Tuesday, February 9, 2010

"Tak nak gadoh-gadoh ye.."


Hari Rabu yang lalu ana masuk ke kelas 5 Teratai..menggantikan cikgu yang tidak hadir..Kehadiran ana disambut mesra oleh pelajar kelas itu..

“Cikgu..cikgu masuk sini ke??”
“Haah!cikgu masuk sini..”
“Yeye..cikgu masuk sini..
(Aku tersenyum melihat gelagat pelajar-pelajarku..)
“Nama cikgu..cikgu Umira bInti Mohamad..boleh panggil cikgu umi..Cikgu,cikgu praktikal kat sini..dari UPSI..”
Oooo..dari UPSI..”
“UPSI tu kat Tg.malim kan cikgu..”

“Ye saye..kat tanjong Malim..”
“Cikgu..cikgu dah kawin ke??”
“Belum..cikgu belum kawin lagi..
“Umur cikgu??
“Umur??berapa yek!!cikgu tak ingatlah..ana tersenyum..
................................................................................................................

Ana berbual-bual dan berkenal-kenalan dengan pelajar..dalam keadaan kelas waktu tengah hari ..ana tak fikir pelajar punya semngt untuk belajar..kelas itu tidak terlalu ramai..lebih kurang 20 orang ana kira..ada 4orang pelajar cina..8 orang pelajar india dan selebihnya pelajar melayu..

“Emm…Kita main teka-teki nak??”
“Nak..nak..pelajar menjawab laju..”
“Hmm..awak sume ni..kalau main memang laju..”
“Baiklah..cikgu nak tanya kamu..banyak-banyak air..air apa yang pelik…”
(Pelajar-pelajar menunjukkan reaksi sedang berfikir..)
“Emm..air kencing..
aku diam..
“Air mata cikgu..”
“Haaa..betul air mata..pandai kamu…”
“Tapi..kenapa air mata pelik cikgu??”
“Haaa..kan kamu dah pelik..aku tersenyum memandang pelajar-pelajarku..”
“hahahaha…
pelajar ketawa..
“Kamu faham tak??”
“Faham cikgu..faham..teka-teki nak mengenakan orang..”
“Hmm..tau takpe..”
“K,lah..sekarang waktu mata pelajarn apa yek??
“Matematik..
" ooo..matematik..Matematik kamu ok??sains??
Entah cikgu..tak ok..”
“Hmm..kamu dah nak SPM..kene sedia dari awal..”
Sedang ana berbual-bual dengan pelajar dihadapan..ana perasan ada adegan yang tidak enak berlaku..

“Ko ingat ko besar sangat..”
“Ko tu..ko ingat ko besar sangat ke??


Aduhai..apa plak yang besar2 ni..

“Kenapa ni??hmmm…??

“ Dia tu cikgu..dia ingat dia besar sangat..kata seorang pelajar Melayu yang duduk di belakang..
“Dia tu cikgu..dia yang ingat die besar sangat.."
pelajar India pula menjawab..sudah siap sedia berdiri untuk berlawan..

Ana sendiri tak tahu dimana silapnya..tiba-tiba sahaja mereka hendak bergaduh..

“Hmm..tak nak macam ni..tak nak gaduh2..aku pergi di tempat duduk pelajar melayu itu dibelakang..

"Hakim..sabar..tak nak gaduh2..tak elok..jangan cari pasal dengan orang India.."

“Dia tu cikgu..”aku lihat muka pelajarku itu sudah merah padam..” hmm..berani betul budak ni..

Ana cuba pula sabarkan pelajar india yang sedang berdiri bersedia untuk bergaduh..

“Hmm..kan elok main teka-teki dengan cikgu tadi..tak nak gaduh2..dah ye..duduk ye..

Alhamdulillah..selepas ana cuba sabarkan.. pelajar-pelajar itu mula bertenang..ana tahu..kalau ana tak cuba untuk sabarkan..perkara yang lebih buruk akan berlaku..

Pada mulanya timbul juga rasa takut …yelah..ana ni kecik..nak sabarkan dua lelaki yang sedang bersiap sedia untuk bergaduh??hmm..bahaya tu..

Ana cuba menarik hati pelajar india yang sedang panas..tadi,dia suka dengar ana bercerita..skrg,dia sudah diam..mungkin menahan marah..

“Hmm..dah masam dah kawan kamu..”
Pelajar India itu memandang aku dengan senyuman tawar..

Aku memandang pula pelajar melayu tadi..pelajar itu juga masam..

Aku mula bercerita untuk menukar suasana yang tegang itu..

“Hmm..awak semua tahu tak??orang kata..anak pertama umpama tanah tau!anak kedua air..anak ketiga api dan anak ke-4 angin..
“Ooo..macam tu ke cikgu…”
“Tanya seorang pelajar India perempuan yang duduk di barisan hadapan dengan pelat..”
Haah!
“Kalau anak kelima cikgu??
“Kalau anak kelima..kita pusing balik..jadi..tanahlah..
Anak pertama ni diumpamakan seperti tanah..seorang yang pandai berdikari..
Anak kedua cikgu??tanya pelajar India yang mahu bergaduh tadi..
“Anak kedua ni jenis lembut hati..umpama air..
“Kamu anak ke-2 ke??
Haah!saya anak kedua..
“Hmm..kalau mcm tu..kamu tak leh marah-marah ye..kene sabar..
Sabar-sabar mereka pijak kepala cikgu..”
“Aku tidak tahu mahu jawab apa..aku hanya terdiam..
"Sabar..sabar..dan sabarlah.." hanya itu yang mampu aku lafazkan..

“Tidak lama kemudian loceng berbunyi menandakan tamat masa pertama..

Dalam perjalanan aku mula berfikir kejadian tadi..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Rupa-rupanya peristiwa yang berlaku minggu lepas..tidak berakhir hanya disitu..ketegangan antara peljar Melayu dan India agak ketara..mungkin ini adalah salah satu konflik yang dialami bagi sekolah-sekolah yang mempunyai campuran pelajar Melayu,cina dan India..
Sewaktu aku menggantikan kelas Tingkatan 3 semalam..aku dapat lihat ketidakserasian antara pelajar-pelajar Melayu dan India..

....................................................................................................................
“Pelajar cina di kelas kamu ada 4orang je yek??
“Haah cikgu..4orang..”
“Pelajar India??”
“Pelajar India pun 4orang..”
“Kamu tak kawan dengan mereka ke??
Aku perasan pelajar cina dan india duduk dibahagian belakang..
“Tak cikgu..kami anti mereka..”
“Laaa..kenapa plak mcm tu..”
“Mereka tu cikgu..buat masalah je”
“Hmm..jangan mcam tu..kita orang Islam..kita kene tunjukkan contoh yang baik pada orang bukan Islam..tak nak gaduh2..marah2..nanti..orang bukan Islam fikir..orang Islam ni macam ni..macam ni..suka gaduh..atau sebgainya..Kawan baik2 dengan mereka..nanti..boleh kita dakwah mereka masuk Islam..kan??
Pelajar-peljar diam..mungkin cuba memikirkan apa yang ana cakapkan sebentar tadi..
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Hmm..tulah antara pengalman yang ana dapat..pengalman menyabarkan pelajar bergaduh..bukan mudah untuk menjadi seorang guru sebenarnya..kita perlu arif dalam serba-serbi..ada kalanya kita bertingkah umpama seorang ibu atau bapa...yang mengambil berat sakit pening pelajar...ada masanya kita umpama seorang kounselor..yang meniupkan semangat dan azam..memberi nasihat penuh berhikmah..ada masanya kita bertingkah ibarat seorang kakak..menegur si adik yang nakal..Namun..apa yang paling penting..kalau kita mahu pelajar menghormati kita..kita dulu yang perlu belajar menghormati diri kita sendiri dan menghormati pelajar..Ikhlaskan hati dalam mendidik dan insyaallah..Allah akan permudahkan..siapapun pelajar kita sama ada mereka sesama saudara Islam atau tidak..namun,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka menjadi seorang manusia..

k,sampai sini dulu untuk perkongsian kali ini..insyaallah..cerita lain menyusul nanti..

Tuhanku..permudahkan urusanku..menjadi seorang guru keranaMu..

2 comments:

Anonymous said...

salam bleh tau, anak ke3 api knape? ke4 angin lak? tq :)

humaira' said...

Kenapa??maaf..saya sendiri takde jawapan untuk soalan saudara/saudari..itu yang saya dengar..