Thursday, July 30, 2009

JANGAN TUNGGU HINGGA MEREKA SUDAH TIADA..


“tolong ambik air untuk ayah..”jerit ayah dari dalam bilik kepada kami adik-beradik..waktu tu ayah tengah demam..demam panas..kasihan ayah..

”ambik air..”jerit ayah sekali lagi..

Ayah memang marah kalau kami lambat..kami adik beradik sudah dididik untuk cergas membuat kerja..

Aku melihat adik-adikku tiada yang menunjuk reaksi untuk bangun..aku yang waktu tu tengah melipat baju terus ke dapur mengambil air..tidak lama kemudian,aku masuk ke bilik tempat ayah berbaring sambil membawa segelas air..

“ayah..air..”
Ayahku tidak menunjukkan sebarang respons..
“ayah..air ayah..”
Sekali lagi ayahku senyap sahaja..matanya tertutup rapat..aku dapat lihat wajah ayah..tenang dan seolah-olah tersenyum..
Ya Allah..ayah merajuk ke??
“ayah..ayah..aku menggoncang tangan ayah..tapi,ayah masih macam tu..
Ya Allah..kenapa dengan ayah ni..dadaku berdebar..aku cuba untuk tidak menggelabah kerana aku khuatir adik-adikku yang lain risau..
“mak..mak..ayah..aku memanggil mak..
Makku datang dan mengejut ayah..
“abang..bangun bang..nom ni..(nom panggilan manja ibuku..)
Ayah senyap..
“abang..janganlah bergurau..ibu menggeletek ayah..ibu kata ayah memang suka bergurau dengan ibu..pura-pura mati..
Tapi,sekalipun ibu menggeletek ayah..tapi,ayah tetap mcm tu..
“ya Allah..ayahku dah takde ke ya Allah..air mataku sudah hamper mengalir..baru sangat ayah meminta air tadi..takkan ayah dah takde ya Allah..tiba-tiba rasa bersalah menyelinap dalam diriku..bersalah kerana lambat ambil air..dan kerana aku tidak mengurut ayah tadi..sewaktu adik-adikku semua mengurut ayat krn terlalu sibuk dengan persediaan untuk tesisiku..”ya Allah..derhakakah aku..ampuni aku ya Allah..panjangkan umur ayah..
Ibu menggoncang ayah dengan kuat..
“abang…bangun bang..”
Ibu cuba mendudukkan ayah..
“abang..bangun!!ibuku hamper menangis..
Tak lama kemudian,ayahku tersedar..
“ Lailahaillah..Muhammadurrasulallah..” Ayahku mengucap panjang..
“Ayah dah nak hilang dah tadi..

Ya Allah ya Tuhanku..Engkaulah Yang Maha Berkuasa atas sesuatu ya Allah..kami sekeluarga mengucap syukur bila melihat ayah tak apa-apa..bayangkan sahabat2ku ayahku tak bernafas dalam masa yang agak lama..aku perasan krn aku dapat lihat dada ayahku yang tidak berombak..Maha suci Engkau ya Allah yang Maha Tahu akan segala yang berlaku..
Saudara-saudaraku, peristiwa diatas adalah peristiwa benar yang berlaku pada ayah ana..peristiwa ini berlaku sewaktu cuti semester yang lalu..iaitu pada bulan Jun..ana menceritakan kisah ini kembali bukan untuk kalian memikirkan apa yang berlaku pada ayah ana sebenarnya..tapi, untuk ana berkongsi pengalaman dan perasaan ana tika itu..andai benar nyawa ayah ana dicabut tika itu..maka analah yang akan cukup menyesal tika itu..sama-samalah kita mengambil iktibar supaya kita lebih tahu untuk menghargai ibu dan ayah kita..
JANGAN TUNGGU HINGGA MEREKA SUDAH TIADA..
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Sebagai anak, kita mempunyai tanggungjawab yang terpikul dibahu kita terhadap mereka..Sekalipun telah bersuami ataupun beristeri, namun tanggungjawab itu tetap perlu dijalankan..Tanggungjawab ini bukan hanya tertakluk semasa mereka masih hidup tetapi juga tanggungjwab selepas mereka meninggal dunia..

Saudara-saudaraku,
Ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh mereka terhadap kita sejak dari kita masih di dalam kandungan lagi. Maka hendaklah kita sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahqaf yang bermaksud:

Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, mengandungnya sampai menyepihnya adalah 30bulan. Sehingga apabila telah dewasa umurnya sampai 40tahun ia berdoa. Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatmu yang Engkau telah berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhoi berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang –orang yang berserah diri.

Setiap manusia punya perasaan dan hati budi. Begitu juga ibu bapa..mereka juga punya perasaaan tersebut. Maka sebagai anak, kita perlulah berlemah-lembut dan berbudi bahasa ketika bercakap dengan mereka. Dengan sifat lemah lembut serta berbudi mulia ini akan menambat hati ibu bapa serta mewujudkan ketenteraman dalam diri mereka..Dalam hal ini ana mahu mengajak kalian untuk sentiasa berbudi bahasa bukan sahaja dengan ibu dan ayah kita..tetapi juga kepada semua yang bergelar ibu dan ayah..

Sabda Rasulallah SAW:

Seorang lelaki berkata kepada Nabi. Saya mahu berjihad. Baginda bertanya: Adakah engkau mempunyai kedua ibu bapa??Jawabnya ada. Kata baginda lagi: Kepada keduanya patut kamu berjihad.(Riwayat Al-Bukhari)

Suadara-saudaraku,
Hadith sahih diatas menjadi bukti Rasualallah SAW sendiri mengarahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita sehinggakan baginda menyuruh lelaki tersebut berjihad kepada kedua orang tuanya..tapi, ana tidak boleh mentafsir hadith ini sendiri kerana ana tidak membaca sebab nuzulnya..cukup untuk kita melihat mungkin..keutamaan kepada lelaki ini waktu itu lebih kepada berjihad kepada ibu bapanya dripada berjihad di medan perang..

Selain berbuat baik dan berlemah lembut dengan ibu bapa, sebagai anak, kita juga bertanggungjawab untuk berkorban kepada mereka dengan harta benda. Pengorbanan harta benda ini bermaksud seorang anak berbelanja untuk keperluan ibu bapa. Selain daripada itu, menjadi tanggungjawab anak juga untuk menjaga ibu bapa. Anak yang soleh sanggup mengorbankan harta benda untuk mendapatkan penjagaan yang terbaik bagi kedua ibu bapa.

Rasulallah SAW bersada:
Engkau dan harta engkau untuk bapa engkau.(Riwayat Abu Daud, al-Nasai dan Al-Tirmizi)

Seabagai anak juga kita hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka dunia dan akhirat..jangan sesekali kita lupa untuk mendoakan mereka setiap kali selesai solat..

Saudara-saudaraku,

Tanggungjawab seorang anak itu bukanlah hanya ketika hidup mereka sahaja tetapi juga setelah ketiadaan mereka. Hubungan anak dengan ibu bapa adalah hubungan yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Sebagai anak, kita masih punya tanggungjawab sekalipun setelah ketiadaan mereka. Ini menunjukkan bahawa Islam mementingkan tanggungjawab kehidupan di dunia dan akhirat.

Antara tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang anak yang soleh adalah seperti berdoa kepada keduanya sebagaimana sabda Rasulallah SAW :

Apabila mati anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang berfaedah atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.(Riwayat Muslim)

Selain berdoa, sebagai anak juga kita bertanggungjawab menziarahi kubur ibu bapa kita, melaksanakan janji(nazar) jika ada dibuat oleh kedua ibu bapa semasa hidup, menghubungkan silaturrahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqada’kan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca Al-Quran dan melunaskan hutang piutang yang belum dilunaskan semasa hayat kedua ibu bapa kita.

Semua ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjwab seorang anak terhadap kedua ibunya sekalipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini..

AKIBAT ANAK DERHAKA

Bilamana kita melihat keadaan di sekeliling, pasti kita sedar betapa banyaknya kisah-kisah yang melibatkan anak derhaka..anak-anak zaman sekarang sudah hilang rasa hormat pada kedua orang tua mereka..mereka sudah tidak segan-segan untuk meninggikan suara kepada ibu bapa yang selama ini telah membesarkan mereka malahan ada yang lebih teruk bila ada anak yang sanggup memukul ayahnya hanya kerana marah kepada si ayah yang berkawin dua..”ya Allah..anak apakah ini??Setelah hamper 21 tahun si ayah menyara sianak dan oleh kerana satu kesilapan si ayah..anak terus hendak membenci??sanggup memukul ayah??membuat laporan untuk memenjarakan ayah??

Saudara-saudarku, apa yang ana ceritakan adalah kisah benar yang berlaku..banyak2 lagi kisah-kisah yang menggambarkan kelakuan anak-anak zaman ini yang sudah hilang rasa hormat kepada ibu bapa..namun, itulah hakikat yang berlaku pada msyrkat kita hari ini..

JANGAN TUNGGU HINGGA MEREKA SUDAH TIADA duhai anak..bilamana mereka sudah tiada..keluar air mata darah sekalipun..sudah tidak ada gunanya lagi.. Janganlah kita sibuk mempertikaikan kesilapan ayah atau ibu kita..tapi apa yang paling penting..kita sendiri sebagai anak perlu tetap taat dan berbuat baik kepada mereka selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan sesuatu yang melanggar hukum Allah..andai mereka melakukan dosa dan kesilapan maka doakanlah untuk mereka agar mereka kembali ke pangkal jalan..teruslah berbuat baik kepada mereka agar dengan kebaikan itu kita bisa melembut hati yang keras..kerana itulah tanggungjwab kita sebagai anak..

Ingat!!Walaupun sudah mempunyai keluarga sendiri , kita wajib mentaati dan menghormati kedua ibubapa kita. Anak yang tidak mentaati kedua ibu bapa dianggap anak yang derhaka. Amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak mendapat ganjaran. Perbuatan baik sepanjang hayat pun mungkin akan menjadi sia-sia sahaja andai kita derhaka kepada ibu bapa kita. Dalam kehidupan berkeluarga pula, redho ibu bapa itu adalah sangat penting kerana tanpa keredhoan mereka berdua, hidup kita tidak akan diberkati Allah.

Sabda Rasulallah SAW:

Redho Tuhan tergantung pada redho dua orang tua, dan murka Tuhan bergantung pada murka orang tua. (Riwayat Al-Hakim)

Akibat penderhakaan kepada ibu bapa, seorang anak tersebut menanggung dosa serta dilaknat Allah kerana kesalahan menderhaka kepada ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar. Begitu juga anak-anak tidak sewajarnya mengejek atau menghina ibu bapa orang lain. Akibatnya ibu bapanya pula akan dihina.

Sabda Rasulallah SAW:Bahawasanya Rasulallah SAW bersabda:” Di antara dosa besar adalah makian seseorang terhadap kedua orang tuanya!!” Mereka bertanya: Wahai Rasulallah, apakah seseorang memaki kedua orang tuanya” Beliau menjawab” Ya, ia memaki ayah orang lain,lalu orang lain itu memaki ayahnya, dan ia memaki ibu orang lain ,lalu orang lain itu memaki ibunya”(Riwayat Al-Bukhori dan Muslim)

Sidang pembaca yang dirahmati Allah, sekianlah sedikit olahan tentang tanggungjawab seorang anak yang ana olah dari buku’ Memasuki Gerbang Perkahwinan’ dan ana selitkan dengan kisah-kisah benar yang berlaku dlm kehidupan.. Bersama-semalah kita membentuk diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah kerana satu hari nanti..ingatlah..kita juga mungkin bakal bergelar ibu..bakal bergelar bapa..

Jangan jadi seperti Si Tanggang yang lupa daratan mahupun si Malin Kundang yang derhaka..Walau bagaimana sikap atau perangai mahupun keburukan ibu dan ayah kita..mereka tetap ibu dan ayah kita..yang penting sebagai anak, kita harus terus menjaga maruah mereka, sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka..dan terus menjalankan kewajipan sebagai anak.. Itulah bukti kamu anak yang soleh dan solehah.. Ibu bapa pasti punya keegoan mereka yang tersendiri..kerana itu kadang2 mereka sukar untuk menerima nasihat atau pendapat anak-anak..tapi, apa yang paling penting..kita sendiri sebagai anak..sebagai bakal ibu..bakal bapa..teruslah membentuk akhlak yang baik dalam diri kita..tanamkanlah dari sekarang..andai kita sendiri menjadi ibu atau bapa..niatkanlah krn Allah dan ia akan menjadikan kamu ibu dan bapa yang ikhlas dalam menjaga anak-anak..

Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon padaMu ya Allah..rahmatilah kedua ibu bapaku ya Allah..kurniakanlah kesihatan yang baik kepada mereka..murahkan rezeki ayahku ya Allah..kasihanilah mereka sepertimana mereka telah mengasihani aku sedari aku kecil..jadikanlah aku anak yang solehah ya Allah..agar aku bisa tetap mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat..
p/s: untuk bondaku Rosnah Bt. Hj.Mat Sah dan untuk ayahandaku Muhamad B. Hj. Hashim..semoga Allah merahmati hidup ayahanda dan bonda..hanya Allah yang Maha Tahu betapa anakanda menyayangi ayahanda dan bonda..terima kasih atas segala kasih dan sayang serta didikan yang telah bonda dan ayahanda berikan untuk anakanda selama ini..
hanya Allah yang bias membalasnya..

Tuesday, July 14, 2009

DUHAI AR-RIJAL..DUHAI AN-NISA'

hari ini ana ingin berkongsi cerita..cerita yang membuatkan darah ana sebagai perempuan menyirap melihatnya..tapi,itulah hakikat yang berlaku..apakah ini fitrah lelaki atau bagaimana??insyaallah,segalanya akan dirungkai disini..semoga ia menjadi pengajaran untuk kita semua..sama ada bagi kaum ADAM.. mahupun kaum HAWA..

Kisah bermula..

tengah hari semalam, ana membeli makanan di restoran berdekatan..alhamdulillah,tidak terlalu ramai org..hanya seketika kemudian,barulah ramai pelajar yang mengerumi di situ..sememangnya Azizan Cafe antra tempat yang menjadi tumpuan pelajar UPSI yang tinggal di KHAR dan KUO..ana sendri selalu membeli makanan di situ..Sedang beratur panjang untuk membayar di kaunter,lalu seorang gadis yang tidak memakai tudung..dgn berbaju t-shirt mengikut tubuh dan berseluar jeans..baru selesai membayar makanan di kaunter..sewaktu gadis itu lalu melepasi satu meja yang diduduki oleh dua lelaki..satu adegan yang tidak enak berlaku..ya!ia berlaku di depan mata ana..menyirap darah ana dibuatnya..dua lelaki tadi memandang gadis tadi tidak berkelip dengan pandangan nakal dari atas ke bawah..dengan tumpuan mata pada yang tidak sepatutnya..dan gelak ketawa sesama mereka..

ya Allah ya Tuhanku..istighfar ana dibuatnya..menyirap darah ana..mahu sahaja ana menegur perbuatan dua lelaki yang tidak bermoral tadi..tetapi,memandangkan tika itu ramai orang..ana sekadar cuba mengawal perasaan marah yang membuak..

berlalu gadis tadi,ana memandang sekilas lelaki2 tersebut sambil menunjukkan reaksi menggeleng2 kepala agar mrk malu dgn perbuatan mrk sebentar tadi..ya Allah ya Tuhanku..geram..geram dengan perbuatan lelaki2 tersebut dan malu..terlalu malu..bila kaum sejenisku diperlakukan begitu..

inilah realiti yang banyak berlaku pada masa kini..andai kita merungkai permasalahan 'siapa yang bersalah'??ana percaya..pasti yang lelaki menyalahkan perempuan..kerana perempuan tidak menutup aurat..sape suruh perempuan pakai seksi..

dan kalau kita bertanya kpd kaum perempuan siapa yang bersalah??pasti perempuan akan menjawab lelaki..”siapa suruh lelaki tengok..tidak menjaga pandangan..tak dapat mengawal nafsu..”
akhirnya..tiada jalan penyelesaian bagi permasalahan yang berlaku..dan berleluasalah masalah-masalah social di negara kita ini..sedang hakikatnya, penyelesaian ada di dalam Al-Quran..jalan itu sudah ditunjukkan oleh Islam..cuma kita sebagai seorang Islam sendiri tidak menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah..

Bilamana kita melihat di dalam Al-Quran, tahukah kita bahawa Allah telah menurunkan ayat supaya lelaki dan perempuan menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan..

Firman Allah di dalam Surah Nur:30 yang bermaksud:

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya mereka menahan sebahagian penglihatan mereka dan menjaga kehormatannya.Yang demikian itu lebih suci untuk mereka..Sesungguhnya Allah itu tahu betul apa yang mereka perbuat.

Firman Allah di dalam Surah Nur:31


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya) selain dari yang nyata terbuka.Dan hendaklah mereka sampaikan kerudungnya ke leher dan dadanya dan tiada memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya,bapanya,,bapa suaminya,anak-anaknya,anak-anak suaminya,saudara-saudaranya,anak-anak saudaranya,anak-anak saudara perempuan sesama perempuan,hamba sahaya kepunyaannya,laki2 yang menjalankan kewajipannya tetapi tidak ada keinginan (kepada perempuan), dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi. Dan bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung..

Kedua-dua firman Allah di atas menjadi bukti dimana Allah memerintahkan kita supaya menjaga pandangan..dan perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki terlebih dahulu iaitu pada ayat yang ke-30 kemudiannya kpd kaum perempuan..pada ayat ke-31 ..

Tapi,permasalahan disini bukanlah soal perintah kepada siapa terlebih dahulu..tetapi pointnye disini adalah perintah Allah supaya kita semua sama ada lelaki mahupun perempuan sama-sama menjaga pandangan..dan kehormatan..

Perbuatan dua hamba Allah yang tidak bermoral tadi menunjukkan mereka tidak menghormati gadis tersebut..dan perbuatan gadis tersebut yang tidak menutup aurat itu menunjukkan dia tidak menghormati dirinya..

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab ayat 59

"Wahai Nabi (Muhammad s.a.w.), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang beriman) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."
Saudara-saudaraku..

Allah memerintahkan kita kaum wanita supaya menutup aurat..melabuhkan tudung ke leher dan dada..tidak berpakaian jarang atau ketat..bukan untuk kebaikan sape-sape..melainkan untuk kebaikan diri kita sendiri sebagai seorang perempuan atau wanita..agar kita tidak diganggu oleh mereka2 yang berhati jahat..

Lihatlah apa yang berlaku kepada gadis itu..diperhatikan lelaki sedemikian rupa..ditertawakan..dimana letaknya maruah diri kita sebagai seorang perempuan..tidak timbullkah rasa malu saat kamu melihat ke cermin akan dirimu..yang berbaju pendek mengikut tubuh..tidakkah kamu merasa malu..berseluar jeans ketat..sedang mungkin ada mata nakal melihat lenggok punggungmu..

Tidak ingatkah kita apa yang berlaku pada kaum wanita di zaman masyarakat jahiliyyah satu masa dulu??wanita dianggap sial..maruah diri seorang wanita diinjak-injak..wanita hanya menjadi symbol seks..pemuas nafsu lelaki..bayi perempuan ditanam hidup-hidup..itulah maruah diri seorang perempuan satu masa dulu..
Tetapi,kedatangan Islam mengubah segalanya..martabat wanita diangkat..dibela..wanita tidak lagi menjadi symbol seks..tapi,insan mulia yang membantu perjuangan suami..indah..cukup indah..segala peraturan..dan undang2 yang Allah tetapkan telah mengangkat maruah diri seorang wanita..lalu,mengapa kita tidak tahu menghargainya??mengapa kita tidak menuruti perintah Allah??apakah kita mahu kembali menjadi seperti wanita di zaman jahiliyyah??

Saudara-saudaraku,

Allah sudah menjadikan kita sebaik-baik kejadian..maka hormatilah diri kita sendiri..
bagi kaum Adam..hormatilah diri kalian sebagai lelaki..Allah sudah menganugerahkan kelebihan tertentu kepada kalian..kelebihan untuk menjadi seorang pemimpin..kelebihan dalam berfikir..kelebihan dari segi kudrat dan kekuatan..gunakanlah kelebihan yang Allah beri itu kearah kebaikan..untuk memperjuangkan Islam.. untuk memimpin wanita..gunakanlah 9akal kurniaan Allah untukmu dengan sebaiknya..agar akal itu bisa memandu kamu agar tidak menuruti hawa nafsumu tetapi menjadikan dirimu lelaki yang baik..

bagi kaum Hawa..tutuplah aurat..Allah sudah menganugerahkan kecantikan dan kelembutan itu dalam diri seorang perempuan..maka bersyukurlah atas nikmat kurniaan Allah untuk kita..seindah perhiasan di dunia adalah wanita solehah..bersama kita berusaha untuk menjadi seindah2 perhiasan itu..kerana kita yang bakal bergelar pemaisuri dihati suami..kita jugalah ibu bagi anak-anak..andai kita sendiri tidak tahu menjaga maruah dan harga diri...bagimana kita bisa mendidik dan menjadi contoh utk anak2..

Duhai Ar-Rijal..
Duhai An-Nisa’

Andai kamu mahu diri kamu dihormati..maka kamu terlebih dahulu perlu tahu untuk menghormati dirimu..
Bersama-samalah kita membentuk diri menjadi insane yang lebih baik..menjadi muslim yang sejati..insyaallah..

Thursday, July 9, 2009

PPSMI OOO..PPSMI..


Membaca berita harian secara online hari ini membuatkan ana mengucap syukur dan tersenyum sendirian..ana percaya pasti ada dikalangan pembaca yang juga bersetuju dengan ana..berita yang menarik perhatian, smestinya tentang pemansuhan PPSMI yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin..alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..
Melihat isu PPSMI yang begitu mendapat prihatian masyarakat umum dan keberanian rakyat untuk tampil ke depan mempertahankan bahasa ibunda, membuktikan semangat yang ada dalam diri rakyat Malaysia sendiri yang hakikatnya tidak pernah lekang dek panas..tak lapuk dek hujan..mungkin istilah ini sesuai untuk kita menggambarkan kecintaan pencinta-pencinta bahasa yang terus-menerus memperjuangkan bahasa Melayu dari dulu sehingga kini..Ana kagum dengan keberanian sasterawan Negara terulung Negara kita iaitu Dato’ A.Samad Said kerana tidak gentar untuk mempertahankan bahasa Melayu..ya!sememangnya keberanian ini seharusnya wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia..
Jika kita menyingkap kembali Sejarah negara, kita seharusnya berasa bangga dengan Bahasa Melayu iaitu bahasa ibunda kita kerana pernah menjadi Lingua Franca yang menjadi bahasa perantaraan masyarakat semua negara pada satu masa dulu iaitu di Melaka yang menjadi laluan utama para pedagang dari China, Arab dan India ..maka wajarlah untuk kita bangkit mempertahankan bahasa ibunda kita ini hingga ke akhir hayat..
Ana berminat untuk berkongsi pengalaman diwaktu cuti semester yang lalu..persediaan untuk tesis akhir membuatkan ana perlu ke sekolah untuk mengajar. Ana memilih untuk menjalankan kajian di sekolah rendah dengan mengajar murid Tahun 5 dalam mata pelajaran Sains. Andai diikutkan, ana perlu mengajar mereka di dalam Bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan PPSMI di Negara kita..dan bagi memenuhi tuntutan kajian ana sendiri untuk memperkenalkan metod pengajaran untuk membantu pelajar memahami konsep Sains dalam Bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

Namun begitu, sangat mengecewakan apabila di awal pembelajaran lagi pelajar sudah tercengang-cengang bila ana mula menutur bahasa inggeris..Tambah berat bila ana menanyakan beberapa soalan berkenaan konsep topic yang diajar tetapi murid seakan tidak pernah mendengar apa yang ana sampaikan sekalipun hakikatnya mereka sudah pun belajar topic tersebut sebelum ini..Melihat keadaan ini, pasti sekali membuat kita berfikir dimana berkesannya PPSMI jika ini yang berlaku?? PPSMI bukan membantu pelajar memhami konsep Sains dengan lebih mudah sebaliknya semakin bingung murid atau pelajar dibuatnya..

Sewaktu meneman sahabat baik ana ke salah sebuah sekolah menengah di daerah Rompin, Pahang..sempat ana berbual dengan adik2 tingkatan 4 di sekolah tersebut bertanyakan pandangan mereka tentang pembelajaran Sains dan Matematik secara Bahasa Inggeris.. Ternyata, majority pelajar sememangnya bersetuju andai pembelajaran Sains dan Matematik ditukar semula kepada Bahasa Melayu..mendengar keluhan pelajar2 ini menimbulkan rasa simpati di hati ana.."susah kak..belajar dalam Bahasa Inggeris..tak faham.."Itulah antara keluhan pelajar yang menusuk hati bila kita mendengar..ana sendiri sebagai seorang kakak..terasa sedih bila mendengar keluhan adik ana yang belajar di sekolah arab al-khairiyah al-islamiyyah,mersing..adik ana yang ini sememangnya lemah dlm Bahasa Inggeris..Pelaksanaan PPSMI membuatkan dia semakin bingung dengan apa yang diajar oleh guru..bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris tetapi juga Matematik dan Sains..
ya!Pelaksanaan PPSMI mungkin tidak menjadi masalah bagi sekolah2 bandar yang sedia maklum sememangnya petah berbahasa Inggeris..tetapi,bagaimana pula dengan pelajar-pelajar di luar bandar??inilah antara kelemahan PPSMI yang telah melebarkan jurang antara pelajar dua dataran yang berbeza ini..
Satu lagi peristiwa yang berlaku sewaktu ana menenami sahabat ana ke sekolah kami yang lama untuk membuat kajian bagi subjek KIMIA..apa yang menakutkan bila mana pelajar kenal apa itu 'petala' tetapi tidak kenal apa itu 'shell'..masyaallah..mengucap panjang ana dibuatnya..kes ini berlaku berikutan guru mereka yang menggunakan fully bahasa melayu sewaktu mengajar..inilah realiti yang berlaku kesan daripada pelaksanaan PPSMI kerana hakikatnya.. tidak semua rakyat Malaysia sama ada dari kalangan pelajar mahupun pengajar sendiri benar-benar bersedia untuk menerima pelaksanaan PPSMI di negara kita..

Sebagai seorang bakal guru Sains..sejujurnya, ana mengaku pembelajran Sains lebih wajar untuk dilaksanakan di dalam Bahasa Inggeris memandangkan kebanyakkan buru-buku rujukan yang diguna diperingkat university juga adalah dalam bahasa Inggeris kerana kebanyakan buku-buku rujukan ini adalah dari Negara-negara barat..Walau bagaimanapun,tak salah rasanya kalau diterbitkan buru rujukan khas di dalam Bahasa Melayu..Mengapa tidak kita iikuti langkah Negara Jepun yang terus maju sekalipun mereka tidak pandai Berbahasa Inggeris?? Inilah yang seharusnya disedari oleh kita semua dari dulu lagi..

Apapun, insyaallah..bersama-samalah kita berdoa demi kesejahteraan Negara kita..apa yang diharapkan,usaha kerajaan ini bisa meredakan hati-hati yang panas sebelum ini..semoga ia menjadi pengajaran untuk pihak2 tertentu supaya berfikir sedalam-dalamnya sebelum melaksanakan sesuatu..tak salah untuk kita belajar belajar Inggeris krn Bahasa Inggeris adalah bahasa perantraan dunia..dan sebagai manusia terutamanya seorang Islam kita sememangnya digalakkan untuk menguasai pelbagai bahasa..tetapi,janganlah terlalu mengagung2kannya sehingga bahasa ibunda sendiri disia-siakan..
p/s: penguasaan dalam bahasa Inggeris wajar ditingkatkan..
subjek Sains dan Matematik wajib ditukar kembali kepada Bahasa Melayu..
wa'allahualam..