Wednesday, February 11, 2009

MENGAWAL DAN MENGENDALIKAN NAFSU


Assalamualaikum buat saudara-saudaraku..Alhamdulillah, ana menemui kembali kitab Tasawwuf ana..Insyaallah,sedikit perkongsian untuk kalian bagi ana mengupas dan membicarakan dgn lebih terperinci soal nafsu..dari apa yang pernah ana belajar dulu..

Sebelum ana bergerakjauh ayuh kita sama-sama menghayati ayat Allah ini..

Firman Allah di dalam Surah Az-Zumar: 42 yang bermaksud:

Allah yang mengambil satu-satu jiwa dari badannya ketika wafat dan dalam masa tidurnya(sebelum wafat), kemudian ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain(kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.Sesungguhnyanya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir(untuk memahaminya)

Di dalam Firman Allah di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah memegang jiwa manusia yang sudah wafat dan yang sedang tidur nyeyak..Tetapi, nyawa orang yang wafat itu dipegang terus oleh Allah sedang nyawa yang sedang tidur itu dikembalikan-NYA kepada tubuhnya dan akhirnya kita bangun kembali..Andai kita memperhatikan rahsia tidur dan mimpi nescaya kita akan mengeahui rahsia kehidupan dan kematian dan bahawa kematian itu bukan bererti lenyap atau habis melainkan sekadar perpisahan antara jasad(jasmani) dan roh(jiwa atau rohani)

Kita beralih kpd topik sebenar yang ingin ana terangkan iaini soal nafsu..

APA ITU NAFSU???

Nafsu berasal dari perkataan nafas yang bererti jiwa atau roh atau diri yang tidak zahir pada manusia.Ia menjadi sumber hayat yang dapat menggerakkan seluruh bahagian dalam diri manusia sama ada anggota yang nyata atau tidak terutamanya jantung sebagai sistem utama bagi seluruh sistem hidup diri manusia. Jantung yang elok dapat berfungsi dengan baik dan membolehkan sistem pernafasan berlaku dalam keadaan normal. Nafs yang bergerak secara dinamik dan berterusan tanpa henti memberi daya kepada manusia untuk hidup dan bekerja melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya..

Selama manusia dapat bernafas maka selama itulah manusia mempunyai nafsu yang bererti keinginan, kemahuan dan keghairahan terhadap sesuatu sama ada yang baik atau yang tidak baik. Selama manusia mempunyai nafsu, maka jiwa atau roh manusia masih ada dan manusia masih hidup..

SIFAT-SIFAT NAFSU

Nafsu atau jiwa manusia itu Cuma ada satu sahaja tetapi ia boleh berubah kepada sekurang-kurangnnya tiga tahap dengan tiga kualiti atau nilai. Namun, ada dikalangan ahli tasawwuf yang membahagikannya kepada empat tingkat iaini nafsu ammarah, lawwamah,musauwillah dan nafsu muthmainnah dan ada pula yang membahgikannya kepda tujuh tingkat iaini nafsu ammarah,lawwamah,muthmainnah,radhioh,mardhioh dan kamaliyyah..

Apapun, untuk kali ini ana akan terangkan tiga sahaja sifat2 nafas atau tingkatnya iaini

  1. Nafsu amarah atau jiwa yang mendorong ke arah keburukan
  2. Nafsu Lawwamah iaitu jiwa suka mencela diri sendiri
  3. Nafsu muthmainnah iaitu jiwa yang tenang..

NAFSU AMARAH

Firman Allah di dalam Surah Yusuf : 53

Erti: sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang2 yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku(maka terseamatlah ia dari hasutan hawa nafsu itu)

Nafsu amarah adalah jiwa yang tertarik kepada perkara-perkara yang buruk, kerja atau amalan yang sia-sia, perkara-perkara yang melekakan dan melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.Nafsu ini menguasai emosi atau perasaan manusia supaya melakukan perkara-perkara tersebut dan mendapat kepuasan daripadanya tanpa memberi ruang kepada akal untuk menilai akibat buruknya..

Nafsu amarah ini merupakan nafsu yang paling rendah tahapya sebagai satu faktor dalaaman yang menjadi perosak kehidupan dan kemajuan hidup manusia.Orang yang dikuasai oleh nafsu ini dan mempunyai akhlak yang rendah dan jiwa yang parah serta menjadi punca gejala sosial dan kemunduran serta keruntuhan dalam masyarakat dan tamadun ummat.

NAFSU LAWWAMAH

Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah: 1-2

Aku bersumpah dengan hari Qiamat dan Aku bersumpah dengan ” nafsu lawwamah”(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati!!

Nafsu Lawwamah ialah jiwa yang selalu menilai diri sendiri seperti (muhasabah) dengan manilai keinginan, perlakuan, cara hidup, pengalaman baik dan buruks serta matlamat hidupnya. Ia akan melihat ke dalam diri dan membuat penilitian dan penilaian sehingga ketahap sedar, insaf dan kesal terhadap diri sendiri dan membuat langkah2 memperbaiki diri, kemudian berasaa tenang dengan adanya kebaikan dan gelisah menghadai keburukan.

Nafsu Lawwamaah ini juga berusaha mengawal emosi dan memberi ruang kepada akaal untuk membuat penilitian, pertimbangan, penilaian dan pembetulan. Ia juga membuka pintu hati budi yang Luhur( Dhomir) untuk merasai nilai kebenaran dan kebaikan haqiqi dalam perjalanan hidup manudia yang penuh cabaran dan ujian(ibtila’)

Nafsu Muthmainnah ialah jiwa yang tenang dan berjaya menundukkan hawa nafsu dan bebas daripada pengaruhnya. Ia dapat mengawal nafsu syahwat dan berjaya mengatasai kekurangan dan kerendahan diri yang selali mengganggu kehidupan manusia yang menjadikannya tidak tenteram sebaliknya ia mendorong manusia berpegang kepada kebenaran(hak) dan perkara yang hak, baik, indah dan berguna berpandukan syariat Islam untuk mencapai kesempurnaan dan keredhoan Allah Taala.

Orang yang sampai ke tahap nafsu Muthmainnah mempunyai nilai diir yang luhur dan unggul, cemerlang dan terbilang di sisi Allah Taala.Ia bersifat zuhud terhadap kebendaan dan keduniaan.Ertinya bahaw aia tidak terpedaya terhadap kedua-duanya dan tidak diperhambakan oleh kebendaan dan keduniaan.Ia lebih mengahraapkan kurniaan Allah dgn sifat pemurah dan suka bersedekah.Ia menggunakan kekayaan harta benda untuk berjihad atau berjuang menyampaikan yang hak ,menegakkan yang hak dan menentang kebatilan.Mereka mendapat bintang kehormatan sebagai Ar-Rasyiddin (orang yang mengikuti jalan yang benar).

Firman Allah dalam Surah Al-Fajr : 27-30

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dgn engkau berpuas hati(dgn nikmat yang diberi) lagi diredhoi!Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga.

Panduan Membentuk Jiwa Yang Luhur

Jiwa manusia bukan hanya berada pada suatu tahap sahaja krn jiwa manusia itu boleh ditingkatkan ke tahap yang tinggi iaitu nafsu muthmainnah dan boleh juga jatuh ke tahap yang rendah iaitu nafsu amarah. Inilah keistimewan jiwa manusia yang dinamik dan boleh berubah-ubah.Maka untuk meningkatkan kualiti jiwa beberapa perkara hendaklaj diberi perhatian.

Perkara yang menjadi asas peningkatan kualiti jiwa manusia ialah iman,ilmu dan amal.Iman menjadi teras bagi pembentukan jiwa yang luhur dan cemerlang dan dikukuhkan pula dgn ilmu serta disuburkan dgn amal.Jiwa manusia akan menjadi rosak dan hancur apabila tiada iman,jahil dan membuat maksiat.

Terdapat bebrapa proses yang perlu dilalui dalam membina jiwa yang luhur iaitu:

1.Ta’lim iaitu pengajaran dan pembelajaran melalui guru yang mursyid.

2.Tarbiyah iaitu pendidikan dan latihan melalui riyaadhoh terutamanaya zikir.

3.Ta’dib iaitu pembentukan nilai diri yang luhur melalui jihadunnafs

4. Tahzib iaitu peningkatan dan pengukuhan nilai diri melalui tazkiyatunnafs (meluhurkan jiwa) wa tosfiyatul qulub

Terdapat juga beberapa langkah dan tingkat yang perlu dilalui iaitu

- membebaskan diri dari lingkaran nafsu amarah dengan menyingkap tabir kejahilan yang menyelubungi diri untuk menganal hakikat diri manusia.

- menilai harga diri (muhasabah) dalam lingkaran nafsu lawwamah

- meningkatkan kualiti diri ketahap nafsu Muthmainnah

Demikianlah serba sedikit perkongsian tentang nafsu..insyaallah,semoga dengan mengenali tingkat-tingkat NAFSU dan jiwa ini, kita akan lebih memahami diri kita sendiri dan berusaha untuk membaiki diri dari sehari ke sehari..

Friday, February 6, 2009

SEKOLAH AGAMA RAKYAT


MESYUARAT PERSATUAN BAHASA ARAB UPSI

semalam..ana pergi ke mesyuarat persatuan bahasa Arab..suka ana mendengar penasihat persatuan kami menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab..alhamdulillah..ana masih bisa memahami apa yang ustaz cuba sampaikan cuma masalah ana ialah ana masih lemah dalam bertutur bahasa arab krn tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian..tapi,bila di rumah..alhamdulillah..ana bisa bertanya pada adik-adik ana..dan sesekali bertutur dengan mereka..

sudah lama ana meninggalkan bahasa Arab..sewaktu ana belajar di sekolah agama satu masa dulu..sewaktu disekolah agama inilah bakat ana dalam syarahan bahasa arab dicungkil..itu kenangan lalu ana..

CINTA ITU KEMBALI

kerana rasa cinta terhadap bahasa arab ini juga ana menyertai persatuan bahasa arab..persatuan bahasa arab baru sahaja ditubuh di UPSI iaitu pada tahun 2007..apa yang bagusnya persatuan ini ialah ia terbuka untuk semua peljaar tidak kira sama ada pelajar yang ada asas bahasa arab ataupun tidak..yang ambik major atau minor bahasa arab mahupun tidak..suma bisa menjadi ahli..semoga persatuan bahasa arab akan terus aktif dalam membudayakan bahasa arab..insyaallah..

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL

Sewaktu meeting tadi,ustaz ada mencadangkan untuk kami membuat progam khidmat sosial iaitu mengajar pelajar-pelajar secara pecuma ataupun membri motivasi dan tuisyen..terdapat beberapa sekolah yang dicadangkan iaitu sekolah-sekolah agama rakyat sekitar perak.sekolah-sekolah ini cukup dhoif dari segi kemudahannya..begitu juga guru yang mengajar..tidak mencukupi..Ustaz berharap kami dapat menyumbang bakti kepada pelajar-pelajar disini..insyaallah ustaz..
untuk ahli persatuan bahasa arab..ana menyeru untuk kita sama-sama menyumbang ilmu dan tenaga..semoga niat kita dirahmati Allah..

HATI YANG TERSENTUH

tika mendengar ustaz menceritakan serba sedikit tentang sekolah agama rakyat.. tiba-tiba ana terasa rindu..rindu dengan kenangan sewaktu ana belajar di sekolah agama rakyat satu masa dulu..tika ustaz bercerita tentang pandgn sesetengah ibu bapa terhadap SAR, kemudahan infrastrukturnya yang lemah..dan sekolah agama rakyat juga selalu disisihkan..hati ana benar-benar tersentuh..krn ana juga bekas pelajar sekolah agama rakyat dan ana tahu bagaimna keadaan sekolah agama rakyat itu..mungkin ramai yang menggap sekolah agama rakyat tidak’standard’ atau apa..tapi tahukah kalian disekolah agama rakyatlah segala ilmu dipelajari..

SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Biarlah ana ceritakan serba sedikit tentang sekolah agama rakyat tetapi apa yang ana ceritakan adalah tentang sekolah agama rakyat dibawah kerajaan johor krn ana belajar disini..ana tak pasti sama ada sekolah agama rakyat di negeri lain sama atau tidak..tapi,dari apa yang ustaz ceritakan tentang gambrn sekolah agama rakyat di perak..ana rasa ana sistem pembeljaran dan pentadbiran SAR setiap negeri mungkin berbeza..
SEJARAH

sekolah agama rakyat adalah sebuah sekolah yang boleh diibaratkan seperti sekolah pondok..sekolah agama rakyat ini biasenye kecik sahaja dan pelajarnya juga tidaklah terlalu ramai..Sekolah agama rakyat sangat berbeza dengan sekolah menengah agama yang biasa..mata peljarannya juga berbeza..ia merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan dibawah kerajaan negeri.. Dari segi kemudahan infrastruktur..ana akui SAR mmg kurang dari segi kemudahan..SAR ana dulu pun kecik je..cuma skrg bila ana lalu SAR ana..ana nampak sudah ada sedikit perubahan..

Ana beljar di sekolah agama rakyat dari umur ana 9tahun sehingga ana tamat darjah khas..iaitu lebih kurang 7tahun ana belajar disini..setiap pagi ana ke sekolah rendah..manakala sebelah pentangnya pula ana akan sekolah agama sehinggalah ana sekolah menegah..ana masih berulang-ulang..sebelah pagi ke sekolah menengah dan sebelah petangnya pula ana ke sekolah agama sehinggalah tamat darjah khas..
BERPELUANG BERKONGSI ILMU

Alhamdulillah,waktu ana tinggal di asrama dulu..ana berpeluang menyampaikan apa yang ana beljar di sekolah agama kepada sahabat-sahabat dan adik-adik..melihat semnagat dan keinginan mereka tika ana mengajar serba sedikit bahasa arab,tajwid atau sirah contohnya buat ana rasa terpanggil untuk terus berkongsi ilmu waktu tu..

PENEKANAN

Pembelajaran di sekolah agama rakyat lebih menekankan kepada Al-Quran,Hafazan dan solat..ana ingat lagi waktu ana dalam darjah satu..sewaktu ujian solat , tikar dibentang sebelah ustazah dan kami melakukan ujian amali solat dihadapan kelas..begitu juga dengan ujian AL-Quran dan hafazan..menghafaz surah sudah menjadi satu kewajipan..kami perlu menghafal dihadapan kelas..tiga perkara ini amat dititikberatkan di sekolah agama rakyat..

TAK LULUS TAK BOLEH NAIK KELAS (PEMBELAJARAN MASTERI)

Sewaktu dalam darjah 1, kami beljar ibadat,tauhid,akhlak,sirah,arab.Al-Quran, tapi semakin meningkat kelas..pembelajaran semakin bertambah..darjah 4 ada penmbhn tafsir Al-Quran..darjah 5 bertambah lagi..iaitu kami beljr tasawwuf, munakahat,muamalat,faraidh dan jenayat sehinggalah darjah khas..
Tahukah kalian sewaktu ana belajar disekolah agama rakyat dulu..kami tidak boleh naik kelas kalau tak lulus..tapi,alhamdulillah,selama 7tahun beljar disini ana tidak pernah tak lulus dan mendpt keputusan yang baik..Kiranya waktu ana belajar di sekolah agama rakyat dulu..ia ibarat mengamalkan pembelajran masteri..

KELAS DARJAH KHAS

Pengajian tertinggi dalam sekolah agama rakyat dipanggil kelas darjah khas...13subjek kami ambil semuanya iaitu Al-Quran, ibadat,tauhid,muamalat,munakahat, tasawuf,akhlak,sirah,tafsir,hadith dan mustalah hadith,faraidh..jenayat dan bahasa arab. Waktu dulu,perkiraan darjah khas dikira menurut pangkat dan alhamdulillah waktu ana dalam darjah khas dulu ana mendpat pangkat 1 dengan agregat 13..Ana mendapat ’A’ dalam Al-Quran,ibadat,munakahat,muamalat,tafsir dan akhlak..B dalam tauhid,hadith,jenayat,faraidh dan bahasa arab dan keputusan ana yang cukup makan adalah sirah..

KENANGAN LALU..

ana ingat lagi waktu ana ujian akhir darjah khas..paper akhir adalah paper sirah..malam tu..elektrik takde..ana study dalam keadaan gelap sehingga lewat malam baru ana tidur..tapi,apa yang ana baca dalam kitab sirah ana semuanya tak masuk sbb ana tak baca modul sirah..ana takde modul tu..akibatnya,ana tak dapat jawab soalan sirah..apapun,ana tetap bersukur krn lulus..

Dulu..sebelum masuk ke kelas kami semua akan beratur di datran..membaca doa bersama-sama dan membaca asmaul husna..setiap hari begitu..di sekolah agama rakyat kami bukan sahaja diajar ilmu agama tetapi juga bagaimna menjadi seorang manusia..waktu ana SAR dulu..kami juga ada pertandingan kelas tercantik..ada kutipan duit kelas sbb SAR tak dapat peruntukan yang byk seperti sek biasa..sebelum masuk kelas kami kena beratur dulu..sebelum balik salam dgn ustaz ustazah..bila hari raya smbut bersama-sama..bawa kuih ke kelas dan kongsi bersama kawan-kawan..ana ingat lagi ada seorang ustaz kami yang sgt garang..kami akan dirotan jika tak dapat hafal..tapi,sbb ustaz buat mcm tu..kami jadi takut dan masing2 semangat menghafal..
dulu...kalau ada majlis apa-apa di sekolah kami mesti makan dalam dulang ramai-ramai..rasa seronok sangt waktu tu..

JADI USTAZAH??

kalau diikutkan ana boleh mohon sambung belajar atu memohon menjadi ustazah di sekolah agama ana itu juga berdasarkan result darjah khas ana..tapi,oleh krn waktu tu ana belum SPM lagi..jadi impian itu tidak dilaksana...sejujurnya, ana lebih meminati subjek agama Islam dari sains..tapi,ana seharusnya bersyukur krn Allah meigizinkan ana untuk belajar kedua-duannya..Sains juga boleh dikaitkan dgn Islam..tambahan ana ambil major biologi..setiap apa yang ana belajar membuat ana berfikir akan keuasaan Allah..
andai ana jadi guru nanti dan diminta untuk mengajar subjek ’agama Islam’..insyaallah..ana bersedia..andai diikutkan hati...mahu saja ana ambil minor agama islam di UPSI..tapi,bagi guru sains kami tidak berpeluang untuk memilih subjek minor sendiri krn terpaksa ambil dalam bentuk pakej iaini minor fizik dan kimia..
SISTEM PEMBELARAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT TERKINI

Sekarang ana sudah tidak tahu bagaimana sistem pembeljaran di sekolah gaama rakyat sama ada sudah berubah ataupun masih sama seperti ana beljar di dulu..

DUGAAN MENCARI ILMU

Sewaktu ana mencari ilmu di sekolah agama rakyat terlalu banyak kepayahan yang ana lalui..tapi,waktu tu bagai tak terasa segala kepayahan dan kepenatan..yang ada hanyalah semangat untuk mencari ilmu...dulu..ana ke sekolah agama dengan menaiki van sapu atau skrg kita biase panggil 'prebet'..kadang-kadang bila ada JPJ di jambatan yang menjadi sempadan antra pahang dan johor...ana ,along ,dan kawan-kawan ana yang lain terpaksa berjalan kaki menaiki jambtan dan seterusnya berjalan hampir 1.5km untuk ke sekolah agama..
Kalau van takde..ayah ana yang hantar dengan menaiki moto..dulu,kami adik beradik sume sekolah agama rakyat..biasenye sampai 3orang ayah bawak satu moto...

KINI

Sekarang,sudah hampir 6tahun ana meninggalkan sekolah agama rakyat ana..beberapa kitab sewaktu ana bersekolah agama dulu ada ana bawa disini..ana membacanya semula..ana takut andai ilmu yang pernah dipeljari dulu hilang begitu sahaja..bagi ana selama 7tahun ana bersekolah di sekolah agama rakyat dulu...terlalu banyak ilmu yang ana dapat..bukan sahja dalam mata pelajaran yang kami ambil malahan kami turut belajar berzanji..tulisan khat..tulisan jawi..dan macam2 lagi..ana rasa bertanggungajwab untuk mengingatinya kembali..bantu aku ya Allah..

Demikian serba sedikit perkongsian ana tentang sekolah agama rakyat..andai ada dikalangan pembaca yang juga pernah belajar di sekolah agama rakyat..ana mengalu-alukan untuk kalian memberi komen..sbb bagi ana..SAR antara negeri adlh berbeza..
sebelum ana menutup tirai penulisan ana..satu yang ana mahu kita sama-sama fikirkan..walau dimana kita beljar..walau setinggi mana kita belajar..walau sejauh mana kita belajar..walau sebanyak mana kita belajar..tapi..andai segala ilmu yang kita miliki tidak sampai di hati kita..jadilah ilmu yang kita miliki ibarat angin yang berlalu..sampai masa ia hilang..dan ternyata ia tidak bernilai.. krn kita tidak ikhlas mempelajarinya..kita tidak mengamalkan ilmu yang kita ada dalam kehidupan seharian..

Oleh itu,sahabat-shabatku..dalm kita mencari ilmu..pertama sekali niatkanlah krn Allah..yakinlah akan kata-kataku..andai niat kamu betull..segala ilmu yang kamu terima..yang kamu miliki..insyaallah..akan menyerap dihatimu..dan ia akan memberi manfaat untukmu..dan bisa melindungi dirimu dari melakukan sesuatu yang tidak septutnya..
untuk ayah...terima kasih ayah..terima kasih krn hantar angah ke sekolah agama rakyat..
Sekian perkongsian dariku untuk kali ini.

Wednesday, February 4, 2009

ADUHAI MENANTU ABAH!!!


MENANTUKU ORANG KAYA..

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim.


Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solatt dan sudah lama tidak menunaikan solat.. Sudah 3 hari berkahwin..Seman masih duduk di umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang..Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah..Seman gelabah..sebelum ini dia tak pernah solat..sudah lama dia tinggalkan..inikan pula solat berjemaah..

Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya.

"Ayang.. camner ni..abg tak penah solat ni

"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan..

Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim.

Setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir...

lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanirrahim..
." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim...

"Aisyh! pelik menantu aku ni..mazhab mana yg dia ikut?setahu aku imam je yg baca kuat..

getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba..dia terus membaca surah al-fatihah..seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim.

"ish! gila ke menantu aku ni??"Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.

"seman...apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

YA ALLAH..MENANTU AKU TIDAK TAHU SOLAT RUPANYA..

Apakah reaksi kalian tika kali pertama membaca kisah di atas??? kisah di atas ana copy dari seorang teman..

kali pertama ana membacanya,ana tersenyum sendirian..lawak..memang lawak..

kemudian,ana mula berfikir..

ya Allah..mungkinkah ada lagi hambaMu yang seperti ini??yang tidak tahu solat??

Insyaallah..takde..takkanlah ada yang terlalu jahil hingga tidak tahu membezakan solat dengan berlari??inikan sekadar cerita..

mungkin itu yang mungkin terfikir di benak kita..

Namun,bila fikir-fikirkan kembali..adalah tidak mustahil masih ada orang Islam masa kini yang tidak tahu menunaikan solat..

yang meninggalkannya juga sudah ramai..tak mustahil andai ada yang tidak tahu solat..

bila sudah lama tidak menunaikan solat..bagaimana mahu ingat bacaan solat dan bagaimana untuk solat???

dan tidak mustahil untuk seseorang itu tidak tahu membezakan antara solat dengan berlari andai dia tidak pernah menunaikan solat..

Teringat ana..tika ana membaca sebuah majalah yang agak famous di Malaysia..iaitu mengisahkan pengalaman seorang polis yang menangkap anak remaja yang merempit..polis itu menyuruh anak-anak remaja ini mengucap dua kalimah syahadah tetapi malangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk mengucap..

Masyaallah..inilah buktinya..masih ada remaja Islam hari ini yang tidak tahu bagaimana untuk mengucap..maka tidak mustahil pula ramai yang tidak tahu solat..

Islam itu tertegak atas 5 asas iaini mengucap dua kalimah syahadah,menunaikan solat,berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang mampu..

Lalu, dimana dikatakan seseorang itu Islam andai tidak tahu mengucap?tidak tahu solat?

Ilmu..ilmu itu pelita hidup..Sebab itu antara tanggungjawab seorang suami atau ayah itu ialah memberikan didikan dan ilmu agama kepada isteri dan anak-anak..inilah tanggungjawab yang terpikul dibahu sorang lelaki bernama suami..andai seorang suami itu tidak punya ilmu..tidak menyampaikan ilmu agama kepada anak-anak dan isteri..inilah perkara yang mungkin akan terjadi..

Dalam alkisah si Seman di atas, andai dia punya anak..bagaimana agaknya dia nak ajar anak dia solat sedangkan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat?? Sedih kan??

p/s: Sebenarnya, terdapat banyak pengajaran lagi yang terselit disebalik kisah di atas..Semoga kalian menemuinya..

bukan kecantikan rupa yang harus didambakan..mahupun harta berjuta sebagai idaman..juga bukan pangkat ataupun kuasa mahupun keturunan..tapi agama..itulah penjamin kebahagiaan yang sebenar..dalam membentuk bait muslim..insyaallah..

gambar: sekadar hiasan..



Saturday, January 31, 2009

MAHAL TAPI BERKUALITI?ATAU MURAH TAPI TAK TAHAN??


Dua hari yang lepas, ana dan dua orang sahabat ana pergi ke Pekan..ada barang yang perlu kami beli..kasut kuliah ana sudah haus..sandal ana juga begitu..buku rujukan biologi untuk assignment microteaching juga belum dibeli lagi..setelah membeli buku, kami ke kedai kasut ’bata’ untuk membeli kasut..

Sebenarnya, ana jarang beli barang-barang berjenama..biasenye..ana beli yang murah-murah aje..sbb ana tahu..kalau berjenama..pasti mahal harganya..tambahan pulak ana ni jenis lasak dgn kasut..bukan lasak ape?tapi,ana mmg menggunakan kasut itu semaksimum mungkin..kalian faham kan??huhu..

Tiba-tiba kawan ana menyampuk..biar mahal umi..asal tahan dan selesa..dari murah..tak tahan..dan kaki kita sakit..ana tersenyum..mengiyakan kata sahabat ana..ada benarnya apa yang sahabat ana cakap tu..

sampai sahaja di kedai kasut itu,ana jadi rambang mata..aduhai!!mana satu yang hendak dibeli..sandal??atau kasut untuk kuliah??kasut sukan plak mcm mane??puas juga ana memikir..membeli harus ikut keperluan..perlu budget perbelanjaan..

Akhirnya, ana membeli satu kasut untuk kuliah..dan sandal biasa..RM80.00 harga kedua-dua kasut itu..ana rasa malu sendiri sewaktu memegang plastik dgn dua kotak terisi kasut baru tadi..kenapa malu??ana malu..rasa mcm ana ni boros..tapi,takpe..inikan utk keperluan..ana memujuk hati yang malu..

MAHAL TAPI BERKUALITI??
MURAH TAPI TAK TAHAN??


Dalam kehidupan kita seharian..kita sentiasa berdepan di mana kita perlu membuat suatu pilihan..sama ada mahu pergi ke sini atau ke sana?mahu berjalan kaki atau menaiki kenderaan?mahu tidur atau mengulangkaji pelajaran??mahu beli epal atau limau??dan seperti situasi ana di atas..ana juga perlu membuat pilihan kasut mana yang ana hendak beli?

SUKARKAH MEMBUAT PILIHAN??


Andaikan hari ini kita diberi pilihan untuk membeli sebiji buah tembikai..buah tembikai yang satu ini sudah rosak,buruk,berulat..buah yang satu lagi pula sangat cantik kulitnya..tidak berulat..tiada cacat cela..maka, yang mana satu menjadi pilihan??pasti tak sukar membuat pilihan tika ini krn pasti buah yang elok itu menjadi idaman..

Tapi..

Bagaimana pula tika kita berdepan untuk memilih dua biji buah tembikai yang saling ada kekurangan dan kelebihan..sebiji buah tembikai ini ada sedikit kesan buruk..yang satu lagi juga ada sedikit kesan buruk..cuba lihat!!tembikai yang satu ini buahnya agak besar berbanding yang ini..tapi,penjual buah mengatakan bahawa yang kecil itu lebih manis rasanya berbanding yang besar..

ya!!disini mungkin timbul satu konflik untuk membuat pilihan..bagi orang yang ingin makan banyak..pasti dia merasakan yang buah tembikai yang besar itu terbaik untuknya..manakala bagi orang yang menilai pada citarasa ,dia akan memilih buah tembikai yang kecil tapi sedap rasanya untuk dibeli..
Andaikan pula, anda terpaksa membuat pilihan antara dua biji tembikai yang sama elok..andai dilihat dgn mata..kelihatan dua dua tiada cacat celanya..sama-sama besar..dan kedua-duanya manis kata si penjual..tapi,waktu tu..anda hanya punya duit cukup-cukup untuk membeli satu daripadnya..lalu,bagaimna mahu membuat pilihan??
percayalah,pasti ada satu sahaja yang bisa menarik hati anda untuk memilihnya waktu tu..krn anda memilih bukan sahja dari luaran tapi menurut gerak hati anda sendiri..

Dalam membuat pilihan,ia sebenarnya bergantung kepada yang membuat pilihan iaitu diri kita sendiri..kebijaksanaan kita untuk membuat pilihan..kerana itu hati-hatilah dalam membuat pilihan.. atau sesuatu keputusan..

Hidup kita ni, kita sentiasa berhadapan dimana kita perlu membuat satu keputusan untuk memilih..sekali kita membuat pilihan ia mungkin akan mempengaruhi yang seterusnya..

Membuat pilihan mungkin sukar bagi mereka yang punya banyak pilihan..tapi tidak sukar untuk membuat pilihan andai yang menjadi pilihan itu hanya satu..

Apapun,dalam kita membuat pilihan..harus ada keadilan..renungkan seketika..untuk memikirkan baik buruknya kedua-dua pilihan..

Boleh dikatakan hampir setiap masa kita perlu membuat keputusan untuk memilih..namun, pilihlah yang terbaik untuk diri kita..satu keputusan yang kita lakukan mungkin akan membawa kita ke satu destinasi atau jalan hidup yang tidak kita ketahui.,ia ibarat satu percaturan.. Namun, dalam membuat pilihan pada satu-satu perkara yang penting atau berkisar kehidupan maka mohonlah pada Allah untuk diberi petunjuk dalam membuat pilihan yang terbaik..

SUKARKAH MEMBUAT PILIHAN??

MAHAL TAPI BERKUALITI??ATAU
MURAH TAPI TAK TAHAN??
Jawapan bagi situasi ana membeli kasut diatas..
ana telah memilih biar MAHAL ASAL BERKUALITI..
Bagimana pula dengan anda??
Fikirlah dahulu sebelum memilih..

Renung-renungkan..dan selamat membuat pilihan..

Tuesday, January 27, 2009

ERTI HIDUP PADA MEMBERI



Assalamualaikum utk semua..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..ana baru sahaja selesai membaca blog sahabat ana yang bertajuk ’KELIRU’..membaca blog sahabat ana itu buat ana terfikir untuk berkongsi sesuatu dgn kalian..(syukran ummu afeera..blog enti buat ana terpanggil untuk berkongsi cerita)..


Membaca blog sahabat ana yang mengisahkan perihal dia menasihati adik lelakinya..buat ana teringat 5hero ana y sekrang sedang menginjak ke usia remaja..usia yang bagi ana andai ana sebagai seorang kakak tidak menjaga mereka..mereka pasti akan kecundang..hero-hero ana itu masing-masing berusia 20tahun yang sedang praktikal di Kuala Lumpur dan beljar di politeknik teluk kemang,port dickson dalam chemical engineering..adik ana yang berumur19tahun sdg menunggu keputusan maahadnya dlm ujian STAM,adik ana yang berusia 18tahun kini manyambung bljr di Maahad Johor..adik ana yang berusia 17tahun kini bljr di Sek.Men.Keb.Agama Pahang dan seorang lagi hero ana berusia 16 tahun kini beljar di sek.men keb.arab al-khairiyah. Al-islamiyah..demikian serba sedikit tentang latar blkg hero-hero ana..


Sebagai seorang kakak, ana cukup risau dgn adik2 ana..tambahan pula adik2 ana punya rupa dan aktif di sekolah mybbkn mrk terkenal dikalangan perempuan..sebagai seorang kakak, adlh menjadi tanggungjwb ana untuk menerangkan kpd mereka serba sedkit ttg perempuan..ana tak suka jika ada perempuan2 yang mengusik adik2 ana dan ana juga tak suka adik2 ana mengusik hati perempuan krn ana juga seorang permpuan..perempuan ni mudah terusik hatinya..sedang lelaki pula cukup pandai dalm berkata..


ana selalu berpesan pada adik2 ana..supaya jangan sesekali bermain dgn hati dan perasaan..selagi adik2 angah belum boleh menjadi seorang suami..belum benar2 faham apa itu tanggungjawab..belum benar2 matang dlm berfikir..ana tak mahu adik2 ana terlibat dgn semua ini..apa yang ana selalu sampaikan pda mereka biarlah cinta yang pertama itu untuk seorang wanita bernama’isteri’..alhamdulillah,kesemua adik2 ana bersekolah agama..maka tak sukar untuk ana memberi penerangan dan nasihat berkenaan ini..semoga apa yang ana sampaikan lekat dihati mereka..


Ana sbnrnye seorang kakak yang tegas..biasenya dirumah ,ana akan mencuri baca meseg2 adik2 ana..andai ada yang ana rasa lain..maka ana akan bertanya kpd mrk..ana tak menghalang utk adik2 ana berkwn dgn kwn bukan sejenis dgn mrk sbb bagi ana lelaki dan perempuan saling memerlukan..tapi,jgn sesekali mengusik hati permpuan..
adik2 ana pernah bercerita pada ana yang mrk selalu digelar sombong dan ego dilkangan perempuan..dan jwpn ana..biar org kate kite sombong takpe..yang penting kite buat semua untuk kebaikan mrk juga..prmpuan ni punya 9nafsu..mrk bertindak lebih menurut hati tidak dgn akal..jgn sesekali permainkan hati prmpuan atau bermain kata-kata..angah tak suka adik2 angah jadi lelaki yang seolah-olah tidak faham agama..


Biasaenye bila ana balik kerumah..sbelm tidur ana akan pergi ke bilik adik2 lelaki ana atau adik2 lelaki ana kebilik ana..kami berkongsi cerita ..pernah sekali adik ana bercerita yang perempuan bergaduh krn mrk..sebagai seorang kakak dan prmpuan ana rasa turut malu bile dgr cerita dari adik2 ana..entah dimana letaknya harga diri seorang perempuan..cume pesan ana pada adik2 lelaki ana spye jgn terlalu rapat dgn permpuan..sebagi lelaki adik2 angah kene tegas..


Ana melihat adik2 lelaki ana mebesar dan megalami perubahan dari diri mrk..kadang2 dah bisa mentafsir dan faham kerenah lelaki..Tahukah kalian, di usia lelaki awal baligh mrk akan mengalami sela masa dimana mrk akan ’gatal’ sedikit atau ana lebih suka untuk istilahkan sebgai ’nakal’..Biasanya ini terjadi di usia mrk antara 14-16 tahun..pemikiran mrk yang sbnrnya belum benar-benar matang mybbkn mrk suka bermain-main..dan ada juga yang malu-malu..namun,ia bergantung kepada seseorang individu itu sendiri..namun,seletelah umur mereka meningkat kpd 18,19 atau 20tahun jgn pelik andai ada sesetangah mrk yang sudah pandai berbicara hal kawin...


Dalam kehidupan kita sebagai manusia kita akan mengalami banyak perubahan..sama ada sebelum baligh mahupun stelah baligh..ada sesetangah pendapat mengatakan perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki..namun,bagi ana dalam membicarakan soal kematangan seseorang ia bergantung kpd cara bagaimna seseorag itu berfikir..bagi ana..selagi seseorang itu masih bermain-main..tidak tahu tanggunjwb..dan tiada matlamat jelas maka bagi ana ia belum benar2 matang..dan belum boleh utk berkawin..


ingatkah kalian pada kisah adik ana yangingin berkawin awal..dan ana menasihatinya krn bagi ana dia belum faham apa itu tanggungjwab..waktu cuti hari tu..adik ana ini meneman akak ana di bidor swktu abg long bekerja..wktu ana berpeluang ke rumah along ana..adik lelaki ana itu berkata..angah,irim takut dah nak kawan dgn permpuan..kenapa?die senyum..tapi,aku tahu maksudnya..dulu..die pernah berbicara soal kawin dgnku..keinginannya untuk berkawin awal..namun,setelah hampir dua bulan..meneman along..membantu along menjaga dan mngurus Hazim..iaini anak saudra kami..menyebabkn dia membatal niat utk bernikah awal..ana tahu adik ana sudah semakin faham akan apa yang dikatakn tanggungjwb..perkahwinan itu bukan sesuatu yang boleh dibuat main..

Teringat ana sewaktu mengikuti kursus kawin pada sem yang lalu..kami ditanya , siapa yang hendak kawin krn nafsu??beberapa orang muslimin mengankat tangan..yang perempuan pula waktu tu tidak ada yang mengangkat tangan sebaliknya menundukkan muka..ustaz pun menjawab..ye!betul..pertama sekali rasa untuk berkawin itu smestinya krn nafsu iaini keinginan utk bernikah..bak kata orang..dah sampai seru..kalau kalian tidak ada keinginan untuk berkawin..takkan ada disini hari ni..kata ustaz..kami sekadar tersenyum..

Sewaktu mengikuti program KERIS pada hari jumaat yang lalu..salah seorang peserta ada berkongsi cerita..tentang isu ’bercinta di dalam organisasi’..dia mengisahkan kisah sahabatnya yang menangis krn seorang lelaki meluahkan perasaan padanya..waktu tu yang bertanya agak emosional..dan die ckp..sy ni ’anti-couple’..lelaki ni kalau nak luahkan perasaan..terus cakap je..tak fikir hati perempuan..kata yang bertanya..ana skdr tersenyum..waktu tu ana nak sangat memberi penerangan dan bertanya..tapi,memandangkan topik perbentangn kami yang sebenar waktu tu bukan soal cinta sebaliknya tentang’ibadah dan kesempurnaanya’maka ana membatalkan niat..


Habis perbentangan, seorang adik lelaki bertanya..
akak tadi tu kenapa?dia tak nak kawin ke?akak..cinta ni memang tak boleh ke??takkan nak kawin terus tanpa kenal??kawin bukan untuk sehari..kawin untuk seumur hidup..saya nak tahu..bagaimana sbnrnye cara bercinta di dalam islam..kata adik itu..
mungkin adik ini tidak puas hati dgn pandngan akak yang anti-couple tadi..

akak itu pun menjawab..bukan..tetapi die sbnrnye menjaga..
Islam sudah menggariskan panduan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan..Islam agama fitrah..cinta itu juga fitrah..rasa semulajadi yang hadir dlm hati manusia..cuma kita yang perlu tahu bagaimna mengalirkannya dgn cara yang halal dan diredhoi Allah..

hmm..mmg susah sbnrnye untuk membicarakan soal hati dan perasaan ni..ana sendiri walupun selalu juga diterjah dgn persoalan begini kadang kala tidak tahu mmebri jwpn yang tepat..sekadar berkongsi prinsip yang ana pegang..Pertama, sebagai seorang perempuan kita perlu tahu jaga maruah dan harga diri kita..dan jangan sesekali jadi wanita yang melalaikan lelaki dan membuat lelaki jatuh..bantu mrk menjaga hati..wanita yang baik takkan buat mcm tu..krn dia takut andai dirinya melalaikan lelaki..bagitu juga lelaki..usahlah bermanis kata..andai kalian sendiri tak tahu apa yang kalian ckpkan..usahlah menuturkannya..jgn terlalu suka bermain2 dgn kata-kata..ana percaya bukan ana sahaja tapi semua perempuan tak suka dgn sikap lelaki yang bermain-main dlm berkata..


sejujurnya, dulu ana takut dgn lelaki..takut itu mybbkn ana tidak mahu berkawin..takut itu sehingga jadi benci..tdk perlulah ana terangkn apa sbb sbnr ana jadi benci pd lelaki..cukuplah utk kalian tahu diri kalian sbgi lelaki yang kadang kala mengundang marah seorang perempuan..belajarlah menghormati permpuan dan jangan ingt semua perempuan suka dgn apa yang kalian lakukan..ana sendiri sbgi perempuan..ana tak redho diri ana diperlakukan seperti seorang kekasih dan tidak redho ade title'couple' dlm hidup ana..bagi ana "kekasih" atau "couple" seolah2 mencerminkan kerendahan diri seorang permpuan..dan ana hanya membenarkan empat title dlm hidup ana.."sahabat",bakal isteri(setelah bertunang), isteri dan ibu..selebihnya ana tidak izinkan..

kepada kaum Hawa,andai kita mahu diri kita dihormati..kita dulu yang perlu menghormati diri kita sendiri..kita bukan perempuan yang tiada harga dan maruah diri tapi kita perempuan yang akan menjadi pendokong seorang suami dan yang akan melahirkan pejuang2 agama satu hari nanti..


bagi ana..setiapa apa yang berlaku dlm hidup kita seharian..maka kembalilah pada Allah..Firman Allah di dalam surah Az-Zaariat ada menyebut..”tidak aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Aku”..Bile kita berbicara soal beribadah..bukanlah bermakna ia hanya tertumpu pada soal solat,puasa atau zakat tapi sbnrye soal ibadah ini mencakupi soal kehidupan kita seharian..perkahwinan juga adalah satu ibadah andai kita niatkan betul ingin berkawin itu krn Allah..insyaallah,Allah akan permudahkan..

Cuma satu sahaja bagi ana..kita harus ada matlamat yang jelas..ana ingin berkongsi sedikit ttg diri ana..ana seorang perempuan yang berprinsip..sudah perpgg pada prinsip ana dari ana awal sek menengah..sejak umur ana 11tahun ana sudah belajar terperinci ttg ’munakahat’ iaitu sewktu ana bersekolah agama ..belajar ttg kawin diwaktu usia masih kecil banyak membuat ana berfikir jauh dan membina prinsip..perempuan yang bagaimana ana mahu bentuk pd diri ana..ciri-ciri isteri yang bagaimana..ibu yang bagaimna..maka ana menetapkan selagi ana belum benar2 matang dlm berfikir, ana tak boleh bicara soal hati dan perasaan..selagi ana tak tahu apa itu tanggungjwb..jgn pandai2 melalut ke lain..


hidup kita ni..kita perlu tetapkan satu mtlmt yang jelas..dan berpegang pada apa yang kita pegang..sama ada lelaki mahupun perempuan..andai kita mahu berkawin..kenapa kita ingin berkawin?sekadar suka-suka..nak ada yang sayang..atau ape??sewktu aktiviti ta'aruf dikalangn kelab surau hari tu..alhamdulillah..ana dapat berkongsi dgn adik2..berbicara sedikit soal wanita,kawin,lelaki dan sebginya..takut juga ana andai adik2 pelik atau merasakan ana terlalu ke depan membicarakn’soal kawin’ dgn mrk..tambhan pula yang ikuti aktiviti tu kbnykknnnya sem 1dan 2..sedang semngt untuk menimba ilmu..tapi,niat ana waktu tu hanya satu..ana mahu adik2 bina prinsip dari awal..bina maltamat dari awal..doa spye Allah kurniakan jodoh yang baik juga dari awal..semua tu pnting sbgi seorang prmpuan..


dulu..dizaman jahiliyah..martabat kita sebagai permpuan cukup rendah..kita hanya menjdi simbol seks bagi lelaki..kita dikatakan membawa sial dan bencana..Kedatangan Islam telah menngagkat martabat kaum wanita..cukup kuat untuk memberi sokongan pada suami..dipenuhi dgn rasa kasih dan syaang..wlupun kadang2 wanita itu mudah terusik hati dan menangis tanpa disedari..
teringt ana akan kate2 dlm sebuah cite..dialong dari seorang lelaki..

" kadang2 kita merasakan permpuan lebih memerlukan kita..tapi,hakikatnya tanpa kita sedari..kitalah yang lebih memerlukan kehadiran mrk dlm hidup kite..

kata-kata ini mungkin ada benarnya..namun,hakikat sebenar ialah wanita dan lelaki itu telah Allah ciptakan untuk saling melangkapi dan memerlukan antra satu sama lain..

Sudahkah kalian membaca buku’AKU TERIMA NIKAHNYA’??Di dalam buku ini tersimpan banyak ilmu bagaimana mahu menjalani kehidupan sebagai suami isteri..kehidupan dalam berumah tangga..bagaimana cara mendidik anak-anak dan mcm2 lagi..dan yang paling penting..ia adalah pengalaman penulis yang sebenar..gambran realiti liku-liku yang bakal ditempuh bagi mereka yang berkawin..harus ada kepercayaan..harus ada rasa saling hormat-menghormati..harus jga saling faham-memahami..


Ana suka dengan kata-kata ini..ERTI HIDUP PADA MEMBERI’..kerana bagi ana kata-kata ini cukup bermakna dan bisa diungkap dalm pelbgai rasa kehidupan..Sedar-atau tidak ramai dikalangan manusia hari ini yang terlalu suka untuk menerima tapi tidak pada memberi..andai perkahwinan dilhat sekadar pada menerima..itulah yang akan mengundang banyak kes-kes cerai skrg ini..krn masing-masing tak tahu tanggungjwb dan peranan sendiri..dan apa yang dilakukan tidak dgn keikhlasan hati..tapi,bagi ana yang memberi lebih memahami krn dia tahu apa erti andai dia memberi.. krn dia tahu ada tanggungjwbb terpikul tika dia memberi..

apa -apa cerita yang ana selitkan di atas maka ia sekdar perkongsian..harap tidak ada yang tersalah faham..semoga mendapat sesuatu darinya..