Monday, April 27, 2009

kerna DIA..kerna sayang..



Duhai sahabt2ku yang aku sayangkan kalian kerana Allah..
Dengarlah suara hati sahabatmu ini..
Tidakkah kalian bisa membaca hatiku??
Betapa aku benar2 menyayangi kalian..
Kerna itu aku menegur..
kerna itu aku menasihat..

Duhai sahabat..
Tegurku bukan kerna marah..
Bukan jua kerana benci..
Inikan pula iri hati mahupun dengki..
Tapi kerana dlm hatiku..
Ada terlalu banyak rasa kasih terhadap kalian..

Sahabat2ku..
Kalian saudara seislamku..
Kalian kaum sejenisku..
Maka,aku rasa begitu bertanggugjwab melindungi maruahmu..
Aku takut andai ada yang berniat jahat terhadapmu..
melihat dirimu tanpa segan mendedahkan auratmu..
melihat dirimu merendahkan harga dirimu..
Dimanakah pergi rasa malu??
Pada Tuhan yang menciptakanmu?
Menganugerahkan kecantikan diri seorang wanita..

Sahabat2ku..
Aku tahu..kau bukan begitu..
Aku tahu..kalian wanita yang baik..
Kerna aku ini sahabat kalian..
Walau temuan kita seketika Cuma..
Namun mata hatiku menyatakan..
Kalian bukan wanita sebarangan..
Kalian wanita yang tahu menjaga maruah dan harga diri..
Kalian wanita yang Allah anugerahkan kelembutan hati..

Mengapa tiba-tiba dirimu berubah??
Apkah yang ada dlm hatimu?
Sungguh..aku benar2 tidak bisa mentafsir hatimu..
Hanya doa kupanjatkan..
Agar Allah mengurniakan hidayah itu untukmu..

sahabatku..
Tahukah kalian..
Hatiku tersentuh di dalam diam..
Hatiku menangis diiring sendu..
Melihat kau kian jauh dari penciptamu??
Melihat hilangnya rasa malu dlm dirimu..

Sahabatku..
Dunia ini cukup sekadar perhiasan..
Dunia ini cukup sekadar ujian..
Sampai masanya kita kembali kepada DIA..
Terkiralah amal..pahala dan dosa..
Waktu itu..rintihan tidak bermakna lagi..
Dimana mahu disorok wajah..
Malu hamba mengahadap Tuhan..


Duhai sahabat2 yang aku sayangkan kalian kerna Allah..
Andai kau perlukan teman untuk meluah rasa dukamu..
Andai kau perlukan teman untuk menghibur hatimu..
Insyaallah..Aku sedia mendengarnya..
aku bisa setia memanjat doa untukmu..

Percayalah duhai sahabat..
Tegurku bukan kerna marah..
bukan jua kerana benci..
Inikan pula iri hati mahupun dengki..
Tapi..kerna DIA..dan sayangnya aku pada kalian..

Friday, April 24, 2009

Al-kisah sipenjual tempe..


YAKINLAH PADA JANJI TUHANMU..

Kisah bermula..

Di sebuah kawasan pedalaman di Tanah Jawa,terdapat sebuah kampung..Di dalam kampung itu tinggal seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari... Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa..ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba - tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi.. separuh jadi..Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak... Lalu diperiksanya beberapa bungkusan yang lain..ternyata kesemuanya tempe-tempenya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu..Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Allah tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa ,
"Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti memakbulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe yang sudah masak. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah..Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu..Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan itu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun, kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa dan meneruskan perjalanan. Sampai di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,

"Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya..
"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula..Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu,
"Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Firman Allah di dalam Surah Al-Mukmin: 60
Dan berkata Tuhan kamu: berdoalah kepadaKu,nescaya aku perkenankan untukmu..
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Allah
Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..
p/s: kisah ini ana terima dari seorang sahabat..cuma ana tambahkan hadith dan ayat-ayat Al-Quran..kisah yang baik bukan!semoga kita semua dapat sesuatu dari kisah ini..apa yang penting..kita harus yakin dengan janji Allah..percayalah, Allah akan memakbulkan doa kita..andai dia tidak memakbulkan doa kita segera..pasti Dia memakbulkannya nanti..atau mungkin Allah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..andai tidak di dunia ini..mungkin diakhirat..yang peting..kita harus bersabar..

Teruskan berdoa saudara-saudaraku.. jangan pernah putus asa untuk berdoa kepada-Nya..

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan.” Lalu beliau ditanya orang,” apakah maksudnya minta cepat-cepat?”jawab baginda umpamanya seorang berkata dalam doanya” Aku telah mendoa, tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan..Lalu dia putusa asa dan berhenti berdoa..
Hadith Riwayat Tarmizi:
Tiada sesuatu yang lebih mulia menurut pandangan Allah Taala selain doa..

Thursday, April 23, 2009

MUSUH TRADISI??



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulallah SAW..

Alhamdulillah,syukur kepada Allah..peperiksaan akhir sudah bermula ..syukur juga kepada Allah memberi kesempatan untuk hamba Allah yang lemah dan hina ini berkongsi ilmu diruangan blog yang tidak seberapa untuk perkongsian diri dan saudara-saudara seislamku..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, insyaallah..hari ini akan ana kongsikan sedikit perihal musuh tradisi manusia..

Tahukah kalian siapakah musuh tradisi kita??

Siapa ya??

Musuh tradisi kita ialah syaitan sahabat2ku..

Syaitan merupakan makhluk ALLAH Taala yang tidak dapat dilihat oleh manusia dengan mata kasar.Ia daripada keturunan iblis yang dijadikan daripada api.Pada mulanya iblis merupakan hamba ALLAH yang sangat taat kepada Tuhannya dan sangat pandai.Namun ia mempunyai satu sifat iaitu berasa bangga diri dengan dirinya sendiri dan sombong.

Ingatkah lagi kalian dengan peristiwa keengganan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s??

Firman ALLAH di dalam Surah AL-Baqarah : 34

Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat:’Tunduklah(berikan hormat) kepada Nabi Adam.Lalu mereka sekalianya tunduk memberi hormat melainkan iblis..Ia enggan dan takbur dan jadilah ia dari golongan yang kafir.

Firman ALLAH di dalam Surah AL-A’raf: 12

Allah berfirman : Apakah yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?Iblis menjawab:” Aku lebih baik daripada Adam..Engkau (wahai Tuhan), jadikan aku dari api sedang dia engkau jadikan dari tanah”.

Demikianlah betapa takburnya iblis hingga akhirnya dia dinyahkan dari syurga..

Setelah iblis dinyahkan oleh ALLAH dari syurga dia keluar dengan menaruh dendam terhadap Bani Adam dan keturunannya. Dia menerima keputusan ALLAH dan memohon supaya dia diberi peluang hidup sehingga hari kimat bagi melaksanakan tujuan jahatnya iaitu hendak mengganggu dan menyesatkan manusia..dan Allah memperkenankan doanya..

Firman ALLAH di dalam Surah Al-Hijr: 39

Iblis berkata:’” wahai Tuhanku!kerana Engkau telah menjadikan daku sesat maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.”


Dengan rasa angkuh dihadapan ALLAH, Iblis mengisytiharkan rancangan dan strategi jahatnya terhadap manusia.

Firman ALLAH di dalam surah AL-A’araf: 16-17

Iblis berkata:”Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat maka demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari menjalani jalanmu yang lurus, kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan engkau tidak akn dapati kebanyakan mereka bersyukur”

Sejak perisytiharan ini syaitan terus melaksanakan rangcangan dan tindakan menggoda,mempesona dan mengganggu manusia sehingga ramai yang terpedaya dan sesat dan lebih malang sekali bilamana manusia tidak pernah menyedari musuh tradisinya sendiri iaitu syaitan..Betapa ramainya manusia pada hari ini yang dikelirukan oleh syaitan yang manjadikan manusia berbalah dan bermusuhan sesama manusia.

Sahabat-sahabatku, tahukah kalian bahawa iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mempunyai pemimpin yang tertinggi bagi melaksanakan rancangan jahat mereka. Antara lima pemimpin yang terpenting ialah:

1) Thabar yang bertanggungjawab mempengaruhi orang yang sedang ditimpa kesusahan,kemalangan atau penderitaan hidup supaya memusuhi Allah atau menimbulkan rasa ragu terhadap Allah Taala dan akhirnya mengingkari dan kufur terhadapnya..

2) Dasim yang bertanggungjawab mengganggu rumahtangga manusia terutamanya hubungan suami isteri dengan berbagai-bagai godaan dan hasutan sehingga timbul rasa cemburu, berlaku pertentangan, terjebak dalam noda serta jenayah dan akhirnya berlaku permusuhan dan perceraian..

Sedikit perkongsian bagi mereka-mereka yang berkawin atau yang bakal berkawin..ana ini belum berkawin..tapi,dalam mempelajari hal agama..maka malu itu tidak harus ada..

tahukah kalian diwaktu suami isteri berjimak atau bersetubuh maka syaitan memainkan peranannya..kerana itu di dalam Islam kita diajar untuk membaca doa terlebih dahulu..agar persetubuhan itu dlindungi oleh Allah dari syaitan dan agar zuriat yang lahir juga terhindar dari syaitan..

Ingin ana kongsikan satu doa yang diajarkan oleh Rasualallah SAW sewaktu berjimak/bersetubuh..doa ini ana jumpa sewaktu ana membaca hadith Sahih Muslim..tapi,maaf krn ana tak dapat tuliskan dalam bahasa jawi..

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:” Kalaulah mereka bila hendak bersetubuh membaca doa, (maksudnya: Dengan nama Allah (kami bersetubuh, wahai Allah, hindarkanlah kami dari gangguan syaitan dan hindarkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami” Maka jika ditakdirkan Allah mereka beroleh anak dari persetubuhan itu, maka syaitan tidak akan kuasa mengganggu anak itu selama-lamanya..

Insyaallah..semoga pembaca dapat sesuatu..
sambungan..

3) Al-’Awar yang bertanggungjawab terhadap penzinaan dengan memperalatalkan kaum wanita mendedahkan aurat dan menimbulkan ghairah nafsu lelaki. Berbagai-bagai daya tarikan dibuat agar wanita mendedahkan tubuh dan memberi kebebasan kepadanya bagi mempesona kaum lelaki dengan berbagai-bagai cara sehingga perbuatan zina menjadi sesuatu yang berleluasa dikalangan masyarakat manusia..

Peringatan untuk saudara-saudaraku kaum Adam..tundukkanlah pandangan..untuk kaum Hawa..tundukkanlah juga pandangan kalian..dan tutuplah aurat..wanita adalah perangkap syaitan..oleh itu..hati-hatilah..jangan jadikan diri kita sbgi perangkap syaitan untuk menjatuhkan kaum lelaki..

Firman Allah di dalam surah An-Nur : 30-31

Katakanlah kepada orang-orang yang beriman laki-laki suapaya mereka merendahkan pandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya (jangan berzina).Itu lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan.

Katakanlah kepada orang-orang yang beriman perempuan supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali yang biasa lahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup tudung kelehernya.Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya(ayah mertua), anaknya, anak saudaranya yang laki-laki,anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimat, hamba sahayanya,orang-orang yang mengikutnya diantara kalangan laki-laki yang tidak berhajat(syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan. Dan janganlah mereka berjalan sambil menggoyang-goyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi(gelang kaki). Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan..

4) Maswoth yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan kecil atau besar. Peranan utamanya ialah mempengaruhi manusia supaya berbohong dan berpura-pura bercakap besar serta mempertahankan kepentingan dan kedudukan dengan berbagai-bagai cara sehingga tidak dibuktikan ia berbohong atau bersalah.

5) Zalnaabur yang bertanggungjawab mengadu domba manusia dimana-mana sahaja supaya manusia saling bertengkar, bergaduh, bermusuh-musuhan dan akhirnya berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Jelasnya disini saudaraku..syaitan mempunyai matlamat untuk menyeret manusia ke dalam neraka bersama-sama mereka.Matlamat ini tidak akan tercapai selama manusia tidak disesatkan dan kufur kepada Allah Taala..

Disini, ada ana selitkan sedikit panduan bagaimana untuk menghadapi pengaruh syaitan..semoga kita sama-sama dapat amalkan..

1) Kita hendaklah sentiasa sedar dan berwaspada bahawa syaitan sebagai musuh utama manusia yang amat berbahaya yang tidak dapat dilihat..

Firman Allah di dalam surah Yaasin : 60

Bukankah aku telah perintahkan kepada kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah syaitan??sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!!”

Firman Allah di dalam surah Al-’Araf: 27

Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman..

2) Dengan mengukuhkan iman dgn ilmu dan amal kerana syaitan tidak akan dapat mempengaruhi atau menggoda orang yang kuat iman.

3) Berlindung dgn Allah kerana syaitan tidak dapat dihapuskan tetapi dia tidak dapat mengganggu orang yang berlindung dengan Allah..

Firman Allah di dalam surah Al-’Araf:200

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan maka mintalah perlindungan kepada Allah..

4) Sentiasa ingat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir

Firman Allah di dalam surah Al-A’raf: 201

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan atau hasutan dari syaitan, mereka itu ingat(kepada ajaran Allah),maka dengan itu mereka nampak(jalan yang benar)

Terdapat beberapa saluran yang digunakan oleh syaitan untuk mempengaruhi manusia seperti :
1. marah
2. saluran nafsu
3. hasad dengki dan iri hati
4. kedekut
5. gopoh-gapah
6. terlalu kenyang
7. prasangka buruk terhadap orang Islam
8. hairan terhadap diri dan kebolehan diri sendiri
9. perkara-perkara yang diharamkan Allah
10. pergaulan dikalangan orang yang fasik
11. mengumpat dan mengadu domba
12. gaya hidup mewah dan berbagai
13. tamak haloba
14. harta kekayaan
15. pangkat dan kedudukan..

Sahabat-sahabatku, suka untuk ana kongsikan disini ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding dan pelindung diri dari segala bentuk kejahatan..

Satu ayat yang sempat dajarkan oleh tok ana untuk melindungi diri iaitu amalkanlah membaca surah yaasin ayat ke-9..

Sebenarnya, ana berminat untuk belajar dgn tok ana perubatan Islam..tok ana imam di kampung ana..juga pandai mengubat orang..semuanya atas izin dan pertolongan Allah jua..ana sbgi cucu..terlalu ingin utk belajar..tapi,tok ana kata ana perempuan..takut tak cukup kuat..tapi,xpelah..ana boleh belajar yang simple-simple kan!bila waktu cuti..ana berpeluang untuk belajar dgn tok ana..sikit2 ttg perubatan Islam mahupun belajar ilmu agama..tok ana pun dah tua..sayang andai ana sebagai cucu tidak mengutip ilmu darinya..ayat2 Al-Quran untuk mengubat orang sakit..gangguan syaitan contohnya..nak ubat anak menangis..resdung..nak cepatkan jodoh..nak anak..atau untuk belajar mengenal urat untuk mengurut orang..nanti,kalau ana berpeluang untuk belajar..ana kongsikan ye..

Selain itu, untuk lindung diri juga..kita juga boleh amalkan membaca surah An-Nas dan Surah Al-Falaq

Suka untuk ana tuliskan maksud surah-surah ini..

Surah An-Nas( Qul a’u zubirab binnas)

Katakanlah : ” Aku berlindung kepada Tuhan manusia
Raja manusia
Pujaan manusia
Dari bahaya bisikan(syaitan) yang mengendap
Yang membisikkan ke dalam hati manusia
Iaitu dari kalangan jin dan manusia

Surah An-Nas iaini bermaksud manusia. Di dalam surah ini kita diperingatkan supaya memohon perlindungan Allah dari bahaya bisikan halus yang disampaikan oleh syaitan sama ada dari bangsa jin mahupun manusia kerana syaitan jin ialah yang tidak kelihatan dan syaitan manusia ialah yang kelihatan iaitu manusia yang berhati dan berperangai syaitan..

Surah Al-Falaq( Qul a’u zubirab bilfalaq)

Katakanlah” Aku berlindung kepada Tuhan subuh
Terhadap bahaya makhluk yang diciptakanNya..
Dan dari bahaya kegelapan(malam) ketika telah kelam
Dan dari bahaya hembusan jahat dalam ikatan
Dan dari bahaya dengki ketika dia dengki

Surah ini dinamakan Al-Falaq(subuh) dan dalam ayat yang pertama kita diperingatkan supaya mencari perlindungan kepada Tuhan subuh. Ayat ini sesuai untuk diamalkan bagi memohon perlindungan dari bahaya kegelapan sama ada yang zahir mahupun yang batin, kegelapan pemikiran mahupun pandangan mata hati,berlindung dari bisikan halus yang membawa kepada kejahatan dan melonggarkan ikatan yang telah teguh dan pendirian yang telah kuat juga untuk mohon perlindungan dari kedengkian yang sangat besar bahayanya kerana orang yang bersifat dengki akan sentiasa mencari jalan untuk membahayakan orang lain.

Saudaraku-saudaraku..

Demikianlah serba sedikit yang dapat ana kongsikan..semoga kalian dapat sesuatu dari apa yang ana tulis..serba sedikit pengenalan tentang syaitan dan saluran-salurannya ini ana harap dapat menjadikan kita agar lebih berhati-hati..Ingatkah lagi kalian akan kata-kata ana ini dlm blog’SUCIKAN HATIMU??

Dalam berbicara soal hati,adalah amat perlu untuk kita menjaga kesucian hati..dan dalam membicarakan soal kesucian hati..Pertamanya..kalian perlu benar-benar memahami hati kalian..bilamana kalian memahami hati kalian..insyaallah,kalian akan tahu bagaimana menyucikannya dan apa yang menyebabkan kalian rasa hati kalian kotor atau tidak bersih..

Begitulah juga bagaimana kita hendak melawan dan melindungi diri kita dari syaitan..kita harus tahu siapa itu syaitan??apa perangkapnya??apa kehebatannya?apa kelemahannya? bagaimana untuk melindungi diri darinya??

Ana harap..kalian dapat sesuatu dari enteri ini dan dapat praktikkan dlm kehidupan..

Bagaimana nak praktikkan??

Mana tahu..bila tiba-tiba yang lelaki terpana melihat perempuan..mungkin, slps ini..kalian boleh ingat apa tertulis dlm enteri ini..

hmm..ni mesti syaitan Al-’Awar telah menghantar pengikut-pengikutnya untuk menghasut aku..lalu dijadikan perempuan ini sebagai perangkap..astaghfirullahalazim ya Allah..lindungi aku..dan kemudian..cepat-cepat tundukkan pandangan..

contoh lain..bila kita dalam kesusahan dan penderitaan..tiba-tiba timbul rasa ragu pada Allah..maka ingatlah mungkin syaitan Thabar telah menghantar konco-konconya untuk menghasut kita..cepat2 istighfar dan baca istiazah..a'uzubillahiminassyaitaanirrajim..aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam..

Sahabat-sahabatku, ana menulis ini dengan merujuk kembali di dalam kitab tasawwuf yang ana belajar..ana rasa ana bertanggungjawab untuk mengingat kembali apa yang ustaz dan ustazah ana ajarkan..ana menyenaraikan nama-nama pemimpin syaitan ini bukan sekadar saja-saja..tapi,besar harapan ana agar ana yang menulis juga kalian saudara-saudara ana.. dapat ambil sesuatu..

Insyaallah..semoga panduan melindungi diri dari pengaruh syaitan, juga ayat-ayat pendinding diri dengan kuasa dan pertolongan dari Allah juga..ana harap kita dapat sama-sama amalkan..

Ummat Islam hari ini seringkali mencari strategi bagaimana untuk menghapuskan dan menjatuhkan musuh Islam seperti Yahudi contohnya..kita juga seringkali berusaha untuk memerangi anasir-anasir barat..

Lalu, kenapa tidak mulai saat ini kita merangcang strategi untuk memerangi musuh kita yang tak dapat dilihat oleh mata ini??

Tambahkan ilmu..tingkatkan iman..dan amalkanlah..
ayuh!!kita perangi habis-habisan musuh tradisi kita ini..

Tuesday, April 14, 2009

SUCIKAN HATIMU..


Hal melupakan..

”Umi..bagaimana nak lupakan seseorang?umi ada ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan??”seorang sahabat bertanya padaku..

”ayat2 untuk lupakan orang umi tak tahu..ayat pengikat kasih suami isteri umi hafal..” jawabku sambil ketawa separuh berjenaka..”

Aku tersenyum sendirian..teringat satu persoalan yang pernah diajukan oleh adik lelakiku yang bakal menduduki SPM tahun ini..iaitu adikku Hishamiakim atau kami panggil ’Akim’ dirumah..

”Angah..angah ada ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan sebagai seorang pemimpin?”tanya adikku..

” Angah tak tahu ayatnya..tapi angah pernah terbaca bacaan selawat yang boleh diamalkan bagi seorang pemimpin..ada dalam kitab’zikir munajat’angah..tapi ada di UPSI..takpe,akim cuba tanya tok..mungkin tok tahu..”


adikku Akim merupakan ketua pelajar disekolahnya iaitu Sek Men Keb Agama Pahang..andai diikutkan hati..adik ana itu tak mahu menjadi ketua pelajar kerana dia tahu amanah itu cukup besar..namun,guru-gurunya telah meletakkan kepercayaan padanya dan amanah itu wajar untuk dipikul..semoga dia menjadi pemimpin yang bertaqwa..

Berbalik pada apa yang ingin kubincangkan..

Dua pertanyaan yang diajukan padaku..masing-masing meminta ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan..dua pertanyaan yang berbeza..diajukan oleh dua orang yang berbeza..tapi,disini bukanlah perbezaan soalan atau orangnya yang ingin kupersoalkan..tapi,rungkaian jawapan untuk persoalan yang ditanya..

Berbalik pada soalan temanku yang pertama iaitu berkenaan bagaimana untuk melupakan seseorang..ana percaya,masalah ini bukan hanya berlaku pada teman ana itu tetapi juga mungkin dikalangan pembaca..

Bilamana berbicara soal melupakan..pastinya ia melibatkan hati..manusia sentiasa dibebani soal hati dan perasaan..bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk mengawalnya agar ia tidak merosakkan hati dan akal kita..

Sebelum menjawab persoalan tadi..satu perkara yang ingin ana persoalkan iaitu..

Apakah sebab sebenar ingin melupakan??kerana Allah??kerana ego??atau kerana cinta ditolak?atau bagaimna??

Andai kerana keegoan untuk menafikan hati..maka,saranan ana agar niat itu diperbetulkan..kerana apa??kerana percayalah..kalian takkan dapat melupakan dia..semakin kalian cuba untuk lupakan..semakin perasaan itu datang menerjah..semakin kian lari..semakin ia mengejar..ia adalah mainan perasaan dan dalam soal ini..syaitan memainkan peranan..oleh krn keegoan diri yang dipertahankan..sampai masanya hati kalian akan terasa sakit dan tidak mustahil kalian bertindak melakukan sesuatu yang bodoh krn keegoan menguasai diri..

”Arggghh..buat apa aku perlu ingat dia??bukan dia ingat kat aku pun..bunga bukan sekuntum..banyak lagii bunga-bunga lain!!

(antara contoh kata-kata marah dari diri yang ego dan ingin menafikan hati)


Alasan yang kedua,andai melupakan krn cinta ditolak..ya!niat ini juga harus diperbetulkan..krn alsannya sama sprti diats..agak sukar untuk menyucikan hati andai kalian tidak meletakkan Allah sebgai yang teratas dlm apa yang kalian lakukan..akhirnya,kalian akan terus-terusan dirundung rasa kecewa dan semakin sukar untuk melupakan..

”tak boleh..aku tak boleh ingat dia..aku perlu lupakan dia..dia dah tolak aku..takkan aku nak terhegeh-hegeh..”

(antara contoh kata hati yang memendam rasa kecewa)

TETAPI..

Andai kalian melakukannya kerana Allah..untuk mendapat redhoNya..kerana takut hati kalian lalai..takut dibuai perasaan..maka berdoalah..percayalah..Allah akan membantu kalian..pengorbanan kecil itu akan mengundang bahagia nanti..

Kedua yang ana persoalkan ialah apakah kalian merasakan perasaan itu hadir kerana nafsu atau dari Allah??hanya kalian yang tahu apa yang kalian rasa..ana takkan dapat membantu andai ana tidak benar2 memahami apa yang kalian rasa..

Insyaallah,akan ana terangkan satu persatu..

Pertama, hadir kerana nafsu..

Hadir kerana nafsu ini ialah bilamana kalian mengingatinya kerana keinginan kalian sendiri..kalian yang menyebabkan perasaann itu datang..sebagai contoh..kalian mengingatinya kerana terbayang2 wajahnya..kalian teringatnya kerana rindukan suaranya..kalian ternanti2 meseg darinya..andai itu yang berlaku..maka berhati2lah kerana khuatir perasaan yang hadir adalah krn nafsu semata2..dan andai krn nafsu..satu ubat yang paling mujarab ialah dengan berpuasa..

Kedua, perasaan yang datang dari Allah..biasanya..jawapan bagi persoalan ini tidak dapat dijawab dgn jelas krn orang yang mengalaminya tidak tahu kenapa dia rasa begitu..”ia datang sendiri umi..” itulah jawapan yang selalu ana dapat..

Jawapan ana..

andai itu yang kalian rasa..maka berdoalah kepada Allah..mungkin apa yang kalian rasa benar2dari-Nya.. ia boleh jadi satu ujian..boleh jadi satu anugerah..

”Sahabat-sahbatku..

Allah Maha Mendengar bsisikan hati kita..andai kita lakukan sesuatu krn takut dan malu pada-Nya..Dia Maha Tahu..Dia pasti akan membantu kalian..dan dia akan memakbulkan doa kalian..

hati kita..Allah yang memegangnya..kerana itu kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah..agar Allah menetapkan hati kita dan tidak membolak-balikkannya..

Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi ‘ala tho’atik,
wahai Tuhan yang Membolak balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepada-Mu.

Dalam berbicara soal hati,adalah amat perlu untuk kita menjaga kesucian hati..dan dalam membicarakan soal kesucian hati..Pertamanya..kalian perlu benar-benar memahami hati kalian..bilamana kalian memahami hati kalian..insyaallah,kalian akan tahu bagaimana menyucikannya dan apa yang menyebabkan kalian rasa hati kalian kotor atau tidak bersih..

Menyucikan hati bukan sahaja tertakluk antara kita dengan Allah..untuk menjaga hubungan kita dengan Allah..tetapi juga untuk menjaga hubungan sesama manusia..

kerana apa?kerana dlm hati yang tidak suci..maka akan wujudlah perasaan dengki..iri hati..dendam..prasangka dan pelbagai lagi maksiat hati yang ada..seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan yang seumpama dengannya..

Ya!Rambut sama hitam..hati lain-lain..

Mungkin,perumpamaan ini sudah tidak boleh digunakan kini.. memandangkn sekarang sudah ada rambut berwarna merah..pink...hijau..ungu..dan biru..

ya Allah..macam2 dunia ni..

Berbalik pada soalan sahabat ana itu tadi..

ada beberapa jawapan yang ana sampaikan..bukan cara untuk melupakan..tapi,lebih kepada bagaimana menjaga kesucian hati..bagaimna mendidik hati agar tidak dibuai dengan angan2 yang mungkin angan2 itu dibawa oleh syaitan laknatullah untuk kita jauh dari mengingati Allah..

Pertama,banyakkan berdoa..doa untuk menjaga kesucian hati..doa untuk mohon kekuatan menghadapi ujian dari-Nya..selain itu,mohon juga untuk diberikan petunjuk atas segala yang berlaku..

firman Allah yang bermaksud:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar", surah al-baqarah ayat-155.

Apa yang berlaku pada kita..mungkin ia adalah ujian dari Allah untuk kita,maka berdoalah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi segala ujian..

Kedua, bila tiba-tiba teringat..istighfarlah..didik hati supaya jangan terlalu mengikut perasaan..ingat!!bahawa syaitan akan stase berusaha untuk membiarkan manusia brada dlm kelalaian..dan bila tiba-tiba teringat je..cuba ingatkan diri...bahwa mengingati lelaki/wanita yang bukan muhrim itu boleh membawa kpd bunga-bunga zina..

Ketiga, zikrullah..didik diri untuk sentiasa mengingati Allah..tgh berjalan-jalan kedewan kuliah contohnya..zikirlah..sedang duduk-duduk dlm bas..melihat keluar cermin..lihat alam..lihat kebesarannya..berzikirlah..amalkan zikir setiap saat..andai tidak terzahir dilidah..zahirkan dihati..lahirkan juga rasa malu untuk mengingati yang lain dari-Nya..

Teringat ana sewaktu belajar tasawuf di SAR dulu..iaitu dalam mempelajari soal zikir..insyaallah,akan ana kongsikan sedikit disini..

Zikir merupakan rangkaian atau sendi iman yang dituntut oleh Islam terhadap ummatnya dan..

’Ibu Segala Zikir Adalah Solat’

Firman Allah di dalam Surah Thaha-14

“Sesungguhnya akulah Allah,tiada Tuhan melainkan Aku,oleh itu sembahlah Aku dan dirikan solat untuk mengingati Aku..

Kerana itu, waktu solat hati kita perlu benar-benar khusyuk..dan kita tidak boleh mengingati yang lain dari-Nya..sekalipun mungkin sukar untuk mencapai kekhusyukkan dlm solat tapi kita perlu berusaha..

Ingin ana kongsikan sedkit dengan kalian salah satu cara untuk khusyuk iaitu dengan memahami akan makna 'IHSAN' dan mempraktikkannya..

Ingatkah kalian akan satu peristiwa yang diterangkan di dalam hadith dimana sewaktu Rasulallah SAW sedang duduk bersama para sahabat..tiba-tiba..baginda didatangi oleh seorang lelaki yang berjubah putih..lelaki tadi duduk disisi Rasuallah lalu meletakkan tangannya ke paha rasuallah SAW lalu bertanya kepada Rasulallah SAW..terangkan padaku..apa itu Islam??lalu Rasuallah menerangkan tentang Rukun Islam..kemudian lelaki tadi bertanya lagi..terangkan pada ku..apa itu iman??lalu Rasulallah pun menerangkan Rukun Iman..dan bertanya lagi lelaki tadi..terangkan pada aku..apa itu IHSAN??Maka berkatalah Rasuallah SAW..

IHSAN ITU IALAH BILAMANA KAMU MENYEMBAH ALLAH KAMU MERASAKAN SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT ALLAH..ANDAI KAMU TIDAK BISA MELIHAT ALLAH.. TAPI KAMU TAHU..ALLAH MELIHAT KAMU..

Lelaki berjubah putih tadi ialah Malaikat jibril..

Insyaallah sahbat2ku..bilamana kita memahami akan makna IHSAN ini dan bisa mempraktikkannya sewaktu kita solat..kita akan dapat merasai nikmat kekhusyukan di dalam solat..sama-samalah kita berusaha..

Berbalik pada soal zikir..

Secara khususnya, zikir itu ialah mengucapkan :

tasbih iaitu Subhanaallah..
tahmid iaitu alhamdulillah..
takbir iaitu Allahuakhbar..
tahlil iaitu Laaailaahaillah..
taqdis iaitu Subbuhun Quddus,
Hauqalah iaitu La haulawala Quwwataillah billah..
Hasbalah iaitu Hasbiallahu wani’mal wakil..
Basmalah iaitu bismillahirrahmanirrahim..
Membaca Al-Quran..dan berdoa dengan doa-doa mathurat iaitu doa yang diterima daripada Rasuallah SAW juga tergolong dlm zikir


Manakala secara umumnya pula, zikir ialah amalan sama ada amalan hati,lisan dan perbuatan yang dilakukan bagi mengingati Allah Taala dan menganggungkannya serta selaras dengan syariat Islam..

Dengan berzikir maka akan lahir rasa taqarrub kepada Rabb..

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab ayat 41-42 ada menyebut yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama ALLAH dengan ingatan serta sebutan yang sebanyk2nya dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.

Demikianlah serba sedikit tentang zikir..Insyaallah,kita teruskan dgn persoalan menjaga kesucian hati..

Keempat,dekatkan diri kepada Allah..rajin-rajinkan diri membaca Al-Quran dan buat solat tahajud,solat taubat dan istikharah jika dirasakan perlu..

Kelima, sibuk-sibukkan diri dengan hal lain agar diri tidak teringat pada-Nya..

Keenam,elakkan dari duduk seorang diri..krn ia boleh mencenderungkan kalian untuk mengingatinya...


Sahabat-sahabatku,

Setiap apa yang kita lakukan..apa yang lahir dlm hati kita.sebenarnya ia datang dari Allah..sesuatu yang berlaku pada kita takkan berlaku andai ia tidak dgn kehendak dan kekuasaan Allah..

lalu,kenapa Allah menghadirkan perasaan itu dlm hati kita??

kenapa Allah menghadirkan perasaan rindu atau cinta dlm hati kita sedangkan dia tahu kita mungkin lalai kerananya??

kenapa ia hadirkan dlm hati kita untuk mengingati yang lain dari-Nya??

Kenapa Allah menciptakan kita di dunia ini sedangkan Allah tahu bahawa kita akan melakukan perpecahan di dunia ini??

Kerana apa??

Ya!Kerana Allah ingin mentarbiyyah kita dengan setiap yang berlaku..Allah tidak akan rugi apa-apa dan tidak akan terkesan sama ada kita mengingati-Nya ataupun tidak tapi kita yang akan terkesan andai hati kita tidak mengingati-Nya..


tarbiyah bermaksud mendidik atau diasuh. Ia merupakan satu proses untuk menghasilkan manusia yang beriman dengan sebenar2 iman..

analogi disini cukup mudah..andaikan kita ingin membuat sebiji kek coklat yang sedap rasanya..maka untuk membuat kek yang sedap harus cukup bahannya..juga harus dibuat dgn cara dan kaedah yang betul..begitu juga dalam soal pentarbiyyahan..proses tarbiyyah ini berlaku secara berterusan dan ia berlaku setiap saat..bergantung kepada seseorang individu itu sendiri sama ada ia sedar atau tidak akan terbiyyah yang diterima..

Terdapat tiga perkara penting dalam proses tabiyyah iaini harus ada iman dan keyakinan..ilmu dan seterusnya beramal dengan ilmu..tarbiyyah ini pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu di dalam Islam terdapat 7jenis tarbiyyah..

Insyaallah,akan ana kongsikan disini..

Pertama ialah tarbiyyah ruhiyyah iaitu jalan untuk menyuburkan hubungan dengn Allah..tarbiyyah ruhiyyah ini bermula dengan aqidah yang akhirnya membawa kepada ma’rifatullah..dan setrusnya ibadah iaitu ibadah yang dilakukan untuk memperoleh mardatillah iaitu redho Allah..

Kedua,tarbiyyah‘aqliyyah iaitu mentel..akal..antara contoh ialah dalam menguji ketahanan mentel melalui deraan dan cabaran contohnya..tarbiyyah ‘aqliyyah juga mengasah akal untuk memahami sesuatu dan merangsang pemikiran..

Ketiga ialah tarbiyyah jasadiyyah iaitu jasad..ini termasuklah latihan dari aspek kesihatan,pemakanan mahupun kegiatan tubuh badan..

Keempat, tarbiyyah jihadiyyah iaitu kefahaman tentang jihad..sebagai contoh ialah dlm menguji ketahanan badan,survival,kemahiran persenjataan dan kekuatan jiwa menghdapai serangan pemikiran contohnya..

Kelima,tarbiyyah keselamatan..iaitu dari sudut perisikan..penguasaan dari segi bahasa,ilmu jiwa,ketenteraan dan soal keamanan ahli,dokumen dan rahsia..

Keenam,tarbiyyah akhlaqiyyah iaitu berpandukan Al-Quran dan hadith dan yang terakhir ialah tarbiyyah fardiyyah iaitu praktikal amal islami secara individu contohnya..

Demikian,serba sedikit penerangan tentang tarbiyyah yang adapat ana kongsikan..

Sahabat-sahabatku,

Allah telah memberikan AL-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan hidup kita..maka berpeganglah padanya dan hayatilah maknanya..Di dalam AL-Quran sudah diterangkan dengan cukup jelas bagaimana Allah menyediakan modul-modul pentarbiyahan untuk hamba-Nya..sebagai contoh bilamana kita bercakap soal ujian..sebagai contoh dlm kes di atas..sahabat ana sedang diuji oleh Allah dengan kekurangan jiwanya..tetapi di dalam Al-Quran juga sudah diterangkan bahawa Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kemampuannya??

Demikianlah bagaimana Allah mentarbiyyah kita dengan setiap yang berlaku. Cuma apa yang paling penting ialah keyakinan kita kepada Allah dan kesabaran dalam menghadapi setiap ujiannya..

Proses pentarbiyyahan ini juga mempunnyai tingkat2 yang tertentu iaitu yang pertama ialah ilmu,kemudiannya amal,seterusnya tazkiyyah iaitu pembersihan dan penyucian jiwa dengan muhasabah dan pengislahan contohnya dan yang terakhir ialah melalui ujian..

Oleh itu..bersabarlah menghadapi ujian Allah..dan yakinlah ada hikmah yang tersembunyi disebalik ujian itu..

setiap ujian yang berlaku ini pula ..seharusnya dilihat dalam dua konteks iaitu Syariah dan Sunnatuallah..Terkadang Allah menguji kita dengan bertujuan supaya kita beralih untuk memahami dan kembali kepada syariah dan kadang-kadang ia mahu kita kembali kepada Sunnatuallah..

Persoalannya..

Apa itu sunnatullah??

Apa itu syariatullah??

Sunnahtullah berasal dari dua perkataan iaitu sunnah dan Allah..Sunnah membawa maksud kebiasaan..Maka sunnatullah ini bolehlah untuk kita ertikan sebagai kebiasaan-kebiasaan atau ketetapan-ketetapan Allah. Sunnatullah disebut juga dengan hukum alam, hukum kemasyarakatan, atau ketetapan-ketetapan Allah menyangkut situasi kemasyarakatan yang tidak dapat dialihkan dan diubah oleh siapapun.
Sedangkan syariat adalah hukum Allah dan kebanyakkan hukum-hukum Allah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran.

Ayuh!kita ambil kembali alkisah Pak Haji dan Ah Chong

Pak Haji baru selesai mengerjakan haji. Dia seorang lelaki yang taat beribadah. Pak Haji dan Ah Chong masing-masing menanam jagung..Pak Haji turun ke kebun jam 10 pagi, selepas selesai solat sunat Dhuha. Benih dipilih, dibenam ke bumi, air disiram, Pak Haji balik ke rumah dan bersolat lagi…Pak Haji seorang yang tunduk dan patuh pada syariatullah..
Di seberang sana ada seorang lagi pekebun jagung bernama Ah Chong. Jangankan haji, halal haram dan solat pun dia tidak mengerti.

Ah Chong Turun ke kebun jam 7 pagi. Masih ‘kufur’ seperti sebelum tidurnya malam tadi. Dengan dada yang kosong dari sebarang agama, Ah Chong memilih benih terbaik. Ditanam semolek mungkin ke dalam tanah yang dibentuk batas. Dibuat saluran air, agar lebihan siram tidak bertakung merosakkan benih. Batas dilindung dengan rumput kering selepas baja ditabur mengikut sukatannya. Pagar kebun diperiksa, agar jangan kambing merempuh masuk memakan anak pokok jagungnya..dan tepat jam 12 tengah hari, Ah Chong bersandar di pondok usang, berehat dan makan menanti petang.

Setiap hari Pak Haji dan Ah Chong mengulang perbuatan yang sama hingga genap 50 hari untuk menuai.

Persoalannya..kebun siapakah yang akan menghasilkan jagung yang terbaik,banyak dan berkauliti??

Dengan yakin, kita boleh menjawab bahawa kebun jagung Ah Chonglah yang makmur dan sejahtera.

Soalnya siapakah yang menumbuhkan jagung?

Allah…

Soalnya siapakah antara mereka berdua yang menyembah Allah?

Pak Haji…

LALU, Mengapa Allah tumbuhkan pokok jagung Ah Chong dan bukannya pokok jagung Pak Haji?Bukankah Pak Haji yang menyembah Allah??

inilah dia sunnatullah sahbaat2ku..

lmu sains dan ilmu kemanusiaan itu yang di rungkai oleh para saintis dan manusia itu adalah bentuk prisip dan hukum alam yang telah dicipta oleh Allah sebagai satu sunatuallah.
Adakah Allah ada menyebut bahawa apabila hendak menanam jagung perlu dengan siraman doa, dibajai dengan zikruallah?

Apakah kesuburan jagung ditentukan oleh Allah SWT pada besarnya serban atau labuhnya tudung??

Tidak sahabat2ku..

Ketentuan Allah pada teknik menyuburkan tanaman jagung ialah pada kualiti benihnya, cara jagung ditanam, jenis baja, kaedah menjaga pokoknya… yang kesemuanya dihimpun dalam satu ilmu bernama sains pertanian.

Siapakah yang tunduk kepada Allah dalam sains pertanian?

Jawapannya… Ah Chong.

Ah Chong yang patuh kepada hukum alam, kepada hukum sains pertanian… kepada Sunnatullah (cara kerja Allah).

Inilah beza antraa sunnatullah dan syariatullah..Namun,sebagai seorang Islam,untuk membentuk diri menjadi muslim sejati...untuk mendapat kesejahteraan hidup yang sebenar maka syariatullah dan sunnatullah ini harus hadir selari dlm hidup kita..

Contohnya, seperti alkisah Pak Haji di atas..andaikan Pak Haji seorang yang tunduk pada syariatullah dan dalam masa yang sama memahami sunnatullah..Pak Haji bangun seawal pukul 7.oopagi untuk menannam benih jagung..dicarinya benih yang terbaik..Ditanam semoleknya benih tadi dalam tanah yang dibentuk batas..dibuatnya saluran air, agar lebihan siram tidak bertakung merosakkan benih...dilindung batas dengan rumput kering selepas baja ditabur mengikut sukatannya...diperiksa pagar..agar tidak ada kambing yang masuk..setelah selesai dia kembali ke rumah menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang taat..menunaikan solat..berzikir..membaca Al-Quran..dan dalam masa yang sama dia berdoa agar tanamannya menjadi..

Persoalannya,

Apkah kebun jagung Pak Haji menanamkan jagung yang banyak,baik dan berkualiti??

Jawapannnya sudah tentu ‘YA!!malahan bukan sahaja kebunnya menjadi tetapi Pak Haji juga mendapt keberkatan dlm hidupnya..

suka untuk ana memberi satu lagi contoh memandangkan sekrang masing2 giat studi untuk menempuh final exam..andaikan ada seorang gadis bernama Muslihah peljar tahun 3 kos pendidikan Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Mei Ling juga dlm kos yang sama..Muslihah seorang yang taat beribdat..sepanjang ‘studi week’tidak pernah sekali dia meninggalkan solat hajat..dia rajin membaca Al-Quran dan tidak putus2 berdoa agar cemerlang dlm examnya..namun,dia kurang dalam usahanya..sebaliknhya, Mei Ling mengamalkan study smart dlm pembelajarannya..dibuatnya peta minda agar mudah untuk dia mengingat..masa yang diisi dipenuhkan dengan persediaan untuk peperiksaaN..dia menghafal maklumat2 yang penting..dia membuat latihan untuk menambahkan kefahaman..

Persoallannya?

apakah Muslihah atau Mei Ling yang dapat menjawab soalan peperiksannya dengan baik??

Ingatkah kalian akan kata2 ini..

“Siapa yang berusaha..maka dia mendapat”

Bukankah kita juga selalu mendengar ini..

USAHA, DOA ,TAWAKAL..

Maka..amalkanlah..berpegang padanya..insyaallah..kejayaan menjadi milik kita..

Berbalik pada soalan menyucikan hati..kembalilah kepada syariatullah dan sunnatullah..mungkin Allah sedang mentarbiyyah kamu tentang sesuatu..begitu juga andai kita sedang menerima sesuatu ujian..kembalilah kepada Allah..sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu..yang penting keyakinan kita kepada Allah..dan kesabaran yang berterusan..


Sekian,perkongsian dariku..

Wallahualam..

Wednesday, April 8, 2009

Anak-anak amanah ALLAH..






Alhamdulillah.segala puji bagi Allah..sebelum ana melakar bicara pada apa yang ingin ana kongsikan..ana ingin ucapkan syukur kepada Allah..krn dgn izin-Nya jua ana dapat pulang ke kampong pada minggu lalu dan alhamdulillah..selamat kembali ke UPSI smlm..menjalankan kewajipan sebagai seorang pelajar kembali..

Naluri itu..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah..Tuhan sekalian alam..Yang Maha Berkuasa atas setiap yang berlaku..pemilik segala hati..syukur kuucapkan pada-Mu ya Tuhanku..Menganugerahkan naluri keibuan itu dalam hatiku..jua kaum Hawa yang lain..

Pulangnya ana ke kampung..mengubat segala rasa rindu..rindu pd keluarga..rindu pada anak saudara ana..masih terngiang-ngiang telatahnya yang begitu mencuit hati..

Sewaktu ana sampai dirumah,jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.00tgh malam..waktu itu,si buah hati ana sudah tidur..ana masuk kebilik ibu ana seketika..melihatnya yang sedang lena..tak sabar rasanya hati ana menunggu hari esok..

keesokan hari..

awal betul si buah hati ana bangun..ana terus meluru masuk ke bilik ibu..ana mengangkatnya yang sedang baring sambil bermain dengan kakinya sendiri..

”Hazim..mak ngah ni sayang..”
”Hazim ingat mak ngah??”

Buah hatiku memandangku..agak lama..kata ibu..mungkin dia ingin mengenaliku..mungkin,dia tertanya2..adakah ini mamanya??

”Ini bukan mama sayang..ini mak ngah..”

Hatiku terasa sayu..sayu bila memikirkan si buah hatiku terpaksa berpisah dengan mamanya..mendengar cerita ibu tentang tangis hazim bila mendengar suara mamanya ditelefon kali pertama..marahnya bila diletakkan handset ditelinga nya tika mamanya mahu mendengar suaranya...menambahkan lagi rasa sayuku..mungkin sikecil ini merajuk dgn mamanya krn mamanya meninggalkannya..

”Hazim..mama hazim bukan tak sayang hazim..bukan niat mama hazim untuk tinggalkan hazim..tetapi keadaan menyebabkan hazim dan mama terpaksa berpisah untuk seketika..mama hazim belum jumpa pengasuh yang sesuai lagi untuk jaga hazim..”

Mahu saja aku memahamkan buah hatiku..sekalipun aku sendiri tidak tahu apakah buah hatiku itu bisa memahami apa yang kucakapkan..

Alongku berpindah tempat kerja..keadaan ini memaksanya untuk mencari pengasuh baru..bukan senang untuk mencari pengasuh yang benar-benar boleh menjaga anak-anak kita sekrang ini..sudah banyak berita-berita di akhbar yang memaparkan cerita yang tidak sedap didengar..pasti si ibu inginkan yang terbaik untuk menjaga anak..andai dikutkan rasa hati,siapa yang mahu orang lain menjaga anak sendiri,tapi kerana siibu bekerja..terpaksa juga dicarikan pengasuh untuk menjaga anak buat seketika..

Aku memahami hati alongku..dari minggu lepas kesihatan alongku kurang baik..dia demam demam..mungkin krn rindukan anaknya..tiap-tiap hari along menelefon ibu untuk bertanyakan perihal anaknya..

Aku mengerti hati along sebagai ibu..andai aku menjadi ibu..pasti itu jua yang kurasa..


6april2009 tepat umur buah hatiku 6bulan..kini beratnya sudah 10kg..semangat betul buah hatiku itu..dengan pipinya yang tembam..badannya yang panjang..mungkin ikut ayahnya..abang longku tinggi dan berbadan besar..

Macam-macam fi’il yang ditonjol anak buahku itu..jeritannya..tawanya..senyumnya..suke betul die menghisap ibu jari tangannya..dan sekarang..dia sudah mula menghisap ibu jari kakinya pula..

”hazim..hazim nak adik ke sayang??

Kata orang –orang tua..kalau anak hisap ibu jari kaki..dia nak adik..betul atau tidak..ana pun tak tahu..

Oleh kerana berjauhan dengan mamanya,hazim sudah tidak lagi menghisap susu badan..ibuku membrinya minum susu yang dibeli..dan kemudian menyuapnya makan bubur yang dilenyek halus dengan ikin bilis yang sudah dikisar sebagai perencah..suka betul aku melihat buah hatiku makan..berselera sungguh..sepadanlah dengan badannya yang cukup sihat itu..semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk anak buahku dan semoga anak buahku menjadi anak yang soleh..

Disini,ingin kukongsikan sedikit kebaikan susu ibu pada kalian..dari apa yang kupelajari dalam subjek fisiologi haiwan iaitu dalam topic immune system..tahukah kalian kenapa susu ibu begitu baik untuk anak??kenapa doctor-doktor sememangnya menggalakan kita menyusu anak sendiri dari memberi mrk minum susu yang dibeli??

Susu ibu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu colostrum milk, transitional milk dan mature milk. Colostrum merupakan susu pertama yang dihasilkan dan ia adalah sangat penting kerana ia membantu dalam sistem immune manusia. Susu ini dihasilkan diakhir kandungan dan awal minggu pertama selepas kelahiran bayi. Susu colostrum ini agak tebal dan berwarna kekuning-kuningan. Terdapat 3kali ganda protein di dalam colostrum berbanding di dalam mature milk. Di dalam colostrum milk ini juga terdapat banyak antibodi, kurang gula dan kurang lemak berbanding mature milk. Kandungan leukocytes iaitu sel darah putih yang tinggi di dalam colustrum ini juga membantu menghapuskan bacteria dan virus yang menyebabkan penyakit. Selain itu, Colostrum juga memainkan peranan yang penting dalam gastrointestinal tract bayi. Sepertimana yang kita sedia ketahui, usus bayi yang baru lahir adalah sangat telap. Oleh itu, colustrum ini berfungsi untuk membentuk barriers iaitu halangan untuk menghalanag benda asing dari menembusi usus bayi.

Selepas minggu pertama bayi dilahirkan,Transitional milk pula dihasilkan.Transitional milk ini dihasilkan selepas colostrum dan sebelum mature milk iaitu antara hari ke 4 hingga ke 10 selepas kelahiran. Kemudiannya, mature milk yang terdiri daripada 55% fats, 37% carbohydrates, 8% proteins dan various elements seperti minerals, vitamins, and enzymes pula dihasilkan. Babies, infants, dan kanak-kanak kecil memerlukan lemak kerana ia penting untuk tumbesaran dalam nervous system. Selain itu, lemak ini juga penting untuk melindungi nerve cells iaitu sel saraf. Di dalam susu ibu juga terdapat sejenis enzim yang dipanggil enzim lipase. Enzim lipase ini adalah sangat penting kerana ia akan memecahkan lemak-lemak kepada bentuk yang lebih kecil. Hal ini akan memudahkan proses pencernaan dalam bayi berlaku.

Karbohidrat merupakan komponen terbesar yang terkandung di dalam susu ibu. Di dalam susu ibu, kebanyakkan karbohidrat adalah di dalam bentuk laktose yang akan membekalkan tenaga kepada bayi untuk melakukan sesuatu seperti menangis, bernafas, makan, membesar dan sebagainya.Kemudian, lactose ini pula akan ditukarkan kepada lactic acid oleh Lactobacillus iaitu sejenis bacteria. Lactic acid ini akan menjadikan perut bayi berada dalam keadaan acidic yang dapat menghalang pertumbuhan bacteria yang merbahaya yang tidak sepatutnya ada dalam perut bayi .

Tahukah kalian, bahawa terdapat lebih kurang 37%karbohidrat iaitu di dalam bentuk laktose di dalam susu ibu dan tidak sampai 10% lactose di dalam susu formula yang kalian beli di kedai??

Di dalam susu ibu juga terdapat kandungan protein yang tinggi. Tetapi kandungan protein ini semakin berkurang dengan meningkatnya umur bayi. Oleh sebab itu, pada usia 6bulan bayi memerlukan makanan tambahan dari luar sebagai sumber protein seperti nestum dan sebagainya.

Di dalam mature milk terdapat pelbagai jenis protein tetapi yang paling penting ialah ‘whey’ dan ‘casien’.Whey adalah sejenis protein yang lembut dan dalam keadaan cecair manakala casein pula sejenis protein yang agak bergumpal. Di dalam susu ibu, terdapat 60% to 80% proteins adalah jenis protein ‘whey’ yang mudah untuk dicernakan dan diserap. Disebabkan itu,jika kita lihat bayi mudah dan selalu buang air besar dan selalu lapar. Berbanding dengan susu lembu yang dibeli di kedai, kandungan protein di dalam susu lembu lebih banyak mengandungi ‘casein’ berbanding’whey’.Ini menyebabkan ia susah dicerna dan bayi susah atau jarang buang air besar dan lambat rasa lapar.

Selain whey dan casein, terdapat banyak lagi kandungan protein yang terdapat di dalam susu ibu antaranya ialah antibodi untuk melawan bacteria dan virus yang membawa penyakit, lactoferrin yang membantu dalam penyerapan iron atau zat besi. Ia juga membantu menghalang pertumbuhan microorganisma yang merbahaya, bifidus factor menggalakkan pertumbuhan lactobacillus yang menghalang pertumbuhan bacteria yang merbahaya dalam perut bayi,, lipase, amylase, lysozyme, dan enzim –enzim lain yang membantu dalam pencernaan dan membentuk persekitaran yang baik dalam usus bayi.

Selain karbohidrat,lemak dan protein, di dalam susu ibu juga turut terkandung vitamin dan mineral. Kesemua nutrient yang lengkap yang terdapat di dalam susu ibu menunjukkan kepada kita kebaikan susu ibu berbanding susu yang dibeli di kedai. Kebaikan susu ibu yang Allah anugerahkan kepada kita kaum Hawa bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada anak yang lahir tetapi juga dapat mengeratkan hubungan antra siibu dan si anak. Malahan, ibu yang menyusukan anak juga dapat mengurangkan risiko untuk terkena kanser payudara. Oleh kerana itu,para ibu digalakkan untuk menyusu anak sehingga umur mereka mencapai 2tahun..

Subhanaallah..walhamdulillah..walaailahaillah..allahuakhbar..Maha suci Allah yang ,menjadikan sesuatu yang tidak ada sia-sia..


Anak-anak amanah Allah..

Anak-anak..andai kita didik dengan betul dari kecil..insyaallah..eloklah jua dia bila besar nanti..

ibu ana ada beritahu ana..hazim cukup cerdik..dia seolah-olah faham apa yang kita cakap..bila kita panggil namanya,dia sudah pandai menoleh..bila kita kata jangan..dia seakan faham..bila ana membisikkan kalimah Allah ditelinganya..dia tekun dan senyap..seakan mendengar..tapi,satu fi’il hazim yang buat ana tersenyum ..dia sudah pandai meniarap..tapi meniarap undurnya ke belakaang bukan ke depan..bila diletakkan di dalam kerusi roda baby..dia gerak ke belakang juga..macam-macam..tapi,ibu kata..itu perkara biasa..insyaallah..nanti,dia akan pandai sendiri gerak ke depan..

satu peristiwa yang diceritakan ibu ana..sewaktu ana kerumah jiran melihat adik sepupu yang sakit..ibu mencari anak saudara ana yang diletak di dalam kerusi rodanya..akhirnya,ibu ana ternampak dari jauh sibuah hati ana itu ditepi pintu bilik ana..dia menyelak langsir bilik ana..kemudian menutupnya kembali..dan menyelak sekali lagi kemudiannya menutup kembali..ibu tersenyum dan terus mengambil hazim..melihat hazim yang mencari ana,ibu pun membawa hazim ke rumah jiran ana..tersenyum ana mendengar cerita ibu..cerdik betul si kecil itu..mungkin dia pelik..kemana agaknya mak ngah dia..lalu dicarinya ana dibilik..diselak langsir dua kali untuk memastikan ana betul-betul tidak ada dibilik..

Maha Suci Allah..yang menganugerahkan kecerdikan dan kepandaian dalm diri manusia..Maha suci Allah yang menganugerahkan akal kepada kita..

3 dah selamat...3 bakal menanti..

Alhamdulillah..pulangnya ana ke kampung masih sempat untuk ana bertandang ke rumah saudra-saudara ana..melawat mak saudra ana yang baru selmat melahirkan anak perempuan dan dua orang sepupu ana yang juga baru melahirkan anak perempuan..kali ini tok ana mendapat seorang cucu perempuan baru dan dua orang cicit perempuan..semakin besar dan berkembanglah keluarga ana..insyaallah,dengar-dengarnya..sepupu2 ana yang tiga orang lagi pula sedang mengandung anak kedua..insyaallah..bakal lahir pada awal tahun depan..semoga dipermudahkan segalanya..

Ingin ana kemukan hadith yang ana percaya kalian biase mendengarnya..

Hadith yang berbunyi:

Bila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah amal jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh..

Anak-anak anugerah dari Allah..sememangnya ia adalah anugerah dari-Nya..Cuma apa yang penting ialah bagaimana kita sebagai ibu atau ayah ingin mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh..Rasulallah SAW berbangga melihat ramainya ummatnya pada hari akhirat kelak tapi baginda akan lebih berbangga dengan hadirnya ummatnya yang soleh dan solehah..itulah tanggungjawab kita bakal-bakal ibu..dan bakal-bakal ayah untuk membentuk diri kita sendiri dari sekarang menjadi muslim yang sejati..insan yang soleh dan solehah agar sampai masanya kita pula bisa melahirkan zuriat yang soleh dan solehah..insyaallah...aaaminnnn..


sekian perkongsian dariku..

apakah kalian merasakan bahawa pemikiran ana terlalu kedepan??ana harap tidaklah kalian memikirkan begitu kerana apa yang ana sampaikan mungkin bakal kita tempuh satu hari nanti..
ia adalah realiti kehidupan..dalam rumah tangga..hal anak-anak..dan semuanya..

kita harus sudah pandai mengambil tahu..juga rajin membaca mengenainya..kerana satu hari nanti..kita juga bakal bergelar suami atau isteri..bakal bergelar ibu atau bapa..

Wednesday, April 1, 2009

AIR MATA IBU




Mak..Ibu..Ummi..Mama...

Pada cuti yang lalu, ana pulang kerumah..cuti selama seminggu bagai tidak terasa..namun apakah daya sebagai seorang pelajar kita punya tanggungjawab yang perlu diteruskan…perjuangan dalam menuntut ilmu belum selsai..Tepat pukul 11pagi ana menaiki bas..

lebih kurang satu setengah jam berlalu..tiba-tiba ana menerima panggilan dari ibu ana..

“ Assamualaikum mak..
“ Waalaikumussalam..
“ Kenapa mak??
“ Angah kat mana dah ni??
“ Angah baru kat keratong mak..
“ Kenapa mak??ana pelik kerana tiba-tiba ibu ana menelefon ana sedangkan tidak sampai dua jam ana bertolak..

Akhirnya ana mendengar sayup-sayup suara ibu ana menahan tangisan..

”mak sunyi..bile pulak angah balik?? balas mak ana sambil menahan tangis..

luluh hati ana sahabat-sahabtku..luluh hati ana mendengar ibu ana menangis..air mata ana sudah bergenang..hingga hampir saja ia gugur namun ana menahannya..ana tahu..ana perlu kuat..ana tak boleh turut sama menangis seperti ibu ana..andai ana juga menangis..bagaimana harus ana menenangkan hati ibu ana..

“ tak tahu lagi mak..angah dah takde cuti panjang lepas ni..”
masih terdengar jelas esakan tangis ibu ana..
“ mak..mak jangan macam ni..takde ape-ape ye..irim kan ada..
”irim mana mak?”ana sengaja mahu menukar topic krn tak mahu ibu ana melayan rasa sedihnya..
“irim ambik adik-adik kat sekolah..”
“ mak sorang-soranglah ni ye..mak memasak ye!
“haah!mak memasak..

emosi ibu ana sudah semakin stabil bila ana melayannya bercakap..tangisnya sudah semakin hilang..
“nanti..dah sampai..beritahu mak ye..?
“ye..nanti angah telefon bile angah sampai..mak jangan risau ye..”

selepas berbual seketika dgn ibu ana..telefon ditamatkan..

ana bukan anak tunggal sahabt2ku..ibu ana bukan punya 5 orang anak tapi 10orang…tapi dari 10 orang adik-beradik ana..Cuma tinggal tiga orang sahaja adik ana yang menjadi peneman ibu sekarang…yang lain... akak ana sudah berkawin..ana di UPSI..adik ana politeknik dan yang lain masing-masing belajar dan tinggal di asrama..Cuma sesekali mrk balik ke rumah..

3orang adik ana dirumah..

tidakkah mrk bisa menghilang rasa sunyi ibu ana??

yang menjadi peneman ibu ana skrg ialah ,dua orang adik ana yang masing2 dalm drjah 4 dan 5..yang padat waktu persekolahannya..dgn kelas pagi..kelas fardhu ain..tuisyen..tiada masa untuk menghibur hati ibu…jika ada masa sekalipun..masa diisi dgn bermain..mrk masih kecil..masih belum bisa mengerti hati si ibu..juga adik lelaki ana yang berumur 19tahun.. sdg menunggu tawaran u..

anak lelaki tak sama dgn anak prmpuan sahabat2ku..mrk tak bisa membaca hati siibu..anak lelaki susah sikit untuk lekat dirumah..ada saja program mrk..main badminton..main bola sepak..pegi umah kwan..untuk disuruh membeli barang..insyaallah..boleh..tapi,untuk berkongi rasa..menonton tv bersama..bermanja..bergurau..anak perempuan memain peranan..tambhan ana adlh anak perempuannya yang paling besar memandngkn dibawah ana sume lelaki berderet setahun sorang..maka tidak mustahillah andai hubungan ana dan ibu smmngnya cukup rapat dan manja..

sewaktu menonton cite'isteri untuk suamiku'

"mak ni busyuklah..
"iskh..mak mane boleh busyuk..mak sentiasa wangi..(ayat ibu yang sudah bisa kuhafal)
"ye ker?

aku tergelak kecil...satu ciuman kuhadiah untuk ibu dipipi kirinya..ibu tersenyum..

ana mengerti hati ibu ana..sbb tu..bila ana balik kerumah..masa yang ada ana nikmati bersama ibu sebaik mungkin..menonton tv bersama..bergurau bersama..menggembirakan hati ibu..krn itu ibu merasai kehilnagn ana bila ana kembali ke UPSI..maafkan angah mak..

ibu..mak..mama..ummi…

insan mulia yang Allah anugerahkan hati yang cukup lembut..mudah terusik..hati yang dilimpahi dgn rasa kasih yang cukup mendalam terhadap anak-anaknya dan dalam masa yang sama menjadi isteri untuk suami..isteri yang sabar melayan kerenah suami yang kadang kala mungkin si suami tak mengerti hati si isteri..namun,si isteri dgn rasa cinta terhadap suami tetap menjalankan kewajipannya krn dia tahu suaminya adalah suaminya..suami yang harus ditaati..

ibu ana ibu yang biasa..bukan seorang yang berpelajaran tinggi..ibu ana hanya belajar hingga tingktn 3..tapi..dari rahimnya lahir kami 10beradik..pengorbanan ibu ana melahirkn kami 10beradik setahun sorang masakan bisa dibalas sahabatku??

tadi,ana menelefon ibu ana..ana menyatakan hasrat ana untuk pulang ke rumah sebelum menjelang peperiksaan akhir..tapi,ana masih dilemma sama ada ingin balik pada ujung minggu ini atau minggu depan..oleh itu,ana menelefon ibu ana untuk bertanyakan pendapatnya..andai ibu ana ingin ana balik minggu ini..ana akan balik minggu ini..andai ibu ana kata minggu depan..maka ana akan balik minggu depan..tapi,seeloknya ana fikir mahu balik ke rumah tika adik2 ana yang duduk diasrama juga balik..ana rindu sangat pada mereka..ana mahu bertanyakan tentang pelajran mrk..dan berkongsi cite dgn mrk..lagipun,hadiah dari vietnam yang ana beli untuk adik2 ana juga belum sempt ana beri lagi...




“Assalamualaikum mak..mak..adik-adik balik tak minggu ni??
“tak..adik-adik kan baru habis cuti..balas ibu ana..
“kenapa??
“ angah ingat nak balik mak..
“bile?
“tak tahu lagi..hujung minggu ni..atau minggu depan..angah ingat nak jumpe adik-adik..adik-adik tak balik ye mak?minggu depan adik-adik balik tak??
“mak pun tak tahu angah..kenapa?angah nak jumpa adik-adik??
“haah!angah balik hari tu kan..angah tak jumpa mereka..
“mak..mak nak angah balik minggu ni ke..minggu depan??tanyaku kepada ibuku..sengaja aku memancing hati ibuku untuk mengetahui hatinya..
“angah balik minggu ni ye..ibuku membalas..
“tapi,angah ada lab mak..angah ingat nak balik hari sabtu..
“takpe..angah balik pukul 6.00petang..nanti ayah ambik..
biasenye,mak angah tak benarkan ana balik petang krn dia risau tapi kali ini dia izinkan..ana tahu..ibu ana memang mahu ana balik minggu ni..
“tapi..angah tak beli tiket lagi mak..kalau tiket takde mcm mane?mak jgn mengaharap ye!
ana takut tiket takde dan takut andai ana terberi harapan pada ibu ana untuk balik hujung minggu ini..
“insyaallah..ada!!jwab ibu ana dgn penuh semnagt..


ana tahu..ibu ana gembira bila ana cakap ana nak balik..mendengar suaranya yang berbaur kegembiraan menunjukkan dia merindui ana sptmana ana merinduninya..ana pun sbnrnye tak sbar untuk balik..tambhan,buah hati ana ‘muhammad hazim izzafran anak along ana juga ada di kampong..dijaga oleh ibu..bolehlah kami berdua bersama-sama bermain dgn hazim..melihat gelagat si kecil yang tembam itu..rindunya ana..huhu..

masih terngiang diingatan ana..ibu ana menangis sewaktu along ana mahu balik kebidor dan membawa hazim pulang stlh lebih kurang dua bulan along ana berpantang dikampung..hari-hari yang berlalu..ibu ana masih tak bisa menghilangkan rasa rindu pada cucunya itu..hingga kadangkala dia mencium gambar hazim sbgi pengubat rindu..

melihat pada diri ana sendiri..ana tahu..ana banyak persamaan dgn ibu ana..jadi tak hairanlah andai ana jadi begini..

“mak..hazim dah tido??
“ada ni..mak tengah nak dodoikan dia..
“hazim nangis lagi ke mak kalau along telefon?
“alhamdulilah..tak dah..hari tu je dia nangis..

sblm ini ana pernah kol ibu ana.ibu ana kata hazim nangis bila dgr suara ibunya ditelefon..

sedih hati ana dgr cite ibu..kasihan pada hazim..pasti dia rindu ibunya..tapi,apakah daya sayang..hazim terpaksa ditinggalkan seketika smentara mama hazim dpt cari pengasuh baru..

insyaallah hazim...andai diizinkan Allah mak ngah dapat balik hujung minggu ni..biarlah mak ngah yang jadi pengganti mama hazim buat seketika..

“Ya Allah..aku mohon padaMu..agar aku bisa pulang kerumahku hujung minggu ini..permudahkan perjalanku ya Allah..makbulkan doa hambaMu yang lemah dan hina ini..aaaminnnn…

Sahabat-sahabtku,

“syurga itu dibawah telapak kaki ibu"

ingatkah lagi kalian akan hadith Rasulallah SAW?Bilamana seorang sahbat bertanya pada baginda siapakah yang seharusnya berhak untuk dilayani dgn baik dan baginda mengulang sebanyak tiga kali..”ummuka..ummuka..ummuka..dan yang terakhir..barulah Rasuallah SAW menyebut “abuka”

وعنه ، قَالَ: جاء رجل إِلَى رَسُول الله ، فَقَالَ: يَا رَسُول الله ، مَنْ أحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي ؟ قَالَ : (( أُمُّكَ )) قَالَ : ثُمَّ مَنْ ؟ قَالَ : (( أُمُّكَ )) ، قَالَ : ثُمَّ مَنْ ؟ قَالَ : (( أُمُّكَ )) ، قَالَ : ثُمَّ مَنْ ؟ قَالَ : (( أبُوكَ ))

Dari Abu Hurairah RA: Beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkata: Ya Rasulullah, siapakah dikalangan manusia yang paling berhak aku layani dengan baik: Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia berkata lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Seterusnya dia bertanya lagi: Seterusnya siapa?. Jawab baginda SAW: Ibumu. Tanya dia lahi: Seterusnya siapa? Jawab baginda SAW: Ayahmu (Muttafaq 'alaih) [al-Bukhari: 5971, Muslim: 2548]

Sahabat-sahabatku,

ingatkah lagi kalian apa yang ibu kalian lakukan tika kalian sakit??atau mungkin adik-beradik yang lain sakit??

tidak senang ibu kita dibuatnya sahabatku..dia sanggup tidak tidur untuk memastikan yang anak-anaknya tidak apa-apa..

siibu sanggup tidak makan asal anaknya kenyang..

siibu sanggup dimarah,diherdik,dihina demi mencari sesuap nasi untuk si anak..

apakah wajar untuk wanita mulia ini diperlakukan sedemikian rupa??

Sahabat-sahabatku,

sedarkah kita betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh seorang insan bernama ibu..dia yang mengandung kita..yang melahirkan..yang menyusukan kita..yang sabar melayan kerenah anak-anak yang kadangkala menguji kesabarannya..

Bagaimana cara untuk kita membalas budi ibu??

mampukah kita membalasnya duhai teman??

Mampukah kita menggantikan setiap titis susu yang mengalir dlm tubuh kita??

Oleh itu...

hargailah mereka duhai sahbat..

katakanlah..luahkanlah kepada ibu..mak..mama…ummi..

katakan kepadanya betapa kalian menyayanginya..

jangan dilukai hatinya..

jangan biarkan ia terasa hati dengan sikapmu..

jangan biarkan air matanya gugur krn kecewanya dirinya terhadapmu..

doakanlah dia wahai teman..

hargailah dia dimasa hidupnya..selagi dia masih ada..

FIRMAN ALLAH

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu (Luqman:14)

Untuk sahabat-sahabatku kaum Adam..

Sedarkah kalian akan tanggungjawab kalian terhadap ibu kalian??apakah kalian tahu bahawa sekalipun kalian sudah punya isteri namun kalian tetap perlu mendahulukan ibu kalian?

carilah isteri yang faham agama duhai sahabatku kaum Adam..carilah isteri yang memahami tanggungjwab kalian sbgi anak lelaki..insyaallah,dia akan faham kenapa kalian melebihkan ibu kalian..dan dia sendiri akan membantu kalian agar kalian bisa menjalani kewajipan kalian sbgi anak lelaki sekalipun kalian sudah berkawin..

ana punya enam orang adik lelaki..itu yang selalu ana sampaikan pada adik-adik ana..agar mrk mencari isteri yang solehah..ana anak perempuan..andai ana berkawin..mungkin tanggungjwb ana lebih untuk suami..ana perlukan ipar-ipar yang bisa menjaga ibu ana selain berharap memiliki suami yang memahami diri ana yang smmngnye rapat dgn ibu dan keluarga..

bagi saudara-saudaraku kaum Adam..

bagaimana caranya kalian menunjukkan kasih kalian pada ibu kalian??

lelaki..sudah Allah anugerahkan hati mrk lebih tegar berbanding perempuan..tapi itu bukanlah bermaksud mrk tidak menyayangi ibu mrk tetapi kadang mrk tidak tahu dan tidak pandai menunjukkanya..

usah malu untuk mencium ibu kalian sekalipun kalian merasakan kalian lelaki atau mungkin sudah besar..janganlah malu untuk menghadiahkan ciuman kasih buat siibu..percayalah sahabatku..kalian akan rasa gembira dpt menciumnya..

bagi yang tinggal berjauhan dgn ibu..rajin-rajinlah menelefon ibu kalian..jangan terlalu lama tidak bertanya khabar..hantar-hantarlah berita agar dia tidak risau..hati ibu lembut sahabatku..adlah menjadi tanggungjwb kita sbgi anak untuk menjaga hatinya..

Ibu..mama..ummi..mak..

Dia..hanya satu..tiada yang bisa menggantikan dia dihati kita sebgai anak..bersama-samalah kita mendoakan ibu kita…juga ayah..

Ya Allah..ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami sedari kecil.

sekian,perkongsian dariku..

gambar: ibu ana yang telah melimpahkan sepenuh rasa kasihnya untuk kami 10beradik..terima kasih mak..terima kasih krn membesarkan angah..