Tuesday, February 23, 2010

"ADAM!!LINDUNGI MARUAH HAWA.."


Hari tu..seperti biasa aku masuk ke dalam kelas Tingkatan 4 Melati untuk mengajar subjek Sains..Oleh kerana cuma satu masa sahaja maka aku sekadar mengajar di dalam kelas..tidak di makmal..
…………………………………………………………………………………………..
Ok class..today we will continue our lessons for the next subtopic.. which is 3.4.. Mutation..
So..please.. take out your text book now..
Aku turut sama membuka buku teks..
Ok class .. For about 15minutes..I want you to read page 60 until 62 now .. and find out the main point there according to this ..
1) Definition of mutation
2) Types of mutation
3) Consequences of mutation
4) Advantages and disadvantages of mutation
Sedang aku menulis di atas ‘whiteboard’..
tiba-tiba..
Pheweeiitt…
Kedengaragn suara salah seorang pelajar lelaki bersiul kepada beberapa orang pelajar perempuan yang lalu di sebelah kelas mereka..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aku terus menoleh..
“Samad..(bukan nama sebenar)..kamu buat ape tu hah??”Kamu phewit kat sape??aku bersuara keras..
“Takde cikgu..”
……………………………………………………………….
“Hmm..ni yang cikgu tak suka ni..”
“Kamu tahu tak Samad??tak elok tau..kamu buat mcam tu??”
Pelajar lelaki itu terdiam..
“Baiklah ..dengar apa yang cikgu nak cakap ni..”
“kepada anak-anak murid cikgu yang lelaki..bila nampak perempuan lalu..jangan sesekali kamu phewit-phewit anak dara orang tu..kamu tau tak??bila kamu buat mcm tu..kamu sebenarnya sudah menjatuhkan maruah perempuan tersebut..”
“Macam mane plak bleh jatuh maruah plak cikgu??”
“yelah..dia lalu..kamu phewit2..seolah2..dia perempuan yang tidak elok..tak kisahlah..die elok perangai..atau tak elok perangai ke..tapi kamu takde hak untuk buat die macam tu..ia boleh menjatuhkan maruah perempuan tersebut..
Pelajar –pelajar terdiam..
“Baiklah..cikgu nak tanya kamu..
“Kamu ada mak???
“Ada cikgu..”
“Kakak.??
“Takde..”
“Adik perempuan??”
“Ade..”
“Apa perasaan kamu..kalau ada lelaki yang buat mcam tu pada ibu kamu,kakak atau adik perempuan kamu??”
“Kamu suka??”
“Tak cikgu..”
“Bagus!mcm tulah juga bila kamu phewit-phewit pada seorang perempuan yang mungkin kakak atau adik perempuan orang lain..kamu lelaki..kamu sepatutnya melindungi maruah perempuan..bukan menjatuhkan maruah mereka..”
“Lagipun..apa motif sebenar kamu buat mcm tu??..supaya nanti dia pandang kamu?? dan kemudian..biar dia toleh..mesti kamu akan cakap..mereka perasan kan??
Pelajar-pelajar terdiam..mungkin cuba memikirkan apa yang aku katakan..
“Ok class..kamu boleh sambung membaca..cikgu harap..perkara ini takkkan berulang lagi..”
……………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tanggungjawab aku menegur apa yang patut..tak kisahlah sama ada kesalahan itu dari pelajar lelaki atau pelajar perempuan..tugas aku bukan sekadar menyampaikan ilmu..tapi juga mendidik mereka ..
…………………………………………………………………………………………………………….
Sekarang..kita bukan lagi berada di zaman jahiliyah..zaman dimana maruah wanita tiada harganya..zaman dimana anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup..kita bukan lagi berada di zaman yang mana perempuan dianggap sial dan menjadi symbol seks semata-mata..
Tapi,sekarang adalah zaman dimana martabat wanita diangkat selepas kedatngan Islam..Malahan terdapat banyak firman-firman Allah yang menceritakan tentang kaum Hawa ini..Cuma persoalan disini..ialah..sama ada wanita-wanita zaman sekarang tahu menghargai anugerah yang Allah beri ini..atau mahu kembali seperti zaman Jahiliyah??dan bagi kaum Adam pula..andai kamu benar-benar lelaki..kamu seharusnya tahu akan tanggungjawab kamu melindungi maruah seorang wanita..
Aku ingin berkongsi cerita…
…………………………………………………………………………………………………
Mungkin..sudah kelebihanku..dianugerahkan Allah enam orang adik lelaki..aku begitu tersentuh dengan adik-adik lelakiku yang aku rasakan tahu menjaga maruah dan melindungi kakaknya ini..
Hari itu..aku..adik lelakiku Iqram yang belajar di politeknik dan adik lelakiku Irim yang belajar di UKM..balik bersama dengan menaiki kete..kami singgah sebentar untuk makan..oleh kerana aku kakak..maka semstilah aku yang membelanja..
“Semuanya RM30..”kata pekerja yang mengira..
Aku menghulur RM50..
“Jap ye..saya ambil duit baki..”
Aku menggangguk..
Takpe ke angah tunggu sini??”
“Takpe..irim dan abang masuklah kete dulu..”
Tiba-tiba..adik irimku datang semula..
“Kenapa irim??”
“Yelah..angah sorang-sorang..lambat pulak orang tu pulangkan duit baki..”
Aku tahu..adikku rasa bertanggungjawab menemanku..tambahan restoren itu agak terbuka..dan ramai orang..
Tidak lama kemudian..pekerja itu datang dengan dua keeping not RM10..
“Saya beli ye semua..Terima kasih”
“Ye..saya jual..sama-sama..”
Aku dan adikku menuju ke kete dan meneruskan perjalanan..
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Peristiwa kedua
Satu hari..aku mengikut dua orang adik lelakiku ke cyber café..untuk mengisi borang UPU secara online permohonan adikku yang sedang menunggu result STAMnya..iaitu adikku Asraf yang baru menamatkan pelajarannya di Maahad Johor..Setelah selesai.. kami pulang ke rumah..dalam perjalanan..adik2ku mahu singgah di gelanggang futsal tempat dua orang lagi adik lelakiku bermain futsal..
“Takpelah…korang g lah..tapi,jangan lama..angah duduk dalam kete..”Malu jugak aku kerana disitu semuanya lelaki..memang tak manis aku datang ke situ..”
Tiba-tiba..adik lelaki Hakim datang ke arah kami..”
“Kenapa irim tak hantar angah balik dulu??”Kenapa bawak angah kat tempat ramai lelaki??”suaranya agak keras..
Diantara empat orang adik-adik lelakiku itu..dia yang termuda..Abang-abangnya terdiam..mungkin mereka baru tersedar tak elok kakak mereka dibawa di tempat sebegitu..Terharu aku dengan sikap adikku itu..dia begitu menjaga aku..adikku Hakim belajar di SMKAP..bekas ketua pelajar disekolahnya..sedang menunggu result SPM..aku dan adikku itu memang selalu berbual tentang agama bersama..
“Akim dengan abang naik moto tadi kan??”Takpelah..biar angah naik moto..
jarak dari gelanggang futsal ke rumahku tidak berapa jauh..
“Takpe ke angah balik sorang naik moto??”
“Takpe..insyaallah..boleh..” Taknak pulak aku menggangu adik-adikku bermain..biasalah..adik-adik lelaki..memang kuat bermain sikit..lagipun rumahku dekat aje dari situ..
Aku pun terus pulang ke rumah dan memberitahu ibuku yang adik2 yang lain main futsal..mereka balik lambat sikit..
Pembaca yang dirahmati Allah,
Ana menceritakan kisah ini bukanlah untuk memberitahu kalian akan perihal adik-adik lelaki ana..yang ana rasakan bisa melindungi kakaknya..ana percaya andai kalian punya abang atau adik lelaki..atau kalian sendiri adalah seorang abang,atau adik lelaki yang punya adik perempuan..kalian akan bertingkah yang sama..
Ana mahu menyeru kepada semua..terutamanya kaum Adam..LINDUNGILAH MARUAH WANITA..Sepertimana kamu menjaga ibu,kakak atau adik2 perempuanmu..maka jagalah juga maruah wanita-wanita di luar sana..jangan sesekali kamu melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan dan mencemarkan maruah dan harga diri seorang wanita..
Tahukah kalian..betapa kurangnya ar-rijal yang bisa melindungi maruah seorang wanita ketika ini??Sedangkan tika dulu..andai sesuatu berlaku pada seseorang wanita..semua lelaki terus bangkit membela..Tapi kini..
Sama-samalah kita fikirkan…

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’:34 yang bermaksud

Laki-laki itu pemimpin bagi perempuan,kerana Allah telah melebihkan sebahagian dari yang lain dan kerana laki-laki telah menafkahkan sebahagian dari hartanya……

Monday, February 22, 2010

BELAJARLAH DARI PENGALAMAN..


Assalamualaikum buat sekalian pembaca..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..sebenarnya,ana tiada kelas pada hari ini..kebiasaannya, luangan masa ana isi untuk mencari bahan-bahan pengajaran dari internet..atau sesekali menjengah ke blog-blog rakan..
Ana baru selesai membaca blog ummu saif..perkongsian pengalamannya yang pernah stress sewaktu menjaga anak semasa ketiadaan abu saif begitu mendorong ana untuk berkongsi cerita..ye..pengalaman sewaktu ana menjaga buah hati ana Muhammad Hazim Izzafran..
Tugas menjaga dan mengurus anak bukanlah sesuatu yang mudah..benar!bilamana kamu sudah bersedia menjadi seorang suami atau isteri..maka haruslah juga kamu belajar menjadi seorang ibu atau bapa..dalam menyelusuri alam rumah tangga terlalu banyak dugaan yang bakal ditempuhi..tambahan andai sudah punya anak..tanggungajawab itu lebih besar..segala-galanya menuntut kesabaran dari suami atau isteri dan dalam masa yang sama sebagai seorang ibu atau bapa..kerenah anak yang pelbagai tambahan dengan keadaan si ibu atau si ayah yang berkerja semestinya benar-benar menguji diri..

Pada pertengahan bulan Januari yang lalu,Along ana telah ditugaskan di kem PLKN yang terletak agak jauh dari rumahnya di Changkat Keruing..manakala suaminya pula iaitu abang long ana pula terlibat dengan pertandingan kapal layar yang memerlukan untuk berjauhan dengan keluarga selama hamper dua minggu..Berjauhan buat seketika dengan keadaan kita yang masih punya anak yang perlu diberi perhatian dan dijaga semestinya menuntut tolak ansur antara suami dan isteri..kemana anak mahu dihantar??siapa yang harus mengurus rumah??isteri..ya!isteri..kerana itu wanita zaman sekarang seharusnya belajar untuk berdikari..perkahwinan bukan sekadar untuk kita bermanja-manja kerana punya suami yang setia menjaga dan melindung..tetapi ada masa dan ketikanya suami dan isteri berjauhan..dan disitulah kesabaran seorang isteri atau ibu teruji..
…………………………………………………………………………………………………..
“Boleh ke angah jaga hazim??”Tak takut sorang-sorang??” Tanya ibuku kepadaku..
“Insyaallah mak..angah rasa angah boleh..lagipun, along balik selang sehari..”

Ibu dan ayah ana sebenarnya risau kerana ana perlu menjaga si buah hati ana sorang diri..takut apa-apa berlaku tiada yang dapat membantu..

Memang pada awalnya timbul juga rasa takut dihati ana..tetapi,memikirkan quarters rumah along yang berkembar dan jarak antara rumah-rumah juga tidak jauh..ana rasa tiada masalah untuk ana menguji diri..sejujurnya,ana memang seorang yang suka mencabar diri..kerna ana mengajar diri ana untuk belajar dari pengalaman…kita takkan bisa merasa andai hanya tahu berkata-kata melainkan kita sendiri melaluinya..kita takan tahu dimana kekuatan dan kelemahan kita andai kita tidak pernah mengujinya..
Ahad, 10 Januari 2010
Seawal jam 7.30pagi ,bermulalah tanggungjwab ana menjaga buah hati ana..sewaktu mamanya sudah bersiap sedia ke kem dengan menaiki skuternya..hazim sudah jaga dari tidurnya..along ana bercakap-cakap dengan anaknya..

“Hazim tinggal dengan mak ngah ye..Mama nak gi keje..Hazim jangan nangis ye..”
along ana mencium anaknya yang didokong oleh ana tika itu..
oleh kerana along ana punya anak maka diberi keringanan untuk balik ke rumah selang sehari..itu bermakna ana perlu menjaga hazim dan tidur bersamanya malam ini..dan keesokan petangnya..pukul 6.00petang along ana akan balik ke rumah..bermalam di rumah..dan keluar semula keesokan pagi..begitu rutin yang perlu diulang sehingga hari jumaat ini..
Sewaktu melihat mamanya menaiki moto hazim sudah resah..
Waktu itu hati ana sudah terdetik..
Ya Allah..janganlah hazim menangis..
Along ana terus berlalu pergi..Pada awalnya hazim seakan hendak menangis tapi ana membawanya berjalan seketika dan menyuruhnya melambai pada ibunya..dan Alhamdulillah..hazim tidak menangis..ana tahu buah hati ana mengerti apa yang diperkatakan ibunya sebentar tadi..
…………………………………………………………………………………………………………
Pagi itu ana melayan hazim bermain..Hazim kini sudah berumur hamper 1tahun 4bulan..sudah pandai berjalan..kebiasaannya anak-anak sebesar ini sudah pandai bermain sendiri tapi perlu juga ada yang memerhati..khuatir juga andai bermain sorang-sorang mereka terjatuh atau sbagainya..sesekali ana memasang VCD lagu kanak-kanak dan VCD ABC dan 123..Hazim sangat suka mendengar lagu kanak-kanak itu..dia menari-nari mengikut lagu..sambil menggoyang-goyang tangannya..kadang2 aku mengikut gerak hazim..sengaja aku berbuat begitu..
Lebih kurang dalam pukul 9 aku memandikan hazim..
…………………………………………………………………
“Kite mandi ye hazim..”
Hazim kumenurut seakan faham..aku menanggalkan pakaiannya dan membawanya ke bilik air..selesai mandi aku bermain dengannya..sebenarnya aku risau tinggalkan dia bermain sorang-sorang..tambahan pulak hazim sudah pandai memanjat meja..bila aku suruh die turun..lagi menari-nari di atas meja..mungkin die suke agaknya..tengok mak ngah dia ni risau takut die jatuh..huhu..
Pukul 10.30pagi hazim mula menunjuk tanda-tanda hendak tidur..aku membuat susu untuknya dan memasukkanya ke dalam buai..
Sewaktu hazim tidur inilah aku membasuh baju..membersihkan diriku..mengemas rumah dan mula untuk memasak..sesekali aku menjenguk ke dalam bilik..khuatir hazim menangis..
Hmm..apalah agaknya yang aku nak masak hari ni..aku melihat ke dalam peti ais..ada beberapa ekor ikan pelaling..takpelah..hari ni..aku masak singgang dan goreng telur..sekalipun hazim sudah boleh makan nasi dan lauk2..tapi,lauk yang dimasak juga hendaklah sesuai dengan selera budak..contohnya,singgang atau sup..
Buah hatiku seorang yang pemakan..tidak cukup sekdar makan nasi..dia sangat suka makan kerepek pisang yang opahnya buat..cococrunch,dan biskut coklat..tapi,oleh kerana along dan abang long tak ajar anaknya makan coklat kerana takut gigi anak rosak maka coklatnya kubuang..
"Nak..nak.."kata hazim sambil menunjuk2 jarinya ke arah meja tempat biskut itu kuletak..
Hazim baru hendak belajar bercakap..perkataan yang pendek2..tapi yang paling aku gembira..dia sudah pandai memanggilku..”mak ngah..”cume kadang kala mak itu tidak berbunyi..jadilah “ngah..”ngah..ngah..”panggil hazim padaku..selagi aku tak menyahut..selagi itulah dia memanggil..
Tidak lama kemudian,,hazim bangun..alhamdulillah.. sempat aku selesai memasak..
“Kita makan nasi ya hazim..”
Aku pun menyuap hazim makan..alhamdulillah..dapat lima suap..budak2 sebesar ini agak susah untuk disuruh makan..tak mengapa kalau mereka makan sedikit satu-satu masa..nanti..kita suap lagi..itulah pesan along padaku..
Masa hazim banyak diluang dengan bermain dan tidur..Cuma bila aku hendak solat aku akan menutup pintu bilik..takut kalau dibiarkan seorang diluar..bila aku hendak solat..aku menyuruh hazim mengikutku..hazim sudah pandai takbir dan sujud..tertonggenglah sikecilku itu dihadapanku yang sedang solat tika itu..itulah anak-anak..telatah mereka mencuit hati kita..
aku teringat betapa pengasihnya baginda Rasulallah SAW sewaktu cucunya naik ke tengkuknya sewaktu baginda sedang solat..baginda tidak berganjak atau marah..tetapi membiarkan sahaja..demikianlah betapa pengasih dan penyayangnya junjungan besar kita..
Petang itu aku memandikan hazim..dan melayan bermain dengannya..ya Allah,permudahkanlah aku menjaga hazim malam ini..aku tidak lupa berdoa agar Allah memudahkan aku menjaga hazim..Pukul 8 aku sudah mula mahu menidurkan hazim..memang sudah kebiasaan dengan mamanya..hazim tido awal..Cuma bezanya jika mamanya ada.. mamanya akan menepuk-nepuk anaknya..hazim mempunyai masalah susah hendak tidur..dan tidurnya juga tidak lena..kerana itu juga pengasuh hazim surrender untuk menjaga hazim pada waktu malam..dan skrg ia menjadi tanggungjawabku..
“Hazim..tidur ye..”
Aku menutup lampu..meletakkan hazim di atas katil dan menepuk-nepuknya..tapi hazim tidak mahu..dia masih mahu bermain..nak tak nak..aku terpaksa melayan hazim bermain..
Tidak lama kemudian,hazim sudah mula mengantok..aku memasukkanya di dalam buai..setelah aku berzikir menidurkannya..alhamdulillah..buah hatiku terlena..
Aku terus menyiapkan tugasku yang terbengkalai..solat,melipat baju dan mengemas apa yang patut..Tepat pukul 10.30malam aku sudah masuk ke dalam bilik..satu masalah yang harus kulalui ialah bagaimana mahu mengangkat hazim dari buai..khuatir die tersedar..kalau tersedar..aku tahu dia pasti menangis krn tidurnya terganggu..
Aku mengangkat hazim perlahan-lahan dan Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..
Pagi itu,lebih kurang pukul 1.30pagi..hazimku bagi tidak lena..
“Ya Allah..kenapa pulaklah dengan buah hatiku ini..”
Aku melihat hazim tergaru-garu..mungkin ada nyamuk yang menggigitnya..kasihan buah hatiku itu..aku menyelimut hazim dan memeluknya dan mengibas-ngibas nyamuk2 kecil yang cuba menggigit buah hatiku itu..Kami terlena hingga ke pagi..

Isnin,11 Januari2010
sewaktu aku tersedar..jam sudah menunjukkan pukul 6.30pagi..cepat2 aku solat Subuh..khuatir buah hatiku itu terjaga sama..
Seperti yang dijangka tidak lama kemudian..hazim tersedar..aku membuat susu untuknya..selepas minum susu..hazim tersenyum..dia pergi ke bilik sebelah..disitu ada tilam yang dibentangkan..hazim sangat suka berguling di atas tilam itu..
“Ngah..ngah..”hazim ku memanggil..
“Ye..hazim panggil mak ngah..”
Aku pun masuk ke dalam bilik…membuat aksi seperti buaya..
”Haa..hazim..cepat lari..mak ngah nak gigit..”
berguling-gulinglah sikecil itu melarikan diri..hihi..
Aku menjalani kehidupan harianku seperti biase..bermain dengan hazim..memandikannya..memasak..membasuh baju dan mengurus rumah..pukul 6.00petang ni along akan balik..sebelum along balik..aku memasak sekali lagi..aku tahu along pasti tak larat nak memasak..sebelum along balik..semua sudah tersedia..kami makan bersama..
Gembira betul si kecil itu melihat mamanya balik..malam itu hazim tidur dengan mamanya dan aku dibilik sebelah..sengaja aku biarkan hazim melepas rindu pada mamanya..
……………………………………………………………………………………………..
Selasa, 12Januari 2010
Pagi-pagi lagi along sudah bersiap sedia ke Kem PLKN..Aku menyuruh along supaya berhati-hati dan ingat Allah sepanjang perjalanan..yelah..naik moto sorang-sorang di kawasan yang agak sunyi..bahaya tu..
Pagi tu hazim tidak menangis.. mungkin dia sudah faham mamanya terpaksa pergi..aku membawa hazim berjalan untuk membeli kuih..RM2 aku membeli kuih donat..Hampir 3biji kuih donat buah hatiku berjaya habiskan..
“Hmm..kuat makan betul anak sedara mak ngah ni..”
Tersenyum buah hatiku sambil menepuk2 tangannya bila aku suapkan dia makan.. sedang menyuap kuih,aku teringat yang hazim sudah 3hari tidak buang air besar..aku mula risau..aku pun menghantar mesej pada along supaya membeli buah pisang atau betik..khuatir hazim sembelit..
Tengah hari itu,aku perasan hazim mcm nak membuang..tapi,mungkin dia sembelit..aku pula yang mengajarnya meneran..dan akhirnya..alhamdulillah..dia membuang juga akhirnya..aku lihat..ada kemerahan pada najisnya..waktu tu aku tak syak apa-apa..cuma waktu tu aku terfikir..takkanlah lada..aku tak beri hazim makan mknn yang pedas2..cuma hazim menangis sewaktu aku membersihkan punggungnya..hanya pada hari sabtu,barulah aku tahu bahwa hazim berak berdarah..yang aku nampak itu adalah darah..patutlah dia menangis..kasihan si kecilku itu..

Petang tu aku membawa hazim bermain di luar..aku terserempak dengan pengasuh hazim yang juga tinggal di quarters itu..pengasuh muda yang berumur lingkungan 30-an itu m’offer diri untuk menjaga hazim pada waktu siang..tapi aku menolak..
“Takpe kak..biar saya jaga..”
Mak ngahnya ade..takkanlah aku nak serahkan anak saudaraku pada orang lain..sedangkan aku ada untuk menjaganya..
Cuma waktu tu malu juga aku kerana pengasuh menegur pampers hazim yang penuh..ya Allah..malu betul aku..tak perasan pula si buah hatiku itu kencing sewaktu aku membawanya keluar tadi..
Hari sudah semakin gelap..buah hatiku tidak mahu masuk rumah..aku terpaksa juga membawa hazim secara paksa..biarlah dia nangis seketika dari aku biarkan dia bermain sehingga hari sudah gelap..
Selesai memandikan hazim..solat..aku menidurkan hazim..hari ni hazim tidak lena tidur..mungkin kerana bermain di luar tadi..aku sudah berniat untuk tidak membawa hazim bermain di luar lagi..biarlah dia duduk di rumah bermain denganku..dari dia tidak lana tidur..

Rabu, 13 Januari 2010
Hari ni enth kenapa hazim tidak mahu tidur..kebiasaannya dia akan tidur semula dalam area pukul 10pagi..tapi,leka pula dia bermain kali ini..nak tak nak..aku terpaksa juga meneruskan kejeku..hazim melihat aku membasuh baju..sengaja aku membasuh menggunakan tangan..aku lebih selesa menggunakan tangan dari menggunakan mesin basuh automatic alongku..huhu..
Hazim mengikut aku masuk ke bilik air..dia melihat aku membasuh..membilas..memerah..dan meletakkan baju-baju yang kubasuh di dalam raga..Tengah hari itu..sewaktu aku sedang melipat baju..tibe2..hazim mengambil sehelai baju dan pergi ke dapur..aku pelik dengan kelakuan buah hatiku itu..
“apalah yang si hazim ni nak buat agaknya..”
Aku mengintai hazim di tepi langsir..
Tahukah kalian apa yang dilakukan oleh hazim??
Hazim pergi ke dapur sambil membuat action’memerah baju..kemudian baju itu diletakkan di dalam raga..
“Subhanaallah..cerdik betul buah hati mak ngah ni..”aku terus mendukung hazim dan menciumnya..
Itulah anak-anak..budak-budak sebesar ini..sudah pandai mengikut..apa yang dia lihat..dia akan cuba lakukan..malahan hazim juga sudah pandai menyapu sampah..dan yang terbaru..sudah pandai pula mengambil skop untuk memasukkan sampah..kerana itu bila kita sudah punya anak nanti..latihlah anak dari kecil untuk buat sesuatu yang baik..dan kita sendiri sebgaai ibu atau bapa..tunjukkan tingkah laku yang baik..kerana tingkah kita akan diiukti pula oleh anak-anak kita..
Petang itu..lebih kurang pada pukul 6,along sampai ke rumah..aku menceritakan along perihal anaknya,,tersenyum lebar along mendengar aku menceritakan kecerdikan anaknya..
Khamis, 14 Januari 2010
Awal pagi lagi along sudah bersiap ke tempat keje..rutinku bermula seperti biase..Malam itu,aku tidur bersama hazim..tiba-tiba pada pukul 4.00pagi..pintu rumah diketuk..aku sekdar mendiamkan diri..along sudah berpesan jika ada yang mengetuk pintu abaikan sahaja..pekerjaan along sebagai jururawat semestinya berdepan dengan keadaan itu..tapi,waktu tu bukanlah minggu along oncall..aku hanya mendiamkan diri..aku perasan yang mengetuk pintu rumahku adalah seorang lelaki cina kerana aku cam dari pelatnya..lelaki itu mengetuk lagi pintu sehingga hamper tercabut pintu rumahku..
“Ada orang ka??”
“Pemandu van mana??

Melihat keadaan yang agak genting kerana lelaki itu masih mengetuk2 pintu rumah..akhirnya..aku menjawab..
”bukan..bukan uncle..rumah yang kedua..”
Sepi……lelaki cina itu berlalu pergi..
berdebar juga aku sewaktu pintu rumah diketuk..khuatir andai orang-orang jahat yang datang..aku juga risau kalau buah hatiku itu terjaga..tapi,Alhamdulillah..hazim begitu lena tidur pada malam itu..mungkin kerana letih bermain..
Jumaat,15 Januari 2010
Hari ini adalah hari terakhir aku menjaga hazim..hazim sudah semakin ligat sekarang..aku perlu selalu memerhatikannya..tambahan hazim juga sebenarnya masih belum benar2 tegap berjalan..kadang2..tidak semena-mena dia jatuh sendiri..
Tadi..sewaktu sedang duduk..entah bagaimana agaknya kakinya terlipat..muka hazim tersemban pada tikar..menangis si kecil itu..aku yang tika itu sedang mengemas cepat2 memujuk buah hatiku itu..
“Siapa buat hazim??”
“Tikar buat hazim ye..”
“Meh!mak ngah pukul tikar ni..biase ye..buat hazim jatuh ye..”
aku memukul-mukul tikar yang tak bersalah itu..
Yelah..nak pujuk anak punya pasal..tapi,tektikku itu memang menjadi..hazim berhenti menangis bila melihat aku membuat action memukul-mukul tikar yang tak bersalah itu..hihi..Kadang2..tersenyum sendiri aku dibuatnya..tapi,itulah dia..yang perlu kita tahu..memang sesekali kita akan bertingkah seperti anak-anak sewaktu menjaganya..nanti..bila dah punya anak sendiri..kalian pasti lebih mengerti..
Petang itu..aku sudah siap memasak..siap memasak nasi,lauk-pauk dan aku membuat bihun sup..aku menghantar mesej pada along supaya tidak membeli apa-apa di pasar malam memandangkan aku sudah siap memasak..
Hari tu..buat kali pertamanya..hazim membuat aku menangis..selesai memandikan hazim..aku mahu memakainya baju..tapi dia tidak mahu..kemudian,dia membuat tumpah susu..dan kencing di situ..mungkin dia tak sengaja..tapi,suasana itu buatkan aku menangis..mungkin kerana aku sudah benar2 letih tika itu..

“Kenapa hazim buat mak ngah macam ni hazim..”
“Hazim tak sayang mak ngah ye??”

Aku bukan buat-buat menangis..tapi,waktu tu entah kenapa hati aku benar2 sedih..
Melihat aku yang menangis..hazim mungkin rasa bersalah..teruk betul umi ni kan??”
Aku terus membersihkan lantai yang sudah bercampur air susu dan air kencing buah hatiku itu..seterusnya aku membersihkan semula hazim..sengaja aku meneruskan tangisanku..aku pun mengambil pakaian hazim..dan menyarungkannya..kali ini hazim tidak lagi menolak..mungkin kerana dia melihat aku menangis..selesai aku memakai pakaian untuk si buah hatiku itu..aku menciumnya..
“Maafkan mak ngah hazim..”
Rasa bersalah pula aku..kerana buat buah hatiku begitu..apalah yang tahu budak sebesar itu..aku pula menangis di hadapannya..
Selepas bermain dengan hazim..aku menidurkannya.. Along tidak balik pada pukul 6petang seperti biasa kerana perlu membantu untuk persediaan hari keluarga pada pagi esok..pukul 10malam..barulah along sampai..aku dan along makan bersama sedang hazim sudah lena dibuai mimpi..
Sebenarnya,banyak lagi cite2nya tapi,terlalu susah untuk diceritakan disini..namun,pengalaman menjaga hazim begitu berharga bagiku..banyak yang aku belajar..tapi,apa yang aku benar-benar belajar ialah keikhlasan hati seorang isteri mahupun seorang ibu dalam menjalankan kewajipan dan tanggungjawab..andai tiada keikhlasan kita pasti akan rasa terpaksa melakukannya..tapi,dengan adanya keikhlasan..kita akan rasa bahagia melakukannya..Kesabaran juga sangat penting dalam kita menjaga anak-anak..andai tiada kesabaran..maka akan timbullah kes anak-anak didera atau sebagainya..kadang2..aku terfikir..bagaimana agaknya ibu menjaga kami 10beradik..tambahan kebnyakkan setahun sorang..tapi..itulah ibuku..
Alongku ada bercerita..selepas aku balik..hazim selalu masuk ke dalam bilik tempat kami selalu main bersama..tapi,saje mamanya buat-buat tak faham..sedih aku mendengarnya..Sabtu lepas..alongku datang bersama buah hatiku..terubat rasanya rindu di hati ini..entahlah.. berbeza benar rasanya perasaan bila sudah punya anak saudara..seolah-olah sudah miliki anak sendiri..

Tuhanku..andai satu hari nanti..aku menjadi seorang ibu..maka jadikan lah aku seorang ibu yang pengasih dan penyayang..


Sekian,perkongsian tak seberapa dariku..

Tuesday, February 9, 2010

"Tak nak gadoh-gadoh ye.."


Hari Rabu yang lalu ana masuk ke kelas 5 Teratai..menggantikan cikgu yang tidak hadir..Kehadiran ana disambut mesra oleh pelajar kelas itu..

“Cikgu..cikgu masuk sini ke??”
“Haah!cikgu masuk sini..”
“Yeye..cikgu masuk sini..
(Aku tersenyum melihat gelagat pelajar-pelajarku..)
“Nama cikgu..cikgu Umira bInti Mohamad..boleh panggil cikgu umi..Cikgu,cikgu praktikal kat sini..dari UPSI..”
Oooo..dari UPSI..”
“UPSI tu kat Tg.malim kan cikgu..”

“Ye saye..kat tanjong Malim..”
“Cikgu..cikgu dah kawin ke??”
“Belum..cikgu belum kawin lagi..
“Umur cikgu??
“Umur??berapa yek!!cikgu tak ingatlah..ana tersenyum..
................................................................................................................

Ana berbual-bual dan berkenal-kenalan dengan pelajar..dalam keadaan kelas waktu tengah hari ..ana tak fikir pelajar punya semngt untuk belajar..kelas itu tidak terlalu ramai..lebih kurang 20 orang ana kira..ada 4orang pelajar cina..8 orang pelajar india dan selebihnya pelajar melayu..

“Emm…Kita main teka-teki nak??”
“Nak..nak..pelajar menjawab laju..”
“Hmm..awak sume ni..kalau main memang laju..”
“Baiklah..cikgu nak tanya kamu..banyak-banyak air..air apa yang pelik…”
(Pelajar-pelajar menunjukkan reaksi sedang berfikir..)
“Emm..air kencing..
aku diam..
“Air mata cikgu..”
“Haaa..betul air mata..pandai kamu…”
“Tapi..kenapa air mata pelik cikgu??”
“Haaa..kan kamu dah pelik..aku tersenyum memandang pelajar-pelajarku..”
“hahahaha…
pelajar ketawa..
“Kamu faham tak??”
“Faham cikgu..faham..teka-teki nak mengenakan orang..”
“Hmm..tau takpe..”
“K,lah..sekarang waktu mata pelajarn apa yek??
“Matematik..
" ooo..matematik..Matematik kamu ok??sains??
Entah cikgu..tak ok..”
“Hmm..kamu dah nak SPM..kene sedia dari awal..”
Sedang ana berbual-bual dengan pelajar dihadapan..ana perasan ada adegan yang tidak enak berlaku..

“Ko ingat ko besar sangat..”
“Ko tu..ko ingat ko besar sangat ke??


Aduhai..apa plak yang besar2 ni..

“Kenapa ni??hmmm…??

“ Dia tu cikgu..dia ingat dia besar sangat..kata seorang pelajar Melayu yang duduk di belakang..
“Dia tu cikgu..dia yang ingat die besar sangat.."
pelajar India pula menjawab..sudah siap sedia berdiri untuk berlawan..

Ana sendiri tak tahu dimana silapnya..tiba-tiba sahaja mereka hendak bergaduh..

“Hmm..tak nak macam ni..tak nak gaduh2..aku pergi di tempat duduk pelajar melayu itu dibelakang..

"Hakim..sabar..tak nak gaduh2..tak elok..jangan cari pasal dengan orang India.."

“Dia tu cikgu..”aku lihat muka pelajarku itu sudah merah padam..” hmm..berani betul budak ni..

Ana cuba pula sabarkan pelajar india yang sedang berdiri bersedia untuk bergaduh..

“Hmm..kan elok main teka-teki dengan cikgu tadi..tak nak gaduh2..dah ye..duduk ye..

Alhamdulillah..selepas ana cuba sabarkan.. pelajar-pelajar itu mula bertenang..ana tahu..kalau ana tak cuba untuk sabarkan..perkara yang lebih buruk akan berlaku..

Pada mulanya timbul juga rasa takut …yelah..ana ni kecik..nak sabarkan dua lelaki yang sedang bersiap sedia untuk bergaduh??hmm..bahaya tu..

Ana cuba menarik hati pelajar india yang sedang panas..tadi,dia suka dengar ana bercerita..skrg,dia sudah diam..mungkin menahan marah..

“Hmm..dah masam dah kawan kamu..”
Pelajar India itu memandang aku dengan senyuman tawar..

Aku memandang pula pelajar melayu tadi..pelajar itu juga masam..

Aku mula bercerita untuk menukar suasana yang tegang itu..

“Hmm..awak semua tahu tak??orang kata..anak pertama umpama tanah tau!anak kedua air..anak ketiga api dan anak ke-4 angin..
“Ooo..macam tu ke cikgu…”
“Tanya seorang pelajar India perempuan yang duduk di barisan hadapan dengan pelat..”
Haah!
“Kalau anak kelima cikgu??
“Kalau anak kelima..kita pusing balik..jadi..tanahlah..
Anak pertama ni diumpamakan seperti tanah..seorang yang pandai berdikari..
Anak kedua cikgu??tanya pelajar India yang mahu bergaduh tadi..
“Anak kedua ni jenis lembut hati..umpama air..
“Kamu anak ke-2 ke??
Haah!saya anak kedua..
“Hmm..kalau mcm tu..kamu tak leh marah-marah ye..kene sabar..
Sabar-sabar mereka pijak kepala cikgu..”
“Aku tidak tahu mahu jawab apa..aku hanya terdiam..
"Sabar..sabar..dan sabarlah.." hanya itu yang mampu aku lafazkan..

“Tidak lama kemudian loceng berbunyi menandakan tamat masa pertama..

Dalam perjalanan aku mula berfikir kejadian tadi..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Rupa-rupanya peristiwa yang berlaku minggu lepas..tidak berakhir hanya disitu..ketegangan antara peljar Melayu dan India agak ketara..mungkin ini adalah salah satu konflik yang dialami bagi sekolah-sekolah yang mempunyai campuran pelajar Melayu,cina dan India..
Sewaktu aku menggantikan kelas Tingkatan 3 semalam..aku dapat lihat ketidakserasian antara pelajar-pelajar Melayu dan India..

....................................................................................................................
“Pelajar cina di kelas kamu ada 4orang je yek??
“Haah cikgu..4orang..”
“Pelajar India??”
“Pelajar India pun 4orang..”
“Kamu tak kawan dengan mereka ke??
Aku perasan pelajar cina dan india duduk dibahagian belakang..
“Tak cikgu..kami anti mereka..”
“Laaa..kenapa plak mcm tu..”
“Mereka tu cikgu..buat masalah je”
“Hmm..jangan mcam tu..kita orang Islam..kita kene tunjukkan contoh yang baik pada orang bukan Islam..tak nak gaduh2..marah2..nanti..orang bukan Islam fikir..orang Islam ni macam ni..macam ni..suka gaduh..atau sebgainya..Kawan baik2 dengan mereka..nanti..boleh kita dakwah mereka masuk Islam..kan??
Pelajar-peljar diam..mungkin cuba memikirkan apa yang ana cakapkan sebentar tadi..
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Hmm..tulah antara pengalman yang ana dapat..pengalman menyabarkan pelajar bergaduh..bukan mudah untuk menjadi seorang guru sebenarnya..kita perlu arif dalam serba-serbi..ada kalanya kita bertingkah umpama seorang ibu atau bapa...yang mengambil berat sakit pening pelajar...ada masanya kita umpama seorang kounselor..yang meniupkan semangat dan azam..memberi nasihat penuh berhikmah..ada masanya kita bertingkah ibarat seorang kakak..menegur si adik yang nakal..Namun..apa yang paling penting..kalau kita mahu pelajar menghormati kita..kita dulu yang perlu belajar menghormati diri kita sendiri dan menghormati pelajar..Ikhlaskan hati dalam mendidik dan insyaallah..Allah akan permudahkan..siapapun pelajar kita sama ada mereka sesama saudara Islam atau tidak..namun,adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka menjadi seorang manusia..

k,sampai sini dulu untuk perkongsian kali ini..insyaallah..cerita lain menyusul nanti..

Tuhanku..permudahkan urusanku..menjadi seorang guru keranaMu..

Sunday, February 7, 2010

GURU KENCING BERDIRI..ANAK MURID KENCING BERLARI???


Biasakah kita mendengar ungkapan di atas???




Ana percaya..kita semestinya familiar dengan peribahasa tersebut..dan semestinya cukup memahami makna peribahasa di atas..

Peribahasa ini mencerminkan keperibadian seorang guru yang tidak baik itu semstinya akan melahirkan pelajar yang mempunyai peribadi yang tidak baik atau mungkin lebih buruk dari itu..Kelakuan kencing berdiri itu sudah kita ketahui merupakan sesuatu yang tidak elok..inikan pula kencing sambil berlari..

ya!Inilah lumrah kehidupan..inilah realiti yang sebenar..
Analoginya cukup mudah..ia ibarat si ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus..sedang dia sendiri ke kiri-ke kanan sewaktu berjalan..

Jadi..bagaimana si ibu ketam yang berjalan bengkak bengkok ini bisa mengajar anaknya berjalan lurus??

Atau bagaimana pula seorang guru yang punya akhlak yang tidak baik dengan digambarkan dalam keadaan kencing berdiri ini bisa membentuk diri pelajar agar menjadi baik sedang diri sendiri belum terbimbing??

YA!Jawapannya hanya satu!!

Guru itu dulu perlu belajar untuk kencing sambil duduk..dan si ibu ketam itu dulu perlu belajar bagaimana hendak berjalan lurus..agar akhirnya..lahirlah si anak ketam yang pandai berjalan lurus kerana diajar oleh siibu ketam yang tahu berjalan lurus dan lahirlah juga pelajar yang terbimbing..kerana dibimbing oleh guru yang juga terbimbing..

Bagaimana pula kalau guru itu mahu terus kencing berdiri???

"alah..aku ni guru..kamu tu murid..guru takpe.."

................................................................................................

Andai semua ini diteruskan..maka akan timbullah pula situasi ini..

"Alaa... cikgu pun merokok..apa salahnya kita merokok.."

"Cikgu pun pakai tudung singkat..takpelah kita pakai tudung singkat.."

"Cikgu pun dating..apa salahnya kita berdating.."

...............................................................................................

Lihat sahabat-sahabatku..betapa besar peranan seorang guru..andai kita benar-benar memahami akan tanggungjawab dan amanah yang terpaksa dipikul oleh kita..percayalah kita akan malu sendiri..tugas seorang guru itu bukan sekadar menyampaikan ilmu tapi lebih dari itu..pandanglah-pandanglah diri sendiri..tanya sama hati..ya Allah,apa aku layak untuk bergelar seorang guru??andai terasa ada kekurangan..maka ayuh!!kita perbaiki diri..semoga kita dapat melahirkan para pelajar yang terbimbing..berkat dari doa seorang guru yang juga terbimbing..
........................................................................................................

Sekadar perkongsian..

Kenangan sewaktu membantu di dalam 'KEM PEMANTAPAN IBADAH' ..