Thursday, May 7, 2009

Seorang Insan Bernama Isteri


Menjadi seorang isteri, dambaan hati setiap wanita..siapa yang tidak mahu membina sebuah keluarga?punya suami sebagai teman setia..mahupun anak2 sebagai penyeri dan penghibur hati..seorang isteri itu bukan hanya seorang isteri untuk suami..tapi dia juga mungkin ibu bagi anak-anak..menjadi tempat untuk anak-anak menggantung kasih..boleh jadi seorang anak buat kedua ibu bapa yang melahirkan..boleh jadi seorang kakak..adik..atau mungkin seorang guru..doktor..kerani..jururawat mahupun suri rumah sepenuh masa..tapi,seorang isteri itu punya tanggungjawab yang besar terhadap suaminya..masakan tidak..syurga isteri itu letaknya dibawah tapak kaki suami..itulah insan bernama isteri..sayap kiri suami..

tapi..bagaimana caranya untuk menjadi seorang isteri yang diredhoi Allah??

bila mengingat kembali peristiwa Isra' dan Mikraj..tidakkah hati wanita terusik??tika mengingat kembali peristiwa dimana Rasullallah SAW sendiri mendapat gambaran betapa ramainya wanita di dalam neraka??Persoallanya..kenapa ramai wanita masuk neraka??bukankah wanita itu sebenarnya mudah untuk masuk ke syurga?ia hanya perlu taat pada Allah dan Rasul..dan taat pada suaminya??

Inilah dia puncanya duhai sahabatku..

antara penyebab ramai wanita masuk ke neraka ialah krn ia derhaka pada suaminya??menjadi isteri yang tidak tahu bersyukur??

Satu kisah ingin kukongsikan..kisah ini diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi..

pada satu hari, Siti Fatimah dalam keadaan tergesa-gesa telah mendapatkan ayahnya lalu berkata..ya Rasulallah!!semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengajakan terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya dan aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah..Aku sungguh menyesal krm keterlanjuranku itu lalu aku segera meminta maaf kepadanya dengan mengelilinginya sebanyak 72kali sambil merayu agar dia memafkan aku..

Akhirnya, Ali mahu juga memafkan aku dengan tertawa tetapi aku tetap takut kepada Allah..Mendengar pengakuan anaknya itu Rasulallah SAW pun bersabda, anakku Fatimah!Demi Allah yang telah mengutusku, seandainya kamu mati sebelum Ali sempat memafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan kamu. Tidakkah kamu tahu kemarahan suami itu seiring dengan kemurkaan Allah!!

Wahai anakku!amal yang paling utama bagi seorang isteri ialah taat dan patuh pada suaminya dan sesudah itu tidak ada amal yang paling utama selain bermesra dengan suaminya.Duduk bersama suami itu lebih baik dari beribadah satu tahun.Wahai Fatimah!! Sesungguhnya seorang perempuan yang bermesra dengan suaminya dan memakaikan pakaian untuk suaminya dan menjga anaknya dengan baik sudah semsti syurga untuknya. Allah akan memberi padanya sebuah gedung yang beraneka kenikmatan di dalamnya..

Sahabat2ku,

Tidakkah kalian terusik dengan cerita di atas??Penyesalan Fatimah krn tanpa sengaja menyinggung hati suaminya..72kali dia mengelilingi suaminya untuk memohon maaf sehingga akhirnya Ali memafkannya sambil ketawa..sekalipun begitu..ia masih terasa takut kpd Allah..

Bilamana kita melihat ke dada-dada akhbar mahupun majalah-majalah..cerita yang banyak terpapar hari ini ialah alkisah isteri lari mengikut lelaki lain..alkisah isteri ditangkap berzina..alkisah si isteri mengherdik suami..dan pernah ana terbaca..alkisah si isteri yang menyuruh suaminya sujud ke kakinya..ya Allah, sampai begitu sekali..bisik hati ana waktu itu..tapi,itulah realiti isteri hari ini..isteri hanya pada nama..tidak benar2 memahami apa yang dikatakan dengan 'seorang insan bernama isteri'

Untuk menjadi seorang isteri cukup mudah..kita hanya perlu bernikah dgn seorang lelaki..maka bergelarlah kita seorang isteri untuknya..

tapi..untuk menjadi seorang isteri yang diredhoi Allah..itulah yang sukar..dan perlu benar2 difahami oleh setiap isteri..

Insyaallah, satu hari nanti..mungkin kita juga bakal bergelar seorang isteri..latihlah diri dari awal lagi..persiapkan diri untuk menjadi isteri yang sebenar2 isteri.. dan isteri yang diredhoi Allah..

Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku esok..kita takkan pernah tahu apa yang berlaku nanti..andai kita rasa hari ini aku bisa menjadi isteri yang baik untuk suamiku..tapi..kita takkan pernah tahu..mungkin kita akan berubah..mungkin, Allah membolak-balikkan hati kita..krn itu kita perlu sentiasa dekat dengan Allah..berdoa padanya agar ditetapkan hati..dan menjadi seorang yang sabar dlm menempuh setiap ujian..biarlah kita susuri perjalanan hidup kita di dunia ini dengan meletakkan Allah yang teratas dlm setiap apa yang kita lakukan..insyaallah..Allah akan melindungi kita..

ya Allah ya Tuhan kami..bilamana kami menjadi seorang isteri maka jadikanlah kami isteri-isteri yang diredhoiMu..jadikan kami isteri yang sabar..isteri yang taat pada suami..isteri yang ikhlas menjalankan kewajipan seorang isteri keranaMu..juga isteri yang mendamai hati suami..tetapkan hati kami ya Allah..agar hati kami tidak berpaling padMu..

apa yang kutulis..kuharap ia dapat menjadi pengajaran untukku sendiri..krn aku juga bakal bergelar isteri..

semoga ganjaran syurga untuk kita..

1 comment:

Fara said...

mohon share....menarik sgt