perintah Allah..
“Oklah class..cikgu kamu pun dah datang..jumpe lagi esok..”
………………………………………………………………………….
Pada hari Sabtu lepas..aku mengadakan program motivasi di asrama..program yang diberi nama’MENCARI CINTA’ menyebabkan semua pelajar asrama begitu teruja..tapi,diakhir program aku sudah merangka satu slot motivasi di luar jangkaan mereka..program yang kuharap dapat membentuk mereka menjadi insan yang mendamba CINTA ILAHI..Kecintaan pada Allah inilah yang seterusnya merungkai rasa cinta pada Rasulalah..pada ibu bapa..mahupun sesame manusia..
Aku tidak pasti sama ada program motivasi itu benar2 bisa memberi kesedaran kepada mereka ataupun tidak..Cuma ura-ura yang kudengar.. sume peljar asrama yang bercouple sudah putus..aku bersyukur bila mereka menyedari betapa ruginya mereka terlibat dengan ‘COUPLE’ atau’ CINTA MONYET’ ini..cume..dihatiku terbit satu kerisauan..aku risau apakah mereka putus kerana mendengar kata-kataku..atau dengan niat yang ikhlas kerana Allah??
Cuma tinggal dua minggu sahaja aku akan bersama mereka..Besar harapanku..apa yang kusampaikan selama ini kepada mereka akan menjadi ingatan dan pegangan sekalipun aku sudah jauh dari mereka..Aku tiada apa2 untuk diberi pada mereka semua..Cuma doaku agar Allah melindungi mereka..

Insyaallah,program ke-2 yang kurangka untuk mereka ialah’MINGGU MUSLIMAH UNGGUL..yang akan bermula pada minggu hadapan..
Ya Allah..andai Engkau redho dengan apa yang ingin kulakukan..semata-mata untuk menegakkan kalimah-Mu..untuk membawa manusia ke arah kebaikan..ku mohon ya Allah..permudahkanlah dengan izin-Mu..aaaminnnn…

LAGU TEMA PROGRAM ‘MINGGU MUSLIMAH UNGGUL’

Puteriku Sayang
Lembut mu tak bererti
kau mudah dijual beli

Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Monday, April 19, 2010

KAMU AKAN HANCUR!!


Hari itu, aku dan roomateku ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan..sampai sahaja di deretan kedai..mataku terpandang adegan yang tidak menyenangkan..seorang pelajar perempuan lengkap beruniform sekolah dengan seorang lelaki berpakaian biasa sedang duduk-duduk di ats motor..kedudukan yang agak rapat kiraanku..
"Astaghfirullahalazim Ya Allah..apa yang harus aku lakukan..”
“Yana kenal ke pelajar tu na??
“Kenal Mi..dua-dua tu pelajar..”

langkahku sudah mula tidak keruan..hatiku memang panas bila melihat adegan-adegan begini..aku masuk ke dalam kedai..mengambil barang2 yang ingin kubeli..sambil hatiku menahan rasa marah..mengawal perasaan..aku tahu..menegur dalam keadaan marah..bukan cara yang terbaik..anak-anak muda sekrang harus ditegur dengan berhikmah..
Selesai membayar..aku keluar dari kedai..sebaik ternampak aku..pasangan yang sedang duduk diatas moto tadi terus beredar ke arah moto yang tidak jauh dari situ dalam keadaan tergesa-gesa..fikirku ia moto pelajar lelaki tersebut..
“Ya Allah..beri kekuatan untuk aku menegur..”
Aku menuju kearah pasangan tersebut..kelihatan pelajar perempuan itu mengeluarkan buku dari beg sekolahnya..
“Assalamuaalaikum..maaf..suami isteri ke??”
“Tak..jawab yang lelaki..”
“Emm…adik-beradik..??”
“Tak cikgu..”
“Dah tu??”
“Sedara..jawab yang perempuan..”
“Hmm..nak balik dah ni cikgu..”

Cepat-cepat pelajar perempuan tu tersebut memulakan langkah untuk berjalan..yang lelaki pula, sudah mula menggerakkan motonya..aku memandang dari jauh..khuatir mereka naik moto berdua..
Sekalipun berpeluang menegur..tapi,hatiku masih tidak tenang..sebagai seorang cikgu..seorang wanita..aku rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan pelajar perempuan tersebut agar tahu menjaga maruah dan harga dirinya..
Aku dan roomateku berjalan pula ke restoren berdekatan..aku ternampak pelajar perempuan tersebut sedang menunggu bas..
“Yana..umi rasa umi nak berbual-bual dengan pelajar perempuan tu..kita tunggu ira kat situ ye??”
Aku dan yana pun pergi ke arah pondok bas tersebut..
Kelihatan pelajar perempuan itu sedang membelek-belek buku..Pelajar itu langsung tidak memandangku dan sahabatku..
“Assalamualaikum..boleh cikgu nak berbual-bual dengan kamu??aku menggerakkan tubuhku ke arah pelajar perempuan tersebut..
Pelajar itu tersenyum tawar..
Kamu tingkatan berapa??
“Tingkatan 5 Beta..”(hmm..budak kelas sains..hatiku terdetik..)
“Tunggu bas ke??
“Haah..”
“Baru habis tuisyen??”
“Hmm..jawab pelajar itu ringkas..
“Tadi siapa tadi??”Pakwe kamu??”
“Sedara cikgu..”
“Sedara macam mane tu??”
“Sepupu saya..”
“Ooo..sepupu..sepupu pun boleh kawin sayang..”
“Boleh kawen ke cikgu??kalau sama belah ayah..”
Yana..sepupu boleh kawen kan??tak kisah sama belah ke..tak sama belah ke??kan??
Aku bertanyakan sahabtku untuk kepastian..
“Haah mi..boleh..”
“Kami dah kawan waktu kecik cikgu..
“Betul..dia bukan pakwe kamu??”
“Betul cikgu..”
“Dah tu?? tadi..kenapa kamu lari bila nampak cikgu??”
“Yelah..cikgu pandang lain macam je..”
“Macam nilah..kita perempuan..ada maruah..ada harga diri..tak kisahlah..dia sepupu kita ke?kawan waktu kecik ke?belah ayah ke?belah mak ke?tapi,,kita tetap kena jaga batas2 antara seorang lelaki dan perempuan..kamu tak rasa ape2 ke waktu kamu duduk rapat2..bersentuh paha dengan paha dengan dia??sepupu tak leh pegang2 tangan tau!takleh duduk rapat2..aurat pun kene jaga..kamu bukan mahram.."..aku berbicara lembut.

Aku tak pasti sama ada pelajar itu berkata jujur atau menipu..cuma yang kuharap..apa yang aku sampaikan bisa menyentuh hati pelajar tersebut..semoga dia bisa memikirkan apa yang kukatakan padanya..
“Takpelah..cikgu nak g makan kat restoren depan tu..jaga diri elok2 ye..jaga maruah..jaga harga diri.."aku mengusap perlahan belakangnya..
Meniliti keadaan sekeliling..menimbulkan kerisauan dihatiku..anak mudi zaman sekarang sudah tiada rasa malu..sudah tidak mengenal dosa dan pahala..sudah tidak mengenal batas2 antara lelaki dan perempuan..

“Kelas..jaga batas-batas antara lelaki dan perempuan!!aku bersuara keras..perempuan dan lelaki tak boleh bertepuk tampar..tak boleh nak gurau lebih-lebih..anak murid cikgu yang perempuan..jagalah maruah dan harga diri kamu..anak murid cikgu yang lelaki..kamu lelaki..pemimpin kaum Hawa..kamulah yang perlu lebih segalanya..dari segi ilmu agamanya..mahupun dalam tindak tanduk kamu..kamu tak tak??kalau dari sekarang kamu tak jaga sume tu..nanti,bile kamu dah habis sekolah..bergaul dengan mcm2 orang..kalau kamu tak pandai jaga maruah diri kamu..kamu takde prinsip..takde pegangan..kamu akan HANCUR..Kamu akan HANCUR..aku sudah hampir menitiskan air mata..berbicara soal ini sememangnya meruntun hatiku..

ISLAM BUKAN MENYEKAT..TAPI...ISLAM MENGATUR..ISLAM MELINDUNG..MELINDUNGI MARUAH KITA..DUHAI KAUM HAWA..HADIRKANLAH RASA MALU DALAM DIRIMU..SESUNGGUHNYA MALU ITU..SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN..FAHAMILAH JUA WAHAI KAUM ADAM..PERLAKUAN YANG BAGAIMANA MENGGAMBARKAN DIRIMU MAKHLUK YANG DIKURNIA 9 AKAL..