Friday, February 6, 2009

SEKOLAH AGAMA RAKYAT


MESYUARAT PERSATUAN BAHASA ARAB UPSI

semalam..ana pergi ke mesyuarat persatuan bahasa Arab..suka ana mendengar penasihat persatuan kami menyampaikan ucapan dalam bahasa Arab..alhamdulillah..ana masih bisa memahami apa yang ustaz cuba sampaikan cuma masalah ana ialah ana masih lemah dalam bertutur bahasa arab krn tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian..tapi,bila di rumah..alhamdulillah..ana bisa bertanya pada adik-adik ana..dan sesekali bertutur dengan mereka..

sudah lama ana meninggalkan bahasa Arab..sewaktu ana belajar di sekolah agama satu masa dulu..sewaktu disekolah agama inilah bakat ana dalam syarahan bahasa arab dicungkil..itu kenangan lalu ana..

CINTA ITU KEMBALI

kerana rasa cinta terhadap bahasa arab ini juga ana menyertai persatuan bahasa arab..persatuan bahasa arab baru sahaja ditubuh di UPSI iaitu pada tahun 2007..apa yang bagusnya persatuan ini ialah ia terbuka untuk semua peljaar tidak kira sama ada pelajar yang ada asas bahasa arab ataupun tidak..yang ambik major atau minor bahasa arab mahupun tidak..suma bisa menjadi ahli..semoga persatuan bahasa arab akan terus aktif dalam membudayakan bahasa arab..insyaallah..

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL

Sewaktu meeting tadi,ustaz ada mencadangkan untuk kami membuat progam khidmat sosial iaitu mengajar pelajar-pelajar secara pecuma ataupun membri motivasi dan tuisyen..terdapat beberapa sekolah yang dicadangkan iaitu sekolah-sekolah agama rakyat sekitar perak.sekolah-sekolah ini cukup dhoif dari segi kemudahannya..begitu juga guru yang mengajar..tidak mencukupi..Ustaz berharap kami dapat menyumbang bakti kepada pelajar-pelajar disini..insyaallah ustaz..
untuk ahli persatuan bahasa arab..ana menyeru untuk kita sama-sama menyumbang ilmu dan tenaga..semoga niat kita dirahmati Allah..

HATI YANG TERSENTUH

tika mendengar ustaz menceritakan serba sedikit tentang sekolah agama rakyat.. tiba-tiba ana terasa rindu..rindu dengan kenangan sewaktu ana belajar di sekolah agama rakyat satu masa dulu..tika ustaz bercerita tentang pandgn sesetengah ibu bapa terhadap SAR, kemudahan infrastrukturnya yang lemah..dan sekolah agama rakyat juga selalu disisihkan..hati ana benar-benar tersentuh..krn ana juga bekas pelajar sekolah agama rakyat dan ana tahu bagaimna keadaan sekolah agama rakyat itu..mungkin ramai yang menggap sekolah agama rakyat tidak’standard’ atau apa..tapi tahukah kalian disekolah agama rakyatlah segala ilmu dipelajari..

SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Biarlah ana ceritakan serba sedikit tentang sekolah agama rakyat tetapi apa yang ana ceritakan adalah tentang sekolah agama rakyat dibawah kerajaan johor krn ana belajar disini..ana tak pasti sama ada sekolah agama rakyat di negeri lain sama atau tidak..tapi,dari apa yang ustaz ceritakan tentang gambrn sekolah agama rakyat di perak..ana rasa ana sistem pembeljaran dan pentadbiran SAR setiap negeri mungkin berbeza..
SEJARAH

sekolah agama rakyat adalah sebuah sekolah yang boleh diibaratkan seperti sekolah pondok..sekolah agama rakyat ini biasenye kecik sahaja dan pelajarnya juga tidaklah terlalu ramai..Sekolah agama rakyat sangat berbeza dengan sekolah menengah agama yang biasa..mata peljarannya juga berbeza..ia merupakan sebuah sekolah yang ditubuhkan dibawah kerajaan negeri.. Dari segi kemudahan infrastruktur..ana akui SAR mmg kurang dari segi kemudahan..SAR ana dulu pun kecik je..cuma skrg bila ana lalu SAR ana..ana nampak sudah ada sedikit perubahan..

Ana beljar di sekolah agama rakyat dari umur ana 9tahun sehingga ana tamat darjah khas..iaitu lebih kurang 7tahun ana belajar disini..setiap pagi ana ke sekolah rendah..manakala sebelah pentangnya pula ana akan sekolah agama sehinggalah ana sekolah menegah..ana masih berulang-ulang..sebelah pagi ke sekolah menengah dan sebelah petangnya pula ana ke sekolah agama sehinggalah tamat darjah khas..
BERPELUANG BERKONGSI ILMU

Alhamdulillah,waktu ana tinggal di asrama dulu..ana berpeluang menyampaikan apa yang ana beljar di sekolah agama kepada sahabat-sahabat dan adik-adik..melihat semnagat dan keinginan mereka tika ana mengajar serba sedikit bahasa arab,tajwid atau sirah contohnya buat ana rasa terpanggil untuk terus berkongsi ilmu waktu tu..

PENEKANAN

Pembelajaran di sekolah agama rakyat lebih menekankan kepada Al-Quran,Hafazan dan solat..ana ingat lagi waktu ana dalam darjah satu..sewaktu ujian solat , tikar dibentang sebelah ustazah dan kami melakukan ujian amali solat dihadapan kelas..begitu juga dengan ujian AL-Quran dan hafazan..menghafaz surah sudah menjadi satu kewajipan..kami perlu menghafal dihadapan kelas..tiga perkara ini amat dititikberatkan di sekolah agama rakyat..

TAK LULUS TAK BOLEH NAIK KELAS (PEMBELAJARAN MASTERI)

Sewaktu dalam darjah 1, kami beljar ibadat,tauhid,akhlak,sirah,arab.Al-Quran, tapi semakin meningkat kelas..pembelajaran semakin bertambah..darjah 4 ada penmbhn tafsir Al-Quran..darjah 5 bertambah lagi..iaitu kami beljr tasawwuf, munakahat,muamalat,faraidh dan jenayat sehinggalah darjah khas..
Tahukah kalian sewaktu ana belajar disekolah agama rakyat dulu..kami tidak boleh naik kelas kalau tak lulus..tapi,alhamdulillah,selama 7tahun beljar disini ana tidak pernah tak lulus dan mendpt keputusan yang baik..Kiranya waktu ana belajar di sekolah agama rakyat dulu..ia ibarat mengamalkan pembelajran masteri..

KELAS DARJAH KHAS

Pengajian tertinggi dalam sekolah agama rakyat dipanggil kelas darjah khas...13subjek kami ambil semuanya iaitu Al-Quran, ibadat,tauhid,muamalat,munakahat, tasawuf,akhlak,sirah,tafsir,hadith dan mustalah hadith,faraidh..jenayat dan bahasa arab. Waktu dulu,perkiraan darjah khas dikira menurut pangkat dan alhamdulillah waktu ana dalam darjah khas dulu ana mendpat pangkat 1 dengan agregat 13..Ana mendapat ’A’ dalam Al-Quran,ibadat,munakahat,muamalat,tafsir dan akhlak..B dalam tauhid,hadith,jenayat,faraidh dan bahasa arab dan keputusan ana yang cukup makan adalah sirah..

KENANGAN LALU..

ana ingat lagi waktu ana ujian akhir darjah khas..paper akhir adalah paper sirah..malam tu..elektrik takde..ana study dalam keadaan gelap sehingga lewat malam baru ana tidur..tapi,apa yang ana baca dalam kitab sirah ana semuanya tak masuk sbb ana tak baca modul sirah..ana takde modul tu..akibatnya,ana tak dapat jawab soalan sirah..apapun,ana tetap bersukur krn lulus..

Dulu..sebelum masuk ke kelas kami semua akan beratur di datran..membaca doa bersama-sama dan membaca asmaul husna..setiap hari begitu..di sekolah agama rakyat kami bukan sahaja diajar ilmu agama tetapi juga bagaimna menjadi seorang manusia..waktu ana SAR dulu..kami juga ada pertandingan kelas tercantik..ada kutipan duit kelas sbb SAR tak dapat peruntukan yang byk seperti sek biasa..sebelum masuk kelas kami kena beratur dulu..sebelum balik salam dgn ustaz ustazah..bila hari raya smbut bersama-sama..bawa kuih ke kelas dan kongsi bersama kawan-kawan..ana ingat lagi ada seorang ustaz kami yang sgt garang..kami akan dirotan jika tak dapat hafal..tapi,sbb ustaz buat mcm tu..kami jadi takut dan masing2 semangat menghafal..
dulu...kalau ada majlis apa-apa di sekolah kami mesti makan dalam dulang ramai-ramai..rasa seronok sangt waktu tu..

JADI USTAZAH??

kalau diikutkan ana boleh mohon sambung belajar atu memohon menjadi ustazah di sekolah agama ana itu juga berdasarkan result darjah khas ana..tapi,oleh krn waktu tu ana belum SPM lagi..jadi impian itu tidak dilaksana...sejujurnya, ana lebih meminati subjek agama Islam dari sains..tapi,ana seharusnya bersyukur krn Allah meigizinkan ana untuk belajar kedua-duannya..Sains juga boleh dikaitkan dgn Islam..tambahan ana ambil major biologi..setiap apa yang ana belajar membuat ana berfikir akan keuasaan Allah..
andai ana jadi guru nanti dan diminta untuk mengajar subjek ’agama Islam’..insyaallah..ana bersedia..andai diikutkan hati...mahu saja ana ambil minor agama islam di UPSI..tapi,bagi guru sains kami tidak berpeluang untuk memilih subjek minor sendiri krn terpaksa ambil dalam bentuk pakej iaini minor fizik dan kimia..
SISTEM PEMBELARAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT TERKINI

Sekarang ana sudah tidak tahu bagaimana sistem pembeljaran di sekolah gaama rakyat sama ada sudah berubah ataupun masih sama seperti ana beljar di dulu..

DUGAAN MENCARI ILMU

Sewaktu ana mencari ilmu di sekolah agama rakyat terlalu banyak kepayahan yang ana lalui..tapi,waktu tu bagai tak terasa segala kepayahan dan kepenatan..yang ada hanyalah semangat untuk mencari ilmu...dulu..ana ke sekolah agama dengan menaiki van sapu atau skrg kita biase panggil 'prebet'..kadang-kadang bila ada JPJ di jambatan yang menjadi sempadan antra pahang dan johor...ana ,along ,dan kawan-kawan ana yang lain terpaksa berjalan kaki menaiki jambtan dan seterusnya berjalan hampir 1.5km untuk ke sekolah agama..
Kalau van takde..ayah ana yang hantar dengan menaiki moto..dulu,kami adik beradik sume sekolah agama rakyat..biasenye sampai 3orang ayah bawak satu moto...

KINI

Sekarang,sudah hampir 6tahun ana meninggalkan sekolah agama rakyat ana..beberapa kitab sewaktu ana bersekolah agama dulu ada ana bawa disini..ana membacanya semula..ana takut andai ilmu yang pernah dipeljari dulu hilang begitu sahaja..bagi ana selama 7tahun ana bersekolah di sekolah agama rakyat dulu...terlalu banyak ilmu yang ana dapat..bukan sahja dalam mata pelajaran yang kami ambil malahan kami turut belajar berzanji..tulisan khat..tulisan jawi..dan macam2 lagi..ana rasa bertanggungajwab untuk mengingatinya kembali..bantu aku ya Allah..

Demikian serba sedikit perkongsian ana tentang sekolah agama rakyat..andai ada dikalangan pembaca yang juga pernah belajar di sekolah agama rakyat..ana mengalu-alukan untuk kalian memberi komen..sbb bagi ana..SAR antara negeri adlh berbeza..
sebelum ana menutup tirai penulisan ana..satu yang ana mahu kita sama-sama fikirkan..walau dimana kita beljar..walau setinggi mana kita belajar..walau sejauh mana kita belajar..walau sebanyak mana kita belajar..tapi..andai segala ilmu yang kita miliki tidak sampai di hati kita..jadilah ilmu yang kita miliki ibarat angin yang berlalu..sampai masa ia hilang..dan ternyata ia tidak bernilai.. krn kita tidak ikhlas mempelajarinya..kita tidak mengamalkan ilmu yang kita ada dalam kehidupan seharian..

Oleh itu,sahabat-shabatku..dalm kita mencari ilmu..pertama sekali niatkanlah krn Allah..yakinlah akan kata-kataku..andai niat kamu betull..segala ilmu yang kamu terima..yang kamu miliki..insyaallah..akan menyerap dihatimu..dan ia akan memberi manfaat untukmu..dan bisa melindungi dirimu dari melakukan sesuatu yang tidak septutnya..
untuk ayah...terima kasih ayah..terima kasih krn hantar angah ke sekolah agama rakyat..
Sekian perkongsian dariku untuk kali ini.

No comments: