Tuesday, July 14, 2009

DUHAI AR-RIJAL..DUHAI AN-NISA'

hari ini ana ingin berkongsi cerita..cerita yang membuatkan darah ana sebagai perempuan menyirap melihatnya..tapi,itulah hakikat yang berlaku..apakah ini fitrah lelaki atau bagaimana??insyaallah,segalanya akan dirungkai disini..semoga ia menjadi pengajaran untuk kita semua..sama ada bagi kaum ADAM.. mahupun kaum HAWA..

Kisah bermula..

tengah hari semalam, ana membeli makanan di restoran berdekatan..alhamdulillah,tidak terlalu ramai org..hanya seketika kemudian,barulah ramai pelajar yang mengerumi di situ..sememangnya Azizan Cafe antra tempat yang menjadi tumpuan pelajar UPSI yang tinggal di KHAR dan KUO..ana sendri selalu membeli makanan di situ..Sedang beratur panjang untuk membayar di kaunter,lalu seorang gadis yang tidak memakai tudung..dgn berbaju t-shirt mengikut tubuh dan berseluar jeans..baru selesai membayar makanan di kaunter..sewaktu gadis itu lalu melepasi satu meja yang diduduki oleh dua lelaki..satu adegan yang tidak enak berlaku..ya!ia berlaku di depan mata ana..menyirap darah ana dibuatnya..dua lelaki tadi memandang gadis tadi tidak berkelip dengan pandangan nakal dari atas ke bawah..dengan tumpuan mata pada yang tidak sepatutnya..dan gelak ketawa sesama mereka..

ya Allah ya Tuhanku..istighfar ana dibuatnya..menyirap darah ana..mahu sahaja ana menegur perbuatan dua lelaki yang tidak bermoral tadi..tetapi,memandangkan tika itu ramai orang..ana sekadar cuba mengawal perasaan marah yang membuak..

berlalu gadis tadi,ana memandang sekilas lelaki2 tersebut sambil menunjukkan reaksi menggeleng2 kepala agar mrk malu dgn perbuatan mrk sebentar tadi..ya Allah ya Tuhanku..geram..geram dengan perbuatan lelaki2 tersebut dan malu..terlalu malu..bila kaum sejenisku diperlakukan begitu..

inilah realiti yang banyak berlaku pada masa kini..andai kita merungkai permasalahan 'siapa yang bersalah'??ana percaya..pasti yang lelaki menyalahkan perempuan..kerana perempuan tidak menutup aurat..sape suruh perempuan pakai seksi..

dan kalau kita bertanya kpd kaum perempuan siapa yang bersalah??pasti perempuan akan menjawab lelaki..”siapa suruh lelaki tengok..tidak menjaga pandangan..tak dapat mengawal nafsu..”
akhirnya..tiada jalan penyelesaian bagi permasalahan yang berlaku..dan berleluasalah masalah-masalah social di negara kita ini..sedang hakikatnya, penyelesaian ada di dalam Al-Quran..jalan itu sudah ditunjukkan oleh Islam..cuma kita sebagai seorang Islam sendiri tidak menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah..

Bilamana kita melihat di dalam Al-Quran, tahukah kita bahawa Allah telah menurunkan ayat supaya lelaki dan perempuan menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan..

Firman Allah di dalam Surah Nur:30 yang bermaksud:

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya mereka menahan sebahagian penglihatan mereka dan menjaga kehormatannya.Yang demikian itu lebih suci untuk mereka..Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat.

Firman Allah di dalam Surah Nur:31


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya) selain dari yang nyata terbuka.Dan hendaklah mereka sampaikan kerudungnya ke leher dan dadanya dan tiada memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya,bapanya,,bapa suaminya,anak-anaknya,anak-anak suaminya,saudara-saudaranya,anak-anak saudaranya,anak-anak saudara perempuan sesama perempuan,hamba sahaya kepunyaannya,laki2 yang menjalankan kewajipannya tetapi tidak ada keinginan (kepada perempuan), dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi. Dan bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung..

Kedua-dua firman Allah di atas menjadi bukti dimana Allah memerintahkan kita supaya menjaga pandangan..dan perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki terlebih dahulu iaitu pada ayat yang ke-30 kemudiannya kpd kaum perempuan..pada ayat ke-31 ..

Tapi,permasalahan disini bukanlah soal perintah kepada siapa terlebih dahulu..tetapi pointnye disini adalah perintah Allah supaya kita semua sama ada lelaki mahupun perempuan sama-sama menjaga pandangan..dan kehormatan..

Perbuatan dua hamba Allah yang tidak bermoral tadi menunjukkan mereka tidak menghormati gadis tersebut..dan perbuatan gadis tersebut yang tidak menutup aurat itu menunjukkan dia tidak menghormati dirinya..

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."
Saudara-saudaraku..

Allah memerintahkan kita kaum wanita supaya menutup aurat..melabuhkan tudung ke leher dan dada..tidak berpakaian jarang atau ketat..bukan untuk kebaikan sape-sape..melainkan untuk kebaikan diri kita sendiri sebagai seorang perempuan atau wanita..agar kita tidak diganggu oleh mereka2 yang berhati jahat..

Lihatlah apa yang berlaku kepada gadis itu..diperhatikan lelaki sedemikian rupa..ditertawakan..dimana letaknya maruah diri kita sebagai seorang perempuan..tidak timbullkah rasa malu saat kamu melihat ke cermin akan dirimu..yang berbaju pendek mengikut tubuh..tidakkah kamu merasa malu..berseluar jeans ketat..sedang mungkin ada mata nakal melihat lenggok punggungmu..

Tidak ingatkah kita apa yang berlaku pada kaum wanita di zaman masyarakat jahiliyyah satu masa dulu??wanita dianggap sial..maruah diri seorang wanita diinjak-injak..wanita hanya menjadi symbol seks..pemuas nafsu lelaki..bayi perempuan ditanam hidup-hidup..itulah maruah diri seorang perempuan satu masa dulu..
Tetapi,kedatangan Islam mengubah segalanya..martabat wanita diangkat..dibela..wanita tidak lagi menjadi symbol seks..tapi,insan mulia yang membantu perjuangan suami..indah..cukup indah..segala peraturan..dan undang2 yang Allah tetapkan telah mengangkat maruah diri seorang wanita..lalu,mengapa kita tidak tahu menghargainya??mengapa kita tidak menuruti perintah Allah??apakah kita mahu kembali menjadi seperti wanita di zaman jahiliyyah??

Saudara-saudaraku,

Allah sudah menjadikan kita sebaik-baik kejadian..maka hormatilah diri kita sendiri..
bagi kaum Adam..hormatilah diri kalian sebagai lelaki..Allah sudah menganugerahkan kelebihan tertentu kepada kalian..kelebihan untuk menjadi seorang pemimpin..kelebihan dalam berfikir..kelebihan dari segi kudrat dan kekuatan..gunakanlah kelebihan yang Allah beri itu kearah kebaikan..untuk memperjuangkan Islam.. untuk memimpin wanita..gunakanlah 9akal kurniaan Allah untukmu dengan sebaiknya..agar akal itu bisa memandu kamu agar tidak menuruti hawa nafsumu tetapi menjadikan dirimu lelaki yang baik..

bagi kaum Hawa..tutuplah aurat..Allah sudah menganugerahkan kecantikan dan kelembutan itu dalam diri seorang perempuan..maka bersyukurlah atas nikmat kurniaan Allah untuk kita..seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah..bersama kita berusaha untuk menjadi seindah2 perhiasan itu..kerana kita yang bakal bergelar pemaisuri dihati suami..kita jugalah ibu bagi anak-anak..andai kita sendiri tidak tahu menjaga maruah dan harga diri...bagimana kita bisa mendidik dan menjadi contoh utk anak2..

Duhai Ar-Rijal..
Duhai An-Nisa’

Andai kamu mahu diri kamu dihormati..maka kamu terlebih dahulu perlu tahu untuk menghormati dirimu..
Bersama-samalah kita membentuk diri menjadi insane yang lebih baik..menjadi muslim yang sejati..insyaallah..

Thursday, July 9, 2009

PPSMI OOO..PPSMI..


Membaca berita harian secara online hari ini membuatkan ana mengucap syukur dan tersenyum sendirian..ana percaya pasti ada dikalangan pembaca yang juga bersetuju dengan ana..berita yang menarik perhatian, smestinya tentang pemansuhan PPSMI yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin..alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..
Melihat isu PPSMI yang begitu mendapat prihatian masyarakat umum dan keberanian rakyat untuk tampil ke depan mempertahankan bahasa ibunda, membuktikan semangat yang ada dalam diri rakyat Malaysia sendiri yang hakikatnya tidak pernah lekang dek panas..tak lapuk dek hujan..mungkin istilah ini sesuai untuk kita menggambarkan kecintaan pencinta-pencinta bahasa yang terus-menerus memperjuangkan bahasa Melayu dari dulu sehingga kini..Ana kagum dengan keberanian sasterawan Negara terulung Negara kita iaitu Dato’ A.Samad Said kerana tidak gentar untuk mempertahankan bahasa Melayu..ya!sememangnya keberanian ini seharusnya wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia..
Jika kita menyingkap kembali Sejarah negara, kita seharusnya berasa bangga dengan Bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita kerana pernah menjadi Lingua Franca yang menjadi bahasa perantaraan masyarakat semua negara pada satu masa dulu iaitu di Melaka yang menjadi laluan utama para pedagang dari China, Arab dan India ..maka wajarlah untuk kita bangkit mempertahankan bahasa ibunda kita ini hingga ke akhir hayat..
Ana berminat untuk berkongsi pengalaman diwaktu cuti semester yang lalu..persediaan untuk tesis akhir membuatkan ana perlu ke sekolah untuk mengajar. Ana memilih untuk menjalankan kajian di sekolah rendah dengan mengajar murid Tahun 5 dalam mata pelajaran Sains. Andai diikutkan, ana perlu mengajar mereka di dalam Bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan PPSMI di Negara kita..dan bagi memenuhi tuntutan kajian ana sendiri untuk memperkenalkan metod pengajaran untuk membantu pelajar memahami konsep Sains dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

Namun begitu, sangat mengecewakan apabila di awal pembelajaran lagi pelajar sudah tercengang-cengang bila ana mula menutur bahasa inggeris..Tambah berat bila ana menanyakan beberapa soalan berkenaan konsep topic yang diajar tetapi murid seakan tidak pernah mendengar apa yang ana sampaikan sekalipun hakikatnya mereka sudah pun belajar topic tersebut sebelum ini..Melihat keadaan ini, pasti sekali membuat kita berfikir dimana berkesannya PPSMI jika ini yang berlaku?? PPSMI bukan membantu pelajar memhami konsep Sains dengan lebih mudah sebaliknya semakin bingung murid atau pelajar dibuatnya..

Sewaktu meneman sahabat baik ana ke salah sebuah sekolah menengah di daerah Rompin, Pahang..sempat ana berbual dengan adik2 tingkatan 4 di sekolah tersebut bertanyakan pandangan mereka tentang pembelajaran Sains dan Matematik secara Bahasa Inggeris.. Ternyata, majority pelajar sememangnya bersetuju andai pembelajaran Sains dan Matematik ditukar semula kepada Bahasa Melayu..mendengar keluhan pelajar2 ini menimbulkan rasa simpati di hati ana.."susah kak..belajar dalam Bahasa Inggeris..tak faham.."Itulah antara keluhan pelajar yang menusuk hati bila kita mendengar..ana sendiri sebagai seorang kakak..terasa sedih bila mendengar keluhan adik ana yang belajar di sekolah arab al-khairiyah al-islamiyyah,mersing..adik ana yang ini sememangnya lemah dlm Bahasa Inggeris..Pelaksanaan PPSMI membuatkan dia semakin bingung dengan apa yang diajar oleh guru..bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi juga Matematik dan Sains..
ya!Pelaksanaan PPSMI mungkin tidak menjadi masalah bagi sekolah2 bandar yang sedia maklum sememangnya petah berbahasa Inggeris..tetapi,bagaimana pula dengan pelajar-pelajar di luar bandar??inilah antara kelemahan PPSMI yang telah melebarkan jurang antara pelajar dua dataran yang berbeza ini..
Satu lagi peristiwa yang berlaku sewaktu ana menenami sahabat ana ke sekolah kami yang lama untuk membuat kajian bagi subjek KIMIA..apa yang menakutkan bila mana pelajar kenal apa itu 'petala' tetapi tidak kenal apa itu 'shell'..masyaallah..mengucap panjang ana dibuatnya..kes ini berlaku berikutan guru mereka yang menggunakan fully bahasa melayu sewaktu mengajar..inilah realiti yang berlaku kesan daripada pelaksanaan PPSMI kerana hakikatnya.. tidak semua rakyat Malaysia sama ada dari kalangan pelajar mahupun pengajar sendiri benar-benar bersedia untuk menerima pelaksanaan PPSMI di negara kita..

Sebagai seorang bakal guru Sains..sejujurnya, ana mengaku pembelajran Sains lebih wajar untuk dilaksanakan di dalam Bahasa Inggeris memandangkan kebanyakkan buru-buku rujukan yang diguna diperingkat university juga adalah dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan buku-buku rujukan ini adalah dari Negara-negara barat..Walau bagaimanapun,tak salah rasanya kalau diterbitkan buru rujukan khas di dalam Bahasa Melayu..Mengapa tidak kita iikuti langkah Negara Jepun yang terus maju sekalipun mereka tidak pandai Berbahasa Inggeris?? Inilah yang seharusnya disedari oleh kita semua dari dulu lagi..

Apapun, insyaallah..bersama-samalah kita berdoa demi kesejahteraan Negara kita..apa yang diharapkan,usaha kerajaan ini bisa meredakan hati-hati yang panas sebelum ini..semoga ia menjadi pengajaran untuk pihak2 tertentu supaya berfikir sedalam-dalamnya sebelum melaksanakan sesuatu..tak salah untuk kita belajar belajar Inggeris krn Bahasa Inggeris adalah bahasa perantraan dunia..dan sebagai manusia terutamanya seorang Islam kita sememangnya digalakkan untuk menguasai pelbagai bahasa..tetapi,janganlah terlalu mengagung2kannya sehingga bahasa ibunda sendiri disia-siakan..
p/s: penguasaan dalam bahasa Inggeris wajar ditingkatkan..
subjek Sains dan Matematik wajib ditukar kembali kepada Bahasa Melayu..
wa'allahualam..

Monday, June 29, 2009

HIKAYAT SANG POHON CANTIK



Nun, di sebuah hutan belantara tumbuhlah sebatang pohon yang memiliki keunikan tersendiri dibanding jutaan pohon lainnya. Ia memiliki batang yang sangat lurus, akarnya yang kokoh, serta aroma yang harum, semerbak, memenuhi seluruh isi hutan.Sehingga tak heran, banyak sekali para pencari kayu bakar yang merasa tertarik karenanya. Bahkan tak sedikit yang beritikad baik untuk turut memelihara keberadaannya nya. Dengan senang hati mereka membiarkan pohon tersebut tetap tumbuh. Tak jarang pula mereka menyempatkan diri untuk menyiraminya dengan air yang di dapat dari lubuk bening di pinggiran hutan. Semua itu mereka lakukan dengan penuh harap, suatu saat kelak, di alam yang mulai penuh dengan kerusakan ini,
Sang Pohon Cantik akan tumbuh dengan sejuta pesona. Memberikan warna perubahan bagi siapa saja, untuk lebih mencintai lingkungan mereka dan berhenti membuat kerosakan.

Sementara bagi para penebang liar, keberadaan pohon cantik itu sangatlah mengganggu. Mereka sadar, apabila pohon tersebut tumbuh dengan baik, maka akan banyak perhatian yang tertuju kepada hutan itu. Perhatian yang tentu saja membuat langkah mereka semakin sulit dalam membuat kerosakan hutan. Para penebang liar itu berikrar, mereka akan memindahkan pohon cantik itu ke halaman rumah-rumah mereka. Tetapi kalau tujuan itu tidak tercapai, maka mematikannya adalah cara terbaik yang harus mereka tempuh.
Beruntung, pohon cantik tersebut mendapat penjagaan yang sangat ketat dari para pencari kayu bakar yang baik hati. Mereka secara bergiliran mengiring jalannya pertumbuhan Sang Pohon dengan sangat waspada. Terlebih, pohon tersebut rupanya memiliki akar yang dapat merambat dengan cepat. Sehingga sari-sari makanan yang ada dalam tanah dapat diserap dengan baik. Demikian juga dengan air yang ada, dapat dimaksimalkan oleh Sang Pohon untuk menopang kehidupannya.

Singkat cerita, pohon tersebut telah tumbuh besar, daunnya yang rimbun menghijau membuat mata tak lelah untuk memandang, dari dahan-dahannya semerbak harum yang menyaput seantero hutan, dan satu lagi, pohon cantik tersebut memiliki buah yang sangat manis. Selain dapat menghilangkan dahaga, juga dapat mengenyangkan bagi para penikmatnya. Terasalah berkah Sang Pencipta bagi para pencari kayu bakar, meskipun para penebang liar masih saja mencari celah untuk selalu meruntuhkan keberadaannya.

Namun, demikianlah kudrat keberadaan setiap makhluk yang hidup dan tumbuh di atas muka bumi ini, tak satupun yang abadi! Tak terkecuali dengan keadaan pohon cantik yang disanjung para pencari kayu bakar dan seluruh penghuni hutan. Pada suatu sore, ketika langit mulai gelap, anginpun kencang berhembus. Pucuk pohon cantik bergoyang dengan hebatnya. Ia sekuat tenaga mengimbangi keadaan yang setiap saat bisa mematahkannya.Sang Pucuk terus bergerak, awalnya hanya berniat untuk mempertahankan diri dari keadaan alam yang ia hadapi. Tetapi kelamaan ia sadar, bahwa sebenarnya ia dapat mengatasi sepenuhnya serangan angin tersebut. Ia yakin benar telah ditopang akar yang kuat, dan dahan-dahan yang kokoh, serta dedaunan yang dapat menahan laju angin dengan sempurna.Karena keyakinannya itulah tiba-tiba ia membuat sebuah gerakan yang tidak disangka-sangka oleh Sang Akar yang sekuat tenaga mencengkram tanah. Sang Pucuk menari, bukan hanya mengikuti arah angin, namun terkadang ia membuat gerakan yang membingungkan Sang Akar dalam mempertahankan keseimbangannya.
Dan, Sang Akarpun mengeluarkan protesnya;"Hai, pucuk. Berhentilah menari! Aku bingung melihatmu!""Kenapa mesti bingung, Akar? Aku tahu benar situasi yang ada. Ikut sajalah!""Mana bisa aku ikut, kalau kamu susah diikuti""Percayalah, akar. Aku diatas mampu melihat semuanya. Bukan hanya batang, daun, dan kau akarku sendiri. Tetapi jarak puluhan kilo di sekeliling kitapun bisa aku lihat""Hai, apa salahnya aku mengingatkanmu, pucuk?""Kau salah akar, harusnya kau ikut saja apa kataku. Karena posisimu di bawah, dan kau tidak tahu apa-apa tentang dunia ini!""Aha…angkuh nian kau, pucuk! Kalaulah tak ada aku, mana mungkin kau bisa berada di atas sana!""Sudahlah, kenapa kalian malah bertengkar, hah?!" Sang Daun menengahi suasana yang semakin memanas."Karena dia mulai bertingkah, daun!" akar mengarahkan serabutnya kepada Sang Pucuk."Apa urusanmu, akar?! Ikuti sajalah kataku, dan kau akan selamat""Apa kalian lupa, hah? Kalian itu saling membutuhkan! Tak akan ada kehidupan kalau tidak aku, kau, dan si akar itu. Sadarlah, kawan!" Sang Daun kembali berkata-kata dengan perasaan yang gundah.
Perdebatan demi perdebatan terus bergilir di antara keduanya. Sang Pucuk tak merasa harus mengalah sedikitpun terhadap Sang Akar. Ia merasa bahwa dialah segalanya. Ia merasa ditakdirkan Tuhan untuk berada di atas dengan segala penglihatannya yang luas akan dunia ini. Ia merasa Tuhan telah memberikan kewenangan mutlak kepadanya untuk berbuat sesuka hati. Sementara, Sang Akar merasa kecewa, Sang Pucuk telah mengambil langkah yang keliru dalam melaksanakan upaya menjaga kelangsungan hidup seluruh bagian pohon tersebut. Dan, Sang Daun yang berusaha menengahi perdebatan itupun tak kuasa meredam keduanya, meski ia tak pernah merasa lelah untuk mendamaikan perseteruan dua saudara satu tubuh itu.Waktu yang digariskan mungkin saja telah tiba, karena perdebatan yang berlarut itu, Sang Akar bermalas-malasan untuk menyerap air dan zat-zat yang dibutuhkannya. Demikian juga Sang Daun, karena kelelahan melerai kedua saudaranya, ia lupa untuk mengolah makanan meski matahari terus bersinar sepanjang hari. Dan, Sang Pucuk rupanya semakin terlena. Ia tidak menyadari dua saudara dibawahnya sudah mengalami gangguan. Ia tetap berlenggok mengikuti arah angin dengan irama yang sekenanya.Hingga tibalah saat dimana angin justru berhembus dengan sangat perlahan. Sang Pucuk terlena karena desirnya, ia merasakan kantuk disela-sela gerakannya yang tak beraturan, dan iapun mulai terpejam. Terlelap dalam tidur yang tidak disadarinya datang menyerang. Tubuhnya terkulai. Sang Daun yang lapar tak kuasa menahan tubuh Sang Pucuk yang datang tiba-tiba. Ia ikut terjatuh. Sementara di bawah, Sang Akar yang bermalas-malasan tak lagi memiliki cengkraman yang kuat terhadap tanah di sekelilingnya. Sang Akar tak kuasa menahan tubuh kedua saudaranya yang terjatuh lebih dulu. Ia tercabut, bercerai-berai mengakhiri kisah pohon cantik yang menyisakan cerita menyedihkan.Para pencari kayu bakar yang baik hati bermuram durja, sementara para penebang liar bergelak tawa..

Berakhirlah kisah hidup si pohon yang cantik..

Bisakah kalian memahami kisah diatas??riwayat hidup sebatang pohon yang cantik yang akhirnya gugur kebumi dalam keadaan dirinya yang tercabut dan bercerai-berai..matinya ia bukan kerana angin yang kencang..bukan jua kerana perbuatan si penebang liar tetapi..bilamana juzuk juzuk yang membentuk dirinya saling bermusuhan..maka ia mati dengan sangat menyedihkan..

Al-kisah diatas bukan hanya sekadar cerita sebatang pohon tapi ia diibaratkan dengan kehidupan kita sendiri sebagai manusia..bilamana ramainya manusia hari ini yang saling bermusuhan antara satu sama lain..

Ibaratkan pohon yang cantik ini sebagai diri kita sendiri sebagai pejuang-pejuang agama..bilamana kita bersatu..maka akan gemilanglah Islam dimata dunia..tetapi,andai kita saling bermusuh..bagaimanakah martabat Islam bisa dijulang??jangan sesekali biarkan diri kita sendiri menjadi penyebab untuk jatuhnya Islam..kerana dengan permusuhan antara kita maka untunglah mereka –mereka yang ingin mengambil kesempatan disebalik permusuhan itu..

fikir-fikirkan..renung-renungkan..

Thursday, May 7, 2009

RINDUNYA ZAMAN ITU..


“Abang..cuba tengok angah..ada tak kat bawah katil??”

ibuku mengarahkan adik lelakiku mencariku..

dari bawah katil..aku sudah mendengar jeritan ibu..aku yang sememangnya berada di bawah katil cepat2 menutup tubuhku yang kecil dgn bantal yang memang sengaja aku bawak sekali di bawah katil..

tak lama kemudian,adik lelakiku yang sulung menjerit..

“takde mak..ada bantal je..”
”aku tersengih sendirian..yeye..abang tak nampak angah..hihi”

”ada..dia nyorok antara bantal2 tu..”

”Ya Allah...angah...kenapa duduk bawah katil tu..
kan sejuk..” terkejut aku dibuatnya..bile plak lah mak aku mengintai aku dibawah katil..huhu..

Peristiwa yang berlaku sewaktu aku darjah 5..tabiatku diwaktu kecil..aku sangat suka menyorok dibawah katil..disitu tempat aku menangis..sampai tertidur-tidur..disitu juga tempat aku melepas rajukku..

Zaman kanak-kanak..zaman sek rendah.. cukup indah bagiku..aku pasti..kalian juga pasti punya zamaan kanak-kanak yang indah..mkn ada yang menyorok dipintu atau di bawah meja bila merajuk..ada yang suka main anak patung..main kawin-kawinlah..ehe..kenangan zaman kecil bile dikenang..kadang2..buat kita tersenyum sendirian..tambahan..bila ibu menceritakan gelagat kita waktu kecil..tersengih-sengih malu dibuatnya..

ya!masa itu sudah berlalu..sudah terlalu jauh..tapi,tidak terlalu jauh utk dilupakan kenangan yang terpahat..

Kadang-kadang..hatiku terusik..bilamana melihat anak-anak kecil berlari-larian..melihat sikecil yang baru belajar bertatih..tambah terusik tika mendengar ada dikalangan mrk yang terlalu petah berkata..sekalipun sesekali tidak berbutir apa yang mrk tuturkan krn masih pelat..dan masih belajar bercakap..

Satu petang..aku berjalan-jalan di kolej berdekatan..aku terpandang seorang ayah yang sedang melihat anaknya yang sedang belajar bertatih..sesekali si kecil itu terjatuh dan cepat2 si ayah mengangkatnya..manakala beberapa kanak-kanak lelaki yang lain bermain bola disitu.fikirku..kanak-kanak lelaki lingkungan umur 3-11tahun itu anaknya juga...

aku terus berhenti..geram aku melihat si kecil itu..lalu aku pergi pada si ayah dan di sikecil..

Berapa bulan ni pakcik??
11bulan..
Ooo..11 bulan..
Baru pandai jalan yek!
Haah!
Ni sume anak pak cik??
Haah!5orang semuanya..Yang besar tu yang sulung..
Aku memandang seorang budak lelaki sedang menyepak bola..fikirku mungkin umurnya dlm 10-11 tahun..

Sebenarnya..si ayah bukanlah terlalu tua..mungkin lingkungan umur akhir 30-an atau awal 40-an krn aku pernah berbual dgn isterinya..isterinya berumur 35tahun..mrk berdua pekerja di kafe..tapi,sengaja aku memanggilnya pakcik..itu lebih sesuai bagiku..

Bola yang disepak si abang terlepas dari sasaran..ia masuk ke dlm longkang..berlari-lari si kecil yang baru pandai berjalan.. mengejar bola yang dimain abang2nya..tiba-tiba datang pula abangnya yang berumur lingkungan 3tahun kiraanku..mengambil bola di dlm longkang..si kecil menangis..sambil menghulur tangan..

”Ilham..bagi adik bola..”kata si ayah..

Aku turut memujuk si abang supaya memberi bola pada adik..awalnya..si abang berat..tapi, akhirnya si abang menurut.

Eh!mana pula si ilham ni..aku mencari si abang..

rupa-rupanya dia sedang duduk di dlm longkang..aku pun tak pasti apa yang dilihatnya..

”Ilham..mari sini..kotor tu..panggil aku sambil memerhatinya yang masih tekun duduk di dalm longkang..

Si abang memandang aku..kemudian dia keluar dari longkang..ditariknya tangan aku..dibawanya aku dekat dgn longkang yang tidak berair itu..

”ulat...katanya dgn nada pelat..

Aku melihat ke dalam longkang..
oooo...ulat..patutlah asyik je dia di longkang tadi fikirku..
”tak nak main ulat ye..takut kan..nanti die gigit..”kata aku kpdnya..

Tiba-tiba aku melihat dia mengambil pasir pada pasu bunga dgn tangan..dan dia menimbus ulat itu dgn pasir...

Subhanaallah..cerdik sungguh dia..

Si abang mahu mengambli pasir lagi..tetapi,aku mencegah..

”tak nak..tak nak...kotor tangan..tak nak main dah..dah mati dah ulat..”
kata aku..

kemudian si abang terus berlari menyambung bermain bola dgn si abang..

Aku melihat mereka bermain bola..si ayah turut menyepak bola..sambil mendukung si kecil..

Tiba-tiba si ayah menyapaku..

” Berapa orang dah anak??”

Aku tersenyum..

Ke tak kawin lagi..katanya lagi..
Ye..saya tak kawin lagi..

Sem brape??
Sem 6..kataku..

Dah habis exam??
Belum..baru 3paper..waktu itu aku hanya baru selesai 3 paper..

Orang mane ni??kata si ayah lagi..
Saya orang pahang..

Ooo..orang pahang..Pahang kat mane??
Kat Rompin..

Oooo.kat rompin..
Pak cik dah pernah sampai ke??
Eh!belum..

Ni..Dah ade ke??
Ade.. ade ape??Aku diam..
Mesti dah ada..insyaallah..tak lama lah tu..
Pertanyaan ditinggal tanpa jawapan..
Tak lama kemudian..datang kawn si ayah..melihat si ayah yang berbual dgn kawannya..aku berlalu pergi..ingin memohon izin untuk berundur..tapi,melihat si ayah dan kwn sdg berckp..aku terus pulang ke rumah..

Di dalam perjalanan..aku berfikir..

Ya Allah..dah gaya isteri orang ke aku ni??agak2 isteri anak berapa yek!!aku tersenyum..t’ingat kembali persoalan si ayah yang bertanya berapa orang anakku..

Sebenrnya aku tak kisah dikatakan gaya istero org..dikatakan gaya makcik pun aku tak kisah..lagipun..aku sudah punya anak sedara..bagiku..biarlah aku kelihatan seperti seorang yang sudah dewasa..sekalipun aku bertubuh kecil..bila kadang2 orang kate..tak suke bila sambut hari lahir..sbb dah makin tua..aku tak tahu kenapa..tapi,persepsiku mkn agak berlainan..aku suka bilamana usiaku makin bertambah..semakin bertambah usia menandakan semakin banyak cabaran..semakin banyak yang perlu diketahui..selain aku berharap..agar ia menjadikan aku seorang wanita yang tahu tanggungjwb..sama ada tanggungjawab aku sbgi hamba..seorang Islam..mahupun sesama manusia..

apapun..aku tahu..si ayah fikir aku sudah berkawin..mungkin krn dia melihat aku tidak kekok melayan anak-anaknya..atau mungkin krn penampilan aku hari tu..kelihatan spt orang yang dah berkawin..

Subhanaallah..aku sudah lari topik..apa yang ingin kukongsikan bukanlah perihal diriku..tapi,tentang zaman kanak-kanak..melihat anak-anak ini..mengingat kembali zaman kecilku..dan aku rindukan zaman itu..

K,lah samapai sini dulu..entah apa yang kuceritakan..malu pula rasanya.. huhu..

Sebelum aku pergi..aku ingin ucapkan selamat bercuti untuk kalian..jumpa lagi sem depan..jika kalian rindukan sahabat kalian ini..bacalah blogku..mungkin ia bisa mengubat rindu..semoga Allah sentiasa melindungi kalian..satu pesanan dariku..ingatlah Allah setiap saat..peringatan ini untuk aku sendiri..

Sekian dariku..
Wassalam..

Seorang Insan Bernama Isteri


Menjadi seorang isteri, dambaan hati setiap wanita..siapa yang tidak mahu membina sebuah keluarga?punya suami sebagai teman setia..mahupun anak2 sebagai penyeri dan penghibur hati..seorang isteri itu bukan hanya seorang isteri untuk suami..tapi dia juga mungkin ibu bagi anak-anak..menjadi tempat untuk anak-anak menggantung kasih..boleh jadi seorang anak buat kedua ibu bapa yang melahirkan..boleh jadi seorang kakak..adik..atau mungkin seorang guru..doktor..kerani..jururawat mahupun suri rumah sepenuh masa..tapi,seorang isteri itu punya tanggungjawab yang besar terhadap suaminya..masakan tidak..syurga isteri itu letaknya dibawah tapak kaki suami..itulah insan bernama isteri..sayap kiri suami..

tapi..bagaimana caranya untuk menjadi seorang isteri yang diredhoi Allah??

bila mengingat kembali peristiwa Isra' dan Mikraj..tidakkah hati wanita terusik??tika mengingat kembali peristiwa dimana Rasullallah SAW sendiri mendapat gambaran betapa ramainya wanita di dalam neraka??Persoallanya..kenapa ramai wanita masuk neraka??bukankah wanita itu sebenarnya mudah untuk masuk ke syurga?ia hanya perlu taat pada Allah dan Rasul..dan taat pada suaminya??

Inilah dia puncanya duhai sahabatku..

antara penyebab ramai wanita masuk ke neraka ialah krn ia derhaka pada suaminya??menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur??

Satu kisah ingin kukongsikan..kisah ini diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi..

pada satu hari, Siti Fatimah dalam keadaan tergesa-gesa telah mendapatkan ayahnya lalu berkata..ya Rasulallah!!semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengajakan terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya dan aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah..Aku sungguh menyesal krm keterlanjuranku itu lalu aku segera meminta maaf kepadanya dengan mengelilinginya sebanyak 72kali sambil merayu agar dia memafkan aku..

Akhirnya, Ali mahu juga memafkan aku dengan tertawa tetapi aku tetap takut kepada Allah..Mendengar pengakuan anaknya itu Rasulallah SAW pun bersabda, anakku Fatimah!Demi Allah yang telah mengutusku, seandainya kamu mati sebelum Ali sempat memafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan kamu. Tidakkah kamu tahu kemarahan suami itu seiring dengan kemurkaan Allah!!

Wahai anakku!amal yang paling utama bagi seorang isteri ialah taat dan patuh pada suaminya dan sesudah itu tidak ada amal yang paling utama selain bermesra dengan suaminya.Duduk bersama suami itu lebih baik dari beribadah satu tahun.Wahai Fatimah!! Sesungguhnya seorang perempuan yang bermesra dengan suaminya dan memakaikan pakaian untuk suaminya dan menjga anaknya dengan baik sudah semsti syurga untuknya. Allah akan memberi padanya sebuah gedung yang beraneka kenikmatan di dalamnya..

Sahabat2ku,

Tidakkah kalian terusik dengan cerita di atas??Penyesalan Fatimah krn tanpa sengaja menyinggung hati suaminya..72kali dia mengelilingi suaminya untuk memohon maaf sehingga akhirnya Ali memafkannya sambil ketawa..sekalipun begitu..ia masih terasa takut kpd Allah..

Bilamana kita melihat ke dada-dada akhbar mahupun majalah-majalah..cerita yang banyak terpapar hari ini ialah alkisah isteri lari mengikut lelaki lain..alkisah isteri ditangkap berzina..alkisah si isteri mengherdik suami..dan pernah ana terbaca..alkisah si isteri yang menyuruh suaminya sujud ke kakinya..ya Allah, sampai begitu sekali..bisik hati ana waktu itu..tapi,itulah realiti isteri hari ini..isteri hanya pada nama..tidak benar2 memahami apa yang dikatakan dengan 'seorang insan bernama isteri'

Untuk menjadi seorang isteri cukup mudah..kita hanya perlu bernikah dgn seorang lelaki..maka bergelarlah kita seorang isteri untuknya..

tapi..untuk menjadi seorang isteri yang diredhoi Allah..itulah yang sukar..dan perlu benar2 difahami oleh setiap isteri..

Insyaallah, satu hari nanti..mungkin kita juga bakal bergelar seorang isteri..latihlah diri dari awal lagi..persiapkan diri untuk menjadi isteri yang sebenar2 isteri.. dan isteri yang diredhoi Allah..

Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku esok..kita takkan pernah tahu apa yang berlaku nanti..andai kita rasa hari ini aku bisa menjadi isteri yang baik untuk suamiku..tapi..kita takkan pernah tahu..mungkin kita akan berubah..mungkin, Allah membolak-balikkan hati kita..krn itu kita perlu sentiasa dekat dengan Allah..berdoa padanya agar ditetapkan hati..dan menjadi seorang yang sabar dlm menempuh setiap ujian..biarlah kita susuri perjalanan hidup kita di dunia ini dengan meletakkan Allah yang teratas dlm setiap apa yang kita lakukan..insyaallah..Allah akan melindungi kita..

ya Allah ya Tuhan kami..bilamana kami menjadi seorang isteri maka jadikanlah kami isteri-isteri yang diredhoiMu..jadikan kami isteri yang sabar..isteri yang taat pada suami..isteri yang ikhlas menjalankan kewajipan seorang isteri keranaMu..juga isteri yang mendamai hati suami..tetapkan hati kami ya Allah..agar hati kami tidak berpaling padMu..

apa yang kutulis..kuharap ia dapat menjadi pengajaran untukku sendiri..krn aku juga bakal bergelar isteri..

semoga ganjaran syurga untuk kita..